Wednesday, May 21, 2014

Berita Terkini 21 May 2014

Sumbat lembu dalam Toyota Unser
Sumbat lembu dalam Toyota Unser
Seorang penduduk kampung menunjukkan tiga ekor lembu yang ditinggalkan dalam Toyota Unser berkenaan.
TEMERLOH – Tiga lelaki yang bertindak melarikan diri secara tergesa-gesa menimbulkan misteri kepada penduduk Kampung Badok di sini apabila penduduk menemui tiga lembu diikat dan disumbat dalam kenderaan pelbagai guna Toyota Unser di tepi jalan Temerloh ke Rumpun Makmur di sini, semalam. Tiga lelaki tersebut pada mulanya telah melanggar pagar kediaman dan warung seorang penduduk Kampung Sanggang Seberang kira-kira satu kilometer dari tempat kereta tersebut ditinggalkan kira-kira jam 7.30 pagi semalam. Pemandu dan penumpang Toyota Unser yang tidak dikenali itu kemudian cuba memandu semula kenderaan tersebut tetapi terpaksa meninggalkan kereta mereka bersama tiga ekor lembu berkenaan selepas kenderaan tersebut rosak. Penduduk jumpa ubat pelali. Beberapa penduduk kampung yang ditemui di tempat kejadian percaya lembu tersebut dicuri di satu kawasan lain berdasarkan penemuan beberapa ubat pelali yang biasanya digunakan untuk melumpuhkan sementara lembu terbabit. Menurut seorang penduduk, kejadian curi lembu dan kerbau sangat berleluasa di daerah ini dan dia tidak menolak kemungkinan lembu dan kereta yang tinggalkan itu ada kaitan dengan kumpulan tertentu. “Dalam kereta ada ubat pelali atau ubat penenang yang biasanya digunakan untuk menangkap lembu, nombor pendaftaran kereta juga palsu. “Nombor pendaftaran tidak sama dengan nombor di cermin kereta dan nombor pendaftaran pada cukai jalan, keadaan kereta bercermin gelap dan telah diubah suai untuk membawa muatan berat juga mencurigakan kami,” katanya. Kejadian curi lembu menjadi-jadi. Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Paya Pulai, Berahim Kilau berkata, apabila mendapat tahu mengenai kejadian itu, dia bersama beberapa penternak lembu di kampungnya memandu sejauh 10 kilometer ke tempat kejadian untuk menyiasat perkara itu. Menurutnya, memang kejadian curi kerbau dan lembu di Paya Pulai dan sekitarnya sangat berleluasa. “Kami bimbang lembu-lembu ini milik kami sebab itu kami datang ke sini, sebelum ini sudah beratus lembu milik penduduk di kampung saya dicuri,” katanya. Berahim berkata, sehingga semalam dia dan penduduk kampung di situ tidak dapat mengenal pasti sama ada lembu itu dicuri atau sebaliknya kerana masih tidak ada penduduk yang membuat laporan polis mengenai kejadian. Syak lembu dicuri. Seorang lagi penduduk berhampiran berkata, tiga lelaki tersebut yang tergesa-gesa melarikan diri dengan bukti beberapa alat menangkap lembu ditemui dalam kereta itu menimbulkan syak penduduk kampung mereka terbabit dengan kegiatan mencuri lembu. Sementara itu seorang peniaga, Jeriah Ali, 77 dari Kampung Sanggang Seberang berkata, semasa bersiap-siap memulakan perniagaan nasi lemak awal pagi semalam, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi rempuhan kuat sebuah kereta yang melanggar pagar rumah dan warungnya. “Mereka bertiga, seorang lelaki kurus keluar tolak kereta yang tersangkut selepas langgar pagar makcik ini, macam nak muntah dia tolak kereta itu. Akibat kejadian itu, Jeriah rugi sekitar RM1,000 untuk baik pulih pagar kediamannya yang rosak dirempuh kenderaan terbabit.

Saudi bina pusat rawatan Mers
JEDDAH - ARAB SAUDI . Arab Saudi merancang untuk menjadikan Kompleks Perubatan Raja Abdullah di sini sebagai pusat khusus untuk merawat pesakit virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers). Hamad Al-Dhewalia dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kompleks itu yang akan turut menempatkan pusat pengajian dan rawatan virus itu. Sementara itu, penyelidik Universiti Maryland dengan kerjasama syarikat farmaseutikal Novavax di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka telah mencipta vaksin yang mampu merawat Mers. Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Novavax, Stanley C Erck memaklumkan mereka masih memerlukan dana untuk melakukan kajian terhadap keberkesanan vaksin tersebut selain menawarkan kerjasama rapat bersama pihak berkuasa kesihatan di negara terjejas akibat virus korona terbabit. Dalam perkembangan lain, angka kematian akibat Mers di Saudi kini dilaporkan meningkat kepada 173 orang selepas lima kematian terbaharu diumumkan Kementerian Kesihatan negara terbabit, dipetik dari laporan Arab News.

Pencuri lori tegar ditembak mati
Pencuri lori tegar ditembak mati
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian termasuk ke atas lori dilarikan, semalam. Gambar kecil: Subramaniam.
KUALA SELANGOR - Hanya sempat melarikan lori yang dicuri separuh jalan, seorang pencuri akhirnya menemui ajal selepas ditembak polis dalam kejadian di Batu 28, Ijok, di sini, semalam. Suspek, R Subramaniam, 35, juga dilaporkan baru dituduh di Mahkamah Petaling Jaya minggu lalu, kerana melakukan kesalahan sama iaitu mencuri lori. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, sebelum insiden, polis dimaklumkan oleh orang awam berhubung satu kejadian samun lori di kawasan Jinjang kira-kira jam 8.20 pagi. Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu, pihaknya berjaya mengesan lori dilarikan suspek di Simpang Merbau, Sungai Buloh kira-kira 10 minit kemudian. Menurutnya, dua anggota MPV polis kemudiannya mengekori suspek sejauh 20 kilometer hingga ke lokasi kejadian. "Suspek yang menyedari kehadiran polis, bertindak memberhentikan kenderaan secara mengejut, sebelum mengundur dan melanggar bonet depan MPV kita. "Seorang daripada anggota turun dari kereta dan mengarahkan suspek untuk berhenti. Suspek bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis, sebaliknya terus mengundur dan menyeret kenderaan polis sejauh 13 meter ke belakang," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, semalam. Katanya, pihaknya terpaksa melepaskan dua das tembakan kerana suspek cuba mengancam keselamatan polis. "Tembakan dilepaskan mengenai badan suspek, sebelum suspek yang cedera parah keluar dari lori dan cuba melarikan diri ke arah semak berdekatan," katanya. Beliau berkata, suspek bagaimanapun rebah dan mati kira-kira lima meter dari lokasi kejadian. Difahamkan, sebelum ini, suspek sudah beberapa kali ditahan kerana kesalahan sama iaitu mencuri lori, namun tidak pernah serik.

Rakyat Malaysia dinasihat tangguh lawatan ke Thai
Kemuncak protes antikerajaan Thailand
Kumpulan penunjuk perasaan berhimpun di hadapan kelab polis di Bangkok, semalam.
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia dinasihat menimbangkan untuk menangguhkan lawatan tidak perlu ke Thailand susulan penguatkuasaan undang-undang tentera oleh Tentera Diraja Thailand. Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang kini berada di Thailand perlu berwaspada dan memantau perkembangan menerusi media tempatan dan antarabangsa. Menurutnya terdapat 596 rakyat Malaysia tinggal di Thailand yang telah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok. "Tiada laporan berhubung rakyat Malaysia yang terjejas dengan perkembangan terkini di Thailand," menurut kementerian itu. Katanya Malaysia berharap semua pihak di Thailand terus berusaha untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap kemelut yang dihadapi di negara itu. Malaysia akan terus memantau perkembangan politik di Thailand, menurut kenyataan itu. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di talian +662 629 6800 (pada waktu bekerja) atau +687 028 4659 (selepas waktu bekerja). - Bernama

Undi awal, al-Sisi mendahului Hamdeen
Undi awal, al-Sisi mendahului Hamdeen
Ekspatriat yang menetap di Lubnan membuang undi di Kedutaan Mesir, Ahad lalu.
KAHERAH - MESIR . Bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi didakwa telah mendahului saingannya, ahli politik berhaluan kiri Hamdeen Sabahi menerusi keputusan kiraan undi awal melibatkan lebih 300,000 ekspatriat di beberapa negara. Kelmarin, agensi berita Al-Ahram melaporkan al-Sisi memperoleh 97 peratus undi di Australia, 93 peratus undi di New Zealand dan 90.8 peratus undi di Indonesia menerusi keputusan tidak rasmi yang diberikan beberapa kedutaan. Proses pengundian pusingan pertama yang berlangsung selama tiga hari pada 15 hingga 18 Mei lalu menyaksikan 311,875 ekspatriat Mesir membuang undi di kedutaan dan pejabat konsulat. Sistem pengundian pada kali ini juga adalah berbeza kerana proses membuang undi tidak boleh dibuat melalui emel seperti yang dibenarkan pada Pilihan Raya Presiden Mesir 2012. Undang-undang pengundian baharu itu juga menetapkan ekspatriat mesti mendaftar dalam pangkalan data pengundi. Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) memaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk memantau proses pengundian di negara itu pada 26 dan 27 Mei ini. Ketua Misi Pemerhati EU, Mario David berkata, mereka akan membuat beberapa pelarasan semula bagi meneruskan usaha tersebut memandangkan 45 wakil kesatuan tersebut telah berada di Kaherah untuk membuat persediaan akhir sebelum dihantar ke seluruh negara pada minggu depan, dipetik dari laporan Al-Arabiya.

40,000 tentera Rusia berundur 
40,000 tentera Rusia berundur
Puluhan ribu tentera Rusia didakwa telah berundur dari sempadan Ukraine.
MOSCOW - RUSIA . Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tentera mereka yang berada di sempadan Ukraine supaya kembali ke pangkalan masing-masing. Semalam, agensi berita Interfax melaporkan kira-kira 40,000 askar telah bersedia untuk berundur. Sementara itu, pengawal sempadan mengesahkan aktiviti ketenteraan Rusia di sempadan telah berkurangan, namun Amerika Syarikat dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) masih ragu-ragu dengan tindakan drastik Moscow tersebut. "Kebanyakan tentera Rusia telah membuka khemah dan menyimpan bekalan senjata mereka," menurut satu laporan. Difahamkan, tindakan positif itu dipercayai dapat meredakan ketegangan menjelang pilihan raya presiden di Kiev yang akan berlangsung pada Ahad ini, dipetik dari laporan AFP.

PKS penyumbang utama KDNK
PKS penyumbang utama KDNK
Hafsah menyempurnakan acara flag off Program Eksplorasi Media 2014 di Bangunan SME Corp, Kuala Lumpur, semalam.
PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) dijangka mampu menyumbang peratusan lebih tinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang disokong pertumbuhan keuntungan syarikat yang lebih kukuh. Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim berkata, kira-kira 1.2 peratus daripada 6.2 peratus KDNK bagi suku pertama 2014 yang diumumkan Bank Negara Malaysia minggu lalu, turut disumbangkan oleh kejayaan perusahaan kecil dan sederhana seluruh negara. “PKS memainkan peranan penting dalam merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus menyumbang secara purata terhadap pencapaian KDNK negara,” katanya pada majlis pelepasan Program Eksplorasi Media 2014 bersama SME Corp di Kuala Lumpur, semalam. Program Eksplorasi Media 2014 diadakan bersempena Minggu SME yang bakal dirasmikan Jun depan bertujuan memberi pendedahan kepada media tempatan untuk melihat lebih dekat kejayaan serta sistem pengurusan digunakan PKS, selain menyaksikan impak kejayaan syarikat terhadap bantuan yang disalurkan daripada agensi-agensi kerajaan serta institusi perbankan. Menurutnya, sehingga kini, SME Corp merekodkan 98.5 peratus adalah syarikat-syarikat PKS yang berdaftar di seluruh negara dengan 88 peratus pembiayaan telah diluluskan oleh institusi perbankan tahun ini berbanding 84 peratus pada 2010. “Pelbagai bantuan telah disalurkan kepada PKS bagi meningkatkan keupayaan syarikat termasuk daripada segi penjenamaan semula, pembungkusan produk yang lebih menarik selain bantuan kursus kemahiran bagi meningkatkan tahap kecekapan syarikat seterusnya membawa mereka menerokai peluang di pasaran antarabangsa. “SME Corp sentiasa memantau perkembangan PKS daripada segi pengurusan pentadbiran dan kewangan serta pertumbuhan keuntungan syarikat. “Menerusi Program Eksplorasi Media 2014 ini, kami juga berharap laporan-laporan media boleh digunakan sebagai salah satu, platform mengenal pasti, kelemahan dihadapi PKS bagi tujuan penambahbaikan dari semasa ke semasa,” katanya. Program Eksplorasi Media 2014 akan melawati 11 PKS di 11 negeri di Semenanjung bermula 20 hingga 24 Mei ini. Antara syarikat terbabit adalah Astra Simfoni Sdn Bhd (Mambau, Negeri Sembilan), Koko, Minda Food Industries Sdn Bhd (Merlimau, Melaka), Global Factory Sdn Bhd (Kuantan, Pahang) dan Ideal Healtcare Sdn Bhd (Sungai Petani, Kedah).

Padah cari harta karun
ASUNCION - PARAGUAY . Tiga lelaki yang sedang mencari harta karun maut selepas terperangkap di bawah runtuhan tanah di Paraguay, kelmarin. Jurucakap pasukan penyelamat Daniel Aquino berkata, mangsa berumur lingkungan antara 20-an dan 60-an itu dipercayai tidak mempunyai permit dan melakukan penggalian secara haram di Aregua, kira-kira 30 kilometer dari ibu negara. "Usaha menyelamat adalah mustahil kerana mangsa dipercayai tertimbus hampir 50 meter di bawah tanah," katanya, dipetik dari laporan AFP. Penduduk tempatan sebelum ini percaya terdapat lebih 10,000 kilogram emas disembunyikan di sekitar kawasan berkenaan ketika Perang Perikatan Bertiga pada tahun 1864 hingga 1870.

Lima sekeluarga diberkas bersama dadah
KUALA TERENGGANU - Lima individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan termasuk sepasang suami isteri ditahan bersama dadah dan wang tunai berjumlah RM72,000 dalam tiga serbuan berasingan Ahad lepas. Dengan tertangkapnya kesemua suspek, pihak polis percaya dapat melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Kuala Terengganu yang merupakan tangkapan ketiga terbesar di Kuala Terengganu setakat tahun ini. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, dalam serbuan pertama di Pangsapuri Ladang Gemilang pada 3 petang, pihaknya menahan dua adik-beradik wanita lingkungan 20-an dan seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun, yang merupakan anak saudara mereka. Katanya hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui satu bungkusan yang dibalut dengan kertas surat khabar yang disorokkan di dalam almari pakaian. Kita merampas tujuh botol dadah dipercayai heroin yang bernilai RM4,000," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Menurut beliau susulan tangkapan itu, pihaknya menyerbu sebuah lagi rumah di Kampung Pengkalan Setar dan menahan seorang lagi wanita berusia 26 tahun yang merupakan kakak ipar kepada dua wanita yang ditahan di pangsapuri Ladang Gemilang pada petang itu. Zamri berkata menyedari kehadiran pihak polis, pada pukul 8 malam, ibu beranak dua itu cuba meloloskan diri bersama wang tunai berjumlah RM44,000 namun berjaya diberkas. Pada 1.30 pagi suami wanita berkenaan diberkas ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. Katanya, lelaki berusia 29 tahun itu kemudiannya menunjukkan baki dadah yang disorokkan di dalam rumah di Pangsapuri Ladang. Hasil siasatan, pihaknya menemui 1,993 biji pil kuda bernilai RM24,000 disembunyikan di dalam beg pakaian di dalam pangsapuri berkenaan. "Suspek lelaki yang ditahan merupakan abang kepada dua wanita berkenaan dan kita percaya anggota keluarga ini aktif menjalankan kegiatan ini sejak Disember lepas," katanya. Menurutnya kesemua suspek tidak mempunyai rekod berkaitan dadah dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati semua bebas daripada pengaruh dadah. Kesemua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut. - Bernama

Pemandu treler maut rempuh treler lain
KAMPAR - Seorang pemandu treler maut apabila treler yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah treler lain di KM310.65 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian 1.35 tengah hari itu, Miknan Ali, 46, beralamat di Taman Putra Perdana, Puchong maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Treler tanpa muatan jenis Volvo yang dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian depan akibat rempuhan itu. Kedua-dua treler datang dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur, katanya ketika dihubungi hari ini. Bagaimanapun katanya, pemandu treler yang membawa muatan pasir, K.Kaliana, 43, dari Gopeng tidak mengalami sebarang kecederaan. "Hasil siasatan mendapati keadaan jalan berselekoh yang basah serta berbukit antara punca kemalangan itu," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Doktor rugi RM35,000 kediaman dipecah masuk
KOTA BHARU - Seorang doktor kerugian kira-kira RM35,000 selepas rumahnya dipecah masuk dan beberapa barang berharga hilang di Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Baharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata ketika kejadian, mangsa tiada di rumah kerana pulang ke kampung bersama keluarganya di Kulim, Kedah sejak Khamis lalu. "Sebelum meninggalkan rumah, mangsa telah memastikan semua tingkap dan pintu dikunci, bagaimanapun, ketika pulang ke rumahnya kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, mangsa mendapati keadaan rumah berselerak manakala pintu-pintu bilik terbuka selain terdapat kesan umpil," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Azham berkata antara barang yang hilang termasuk sebuah kamera SLR, seutas gelang emas, sepasang subang emas, dua utas rantai leher emas dan tiga utas jam tangan berjenama. Beliau berkata hasil siasatan di tempat kejadian mendapati suspek dipercayai masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang dengan mengumpil pintu kayu di bahagian dapur sebelum memotong jeriji besi pintu berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda. - Bernama

Beruang panda gergasi diberi sijil MM2H

CHENGDU - CHINA. Fengyi dan Fuwa, pasangan beruang panda gergasi yang akan memulakan kehidupan selama 10 tahun di Malaysia, "diberikan" sijil Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H). Dengan 'visa' MM2H, dua ekor beruang panda itu layak secara dasarnya untuk "keluar dan masuk" Malaysia tanpa had sepanjang 10 tahun tinggal di Malaysia, sama seperti peserta MM2H yang lain, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Datuk Dr James Dawos Mamit. Menurut program MM2H Kementerian Pelancongan, peserta bukan warga Malaysia dibenarkan perbaharui visa selama 10 tahun dan menikmati pelbagai keistimewaan lain. "Idea ini diilhamkan oleh Kementerian Pelancongan dan satu penghormatan kepda kami untuk memberikan sijil ini kepada beruang panda berkenaan," kata Dawos kepada pemberita Malaysia semasa melawat Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Beruang Panda Dujiangyan pada Selasa. "Dua ekor beruang panda gergasi ini merupakan "haiwan" pertama menerima visa MM2H," katanya. Ketika ditanya sama ada tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 memberikan imej negatif kepada Malaysia, Dawos berkata kejadian itu menjejaskan anggota keluarga dan sanak saudara penumpang terbabit, namun Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan warga China. Pasangan beruang panda itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6 pagi Rabu. - Bernama

MH1348 dipanah petir, selamat mendarat di Langkawi

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang disambar petir ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejurus sebelum tengah hari ini. MAS berkata, pesawat penerbangan MH1348 itu segera diperiksa dan kemudian dibenarkan berlepas. Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pukul 10.55 pagi. "Pesawat telah tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa apa-apa masalah," menurut MAS dalam satu kenyataan. Pesawat MAS direka untuk mampu menahan panahan petir dan mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang dipasang pada pesawat. - Benama

Tun M sahkan pelantikan sebagai Pengerusi Proton
Dr Mahathir
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan yang beliau akan dilantik sebagai Pengerusi Proton Holdings Bhd‎. Pengumuman rasmi mengenainya dijangka diumumkan esok. "Rancangan saya ialah untuk bekerja dengan Proton dan menjadikannya berjaya," katanya kepada pemberita di majlis Makan Malam Anugerah Pencapaian Kepemimpinan Tahunan Asian Banker 2014, di sini hari ini. Laporan berita hari ini menyatakan Dr Mahathir akan dilantik sebagai Pengerusi Proton, yang dilihat sebagai langkah paling berani DRB-Hicom Bhd setakat ini dalam usaha menangani kemerosotan Proton sejak ia mengambil alih syarikat itu pada 2012. Sejak menjadikan Proton milik swasta, DRB-Hicom telah berusaha menangani kemerosotannya dengan memberi tumpuan kepada pelbagai langkah transformasi pengurusan yang radikal. Pelantikan Dr Mahathir dilihat sebagai langkah bijak memandangkan pengetahuan luas dan pengaruh bekas perdana menteri itu kepada industri berkenaan dan kerajaan. Dr Mahathir yang juga penasihat pengeluar kereta perintis negara sejak bersara sebagai perdana menteri pada 2003, bagaimanapun tidak mengulas sama ada Pengerusi Eksekutif sekarang, Tan Sri Mohd Khamil Jamil akan berundur daripada jawatan berkenaan. Laporan berita itu turut menyatakan Dr Mahathir juga akan dilantik sebagai Pengerusi Lotus Plc, anak syarikat milik penuh Proton dan difahamkan telah menerima kedua-dua pelantikan terbabit. Pada zaman kegemilangannya, Proton yang mengeluarkan lebih 3.5 juta kenderaan di kilangnya di Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak, menguasai sehingga 85 peratus pasaran kereta domestik. Bagaimanapun, disebabkan beberapa faktor, termasuk liberalisasi pasaran domestik sehingga menyebabkan kebanjiran kereta import murah, saingan daripada Perodua dan kajian semula Dasar Automotif Nasional, telah menyumbang kepada kemerosotan Proton. Penguasaan pasaran domestik Proton kini hanya kira-kira 22 peratus manakala eksport secara bandingannya sangat sedikit. Sementara itu mengenai anugerah berkenaan, Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Bhd telah memenangi Anugerah Jurubank Muda Harapan Asian Banker di samping tujuh pemenang lain daripada negara serantau. Anugerah Pencapaian Kepemimpinan Asian Banker diiktiraf industri perkhidmatan kewangan sebagai anugerah tertinggi kepada profesional dan bank dalam industri berkenaan di Asia Pasifik dan Timur Tengah. - Bernama

Ibu Dyana jawab kekesalan Mahathir
Dyana Sofy
Yammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.
SHAH ALAM - "Saya cuba didik anak saya Mukhriz tetapi apabila sudah besar dia jadi Marina," kata Yammy Samad, ibu Dyana Sofya Mohd Daud menjawab kekesalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan. Yammy berkata, beliau mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir namun perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir. "Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini. Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama. Yammy berkata, Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta memilih suami bukan Melayu. “Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?” katanya. Beliau berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja. Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus berada dalam akidah Islam. Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "InsyaAllah.-sinar

Gambar-gambar lawak


Wanita menyamar polis untuk menyamun ditahan
info, terkini, berita, jenayah, jenayah samun, Wanita menyamar polis untuk menyamun ditahan
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita yang menyamar sebagai polis untuk menyamun warga asing dalam Ops Cantas di George Town.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki dan wanita terbabit ditahan pada 8 Mei manakala dua lagi lelaki ditahan pada 12 Mei."Kami percaya dengan penahanan keempat-empat individu berumur 20 hingga 30 tahun itu, polis berjaya menyelesaikan 15 kes samun warga asing di sekitar daerah Barat Daya dan Timur Laut sejak awal tahun ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata polis turut menahan seorang peniaga yang disyaki membeli barangan hasil samun seperti telefon bimbit dan jam tangan yang dijual kumpulan terbabit. Susulan penahanan itu, polis merampas sembilan telefon bimbit yang disamun dan peralatan seperti pisau serta walkie talkie yang digunakan kumpulan itu, katanya sambil memberitahu bahawa seorang daripada suspek mempunyai 15 rekod jenayah lampau manakala seorang lagi positif dadah.

Pelik! Lelaki Tanpa Tangan Handal Bermain Ping Pong Menggunakan Mulut. 

Tidak semua manusia ditakdirkan mempunyai tubuh sempurna. Tetapi meskipun mempunyai kekurangan fizikal, bukan bererti harus menyerah. Seperti seorang atlet ping pong yang berasal dari Mesir, Ibrahim Hamato. Meskipun tidak mempunyai tangan, namun ia mampu meraih prestasi dan menjadi inspirasi. Sebelumnya Ibrahim sebenarnya terlahir lengkap. Namun kerana kemalangan saat berumur 10 tahun, memaksa Ibrahim harus merelakan kedua tangannya. Tetapi kerana kecintaannya pada ping pong, itu membuatnya tidak patah semangat. Tiga tahun selepas kemalangan ia cuba bermain dengan menggunakan segala cara. Akhirnya ia mencari cara terbaik bermain ping pong dengan mulutnya. Meskipun masih menjadi pemain amatur, namun prestasi Ibrahim sangat memberangsangkan. Ia diundang sebagai tetamu semasa Olimpik World Team Table Tennis Championships di Tokyo, Jepun tahun ini. Saat itu Ibrahim diberi peluang untuk main dengan salah satu pemain terbaik sedunia. "Saya sangat bahagia, saya mendapat undangan ini dari Mr. Sharara," kata Ibrahim. "Ini anugerah yang besar untukku bermain dengan pemain terbaik sedunia.




Gambar lelaki masuk kain aktres america ferrera di festival filem
info, hiburan, terkini, gambar, pelik, Gambar lelaki masuk kain aktres America Ferrera di Festival Filem
CANNES, Perancis - Aktres terkenal, America Ferrera terkejut selepas seorang lelaki masuk ke dalam kain yang dipakainya ketika menghadiri Festival Filem Cannes di sini pada Jumaat lalu.Lelaki dari Ukraine tersebut, Vitalii Sediuk merangkak dan memasukkan kepalanya ke dalam kain Ferrera ketika wanita itu bersama beberapa artis lain bergambar pada acara karpet merah.Beberapa pengawal keselamatan yang menyaksikan perkara itu bertindak menarik Sediuk tetapi lelaki berkenaan terus memegang kaki Ferrera menyebabkan aktres tersebut terkejut. Ferrera, 30, yang mempromosikan filem terbarunya, How to Train Your Dragon 2 kelihatan tenang dan mampu tersenyum selepas kejadian itu. Sediuk sebelum ini pernah dihukum penjara kerana suka membuat lawak dengan beberapa artis terkenal termasuklah Bradley Cooper, Leonardo DiCaprio dan Adele. Dia juga pernah ditampar aktor terkenal, Will Smith apabila cuba mencium pelakon itu ketika tayangan perdana filem Men in Black III di Moscow, Rusia pada tahun 2012.

- Agensi


Lif Hitachi Terpantas Didunia Dengan Kelajuan 72km/jam. 

Syarikat yang berpusat di Jepun, Hitachi telah mencipta lif yang boleh mencapai kelajuan 72km/jam. Lif ini akan menjadi sebahagian daripada bangunan pencakar langit yang dibina di Guangzhou, China. Menurut laporan rocketnews24, lif itu akan dipasang di Guangzhou CTF Financial Centre yang dijadualkan akan selesai dibina pada tahun 2016. Dengan lif ini, perjalanan dari tingkat bawah sampai tingkat ke-95 dapat ditempuh hanya dalam masa 43 saat. Bangunan Guangzhou CTF Financial Centre sendiri dirancang akan mencapai ketinggian 530 meter dan mempunyai 111 tingkat yang akan disokong oleh ratusan lif. Sedangkan kelajuan lif di dunia saat ini mencapai hampir 60.6 km / jam.

Gambar-gambar Lawak


Foto Seorang Penyelam Berjabat Tangan Dengan Ikan Paus Gergasi. 

Seorang jurugambar sekaligus penyelam berasal dari Jepun, Masa Ushioda mendapatkan momen menyelam yang luar biasa, ia berjaya mengabadikan detik-detik saat menyelam dengan paus Humpback gergasi sepanjang 16 meter. Pengalaman mendebarkan itu berawal ketika Masa dan rakannya menyelam di tempat yang tidak jauh dari rumahnya di Hawai. Ia merasa terkejut ketika melihat paus raksasa seberat 667 kg datang menghampirinya. Menurut lelaki berusia 43 tahun itu, paus Humpback betina itu pada dasarnya sangat ramah dan teruja dengan kehadiran manusia.


Hafiz Suip Dah Terbuka Tayang Kekasih! 

Sebelum ini, penyanyi Hafiz Suip pernah mengaku yang hatinya kini sedang berbunga-bunga cinta dan berkasih dengan seorang wanita. Setahu Murai Batu, Hafiz pernah beritahu kekasihnya itu bukanlah orang dalam industri seni tetapi pelajar institusi pengajian tinggi. Meskipun Hafiz sudah memberitahu hatinya kini sudah berpunya tetapi dia sendiri tidak mahu mendedahkan wajah dan namanya kepada media ketika itu Pun begitu, dua hari lalu Hafiz buat pertama kalinya memuat naik foto kekasihnya di laman sosial Instagram miliknya. Tanpa berselindung Hafiz memperkenalkan my love atau kekasihnya itu. Difahamkan foto dia dan kekasihnya dimuat naik kerana untuk memberikan ucapan hari jadi. Hari jadi yang ke berapa tu Murai baru tak pastilah. Tapi nampaknya ramai peminat Hafiz yang mendoakan hubungan cinta mereka selain mengucapkan selamat hari jadi. Dalam komen itu, kekasih Hafiz turut membalas ucapan terima kasih kepada teman lelakinya. Namun, Hafiz turut meminta kekasihnya juga berterima kasih kepada semua peminatnya yang telah mendoakan hubungan mereka. Wah, bahagia sahaja Murai Batu lihat mereka. Baguslah begitu, harap hubungan mereka dapat berkekalan hinngga ke jinjang pelamin hendaknya.murai.com.

Kenapa Isi Epal Bertukar Perang Apabila Terdedah Kepada Udara
Apabila kita memotong sebiji epal dan ia dibiarkan terdedah kepada udara, warna isi epal akan berubah keperang-perangan tidak lama selepas itu. Ia merupakan suatu mekanisma pertahanan terhadap bakteria dan kulat apabila sejenis enzim pada sel-sel isi epal tertedah kepada udara. Enzim ini betindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan lapisan teroksida yang memberikan perlindungan daripada bendasing.
buah epal
Buah epal yang telah dipotong.
Suatu enzim yang dikenali sebagai polyphenol oxidase (juga dikenali sebagai tyrosinase), yang terdiri daripada enzim monophenol oxidase dan catechol oxidase, apabila terdedah kepada oksigen akan menyebabkan sebatian fenolik dalam tisu epal bertukar kepada "ortho-quinone" atau "o-quinone". O-quinone ialah apa yang memberikan perlindungan daripada bakteria dan kulat kerana ia membentuk suatu antiseptik semula jadi. Ia tidak mempunyai warna tetapi kemudiannya bertindak balas dengan asid amino dan oksigen untuk menghasilkan melanin. Itulah punca kepada warna perang yan terhasil pada hirisan epal.
melanin
Pembentukan melanin dari tyrosinase.
Untuk mengelakkan hirisan epal daripada bertukar perang dengan cepat, jangan dibiar hirisan tersebut di tempat terbuka. Lebih mudah, simpan dahulu di dalam peti sejuk atau membalutnya dengan bungkusan kedap udara. Ini akan memperlahankan tindak balas kimia dan juga proses pengoksidaan. Selain itu, merendam hirisan epal ke dalam air juga dapat memberikan kesan yang sama seperti dua langkah di atas. Terdapat beberapa lagi langkah yang boleh diambil dalam memperlahankan perubahan warna isi epal. Kuncinya adalah oksigen - elakkan epal yang telah dipotong mempunyai capaian kepada oksigen. Boleh rujuk pautan di bawah.
#Fakta:
Melanin ialah sejenis pigmen yang ter­dapat pada haiwan dan tumbuhan. Ia menen­tukan warna kulit, mata, dan bulu (pada haiwan termasuk manusia), dan ketiadaan pigmen ini menye­babkannya menjadi balar (albino). Jadi, tyrosinase penting kepada manusia kerana fungsinya dalam penghasilan melanin.

Perkampungan Nelayan Padat Di Pulau Kecil Migingo‏
Pulau Migingo hanya sebuah pulau kecil. Luasnya 2000 meter persegi, tidak sampai setengah ekar atau separuh saiz padang bola sepak sahaja. Ia terletak di Tasik Victoria, tasik terbesar di Afrika, juga tasik tropika terbesar di dunia. Walaupun saiznya yang kecil, pulau ini merupakan rumah bagi 131 orang penduduk (mengikut bancian 2009) yang tinggal dalam pondok sempit diperbuat daripada kepingan zink dan kayu. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan dan peniaga ikan. Di sebalik persekitaran yang padat itu, terdapat sebuah farmasi, sebuah salun kecantikan, lima buah bar selain turut menempatkan beberapa buah hotel dan pusat pelacuran.
perkampungan nelayan
Pulau Migingo
Dua orang nelayan Kenya, Dalmas Tembo dan George Kibebe ialah orang yang terawal tiba di Pulau Migingo, dipercayai telah menetap di sini sejak 1991. Pada ketika itu, pulau ini hanya ditumbuhi lalang selain menjadi persinggahan burung dan habitat ular. Mereka kemudiannya disertai oleh 60 orang ahli geng penangkap ikan yang lain setelah mendapat tahu kawasan tersebut kaya dengan "Nile perch" (sejenis spesies ikan). Kesannya, nelayan lain dari Kenya, Uganda dan Tanzania turut datang ke pulau ini menjadikannya sebagai pusat komersial yang berkembang maju.  
perkampungan nelayan 
perkampungan nelayan 
perkampungan nelayan
Koordinat: 0°52′58″S 33°56′17″E
Pulau Migingo merupakan lubuk pendapatan terutamanya kepada nelayan dengan lebih daripada 100 buah bot mendaratkan hasil tangkapan mereka setiap pagi untuk ditimbang dan dijual kepada pembeli/pemborong.
perkampungan nelayan
Kewujudan banyak Nile Perch di perairan sekitar Pulau Migingo menjurus kepada perebutan wilayah antara dua negara – Uganda dan Kenya. Secara teknikalnya, ia berada dalam sempadan antarabangsa Kenya sepertimana terkandung dalam peta dan dokumen-dokumen rasmi. Selain itu, kemewahan yang dinikmati oleh para nelayan di sini dihidu oleh lanun-lanun. Mereka datang ke Pulau Migingo dan menyamun hasil tangkapan, wang dan enjin bot para nelayan menyebabkan pihak berkuasa (Uganda @ Kenya) terpaksa dipanggil untuk bantuan perlindungan. Uganda menjadi pihak pertama yang memberikan bantuan dengan menghantar pasukan polis maritim. Sejurus tiba, wakil Uganda itu menaikkan bendera negara mereka seterusnya perlahan-lahan mengeksploitasi para penduduk yang tinggal di pulau ini. Beberapa peraturan baru diperkenalkan manakala bot dan pukat milik nelayan Kenya kerap dirampas oleh pasukan beruniform Uganda atas dakwaan menangkap ikan di perairan mereka. Bagaimanapun, pertikaian ke atas pemilikan Pulau Migingo masih belum diselesaikan.
perkampungan nelayan
Okunoshima ialah sebuah pulau yang padat dengan arnab manakala Pulau Migingo padat dengan rumah nelayan. Apa yang menarik, terdapat sebuah pulau yang lebih besar hanya 200 meter di timur pulau ini dan ianya masih lapang untuk diduduki. Tapi, kenapa mereka nak sangat tinggal di atas pulau yang sempit ini?
perkampungan nelayan

Lelaki Dihujani Lamaran Wanita Lepas Dapat Pampasan Lebih RM700,000!
China – Seorang lelaki dihujani dengan lamaran daripada ramai wanita, selepas dia mendapat pampasan sebanyak RM766,000 dari kerajaan. Pampasan itu diberikan setelah dia dipenjarakan selama 20 tahun atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya iaitu membunuh dan merogol seorang gadis pada 1994. Wang Benyu, 60, terpaksa menjalani hukuman penjara itu selepas diperangkap oleh rakan serumahnya Li Yanming, yang merupakan dalang sebenar kejadian jenayah itu.

Duit itu diterimanya selepas hampir dua dekad dipenjarakan. Wang, yang juga seorang petani, mempertahankan bahawa dia tidak bersalah, sejak ditangkap. Menurut Wang, rakan serumahnya, Li Yanming telah merogol dan membunuh seorang gadis yang dibawanya ke dalam bilik tidurnya. Pada mulanya Li mengancam untuk membunuh Wang jika dia memberitahu pihak berkuasa, namun selepas Li merayu dan berlutut agar perkara itu tidak didedahkan, Wang akhirnya berlembut dan bersetuju. Namun kawannya itu membuang mayat tersebut dan melarikan diri, menyebabkan Wang dipersalahkan atas jenayah yang tidak dilakukannya. Dia menghabiskan masa di penjara dengan makan makanan yang teruk, melakukan kerja-kerja keras dan tidak pernah lagi bertemu keluarganya di bandar Baotou. Wang tidak pernah berhenti membuat rayuan hinggalah dia putus asa. Mujurlah polis telah menangkap Li pada 2012 dan dia mengaku membunuh gadis berkenaan. Sumber: My News Hub

VIDEO: Jijik… Kedai Mamak Hidang Mi Goreng Berulat

Seorang pelanggan sebuah kedai mamak di Johor Bahru terkejut apabila mi segera goreng yang dipesan untuk sarapan pagi Ahad lalu sampai bersama ketulan ayam goreng yang sudah berulat. Menerusi video yang diambil, sesiapa pun pasti berasa mual melihat banyak ulat keluar di sebalik ayam yang dipercayai tidak digoreng baru tetapi lebihan hidangan hari sebelumnya yang tidak habis dijual. Pelanggan yang menyebarkan video ini mendakwa, kejadian berlaku di sebuah restoran mamak terkenal yang terletak di Taman Skudai Ria, Johor Bahru. Fuh, mujurlah makanan sampai awal pagi. Bayangkan kalau mi segera dengan ayam goreng berulat ini dihidangkan pada malam hari sewaktu pelanggan duduk di luar kedai yang gelap. Mesti terus ngap masuk mulut baru perasan makhluk-makhluk kecil tu kan? Euuu!

Sumber: Facebook MyGosip.com / Rem Ramzi / My News hub

Terowong Pertama Sabah Dijangka Siap April 2015

KOTA KINABALU – Sabah melakar kejayaan dalam pembangunan infrastruktur dengan pembinaan terowong berkembar pertama dari Jalan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke Pelabuhan Sepanggar yang dijangka siap April tahun depan. Terowong berkembar dinamakan ‘Terowong Pelabuhan Sepanggar’ bernilai RM66 juta itu masing-masing sepanjang 600 meter dilaksanakan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah yang mengaplikasikan konsep teknologi hijau. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata terowong itu merupakan jalan alternatif yang dapat memendekkan perjalanan sejauh tujuh kilometer dari Sepanggar-UiTM. Beliau berkata pembinaan terowong itu tepat pada masanya berikutan perkembangan maju kawasan-kawasan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Sepanggar selain Pelabuhan Sepanggar dan industri pelancongan di sekitarnya. “Laluan alternatif itu bukti janji ditepati kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memenuhi permintaan rakyat sekitar Sepanggar selain menunjukkan JKR (Jabatan Kerja Raya) Sabah dengan kerjasama JKR Semenanjung dapat menjayakan apa juga projek yang diamanahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah lalu di terowong itu di Sepanggar dekat sini, Selasa. Yang turut hadir kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Yahya Hussin, dan Pengarah JKR Sabah Datuk John Anthony. Musa yang juga Menteri Kewangan negeri menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah yang diterajui Pairin dan koordinasi mantap menerusi JKR Sabah yang berjaya melaksanakan projek di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Beliau berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk membina dan menaik taraf kemudahan infrastruktur di seluruh negeri termasuk terowong alternatif di beberapa daerah yang mempunyai risiko ancaman tanah runtuh atau kegagalan cerun seperti jalan Tamparuli-Ranau, Penampang-Tambunan dan Keningau-Tenom. “Biarpun kos untuk membina terowong ini agak mahal dan mengambil masa lama, tetapi pembinaan teknologi hijau yang digunakan boleh menjimatkan kos penyelenggaraan,” katanya. Projek bermula pada Oktober 2011 itu dijadual siap dan dibuka kepada lalu-lintas pada 15 April 2015. Terdahulu, Pairin ketika berucap mencadangkan kerajaan membina beberapa terowong alternatif termasuk di kawasannya di Tambunan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dan melancarkan pergerakan trafik yang menghubungkan sesuatu kawasan. “Di Sabah yang permukaan bumi lebih bersifat berbukit-bukau atau bergunung-ganang menuntut kepakaran kejuruteraan yang rumit dan mencabar yang sering berhadapan dilema sama ada memotong lereng bukit, gunung atau pembinaan terowong. “Kerap kali kita memilih opsyen memotong lereng bukit atau gunung serta keadaan kita berisiko untuk menghadapi masalah penyelenggaraan yang tinggi akibat kegagalan cerun membinasakan jalan-jalan tersebut,” katanya. Sementara itu, John berkata pembinaan terowong yang kini 73 peratus siap itu menjadi kejayaan dalam industri pembinaan jalan raya di Sabah selepas projek ‘pembentung gergasi” di jalan pintasan Jalan Penampang. “Kos kerja baik pulih untuk jalan utama di Sabah adalah kira-kira RM250 juta bagi perancangan setiap lima tahun atau RM50 juta setahun sejak RMK-8. Kerja baik pulih di kawasan lereng bagi Jalan Tamparuli-Ranau sahaja menelan kos kira-kira RM110 bagi setiap lima tahun atau RM22 juta setahun,” katanya. Sumber: Bernama

Pamela kongsi cerita sedih dirogol

ARTIS seksi Pamela Anderson baru sahaja menubuhkan sebuah badan kebajikan yang dikenali sebagai The Pamela Anderson Foundation di Cannes, Perancis baru-baru ini. Menurut laporan portal Digital Spy, seramai 200 tetamu hadir pada acara perasmian badan kebajikan yang mengangkat hak-hak kemanusiaan, alam dan haiwan itu. Pada acara itu, bintang siri Baywatch itu turut berkongsi pengalaman pahitnya ketika di zaman kanak-kanak. “Sekarang ini, tibalah masanya untuk saya berkongsi cerita sedih yang membelenggu diri saya sejak di zaman kanak-kanak lagi. “Ketika usia 12 tahun, saya pernah ke rumah kekasih pengasuh dan lelaki itu telah mengajak saya bermain permainan video dan tanpa disedari saya diraba. “Tidak lama kemudian saya diperkosa pula. Dan lelaki itu berusia 25 tahun,” katanya. Tambah Pamela, sejak itu, dia cukup berhati-hati dalam berkawan kerana tidak mempercayai sesiapa pun yang berada di sekelilingnya. “Dalam keadaannya yang tertekan, dia juga mempunyai seorang ayah pemabuk dan ia terus membuatkan dirinya berfikir bahawa kehidupannya tidak memberi apa-apa makna lagi. “Kerana itu, saya mengalih pandangan saya untuk mencintai alam dan haiwan. Ia seperti memberi kepercayaan pada diri bahawa ia akan melindungi saya,” ujarnya. Sumber: mStar

Mourinho hantar mesej cemburu – Van Gaal

LOUIS van Gaal mendedahkan bahawa Jose Mourinho dengan iri hati telah menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah kepadanya selepas dilantik sebagai pengurus Manchester United pada Isnin. Jurulatih terkenal berusia 62 tahun telah diumumkan secara rasmi bagi menggantikan David Moyes yang dipecat United sebelum ini. Menurut Van gaal, pengendali Chelsea itu cemburu terhadap kerjayanya kerana telah membimbing Barcelona, Bayern Munich, Ajax dan Belanda.

Mourinho (kiri) merupakan penolong Van Gaal (kanan) pada tahun 1997-98 ketika kedua-dua mereka di Barcelona.
“Mourinho mengucapkan tahniah pada saya. Dia merupakan individu pertama yang saya mesej dan dia juga orang pertama membalas mesej untuk mengucapkan tahniah. Mourinho berkata dia cemburu terhadap kelab yang pernah saya bimbing sebelum ini. “Saya tidak menghubungi Manchester United (untuk jawatan), saya juga tidak menghubungi Bayern Munich, mereka yang sentiasa hubungi saya. Saya berbangga kerananya,” jelasnya.

Mereka berdua kembali bersemuka di perlawanan akhir Juara Liga-liga Eropah pada tahun 2010 yang menyaksikan Inter Milan bertemu Bayern Munich.
Selain itu, warga Belanda terbabit turut menyedari cabaran yang bakal dipikulnya untuk meletakkan United kembali ke kedudukan yang ditinggal Alex Ferguson selepas David Moyes meninggalkan pasukan berkenaan di tempat ketujuh Liga Perdana Inggeris. “Sasaran saya adalah untuk meletakkan kembali United di kedudukan pertama Liga Perdana Inggeris secepat mungkin kerana kelab berkenaan berada di tempat berkenaan semasa ditinggalkan Ferguson. “Saya juga pasti akan duduk dan minum bersama Ferguson kerana kami pernah melakukannya (pada 1998) dan di antara kami juga tidak mempunyai sebarang masalah.

“United merupakan sebuah kelab besar yang mempunyai pasaran di seluruh dunia. Malah mempunyai bajet yang besar untuk melakukan yang terbaik,” katanya. Van Gaal telah diberikan sebanyak £200 juta untuk melakukan rombakan terhadap skuad berkenaan pada musim panas ini. United kini telah mewujudkan hubungan dengan pemain seperti Arjen Robben, Cesc Fabregas dan Luke Shaw, oleh itu Van Gaal berharap mereka akan menjadi pemain pertama yang tiba ketika tingkap perpindahan dibuka. Robben antara pilihan Van Gaal untuk membantu United pada musim depan.

“Saya tidak bercakap mengenai wang tetapi kami bercakap mengenai pemain yang saya mahukan. Kita lihat adakah United akan dapatkan mereka dan kita juga akan melihat siapa yang akan pergi. “Saya berfikir untuk bersara atau pergi ke England. Isteri saya, Truus mahu saya bersara tetapi kini kami akan ke England,” ujarnya. Sumber: mStar

Saya Bujang Tapi Bukan Gay! – Ramkarpal Singh

Kempen pilihan raya kecil Bukit Gelugor memasuki fasa baru apabila isu sekitar pilihan seksual calon DAP Ramkarpal Singh dibangkitkan. Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan menyuarakan perasaan ingin tahunya terhadap gambar lelaki berotot yang dimuat naik ke Facebook Ramkarpal. “Kenapa Ramkarpal memuat naik banyak gambar lelaki berotot di FB dia. “Dia sudah 38 tahun dan belum berkahwin, kamu tak rasa ada yang tidak kena berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita semasa turun padang di Island Glades pagi ini. Berang dengan sindiran itu, Ramkarpal menafikan beliau seorang homoseksual dan berharap untuk mencari pasangan hidup segera. Menyifatkan sindiran itu sebagai “tidak masuk akal”, peguam itu menyatakan kekesalannya terhadap lawannya yang menggunakan taktik sebegitu. “Dia (Huan) tak ada perkara lain (lebih baik) untuk dibuat dalam kempennya?” tambahnya. Selain Huan, Ramkarpal turut berdepan dua lagi calon bebas Abu Backer Sidek Mohd Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar. Kerusi Bukit Gelugor kosong ekoran kematian bapa Ramkarpal, Karpal Singh, akibat kemalangan jalan raya bersama pembantunya di Perak pada 17 April lalu. Sumber: Malaysian Kini

Anzalna Difitnah Buat Pembedahan Plastik

Tidak dinafikan, jika ingin berjaya dalam dunia glamor, seseorang itu perlulah tampil cantik dan menawan sentiasa. Namun, bagi penulis, para selebriti kita tidaklah sampai sanggup untuk membuat pembedahan plastik semata-mata untuk bertambah jelita di mata khalayak ramai. Dengan tidak semena-mena, nama pelakon cantik, Anzalna Nasir terkena tempias apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab melemparkan fitnah bahawa aktres tersebut telah melakukan pembedahan di bahagian mukanya. Tersentap dengan tuduhan itu, Anzalna telah memuat naik sebuah gambar di laman Instagramnya memberitahu perkara itu adalah fitnah semata-mata.

Kalau diperhatikan, mungkin gadis tersebut hanya ingin bergurau dengan rakannya di laman sosial tapi tak pasal-pasal jadi isu besar apabila perkara ini tersebar di kalangan peminat pelakon berusia 26 tahun itu. Mungkin lepas ini gadis yang membuat tuduhan tersebut boleh berhati-hati dalam menulis status atau komennya di laman sosial. Kang tak pasal-pasal, dirinya boleh disaman hanya disebabkan penulisannya di alam maya. Sumber: Audrey Lee / My News Hub

SAMUN: Rahib Julianna Lim Meninggal Dunia

RAHIB Julianna Lim dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Seremban tengahari tadi menurut laporan The Malaysian Insider, enam hari selepas beliau dan seorang lagi rahib diserang serta dipukul dengan topi keledar di luar gereja Church Of Visitation di Seremban. Mendiang yang berusia 68 tahun ketika kejadian bersama Rahib Mary Rose ke gereja berkenaan untuk upacara sembahyang awal pagi sebelum diserang, dipukul dan disamun pada awal pagi 15 Mei lepas. Sebelum ini Lim dikatakan berada dalam keadaan kritikal manakala Mary-Rose berkeadaan lemah tetapi sedarkan diri. Pada kejadian itu, beg milik mereka turut disamun yang mengandungi Bible, buku sembahyang, Rosary dan sedikit wang tunai. Di hospital, beberapa orang paderi mengambil giliran menjaga rakan mereka yang masih menerima rawatan akibat serangan berkenaan. Sumber: My News Hub

Nafi Bercium, Kalau Tak Nampak Sila Pakai Kanta, Kata Che Ta

Kontroversi dan Rozita Che Wan atau Che Ta, bagai aur dengan tebing, tidak dapat dipisahkan. Pasti akan ada sahaja cerita hangat terbaharu yang dikaitkan dengan pelakon cantik ini. Terbaharu, namanya kembali naik apabila gambar mesranya bercium dengan suami, Zain Saidin hangat diperkatakan umum. Namun menurut Che Ta, dia langsung tidak mencium suaminya sebaliknya mereka hanya berpandangan dari jarak dekat sehingga menampakkan seolah-olah mereka sedang bercium. “Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium. Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini. Walaupun sering kali dikaitkan dengan pelbagai cerita kurang enak, perkara tersebut tidak membuatkannya serik untuk memuat naik gambar di laman sosialnya. Ini kerana menurut Che Ta, peminat ada pilihan sama ada mahu mengikuti perkembangannya di media sosial mahupun tidak, malah mengatakan ia adalah haknya untuk memuat naik apa-apa gambar sekali pun di laman Facebook mahupun Instagram. Sumber: Audrey Lee / My News Hub

‘Saya tidak kisah dianggap pengkhianat Melayu’ – Dyana Sofya

TELUK INTAN: Calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau tidak kisah dianggap pengkhianat Melayu. Wanita berusia 27 tahun itu berkata, beliau tidak akan mempedulikan tohmahan seumpama itu kerana yakin beliau bukan pengkhianat seperti yang dianggap sesetengah pihak. “Saya percaya saya bukan pengkhianat Melayu, jadi perkara itu tidak menjejaskan saya langsung. ”Saya tidak kisah apa orang nak cakap…biar dia cakap. Tidak semestinya kita terima,” katanya pada sidang media di bilik gerakan DAP, di sini, sebentar tadi. Pada sidang media sama, Dyana Sofya turut mengakui menerima pendapat yang diutarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya. “Bagi saya, saya terima pendapat beliau (Dr Mahathir) dan saya rasa ibu bapa saya juga terima pendapat beliau,” katanya mengulas pandangan Dr Mahathir yang menyifatkan beliau sekadar ‘window dressing’ atau peragaan untuk DAP menarik sokongan pengundi. Sumber: BH

Abu Backer cedera rempuh kereta Guan Eng

GEORGE TOWN: Selepas menyatakan kesediaan diboikot media pada Isnin, calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan sekali lagi bijak mencuri tumpuan media dalam satu insiden kecil di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Selasa. Abu Backer yang juga seorang peguam menimbulkan kekecohan di hadapan DUN Pulau Pinang ketika menunggu untuk bertemu Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau yang menunggu di luar DUN sejak pukul 12.30 tengah hari bertindak menahan kenderaan yang membawa Guan Eng kira-kira pukul 2 petang. Selepas 10 minit Abu Backer dihalang sekumpulan pengawal keselamatan DUN, beliau kemudiannya bertindak ‘merempuh’ kereta jenis Mercedes dinaiki Guan Eng dan terjatuh di atas jalan raya.

Insiden penuh dramatik itu menyebabkan kesesakan di Lebuh Light. Guan Eng dan pembantu peribadinya kemudian terus beredar tanpa mengendahkan keadaan Abu Backer yang terletang. Ambulans tiba di perkarangan DUN kira-kira pukul 2.30 petang untuk membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang. Pembantu Abu Backer memberitahu satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara itu. Sebelum ini, Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau telah membuat permohonan bertulis di Komtar sejak minggu lalu. Beliau turut tidak berpuas hati kerana diberikan layanan ‘double standard’ sedangkan lawannya calon DAP Ramkarpal Singh dibenarkan memasuki DUN. ” Saya hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN. Ini tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak? “DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa Ketua Menteri saya?” kata beliau sebelum menahan kereta Guan Eng.

Sumber: mStar

Kerana 100 Plus, PA Pengkid dihencap Azwan Ali!

DAH lama jugak Murai Batu tak dengar kisah sensasi pasal Diva AA, Azwan Ali. Yelah, selalunya apa saja cerita pasal Azwan yang sampai kat telinga Murai Batu. Tapi, sejak kebelakangan ini, Azwan Ali dah makin senyap pulak. Apa kes? Sibuk kuruskan badan ker. Sebab Murai Batu dengar Azwan Ali, semakin kurus sekarang ini. Ya ker, wahai editor-editor di Murai? Yang penting dalam pada penulis sibuk nak cari gambar terkini Azwan Ali sebab nak tengok sendiri betapa langsingnya badan pengacara yang terkenal dengan mulut laser ini, tiba-tiba penulis dapat satu panggilan telefon lewat malam tadi. Yang telefon penulis adalah kengkawan yang sibuk nak bergosip. Mengalahkan Cik Wok dalam siri Tiga Dara Pingitan. Cerita yang dibawa adalah tentang si Azwan Ali. Eh! Macam tahu-tahu pulak diaorang yang penulis tengah nak korek cerita pasal perkembangan terbaru Azwan. Tapi, cerita yang dibawa bukan pasal cerita Azwan Ali dah mengecut sekarang ini. Tapi pasal satu kejadian yang berlaku di Tesco Sungai Petani baru-baru ini. La apa lagi kes si Azwan ni? Khabarnya, Azwan telah diundang menjayakan rakaman program Ketuk Ketuk Ramadan musim baru ini untuk produksi Sheila Rusly yang kini sudah bergelar Hajah. Eh! Bila masa pulak diaorang ni dah berbaik semula. Tapi, baguslah…Suka penulis bila Azwan Ali dengan Sheila Rusly sudah kembali berdamai serta mengetepikan persengketaan mereka. Okey, so untuk musim baru Ketuk Ketuk Ramadan ini, penulis dengar ramai lagi artis top yang bakal menjayakan rakaman program ini. Antaranya ialah Mawi serta Arja Lee. Azwan Ali adalah salah seorang daripadanya. Tak kisahlah. Tapi setahu penulis, Azwan Ali bukan orang Kedah. So, apasal pulak Azwan dibawa ke Kedahkan? Agaknya, penerbitnya iaitu Hajah Sheila Rusly memang pilih artis tak ikut negeri kot. Sambung cerita balik, khabarnya meriah betul Sungai Petani Kedah apabila Azwan Ali dengan Sheila Rusly menjayakan rakaman program masakan tersebut. Namun, ada juga cerita yang tidak begitu sedap. Sewaktu menjayakan rakaman program tersebut, Azwan Ali kehausan dan meminta air minuman 100 Plus daripada Pengurus Produksi atau PM. Pengurus Produksi atau PM ini pulak bukan nak membantu. Tapi, boleh pulak merungut-rungut serta mendengus-dengus. Malah dengan nada biadap, dia beritahu 100 Plus tidak ada. Bila tengok perangai dia yang acuh tak acuh dan macam malas nak melayan tu, Azwan Ali pun naik hantulah. Apa lagi straight dia panggil pengutus Tesco Sungai Petani. Bukan setakat 1 atau 2 botol, Azwan Ali terus diberikan 18 botol 100 Plus. Tahulah penulis macam mana rupa PM tu bila tengok Azwan dapat berbotol-botol air minuman isotonik tu. Mesti bera kot. Apapun, Kes tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Azwan Ali dan Azwan Ali pun teruslah menceritakan apa yang telah berlaku kepada penerbit dan juga pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan itu. Pendek kata, penerbit sudah take note! Sumber: Murai

No comments:

Post a Comment