Monday, May 26, 2014

Berita Terkini 26 May 2014

Malaysia lubuk rezeki
Malaysia lubuk rezeki
KEKAYAAN bumi Malaysia menyebabkan warga asing berpusu-pusu masuk ke negara ini, sama ada secara sah atau haram untuk mengambil peluang demi meneruskan kelangsungan hidup. Warga asing meninggalkan orang tersayang untuk berhijrah ke Malaysia. Walaupun memperoleh gaji yang rendah, mereka bersyukur kerana peluang mendapatkan rezeki di negara ini jauh lebih baik berbanding negara mereka. Tetapi malangnya, ramai orang Malaysia sendiri yang kurang sedar hakikat ini dan tidak menceburkan diri dalam bidang yang paling banyak memberi rezeki, iaitu perniagaan.
Tinggal keluarga demi sesuap nasi
Bagi Rozilah Osman, 56, yang sebelum ini merupakan warga Singapura, dia tekad meninggalkan ‘negara dilanggar todak’ itu kerana kecintaannya kepada bidang kecantikan yang meluap-luap. Padanya, Malaysia dianggap lubuk rezeki kerana bidang perniagaan tersebut masih baharu di negara ini pada masa itu. Bermodalkan RM4,000, Rozilah menggunakan lesen perniagaan di atas nama sepupunya untuk memulakan perniagaan kecantikan pada 1983 di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. “Saya tidak boleh berniaga di sini kerana kehadiran saya sebagai lawatan sosial sahaja pada waktu itu. Alhamdulillah, sepupu saya banyak membantu. “Bukannya mudah warga asing seperti saya untuk berniaga di sini. Stigma masyarakat yang menganggap ‘kenapa orang luar berniaga di negara ini’ hampir melemahkan semangat saya. “Walaupun pedih, saya tetap tekad untuk mencari rezeki di bumi bertuah ini,” katanya. Rozilah berkata, perniagaan kecantikannya mendapat sambutan menyebabkan dia mula membuka kelas aerobik pula untuk membantu mereka yang mengalami masalah berat badan. “Saya berulang-alik dari Singapura ke Johor. Kadang-kala saya bermalam di rumah saudara-mara kerana terlalu penat selepas seharian bekerja,” katanya yang berkahwin pada 1984 dengan penduduk tempatan, Samad Dogah. Bagaimanapun katanya, kelas aerobik yang dianjurkan tidak mendapat sambutan pada sekitar 1980-an di Malaysia. Rozilah tidak berputus asa, sebaliknya membuka kelas tuisyen mengajar Bahasa Inggeris bagi pelajar sekolah kebangsaan dan menengah untuk penduduk setempat. “Saya perlu mencari alternatif lain untuk menambahkan pendapatan keluarga. “Selepas setahun berada di sini, saya berkahwin dengan rakyat tempatan dan ahli keluarga semakin bertambah,” katanya. Ibu kepada tiga anak tersebut berkata, dia juga bekerja separuh masa dengan agensi pelancongan untuk membawa jemaah haji dan umrah ke Makkah. “Saya membantu arwah ayah, Osman Ariffin yang juga membawa jemaah haji dan umrah pada awal 1990-an. Alhamdulillah, saya mampu melakukan tiga kerja dalam satu masa. “Alhamdulillah pendapatan saya pada ketika itu mencecah RM2,000 sebulan. Sejumlah daripada pendapatan tersebut saya simpan kerana akan dijadikan modal berniaga,” katanya. Rozilah berkata, pada bulan puasa, dia akan berniaga kuih di Kampung Melayu Majidee dan Best World (yang kini dikenali sebagai Danga City Mall). Menurutnya, dia bersyukur kerana diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 1998. “Alhamdulillah, menjadi warganegara Malaysia ialah anugerah ALLAH dan ia membahagiakan saya. Ini ialah peluang semakin luas untuk saya berniaga di sini,” katanya. Tambahnya, pada 2010, dia berjaya membuka syarikat pelancongannya sendiri dikenali sebagai Suhaa Travel and Tours Sdn Bhd yang terletak di Kampung Melayu Majidee. “Saya bersyukur, Suhaa ialah hadiah keperitan yang saya alami sebelum ini dan rezeki saya di bumi bertuah ini. Terlalu banyak peluang yang ada di Malaysia, alah bisa tegal biasa untuk menghadapi segala kesulitan sebagai bukan rakyat tempatan sebelum ini,” katanya. Rozilah berkata, sebagai rakyat Malaysia kini, dia bersyukur kerana berada di lubuk rezeki. “Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan rakyat di negara ini kerana memberikan peluang kepada saya. Saya tidak mampu membalas kebaikan yang diberikan selama ini dan hanya ALLAH sahaja membalasnya. “Saya hanya mampu mempromosikan Malaysia di mata dunia apabila membawa jemaah Malaysia untuk menunaikan umrah empat kali setahun dan haji di Makkah. Saya juga membawa pelancong luar ke beberapa destinasi menarik di Malaysia antaranya Kota Kinabalu; Sabah, Pulau Langkawi; Kedah dan negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia serta beberapa negara Asia,” katanya. Rozilah berkata, dia bersyukur berada di bumi Malaysia kerana pelbagai kemudahan disediakan untuk kebajikan rakyat di negara ini. “Saya susah ketika berada di Singapura kerana untuk menyambung pelajaran saya memerlukan wang yang banyak dan harga barang di sana mahal berbanding di negara ini. Kebebasan untuk mencari rezeki ialah kelebihan di Malaysia. “Banyak peluang pekerjaan di negara ini yang perlu direbut untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih Malaysia,” katanya.
Pengelap perabot jadi usahawan
Seorang lagi peniaga yang berasal dari Bangladesh, Md Nasir Uddin berkata, Malaysia mempunyai segala-galanya iaitu sebagai negara Islam, aman dan ekonomi yang stabil. Md Nasir yang kini memegang jawatan Pengarah Urusan Sun Moon Galaxy (M) Sdn Bhd berkata, dia datang ke Malaysia pada 2006 untuk mencari rezeki walaupun tidak mempunyai kelulusan akademik yang baik. Dia menggunakan pas pelancong untuk melihat sendiri keadaan Malaysia dengan menumpang rumah kawannya, Imran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. “Saya ambil keputusan untuk bekerja apa sahaja di sini walaupun saya tidak tahu nasib saya. Biar ALLAH menentukan. “Saya juga mahu sambung belajar di sini, saya memohon pas pelajar, Alhamdulillah, saya diterima belajar di sebuah kolej di Selangor,” katanya. Md Nasir, 32, berkata, melihat keadaannya yang serba kekurangan dan keluarga jauh di Bangladesh, Imran mengajaknya bekerja secara sambilan untuk meneruskan kehidupan dan membiayai pelajarannya. “Saya nekad mahu bekerja bersamanya sebagai pengelap perabot dan menjaga stor di kedai perabot yang terletak di Puchong, Selangor. “Alhamdulillah, walaupun saya hanya pekerja sambilan iaitu tiga hari seminggu, saya dapat gaji RM800 sebulan,” katanya. Md Nasir berkata, ketika menjadi pengelap perabot dan penjaga stor, dia belajar ilmu perniagaan. Selepas lapan bulan bekerja di bahagian tersebut, dia dipindahkan ke bahagian jualan. “Walaupun hanya bergaji RM800, saya tetap hantar duit ke kampung halaman. Selebihnya saya menyimpan walaupun sedikit. Biarlah saya susah di sini, saya mahu berdikari. “Pada 2008, saya dinaikkan gaji menjadi RM1,800 dan mendapat komisen berdasarkan jumlah jualan. Alhamdulillah, saya habis belajar pada 2010 dan dinaikkan pangkat untuk menguruskan salah sebuah cawangan kedai perabot milik majikan,” katanya. Menurutnya, dari situlah dia menyimpan hasrat untuk membuka kedai perabot sendiri tetapi dipendamkan kerana ia memerlukan modal yang besar iaitu RM200,000. “Saya menyimpan duit selama dua tahun setengah untuk merealisasikan hasrat membuka kedai perabot sendiri. Pada Ogos 2010, saya letak jawatan dan kembali ke Bangladesh, sebelum pulang ke Malaysia semula,” katanya. Menurutnya, pada Februari 2011, dia yang pada masa itu baru saja melangsungkan perkahwinan dengan rakyat tempatan iaitu Nurul Aini Md Noh, 32, mula membuka perniagaan secara kecil-kecilan iaitu kedai komputer di Seksyen 17, Shah Alam.
Menurutnya, dia hanya menggunakan modal RM40,000.
“Selepas lapan bulan saya menyimpan wang daripada perniagaan tersebut, saya membuka kedai perabot di Setia Alam bermodalkan RM200,000. Saya menjual pelbagai jenis perabot seperti katil, almari, meja makan dan sofa. Alhamdulillah, pada 2013, saya membuka cawangan kedai perabot di Bangi. “Kedai di Bangi begitu bermakna kepada saya. Saya membelinya daripada majikan saya sebelum ini dengan harga RM300,000. “Saya bersyukur, rezeki saya di Malaysia dan saya berharap saya akan menjadi rakyat di negara ini kelak,” katanya yang kini mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun. Bukan itu sahaja, pada Februari 2014, Md Nasir membuka dua lagi kedai perabot baharu di Seksyen 15, Shah Alam bagi memenuhi permintaan pelanggannya yang ramai menetap di sekitar Lembah Klang. “Kedai perabot di Shah Alam menjual pelbagai jenis perabot eksklusif. Kebanyakannya diimport dari pelbagai negara antaranya Itali, China dan Indonesia serta Amerika Syarikat,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik. Md Nasir berkata, dia tidak akan melupakan permulaan kehadirannya di Malaysia kerana terpaksa mengikat perut untuk menyimpan wang bagi membiayai pengajiannya. “Saya hanya makan biskut dicecah minuman ringan. Alhamdulillah, saya banyak dibantu rakan-rakan dan bos saya pada ketika itu. Walaupun susah dan perit, saya yakin Malaysia ialah negara yang terbaik untuk saya mencari rezeki dan berkeluarga. “Saya melihat Malaysia mempunyai rezeki yang melimpah ruah. Banyak peluang perniagaan di sini. Insya-ALLAH, saya akan membuka syarikat pelancongan untuk membawa jemaah menunaikan umrah pada tahun hadapan,” katanya yang kini mempunyai seramai 22 pekerja. Md Nasir berkata, kejayaannya pada hari ini banyak didorong isteri dan keluarga mentuanya di Muar, Johor dan doa ibu bapanya di Bangladesh. “Saya yakin rezeki ALLAH ada di mana-mana dan Malaysia ialah negara istimewa kepada saya,” katanya.
Pembantu kedai runcit jadi bos
Warga Indonesia, Rudy Joko, 50, berkata, seingatnya, kegembiraan rakan-rakannya yang membawa pulang wang kerana bekerja di Malaysia membuatkan hatinya meronta-ronta ingin datang ke Malaysia pada awal 1990-an. Rakan-rakannya dilihat mewah, berbaju baharu, berkahwin dan mampu membayar minumannya dan rakan lain. "Saya tekad mahu berhijrah ke Malaysia. Pada mulanya, saya mahu masuk secara haram tetapi apabila memikirkan keselamatan diri, saya lupakan hasrat tersebut. "Pelawaan rakan saya, Jemari untuk bekerja buruh kontrak di Kuala Lumpur dan dia mahu meminjamkan wangnya untuk membuat pasport, dianggap seperti durian runtuh. Saya menerimanya dengan hati terbuka," katanya. Rudy berkata, dua hari selepas kehadirannya di Kuala Lumpur, dia kagum kerana bangunan dan persekitaran yang cantik berbeza dengan kampung halamannya yang hanya dipenuhi kebun-kebun dan sawah padi. "Saya diajak ke Kajang untuk diperkenalkan dengan Abu Bakar Ibrahim, seorang peniaga yang kini merupakan bapa mentua saya. Saya diarahkan tinggal bersama Abu Bakar dan bekerja bersamanya. "Pada mulanya saya membantah kerana takut keseorangan tetapi Abu Bakar meyakinkan saya. "Alhamdulillah, saya mula bekerja bersamanya sebagai pembantu kedai runcit. Rutin saya setiap hari hanya membelah kelapa serta menyiang ikan dan ayam," katanya. Tambahnya, gajinya hanya RM250 tetapi diberikan makanan dan rumah percuma. Gaji tersebut disimpan untuk digunakan apabila kecemasan. "Pada 2001, saya berkahwin dengan isteri saya, Siti Junaidah Abu Bakar dan mengambil alih perniagaan bapa mentua. Malangnya, kesusahan terjadi apabila pembinaan lebuh raya di kawasan kedai kami menyebabkan ia dirobohkan. Saya buntu kerana saya hanya tahu berniaga dan bertani. "Saya mula bercucuk tanam di sekitar kawasan kediaman dan menyara keluarga dengan wang simpanan yang ada. Rumah saya dijadikan kedai runcit sementara kerana pelanggan masih ada," katanya. Menurutnya, pada 2006, dia kehabisan wang dan tidak mampu membeli susu untuk tiga anaknya. "Saya menangis apabila melihat mereka hanya makan nasi bersama telur dadar manakala isteri mengambil alih perniagaan yang tidak mempunyai cukup barang. Saya kemudian menjadi buruh kontrak di Putrajaya," katanya yang kini sudah menjadi penduduk tetap. Rudy berkata, selama dua tahun, setiap gaji bulanan akan disimpan di atas nama isteri dan bonus tidak diusik. "Tahun 2009 memberikan sinar baharu kepada kami sekeluarga apabila wang simpanan itu dijadikan modal dan kami mula berniaga di Shah Alam. "Alhamdulillah, kini saya mampu menyewa beberapa kedai di sekitar Lembah Klang," katanya. Menurutnya, kesusahan dilalui tidak boleh dijadikan alasan kerana rezeki ALLAH luas, dan Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan serta bantuan kepada mereka yang ingin berniaga. "Saya yakin dengan rezeki ALLAH dan saya sering mengingatkan pekerja-pekerja saya jangan tinggalkan solat dan amalkan cara hidup Islam jika mahu berjaya. "Saya bertuah berada di Malaysia dan jika di kampung saya, saya ialah jutawan segera," katanya.

Koperasi beri manfaat kepada penjawat awam
Mutadho Bhari
ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyediakan koperasi kredit untuk mengurangkan dan menghapuskan pinjaman wang daripada ceti atau syarikat pinjaman tidak berlesen oleh penjawat awam. Timbalan Presidennya, Mutadho Bhari berkata, kemajuan dan pencapaian koperasi kredit di Malaysia membantu penjawat awam membuat bayaran pinjaman menerusi potongan gaji dan ia lebih terjamin. Menurutnya, pinjaman dibuat menerusi koperasi adalah lebih mudah berbanding pinjaman di bank komersil. “Kami memberikan pinjaman sehingga RM200,000 tanpa mengenakan apa-apa cagaran dan penjamin. Mereka perlu membayar pinjaman menerusi potongan gaji yang diuruskan Angkasa. “Pembayaran balik pinjaman melalui Angkasa akan dibuat secara telus. Oleh itu, program transformasi koperasi kredit anjuran Angkasa melakukan banyak penambahbaikan supaya semua koperasi kredit dapat memberikan perkhidmatan berkualiti dan tidak diragui,” katanya dalam temu bual dengan Sinar Harian. Menurutnya, koperasi kredit ialah tulang belakang kepada gerakan koperasi dan ia terbuka kepada orang biasa. “Tanpa koperasi kredit, sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kecil. Dengan adanya koperasi kredit banyak pencapaian dan kemajuan yang digarap oleh sektor koperasi. “Anggota koperasi kredit lebih mudah dapat pembiayaan kewangan daripada koperasi masing-masing dengan bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan,” katanya. Mutadho berkata, Angkasa menyediakan tiga inovasi yang dijadikan platform bagi membantu peminjam dan bakal peminjam untuk berurusan dengan koperasi kredit secara mudah iaitu pinjaman melalui dalam talian, Skim Perlindungan Koperasi Kredit (SPKK) dan Sistem Pengurusan Kredit Rating (Speakar). Angkasa turut menyasarkan 12,000 ahli menjelang akhir tahun ini berbanding hanya 11,000 ahli pada 2013. “Saya mengharapkan koperasi kredit akan berterusan dan menjangkakan pertumbuhan pendapatan sebanyak 12 peratus tahun ini yang dipacu oleh inovasi yang diperkenalkan,” katanya.

Polis Bongkar Makmal Proses Ketamin, Rampas Dadah RM720,000

Dadah jenis ketamin yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium mewah, Jumaat lalu. KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia buat pertama kalinya membongkar kegiatan memproses dadah jenis ketamin yang didalangi dua lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah kondominium di Taman Sri Hartamas, di sini, Jumaat lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, selain penahanan dua lelaki berusia 44 dan 51 tahun itu, polis turut merampas ketamin bernilai RM720,000 dan 200 biji pil ecstasy. "Pada Jumaat lalu, pukul 7.30 malam, kita (polis) menahan dua lelaki itu di dalam sebuah kereta jenis Myvi di Taman Mutiara, Cheras bersama tiga bungkusan plastik berisi dadah ketamin seberat 2,495 gram di bahagian but kereta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini, Isnin. Noor Rashid berkata, tangkapan itu membawa polis ke sebuah kondominium di Taman Sri Hartamas, sebelum menemui sembilan bungkusan plastik berisi ketamin seberat 9.05 kilogram (kg), dua bekas plastik lutsinar berisi ketamin seberat 2.77 kg dan empat bungkusan besar plastik berisi serbuk putih disyaki ketamin seberat 3.26 kg. Beliau berkata, turut ditemui di dalam rumah itu, bahan-bahan kimia dan peralatan memproses dadah. "Siasatan mendapati kedua-dua suspek menjalankan kegiatan itu sejak lapan bulan lepas dengan menjadikan kondominium yang disewa RM2,200 sebulan itu sebagai makmal. "Mereka turut mengedarkannya ke sekitar Lembah Klang," katanya sambil menambah salah seorang suspek pernah ditahan kerana memiliki senjata berbahaya. Noor Rashid berkata, kedua-dua lelaki yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandotari jika disabitkan kesalahan. Sumber: mStar

Brazil siap sedia hadapi protes

Anggota keselamatan Brazil menahan beberapa individu yang terlibat dalam protes jalanan membantah penganjuran Piala Dunia di Sao Paulo, minggu lalu.
KERAJAAN Brazil sudah memperuntukkan kira-kira RM2.7 bilion dan menyediakan 157,000 anggota tentera dan pegawai polis dalam pelan keselamatan sepanjang penganjuran Piala Dunia yang berlangsung dalam tempoh 19 hari lagi. Langkah itu bagi memastikan keselamatan rakyat dan pelawat yang berkunjung ke negara berkenaan sempena Piala Dunia terjamin. Sebelum ini, timbul kebimbangan mengenai isu keselamatan terutama melibatkan demonstrasi jalanan yang sering bertukar ganas. Menteri Undang-Undang, Jose Eduardo Cardozo berkata, pihak berkuasa mengambil iktibar daripada kejadian protes jalanan ketika Piala Konfederasi tahun lalu. Katanya, wang peruntukan itu akan digunakan untuk membeli peralatan termasuk kereta peronda, pesawat, komputer dan senjata api termasuk latihan khas untuk membendung pengganas, menangani ancaman bom dan risikan. “Kami anggap protes jalanan satu ancaman besar dalam penganjuran Piala Dunia kali ini,” katanya. Tahun lalu, kira-kira sejuta rakyat Brazil keluar mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah kos penganjuran Piala Konfederasi dan Piala Dunia 2014 yang dianggap melampau dan membazir. Penunjuk perasaan menuntut wang tersebut di salur untuk tujuan kesihatan, pendidikan dan kemudahan pengangkutan. Sumber: Sinar Online

Polis peronda maut dilanggar perompak

PARIT BUNTAR – Seorang anggota polis terbunuh semasa cuba mengejar perompak yang dikatakan merompak sebuah van rokok.Menurut sumber,mangsa dari unit rondaan bermotor dilanggar suspek yang menaiki sebuah kereta honda civic. Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini jam 1 petang tadi.Sumber polis berkata, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran. "Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain dipercayai jenis Honda Civic yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke dalam parit."Anggota polis itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan manakala rakan setugasnya parah dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya. Beliau berkata, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang dijalankan. "Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke Jalan Alor Pongsu," katanya.








Mohd Azuan Bin Abdullah identiti polis maut dilanggar penjenayah di Jalan Alor Pongsu Perak. Pada 26 Mei 2014 telah berlaku insiden kejar mengejar dua polis peronda motosikal dengan suspek yang menaiki Toyota Wish sejurus menerima laporan awam. Namun ketika aksi mengejar Toyota Wish, sebuah kereta Honda Civic yang dibawa oleh rakan suspek merempuh mangsa dari arah belakang. Mangsa maut selepas tercampak 50m dari tempat kejadian. Manakala rakan mangsa pula mengalami cedera parah. Berdasarkan maklumat terkini, kereta Toyota Wish warna emas no pendaftaran WRU 5308 yang dinaiki suspek telah ditemui dan dibakar suspek. Difahamkan, mangsa dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Jun 2014.

Nama: Mohd Azuan Bin Abdullah
Umur: 24 Tahun
Pekerjaan: Anggota Polis Unit Rondaan Bermotosikal

Gambar Kad Kahwin Anggota Polis Maut
Sumber: NewMalaysianPost.com
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AnggotapolisURBmaut_rakanparahdirempuhpenjenayah/Article/?mutakhir=1
http://www.hmetro.com.my/articles/Polismatidilanggarperompak/Article?BeritaUtama


Produk Coklat Cadbury Mungkin Tercemar - Subramaniam

Produk Cadbury yang disyaki tercemar perlu menjalani analisa sebelum keputusan muktamad dibuat beberapa bulan lagi. PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat Cadbury, disebabkan pencemaran sepanjang rantaian proses pembuatan coklat berkenaan. Dua produk terbabit ialah coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam. Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya akan melawat dan memeriksa kilang pembuatan coklat berkenaan, minggu ini. "Keputusannya hanya akan diketahui dalam beberapa bulan lagi kerana perlu melalui pelbagai proses dan prosedur," katanya pada sidang media di sini, Isnin. Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan pertemuan dengan syarikat pengeluar coklat berkenaan serta kementerian terbabit untuk membincangkan lebih lanjut berhubung penghasilan produk itu. Subramaniam berkata, siasatan kejadian itu dijalankan di bawah Akta Makanan 1983. Sebelum ini dilaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung sijil halal terhadap dua produk coklat susu keluaran Cadbury Dairy Milk yang dikeluarkan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta ekoran penemuan DNA babi dalam produknya. Penemuan DNA itu dikesan oleh Kementerian Kesihatan, dalam produk coklat susu dengan kacang hazel dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1. Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula memaklumkan pihaknya mula menganalisa produk berkenaan pada 27 Februari lalu. "Proses ini mengambil masa termasuk verifikasi dan pengesahan maklumat," katanya. Sumber: mStar

Tiket palsu menular

Seorang peminat wanita menunjukkan tiket Piala Dunia 2014 yang dibeli di kaunter tiket di Botafogo, Brazil yang mula dibuka 18 April lalu.
KURANG sebulan sebelum sepak mula kejohanan Piala Dunia, sudah muncul sindiket penjualan tiket palsu. Perkara itu disahkan sendiri Pengarah Pemasaran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Thierry Weill. “Kami mula mengesan ada pihak cuba menjual tiket palsu secara online. Jadi, kami nasihatkan agar peminat tidak terpedaya dan membeli tiket berkenaan. “Kami tidak akan membenarkan pemegang tiket palsu masuk ke dalam stadium,” katanya. Pada masa sama, Weill mendedahkan terdapat beberapa peminat turut ditipu kerana memesan tiket secara online menerusi website tidak berdaftar. Sumber: Sinar Online

Wanita tekad langgar perompak

DUNGUN: “Mereka mengancam nyawa saya sekeluarga dan wajar diajar,” kata seorang wanita berusia 36 tahun yang bertindak mengejar dua penyamun dan melanggar mereka hingga cedera di Jalan Lapangan Terbang, di sini, kelmarin. Wanita yang enggan dikenali itu berkata, sebelum kejadian, dia membawa anak berusia empat tahun yang demam ke sebuah klinik di Kuala Dungun, di sini, sambil ditemani dua lagi anak, jam 4 petang. Katanya, ketika kejadian suaminya yang bekerja dengan sebuah syarikat minyak bertugas di luar negara dan apabila dia pulang ke rumah dia terkejut mendapati pintu pagar terbuka serta sebuah motosikal Honda EX5 berada di dalam garaj. “Curiga dengan keadaan itu, saya meninggalkan anak di dalam kenderaan dan berlari masuk ke dalam rumah selepas pintu jeriji depan terbuka sebelum terdengar suara dua anak berusia tujuh dan 11 tahun yang tidak ikut bersama ke klinik bercakap dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik. “Pada masa sama, saya membuka pintu bilik tidur saya pula dan tiba-tiba muncul seorang penyamun dari bilik menerpa menyebabkan saya melarikan diri,” katanya, di sini, semalam. Menurutnya, dia tidak sempat keluar meminta bantuan selepas ditarik penyamun terbabit yang bertindak meletakkan sebilah parang di lehernya sambil meminta dia diam jika tidak mahu dicederakan, manakala seorang lagi penyamun bertindak menyelongkar barangan di dalam rumah. “Selepas 20 minit menyelongkar dan berjaya melarikan wang tunai RM1,300, dua komputer riba, dua jam tangan dan alat permainan yang kesemuanya bernilai RM12,000, kedua-dua penyamun itu melarikan diri dengan motosikal Honda EX5. “Berang dengan tindakan itu, saya mengejar mereka dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova sejauh hampir satu kilometer sebelum melanggar motosikal itu menyebabkan mereka jatuh tergolek di tepi jalan. “Kedua-kedua penyamun yang cedera bangun dan mengacukan parang ke arah saya, namun saya memusingkan kenderaan dan sekali lagi melanggar mereka sebelum kedua-duanya melarikan diri,” katanya. Sumber: myMetro

Ramai tauke simpan pistol, parang

KUALA LUMPUR : Pemilik premis judi Internet dikesan menyimpan senjata api, parang dan pedang samurai sebagai alat untuk menyerang pihak berkuasa ketika serbuan dilakukan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, risiko itu terpaksa dihadapi pihaknya ketika serbuan dilakukan. “Kami (polis) sudah jalankan risikan memang kebanyakan pemilik judi Internet ini mempunyai pistol, parang dan pedang samurai yang dipercayai untuk digunakan menyerang polis selain melindungi diri mereka sekiranya premis disamun. Tetapi kami sentiasa berwaspada dengan menambah kekuatan anggota ketika serbuan dijalankan,” katanya. Menurutnya, pegawai dan anggota polis yang menjalankan serbuan ke premis judi turut terdedah dengan ancaman tonto selain kongsi gelap yang sentiasa memerhatikan pergerakan pihak berkuasa dengan menggunakan alat ‘walkie-talkie’ bagi menggagalkan serbuan yang ingin dilakukan polis. Sementara itu, ditanya mengenai pembabitan kongsi gelap dalam sindiket judi Internet, Roslee berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai bukti jelas pembabitan kongsi gelap dalam kegiatan haram itu sebaliknya hasil risikan mendapati sindiket berkenaan menggunakan khidmat kongsi gelap untuk menjaga premis mereka daripada diganggu kumpulan samseng dan pihak berkuasa. Sumber: myMetro

‘Kenapa sekarang baru didedah?’

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan. Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna. Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) babi namun belum didedahkan KKM kepada umum. “Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi. Dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA babi, kenapa masih dirahsiakan?” katanya, semalam. Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011. “Insya-Allah Selasa ini (esok) kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia. “Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). “Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA babi kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali. Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya. “Isu ini seolah-olah didiamkan. Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan. Sumber: myMetro

Bumiputera perlu mohon sijil halal

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyarankan usahawan Bumiputera yang sedia ada supaya memohon sijil halal bagi mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap produk mereka. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pemilikan sijil halal daripada badan pengeluar sijil halal seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), akan memberi jaminan tentang kualiti dan status bahan yang digunakan. “Bumiputera harus memanfaatkan sijil halal sebagai nilai tambahan kepada produk keluaran syarikat bagi memasarkan produk di dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa,” kata pada majlis pelancaran produk berasaskan kecantikan oleh Havarline Diamond Sdn Bhd. Menurutnya, masyarakat tempatan kini lebih berwaspada dalam pemilihan produk harian walaupun ia keluaran Bumiputera. Di samping itu, beliau meminta usahawan Bumiputera agar memanfaatkan teknologi bagi memastikan bekalan produk mencukupi bagi menampung permintaan pasaran. “Penggunaan teknologi dalam penghasilan produk dapat membantu usahawan Bumiputera terutamanya dari sektor kecil dan sederhana untuk bersaing dengan syarikat-syarikat dan pengusaha yang lain,” katanya. Menurut laporan sebelum ini, Malaysia masih kekal sebagai pengeksport terbesar produk halal dunia dengan nilai eksport bernilai RM32.8 bilion meskipun jumlah itu hanya meliputi lima peratus daripada keseluruhan jumlah eksport negara tahun lalu. Pada 2013, eksport negara meningkat 2.4 peratus atau RM17.17 bilion kepada RM719.81 bilion. Sumber: Bernama

Wujud jawatankuasa siasat pegawai Jakim

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mewujudkan jawatankuasa khas menyiasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terlibat dengan pensijilan halal supaya insiden DNA babi dalam makanan berlogo halal tidak berulang. Timbalan Pengerusi Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun berkata, ia bagi menyiasat sama ada mungkin wujud unsur rasuah atau sebaliknya. “Jakim sebenarnya perlu lebih tegas melibatkan soal halal haram makanan yang dijual di pasaran supaya umat Islam tidak tertipu. “Ini semua tanggungjawab Jakim, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan makanan yang tidak halal dimakan orang Islam. Kita hairan bagaimana coklat itu dapat sijil halal,” katanya. Mengulas lanjut, Rahimuddin berkata, insiden seumpama itu seolah-olah mempersendakan orang Islam. “Kita rasa orang Islam ditipu bulat-bulat, memandangkan coklat itu ada logo halal daripada Jakim. “Tapi kita kesal bagaimana perkara ini boleh berlaku. Ini baru sahaja coklat, mungkin banyak lagi produk lain yang ada unsur benda tidak halal tetapi turut juga terlepas,” ujarnya. Sumber: Sinar Online

Rakyat bantah rampasan kuasa

Seorang penunjuk perasaan anti rampasan kuasa berdiri di depan anggota tentera Thailand di Bangkok, semalam. - Foto AP Bangkok: Kemarahan penduduk awam terhadap rampasan kuasa tentera Thailand semalam meningkat dengan lebih seribu penunjuk perasaan berarak melaungkan ‘Keluar!’ di ibu negara, Bangkok biarpun pihak tentera mengeluarkan amaran terhadap sebarang tindakan bantahan. Penunjuk perasaan mula berarak di daerah Chidlom dan bergerak di seluruh bandaraya itu hingga ke Tugu Peringatan Victory, kata seorang pemberita AFP di tempat kejadian, dengan berlaku suasana tegang dengan tentera bersenjata yang berkawal di ibu negara berkenaan adalah luahan bantahan besarbesaran sejak rampasan kuasa tentera Khamis lalu berikutan krisis politik selama beberapa bulan.
Larang perhimpunan
Tiada tanda kehadiran polis di jalanan sepanjang perarakan semalam, yang diteruskan walaupun satu kenyataan junta menggesa penduduk untuk tidak keluar membantah dan undangundang tentera yang melarang perhimpunan membabitkan lima orang atau lebih.

Pesta Cari Jodoh Tangani Krisis Populasi Jepun

Syarikat mencari jodoh kini giat bekerjasama dengan kerajaan Jepun untuk mencapai sasaran sejuta perkahwinan menjelang 2020.
TOKYO: Jepun kini berhadapan dengan krisis populasi apabila mencatatkan kadar kelahiran paling rendah sejak 1899 tahun lalu. Pada 2013, Jepun mempunyai jumlah warga tua yang tinggi iaitu 244,000 orang, manakala kadar kelahirannya menurun kepada 1.03 juta tahun lalu, angka yang membimbangkan negara itu. Sehubungan itu, kerajaan Jepun mengarahkan menteri wanitanya, Yuriko Koike merangka pelan untuk menangani situasi itu. Antara penyelesaiannya yang akan dilakukan adalah dengan menjodohkan lebih ramai pasangan menerusi kaedah kuno iaitu mencari jodoh untuk anggota tentera yang masih bujang dengan wanita di seluruh pelusuk Jepun. Malahan, Perdana Menteri, Shinzo Abe memperuntukkan 3 billion yen untuk bajet tahun fiskal 2014 bagi program meningkatkan kadar kelahiran sebagai salah satu strategi menangani krisis populasi negara itu. Buat pertama kalinya, pada 7 Julai ini kerajaan Jepun akan menganjurkan pesta bertemu jodoh membabitkan 40 pasangan dengan harapan ia berakhirnya ikatan perkahwinan. "Situasinya serius sekali ketika ini dan untuk memastikan negara mempunyai populasi generasi muda yang lebih ramai, kita perlu menggalakkan rakyat untuk berkahwin. "Sekurang-kurangnya 600,000 perkahwinan dicatatkan tahun lalu dan sasarannya adalah sehingga sejuta menjelang 2020," katanya. Koike yang juga ketua Liga Parlimen Machikon-Konkatsu meletakkan sasaran itu sebaik kumpulan itu dibentuk untuk menangani krisis populasi yang makin meruncing itu, tahun lalu. Minggu ini, kumpulan ini akan mengadakan persidangan membabitkan menteri kanan, pegawai di kerajaan tempatan dan syarikat penemu jodoh untuk merangka strategi bagi menggalakkan generasi muda Jepun yang ramai berkahwin dan mendapat zuriat. Walaupun ia misi yang sukar, tetapi kerajaannya tetap akan berusaha menanganinya dengan membabitkan semua pihak dari ahli politik, syarikat swasta dan masyarakat. Sumber: mStar

50 askar Mali maut dalam pertempuran dengan pemberontak

DAKAR: Menteri Pertahanan Mali, Soumeylou Boubeye Maiga, berkata kira-kira 50 askar terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak di bandar Kidal di utara negara itu. “Malangnya, kita ada kira-kira 50 askar terbunuh dan 48 lagi cedera. Kita tidak tahu kemalangan jiwa di pihak sana tetapi kita tahu mereka juga mengalami kematian," katanya kepada badan penyiar ORTM. Kumpulan bersenjata termasuk Gerakan Pemisah Untuk Pembebasan Azawad (MNLA) mengaibkan tentera Mali dalam pertempuran di kawasan gurun di utara negara itu di mana mereka menawan bandar Kidal. Maiga menafikan kawasan penempatan di Menaka turut jatuh ke tangan pemberontak tetapi mengakui pihak tentera "menduduki bersama" bandar itu. Sumber: AFP

Penyamun tidak sempat tikam

Syed Ahmad Kabeer yang masih lemah bersama anak, S Hassan Kuthoos menunjukkan kesan koyak pada baju yang ditarik dua penyamun itu. KLANG - Tindakan seorang warga emas menjerit dengan kuat meminta tolong telah menyelamatkan mangsa daripada ditikam menggunakan pisau oleh dua penyamun bermotosikal di kawasan Klang Sentral, Meru, Rabu lalu. Mangsa yang juga pengusaha sebuah restoran, Syed Ahmad Kabeer Syed Mohamad, 70, bagaimanapun mengalami kecederaan di bahagian belakang selepas terjatuh ditolak salah seorang penyamun. Berikutan kejadian itu, mangsa kini tidak mampu berdiri dan bergerak aktif seperti sebelum ini kerana tulang belakangnya lari daripada kedudukan asal. Menceritakan kejadian itu, Syed Ahmad Kabeer yang juga bapa kepada Timbalan II Gerakan Masyarakat Prihatin Meru, S Hassan Kuthoos berkata, sebelum kejadian itu, dia ke Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membayar bil elektrik restorannya yang berjumlah hampir RM2,000. “Saya ke sana menaiki bas kerana tak mahu susahkan anak-anak. Masa perjalanan balik, saya singgah di kawasan Klang Sentral untuk jumpa kawan sekitar jam 12.30 tengah hari. “Ketika berjalan kaki menuju ke sebuah premis rumah kedai, dua lelaki menaiki motosikal menghampiri saya dan bertanyakan jalan dalam Bahasa Tamil,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Taman Meru Jaya, semalam. Tanpa mengesyaki apa-apa, dia memberi kerjasama dan tidak menyangka pembonceng motosikal yang tidak memakai helmet mendekatinya secara meluru dan menarik kocek bajunya. “Saya terkejut terus mempertahankan kocek baju yang berisi wang dan telefon bimbit serta beberapa bil yang telah dijelaskan bayaran. “Lelaki itu terus menarik saya dan tidak cukup dengan itu, rakannya yang memakai helmet pula menyerbu sambil tangan kanannya menarik kocek saya. “Berlaku pergelutan beberapa minit sebelum lelaki itu mengacukan pisau ke lengan kanan saya dan berjaya menarik kocek. “Kocek saya koyak menyebabkan wang, telefon bimbit dan beberapa bil bertaburan di atas jalan,” katanya. Katanya, khuatir ditikam penyamun itu, dia menjerit sekuat hati meminta pertolongan orang ramai yang berada di sebuah restoran makanan segera di situ. “Kehadiran orang ramai menyebabkan dua lelaki itu melarikan diri bagaimana mereka sempat mengambil wang berjumlah hampir RM200 yang jatuh ke jalan raya. “Malah salah seorang daripadanya sempat tolak badan saya dan saya jatuh tersembam ke belakang hingga saya tidak dapat bangun sebelum dibantu orang ramai,” katanya. Berikutan kecederaan itu, Syed Ahmad Kabeer dikejarkan ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan dan mangsa kini tidak lagi mampu berjalan dan hanya terbaring di kediamannya. Namun dia bersyukur kerana nyawanya terselamat termasuk wang RM1,000 yang disimpan dalam kocek seluar di bahagian belakang tidak disentuh penyamun. Sementara itu, S Hassan Kuthoos berkata, sehingga kini laporan polis belum dibuat kerana keadaan bapanya tidak mengizinkan. Katanya, laporan polis akan dibuat selepas kesihatan bapa beransur pulih dalam masa terdekat. Sumber: Sinar Online

Geng ragut, samun tumpas

Mohd Mokhtar meneliti kayu besbol yang dirampas susulan penahanan empat lelaki di Taman Century, baru-baru ini
JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan 14 lelaki termasuk dua warga asing dalam beberapa siri serbuan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan ragut dan samun sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Bahru dan Kluang. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dua warga asing yang ditahan didapati terlibat dalam sekurang-kurangnya 13 kes samun membabitkan nilai kerugian kira-kira RM450,000. “Kedua-dua mereka ditahan di Johor Bahru pada jam 5.20 petang padaa 15 Mei lalu dan kita berjaya merampas sebuah kereta serta wang tunai berjumlah RM13,748. “Selain itu polis turut merampas dua parang, enam nombor pendaftaran kenderaan, enam telefon bimbit, 10 beg tangan dan sebuah komputer riba,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, semalam. Dalam pada itu katanya, tujuh lelaki berusia 17 hingga 29 tahun ditahan pada 21 Mei lalu selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan melarikan kenderaan di Kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan pada 19 Mei. “Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke Simpang Renggam dan telah berhenti di tepi jalan untuk menghubungi majikannya sebelum didatangi empat lelaki berparang yang melarikan van miliknya. “Bertindak atas maklumat, tujuh lelaki berjaya ditahan enam hari selepas itu dan berjaya merampas van mangsa yang disamun serta sebuah kereta yang dilaporkan hilang,” katanya. Mohd Mokhtar berkata, polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun, selain rampasan dua parang, tukul besi serta tiga topeng. Manakala polis berjaya merampas sebuah pistol tiruan susulan penahanan empat lelaki ketika membuat rondaan Ops Cantas di Taman Century di sini kira-kira jam 3 petang pada 21 Mei lalu. “Polis telah menahan sebuah kereta dinaiki empat lelaki berusia 21 hingga 30 tahun dan salah seorang mereka didapati mempunyai rekod kesalahan jenayah. “Polis turut merampas sebatang kayu besbol hasil pemeriksaan ke dalam kereta suspek dan kesemua disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” katanya. Sumber: Sinar Online

Nenek ‘Tambat’ Cucu OKU Di Perhentian Bas

Mumbai – Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun memakai baju biru diikat dengan tali di kaki pada tiang sebuah perhentian bas tidak diendahkan orang ramai yang lalu-lalang. Lakhan Kale dikatakan mengidap penyakit cerebral palsy dan epilepsi, menyebabkan dia tidak mampu mendengar dan bercakap. Bagi memastikan Lakhan selamat ketika neneknya bekerja, dia diikat sebelum wanita itu pergi menjual alat permainan dan kalungan bunga di tepi jalan di bandar itu. Sakhubai Kale, 66, yang membesarkan Lakhan di jalan berhampiran perhentian bas tidak mempunyai rumah berkata: “Apa lagi yang mampu dilakukan saya? Dia tidak boleh bercakap, bagaimana dia boleh memberitahu orang lain jika dia tersesat?”. Sakhubai memberitahu media dia menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa Lakhan setelah budak itu kematian bapanya beberapa tahun lalu dan emaknya lari meninggalkan keluarga. Gambar Lakhan diikat yang disiarkan dalam akhbar minggu ini mencetuskan kebimbangan antara pertubuhan kebajikan dan polis yang menyelamatkannya dan membawanya ke pusat jagaan kendalian kerajaan. Namun, kumpulan aktivis berkata nasib Lakhan yang hidup di jalanan tidak mengejutkan kerana negara itu kekurangan kemudahan untuk membantu golongan kurang upaya yang ditindas. Ketika Sakhubai dan cucu perempuannya Rekha, 12, mencari rezeki, Lakhan sering merayau di jalan raya dan tidak ada siapa yang mempedulikannya. Pada sebelah malam malam, Sakhubai akan mengikat kaki Lakhan pada kakinya ketika mereka tidur bagi memastikan cucunya itu tidak melarikan diri. Sumber: AFP / My News Hub

Wayar Fon Telinga Tersekat Dalam Kemaluan

China- Seorang lelaki berusia 32 tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas memasukkan wayar fon telinga ke dalam uretranya dan tersekat di dalam saluran air kencingnya itu. Menurut laporan akhbar di di Guangzhou, dia bertindak demikian bukan kerana seks. Pesakit yang dikenali dengan nama Luo saja itu tiba di Hospital Shuguang Shenzhen bagi merawat jangkitan pada saluran kencing. Dia pada awalnya gagal memberitahu perkara sebenar kepada doktor mengenai wayar yang dimasukkan sendiri sebagai rawatan untuk memulihkan penyakit yang dihidapinya. Pengarah hospital, Xu Chang berkata, Luo mengidap beberapa penyakit dan melakukan prosedur sendiri beberapa kali sebelum ini setelah rakannya menyarankan idea berkenaan. Idea itu akhirnya mendatangkan bencana kepadanya. Namun, Luo bernasib baik setelah wayar berukuran 45 sentimeter berjaya dikeluarkan. Sumber: Agensi

Abim pertimbang failkan saman

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) akan mempertimbangkan untuk menyaman syarikat pengeluar coklat Cadbury di bawah akta pengguna. Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, ia bagi memberi pengajaran kepada syarikat tersebut yang terang-terang mempersendakan umat Islam kerana menggunakan logo halal pada produk yang mengandungi DNA babi. “Kita merasakan Cadbury sengaja menipu kerana berselindung sebalik logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). “Buat masa ini kita tuntut dulu produk keluaran syarikat itu dikeluarkan daripada rak makanan halal di kedai-kedai yang menjualnya,” katanya kepada Sinar Harian. Katanya, syarikat Cadbury perlu memohon maaf kerana menyinggung perasaan umat Islam. “Adakah mereka tidak sedar pengguna paling ramai di negara kita adalah Islam? Jadi perbuatan mereka melampau dan tidak sensitif,” ujarnya. Dalam pada itu, Amidi menyuarakan kekesalannya kepada Jakim yang bertanggungjawab menyelidik produk bagi memastikan statusnya benar-benar halal. “Jakim rasanya perlu pendekatan yang lebih baik bagi menjaga kemashlahatan Islam daripada terdedah dengan makanan tidak halal. "Perlunya prosedur baru, bukannya hanya lakukan tinjauan di kilang sahaja,” katanya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi II, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa (Ikiam), Datuk Mustaffa Idrus berkata insiden itu seolah-olah umat Islam sengaja dipersendakan. “Kerajaan tidak boleh berlengah lagi, perlu ambil tindakan segera ke atas syarikat Cadbury, ini sudah melampau. “Kita tidak mahu lagi kejadian seperti ini berulang.Saya sendiri sekarang ini apabila tengok mana-mana coklat pun akan timbul rasa loya,” katanya. Sumber: Sinar Online

Lelaki Separuh Bogel Kejutkan Penduduk Mekah

Mekah – Seorang lelaki yang dalam keadaan separuh bogel menggemparkan penduduk Mekah selepas dia berkeliaran di jalanan di Mekah selain mengganggu wanita dan kanak-kanak. Lelaki yang dikatakan sakit jiwa itu tidak memakai baju dan hanya memakai kain nipis dan jarang hingga menampakkan alat sulitnya. Sambil berjalan dia memegang puntung rokok dan kelihatan amat marah. “Nama saya Mohammad Ali. Saya datang dari sini dan akan kesana,’’ itu jawapannya apabila ditanya mengenai dirinya dan kemana hala tujungnya. Dia juga akan bertukar menjadi ganas secara tiba-tiba hingga menyebabkan orang ramai akan cuba mengelak daripada bertembung dengannya. Salah seorang penduduk, Mohammad Sulaiman berkata, dia dan isterinya melihat lelaki berkenaan ketika keluar restoran. "Saya dapat melihat lelaki dan alat sulitnya, menyebabkan saya cepat-cepat memasuki semula restoran berkenaan kerana tidak mahu isteri saya melihatnya," katanya. Sumber: Blazing Cat Fur / My News Hub

Terkejut Lihat Gambar Ibu & Kaum Di Muzium

New Jersey – Apabila David Good ditanya mengenai ibunya ketika kecil, David Good memberikan jawapan mudah bahawa ibunya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Hakikatnya, ibunya masih hidup namun dalam kehidupan yang berbeza dan terpencil. Dia hidup dengan berkaki ayam, tidak berbaju, menggunakan kayu untuk menindik muka dan makan ulat serta mengejar babi hutan untuk dijadikan hidangan. Ibunya, Yarima bukan jenis wanita bandar yang hidup moden sebaliknya berasal dari puak primitif Yanomami yang menetap di dalam hutan tebal di Amazon. David juga tidak dapat melupakan bagaimana dia melihat gambar ibunya itu di Muzium Sejarah ketika berusia 10 tahun. Dia adalah anak sulung daripada tiga beradik oleh pasangan Yarima dan seorang profesor Kenneth Good, yang berjaya meneroka primitif Yanomami lebih 30 tahun lalu hinggakan dianggap sebahagian daripada kumpulan itu. Kenneth dikahwinkan dengan Yarima dan wanita itu dibawa balik ke Amerika Syarikat. Namun Yarima sukar menerima kehidupan moden di Amerika Syarikat dan terpaksa mempelajari bahasa Inggeris, takut melihat kenderaan dan menyangka kereta adalah haiwan ganas. Sebaliknya dia sukakan kesesakan jalan raya, rantai tangan dan filem aksi. Bagaimanapun ia masih menjadikan Yarima terpencil dan akhirnya pada 1991, ketika Kenneth membawa semua anggota keluarganya pulang ke Venezuela, Yarima membuat keputusan sukar untuk kembali menetap bersama puaknya dan meninggal anak serta suaminya. Sementara David pula, hanya selepas 19 tahun, barulah dia bertemu semula dengan ibunya dan mengunjungi wanita itu. Dia terpaksa melalui sungai Orinoco dengan menggunakan khidmat pemandu arah dan jurubahasa untuk masuk ke dalam hutan tebal di Amazon. Tidak semua orang dapat sampai ke sana kerana tempat di mana Yarima menetap terpencil jauh daripada kehidupan moden. Sumber: BBC / My News Hub

Siri Serangan Bom Gegar Selatan Thai

NARATHIWAT, Thailand – Sekurang-kurangnya tiga maut dan 55 lagi cedera dalam beberapa siri serangan bom di beberapa lokasi di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat kelmarin. Seorang jurucakap tentera Thailand, Kolonel Piamote Prom-In berkata, beberapa serangan bom dan tembakan dilaporkan berlaku di beberapa lokasi pada petang kelmarin. “Bom meletup di beberapa lokasi yang sibuk dengan orang ramai yang membeli barangan keperluan sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan pada waktu malam. “Serangan ini menyebabkan tiga terbunuh dan seramai 55 lagi cedera. Lima daripada mereka dilaporkan parah,” katanya semalam. Akhbar The Bangkok Post melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 13 bom meletup secara serentak di wilayah Pattani. Antara lokasi serangan termasuklah kedai 24 jam, pejabat Pihak Berkuasa Elektrik Wilayah, sebuah kemudahan elektrik dan sebuah stesen minyak di daerah Muang. Serangan tersebut menyebabkan daerah itu terputus bekalan elektrik. Polis turut menerima laporan terdapat tembakan dilepaskan ke arah pejabat berkenaan. Kumpulan pemisah Islam sebelum ini sering didakwa bertanggungjawab melakukan serangan di wilayah berkenaan yang menyebabkan beribu-ribu penduduk maut. Sumber: AFP

Gadis cedera ditikam lelaki tidak dikenali

Mangsa dibantu orang ramai selepas diserang lelaki tidak dikenali, malam kelmarin.
KOTA BHARU -Seorang gadis berusia 17 tahun, cedera di bahagian bawah dada kanan selepas ditikam lelaki yang tidak dikenali ketika membonceng motosikal bersama sepupunya di Jambatan Pak Nik Lah, Panchor di sini, malam Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa dalam perjalanan untuk menghantar sepupunya dihampiri lelaki terbabit, sebelum ditikam menggunakan pisau. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian. Menurutnya, melihat keadaan mangsa berlumuran darah, sepupunya menghentikan motosikal berdekatan kedai makan sebelum mangsa dibantu orang ramai. “Mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan susulan kerana cedera di lengan kanan dan di bahagian bawah dada. Mangsa dilaporkan stabil. "Berdasarkan keterangan mangsa, dia tidak mempunyai musuh dan tidak mengesyaki sesiapa kerana dia juga tidak mengenali suspek,” katanya. Azham berkata, hasil siasatan awal, dipercayai mangsa diserang kerana cemburu, namun mangsa masih belum mengesahkan dan siasatan diteruskan untuk tindakan lanjut. "Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata berbahaya," katanya. Sumber: Sinar Online

JPJ tidak terbabit Operasi Cermin Gelap

Rawang: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak terbabit dengan Operasi Cermin Gelap yang akan dilancarkan Polis Trafik Bukit Aman bermula 16 Jun ini. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata hanya polis yang mahu mengadakan operasi berkenaan tidak lama lagi dan beliau tidak boleh mengulas mengenai gerakan itu. Polis boleh membuat operasi atau sebaliknya, kerana ia adalah tanggungjawab dan di bawah bidang kuasa mereka. Namun, JPJ mempunyai operasi secara berkala dan tidak mengadakan besar-besaran bagi memastikan kenderaan cermin gelap mengikut peraturan ditetapkan, katanya selepas merasmikan majlis perasmian penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kundang di sini, semalam. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus.
Ulas dakwaan orang ramai
Ismail mengulas desakan orang ramai supaya JPJ dan polis menangguhkan semua operasi cermin gelap memandangkan keputusan proses pindaan hanya akan diketahui melalui bengkel yang diadakan pada 2 Jun ini. Sumber: BH Online

24 maut dalam serangan terbaharu Boko Haram

KANO, Nigeria: Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh apabila anggota Boko Haram menyerang sebuah kampung di timur laut Nigeria di mana kumpulan militan itu meningkatkan serangan sejak beberapa bulan lalu, menurut penduduk. Berpuluh lelaki bersenjata yang menaiki motosikal menyerbu kampung Kamuya di negeri Borno selepas terbit matahari ketika penduduk sedang menuju ke pasar minggu lalu melepaskan tembakan. Serangan itu menunjukkan bagaimana Boko Haram yang mendapat perhatian dunia selepas menculik lebih 200 pelajar perempuan bulan lalu, boleh menyerang sesuka hati serta kelemahan tentera Nigeria dalam memastikan keselamatan. Sumber: AFP

2NE1 gegar stadium

STADIUM Negara dibanjiri dengan ribuan peminat kumpulan wanita dari Korea Selatan, 2NE1 yang datang ke negara ini bagi menjayakan konsert 2NE1 2014 World Tour All Or Nothing. Walaupun tiket habis terjual, peminat kumpulan yang dianggotai CL, Minzy, Dara dan Bom ini sanggup meraih ihsan penganjur untuk membeli tiket konsert bagi menyaksikan bintang kesayangan mereka beraksi di pentas. Ada juga peminat penghibur ini yang sanggup menjadi penonton di luar stadium gara-gara tidak memiliki tiket. Menariknya lagi, dua pengarah kreatif untuk konsert 2NE1 ini iaitu Travis Payne dan Stacy Walker bukan calang-calang orang kerana pernah mengarahkan koreografi untuk bintang terkenal dunia iaitu Michael Jackson semasa This Is It Tour. "Are U Ready?” begitulah ungkapan yang diberikan oleh seorang ahli kumpulan 2NE1, CL yang mempunyai antara peminat teramai selepas Dara. Ucapannya itu disambut dengan sorakan dan laungan hampir 5,000 peminat yang membanjiri Stadium Negara sejak awal petang lagi. Suara serak basah CL yang bergema menjadikan peminat tidak sabar untuk menunggu lagu pertama mereka dan menyaksikan kehebatan kumpulan wanita tersohor ini beraksi di pentas dengan tarian mantap mereka. Konsert malam itu dimulakan dengan irama rancak gaya urban kontemporari dan dance pop seakan kehangatan kumpulan Destiny Child dan TLC dengan lagu mereka berjudul I Am The Best. Ramai penyokong tegar 2NE1 yang digelar Blackjack itu turut sama menyanyikan lagu itu bersama penyanyi kesayangan mereka. Apa yang lebih menghangatkan peminat VVIP yang berada dekat dengan pentas persembahan tidak melepaskan peluang mengambil gambar sambil menari sehingga menghangatkan Stadium Negara dengan beberapa lagu-lagu rancak mereka. Persembahan 2NE1 diteruskan dengan lagu Ugly yang pastinya merupakan lagu yang dinantikan peminat mereka. Selepas itu peminat dihiburkan dengan lagu-lagu popular mereka seperti I Love You, Lonely, Clap Your Hands dan single terbaharu mereka yang turut dilancarkan pada malam itu, Missing You. Menariknya pada malam itu juga merupakan ulang tahun kelahiran seorang daripada ahlinya iaitu Bom. Dia turut berinteraksi dengan Blackjack dan melahirkan rasa gembiranya apabila bersama-sama meraikan hari kelahirannya dan akan memberikan yang terbaik dalam persembahannya. Memberikan persembahan yang sangat bertenaga, ternyata kehadiran empat ahli kumpulan ini mampu memberikan kepuasan kepada peminatnya.
CL tampil memukau
Persembahan turut diserikan dengan kumpulan Winner yang merupakan sebuah lagi kumpulan baharu di bawah naungan YG Entertaiment. Tidak terhenti di situ, Winner yang merupakan anggota yang bakal popular kerana gaya dan gerak tari yang luar biasa, turut memukau peminat dengan beberapa perkataan dari bahasa Melayu seperti 'Aku Cinta Padamu' dan berinteraksi dengan peminat dalam bahasa Melayu. Sebelum mengakhiri persembahan mereka, kumpulan Winner menyatakan hasrat untuk kembali ke Malaysia dan sangat teruja kerana berpeluang bertemu peminatnya di sini. Persembahan 2NE1 diteruskan dengan beberapa lagu terbaharu mereka menerusi album Crush diiringi penari lelaki yang ternyata menggamatkan suasana di Stadium Negara. Tidak lengkap konsert 2NE1 2014 World Tour All Or Nothing, sekiranya tanpa persembahan daripada ketua ahli kumpulan itu iaitu CL yang tampil memukau dengan lagu hitsnya, Baddest Female dan MTBD. Diiringi sorakan paling gemuruh, persembahan CL nyata tidak mampu membuatkan peminatnya terus berganjak meskipun stadium sesak dan panas. Malah, mereka sanggup menari bersama tanda sokongan terhadap artis kesayangan mereka. Lebih gamat, apabila kesemua ahli 2NE1 bermain belon dan berinteraksi bersama peminat pada persembahan kedua terakhir mereka. Memilih lagu Can't Nobody sebagai lagu terakhir, 2NE1 turut memanfaatkan masa yang ada dengan menyanyi bersama-sama peminat. Sebelum beredar meninggalkan pentas, 2NE1 bagaimanapun sempat berikan ungkapan I love u dan berjanji akan kembali ke Malaysia lagi. Apa yang pastinya ia akan menjadi momen indah buat semua peminat yang hadir menyaksikan konsert mereka pada malam itu. Sumber: Sinar Online

MyWatch Dakwa Peg. Kanan Polis Lindungi Pusat Hiburan

KUALA LUMPUR – Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch) mendakwa menerima aduan berhubung perbuatan seorang pegawai kanan polis di Langkawi, Kedah melindungi beberapa pusat hiburan di kawasan tersebut. Pengerusinya, R.Sri Sanjeevan mendakwa, pegawai kanan polis tersebut melindungi dua pusat hiburan tidak berlesen daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. “MyWatch menerima aduan individu yang mahu identitinya dirahsiakan. MyWatch mendesak pihak polis menyiasat aduan ini. yWatch turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat,” katanya melalui satu kenyataan media. Sri Sanjeevan turut mencadangkan sebuah pasukan khas diwujudkan oleh pihak berkuasa untuk menyiasat rasuah dan salah laku pegawai kanan polis berkenaan. Katanya, MyWatch sedia memberi kerjasama kepada pasukan khas itu sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut. Malah, dakwanya, individu yang membuat aduan itu juga sedia memberi bekerjasama kepada SPRM untuk maklumat lebih terperinci. Sumber: My News HUB

Dia Sanggup Makan Babi Demi Cokelat Cadbury!

Tak dinafikan memang ramai umat Islam yang mempunyai pemahaman kurang sempurna tentang agama. Sepatutnya bila itu berlaku, kenalah belajar untuk menjadi lebih faham. Malangnya ada sesetengah orang Islam ini, bukan sahaja jahil malah begitu yakin pula menunjukkan kejahilannya pada orang lain. Habis semua hukum agama dibantai mengikut logik dan kesenangan diri sendiri sampai kadang-kadang kelihatan menggugat akidah. Contohnya status Facebook yang dibuat seorang remaja berkaitan cokelat. Kata adik ni, tak ada sebab orang muda sepertinya nak boikot makan cokelat Cadbury semata-mata isu haram sebab itu cuma mainan politik. Baginya babi tak boleh makan kalau dalam bentuk daging, dah jadi cokelat tak apa… Anak siapalah ni ye? Kalau tahu siapa ibu bapanya mintalah mereka hantar anak belajar agama sebab sesat sangat dah ni! Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

Fasha Sandha Hamil Anak Perempuan

Nampaknya harapan suami pelakon Fasha Sandha untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata lagi menerusi kehamilan kedua isterinya tidak kesampaian apabila Fasha disahkan doktor sedang hamil anak perempuan. Berkongsi perkara itu di laman Instagramnya, Fasha mendedahkan jantina anak kedua untuk tatapan peminat setianya. Fasha menulis, “#kisahsemalam, dah siap for ABP tapi baby girl dalam perut buat perangai pulak. Pedih perut dan tak selesa. Congrats to all the winners”. Hasil perkahwinan Fasha dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayfal Ramli, yang kini berusia setahun dua bulan. Fasha turut mempunyai seorang anak tiri, Putra Rayqal Ramli, 5, hasil perkahwinan terdahulu Jejai dengan aktres Nora Danish.

Sumber: Audrey Lee / My News Hub

Taib Mahmud Terima Gelaran Tun

Gambar fail menunjukkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan surat cara perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu. KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.M), yang membawa gelaran Tun. Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta di sini. Istiadat penganugerahan darjah tertinggi negara itu turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi. Pada 1 Mac lepas, Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari lalu. Beliau memegang jawatan tersebut selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 bagi menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya'kub. Anak sulung daripada 10 beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya'kub itu dilahirkan pada 21 Mei 1936. Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak. Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966. Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan. Sumber: mStar

Pekin Ibrahim Masih Sayangkan Uqasha Senrose

Pekin memberitahu pertunangan mereka masih belum putus dan hanya menangguhkan perancangan untuk berkahwin.
PUTRAJAYA: Selepas sekian lama mendiamkan diri mengenai status hubungannya dengan aktres Uqasha Senrose, pelakon Pekin Ibrahim memberitahu ikatan pertunangan mereka masih terjalin namun menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah. Pekin, 34, berkata, kenyataan Uqasha mengenai hubungan mereka yang telah berakhir disifatkan berbaur emosional dan mereka sedang mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang timbul. "Ikatan pertunangan tidak pernah putus cuma perancangan perkahwinan ditangguhkan seketika bagi memberi ruang kepada kami untuk berfikir semasak-masaknya tentang keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya dan mencari keserasian. "Keluarga kedua-dua belah pihak mengetahui perkara ini dan mereka juga turut menasihatkan agar kami tidak terburu-buru dan bertenang buat masa ini," katanya. Pekin ditemui ketika hadir ke majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2013) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dekat sini pada malam Sabtu lalu. Uqasha dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar Februari lalu mendedahkan Pekin telah meminta supaya mereka memutuskan hubungan atas alasan tiada persefahaman dan perancangan untuk berkahwin juga tidak menjadi kenyataan. Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 25 Oktober depan. Pekin menyerahkan soal perkahwinan kepada jodoh. Dalam pada itu, Pekin mengakui masih menyayangi Uqasha namun tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal tersebut kerana mahu kedua-dua pihak bertenang sebelum membuat sebarang keputusan selanjutnya. Bagaimanapun kata Pekin, dia dan Uqasha kini jarang berjumpa untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku diantara mereka kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. "Tipu kalau saya kata saya tidak sayangkan dia tetapi buat masa ini saya malas hendak fikir tentang perkara itu kerana kalau ada jodoh adalah nanti," katanya. Dalam perkembangan lain, Pekin berkata dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Juvana 2 arahan Faisal Ishak. Sumber: mStar

Junta Tentera Umum Terima Perkenan Raja Thai

BANGKOK – Pemimpin tentera Thailand berkata Raja Thai sudah secara rasmi memperkenankan beliau mentadbir negara selepas pihak tentera merampas kuasa minggu lalu. Jen Prayuth Chan-ocha berkata, beliau menerima perkenan itu hari ini bagi mengesahkan kedudukannya sebagai ketua kerajaan di ibu pejabat tentera di Bangkok. Prayuth berkata demikian pada sidang media pertama sejak rampasan kuasa Khamis lalu. Majlis itu diadakan sehari selepas junta tentera memberi amaran akan menangani bantahan awam terhadap rampasan kuasa itu. Sumber: AP

Mipas Dakwa Dialog Hudud Kena Sabotaj

KUALA LUMPUR – Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) mendakwa ada pihak cuba mengagalkan sesi dialog mengenai hudud yang mahu dianjurkan badan tersebut untuk bukan Islam pada 29 Mei ini. Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan mendakwa, pihak terbabit menghasut dan menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak menyertai program tersebut. “Program ini cuma satu platform untuk berkongsi pandangan dan cadangan bersama bukan Islam. Melalui sesi ini kita boleh menyuarakan pandangan tentang hudud,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Barathidasan mendakwa, Mipas bukan menolak sepenuhnya hudud tetapi berpandangan kajian terperinci perlu dilakukan kerana negara ini berbilang kaum. Justeru, katanya, Mipas memuji pendirian PAS kerana menghormati dan mengambil kira perkara tersebut yang amat penting buat masyarakat negara ini. Sumber: My News Hub

VIDEO: Kes Pukul Perempuan Di Casa Condo

Apabila rasa marah menguasai fikiran, apa sahaja boleh berlaku termasuk perlakuan tidak sepatutnya. Dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku di Casa Condominium 22 Mei lalu, seorang lelaki dan wanita dirakam kamera CCTV berkasar dengan seorang wanita gara-gara tidak berpuas hati. Mangsa terpaksa dilindungi apabila mereka terutama si wanita kelihatan tidak dapat mengawal perasaan hingga cuba sedaya upaya untuk memukul bagi memuaskan hati. Walau apa pun alasan diberikan, setiap masalah tidak sepatutnya diselesaikan dengan cara ini. Justeru mangsa boleh membuat laporan polis jika dia mahu.


Maafkan saya Malaysia: Daren

Kapten skuad negara, Liew Daren memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mata kemenangan kepada pasukan untuk menamatkan kemarau selama 22 tahun menjulang trofi Piala Thomas selepas tewas kepada Jepun 2-3, malam tadi. Daren yang diturunkan sebagai perseorangan ketiga diletakkan harapan menggunung untuk menghadiahkan mata kemenangan selepas Malaysia terikat 2-2 dengan Jepun tetapi tewas kepada Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21.
Semangat juang tinggi
Begitupun, semangat juang tinggi ditunjukkan Daren wajar diberikan pujian kerana dia tidak mudah menyerah kalah biarpun tewas pada set pertama. "Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya sudah berikan aksi terbaik tetapi jika ada juga pihak yang mahu salahkan saya, saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya selepas perlawanan malam tadi.
Buktikan kemampuan
Daren berkata, dia memang terlalu mahu memberikan kemenangan kepada skuad negara selain membuktikan kemampuan sebenarnya selepas aksi hambarnya dalam dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini. "Apa yang saya boleh katakan, perlawanan ini sedikit sebanyak memberikan motivasi dan pengajaran berguna kepada saya untuk menghadapi kejohanan seterusnya nanti. Saya tidak akan berputus asa sebaliknya akan terus memperbaiki kelemahan diri," katanya yang berterima kasih kepada barisan jurulatih kerana memberikan kepercayaan kepadanya apabila menurunkannya pada perlawanan itu. Sumber: BH Online

Takuma, Hero Jepun Jadi Dambaan Peminat Msia

Nampaknya hasrat Malaysia untuk menakluki Piala Thomas masih tidak lagi kesampaian kerana ditumpaskan oleh gergasi badminton baharu dari Jepun dengan kekalahan tipis 3-2. Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita berasa berbangga kerana pemain kita telah menunjukkan ‘fighting spirit’ yang cukup hebat serta tidak mudah mengalah. Walaupun tewas, Malaysia tewas secara bermaruah bak kata Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin. Selain pemain kebangsaan yang mencuri perhatian penonton tempatan, tidak ketinggalan pemain Jepun turut mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia terutama penonton wanita. Antaranya pemain yang menjadi wira kepada kemenangan Jepun semalam, Takuma Euda, 25, serta pemain beregu pertama Jepun, Kenichi Hayakawa, 28. Wajah kacak mereka persis aktor Jepun pantas meraih perhatian penonton di Malaysia sehingga menjadi treding di laman sosial, semalam. Jika sebelum ini, sukan badminton dikuasai oleh kuasa besar China namun kini tidak lagi selepas Jepun bangkit memenangi Piala Thomas buat pertama kali untuk negara mereka. Sumber: Audrey Lee / My News Hub

BAM Diminta Ketengah Pemain Pelapis

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) diminta memberi keutamaan kepada pemain-pemain pelapis dalam pasukan negara menyertai kejohanan-kejohanan utama untuk membawa cabaran negara di persada antarabangsa. Selain itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Malaysia (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong juga mahu kedudukan pemain-pemain senior dalam pasukan utama dikaji semula. “Pemain-pemain muda seperti Misbun Ramdan Misbun, Lee Soon Huat dan beberapa lagi perlu diberi pendedahan bertanding di peringkat tinggi atau negara akan ketandusan pemain untuk membawa cabaran kejohanan bertaraf dunia,” katanya. Zolkples, ketika ditemui pada majlis perasmian Perkampungan Sukan Malaysia XVII (Sukma-17) di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini, berkata kekalahan Malaysia kepada Jepun pada perlawanan akhir Piala Thomas di New Delhi, India semalam membuktikan negara memerlukan barisan pelapis yang mantap. Perkampungan Sukma XVII dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man. Temasya dwi tahunan ini dijadual dirasmikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, malam ini. Zolkples berkata beliau amat yakin peminat badminton di seluruh kecewa dengan kekalahan itu namun para pemain wajar menerima penghargaan dan tahniah atas persembahan terbaik mereka. “Nasib mungkin tidak sebelah kita. Selain beberapa pemain bermain di luar kemampuan, mereka juga mungkin tertekan kerana terlalu menghormati kemampuan Jepun yang menewaskan China antara punca mereka tewas,” katanya. Dalam perlawanan final Piala Thomas itu, Malaysia kalah perseorangan ketiga untuk menentukan juara selepas kedudukan terikat 2-2. Sumber: Bernama

Rumah terbakar dipanah petir

Keadaan rumah Maarif musnah terbakar, malam kelmarin KUALA PILAH – “Habis semua barang peninggalan arwah isteri," luah Maarif Ahmad, 72, yang sedih selepas mendapati barang seperti pinggan mangkuk antik berbunga kangkung hangus dalam kebakaran di Kampung Masjid, dekat sini malam kelmarin. Kebakaran dipercayai berpunca daripada panahan petir berikutan ia berlaku ketika hujan lebat. Menurut Maarif, waktu kejadian, dia tiada di rumah kerana pergi ke Seremban bersama menantunya menziarah cucu baru dilahirkan. Bagaimanapun, katanya, dia mendapat panggilan kira-kira 7.30 malam, ketika itu sudah berada di rumah ibunya Kampung Tanjung Beringin dekat sini. “Kami semua sudah pulang dari Seremban, tapi singgah sekejap di rumah emak pakcik di Kampung Tanjung Beringin. “Dalam sedap berbual, saya terkejut dengan panggilan kecemasan dari jiran menyatakan rumah saya terbakar. "Saya terus balik bersama menantu (Syarifful Rizal Zainin, 37) dan setibanya di rumah, keadaan api sedang marak disebabkan bahagian diperbuat daripada kayu, manakala bahagian ruang tamu dinding batu,” katanya yang reda dengan kejadian tersebut. Maarif berkata, rumahnya yang berusia 20 tahun hangus seratus peratus tanpa berjaya menyelamatkan perkakas rumah termasuk dokumen penting. “Saya sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana semua barang-barang termasuk pakaian hangus dijilat api. “Kerugian dianggarkan bernilai RM60,000. Walaupun rumah sudah tiada, tetapi saya sekeluarga bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya akan menumpang sementara di rumah ibunya di Kampung Tanjung Beringin. Sementara itu, Syarifful berkata, kira-kira 6.30 petang kelmarin, dia pulang ke rumah untuk memberi makanan kepada ternakan dan keluar semula. “Waktu itu, keadaan rumah masih elok dan tidak menyangka perkara buruk akan menimpa kami. Jiran ada maklumkan, waktu kejadian hujan lebat sekali dengan petir. “Bila dentuman petir, tidak lama kemudian, jiran mendapati rumah saya telah terbakar dan dipercayai berpunca dari kawasan dapur,” katanya. Dalam pada itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Jaafar Yusof berkata, sebuah jentera membabitkan enam anggota bomba dan penyelamat berjaya mengawal kebakaran api dari merebak ke rumah mesra rakyat itu, yang jarak hanya 10 meter sahaja. “Ketika bomba tiba di tempat kejadian, api sudah marak dengan 80 peratus. Kita mengalami kesulitan melakukan kerja-kerja pemadaman api berikutan kampung itu tiada sumber air dan pili bomba. “Bagaimanapun api berjaya dipadam dalam tempoh 30 minit,” katanya sambil memberitahu punca kejadian masih dalam siasatan. Sumber: Sinar Online

Peniaga maut kereta bertembung dengan lori

Kereta dipandu Theong Su remuk selepas berlanggar dengan lori di Kampung Wakaf Raja, malam kelmarin. PASIR PUTEH - Seorang ahli perniagaan maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 49.5, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Wakaf Raja di sini, malam kelmarin. Ang Theong Su, 51, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas kereta yang dipandunya dari Jerteh, Terengganu bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, nahas kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika Theong Su dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Jalan Hamzah, Kota Bharu selepas bertemu rakan di Jerteh. Katanya, kemalangan itu membabitkan kereta Proton Waja dipandu mangsa, sebuah lori dan satu kenderaan pikap. “Siasatan awal mendapati nahas itu dipercayai berlaku apabila mangsa cuba memotong sebuah bas dan kenderaan pikap dengan memasuki laluan bertentangan. “Selepas itu kereta mangsa bertembung dengan lori terbabit, menyebabkan ia terbabas ke kiri jalan dan bergesel dengan kenderaan pikap,” katanya. Mohd Kamal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori serta kenderaan pikap tidak mengalami sebarang kecederaan. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk bedah siasat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya. Sumber: Sinar Online

Penunjuk perasaan tak endah darurat

KUMPULAN penunjuk perasaan berarak di tengah Bangkok semalam bagi membantah rampasan kuasa oleh junta tentera. 
BANGKOK - Lebih 1,000 penunjuk perasaan tidak mengendahkan undang-undang tentera dengan berarak di tengah kota raya ini semalam bagi membantah rampasan kuasa yang dilakukan junta tentera baru-baru ini. Para penunjuk perasaan berarak dengan membawa sepanduk yang mengutuk rampasan kuasa tersebut dan melaungkan slogan mendesak junta tentera supaya keluar dari sini. Sejak Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha mengumumkan merampas kuasa Khamis lalu, kumpulan berkenaan berterusan membuat siri bantahan. Junta tentera sebelum ini memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengadakan tunjuk perasaan, manakala undang-undang darurat melarang perhimpunan melebihi lima orang. Namun, semalam tiada askar dan anggota polis berkawal di lokasi tersebut. Junta tentera Thailand kelmarin membubarkan Dewan Senat dan mengambil alih kuasa untuk menggubal dan merombak undang-undang. Prayuth turut memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri. Terbaharu, beliau telah memanggil 190 ahli politik dan ahli akademik untuk melaporkan diri kepada pihak berkuasa. Antara yang hadir untuk menyerah diri termasuk bekas Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan yang disingkirkan menerusi rampasan kuasa. Niwattumrong sebelum ini menjadi Perdana Menteri sementara menggantikan Yingluck Shinawatra yang disingkirkan menerusi Mahkamah Perlembagaan selepas beliau didapati bersalah menukarkan seorang pegawai tinggi kerajaan. Yingluck merupakan adik bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan tentera dalam satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada tahun 2006. Turut berada dalam senarai 190 orang yang ditahan itu ialah ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban yang mengetuai tunjuk perasaan antikerajaan selama tujuh bulan di sini dan beberapa lokasi sekitarnya. Dalam perkembangan lain, junta tentera menafikan menangkap Yingluck seperti yang dilaporkan oleh media. "Yingluck cuma dipanggil untuk disoal siasat dan diminta tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti politik, beliau tidak ditangkap seperti yang dilaporkan," kata seorang jurucakap junta tentera Thailand. - Agensi

Siri serangan bom gegar Selatan Thai

SEORANG anggota tentera berkawal di hadapan sebuah kedai yang musnah dalam satu siri serangan bom di Pattani, Selatan Thailand kelmarin. NARATHIWAT, Thailand - Sekurang-kurangnya tiga maut dan 55 lagi cedera dalam beberapa siri serangan bom di beberapa lokasi di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat kelmarin. Seorang jurucakap tentera Thailand, Kolonel Piamote Prom-In berkata, beberapa serangan bom dan tembakan dilaporkan berlaku di beberapa lokasi pada petang kelmarin. "Bom meletup di beberapa lokasi yang sibuk dengan orang ramai yang membeli barangan keperluan sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan pada waktu malam. "Serangan ini menyebabkan tiga terbunuh dan seramai 55 lagi cedera. Lima daripada mereka dilaporkan parah," katanya semalam. Akhbar The Bangkok Post melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 13 bom meletup secara serentak di wilayah Pattani. Antara lokasi serangan termasuklah kedai 24 jam, pejabat Pihak Berkuasa Elektrik Wilayah, sebuah kemudahan elektrik dan sebuah stesen minyak di daerah Muang. Serangan tersebut menyebabkan daerah itu terputus bekalan elektrik. Polis turut menerima laporan terdapat tembakan dilepaskan ke arah pejabat berkenaan. Kumpulan pemisah Islam sebelum ini sering didakwa bertanggungjawab melakukan serangan di wilayah berkenaan yang menyebabkan beribu-ribu penduduk maut. - AFP

Pegawai PM Turki tendang penunjuk perasaan dipecat

GAMBAR bertarikh 13 Mei ini menunjukkan Yerkel (kanan) menendang seorang penunjuk perasaan di Soma. ANKARA - Seorang pembantu Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mencetuskan kemarahan kerana menendang seorang penunjuk perasaan telah dipecat, menurut satu laporan kelmarin. Pengawai tersebut, Yusuf Yerkel dikecam banyak pihak selepas gambarnya yang lengkap memakai kot dan bertali leher menendang beberapa kali seorang penunjuk perasaan tersebar di internet. Gambar tersebut menyemarakkan lagi kemarahan terhadap kerajaan ekoran tragedi letupan di sebuah lombong arang batu di Soma pada 13 Mei lalu yang menyebabkan seramai 301 orang maut. Penunjuk perasaan itu menyertai bantahan berhubung kejadian letupan tersebut berikutan ciri-ciri keselamatan di lombong-lombong arang baru di Turki diabaikan. Selepas kejadian itu, Yerkel diberi cuti sakit selama tujuh hari akibat kecederaan kaki selepas menyepak lelaki berkenaan. Yerkel kemudiannya memohon maaf atas kejadian tersebut dan memberitahu bahawa beliau kesal kerana gagal mengawal emosi. "Saya memohon maaf kerana tidak dapat mengawal perasaan selepas dihujani provokasi, penghinaan dan serangan oleh kumpulan penunjuk perasaan," katanya. Bagaimanapun, agensi berita Anatolia kelmarin melaporkan bahawa Yerkel yang bertugas sebagai ketua staf di pejabat Erdogan selama tiga tahun telah dipecat Rabu lalu. - AFP

Kanak-kanak tersepit celah dinding diselamatkan

SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun tersepit di celah dinding di antara dua buah bangunan di bandar Bijie dalam wilayah Guizhou, China. 
GUIZHOU, China - Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di antara celahan dinding dua buah bangunan selepas terjatuh dari kediamannya ketika bermain di bandar Bijie baru-baru ini, lapor akhbar New York Daily kelmarin. Ahli keluarga kanak-kanak yang berusia lima tahun itu terpaksa meminta pertolongan daripada anggota bomba ekoran gagal mencapainya melalui sebuah lubang. Aksi kejadian terbabit telah dirakam oleh seorang penduduk setempat menggunakan telefon bimbit dan kemudiannya memuat naik rakaman terbabit ke laman perkongsian video YouTube. Berdasarkan rakaman video, beberapa anggota bomba terpaksa menebuk dinding bilik air rumah seorang jiran bagi membentuk satu lubang untuk mencapai kanak-kanak terbabit. Pasukan bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus tersekat pada celahan dinding seluas 20 sentimeter itu. - Agensi

Dua wanita berpurdah bawa lari anak

MONA yang hilang sejak 22 April lalu gagal ditemui sehingga sekarang.
KUALA LUMPUR – Sebelum ini, kehidupan sepasang suami isteri bersama dua cahaya mata mereka aman, bahagia dan tiada sebarang perbalahan berlaku. Namun, Zulkefli Hashim, 44, tidak menyangka keadaan itu bertukar sekelip mata apabila isteri yang disayanginya, Mona Zaki Rosnani, 40, hilang tanpa dapat dijejaki hingga sekarang. Peniaga pasar malam yang ditemui dalam keadaan lesu itu berkata, dia risau dengan dakwaan orang ramai yang memberitahu mereka ternampak kelibat dua wanita berjubah hitam dan berpurdah membawa lari isterinya.

Lelaki terjun sungai selepas ucap 'selamat tinggal' kepada isteri

DI Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu inilah lokasi Tuck Li dilihat terjun ke dalam Sungai Kelantan malam kelmarin. 
KOTA BHARU - Seorang eksekutif jualan sempat mengucapkan "selamat tinggal" kepada isterinya menerusi telefon bimbit sebelum dia kemudian dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini malam kelmarin. Kejadian itu berlaku pada pukul 9.20 malam tetapi sehingga pukul 5 petang semalam nasib Yoon Tuck Li, 28, belum diketahui. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, seorang saksi mendakwa melihat tindakan mangsa yang memberhentikan kereta Honda City yang dipandunya di tepi jambatan tersebut sebelum dia kemudian terjun ke dalam sungai itu.

Padah rogol rakan sekampung

TERTUDUH Nik Faiz (dua dari kiri) dan Wan Mohamad Zul Hilmi dibawa keluar oleh polis selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu semalam. 
KOTA BHARU - Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Huda di sini dua tahun lalu. Kedua-dua tertuduh, Nik Faiz Faisal Nik Azizi, 19, dan Wan Mohamad Zul Hilmi Wan Rosni, 18, yang dihadapkan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus bagaimanapun tidak mengaku bersalah. Kedua-duanya didakwa merogol mangsa sama yang pada masa itu berumur 15 tahun 7 bulan tanpa kerelaan mangsa di sebuah rumah di Kampung Huda, di sini antara pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam 15 September 2012.

Jepun kuasa baharu badminton

JURULATIH Jepun, Park Joo Bong (tengah) menjulang Piala Thomas selepas skuad bimbingannya muncul juara ekoran kemenangan 3-2 ke atas Malaysia pada perlawanan akhir semalam.
NEW DELHI - Jepun muncul kuasa baharu sukan badminton dunia apabila mengejutkan Malaysia 3-2 di pentas final Piala Thomas 2014 di Stadium Siri Fort, New Delhi, India malam tadi. Lebih manis, ia merupakan kali pertama Jepun mendakap trofi Piala Thomas dalam penampilan sulung mereka di pentas final sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1949. Jurulatih Jepun, Park Joo Bong juga pastinya individu yang paling gembira dengan kejayaan Negara Matahari Terbit melakar sejarah ekoran tidak pernah mendakap trofi paling berprestij berkenaan sepanjang kariernya bersama Korea Selatan sebelum ini. Percaturan Joo Bong menurunkan pemain perseorangan keempat, Takuma Ueda berbanding Sho Sasaki juga ternyata berbaloi apabila Ueda tenang menyumbang mata kemenangan Jepun selepas menewaskan kapten negara, Liew Daren dengan keputusan rubber set 21-12, 18-21 dan 21-17. Kekalahan itu juga menyaksikan Malaysia terus kempunan mendakap trofi Piala Thomas selepas kali terakhir muncul juara pada 1992 di Kuala Lumpur. Terdahulu, pemain perseorangan pertama negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mudah menjinakkan Kenichi Tago dengan kemenangan straight set 21-12 dan 21-16. Hasrat pasangan 'bidan terjun' negara, Hoo Thien How-Tan Boon Heong bagi mengejutkan pasangan No. 3 dunia, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa ternyata gagal biarpun berjaya mengheret perlawanan ke rubber set sebelum tumpas 21-12, 17-21 dan 19-21. Ketangkasan bekas juara remaja dunia, Kento Momota juga gagal ditandingi pemain perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng apabila menang straight set 21-15 dan 21-17. Impian negara kembali menyala apabila pasangan beregu kedua, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menyamakan kedudukan 2-2 apabila menang rubber set 19-21, 21-17 dan 21-12. Tatkala harapan seluruh rakyat Malaysia terjurus ke arah Daren, pemain itu gagal beraksi dengan baik apabila tumpas mudah pada set pertama sebelum kembali bangkit pada set kedua. Namun, Daren gagal menyerap tekanan apabila sering membuat kesilapan mudah pada set penentuan sebelum tewas. Ia merupakan kekalahan ketiga Daren pada kejohanan kali ini apabila tewas kepada pemain India, R.M.V Gurusaidutt dan Lukas Schmidt dari Jerman di peringkat kumpulan sebelum ini. Ketika bertemu Denmark dan Indonesia di peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum ini, Daren tidak sempat beraksi apabila Malaysia menang 3-1 dan 3-0 sebelum melangkah ke pentas final.

Murid kemalangan di Perth tiba di tanah air

Sebahagian murid-murid Sekolah Kebangsaan Seksyen Sembilan Shah Alam yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Bass, Melbourne selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini malam ini. - Foto Bernama 
SEPANG - Sepuluh murid Malaysia yang terlibat kemalangan di Perth, Australia pada Rabu lepas, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini malam ini. Ketibaan mereka dan empat guru pengiring itu disambut Pengarah Pendidikan Selangor Datuk Mahmud Karim. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mahmud berkata kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami cedera ringan serta berjaya menyelesaikan semua aktiviti yang dirancang di sana. "Seorang lagi guru tidak dibenarkan pulang oleh pihak hospital kerana masih menjalani rawatan pergelangan kaki dan tangan, manakala seorang lagi pelajar dibawa pulang sendiri oleh ibu bapanya," katanya. Dalam kejadian itu, bas yang membawa 21 penumpang terdiri daripada murid berusia antara 10 dan 12 tahun serta guru dari Malaysia dan Indonesia terbabas di kawasan pergunungan di selatan Perth. Kumpulan terbabit dalam perjalanan ke Tasik Leschenaultia, 50 kilometer di selatan Perth, bagi mengikuti satu seminar pendidikan alam sekitar. Mengulas lanjut, Mahmud berkata kumpulan dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam itu tiba di Perth pada 20 Mei lepas. Seorang murid, Aishah Ahmad Firdaus, 12 berkata dia hanya tersedar bas terbabas selepas mendengar jeritan beberapa orang murid dan guru. Sementara itu, guru pengiring Noraidah Badaruzaman, 33, berkata walaupun dalam kesakitan selepas kejadian, ingatan beliau hanya untuk menyelamatkan anak muridnya. "Keadaan masa tu kabus sangat tebal dan merupakan kawasan bukit, bas juga tidak dipandu laju iaitu tidak lebih 50 km sejam," kata guru mata pelajaran Seni Visual dan Bahasa Malaysia itu. Sumber: Bernama

Selfie, hashtag, tweet muncul dalam Kamus Dewan
Datuk Dr Awang Sariyan
Datuk Dr Awang Sariyan
KUALA LUMPUR - Perkataan popular yang lahir seiring perkembangan teknologi seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Awang Sariyan berkata, ia selari dengan peranan kamus iaitu merakam penggunaan kata secara meluas oleh masyarakat. Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perkataan itu akan diberi tanda 'bp' iaitu bahasa percakapan yang dilabel pada perkataan yang belum diterima sebagai bahasa standard. "Pengguna kamus perlu membaca bahagian pendahuluan yang menjelaskan cara penggunaan kamus, termasuk bahagian dilabel 'bp', supaya tidak ada salah anggap bahawa semua kata di dalam kamus adalah perkataan baku," katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata kemasukan perkataan itu juga berdasarkan ilmu leksikografi atau perkamusan memasukkan kosa kata yang digunakan secara meluas, disertai penjelasan konteksnya sama ada rasmi atau tidak rasmi. "Perkataan itu juga tidak akan dimasukkan sekali gus. Tetapi bagi yang sudah meluas (pengunaannya), ia akan dimasukkan beserta penjelasan taraf dan akan dinilai oleh pekamus kerana ada kaedah tertentu untuk memasukkan sesuatu kata dalam kamus," katanya. Awang juga berharap masyarakat tidak membuat tanggapan DBP memasukkan banyak bahasa asing kerana fungsi kamus ialah perakam kata yang digunakan secara meluas oleh masyarakat. Perkataan seperti 'selfie' merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri untuk dimuat naik ke laman sosial yang semakin menjadi trend, termasuk dalam kalangan pemimpin, selepas telefon bimbit pintar dilengkapi aplikasi kamera. 'Hashtag' yang merujuk kepada simbol # pula digunakan pengguna Twitter untuk menandakan kata kunci atau topik hangat bagi memudahkan pencarian dalam kalangan pengguna laman sosial itu. Pengunaan perkataan 'moden' itu juga dimasukkan ke dalam beberapa kamus terkemuka dunia, termasuk Kamus Oxford, yang mana 'selfie' menjadi perkataan paling popular pada 2013. Kamus Merriam-Webster juga menambah perkataan 'selfie, hashtag dan Tweet' yang menyaksikan editornya, Peter Sokolowski dalam wawancara dengan media baru-baru ini menyifatkan ia sebagai kesan perkembangan teknologi dalam kehidupan. - Bernama

Wanita warga asing ditahan tawar khidmat seks
NIBONG TEBAL - Lapan wanita rakyat asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat urut di Jalan Seri Aman, Sungai Bakap di sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata semua mereka berusia antara 20 dan 35 tahun itu ditahan ketika asyik melayan pelanggan dalam bilik-bilik kecil yang terdapat di premis berkenaan. "Berdasarkan siasatan awal, tujuh warga Thailand dan seorang warga Laos itu bekerja sebagai tukang urut di premis yang turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan itu. "Turut ditahan dalam operasi pada 2 pagi itu ialah empat lelaki tempatan yang merupakan pelanggan premis itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata semua wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada permit dan dokumen pengenalan diri yang sah. - Bernama

Empat wanita dakwa jadi mangsa pukau teman FB

SEREMBAN – Empat wanita dirogol, seorang dicabul dan seorang lagi terkena gangguan seksual, selepas dipukau seorang lelaki yang dikenali mereka melalui laman sosial Facebook (FB). Menurut sumber, kesemua mangsa yang berusia 40-an itu, baru sahaja belajar menggunakan laman sosial berkenaan, sebelum aktif di sebuah kumpulan (group) FB yang disertainya. Katanya, kejadian bermula apabila seorang lelaki yang sama berkawan dengan kesemua wanita berkenaan. “Bermula dengan berkawan, mereka kerap berhubung melalui ruang bual di FB, kemudian bertukar-tukar nombor telefon antara satu sama lain. “Hasil hubungan mesra itu, lelaki berkenaan kemudiannya mengajak wanita ini untuk berjumpa, ada yang jumpa di sekitar Seremban, dan ada pula yang bertemu di luar daerah ini. “Apa yang menghairankan, daripada enam wanita berkenaan, lima daripadanya adalah isteri orang, yang sudah mempunyai anak, malah ada yang bercucu, seorang lagi janda. “Saya difahamkan, ada antara mereka bergaduh besar dengan suami, dan ada yang hampir bercerai disebabkan tindakan isteri bertemu dengan lelaki dikenali melalui FB itu,” katanya. Katanya, mangsa sehingga kini masih lagi tidak membuat laporan polis kerana bimbang rumah tangga mereka musnah, selain takut dan malu dengan suami masing-masing. Tambahnya, dia kini sedang mengumpul beberapa bukti untuk membantu wanita berkenaan dan berharap mereka ini dapat diberi keadilan, sekali gus mengambil tindakan sewajarnya kepada lelaki berkenaan.

Laporan palsu hilang MyKad jadi trend

SEREMBAN - Membuat laporan palsu kononnya diragut dan disamun antara taktik terbaru digunakan sesetengah individu di sekitar kawasan Nilai berhubung kehilangan kad pengenalan mereka. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, dalam tempoh Januari hingga April tahun ini, pihaknya menerima 14 laporan palsu dibuat oleh remaja dan pelajar. “Kita dapati menjadi satu trend orang awam membuat laporan polis palsu mereka diragut atau disamun bagi mengelakkan didenda kerana kehilangan kad pengenalan. “Berdasarkan laporan diterima, polis akan mengambil keterangan mangsa untuk siasatan lanjut. Tapi kita dapati mangsa memberi keterangan tidak konsisten seperti ada perkara meragukan,” katanya. Menurutnya, berikutan itu pihaknya menjalankan siasatan lanjut dan mangsa mengakui membuat laporan palsu bagi mengelakkan pembayaran denda yang dikenakan Jabatan Pendaftaran Negara. Abdullah berkata, membuat laporan palsu adalah menjadi satu kesalahan serius dan boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. “Apabila laporan dibuat, ia mengundang kepada peningkatan indeks jenayah di daerah ini dan polis perlu menjalankan siasatan terhadap setiap kes jenayah yang dilaporkan. “Saya berharap orang awam tidak mengambil jalan mudah dengan membuat laporan palsu kerana ia adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Ramkarpal menang, tiga hilang deposit
Ramkarpal Singh dari DAP mengangkat tangan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor dengan menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 37,659 undi di sini hari ini.
 - Foto Bernama
Ramkarpal Singh dari DAP mengangkat tangan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor dengan menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 37,659 undi di sini hari ini.
 - Foto Bernama
GEORGETOWN - Tiga calon yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor hilang deposit setelah gagal memperolehi satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira malam ini. Mengikut kiraan, undi minimum yang perlu diperolehi calon untuk mengekalkan deposit ialah 5,762 undi. Calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan yang dikatakan mampu memberi saingan kepada calon DAP, Ramkarpal Singh Deo hanya mendapat 3,583 undi. Calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar yang menggunakan simbol bunga raya memperolehi 799 undi manakala Abu Backer Sidek Mohammad Zan dengan simbol kuda mendapat 225 undi. Seperti dijangkakan, DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor apabila Ramkarpal yang dicalonkan bagi mempertahankan kerusi disandang bapanya, Karpal Singh memperolehi 41,242 undi dengan mencatatkan majoriti sebanyak 37,659 undi. Jumlah yang keluar mengundi ialah 56 peratus atau 46,099 pengundi berbanding pada PRU13 yang merekodkan 86.3 peratus atau 70,683 pengundi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Bukit Gelugor, Kapt (B) Anuar Yahya di pusat penjumlahan undi, Dewan Sri Pinang, pada jam 9 malam. Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. Hadir sama ibunya, Gurmit Kaur dan kedua-dua abangnya, Jagdeep Singh Deo dan Gobind Singh Deo. Kerusi Parlimen Bukit Gelugor diisytiharkan kosong selepas Karpal, yang juga bekas pengerusi DAP, maut dalam nahas jalan raya berhampiran Kampar, Perak pada 17 April lalu. Mendiang mewakili kerusi itu sejak tahun 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada PRU13 dengan memperolehi 55,839 undi berbanding calon dari MCA yang mewakli BN, Teh Beng Yeam mendapat 14,061 undi. Karpal menang majoriti 41,778 undi untuk parlimen Bukit Gelugor yang mempunyai tiga Dun iaitu Paya Terubong, Air Itam dan Seri Delima membabitkan 82,431 pengundi. Ini adalah PRK pertama bagi kerusi parlimen selepas PRU13 manakala empat PRK sebelum ini membabitkan kerusi Dun iaitu Kuala Besut, Terengganu dan Balingian, Sarawak dimenangi BN manakala Sungai Limau, Kedah (Pas) dan Kajang, Selangor (PKR).

Mayat kru kapal terbakar ditemui
KUALA LANGAT - Mayat seorang kru kapal tangki 'Hai Lee 5' yang bertindak terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan diri selepas kapal itu terbakar di Jeti Pulau Carey di sini Jumaat lepas, ditemui di Jeti Al Tubik, Jalan Segenting, Telok Panglima Garang di sini pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata mayat Abdul Syukur Mohd Nazim, 33, ditemui dalam tempoh 24 jam selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan bermula pukul 10.38 pagi semalam. Beliau berkata mayat mangsa yang merupakan rakyat tempatan ditemui oleh nelayan pada pukul 10.45 pagi. "Semasa kebakaran mangsa bertindak terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan diri. "Berdasarkan maklumat awal, semasa kebakaran pihak pengurusan syarikat kapal tersebut menyatakan kepada pihak kami semua anak kapalnya selamat," katanya di sini. Akhbar sebelum ini melaporkan dalam kejadian pukul 7.06 malam itu, dua kru kapal tangki yang membawa muatan minyak hitam tersebut cedera ringan manakala empat lagi kru tidak mengalami sebarang kecederaan. Kebakaran dipercayai berpunca daripada kotak fius dan pendawaian di dalam kapal itu. Akhbar turut melaporkan ketika kejadian, enam kru warga Indonesia berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun berada di atas kapal. - Bernama

Tandas stesen minyak meletup akibat bom mercun
KUALA LUMPUR - Satu letupan kuat menggegarkan tandas lelaki sebuah stesen minyak di Jalan Jambu Jerteh, Batu 6, Jalan Kepong, Sentul di sini hari ini, dipercayai akibat bahan mercun yang diletakkan oleh seorang lelaki. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata kejadian berlaku 3.55 petang, sejurus selepas seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh keluar dari tandas itu. "Pihak kami menerima panggilan kira-kira pukul 4.40 petang tadi. Setibanya di sana kami melihat tiga cermin di dalam tandas pecah termasuk pam tandas dan siling," katanya dalam kenyataan di sini malam ini. Katanya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, suspek itu memakai jaket hitam dan membawa beg sandang memasuki tandas berkenaan. Letupan berlaku kira-kira seminit selepas suspek keluar, katanya. Beliau berkata siasatan awal polis menemukan serpihan tin minuman yang dibalut dengan pita pelekat. Pihak forensik sedang membina semula bahan letupan itu, namun berdasarkan siasatan awal polis percaya tin itu diisi dengan bahan mercun yang banyak, katanya. "Setakat ini polis masih belum mengenal pasti motif sebenar kejadian itu," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 atau 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama

Lelaki Rohingya didenda RM10,000 rasuah polis
KOTA BHARU - Seorang lelaki etnik Rohingya dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana cuba merasuah anggota polis dalam satu soal siasat berhubung kes pemerdagangan manusia. Hakim Adli Abd Ghalib menjatuhkan hukuman itu selepas Mostafa Kamal, 28, mengaku bersalah. Beliau juga mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Mostafa didakwa memberi suapan wang tunai RM300 kepada Sarjan Zahari Daud yang bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini pada 10.45 pagi 19 Mei lepas sebagai dorongan untuk tidak menyoal siasatnya berhubung laporan Tanah Merah 001898/2014. Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan. Kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya SPRM Shahidah Muslimah Roslan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Polis Johor tumpas sindiket samun berkawan
JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan satu sindiket samun berkawan di daerah Kluang berikutan penahanan tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 29 tahun, baru-baru ini. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata bertindak atas maklumat, pihak polis menangkap kesemua suspek Rabu lepas dalam Ops Cantas dan serbuan di Seremban. "Dengan penangkapan ini, polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes samun di Kluang dan satu kes curi kenderaan di Masai, Seri Alam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Mohd Mokhtar pada 19 Mei lepas, pihak polis menerima laporan berhubung satu kejadian samun di KM58, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara. Dalam kejadian itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Kulai ke Simpang Renggam berhenti di lebuh raya untuk menelefon majikannya, sebelum didatangi empat lelaki bersenjatakan parang, menyamun dan melarikan van milik mangsa. Beliau berkata, dalam serbuan semasa ops cantas itu, polis turut merampas sebuah van jenis Toyota Hiace, sebuah kereta Perodua Kancil, sebuah Toyota Hilux, dua bilah parang, sarung tangan, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, empat keping nombor pendaftaran kenderaan, tiga pasang 'ski mask' dan satu tukul besi. Mohd Mokhtar berkata kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 28 Mei bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Sementara itu, beliau berkata polis turut menumpaskan satu sindiket curi motosikal di daerah Kluang berikutan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 30 tahun di Taman Rumas, Kluang, Khamis lepas. Beliau berkata, rentetan penangkapan itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 21 tahun ditahan di dua lokasi berbeza di Felda Layang-Layang dan Taman Seri Bayu, Simpang Renggam. "Polis turut merampas antaranya dua buah motosikal yang dilaporkan hilang, pelbagai komponen motosikal yang dileraikan, sembilan buah telefon bimbit pelbagai jenis serta peralatan yang digunakan untuk meleraikan motosikal," katanya. Mohd Mokthar berkata hasil siasatan ke atas suspek, enam pembeli turut ditahan dan tujuh motosikal curi ditemukan di beberapa lokasi sekitar Simpang Renggam dan Benut, pada 9 pagi hari ini. "Kita percaya dapat menyelesaikan 11 kes curi motosikal di kawasan pentadbiran ibu pejabat daerah Kluang," katanya. Kesemua suspek ditahan reman sehingga 26 Mei bagi membantu siasatan, katanya. - Bernama

Rejim Zionis robohkan Masjid Negev
Masjid Negev yang menjadi masjid utama ribuan umat Islam di Negev dirobohkan Israel, kelmarin. Foto:PIC
Masjid Negev yang menjadi masjid utama ribuan umat Islam di Negev dirobohkan Israel, kelmarin. Foto:PIC
NRGEV - Israel mula melancarkan operasi pembersihan etnik termasuk meruntuhkan sebuah masjid di Wadi Al-Na’im, Beersheba, utara Palestin, kelmarin. Tindakan itu menimbulkan kebimbangan penduduk apabila mendakwa kediaman mereka juga akan dirobohkan susulan operasi tersebut lapor Middleeastmonitor. Yayasan Negev bagi Hak Tanah dan Manusia mengecam tindakan itu dengan menyifatkan Israel melakukan pencabulan terang-terangan terhadap hak umat Islam di Negev. “Israel melanggar hak kebebasan beribadah. Mereka juga bertindak keterlaluan apabila menyita harta penduduk dan merosakkan tanaman mereka,” kata jurucakapnya. Susulan kejadian itu, penduduk di kawasan terbabit bertekad untuk tidak meninggalkan rumah masing-masing. Pertubuhan Gerakan Islam Negeb mendedahkan tindak an Israel itu bertujuan untuk melakukan pembersihan etnik dengan niat untuk mengusir 60,000 umat Islam di wilayah itu.

Maut angkara meniru di sekolah
Ye gagal mengawal perasaan selepas doktor mengesahkan anaknya maut. Foto: China Press
Ye gagal mengawal perasaan selepas doktor mengesahkan anaknya maut. Foto: China Press
ZHEJIANG - CHINA. Gara-gara meniru di sekolah, seorang budak dipukul hingga mati oleh bapanya di Hangzhou, timur China. Polis berkata, Ye Hung, 35, dituduh memukul Chou, 11, dengan mengikat anaknya sebelum dipukul dengan kejam. “Selepas membelasah mangsa, suspek membiarkan mangsa dalam kesakitan seharian,” katanya kepada Xinhuanet. Menurutnya, doktor mengesahkan budak itu maut akibat serangan jantung 12 jam kemudian. Seorang ahli keluarganya, Park Jen, 37, berkata, suspek seorang ayah bertanggung jawab dan amat mementingkan pendidikan. “Beliau terlalu marah dan kecewa dengan perbuatan anaknya itu,” katanya.

Gambar mangsa dalam WeChat
Mangsa maut di tempat kejadian.
Mangsa maut di tempat kejadian.
SERDANG - Suasana hiba menyelubungi tempat kejadian apabila ahli keluarga meratapi kematian seorang wanita yang maut dirempuh lori ketika melintas jalan untuk ke tempat kerja di sebuah pusat beli belah, di Jalan Balakong, Seri Kembangan, di sini, semalam. Wanita itu dikenali sebagai Suraidah Banjar, 26, seorang promoter kedai pakaian. Suraidah, yang tinggal di Taman Harmoni Indah, Bukit Belimbing, Balakong, cedera parah dan maut di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, dua pejalan kaki lain cedera ketika melintas jalan. Mereka dikenali sebagai Nur Shafira Hafiza Muhd Saufi, 18, dan Nik Nor Shahirah Zainun, 30, dan dihantar ke Hospital Serdang. Salah seorang ahli keluarga Suraidah yang enggan dikenali berkata, dia mendapat tahu kejadian itu apabila dimaklumkan oleh rakannya menerusi aplikasi WeChat. “Dia menghantar gambar tiga gadis yang terbaring di jalan raya dipercayai akibat dilanggar lari. Saya terkejut apabila dapati seorang daripada mereka adalah Suraidah. Kami sekeluarga bergegas ke tempat kejadian,” katanya. “Menurut keterangan saksi, sebuah lori dari arah Balakong merempuh kesemua mangsa, sebelum meninggalkan lokasi kejadian menuju ke arah Serdang,” katanya. Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Yong Soo Koon meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.

Najib Luang Masa Lawat Fu Wa, Feng Yib

Tengah hari tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat panda gergasi dari China, Fu Wa dan Feng Yi. Kedua-dua panda yang tiba Rabu lalu merupakan simbol hubungan baik antara Malaysia dan China yang bakal merayakan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik tidak lama lagi. Fu Wa dan Feng Yi dipinjamkan selama 10 tahun di negara ini menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang telah ditandatangani Malaysia dan China sejak 2012 lagi. Sumber: Facebook Najib Razak / Rem Ramzi / My News Hub

Inilah Antara Cabaran Utama Apabila Bergelar Posmen

Sekadar hiburan di hujung minggu, gambar ini telah dikongsikan menerusi Facebook Oh!Media. Alkisahnya, abang posmen ini telah lari meninggalkan motosikalnya selepas dikejar oleh anjing tersebut. Kasihan…habis jatuh berterabur surat-surat yang dibawanya. Tapi, kalau anda di tempat abang posmen itu, maunya tak cabut kalau tengok muka anjing sebegitu rupa. Tak mengapalah, anggap saja ia sebagai cabaran dalam bertugas. Diharap selepas ini, anda di luar sana akan lebih menghargai abang-abang posmen kita ya… Sumbe: Oh! Media / Elza / My News Hub

Mat Salleh ‘Gila’ Durian, Mampu Makan 10 Biji Sehari

MESKIPUN durian dianggap ‘Raja Buah’ di kalangan penduduk tempatan, tidak semua orang khususnya Mat atau Minah Salleh mampu memakannya. Antara alasan mereka ialah baunya yang ‘busuk’ dan rasanya yang pelik sehingga pernah dijadikan salah satu cabaran untuk rancangan Fear Factor. Bagaimanapun, bagi seorang pelajar Sweeden iaitu Gabriel Granback, 23, buah durian kini menjadi salah satu buah yang paling digemarinya sejak mula-mula merasainya dua minggu lalu. “Saya mula-mula merasainya sewaktu di Thailand. Ia sangat sedap. Kemudian saya membuat kajian menerusi internet dan mendapati durian paling sedap datangnya dari Pulau Pinang. “Rasanya umpama ‘fudge vanila berkrim dengan coklat’. Saya boleh memakannya untuk sarapan, makan tengah hari dan malam,” ujarnya yang mampu menghabiskan 10 biji durian sehari. Atas minat yang begitu mendalam terhadap durian, dia sanggup menghabiskan RM500 di sebuah ladang durian di Balik Pulau, Pulau Pinang sepanjang empat hari di sana. Tabik! Sumber: The Star / Elza / My News Hub

Najib Sertai Rakyat Malaysia Bersorak Untuk Badminton

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai jutaan rakyat Malaysia bersorak untuk barisan pemain negara yang bertarung dengan Jepun pada perlawanan akhir Piala Thomas di New Delhi, India. Perlawanan itu menyaksikan jaguh badminton negara yang juga pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16 untuk mengutip mata pertama Malaysia. “Tahniah Chong Wei! Semoga pasukan negara bawa pulang #PialaThomas2014. Seluruh negara bersorak untuk anda!” katanya dalam catatannya di laman Facebook dan Twitter. Najib turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anak mereka, Nor Ashman mengikuti perlawanan di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi melalui siaran langsung televisyen di kediaman mereka. Kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas ialah pada 1992. Sumber: Bernama

Al-Fatihah…Bekas Pelumba Moto3 Negara Maut Kemalangan

KOTA TINGGI - Pelumba motosikal (Cub Prix) Husni Aizat Abdul Malik, 20, maut selepas terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Tanjung Buai-Teluk Sengat kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Dalam kejadian itu, mangsa menunggang motorsikal jenis Modenass Kriss dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya yang terletak di Felda Air Tawar 1. Menurut abang mangsa, Hilmi Affan, 21, sebelum kejadian mangsa yang juga merupakan anak kedua daripada enam beradik itu bertegas untuk membawa motorsikal terbabit ke rumah sepupu mereka di Pasir Gudang meskipun telah dilarang beberapa kali. “Kami tidak benarkan dia pergi menaiki motorsikal dan menyuruhnya membawa kereta namun dia tidak mahu dan tetap berkeras hendak membawa motorsikal tersebut,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi tengah hari tadi. Hilmi berkata, malam sebelum kejadian dia sempat berjumpa dengan adiknya itu di Pasir Gudang namun tidak sempat untuk berborak kerana anaknya tidak sihat. Bagaimanapun katanya, pagi tadi dia dikejutkan dengan panggilan daripada saudara terdekat yang memberitahu adiknya terlibat dalam kemalangan. “Dia sebenarnya sedang bercuti daripada menjalani latihan di Sepanyol dan menghabiskan cuti bersama kami di kampung. Saya tidak sangka itu adalah kali terakhir kami berjumpa sebelum dia terlibat dalam kejadian kemalangan tersebut,” katanya lagi. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 1. Al-Fatihah.



Izreen Azminda tunggu keputusan Mahkamah isu cerai

MINGGU lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita yang mengatakan pelakon Izreen Azminda telah diceraikan di lokasi penggambaran selepas satu pertengkaran besar terjadi antara dirinya dan suami di Pulau Pinang. Namun, ianya dinafikan sendiri oleh suaminya. Walaupun dalam laporan awal Izreen Azminda ada mengesahkan kejadian tersebut, penafian oleh suaminya sendiri telah menimbulkan tanda tanya dikalangan para peminat sama ada pasangan ini sudah sah bercerai atau masih bergelar suami isteri. Bercakap kepada media di majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013, Izreen Azminda memaklumkan yang beliau tidak mahu memberikan apa apa komen lanjut tentang isu ini dan meminta semua pihak menunggu keputusan mahkamah berkaitan kes cerai beliau. “Maaf, buat masa sekarang, kami tak mahu komen apa-apa lagi. Bagi saya dan Riza ruang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang. Proses tersebut sedang berjalan. Saya tak mahu ulas pasal satus, nanti kita tunggu sahaja keputusan mahkamah” “Saya tidak mahu lagi berbalas-balas kenyataan dengan Riza kerana bila lebih banyak kenyataan dikeluarkan, lebih banyak komen negatif timbul. Jadi biar kita sama-sama tunggu keputusan mahkamah sahaja,” jelas Izreen Azminda. Dalam kenyataan sama, Izreen Azminda mengakui sudah sebulan tidka tinggal sebumbung dengan suaminya Muhamad Riza Baharuddin dan anak mereka, Adrian Umar tinggal bersama pelakon itu buat masa sekarang. Sumber: Roti Kaya

Lelaki Botak Rakam Wanita Dalam Tandas SSTwo Mall

SEORANG wanita terkejut tatkala menyedari dirinya menjadi mangsa rakaman seorang lelaki di tandas pusat membeli-belah, SSTwo Mall, Petaling Jaya, beberapa hari lalu. Menerusi salinan laporan polis yang disiarkan di akaun Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign, wanita yang dikenali sebagai Tan, 28, itu ternampak sebuah telefon bimbit sedang dipegang di bahagian bawah pintu.

Terkejut, dia terus berdiri, namun lelaki berkenaan segera melarikan diri, memetik maklumat dari The Star. Sebelum kejadian, Tan melihat seorang lelaki Cina berkepala botak berjalan ke arah tandas, namun menyangka dia mahu ke tandas lelaki. Teman lelakinya yang dikenali sebagai Cheah memberitahu, sejurus selepas kejadian, dia melihat lelaki berkenaan berlari ke arah pintu kecemasan, namun berkunci. Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan anak tangga lain. Rakaman kamera pengawasan yang diletakkan berhampiran tandas tersebut berjaya merakamkan imej lelaki berkenaan. Diharap kejadian ini akan menjadi peringatan buat para wanita untuk lebih berhati-hati sewaktu ke tandas bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Sumber: Elza / My News Hub

OKU jadi jutawan sekelip mata

VINOD bersama bintang terkenal Bollywood, Salman Khan dalam program India’s Got Talent, musim kedua pada 2010. 
DELHI: Vinod Thakur, jejaka kelainan upaya (OKU) yang masyhur dan menjadi jutawan sekelip mata selepas menyertai program realiti televisyen India, berkata tarian membantunya bertemu cinta, kekayaan dan kebahagiaan. Pertama kali kelibatnya di pentas, dia dilihat duduk bersilang kaki di atas lantai, beberapa saat kemudian, dengan menggunakan dua lengannya yang kuat dia berdiri di atas tangannya. Baharulah penonton menyedari, penari berusia 23 tahun ini rupanya tidak mempunyai kaki. “Saya masih tak percaya kehidupan saya kini,” kata warga Delhi itu selepas persembahan mengagumkan di ibu negara India. “Memang gila. Tak lama dulu, nak simpan Rs1,000 (RM18) pun susah. Sekarang saya seorang jutawan.” katanya yang kini memiliki rumah dua tingkat, berkahwin dengan cinta sejati, Raksha Rathore, 19, dan merantau ke seluruh dunia. Sumber: BH online

Dyana Sofya tak cantik pun – Zahid

TELUK INTAN – Tidak ada gunanya mengundi calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hanya kerana rupa parasnya kerana beliau sebenarnya tidaklah secantik seperti yang dipaparkan dalam gambar dan televisyen, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presiden Umno itu memberitahu kira-kira 200 anggota polis di Teluk Intan hari ini bahawa beliau sendiri pernah bertemu dengan Dyana‎ sekali dan tidak kagum dengan penampilannya. “Undi awal, dan undi calon terbaik di kalangan semua calon yang baik. Jika anda mahu memilih seseorang yang cantik, tetapi tidak boleh berkhidmat kepada anda, apa gunanya?” tanya Zahid dalam majlis bersama anggota polis tersebut di sini. “Beliau tidak tinggal di sini. Saya melihatnya, berhadapan dengannya dan ‎berjabat tangan, beliau tidaklah cantik sangat! Dalam gambar, beliau memang cantik, dalam televisyen, cantik sedikit sahaja,” katanya yang mencetuskan ketawa daripada hadirin yang kebanyakannya adalah lelaki. Katanya kepada hadirin malah “isteri Tuan Goh” lebih cantik daripada Dyana, yang dipercayai merujuk kepada Ketua Polis Hilir Perak Penolong Komisioner Goh Kak Liang. “Isteri Tuan Goh lebih cantik! Semasa dia muda. Tetapi dia masih cantik. Adakah dia ada di sini?” kata Zahid berjenaka. “Tetapi saya tidak berkempen. Hanya memilih sesiapa sahaja, asalkan orang itu sama seperti saya , ” katanya. Sementara itu, pada sidang akhbar kemudian, Zahid menafikan dakwaan DAP kurang daripada 10,000 polis ditugaskan memerangi jenayah, dan sebahagian besar pasukan polis ditugaskan melindungi ahli politik. Sumber: The Malaysian Insider

VIDEO: Bila Bangla Nyanyi Lagu Gadis Jolobu

Gadis Jolobu dendangan Waris bersama Dato’ Hattan antara lagu yang menjadi siulan pada hari ini. Bagaimanapun, tidak semua orang mampu menyanyikan lagu ini dengan sebutan yang betul memandangkan ia menggunakan loghat Negeri Sembilan. Jika kita rakyat Malaysia pun begitu, bayangkan pula jika yang menyanyikannya warga Bangladesh? Mesti anda tak sabar nak dengar macam mana bunyinya, kan. Saksikan video di bawah.


Cara Lepaskan Tekanan Paling ‘Sengal’

Bila mengalami tekanan, banyak cara dilakukan untuk melepaskan perasaan. Tapi bagi seorang pengguna Facebook, cara dia menyelesaikan tekanan mendapat kutukan ramai. Adakah patut demi melayan perasaan sendiri, seekor kucing dijadikan mangsa hiburan kejam? Lihat saja gambar di atas, kasihan kucing yang tak tahu apa-apa tiba-tiba dimasukkan ke dalam sabut kepala sebelum dipijak dan diletakkan parang. Mungkin niat pengguna Facebook ini cuma nak berlawak tapi rasanya ia tidak lawak langsung buat ramai pencinta haiwan terutama kucing di luar sana. Kan? Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

Abu Backer Masih Sah Sebagai Calon - SPR

GEORGE TOWN: Peguam Abu Backer Sidek Mohamad Zan masih kekal sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pengundi masih boleh memilih beliau kerana namanya telah dicetak pada kertas undi. "Pengundi masih boleh pilih dia sebab nama dia tak boleh dikeluarkan dari kertas undi," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Abu Backer yang menarik diri daripada bertanding pada saat akhir malam Sabtu. Jelas beliau, mana-mana calon yang bertanding tidak boleh menarik diri selepas nama mereka diumumkan sebagai calon pada 12 Mei lalu. "Selepas nama mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) mereka tak boleh menarik diri. "Sebab itu mereka sudah diberi tempoh sejam untuk buat keputusan, tak boleh main-main," katanya. Abdul Aziz berkata, peraturan tersebut telah dikuatkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei lalu. Sumber: mStar

8 Wanita Warga Asing Ditahan Tawar Khidmat Seks

NIBONG TEBAL – Lapan wanita rakyat asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat urut di Jalan Seri Aman, Sungai Bakap di sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata semua mereka berusia antara 20 dan 35 tahun itu ditahan ketika asyik melayan pelanggan dalam bilik-bilik kecil yang terdapat di premis berkenaan. “Berdasarkan siasatan awal, tujuh warga Thailand dan seorang warga Laos itu bekerja sebagai tukang urut di premis yang turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan itu. “Turut ditahan dalam operasi pada 2 pagi itu ialah empat lelaki tempatan yang merupakan pelanggan premis itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata semua wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada permit dan dokumen pengenalan diri yang sah. Sumber: Bernama

Facebook Selesai Masalah Bil Elektrik Maahad Tahfiz

Media sosial sinonim dikaitkan dengan gejala tidak sihat. Namun sebenarnya jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan, impaknya amatlah besar. Sebagai contoh apabila Maahad Tahfiz Al-Furqani memohon pertolongan untuk menjelaskan bil elektrik mereka yang banyak tertunggak, dalam masa singkat masalah ini diselesaikan. Rumah tahfiz yang terletak di Kg Tengah, Puchong, Selangor ini memerlukan RM4,222 untuk menjelaskan bil tertunggak. Dalam pos yang dibuat menggunakan akaun Facebook Darul Ulum Alfurqani 22 Mei lalu, pertolongan diminta kerana dikhuatiri jika bil tidak dijelaskan segera kanak-kanak di sana terpaksa menggunakan lilin. Hasilnya ia mendapat lebih 3,027 perkongsian dan semakan oleh salah seorang pengguna Facebook mendedahkan masalah itu sudah selesai.

Daripada perincian butiran bil dapat dilihat ramai insan yang bermurah hati menyalurkan sumbangan termasuk serendah RM10 hinggakan bil kini sudah terlebih bayar. Alhamdulillah, semoga usaha baik seperti ini terus mendapat perkongsian di media sosial bagi memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

Gadis beristighfar buktikan diri tidak mabuk

SUBANG JAYA – “Sumpah saya tak minum, datang sini pun nak dengar lagu saja,” kata seorang gadis selepas dicekup mabuk meneguk minuman keras di pub sebuah hotel terkenal di sini, awal pagi semalam. Dia yang bermati-matian menafikan meneguk minuman terlarang itu dilihat beristighfar beberapa kali kononnya untuk meyakinkan anggota penguatkuasa, dia tidak menikmati minuman tersebut. Bagaimanapun, tindakannya tidak berhasil apabila ujian air kencing dijalankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadapnya selepas itu mendapati dia positif alkohol. Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkata, operasi bersepadu dilaksanakan pihaknya bersama Jais selepas mendapat laporan terdapat pengunjung Islam bebas menikmati minuman keras di pusat hiburan tersebut. Ketika serbuan, sembilan pengunjung cuba melarikan diri menggunakan pintu belakang namun usaha tersebut gagal. Anggota penguatkuasa terlebih dahulu mengawal dan mengunci kesemua laluan keluar masuk ke pusat hiburan dan pusat karaoke yang terletak bersebelahan. Hasil pemeriksaan lanjut, empat pengunjung lelaki dan tiga wanita didapati positif ujian alkohol. Kesemua mereka bakal didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Manakala 19 lagi pengunjung berusia lingkungan 20 hingga 40-an diambil keterangan dan dikenakan notis untuk menghadiri kaunseling kerana melakukan kesalahan menyebabkan agama Islam dipandang hina. Sumber: Sinar Online

Lelaki Maut, Rakan Cedera Ditembak Dalam Pergaduhan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas ditembak dalam satu pergaduhan di sebuah kuil di Jalan Lobak, Kuang, Selangor, Sabtu. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, satu pergaduhan tercetus antara M. Vijendran, 25 dan rakannya B. Suresh Kumar, 24, dengan seorang lelaki berusia 40-an yang sedang bersembahyang di kuil berkenaan. Berlaku ketegangan semasa pergaduhan itu sehingga menyebabkan suspek melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mangsa, kata Junaidi ketika dihubungi di sini. Junaidi berkata Vijendran yang terkena tembakan di kepala dan pinggang mati ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh manakala Suresh, cedera di rusuk kiri. “Ketika kejadian, satu upacara keagamaan sedang berlangsung di kuil itu dengan kehadiran kira-kira 30 penganut Hindu, kebanyakannya wanita,” katanya menambah polis turut menemukan dua kelongsong peluru di tempat kejadian. Polis kini sedang menjejaki suspek yang melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, model Mitsubishi Pajero merah. Sumber: Bernama

Bontot Hamster Kegilaan Terbaru Orang Jepun

Seperti ramai sedia maklum, masyarakat Jepun kadangkala mempunyai kegilaan pada sesuatu yang pelik. Terbaru, bontot hamster menjadi sesuatu yang mendapat perhatian ramai hinggakan gambar-gambar bahagian belakang makhluk comel ini diterbitkan dalam dua buku yang laris dijual.

Kegilaan ini dinamakan ‘hamuketsu’ – bahasa pasar untuk ‘bontot hamster’. Buku pertama bertajuk Hamuketsu-So Cute You Could Faint yang diterbitkan Sekai Bunka Publishing pada April lalu telah terjual lebih 30,000 buah. Sambutan hangat ini membawa kepada penerbitan buku kedua bertajuk Hamuketsu yang dilaporkan sudah pun terjual sekitar 15,000 buah. “Bontot hamster jantan lebih menarik kerana ia besar dan bulat berbanding yang betina. “Rata-rata pembaca menyatakan gambar objek bulat berbulu yang comel ini dapat membantu ‘menenangkan jiwa’ mereka apabila menatapnya,” ujar jurucakap syarikat penerbitan buku terbabit, Yukako Minani.

Sumber: Philly.com / Rem Ramzi / My News hub

Guan Eng Puji Pendirian Dyana Sofya Mengenai Hudud

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud individu yang `bagus’ dalam soal menentang pelaksanaan hudud di negara ini. Malah, beliau mendakwa Dyana Sofya adalah individu yang lebih baik berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dalam soal menentang pelaksanaan undang-undang tersebut. “DAP konsisten dalam menentang pelaksanaan hudud sedangkan UMNO mengatakan BN menyokong tetapi parti komponen yang lain membantah. “Atas sebab ini, Dyana Sofya seorang yang lebih baik daripada Siew Keong dalam soal menentang pelaksanaan hudud yang tiada dalam dasar rangka kerjasama pakatan,” katanya melalui satu kenyataan media. Media sebelum ini melaporkan Dyana Sofya sentiasa cuba mengelak daripada menjawab soalan berhubung pendiriannya tentang isu hukum hudud. Bagaimanapun, segelintir media mendakwa Dyana Sofya ketika berkempen secara terbuka pernah mengakui beliau menolak hudud. Sumber: My News Hub

Kemaruk ‘pucuk muda’

KUALA LUMPUR: Kemaruk ‘pucuk muda’, seorang suami bukan saja sanggup berkahwin secara senyap-senyap dengan isteri baru berusia 23 tahun, malah cuba menundukkan isteri pertamanya dengan pelbagai amalan khurafat seperti menyembur minyak guna- guna di dalam bilik dan meletakkan tangkal di bawah tilam. Tembelang lelaki berusia 47 tahun itu terbongkar selepas isterinya hairan apabila hampir setiap minggu sejak tiga bulan lalu, suaminya ke selatan tanah air dengan alasan urusan kerja sehingga dia terbaca SMS berbaur cinta seperti ‘minggu depan abang datang sayang’ dan ‘abang rindu’ di telefon bimbit suaminya. Selepas itu, bermulalah ‘perang’ membabitkan pasangan itu, namun si suami masih enggan mengaku menjalin hubungan sulit sehingga si isteri menemui sijil nikah Thailand tertera nama suaminya dan madu, dua bulan lalu. Mangsa permainan suami itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 49, berkata, selepas menemui surat nikah, selama seminggu suaminya bermati-matian menafikan berkahwin lain sebelum akhirnya mengaku. “Saya tidak dapat menerima hakikat itu dan mahu suami meninggalkan isteri barunya. Saya pernah berbalas SMS dengan isteri barunya tetapi nampaknya dia juga keras kepala dan tetap mahukan suami saya. Sumber: HM

Lari tinggal anak, isteri

ALOR GAJAH: Seorang lelaki yang tiada lesen memandu sanggup meninggalkan isteri dan dua anak mereka sebelum bersembunyi di dalam semak bagi mengelak ditahan di sekatan jalan raya di sebuah pasar malam di Machap Baru, di sini, Khamis lalu. Dalam kejadian jam 7 malam, lelaki berusia 30-an itu terpaksa dipujuk anggota trafik supaya keluar dari semak selepas meninggalkan motosikal Suzuki ditunggang dan keluarganya sebaik berhenti di sekatan terbabit. Menurut sumber, lelaki itu dipercayai berbuat demikian selepas tertinggal Mykad dan tiada lesen memandu selain tidak memakai topi keledar. Katanya, tindakan lelaki itu turut mengakibatkan isterinya yang mengendong anak kecil terpinga-pinga dan seorang lagi anak mereka berusia tiga tahun menangis ketakutan. “Ketika ditahan untuk pemeriksaan, lelaki itu turun daripada motosikal dan berjalan meninggalkan isteri serta dua anaknya sebelum bersembunyi di dalam semak. Sumber: HM

Halangan hudud akan berakhir

KOTA BHARU - Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin halangan terhadap pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan akan berakhir sedikit demi sedikit tidak lama lagi. Menurutnya, apabila ikhtiar manusia terhadap sesuatu perkara itu sampai pada kemuncak, ALLAH SWT akan memberikan jalan keluar untuk mendapatkan penyelesaian. “Masalah hudud masalah terakhir, tak ada dah (selepas ini), hudud tetap berjalan tanpa ada halangan, Nabi Muhammad hidup tak ada perkara yang jadi halangan, ada sahaja jalan penyelesaian,” katanya ketika berucap sempena penutup Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan di sini, semalam. Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Nik Abdul Aziz berkata, situasi semasa jelas menggambarkan halangan dihadapi Pas Kelantan dalam usaha melaksanakan hudud berjaya diselesaikan walaupun tidak secara menyeluruh. “Sekarang ramai dalam kalangan masyarakat Cina minat mengetahui hudud. Jika Umno tak mahu tak apa, tak boleh buat apa, halangan dari kanan, cari jalan ke kiri, sebaliknya,” katanya. Sumber: Sinar Online

Kunci Gari Tersekat Dalam Kemaluan

California – Fantasi seks pasangan warga Kanada berakhir dengan kejadian memalukan apabila seorang wanita terpaksa dihantar ke hospital kerana kunci gari yang mengikat tangan mereka tersekat di dalam kemaluannya. Pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Jason dan Michelle berada di Van Nuys, California, ketika mereka “melakonkan” fantasi mengenai seorang puteri dan seekor naga. Kejadian itu dipaparkan dalam satu episod dalam program “Sex Sent Me To The E.R.” di saluran TLC. Ketika melakukan perkara itu, kunci gari yang mengikat tangan mereka di masukkan ke dalam kemaluan Michelle dan tersekat di bahagian uterus menyebabkan mereka terpaksa “menambah babak” fantasi mereka di unit kecemasan hospital. Pada mulanya, pasangan itu enggan memberitahu perkara sebenar kepada doktor yang melakukan pemeriksaan kerana malu akibat perkara itu. Namun, selepas doktor gagal mengesan punca masalah yang dihadapi Michelle, dia terpaksa membuka mulut. “Ia sukar bagi saya, tetapi saya akhirnya terpaksa mendedahkan perkara sebenar,” katanya. Ahli psikologi unit kecemasan, Doktor Michelle Pearl tidak mengendalikan kes berkenaan tetapi dia menyatakan ini bukan kali pertama kes seperti itu terjadi. Namun, memasukkan kunci ke dalam kemaluan adalah perkara baru,” katanya. Sumber: Agensi

Buaya Baham Nelayan Di Filipina

MANILA – Seekor buaya membaham seorang nelayan hingga mati di Sungai Rio Tuba di Pulau Palawan, kata seorang pegawai semalam. Menurut pegawai itu, Lefetnan Jeneral Greanata Jude, dalam kejadian yang berlaku kelmarin, mayat lelaki tersebut masih berada pada rahang buaya sepanjang empat meter. Jude berkata, anggota-anggota pasukan pengawal pantai pada mulanya menemui sebuah bot yang kosong di sungai tersebut. Menurutnya, apabila anggota-anggota itu mendekati bot tersebut, mereka mendapati terdapat mayat nelayan berkenaan berada pada rahang buaya. Jude berkata, mayat itu juga diikat dengan tali pada bot tersebut. Beliau berkata, anggota-anggota pengawal pantai kemudian melepaskan tembakan bagi menakutkan buaya tersebut. Haiwan itu kemudian meninggalkan mayat dan bot tersebut selepas bunyi tembakan itu dilepaskan. Nelayan itu berasal dari sebuah kampung berdekatan dan dia mahu menangkap gamat. Dia mengikat badannya pada bot itu bagi membolehkannya menyelam ke dalam laut. Jude berkata, bot nelayan itu kemudian hanyut dari laut dan memasuki sungai tersebut. Sumber: AFP

Zizan pelawak bertaraf jutawan

Minggu lalu, riuh juga mengenai pelawak terkenal, Zizan Razak yang keluar daripada syarikat pengurusannya, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd sebab bernaung di bawah pengurusan syarikat yang lebih besar iaitu Astro. Syarikat lama itu adalah syarikat beliau sendiri yang diwujudkan dengan rakan kongsinya, Marina Juki. Kak Pora hairan sebab Zizan keluar daripada syarikatnya sendiri. Mungkin, dia tidak mahu lagi dibayangi dengan kekasihnya, Emma Maembong yang turut diurus Wire Fame. Namun, pemilik Wire Fame khabarnya masih lagi atas nama Zizan bersama Marina. Mungkin juga Zizan nak beralih angin dan balas jasa Astro yang mula menaikkan namanya menerusi program Raja Lawak dulu. Sumber: BHarian

Lelaki Tinggal Kereta Tepi Jambatan & Terjun Sungai

Kota Bharu - Seorang jurujual lelaki berusia 28 tahun dikhuatiri lemas apabila dilihat terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra ke dalam Sungai Kelantan di sini, malam tadi. Dalam kejadian 9.20 malam itu, mangsa dikatakan memandu Honda City sebelum memberhentikan kenderaannya di tepi jambatan berkenaan. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata saksi yang melalui l lokasi kejadian melihat mangsa kemudian terjun ke dalam sungai. “Sejurus mendapat maklumat polis dan bomba terus bergegas ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi kejadian, hanya kenderaan mangsa berada di tepi jambatan,” katanya. Azham berkata, sejurus selepas itu usaha mencari dan menyelamat dijalankan di sekitar lokasi kejadian. “Sehingga ini, mangsa yang dikhuatiri lemas masih belum ditemui. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya. Sumber: myMetro

Saintis Dakwa ‘Ping’ Bukan Dari MH370

SYDNEY – Beberapa saintis dasar laut menyatakan empat isyarat berdesing atau ‘ping’ yang dikesan menerusi peralatan pinger milik tentera Amerika Syarikat (AS) bukan datang dari kotak hitam sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di selatan Lautan Hindi, lapor akhbar The Courier Mail semalam. Menurut para saintis itu, signal yang dikesan itu juga mengandungi frekuensi yang silap dan ia datang dari sumber buatan manusia yang sebelum ini tidak dapat dikesan di dalam lautan tersebut. “Sejurus selepas menyaksikan perbezaan jarak empat ‘ping’ dan frekuensi tersebut, saya mengetahui ia bukan milik pesawat itu,” kata salah seorang saintis tersebut. Menurut saintis tersebut, pengakuan mereka itu disokong dengan kegagalan kenderaan dalam laut autonomi yang dikenali sebagai Bluefin-21 menemui sebarang serpihan pesawat berkenaan. Peralatan Bluefin-21 itu boleh menyelam pada kedalaman sehingga 4,500 meter dan diletakkan di atas kapal Ocean Shield milik Australia. Ia akan digantikan dengan sebuah kenderaan dalam air yang baharu apabila kapal tersebut kembali ke Perth, Australia pada minggu depan. Para saintis itu juga menyatakan, ‘ping’ yang berfrekuensi 33.3 kilohertz yang dikesan itu amat berbeza dengan gelombang 37.5 kilohertz yang dikeluarkan kotak hitam tersebut. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac lalu. Ketika hilang, pesawat tersebut sepatutnya menghubungi sebuah menara kawalan trafik udara di bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Pesawat itu dilaporkan berpatah balik ke utara Semenanjung Malaysia dan berdasarkan data satelit, kerajaan Malaysia merumuskan, ia hilang di selatan Lautan Hindi. Kerja-kerja mencari pesawat itu yang melibatkan kapal China dan Australia kemudian dilakukan di selatan Lautan Hindi. Sumber: Agensi

VIDEO: Rakaman CCTV Penuntut M’sia Selepas Dirogol

Seperti pernah disiarkan SiakapKeli, 17 Mei lalu merupakan tarikh yang menjadi detik ngeri buat seorang penuntut Malaysia di Indonesia apabila dirogol tiga lelaki tidak dikenali. Susulan daripada: Mahasiswi Malaysia Dirogol Tiga Lelaki Di Bandung! Mahasiswi kedoktoran dari Universiti Padjadjaran, Bandung itu diculik ketika mahu mengeluarkan wang di ATM berhampiran rumah sewanya. Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki dalam kereta yang dipandu sebelum ditinggalkan 40 kilometer dari tempat dia diculik di tempat letak kereta RM Grafika, Tangkuban Perahu. Kejadian ini rupa-rupanya sempat dirakam sebuah kamera CCTV yang terdapat pada salah satu restoran di situ. Amat menyedihkan apabila dapat dilihat, mangsa berjalan terhuyung hayang selepas ditinggalkan sambil meminta pertolongan. Dia kemudiannya diselamatkan pasangan suami isteri yang membawanya ke hospital. Selain dirogol, mangsa juga disamun penjenayah terbabit yang turut mengambil wang tunai, telefon bimbit dan komputer riba miliknya. Kereta penjenayah turut dapat dilihat dalam rakaman CCTV memecut meninggalkan lokasi selepas menurunkan mangsa. Sudah pasti, insiden ini merupakan satu pengalaman pahit buat mangsa yang berusia 20 tahun dan baru berada di semester satu pengajiannya. Didoakan semoga penjenayah kejam yang terlibat dalam kes ini akan segera dapat ditahan dan dibawa ke muka pengadilan.


Piala Thomas: Khairy di New Delhi beri sokongan
Piala Thomas
MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tiba di New Delhi untuk memberi sokongan kepada pasukan Malaysia yang akan menentang Jepun pada perlawanan akhir Piala Thomas di Stadium Tertutup Siri Fort di sini, hari ini. "Alhamdullilah, baru saja tiba di New Delhi dengan selamat. Akan terus bertemu dengan skuad Malaysia dan nyatakan sokongan padu seluruh rakyat Malaysia kepada mereka," menurut catatan Khairy dalam twitternya. Beliau juga memuat naik gambarnya bersama-sama semua pemain dalam pasukan sebelum bertolak ke stadium dengan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India Datuk Naimun Ashakli Mohammad. Skuad badminton negara mara ke perlawanan akhir Piala Thomas 2014 selepas menundukkan Indonesia 3-0 di sini pada Jumaat. Kali terakhir Malaysia beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan berprestij itu adalah 12 tahun lepas dan kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas adalah 22 tahun lalu (1992). - Bernama

PIALA THOMAS: Mampukah Sejarah 1992 Diulangi Petang Ini?

APAKAH sejarah 1992 dapat diulangi kembali pasukan badminton negara menjelang pertembungan akhir dengan Jepun pada kempen Piala Thomas di New Delhi, India hari ini. Kelmarin, Datuk Lee Chong Wei dan rakan-rakannya membuktikan semangat melawan Malaysia belum padam apabila melakar kejutan menewaskan Indonesia 3-0 di separuh akhir. Kini, peluang kembali beraksi di pentas final sejak 12 tahun lalu jangan harus dipersia-siakan begitu sahaja jika tidak mahu episod kegagalan lalu berulang. Namun, sukacita diingatkan bahawa berdepan Jepun yang dibarisi Kenichi Tago, Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo. Kento Momota satu lawan liat yang perlu dihadapi kem negara. Apa tidaknya, mereka menyingkirkan juara bertahan, China di peringkat separuh akhir dan dijangka mampu mencipta kejutan terbesar menjulang trofi buat pertama kali dalam sejarah andai menewaskan pasukan Malaysia. Begitu pun, Chong Wei melaungkan amaran tekad saji permainan terbaik untuk tamatkan badi tanpa gelaran 22 tahun. “Kita akan melakukan yang terbaik di pentas final,” katanya. Dalam pada itu, Tan Boon Heong berkata keyakinan dirinya bertambah selepas mengalahkan beregu terbaik dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan. “Semangat kita memang cukup bagus. “Walaupun kami ada keyakinan sekarang tetapi kami perlu lebih bersedia untuk berdepan dengan Jepun,” katanya. Jika rekod pertemuan Malaysia dan Jepun menjadi ukuran, pasukan negara memegang kelebihan 3-1 ke atas negara Matahari Terbit itu. Namun Jepun, yang menunjukkan peningkatan sangat ketara di bawah bimbingan Park Joo Bong mengejutkan pasukan negara pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Kuala Lumpur pada 2010. Kali terakhir Malaysia layak ke perlawanan akhir adalah di Guangzhou 2002, di mana kita tewas 2-3 kepada Indonesia. Sumber: Sinar Online

3 Warga Asing Gerila LTTE Ditahan Di PJ, Klang

PETALING JAYA: Tiga lelaki yang dipercayai anggota Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) diberkas Polis Bukit Aman, dalam beberapa serbuan di sini dan Klang, 15 Mei lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai sudah berada di Malaysia sejak tahun 2004. “Mereka menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebar propaganda mereka dan cuba menghidupkan semula pergerakan kumpulan pengganas itu,” katanya dalam satu kenyataan Khalid berkata, antara barangan yang dirampas dalam serbuan itu ialah bahan propaganda, peralatan media dan 24 mata wang asing bernilai RM20,176.53. “Kami berjaya mengesan suspek yang menggunakan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR). “Ketiga-tiga mereka menggunakan kas itu untuk tinggal di Malaysia dan mengelak diri daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya. Sumber: HM


Bas Jatuh Gaung, 44 cedera

PADANG BESAR: Seramai 44 orang cedera selepas bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung di Kilometer 37 Wang Kelian di sini pagi Ahad. Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, bas tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari Kepala Batas, Pulau Pinang ke Wang Kelian bagi tujuan membeli-belah. Bagaimanapun ketika melalui cerun dan jalan berselekoh, pemandu bas berkenaan dilaporkan gagal mengawal kenderaannya sebelum terjunam ke dalam gaung. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md Deros berkata, penumpang bas berkenaan terdiri daripada 33 perempuan, enam lelaki dan lima kanak-kanak. "Terdapat mangsa yang mengalami kecderaan parah dan selainnya hanya cedera ringan, jumlah tepat mengenai kecederaan yang dialami masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi.

Keadaan sebuah bas persiaran yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter di Kilometer 37 Jalan Wang Kelian dekat Padang Besar, hari ini. - Foto Bernama

Sumber: mStar

Aaron Aziz Diumum Bintang Paling Popular 2013

PUTRAJAYA – Pelakon Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) apabila mengungguli undian tertinggi pada majlis tersebut dengan memperoleh 76,742 undi. Aaron turut menerima trofi Pelakon Filem Lelaki Popular pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Sabtu. Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2011. Kemenangan itu membolehkan Aaron membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Nakita Gold & Diamond dan jam tangan Tendence. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Datuk Rahim Razali mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang seni selama 50 tahun. Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Dalam pada itu,Siti Saleha mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara itu, Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular. Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Stacy dan Akim manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Stacy. Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Shah Iskandar dan Siti Saleha. Pelawak Achey memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Zara Zya meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular. Pelakon Jihan Musa pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Jep Sepahtu memenangi Artis Komedi Lelaki Popular. Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Johan Raja Lawak bagi stesen Era FM dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM. Sementara itu, pelakon dan pengacara Neelofa berjaya merangkul anugerah Pengacara TV Wanita Popular pada tahun ini. Manakala Datuk AC Mizal merampas gelaran Pengacara TV Lelaki Popular yang sebelum ini disandang oleh Datuk Aznil Nawawi. Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Fara Fauzana, Amy Mastura, Shahrol (Shiro) dan Ajak (Shiro) selain beberapa penyampai jemputan seperti Fizz Fairuz, Almy Nadia, Emma Maembong, Zizan Razak, Nasir Wahab dan Lana Nordin. Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Mawi, Ac Mizal, Zainal Abidin, Hazama Dayang Nurfaizah dan Tegar. ABPBH 2013 edisi ke-27 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Senarai penuh pemenang ABPBH-2013
1) BINTANG PALING POPULAR: AARON AZIZ
2) PENYANYI LELAKI POPULAR: HAFIZ
3) PENYANYI WANITA POPULAR: STACY
4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: STACY & AKIM
5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: ACHEY
6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: ZARA ZYA
7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: AARON AZIZ
8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: SITI SALEHA
9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: SHAH ISKANDAR
10) PELAKON TV WANITA POPULAR: SITI SALEHA
11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: JEP SEPAHTU
12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: JIHAN MUSA
13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR: AC MIZAL
14) PENGACARA TV WANITA POPULAR: NEELOFA
15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: JOHAN RAJA LAWAK (Era FM)
16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: FARA FAUZANA (Hot FM)
ANUGERAH KHAS
1) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: DATUK RAHIM RAZALI

"Jangan Ada Logo Halal Tapi Tak Halal" - Hilmi

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar makanan perlu lebih bertanggungjawab sebelum memasarkan produk mereka di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata sekiranya sesuatu produk itu sudah mendapat logo halal, maka isi kandungannya juga perlulah sentiasa bebas dari sebarang unsur tidak halal. "Janganlah pula ada logo halal tetapi letak barang tidak halal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Pharmaniaga Berhad di pusat beli belah eCurve di sini. Beliau berkata mengulas mengenai pendedahan Kementerian Kesihatan yang mendapati dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine). Dr Hilmi berkata syarikat pengeluar produk berkenaan perlu menarik balik produk mereka di pasaran. Sementara itu, mengulas mengenai kempen derma darah, Dr Hilmi berkata kini dengan adanya teknologi Apheresis yang digunakan Pusat Darah Negara (PDN), penderma mempunyai pilihan untuk menderma hanya komponen darah seperti plasma, platlet atau sel darah merah. "Dengan teknologi ini, darah penderma tidak diambil sepenuhnya tetapi, komponen diperlukan sahaja diambil seperti platlet dan teknologi ini selamat serta tidak mempunyai kesan sampingan kepada penderma. "Jadi masyarakat tidak perlu risau, kerana menderma darah sememangnya tidak mendatangkan kesan negatif kepada pendermanya," katanya. Seorang penderma darah warga emas, Ong Lim Chuen, 59, berkata beliau berasa bangga kerana dapat melakukan sumbangan kecil kepada pesakit yang memerlukan darah. "Kempen kesedaran mengenai kepentingan menderma darah perlu ditingkatkan lagi dan masyarakat tidak perlu risau kerana tiada sebarang masalah akan timbul sekiranya individu yang sihat tubuh badan menjalani pendermaan darah," katanya yang sudah menderma sebanyak 39 kali setakat ini. Kempen derma darah selama dua hari bermula hari ini anjuran syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Berhad dengan kerjasama PDN berlangsung di pusat beli belah eCurve bertujuan memberi peluang kepada pengunjung menderma darah tanpa perlu hadir ke hospital pada hujung minggu ini. Sumber: mStar

Sultan Pahang Tarik Diri Tanding Presiden FAM

Shah Alam – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mengumumkan baginda menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas memegang jawatan itu selama 30 tahun sejak 1984. Pengumuman itu dibuat Sultan Ahmad Shah pada ucapan pembukaan kongres ke-50 itu di Hotel Holiday Inn, Glenmarie, di sini, sebentar tadi. Dengan itu saingan rebut jawatan Presiden kini antara Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah & Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Sumber: BH Online

Aktres bercium bangkitkan kemarahan masyarakat

TEHRAN: Seorang aktres Iran menimbulkan kemarahan masyarakat negara itu apabila dia dirakam mencium pipi presiden festival filem Cannes baru-baru ini. Tindakan Leila Hatami dianggap mencemar kesucian wanita republik Islam itu. Gambar yang dipaparkan di media Iran menunjukkan Leila mencium pipi Gilles Jacob, 83 ketika mereka bertemu pada majlis pembukaan festival filem itu. Kini, sekumpulan pelajar universiti yang mempunyai hubungan dengan Pengawal Revolusi Iran, Hizbullah memfailkan aduan kepada badan kehakiman negara itu menuntut pendakwaan dijalankan ke atas Leila. Dalam petisyen yang dihantar ke mahkamah, kumpulan itu menyatakan: “Kami seperti yang bertanda tangan di bawah adalah kumpulan pelajar Muslim, menuntut Jabatan Media dan Budaya Mahkamah Iran mendakwa Leila Hatami atas tindakannya mencium lelaki bukan mahram di khalayak ramai.” Menurut artikel 638 Perundangan Islam negara ini membawa hukuman penjara. “Tindakan aktres itu mencemarkan imej negara Islam Iran. Kerana itu, kami menuntut pelaksanaan hukuman sebat ke atasnya seperti yang termaktub dalam perundangan,” kata kumpulan itu. Sumber: AFP

Kru Produksi Akui Eira Syazira Memang ‘Naik Tangan’

SEBELUM ini, pelakon Eira Syazira menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia telah memukul seorang kru produksi sewaktu penggambaran sebuah telefilem, baru-baru ini. Dia turut menyifatkan tuduhan itu sebagai kelakar dan mengarut selain menganggapnya sebagai percubaan untuk menjatuhkannya. Bagaimanapun, menerusi program Melodi TV3 yang disiarkan tengah hari tadi, kru tersebut telah tampil bagi memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut. Menurutnya, insiden itu sememangnya berlaku selepas dia menegur Eira supaya menguatkan sedikit suara kerana masalah audio sewaktu penggambaran. “Kalau saya nak cari publisiti, siapalah saya…soundaman je,” katanya. Ujarnya lagi, orang lain yang mengenali dirinya tahu bahawa dia bukanlah individu yang suka mencari masalah. “Kalau seorang perempuan itu tak reti ‘respect’ seorang lelaki, bagaimana dia nak ‘respect’ seorang suami. “Siapa yang salah, dialah yang akan jadi cacing kepanasan,” katanya ketika mengakhiri perbualan. Hmm, nampaknya dua-dua sudah memberi kenyataan. Persoalan siapa benar atau siapa yang salah, hanya waktu yang akan menentukannya nanti… Sumber: Elza / My News Hub

4 comments:

  1. Saya ingin semua orang untuk membaca mesej ini dengan hati-hati. Saya sangat senang untuk membuat kesaksian bagaimana saya mendapat pinjaman saya di pemberi pinjaman kredit legit, saya telah menderita di tangan kreditur internet palsu di laman web tertentu, saya telah diterapkan di beberapa syarikat pinjaman di sini dan semua yang mereka lakukan adalah meminta saya untuk pembayaran dan selepas pembayaran, saya tidak akan mendapat pinjaman dari mereka, mereka adalah orang-orang yang salah. Saya kesakitan kerana hutang saya, dan saya membayar bayaran lain untuk mendapatkan pinjaman untuk membuat saya hutang yang lebih besar. Saya sangat senang ketika teman saya mengatakan kepada saya bahawa dia mendapat pinjaman dari internet, dia adalah orang yang mengatakan kepada saya tentang syarikat pinjaman Theresa, dan saya mengajukan pinjaman sebanyak $ 100,000 USD Aku mengikuti semua prosedur, saya berfikir bahawa saya lakukan tidak akan mendapatkan pinjaman , tapi aku sangat senang ketika pinjaman saya diluluskan dan dihantar ke akaun bank saya langsung dalam masa 24 jam memohon. Saya telah membayar semua hutang saya sekarang dan saya stabil secara kewangan ketika saya menulis mesej ini. Jadi jika salah satu dari anda berada di sini untuk mengajukan pinjaman, anda harus menghubungi theresaloancompany di Kesatuan E-mail, mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman pinjaman adalah nyata, yang lain adalah palsu. Cukup ikuti semua prosedur di syarikat pinjaman Theresa dan saya meyakinkan anda bahawa anda juga akan mendapatkan pinjaman anda seperti saya dan rakan-rakan saya. Anda mempunyai bijak supaya anda tidak akan kehilangan wang seperti saya, hubungi Theresa sekarang di e-mel mereka jika anda benar-benar memerlukan pinjaman theresaloancompany@gmail.com
    hubungi saya juga jadi saya boleh memberikan maklumat lebih lanjut tentang feyzilfatma@gmail.com
    Terima kasih telah membaca kesaksian saya dan saya berterima kasih kepada Tuhan Bantuan

    ReplyDelete
  2. PERHATIAN:

    Adakah anda terdesak untuk pinjaman jangka pendek tetapi bank anda tidak akan meminjamkan apa-apa kerana anda mempunyai skor kredit yang rendah?

    Kemudian memohon pinjaman tunai cepat hari ini dari kami, anda boleh yakin bahawa apa-apa maklumat yang anda serahkan adalah 100% selamat dan selamat dengan kami dan diserahkan kepada salah seorang pemberi pinjaman kami melalui e-mel: tracybanksloanfirm@gmail.com.

    Selagi anda berumur 18 tahun ke atas, yang kini bekerja dengan pendapatan tetap, maka anda tidak sepatutnya menghadapi masalah dalam memohon.

    Mohon sekarang!

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    ReplyDelete
  4. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    ReplyDelete