Monday, May 12, 2014

Berita Terkini 12 May 2014

India lancar You stop, we stop
MUMBAI - INDIA. Pihak berkuasa India kini tidak teraga-agak menyembur air ke arah mana-mana individu yang kencing secara terbuka di tempat awam. Aktivis Clean Indian Media melaporkan, kenderaan menyerupai jentera bomba tertulis You Stop, We Stop itu mula beroperasi bagi membendung gejala itu. “Lori tangki air akan mengelilingi Mumbai untuk melakukan operasi bersepadu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan pada setiap hari,” katanya dipetik Time of India Operasi bertujuan mendidik orang awam di bandar itu supaya menggunakan tandas awam dan tidak lagi kencing di taman atau di jalanan.

Gagal culik gembala, tentera Israel rampas kambing
SIDON - LUBNAN. Gara-gara cubaan menculik dua gembala gagal, tentera Israel bertindak merampas ratusan kambing di ladang Shebaa di Lubnan, kelmarin. Menurut DailyStrar kedua-dua gembala tersebut, Mohammad Hussein dan Ismail Zahra mendakwa tentera rejim Zionis telah menceroboh pagar dekat Garisan Biru yang menjadi sempadan Lubnan-Israel. "Kami terpaksa meninggalkan kesemua kambing itu untuk menyelamatkan diri," kata seorang daripada gembala tersebut. Sementara itu, beberapa penduduk memberitahu ratusan haiwan ternakan terbabit dibawa masuk ke Tel Aviv menerusi sempadan utara Israel.

Tindakan biadab askar Britain
Tindakan biadab askar Britain
Salah seorang daripada askar Britain memuat naik fotonya bersama pejuang Taliban.
LONDON - UNITED KINGDOM. Tindakan dua askar Britain memuat naik foto bersama mayat Taliban Afghanistan di laman web video LiveLeak Jumaat lalu menimbulkan kecaman Amnesty International. Imej menunjukkan dua orang anggota Tentera Udara Diraja Britain (RAF) bergambar bersama mayat dipercayai diambil selepas serangan di Kem Bastion pada 2012. Kedua-dua imej menunjukkan, askar Britain melutut bersebelahan mayat dan memberi tanda pujian kemenangan. Pengarah Amnesty International, Joanne Mariner menyifatkan imej itu sebagai mengerikan dan melanggar piawaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa seperti tertakluk mengikut artikel 3 Konvensyen Geneva. “Tindakan tidak menghormati dan menjatuhkan maruah kumpulan pejuang yang meninggal dunia adalah salah,” katanya dipetik AP Susulan kejadian itu, beliau menggesa pihak berkuasa Britain melancarkan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah dalam kejadian itu. Sementara itu, Kementerian Pertahanan Britain berkata dalam satu kenyataan bahawa askar Britain terbabit telah ditukar ke unit lain dan menarik diri daripada tugas barisan hadapan.

Hujan lebat landa Makkah
Hujan lebat landa Makkah
Keadaan kenderaan yang ditenggelami air akibat banjir yang melanda Makkah kelmarin.
RIYADH - ARAB SAUDI. Sekurang-kurangnya dua maut dan puluhan yang lain cedera apabila hujan lebat melanda Makkah dan Hail, kelmarin. Memetik laporan Arab News, banjir itu juga menyebabkan ratusan kenderaan rosak dan ribuan jemaah umrah terkandas di Masjidil Haram selepas solat Maghrib hingga tengah malam. Jurucakap Pertahanan Awam Hail Nafea Alyan Al-Makhalaf berkata, beberapa kenderaan terbalik ketika cuba menyeberangi Al- Khafj Valley dengan seorang daripada maut akibat lemas selepas terperangkap di dalam kenderaan tersebut. Di Makkah, jurucakap Pertahanan Awam Saleh Al- Alyani melaporkan seorang warga Afrika terbunuh di daerah Mansour apabila dihempap pokok. “Bilik operasi menerima 1,356 panggilan kecemasan selepas sebuah bilik operasi khas ditubuhkan untuk memantau keadaan dan menyelaras bantuan serta melakukan usaha menyelamat termasuk di kawasan Sharayah, Aziziyah, Misfalah dan Otaibiah ,” katanya. Menurutnya, sebanyak 23 helikopter 23 dan 16 pasukan penyelamat dikerah untuk operasi kecemasan. “Kami berada dalam keadaan siap siaga terutama ketika jemaah umrah melakukan Tawaf dalam hujan lebat dan petir,” katanya. Beliau berkata, Lebuh Raya Jeddah-Makkah ditutup sementara waktu akibat banjir dan Lebuh Raya ke Riyadh berhampiran Gunung Hada juga ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Seorang petugas di Masjidil Haram berkata, kawasan King Abdulaziz Gate yang sebelum ini popular sebagai tempat berehat untuk jemaah kelihatan kosong.

Filipina mahu contohi Melaka Biotech
Filipina mahu contohi Melaka Biotech
Yorobe (tengah) mendengar penerangan semasa lawatan ke MBC, baru-baru ini.
FILIPINA berharap untuk menjalinkan kerjasama pintar dengan Melaka Biotechnology Corporation (MBC), Jabatan Standard Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) bagi penyelidikan pembangunan industri halal di negara itu. Timbalan Menteri Penyelidikan dan Pembangunan Filipina, Dr Carol M Yorobe yang mengetuai delegasi dari Bahagian Sains dan Teknologi (DOST) Filipina ke makmal MBC berkata, lawatan itu diharap dapat membuka jaringan kerjasama antara Malaysia dan DOST dalam sektor halal. Beliau berkata, DOST dapat menjadikan MBC sebagai rujukan bagi mengaplikasikan pembangunan sektor halal di Filipina. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MBC, Badrul Hisham Badrudin berkata, lawatan kerja itu dapat memperkenalkan Melaka sebagai negeri yang menyokong pembangunan industri halal bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara termasuklah Filipina. MBC dalam satu kenyataan memaklumkan, antara perkara dibincangkan semasa lawatan itu ialah proses dan prosedur akreditasi, ujian makmal bagi pengesanan DNA khinzir dalam makanan dan minuman, produk farmaseutikal dan penggunaan bulu serta kulit dalam produk kegunaan harian seperti berus cat, berus kosmetik dan kasut atau barangan kulit. "Delegasi itu dibawa melawat makmal utama MBC dan ditunjukkan demonstrasi mengenal pasti kehadiran DNA khinzir dalam makanan," menurut MBC.

12 Pemilihan Cabang PKR Di Selangor Dibatalkan

SHAH ALAM — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan apabila 12 daripada keseluruhan 22 pemilihan cabang parti itu di Selangor dibatalkan hari ini atas pelbagai sebab termasuk dakwaan wujudnya unsur penipuan dan ketidaktelusan dalam proses pengundian. Lebih memalukan PKR apabila pemilihan cabang Kuala Selangor, yang merupakan kawasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut dibatalkan. Selain Kuala Selangor, pemilihan yang dibatalkan membabitkan cabang Sabak Bernam, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar, Subang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Selayang. Pembatalan pemilihan cabang Kuala Selangor diumumkan oleh wakil petugas pemilihan cabang itu pada 1.45 tengah hari selepas beberapa anggota parti membuat bantahan berhubung cara ia dikendalikan selain terdapat dakwaan ada wakil calon menandakan kertas undi yang sepatutnya ditanda pengundi sendiri. Situasi sama turut berlaku di PKR Cabang Kota Raja apabila pemilihannya terpaksa dibatalkan ketika proses pengundian apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian di Dewan Kompleks Sukan MPK. Pembatalan pemilihan cabang itu diumumkan oleh wakil jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) parti, Nadarajan K. Raju kira-kira 4.30 petang ini atas alasan peti undi dipecahkan. Selain itu, pemilihan PKR Cabang Klang juga turut dibatalkan apabila tiga calon jawatan ketua cabang berkenaan iaitu P. Krishnasamy, Zudin Asrmad dan Arahyah Ibrahim sepakat memboikot proses pemilihan itu yang didakwa tidak telus. Mereka mendakwa wujudnya pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mensabotaj proses pemilihan parti itu di cabang Klang dengan menukarkan senarai calon yang diberikan kepada para pengundi. Ekoran dakwaan itu, ketiga-tiga calon berkenaan menggesa pemilihan cabang itu dibatalkan sebelum ia diumumkan secara rasmi oleh wakil JPP kira-kira 2.30 petang ini. Selain itu, pemilihan cabang Sabak Bernam dan Sungai Besar turut dibatalkan masing-masing pada 1 tengah hari dan 3 petang tadi berikutan anggota parti cabang itu tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus serta wujud unsur penipuan. Pada masa sama, pemilihan PKR bagi cabang Subang, Sepang, Selayang, Hulu Selangor, Kapar dan Hulu Langat turut dibatalkan atas alasan yang sama. Dalam pada itu, pemilihan PKR Cabang Shah Alam dibatalkan kira-kira 6 petang ini atas dakwaan proses pemilihan lemah selain wujud kertas-kertas undi yang dipinda. Rata-rata penyokong calon yang bertanding serta pengundi menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mengetahui ada segelintir pengundi yang mengundi sebanyak dua kali, malah terdapat calon ketua cabang yang berkempen di kawasan larangan. Sebelum itu, calon Ketua Cabang PKR Shah Alam Rodziah Ismail dilaporkan mencetuskan rasa tidak puas hati para penyokong lawannya, Yaakop Sapari apabila didakwa berkempen di kawasan larangan serta meraih undi ketika proses pemilihan sedang berlangsung. Dalam perkembangan lain, kekecohan berlaku ketika proses pemilihan PKR Cabang Kuala Langat apabila sekumpulan lelaki dipercayai anggota parti berang dan mencetuskan kekecohan berikutan tidak puas hati terhadap proses pengundian pemilihan cabang itu di Dewan Wawasan Batu 9, Telok Panglima Garang, lima minit sebelum pusat pengundian ditutup pada 5 petang ini. Mereka mendakwa proses pengundian cabang berkenaan tidak telus dan bertindak memecahkan sebahagian daripada tujuh peti undi di pusat pengundian tersebut selain cuba mengasari anggota parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga calon ketua cabang serta beberapa petugas di pusat pengundian. Bagaimanapun, pemilihan cabang berkenaan tidak dibatalkan sebaliknya kesemua peti undi dihantar ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya untuk proses pengiraan. Sumber: Bernama

Hudud: Beri kata dua kepada Najib, kata Kit Siang kepada MCA

Pemimpin MCA perlu memberikan kata dua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sama ada menolak hudud atau mereka menolak semua jawatan Kabinet, kata Lim Kit Siang. Penasihat DAP itu berkata prestasi MCA terus menjunam apatah lagi keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan sebelumnya membuktikan perkara itu. “MCA mendakwa mereka tidak mahu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor kerana mahu memberikan perhatian tentang isu hudud. “Hari ini PAS berkata mereka akan menangguhkan membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen. “Apakah tindakan mereka seterusnya? Berterus-teranglah, pemimpin MCA akan menolak sebarang jawatan Kabinet melainkan Najib menarik balik pengumumannya yang membelakangkan Perlembagaan bahawa Putrajaya tidak pernah menolak hudud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata keputusan parti Cina itu tidak bertanding dalam PRK Bukit Gelugor adalah kerana mahu memberi keutamaan memperkukuh parti, lapor Bernama. Katanya, keutamaan parti sekarang ialah memberi fokus terhadap pelbagai program transformasinya selepas prestasi MCA yang tidak memuaskan dalam PRU13 tahun lepas. "Kami perlu bangkit selepas kekalahan itu, malahan kami mempunyai agenda cukup penting untuk fokus kepada krisis perlembagaan yang dicetuskan PAS. "Kami menghadapi banyak cabaran bagi mempertahan Perlembagaan Persekutuan kita dan berkhidmat untuk rakyat," katanya seperti dilapor Bernama. Lim berkata pengumuman Najib pada 24 April lalu yang mengumumkan Umno tidak pernah menolak hudud tidak pernah menjadi konsensus BN sejak lebih setengah abad lalu. Katanya, Liow dan timbalan presidennya, Datuk Wee Ka Siong perlu memberi penjelasan mengapa mereka masih memberi “sokongan” tersirat walaupun polisi itu kini sudah berubah. “Bolehkah dua pemimpin ini menjelaskan mengapa tidak berani mendesak mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi BN? Mengapa mereka tidak mempertahankan dasar sekular Perlembagaan Persekutuan meskipun mereka mempunyai undi yang cukup untuk menolak pengumuman Najib itu? “Adakah kerana Liow dan Wee benar-benar teruja dengan jawatan Kabinet?” katanya yang menyebut Najib memperuntukkan tiga jawatan menteri dan lima timbalan menteri untuk pemimpin parti itu. – 11 Mei, 2014. Sumber: The Malaysian Insider

Pemilihan PKR di Selangor tegang, dikuasai Politik Wang

Abdul Khalid ketika hadir membuang undi pada pemilihan PKR di Kuala Selangor pada Ahad
PETALING JAYA: Kontroversi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung sejak tiga minggu lalu akhirnya sampai ke kemuncak apabila proses pemilihan di Selangor mencetuskan ketegangan termasuk dakwaan kewujudan politik wang. Difahamkan proses pengundian di sembilan cabang PKR di negeri ini terpaksa dibatalkan ekoran pelbagai dakwaan penipuan dan sabotaj. Sembilan cabang-cabang berkenaan ialah Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Kota Raja dan Selayang. Salah satu cabang bermasalah itu iaitu di Kuala Selangor membabitkan penyertaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bertanding jawatan ketua cabang berkenaan. Abdul Khalid yang juga calon bagi jawatan timbalan presiden PKR, berdepan tuduhan mengamalkan politik wang sebagai umpang mendapatkan undi dikawasannya. Tuduhan berkenaan dibuat pencabarnya untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang bersedia mengemukakan bukti dalam tempoh terdekat. Sumber: mStar

Hudud: Beri kata dua kepada Najib, kata Kit Siang kepada MCA

Pemimpin MCA perlu memberikan kata dua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sama ada menolak hudud atau mereka menolak semua jawatan Kabinet, kata Lim Kit Siang. Penasihat DAP itu berkata prestasi MCA terus menjunam apatah lagi keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan sebelumnya membuktikan perkara itu. “MCA mendakwa mereka tidak mahu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor kerana mahu memberikan perhatian tentang isu hudud. “Hari ini PAS berkata mereka akan menangguhkan membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen. “Apakah tindakan mereka seterusnya? Berterus-teranglah, pemimpin MCA akan menolak sebarang jawatan Kabinet melainkan Najib menarik balik pengumumannya yang membelakangkan Perlembagaan bahawa Putrajaya tidak pernah menolak hudud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata keputusan parti Cina itu tidak bertanding dalam PRK Bukit Gelugor adalah kerana mahu memberi keutamaan memperkukuh parti, lapor Bernama. Katanya, keutamaan parti sekarang ialah memberi fokus terhadap pelbagai program transformasinya selepas prestasi MCA yang tidak memuaskan dalam PRU13 tahun lepas. "Kami perlu bangkit selepas kekalahan itu, malahan kami mempunyai agenda cukup penting untuk fokus kepada krisis perlembagaan yang dicetuskan PAS. "Kami menghadapi banyak cabaran bagi mempertahan Perlembagaan Persekutuan kita dan berkhidmat untuk rakyat," katanya seperti dilapor Bernama. Lim berkata pengumuman Najib pada 24 April lalu yang mengumumkan Umno tidak pernah menolak hudud tidak pernah menjadi konsensus BN sejak lebih setengah abad lalu. Katanya, Liow dan timbalan presidennya, Datuk Wee Ka Siong perlu memberi penjelasan mengapa mereka masih memberi “sokongan” tersirat walaupun polisi itu kini sudah berubah. “Bolehkah dua pemimpin ini menjelaskan mengapa tidak berani mendesak mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi BN? Mengapa mereka tidak mempertahankan dasar sekular Perlembagaan Persekutuan meskipun mereka mempunyai undi yang cukup untuk menolak pengumuman Najib itu? “Adakah kerana Liow dan Wee benar-benar teruja dengan jawatan Kabinet?” katanya yang menyebut Najib memperuntukkan tiga jawatan menteri dan lima timbalan menteri untuk pemimpin parti itu. – 11 Mei, 2014. Sumber: The Malaysian Insider

Jika tidak ada kondom, tak ada masalah

JANGAN ada kondom atau membawanya dalam beg tangan jika mahu selamat dalam sebarang operasi penguatkuasaan. Itu antara tips yang dipraktikkan kebanyakan tukang urut untuk mengelakkan diri mereka dikenakan tindakan lebih tegas pihak berkuasa. Tukang urut akan meminta kondom daripada kaunter jika pelanggan mereka mahukan perkhidmatan seks atau menyuruh pelanggan tetap membawa sendiri alat perlindungan seks itu. Seorang tukang urut di sebuah hotel terkemuka di Lembah Klang yang dikenali sebagai Zura, berkata memang ada operasi pihak berkuasa di spa itu tetapi tindakan tegas hanya dikenakan jika ada terjumpa kondom dalam bilik urut. “Jika tidak ada kondom, tak ada masalah. Paling tidak pun sekadar tahan sekejap dan ambil nama sebelum dilepaskan semula. Kami di sini pernah kena tangkap tapi dilepaskan dan boleh kerja semula. “Lesen pusat urut ini tak dibatalkan pun. Jangan risau, tak ada masalah. Penguat kuasa hanya kacau jika ada pelacur warga asing. Di sini, semua orang tempatan,” katanya.

Polis Kaji Dakwa Bapa Kanak-Kanak Hilang Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU — Polis sedang mengkaji untuk mendakwa bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilarikan bersama kenderaan Hilux-Vigo yang ditinggalkan bapanya di sebuah stesen minyak di Kampung Air, di sini, awal pagi Jumaat lepas. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya berkemungkinan akan menyiasat bapa kanak-kanak itu, Low Yee Shang, 31, di bawah Akta Kanak-Kanak kerana kecuaian meninggalkan anaknya di dalam kenderaan pacuan empat roda dengan enjin masih hidup. “Kanak-kanak itu masih belum (dapat) dikesan dan saya mengarahkan pihak OCCI mengkaji siasatan. “Mungkin mendakwa (si bapa) di bawah akta kanak-kanak atas kecuaiannya meninggalkan anak yang masih kecil dalam kenderaan dengan enjin hidup dan pergi ke tandas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Hamza berkata polis menjalankan ‘Op Tutup’ bagi menjejaki kanak-kanak itu di seluruh negeri termasuk di terminal bas dan laluan sempadan negeri Sarawak. “Berdasarkan maklumat setakat ini tiada perkembangan terbaharu dan kita masih menjejaki kanak-kanak itu ke seluruh negeri,” katanya. Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa berpakaian t-shirt putih dan berseluar pendek difahamkan sedang lena tidur di dalam kenderaan berkenaan sebelum polis menemui kenderaan itu di Menara Jam, Bukit Bendera pada kira-kira pukul 9.30 pagi, Jumaat lepas. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengurung dengan sulit atau dengan salah yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 088-529270, 088-529207 atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-3572935. Sumber: Bernama

Bekas tunang Shah Jaszle semakin popular, jadi duta produk

KUALA LUMPUR: Ternampak wajah seorang wanita yang cantik dan familiar di sebuah iklan sebuah produk kecantikan dalam laman sosial baru-baru ini. Sekali pandang macam kenal tapi lupa pula siapa? Bila baca namanya, Redzwani Puteri, terus teringat yang dia adalah bekas tunang pelakon, Shahz Jaszle. Tengok dia sekarang sehingga dilantik duta produk. Semakin pandai berhias walapun selepas ditinggalkan kekasihnya. Rasanya semua dah tahu, Shahz dikatakan berubah hati secara tiba-tiba kepada seorang wanita apabila dia memuat naik foto ke laman sosial Instagram miliknya bulan lalu. Namun, Rredzwani ketika itu seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku sehingga memberikan komen ke atas gambar itu dan bertanyakan kepada Shahz apa yang berlaku. Tak mengapalah Redzwani, awak kan perempuan yang cantik dan bakal jadi doktor. Pasti ada pengganti yang lebih sesuai untuk awak suatu hari nanti. Sumber: Murai

Video Lucu Seorang Nenek Pandai Timang Bola. 

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Youtube, nampak seorang nenek yang berasal dari Itali sedang bermain bola bersama dengan 3 lelaki muda di pinggir jalan. Dalam video itu nenek yang memakai skirt hitam dan cardigan dan kelihatan selesa memantulkan bola dengan tumitnya. Seperti yang dilaporkan oleh Metro nenek yang belum diketahui identitinya itu kelihatan leka bermain bola meskipun berada di pinggir jalan.jom saksikan video berikut ini:


Menjijikkan! Cara Pemprosesan Bangkai Ayam di China. 

Seawal awal hari, seorang pekerja penunggang bermotosikal yang di upah untuk memulakan operasi rumah ke rumah untuk mengumpul ayam-ayam mati dengan dengan bayaran murah. Seekor ayam mati kosnya hanya 1 RMB (dollar hong kong) dan akan dijual pada 9 RMB (dollar hong kong) selepas pemprosesan. Para pekerja-pekerja yang berpengalaman akan mula membersihkan bulu-bulu ayam dengan persekitaran yang jijik dan air yang kotor dan tercemar denga pelbagai jenis bakteria. Mereka hanya memakai selipar berjalan antara ayam sebelum pemprosesan mewarna ayam tersebut. Selepas proses pewarnaan ayam-ayam ini akan di bungkus dengan kemas dan di jual sebagai ayam segar dan sedia untuk dijual. Jom lihat foto-foto berikut :

Rumah Unik Ini Dihasilkan Dari 100 Peratus Tanah Liat. 

Seni memang tidak terhad . Seseorang boleh membuat karya apa saja dari bahan yang dia inginkan . Seorang arkitek bernama Octavio Mendoza cuba membuat sebuah karya seni bersaiz besar dari media tanah liat . Dia menyebut karya yang berupa sebuah rumah ini sebagai keramik terbesar di dunia . Disiarkan odditycentral.com , rumah yang disebut dengan nama Casa Terrracota ini terletak di luar bandar dan dikelilingi oleh sawah menghijau . Di bahagian belakang rumah ini kelihatan pergunungan cantik sebagai latar belakang yang sempurna . Tidak hanya di bahagian luarnya yang diperbuat daripada tanah liat , bahkan perabot dalam rumah ini juga dibuat dari bahan yang sama.Meja , kerusi , dan peralatan dapur semuanya terbuat dari tanah liat . Arkiteknya menghabiskan masa 14 tahun untuk menyempurnakan rumah unik ini . Octavio membina rumah ini untuk membuktikan bahawa tanah boleh diubah menjadi karya seni bina yang didiami hanya dengan memanfaatkan bahan semula jadi . Dalam pembinaan rumah ini , Octavio sama sekali tidak menggunakan simen atau baja . Dia bahkan tidak membakar tanah liat yang digunakan dan membiarkan matahari membakar secara semula jadi .


Menakjubkan Pemain Biola Jepun Meniru Suara Siren Kereta . 

Teppei okada adalah seorang pemain biola dan guru biola yang sudah bermain sejak ia berusia empat tahun. Master biola ini membuat penampilan yang memukau dengan biola nya dengan meniru suara siren kereta di samping Lexus kesayanganya. Permainan biolanya ia ungah ke laman Youtube hingg saat ini cukup lumayan sudah ditonton lebih dari 6000 orang.

Menarik Foto Lawak Giler

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.

Menarik Foto Lawak Giler

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.

Menarik Foto Lawak Giler


Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.

Suspek Curi Lembu Dipukul, Telinga Dipotong

Menerusi Facebook Daily Traffic Report, satu percubaan mencuri lembu peliharaan di Jalan Baling, Kedah telah berjaya dipatahkan. Suspek Curi Lembu Dipukul, Telinga Dipotong , pencuri lembu dihukum penduduk, info, terkini, kejam, berita Laporan menyebut, salah seorang daripada tiga suspek telah berjaya ditahan oleh penduduk kampung. Suspek tersebut bagaimanapun telah dipukul manakala telinganya pula dipotong dan dicuri oleh individu tertentu. Beberapa gambar suspek yang kelihatan cedera turut dikongsi di akaun itu. Aduhai, tak pasal-pasal hilang telinga pula…


Menarik Foto Lawak Giler

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.

Gambar Kemalangan ngeri berlaku di Lebuhraya Plus
Gambar Kemalangan ngeri berlaku di Lebuhraya Plus, nahas jalanraya, kemalangan ngeri, info, terkini,
Satu kemalangan ngeri berlaku di Lebuhraya Plus menghala ke utara dekat Slim River. Kejadian melibatkan dua buah kereta dan sebiji motorsikal. Dua buah kereta Perdana Kuning dan satu Audi hitam terjatuh dalam gaung manakala penunggang motorsikal pula maut dalam kejadian. Walaubagaimanapun, punca sebenar kemalanagan masih belum dipastikan dan sisatan masih dijalankan.


Hudud Boleh Dilaksanakan Pada Semua – Pakar

PAKAR undang-undang berpendapat ada kemungkinan perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia boleh dilaksanakan kerana Malaysia bukanlah sebuah negara sekular kerana telah menerapkan undang-undang syariah dalam sistem kehakimannya. Pensyarah Fakulti Undang-Undang Syariah dan Sivil, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Zulkifli Hasnan berkata pendapat bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan memenang status kepelbagaian kaum tidak sah kerana Islam telah diletakkan sebagai agama rasmi di Malaysia. “Negara ini bukan sebuah negara sekular, kita meletakkan Islam pada kedudukan.. usaha kita untuk menguatkuasakan hudud sepatutnya dilihat sebagai usaha memartabatkan undang-undang Allah,” kata beliau dalam sebuah forum hari ini menurut laporan The Malaysian Insider. Forum itu bertajuk “Hudud : Cabaran Dalam Perlaksanaan” di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor hari ini. Forum berkenaan dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau berkata hudud boleh dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan atau mewujudkan satu lagi Kanun Keseksaan yang disertakan dengan hukuman hudud atas kesalahan tertentu seperti zina, meminum arak dan mencuri. “Kita boleh mengislamkan Kanun Keseksaan sama ada melalui pindaan atau pun merangka satu lagi undang-undang,” katanya. Menurutnya, hudud juga boleh dikenakan ke atas semua rakyat Malaysia sama seperti sistem kewangan Islam. “Kerajaan menerima sistem kewangan Islam kerana ia bermanfaat, sama seperti hudud kerana ia memberi manfaat dan mempertahankan keamanan,” katanya. Biarpun untuk melaksanakan hudud hanya memerlukan satu majoriti mudah di Dewan Rakyat, ia dilihat mungkin mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai jika hudud dikuatkuasakan ke atas seluruh rakyat Malaysia, menolak unsur perbezaan agama dan kepercayaan. Jika dikuatkuasakan, orang Islam dan bukan Islam akan berdepan hukuman potong tangan jika mencuri, sekaligus memartabatkan keadilan dalam masyarakat. Sumber: My News Hub / The Malaysian Insider

PAS tangguh pembentangan RUU Persendirian hudud di Parlimen

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pada sidang media hari ini PAS akan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat Jun depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin, 11 Mei, 2014.
PAS menangguhkan hasratnya untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat yang akan bersidang Jun depan, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Presiden PAS itu mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur. Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi tempoh masa kepada Jawa‎tankuasa Teknikal antara Putrajaya dan kerajaan negeri Kelantan meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan. "Oleh kerana itu cadangan membawa RUU Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan bulan Jun 2014 ini tidak akan diteruskan. "Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal diatas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya," kata Hadi melalui kenyataan yang dibacakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu sidang media hari ini.‎ Menurut Mohamad, PAS juga dalam mesyuarat bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Teknikal yang akan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan diseliakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Walaupun keputusan untuk menangguhkan pembentangan usul di Parlimen dibuat, namun Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata PAS masih bertekad memastikan undang-undang hudud terlaksana. "Terserah kepada Jawatankuasa Teknikal yang akan berbicang dengan Kelantan dan Pusat. "Ini jawatankuasa antara kerajaan dengan kerajaan, bukan lagi antara parti dengan parti, jadi seriuslah," katanya. Ditanya sama ada PAS sudah memaklumkan keputusan itu kepada rakan sekutunya PKR dan DAP, Mohamad berkata perkara itu belum dibuat dan tidak perlu. "Mereka belum tahu. Mereka akan mengetahuinya melalui laporan adil media hari ini," katanya. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada April lalu mengumumkan kerajaan negeri sudah siap bersedia dengan draf satu RUU persendirian (private bill) berhubung hukum hudud. Rang undang-undang itu akan dibawa ahli Parlimen PAS daripada Kelantan ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Perkara itu kemudiannya disambut baik Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu melihat usaha itu diteruskan. Bagaimanapun, tentangan hebat dibuat DAP yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana melanggar konsensus selain menganggap hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan. Manakala MCA pula memutuskan untuk mengkaji kedudukannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) jika Umno terus menyokong PAS melaksanakan hudud di Kelantan. – 11 Mei, 2014. Sumber: The Malaysian Insider

Kelebihan malam dan hari jumaat menurut pandangan Islam

HARI Jumaat adalah sebagaimana yang kita tahu amat penuh dengan kebaikan keberkatan. Inilah hari yang paling mulia bagi umat Islam keseluruhannya. Dalamnya penuh dengan rahsia seribu rahmat. Beruntunglah bagi umat Islam yang mengejar kemuliaan hari Jumaat. Imam Ja’far As-Shadiq s.a. berkata: ” Malam Jumaat dan Hari Jumaat mempunyai hak, maka janganlah sia-siakan kemuliaannya, jangan mengurangi ibadah, dekatkan diri dengan Allah s.w.t. dengan amal-amal soleh, tinggalkan semua yang haram. Kerana di dalamnya Allah s.w.t. melipatgandakan kebaikan, menghapuskan keburukan dan mengangkatkan darjat. Hari Jumaat sama dengan malamnya, jika kamu mampu, hidupkanlah malam dan siangnya dengan doa dan solat. Kerana di dalamnya Allah s.w.t. mengutuskan para malaikat ke langit dunia untuk melipatgandakan kebaikan dan menghapuskan keburukan. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Luas ampunannya dan Maha Mulia.” Barangsiapa yang mati diantara matahari tergelincir hari Khamis hingga matahari tergelincir hari Jumaat, Allah s.w.t. melindunginya dari seksaan kubur yang menakutkan. Jauhilah maksiat pada malam Jumaat, kerana pada malam itu dosa keburukan dilipatgandakan. Barangsiapa meninggalkan maksiat pada malam Jumaat kerana Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. akan melipatgandakan pahala kebaikannya itu. Allah s.w.t. akan mengampunkan semua dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa melakukan maksiat pada malam Jumaat, Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan semua amalan yang dilakukannya sepanjang umurnya dan melipatgandakan siksanya akibat dosa yang dilakukan itu. Saidina Ali bin Abu Talib r.a. berkata: ” Sesungguhnya Allah s.w.t. memilih hari Jumaat lalu menjadikan harinya sebagai hari raya dan memilih malamnya sebagai malam raya. Diantara keistimewaannya adalah orang yang memohon hajatnya kepada Allah Azza Wa Jalla maka Allah s.w.t mengijabahkannya. Satu bangsa yang sudah layak menerima azab lalu mereka memohon pada malam dan hari Jumaat, Allah s.w.t. pasti akan menyelamatkan mereka darinya. Tidak ada sesuatu pun yang Allah s.w.t. tentukan dan utamakan kecuali Ia menentukannya pada malam Jumaat. Kerana itu malam Jumaat adalah malam yang paling utama dan harinya adalah hari yang paling utama. ” Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Di dalamnya Allah Azza Wa Jalla melipatgandakan kebaikan, menghapuskan keburukan, mengangkat darjat, mengijabah doa, menghilangkan duka dan menunaikan segala hajat-hajat yang besar. Hari Jumaat adalah hari Allah s.w.t. menambah jumlah orang-orang yang dibebaskan dari Neraka. Tidak ada seorang pun manusia yang memohon perlindungan di dalamnya dan ia mengenal hakNya serta yang diharamkanNya, kecuali Allah s.w.t. berhak membebaskannya dan menyelamatkannya dari Neraka. Jika ia mati pada malam Jumaat atau hari Jumaat, ia mati syahid dan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan aman. Tidak ada seorang pun yang meremehkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mensia-siakannya hakNya, kecuali Allah s.w.t. berhak mencampakkannya ke dalam Api Neraka Jahanam kecuali ia bertaubat. ” Ini cuma sebahagian kecil yang dapat dicoretkan. Banyak lagi kebaikan dan kerahmatan Hari Jumaat dan malamnya. Inilah antara Kelebihan Malam dan Hari Jumaat Menurut Pandangan Islam. Sumber: New Malaysian Post

PAS Tidak Ubah Pendirian Laksana Hudud! – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa PAS tidak pernah merubah pendirian parti itu untuk melaksanakan undang-undang hudud di negara ini. Beliau mendakwa, PAS tidak merubah pendiriannya meskipun membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014. Kit Siang turut menegaskan, DAP juga tidak pernah merubah pendiriannya bahawa undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara. “DAP dan PAS tidak pernah merubah pendirian masing-masing tentang hudud tetapi UMNO, MCA dan Gerakan yang telah merubah pendirian mereka,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Media hari ini melaporkan PAS membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014. Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu dipetik berkata, pembatalan itu kerana PAS bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan. Kit Siang dalam pada itu mendakwa, keputusan MCA tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor bukan kerana mahu memberi tumpuan ke atas usaha menghalang PAS melaksanakan hudud di Kelantan. Beliau sebaliknya mendakwa, MCA membuat keputusan itu kerana bimbang akan mengalami kekalahan lebih teruk berbanding kekalahan yang dialami di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Sumber: My News Hub

Batal Hudud: Pemuda Gerakan Beri Amaran

KUALA LUMPUR – “Kami sentiasa bersedia membawa kes ke mahkamah jika PAS mahu meneruskan rancangannya melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan selepas ini”. Itu amaran Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam mengulas keputusan PAS membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen Jun ini. Beliau mendakwa, notis perundangan daripada Pemuda Gerakan kepada PAS pada 24 April lalu masih kekal untuk memastikan usaha melaksanakan hudud tidak jadi kenyataan. “Untuk rekod, notis perundangan yang kami hantar kepada PAS masih kekal. Walaupun Pemuda Gerakan mengalu-alukan keputusan PAS itu, kami sentiasa bersedia sekiranya PAS merubah keputusan mereka pada masa depan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Kata Keng Liang, pihaknya tidak mahu mengambil sebarang risiko dalam soal itu kerana prisip Perlembagaan mesti dipertahankan. Media hari ini melaporkan PAS membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dipetik berkata, pembatalan itu kerana PAS bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan. Sumber: My News Hub

Zain: Itu bukan gambar terlampau

“SAYA tidak kisah mengenai perkara itu. Muat naiklah gambar apa-apa pun, pasti ada kontroversi juga. "Saya dah tahu, pasti ia akan menjadi buah mulut orang ramai," komen Zain Saidin mengenai gambar romantis yang dimuat naik olehnya dan isteri Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta di laman sosial Instagram masing-masing, baru-baru ini.

Dek tindakan itu, ramai yang mengkritik mereka kerana menyifatkan gambar itu terlalu peribadi dan bukannya menjadi tatapan umum sebegitu. Begitupun, Zain menjelaskan yang dia tidak terkejut dengan reaksi orang ramai itu kerana sudah biasa dengan situasi berkenaan. "Apa saja yang melibatkan Che Ta, pasti akan timbul kontroversi. Padahal gambar itu tiada isu apa-apa pun," katanya kepada media ketika ditemui selepas melancarkan sitkom popular Oh My English (OME) musim ketiga, baru-baru ini. Katanya, gambar yang dimuat naik itu tidaklah melampau sebaliknya dia ingin menunjukkan rasa teruja dengan percutian mereka. "Ini adalah gambar pertama yang diambil sebegini. Gambar ini tidak menggambarkan apa-apa pun, sebaliknya kami ingin berkongsi rasa seronok kami," katanya. Ketika ditanya adakah dia akan memadamkan gambar tersebut dari laman sosial Instagram, Zain bagaimanapun memberitahu, dia tidak akan berbuat demikian selagi ia tidak menjejaskan kerjayanya dan juga nama baik keluarganya. "Janji gambar yang dimuat naik itu tidak membawa maksud atau menunjukkan sesuatu yang sangat melampau untuk dilihat umum. "Setakat ini, ia tidak langsung menjejaskan kerja dan nama baik keluarga saya. "Biar sajalah. Saya tak akan padam," katanya. Berdebar jadi ayah Dalam pada itu, Zain turut melahirkan perasaan teruja dan berdebarnya apabila bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Kini, usia kandungan Che Ta sudah pun memasuki tiga bulan. Setakat ini, baik Zain mahupun Che Ta masih lagi belum membuat apa-apa persiapan dalam menyambut cahaya mata pertamanya itu. "Kami masih belum lagi membuat apa-apa persiapan. Tapi, kami ada menerima hadiah katil bayi masa hari kahwin hari itu. "Mungkin kami akan membeli barang-barang bayi sebagai persiapan di luar negara sedikit demi sedikit," katanya. Zain memberitahu, dia tidak kisah jantina anaknya sebaliknya bersedia menerima apa saja yang dikurniakan ALLAH SWT. "Saya tahu Che Ta mahukan anak perempuan, tapi saya tak kisah," katanya. Sumber: Sinar Online

Bengang putih mata, 4 lelaki bakar mesin ATM

KUALA LUMPUR - Empat lelaki yang bengang selepas mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dipecahkan kosong, nekad membakar mesin berkenaan dalam kejadian di sebuah bank di sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, semua suspek menaiki kereta jenis Proton Saga FLX yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dalam kejadian 4.45 pagi di Bandar Baru Sentul. Beliau berkata, suspek juga dipercayai menggunakan gas oxy acetylene untuk memecahkan ATM itu selain menyembur kamera litar tertutup (CCTV) pada mesin berkenaan dengan cat berwarna biru bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti. "Di dalam bank itu terdapat mesin deposit tunai dan ATM. Namun suspek hanya memecahkan ATM...apabila mendapati ia kosong (tiada wang) mereka marah dan bertindak membakar mesin terbabit. "Sebenarnya mesin ATM itu telah dikosongkan pada 24 April lepas dan ia disahkan sendiri oleh pihak bank," katanya kepada Bernama. Kong Meng berkata, kesan kebakaran akibat gas oxy acetylene dapat dilihat secara jelas pada ATM itu selain pihaknya turut menemui satu beg kain dipercayai milik suspek. Polis sedang berusaha mendapatkan rakaman CCTV lain untuk menjejak semua suspek. Sumber: Bernama

Koma Dibelasah Kerana Pertahan Anak Buah

Seorang bapa dua anak dibelasah hingga koma gara-gara menegur tindakan dua remaja mengganggu anak saudaranya di taman. Josh Price,21, ditumbuk di kepala hingga terbaring di tanah oleh dua lelaki yang keluar dari sebuah van sebelum kepalanya disepak hingga mengalami pendarahan. Kejadian berlaku di Taman Trinity Ossett, West Yorkshire, England pada 3 Mei lalu. Selain mempunyai darah beku di otak, Price mengalami lumpuh di bahagian kiri badan susulan insiden tersebut. Dia juga disahkan doktor mungkin mengalami masalah pertuturan selepas ini. Meskipun kini sudah keluar dari Unit Rawatan Rapi, doktor tidak dapat memberi jaminan dia akan pulih seperti biasa. Bapa Price menyifatkan kejadian ini sangat kejam kerana membuatkan anak-anak Price yang masih kecil sering bertanya apa sudah jadi pada bapa mereka. Hingga kini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan mencari pihak bertanggung jawab. Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan sebelum ini namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. Sumber: Daily Mail / My News Hub

Letak Salah Guna Daun Ketum Bawah Akta Dadah

KOTA BHARU – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) menggesa kerajaan meletakkan penyalahgunaan daun ketum dalam akta dadah sebagai usaha membanteras gejala itu. Timbalan Yang Dipertua Pemadam Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz berkata hukuman berat harus dikenakan sebagai pencegahan terhadap penyalahgunaan daun ketum yang kini semakin serius. “Undang-undang berkenaan daun ketum ini dah ada tetapi ia diletakkan di bawah Akta Racun, jadi undang-undang itu tidak tegas dalam usaha kita untuk membanterasnya,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Membanteras Dadah Negara Islam Peringkat Zon Pantai Timur yang disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua Pemadam merangkap Pengerusi Pemadam Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood di sini, hari ini. Mohd Najib berkata pihaknya sudah beberapa kali menghantar memorandum kepada kerajaan supaya memasukkan penyalahgunaan daun ketum di bawah akta dadah atau diwujudkan undang-undang khas. “Kita difahamkan pihak kerajaan Persekutuan telahpun merangka undang-undang berkenaan isu tersebut dan kita tidak tahu bila perkara tersebut akan dibawa ke Parlimen. “Negeri-negeri pula harus mengeluarkan fatwa dengan mengatakan penggunaan daun ketum ini adalah haram. Setakat ini, hanya Perlis sahaja yang telah memfatwakan penggunaan ketum adalah haram,” katanya. Sementara itu, Abdul Fattah berkata pelbagai pendekatan telah diambil bagi membendung penagihan dadah di Pantai Timur memandangkan jumlah penagih berada pada tahap membimbangkan. “Kita turun ke sekolah-sekolah menengah bersama-sama pihak Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), pihak sekolah, dan jabatan pendidikan negeri untuk melakukan ujian air kencing supaya mereka berhati-hati dan memberi kesedaran kepada ibu bapa. “Kita mendapat kerjasama yang baik daripada pihak polis dan AADK, setelah operasi ini dijalankan, Alhamdulillah ia menunjukkan kesan yang positif,” katanya. Sumber: Bernama

‘Wanita’ Berjanggut Juarai Pertandingan Eurovision

Austria buat pertama kalinya dalam tempoh 48 tahun memenangi pertandingan nyanyian Eurovision paling berprestij Eropah, awal hari ini apabila wakil mereka seorang mak nyah memenanginya. Lebih unik, wakil negara itu Conchita Wurst turut dikenali dengan gelaran “Wanita Berjanggut”. Conchita berusia 25 tahun dengan nama sebenarnya ialah Tom Neuwirth menjuari pertandingan itu di Copenhagen, Denmark biarpun terdapat kata-kata persembahannya Conchita dalam keadaan begitu akan mendapat kritikan di negara yang mempunyai perspektif sosial yang agak konservatif. “Kita semua bersatu dan kita tidak boleh dihalang,” katanya selepas menjuarai pertandingan itu dengan 290 mata meninggalkan naib juara dengan hanya 238 mata dari Belanda, menurut laporan laman web Mashable.com Ketika ditanya apa yang bakal diberitahu kepada Presiden Rusia Vladimir Putin yang mana telah menandatangani undang-undang mengharamkan hubungan sejenis, Conchita berkata kebangkitan golongan itu tidak boleh dihalang. Conchita memenangi Euroivision dengan kebanyakan mata berharga diperolehi dari Britain, Sweden dan Belanda. Kali terakhir Austria memenangi pertandingan itu adalah pada tahun 1966 dengan lagu Meri Cherie nyanyian Udo Juergens. Pertandingan itu telah dimulakan pada tahun 1956, yang mana proses undian dikatakan dipengaruhi politik termasuk pada tahun ini apabila kebanyakan penonton mengatakan akan memberi undian kepada wakil Rusia. Negara seperti Azerbaijan dan Belarus kedua-duanya memberikan markah penuh kepada wakil Rusia Tolmachevy Sisters dengan lagunya Shine.

Amaran Keras Kepada Ibu Bapa Cuai

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi amaran keras kepada ibu bapa yang cuai menjaga keselamatan anak-anak mereka dan tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementeriannya akan mengambil tindakan tegas kepada ibu bapa yang cuai di bawah Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau penjara 10 tahun. “Hukuman yang dikenakan kepada mereka bergantung kepada jenis kecuaian yang mereka lakukan sama ada kejadian yang berlaku disengajakan atau tidak disengajakan,” katanya kepada media selepas merasmikan Taska 1Malaysia di Chendering hari ini. Katanya, kira-kira 70 peratus kandungan Akta Kanak-kanak 2001 akan dipinda bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap ibu bapa yang cuai dalam menjaga keselamatan anak-anak mereka. Rohani berkata hukuman yang dikenakan kepada mereka bergantung kepada jenis kecuaian yang mereka lakukan sama ada kejadian yang berlaku disengajakan atau tidak disengajakan. Rohani berkata, sekiranya kecuaian yang berlaku itu sahih dan dilakukan dengan sengaja, ibu bapa yang didapati bersalah itu perlu menjalani empat perkara sebagai hukuman di atas kecuaian mereka. “…menghukum mereka dengan denda RM20,000. Ini sebagai pencegahan. Mereka juga perlu menjalankan kerja-kerja khidmat sosial atau komuniti seperti menempatkan mereka di rumah kanak-kanak atau menjaga orang tua,” katanya dan menambah mereka juga perlu menjalani kursus keibubapaan dan sesi kaunseling. Katanya cadangan pindaan itu sudah diserahkan kepada Peguam Negara untuk penelitian sebelum dibentangkan di Parlimen. “Kita jangka jika dapat diselesaikan semuanya, akta tersebut akan dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun ini,” katanya lagi. Sumber: Bernama

Resort di bawah laut yang menakjubkan

PERNAHKAH anda membaca kisah donggeng tentang rumah bawah laut yang dihuni oleh para puteri duyung? Nampaknya sekarang hal tersebut akan segera menjadi kenyataan kerana projek hotel bawah laut secara mengejutkan diam-diam sudah dilaksanakan. Resorts Poseidon Undersea dirancang akan mempunyai bilik bilik yang berada 40 kaki di bawah laut dengan luas kawasan 5,000 hektar di sebuah lagun berhampiran kepulauan Fiji. Resort bawah laut ini dirancang untuk menjadi hotel struktur kekal pertama di dunia dengan suasana dasar laut. Rekabentuknya mula dibuat pada September 2008, dan sekarang, empat tahun kemudian, reka bentuk tersebut telah selesai dibuat. Sekilas kelihatan seperti hotel-kapal selam dengan kemudahan bintang lima.

Para tetamu boleh menginap dalam sebuah bilik dengan kos sebanyak $ 30,000 / minggu. Peranginan Poseidon bawah laut ini akan mempunyai 24 bilik dengan mempunyai saiz masing-masing 550 kaki persegi, di sana juga tersedia. Para tetamu boleh menikmati pelbagai kemudahan mewah seperti restoran, bar, perpustakaan, spa, bilik mesyuarat, sebuah bilik perkahwinan dan teater. Seluruh tempat peranginan akan dihubungkan dengan lif yang akan memudahkan pengunjung untuk berpindah tempat. Para tetamu bukan hanya akan merasakan pengalaman pengalaman baru dengan panorama pemandangan bawah laut, tetapi mereka juga boleh selam skuba , mengendalikan kapal selam, parasailing, penerokaan gua dan lain-lain.


Isteri tidak tahan digoda

SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) bersama tiga anaknya di ibu kota meneruskan kehidupan seperti biasa. Faktor tidak biasa dengan cuaca terlalu sejuk membuatkan Zamira memilih membesarkan anak-anak di negara tercinta sahaja. Jika sebelum ini dia hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, Zamira juga memilih untuk bekerja bagi menghilangkan rasa bosan di rumah. Wanita berusia 31 tahun ini akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi. Anak-anaknya berusia lingkungan lima hingga lapan tahun juga sudah mula ke sekolah, dek kerana cita-cita tertangguh dahulu, Zamira turut mendaftarkan diri sebagai pelajar sambilan di sebuah universiti tempatan mengambil jurusan pentadbiran perniagaan. Hidup Zamira memang penuh dengan aktiviti, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 7 malam dia akan berada di pejabat. Bila balik pula dia menguruskan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah esok hari dan hujung minggu pula Zamira menghadiri kelas menuntut ilmu di peringkat ijazah. “Suami memang ada menyarankan saya memenuhi masa supaya saya tidak akan rasa bosan dan merinduinya. Memang semenjak bercinta kami tidak pernah berenggang dan langsung tidak pernah berpisah walau untuk sehari. “Jadi setelah suami ditugaskan ke luar negara sesuatu yang amat sukar bagi saya melepaskannya. Atas sebab itu saya disuruh suami menyambung pelajaran dan bekerja supaya ada rakan-rakan yang dapat menghiburkan hati,” cerita Zamira di awal pertemuan kami. Mujurlah juga Zamira mempunyai seorang pembantu rumah yang baik hati dan jujur jadi Zamira tidak mempunyai tekanan memikirkan keadaan rumah dan anak-anaknya di rumah. Dek kerana jauh, suami Zamira hanya akan pulang ke tanah air kira-kira lima bulan sekali. Kerinduan Zamira dan anak-anak pada suami dilepaskan semata-mata menerusi internet atau panggilan video. “Hampir setahun suami berkhidmat di sana saya semakin boleh mengadaptasi kehidupan tanpanya. Kalau dulu saya tidak boleh memandu, kini saya sudah berjaya memiliki lesen memandu dan suami juga membelikan saya sebuah kereta mewah semata-mata untuk menggembirakan hati saya yang berkorban menjaga anak-anak sepanjang peninggalannya ke luar negara. “Semakin seronok saya bergaya dengan kereta dan kerjaya yang memerlukan interaksi dengan orang ramai. Hingga pada satu hari saya bertemu dengan seorang pelanggan lelaki yang berusia dalam 30 tahun. Pada awalnya hubungan sekadar pelanggan, lama-lama kami berkawan pula. Dia mengajak saya keluar minum dan tanpa ragu saya menerima pelawaan,” imbas Zamira. Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti, Zamira mengakui jiwanya begitu kosong tanpa teman yang bernama lelaki. Bila semakin lama suaminya di luar negara, perasaan kebergantungan menjadi semakin nipis dan Zamira kini sungguh berdikari. “Walaupun baru dua kali keluar minum dengan Irfan (bukan nama sebenar), saya tidak mampu menidakkan rasa hati. Saya tahu saya mula sukakannya, bukan bermakna saya mahu bercerai dengan suami, tapi saya menganggap Irfan teman di kala sunyi semata-mata dan tidak lebih dari itu. “Irfan bukanlah jejaka persis hero tempatan tapi bagi saya dia mempunyai daya tarikan tersendiri. Walaupun dia lebih muda dua tahun dari saya, kematangannya terserlah. Pengetahuan amnya juga luas, dari perbualan dengannya saya tahu dia seorang yang kuat membaca. “Paling saya tertarik dengannya ialah sikapnya yang sungguh mengambil berat. Satu hari kereta saya rosak, Irfan pantas datang menghulur bantuan, perasaan saya padanya semakin hari semakin kuat hinggakan saya lebih banyak berSMS dengannya daripada suami sendiri,” akui Zamira. Dua bulan berlalu selepas mengenali Irfan, Zamira merasakan kehidupannya sungguh ceria. Jiwanya rasa seakan gadis yang baru mula mengenali erti cinta, satu perasaan yang mengujakan Zamira setiap hari dan dia bersemangat ke pejabat semata-mata untuk makan tengah hari bersama Irfan. Tersedar dari khayalan Kemesraannya dan Irfan menyebabkan Zamira ada terdetik di hati untuk berkahwin dengan Irfan. Dia mula merancang strategi mencari alasan berpisah dengan suami. Hinggalah pada satu hari anak sulung Zamira diserang demam denggi, betapa paniknya Zamira kerana terpaksa menguruskan anaknya di hospital seorang diri. “Di hospital melihat begitu ramai orang sakit, sayu pula hati saya. Makin saya terharu melihat pengorbanan seorang ibu yang menjaga anak dan suami yang sakit di hospital. Begitu tabah ibu itu yang usianya seakan kakak saya sahaja. Berkongsi cerita dengan kakak tersebut, umpama menyedarkan saya daripada khayalan sendiri. “Ketika itu saya mula mengenang kesilapan diri, betapa jauh saya terlanjur walau tidaklah sampai berdua-duaan dengan Irfan di tempat sunyi tapi saya merasa seakan besar beban dosa yang saya tanggung. “Ketika menjaga anak di hospital, Irfan ada beberapa kali menghubungi tapi saya tiada hati untuk menjawabnya. Kepada suami saya adukan kegusaran hati tentang anak yang sakit dan akhirnya saya sedar kekhilafan diri. “Saya mengelak berhubung dengan Irfan dan akhirnya saya memilih untuk berhenti kerja. Saya menukar nombor telefon dan memutuskan hubungan dengan Irfan walaupun di laman sosial. Sementara menunggu notis berhenti, anak saya juga semakin sihat dan pembantu rumah saya juga mahu berhenti kerja kerana akan bernikah. “Bagaikan satu hikmah yang terbaik disusun yang maha pencipta, saya akhirnya kembali kepada fitrah seorang isteri. Biarpun sudah berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga saya rasa puas kerana dapat berbakti untuk suami. “Suami saya tidak pernah mengetahui tentang apa yang telah terjadi dan menerima keputusan saya dengan hati terbuka, itulah yang terbaik untuk kami,” ujarnya mengakhiri bicara. Sumber: HM

Penyokong Johor Boikot Akhbar Arus Perdana?

KUALA LUMPUR – Beberapa laman Facebook penyokong bola sepak Johor melancarkan kempen memboikot akhbar kerana didakwa sering membuat berita tidak telus membabitkan pasukan negeri itu. Tinjauan mynewshub di laman Facebook Johor Darul Takzim FC mendapati pengendali laman itu mengalakkan penyokong memboikot akhbar arus perdana kerana didakwa sering memutarbelitkan fakta sebarang insiden atau isu membabitkan Harimau Selatan. “Minta pandangan anda semua..perlukah kita jalankan kempen boikot suratkhabar anti-JDT seperti Kosmo, Metro dan Berita Harian untuk memberi pengajaran kepada wartawan mereka supaya menghormati kita dan tidak terus menerus menabur fitnah, memutar belit fakta dan melaporkan berita yang kurang tepat dan negatif berkaitan pasukan kita. “Jika tidak dibendung perkara ini `admin’ rasa makin parah liga kita kerana penyokong antara pasukan dipecahbelahkan oleh media yang sepatutnya menyatukan dan bukan membunuh bola sepak Malaysia,” dakwa pengendali laman Facebook tersebut. Tinjauan mynewshub.my di laman Facebook JDT `underground’ NEWS pula mendapati pengendali laman itu menyarankan penyokong bola sepak Johor supaya memboikot akhbar arus perdana bagi memberi tekanan kepada pihak akhbar supaya bersikap telus dan adil dalam laporan mereka. Laman Facebook tersebut turut mendakwa penyokong Johor mampu memberi tekanan hebat kepada akhbar arus perdana kerana penduduk Johor antara yang teramai membeli dan membaca akhbar terbabit sejak tahun 2012. Dakwaan itu kononnya berdasarkan statistik pengedaran akhbar oleh Bureau of Circulations (ABC) yang menunjukkan pengedaran tertinggi akhbar arus perdana adalah di Johor dan Selangor. Sumber: My News Hub / Johor Darul Takzim FC

Lelaki cuba serang polis dengan pedang samurai

Lahad Datu: Seorang lelaki yang cuba menyerang anggota polis menggunakan senjata bakakuk buatan sendiri dan sebilah pedang samurai maut ditembak di ladang sawit, Jalan Segama, dekat sini, petang tadi. Dalam kejadian pada 1 petang itu, suspek dikenali sebagai Kumis, 50, mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian perut dan kaki. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian suspek dikatakan mengugut penolong pengurus ladang terbabit menggunakan senjata api jenis bakakuk dan pedang samurai itu. “Pihak polis yang menerima laporan itu bergegas ke lokasi kejadian dan cuba menahan suspek terbabit. “Namun suspek mengacukan senjata api bakakuk dan padang samurai ke arah anggota polis. ”Berikutan itu, anggota polis tiada pilihan dan terpaksa mempertahankan diri dengan melepaskan dua das tembakan ke arah suspek berkenaan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. Sumber: HM

VIDEO: Ular Senduk Tumpang Naik Teksi
Seorang pemandu teksi di Bangkok menerima penumpang yang tidak disangka-sangka baru-baru ini. Ia adalah seekor ular senduk panjang yang terjatuh di atas teksinya sebelum menjulur turun ke cermin sisi bahagian pemandu. Kemungkinan besar, ular itu terjatuh dari mana-mana dahan pokok yang dilalui teksi tersebut. Ular itu kelihatan berhempas pulas untuk terus melilit dirinya pada kereta dan berada di kedudukan sangat hampir dengan pemandu. Mujurlah, cermin tingkapnya ditutup rapat. Ular itu kemudiannya menjulur ke cermin depan sebelum hilang dari pandangan. Fuh, bayangkan kalau cermin tingkap bahagian pemandu terbuka ketika kejadian, tentu ular itu sudah berada di dalam teksi kan?

Polis tahan 6 lelaki dipercayai ada kaitan cubaan ceroboh perairan Sabah

KOTA KINABALU: Polis menahan enam lelaki dipercayai ada kaitan dengan cubaan menceroboh oleh tiga lelaki yang melanggar bot Pasukan Gerakan Am (PGA) di perairan Pulau Berhala, Sandakan, malam semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata enam lelaki berusia 18 hingga 53 tahun itu, ditahan di sebuah rumah di Sandakan kira-kira jam 1 pagi tadi. Dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai lebih RM50,000 dan beberapa telefon bimbit milik semua suspek terbabit. Tangkapan enam orang itu susulan penahanan tiga lelaki di perairan Pulau Berhala, jam 7.30 malam semalam, selepas dikesan cuba menceroboh perairan negara ini melalui Pulau Berhala di Sandakan. Dalam kejadian itu, seorang anggota PGA turut cedera selepas bot dinaiki berlanggar dengan bot penjenayah terbabit. Sumber: BH

VIDEO: Detik Cemas Ibu Lempar Anak Dari Tingkat 4

Jarang sekali ada ibu yang tidak sayangkan anak hingga tergamak melakukan sesuatu yang boleh meragut nyawa anak mereka. Namun dalam keadaan terpaksa Mila Aksakova, 36, terpaksa melempar keluar dua anaknya daripada tingkap di tingkat 4 demi menyelamatkan mereka apabila flat yang diduduki terbakar. Kejadian disaksikan penduduk yang sempat keluar dari kediaman mereka ketika kebakaran berlaku di Energetic, Baskkortostan, Rusia. Mujurlah, mereka yang berada di bawah sempat menyambut Vanya, 4, dan kakaknya Natalya, 13, menggunakan cadar yang dipegang beramai-ramai. Si ibu yang risau cadar tersebut tidak dapat menampung beratnya memilih untuk menunggu di dalam flat hinggalah anggota bomba tiba untuk menyelamatkan dirinya. Di bawah adalah rakaman detik-detik cemas Aksakova melempar anak-anaknya dari tingkat 4:

Rumah kakak angkat menjadi sarang maksiat dan dadah

DUNGUN – Tindakan seorang pelayan pusat karaoke menjadikan sebuah bilik rumah sewa kakak angkatnya di taman perumahan kos rendah, dekat Taman Rakyat, di sini, tempat memadu asmara bersama teman lelakinya membawa padah apabila port maksiat mereka diserbu pihak berkuasa, pagi semalam. Pasukan polis D7, dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah diketuai Inspektor Mohd Ridhwan Ismail melakukan serbuan keatas rumah terbabit sering dikunjungi individu mencurigakan, dipercayai golongan penagih. Satu operasi khas telah diatur dan hasil dari serbuan itu, tiga suspek berjaya ditahan di bahagian dapur, selain penemuan lebih 33 pil disyaki dadah jenis methapethamine dalam poket salah seorang daripada mereka. Hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik bersebelahan menemui seorang lelaki berada dalam keadaan bogel sedang tidur atas tilam bersama teman wanitanya, yang difahamkan hanya memakai seluar dalam tanpa coli. Mereka yang bukan muhrim dan pasangan yang masing-masing berusia 20 tahun itu difahamkan sering menjadikan rumah terbabit lokasi memadu asmara selain melepaskan gian dadah. Penemuan tiga balutan syabu bersama 40 pil dipercayai dadah methapethamine di atas tilam menguatkan dakwaan ia milik suspek lelaki yang menjadi buruan polis kerana disyaki pengedar dadah, selain ujian saringan air kencing juga mendapati dia positif methapethamine. Bagaimanapun pasangannya yang didapati negatif dan tidak terlibat dengan dadah dilepaskan dengan jaminan polis. Suspek lelaki yang beralamat di Kampung Balai Besar, kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah berbahaya 1952, dan kekasihnya saudara “baru” yang baru memeluk Islam diserah kepada pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan lanjut. Tiga suspek lain yang turut ditahan di rumah sama akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pengesahkan tangkapan telah diterima dari Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub. Sumber: New Malaysian Post

Renjer hutan di Sabah kongsi kisah misteri

KENINGAU – Kho Ju Ming, 45, berbual dengan rancak topik keajaiban alam semula jadi Sabah terutama hutan hujan tropika yang belum diteroka. Beliau seorang renjer hutan yang berdedikasi menghabiskan seluruh hidupnya meneroka pedalaman Sabah dan kubu terakhir kawasan hutan yang belum diteroka terutama di Lembangan Maliau dan kawasan Pemuliharaan Ngarai Imbak. Dalam melaksanakan tugasnya yang mencabar, renjer kanan hutan Yayasan Sabah itu melalui pelbagai pengalaman yang menarik dan pelik termasuk bertembung ular tedung selar yang besar di Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau (MBCA). Semasa beliau menyertai Kajian Sumber dan Kehidupan Liar di MBCA tahun lalu, yang dikenali sebagai ‘Sabah Lost World’, Kho telah disengat lebah liar mengakibatkan pipi nya bengkak. Pada 2012, Kho bersama tiga rakannya ditugaskan menyiasat laluan yang digunakan pengumpul gaharu untuk memasuki MBCA secara haram tetapi perjalanan mereka hampir berakhir dengan tragik apabila bot yang dinaiki mereka melanggar ketulan batu besar. “Akibat pelanggaran itu seorang daripada kakitangan saya terhumban ke dalam arus deras sungai namun kami bernasib baik dapat menarik beliau,” katanya kepada Bernama. Kho juga mengingat kembali pengalaman misteri pada 2005 semasa di lokasi tertentu dalam kawasan MBCA. “Ketika itu hujan renyai-renyai dan saya sedang melalui kawasan gaung apabila tiba-tiba saya nampak lembaga seperti manusia berpakaian putih “terapung”. Buat beberapa ketika saya hanya merenung dengan agak gemuruh objek pelik itu sebelum ia hilang. “Seminggu selepas insiden pelik itu, satu lagi kumpulan MBCA dan kakitangan Yayasan Sabah termasuk tiga wanita dirasuk ketika berada di tempat yang sama. Seorang daripada wanita itu melakukan satu aksi yang sukar dipercayai dengan mengangkat tunggul kayu besar manakala dua lagi berasa terganggu dan gelisah apabila mendengar bunyi riang-riang,” kata Kho sambil menambah insiden itu dilaporkan kepada beliau. Sekitar tahun 2003, Kho mengalami satu lagi kejadian pelik semasa mengiringi penyelidik dari Denmark yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan di MBCA. “Apabila tiba waktu malam, angin kuat tiba-tiba melanda, sehingga satu atau dua batang pokok tercabut dan hampir menghempap kawasan perkhemahan kami. “Yang peliknya, sehari sebelum kejadian itu, seorang daripada kakitangan saya bermimpi diberi amaran bahawa dia atau pasukan kami supaya tidak mendirikan khemah berdekatan dua pokok besar,” katanya. Sebelum menyertai Yayasan Sabah sebagai renjer hutan, Kho, yang berasal dari Telupid, di pedalaman Sabah, merupakan seorang daripada anggota pengasas dalam pelaksanaan projek mengurangkan kesan pembalakan (RIL) di Sabah, terutama di Danum di Lahad Datu, Kalabakan di Tawau dan Kuamut. Kho yang menyertai pelbagai ekspedisi hutan terutama di Lembangan Maliau dan kawasan pemuliharaan Imbak, kebanyakannya untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan tentang spesies tumbuhan serta mengiringi penyelidik dari negara-negara lain termasuk kajian berhubung badak sumbu di Lembah Danum. Beliau berkata perjalanan paling sukar yang pernah ditempuhi ialah mendaki cerun curam Gunung Lotung setinggi 1,700 meter, di lingkaran utara Lembangan Maliau. Lembangan itu merupakan satu daripada siri struktur berbentuk piring di kawasan tengah dan tenggara Sabah. MBCA, dan dua kawasan pemuliharaan Sabah yang lain, Lembah Danum dan Ngarai Imbak, adalah Hutan Simpan Perlindungan Kelas 1 mengikut Enakmen Hutan, dan dilindungi daripada kegiatan pembalakan dan sebarang bentuk pemusnahan. Sumber: Bernama

Ah Beng Konon ‘Samseng’, Tapi Kelam-Kabut

BILA nak jadi samseng jalanan, pastikan diri sendiri tenang dan tidak kelam-kabut kerana perbuatan kita akan dilihat bodoh dan mudah ditertawakan. Lebih elok, jangan jadi samseng terus kerana ia adalah perbuatan yang cenderung untuk menjerumuskan seseorang itu ke kancah jenayah. Itulah lebih kurang ceritanya daripada sebuah video yang dipaparkan di laman Facebook Friends Of Barisan Nasional ke atas cerita seorang lelaki yang menaiki motosikal tetapi mahu berlagak samseng. Penulis pasti ada kes tertentu yang berlaku sebelum rakaman bermula kerana ia menunjukkan dengan jelas kemarahan lelaki cina itu yang cuba untuk membuat provokasi kepada pemandu wanita. Bagaimanapun, perbuatan kelam-kabut si samseng menyebabkan pemandu wanita itu tidak menghiraukan langsung perlakuannya. Sudahlah pada mula-mula konon ingin menyerang kereta itu motosikalnya tidak diletakkan dengan elok, selepas itu bila nak mengetuk cermin kereta wanita berkenaan, telefon bimbit pula jatuh. Baik tak payah jadi samseng kalau kelam-kabut begitu. Lelaki itu sengaja menunggang motosikalnya lambat-lambat dan sesekali membrek mengejut menyebabkan wanita itu terpaksa memberhentikan kereta. Samseng itu kemudiannya sempat menumbuk cermin kereta wanita itu hingga retak dan kemudian memarahi wanita itu dari luar kereta. Daripada niat lelaki itu hendak menakutkan wanita itu, ia jadi satu perlakuan bodoh di hadapan kamera yang membuatkan orang tidak mempedulikan langsung apa tindakannya kerana hanya membazir masa.

Wanita India Miliki Wajah Seiras Neelofa 

Siapakah gerangan wanita India ini yang mempunyai raut wajah yang seiras dengan pelakon dan pengacara tempatan, Neelofa? Jika sekali pandang memang empunya badan tidak ubah macam aktres kesayangan peminat itu? Buat jejaka di luar sana, kalau benar Neelofa bakal menjadi isteri Hans Isaac, jangan risau kerana wanita India di bawah juga mempunyai raut wajah macam Neelofa. Boleh cuba pikat namun memandangkan identitinya tidak diketahui, buat carian sendiri di engine google.

Wanita Tayang Dada Di YouTube...

Seorang wanita Hong Kong memuat naik video yang menayangkan dadanya ke laman Youtube atas alasan berang kepada bekas kekasihnya yang meninggalkan beliau hanya kerana payudaranya bersaiz kecil. Dalam video tersebut menyatakan kini saiz payudaranya sudah besar bersaiz "C" dan mengambil masa tiga bulan untuk membesarkannya. Video tersebut dibuat hanya kerana semata-mata untuk membalas dendam kepada perlakuan yang dilakukan oleh bekas kekasihnya itu.

Wanita Tayang Dada Di YouTube...

Seorang wanita Hong Kong memuat naik video yang menayangkan dadanya ke laman Youtube atas alasan berang kepada bekas kekasihnya yang meninggalkan beliau hanya kerana payudaranya bersaiz kecil. Dalam video tersebut menyatakan kini saiz payudaranya sudah besar bersaiz "C" dan mengambil masa tiga bulan untuk membesarkannya. Video tersebut dibuat hanya kerana semata-mata untuk membalas dendam kepada perlakuan yang dilakukan oleh bekas kekasihnya itu.

GAMBAR: Ketulan Jijik Dalam Susu Kotak

Seorang pelanggan yang terkejut menemui bendasing meloyakan dalam susu kotak yang dibelinya di pasaraya bertindak berkongsi gambar dan kejadian ini di Facebook atas alasan demi keselamatan pengguna lain. Menurut pengguna yang meletakkan pos ini secara ‘public’, sudah menjadi kemestian untuknya membeli empat hingga lima kotak susu berjenama terkenal tersebut setiap bulan sebelum disimpan dalam peti sejuk untuk diminum keluarganya. Bagaimanapun 4 Mei lalu, dia terkejut apabila mendapati susu perisa coklat yang disudah dibuka empat atau lima hari sebelumnya namun disimpan dalam peti sejuk mengandungi ketulan meloyakan. Menurut pengadu, dia terkilan kerana air susu tersebut sudah separuh masuk ke dalam perut keluarganya sebelum perkara itu disedari.

Pengguna terbabit segera menelefon syarikat pengeluar susu tersebut namun terkilan apabila diminta oleh operator yang menjawab panggilan supaya menelefon semula keesokan harinya. Justeru, dia berkongsi perkara ini di Facebook mungkin kerana berasa aduannya kurang mendapat perhatian. Jika dilihat gambar yang dikongsikan pengguna ini, ia memang nampak meloyakan sedangkan tarikh luput susu berkenaan pada 1 Jun 2014.


Pasti ada penjelasan mengapa susu ini rosak sebelum waktunya. Terdapat komen di Facebook pengadu ini menasihatkannya bahawa susu kotak sememangnya tidak boleh disimpan lama walaupun dalam peti sejuk selepas ia dibuka.

Bagaimanapun pengajaran yang boleh diambil daripada insiden ini adalah, syarikat pengeluar susu tersebut sepatutnya lebih mengambil berat aduan daripada pengguna agar mereka tidak mengambil jalan menghebahkan perkara sebegini di media sosial sekaligus beri impak negatif pada jenama mereka. Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

Agnes tayang apa lagi?

AGNES Monica kembali membuat heboh dunia maya dengan foto seksinya. Belum lama ini, pelantun hits “Coke Bottle” itu mengunggah foto seksinya melalui akun Instagram miliknya. Dalam foto itu, penyanyi yang kini dikenal dengan nama Agnez Mo itu tampak mengenakan baju tembus pandang. Baju itu juga menampilkan belahan dada Agnes. Bukan hanya memakai baju sensual namun foto itu juga menyedot perhatian karena Nick Cannon. Suami Mariah Carey itu tampak memeluk Agnes di foto tersebut. “Image Courtesy of imdisla.com @nickcannon,” komentar Agnes di samping foto tersebut. Hingga saat ini, foto seksi penyanyi berusia 27 tahun itu telah mendapat 16 ribu like.

Aina tidak tahan diseksa

“SAYA sangka dia baik hati dan penyayang. Harapan itu tinggal harapan selepas lima tahun bersamanya,” kata Aina, 35, wanita tempatan yang berkahwin dengan warga Pakistan sejak lima tahun lalu. Menurut Aina, selepas enam bulan berkahwin, suami yang dikahwini atas dasar cinta itu mula menunjukkan ‘belang’ apabila sering memukul dan membelasahnya saban hari di rumah mereka di Bandar Tun Razak, Cheras. Katanya, dia hanya mengetahui pekerjaan sebenar suaminya yang menjalankan kegiatan mengedar dadah, setahun lalu. “Saya dikahwini hanya sebagai batu loncatan untuk suami tinggal di negara ini, selain memudahkannya melakukan aktiviti pengedaran dadah,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Aina berkata, tidak tahan dengan perbuatan kejam suaminya selain mahu keluar daripada masalah rumah tangganya, dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, awal April lalu. Sumber: Harian Metro

Video Proton Saga BLM digunakan untuk serangan bom di Syria?

SHAH ALAM – Sebuah klip video berdurasi 3 minit 32 saat, dikesan tersebar di laman YouTube sejak beberapa bulan yang lalu, menunjukkan sebuah kereta dipercayai Proton Saga BLM digunakan untuk melancarkan serangan bom. Difahamkan video berkenaan dirakam di Syria oleh anggota kumpulan pejuang di sebuah bandar bergolak. Durasi satu setengah minit pertama, menunjukkan individu terbabit mengisi bom serta memasang alat kawalan jauh pada kereta berkenaan agar dapat dipandu secara elektronik. Pada minit terakhir, kereta itu dipandu oleh seorang lelaki menuju ke satu lokasi dan ditinggalkan. Kereta itu kemudiannya, dikawal menggunakan alat kawalan jauh ke sasaran sebelum bom diledakkan. Video yang dimuat turun ini telah ditonton sebanyak 4723.

Layang-layang China ancaman kepada wau

KOTA BHARU – Antara wau dan layang-layang, mungkin lebih ramai generasi muda khususnya kanak-kanak yang mengenali layang-layang. Kepelbagaian bentuk layang-layang yang mewarna-warni dan mudah didapati menyebabkan wau yang pernah suatu ketika popular semakin dilupai. Malah, ada kanak-kanak di negara ini tidak mengenali wau kerana tidak pernah melihatnya walaupun sekali. Perkara itu diakui oleh pembuat wau terkenal di Kelantan, Sapie Jusof, 68 tahun, yang berasal dari Kampung Kijai. Tokoh Kraf Negara itu berkata, wau semakin dilupai kerana penggunaan wau dalam permainan layang-layang semakin dipinggirkan, sebaliknya hebat mempromosikan layang-layang buatan China. Sedih dengan situasi itu, beliau yang mahu dipanggil pakcik Sapie percaya lama-kelamaan warisan permainan wau dan pembuatan wau akan lenyap begitu sahaja.

Berpengalaman lebih 46 tahun membuat wau, pakcik Sapie berkata, industri wau masih nasib baik kerana wujud lagi negeri Kelantan dan sebuah tempat bernama Pasir Gudang di Johor. “Jika kedua-dua ini tiada, memang wau tidak wujud lagi di Malaysia,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui pameran Minggu Saham Amanah Malaysia, baru-baru ini. Beliau dibawa khas dari kampungnya oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) bagi memperlihatkan pembuatan dan keseniaan wau sepanjang pameran itu. Selesa dengan tanjak dan samping ketika membuat wau, pakcik Sapie berkata, pakaian itu akan memberinya inspirasi dan menaikkan semangatnya untuk berkarya dalam menghasilkan wau yang lebih cantik dan kukuh. Ceritanya, beliau mempelajari pembuatan wau semasa remaja kerana terlalu minat dengan keindahan keseniaan wau itu. Meskipun layak digelar ‘khazanah negara’ dalam pembuatan wau, namun pakcik Sapie dengan rendah hati mengakui dirinya sentiasa belajar untuk menghasilkan wau terbaik kepada para pelanggannya. Memiliki pelanggan sendiri, beliau menghasilkan lebih 100 jenis wau setiap bulan, daripada harga RM20 sehinggalah wau yang dijual pada harga berdasarkan saiz dan rekaan yang dimahukan pelanggan. Pakcik Sapie mengaku beruntung kerana minatnya turut dikongsi bersama isterinya, Wan Embong Wan Deraman, 45, yang menjadi pencari buluh, memotong dan meraup buluh sebelum beliau menjadikan rangka wau. Sambil tangannya pantas membentuk kertas jagung pada rangka wau, pakcik Sapie memberitahu, beliau cukup kesal dan sedih mengapa ada dalam kalangan masyarakat negara ini yang beria-ia mempromosi layang-layang China berbanding wau. “Berbanding layang-layang dan wau, kehebatannya masih pada wau. Dari segi harga dan jangka hayat, wau lebih murah dan lebih lama digunakan. “Kalau tidak percaya, naikkan (terbang) wau dan layang-layang China, bila wau dan layang-layang sudah tinggi dan pacakkan talinya ke dalam air pada kedudukan 90 darjah, “Tengok, antara wau dan layang-layang mana yang masih terbang lurus dalam jangka waktu yang lama. Sudah tentu wau. Dah tu, kenapa masih membiarkan generasi muda lebih mengenali layang-layang China?,” soalnya kepada penulis dengan nada yang cukup serius. Tambahnya, jika gagal mempromosi wau, janganlah pula membawa masuk layang-layang China, yang dihipotesisnya sebagai percubaan untuk membunuh permainan tradisional dan industri wau. Pakcik Sapie yang diangkat sebagai aset bernilai oleh Jabatan Kraftangan Malaysia secara sinis berkata, masih ramai pembuat wau di Kelantan yang masih mencari makan dengan menghasilkan wau namun masih belum kaya sehingga boleh menghasilkan kilang wau seperti di negara China. “Jadi hargai kesenian sendiri, kembalikan kegemilangannya,” ujarnya pendek. Pakcik Sapie memberitahu, menerbangkan wau bukan sekadar satu permainan semata-mata tetapi menguji minda, kesabaran dan keyakinan pemain. Ia adalah perkara-perkara asas yang mungkin tidak diketahui oleh generasi muda. Selain itu, permainan wau adalah satu nikmat daripada Allah kepada manusia - dengan adanya angin, cuaca yang nyaman baru permainan ini boleh dimainkan. Permainan wau bukan permainan semata-mata bagi pakcik Sapie. Ia adalah satu pembentukan jati diri serta hubungan manusia dengan Allah dan alam. Sumber: MalaysiaGazette

Al-Shabab rekrut anggota baharu

KUALA LUMPUR - Kumpulan militan Al-Shabab dipercayai masuk ke negara ini untuk merekrut anggota baharu dalam usaha mengembangkan gerakan radikal mereka. Menurut sumber, kumpulan ini menyasarkan warga Afrika Timur yang menuntut di institut pengajian tinggi di negara ini. “Mereka menggunakan sama ada pasport curi atau palsu dan bergerak secara berkumpulan,” katanya Menurutnya, setakat ini tidak kurang daripada 10 ahli anggota Al-Shabab berada di Malaysia dan polis sedang menjejak mereka berdasarkan maklumat disahkan oleh Interpol. Khamis lalu, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, menahan seorang lelaki Afrika Timur yang dipercayai ahli kumpulan Al-Shabab. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media kelmarin, berkata pihak berkuasa percaya ada beberapa anggota kumpulan pengganas terbabit memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sejak dua tahun lalu. Beliau berkata, polis turut menyiasat sama ada suspek yang diberkas itu mempunyai kaitan dengan 11 individu tempatan yang ditahan sebelum ini. Sumber: Sinar Online

Al-Shabab rekrut anggota baharu

KUALA LUMPUR - Kumpulan militan Al-Shabab dipercayai masuk ke negara ini untuk merekrut anggota baharu dalam usaha mengembangkan gerakan radikal mereka. Menurut sumber, kumpulan ini menyasarkan warga Afrika Timur yang menuntut di institut pengajian tinggi di negara ini. “Mereka menggunakan sama ada pasport curi atau palsu dan bergerak secara berkumpulan,” katanya Menurutnya, setakat ini tidak kurang daripada 10 ahli anggota Al-Shabab berada di Malaysia dan polis sedang menjejak mereka berdasarkan maklumat disahkan oleh Interpol. Khamis lalu, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, menahan seorang lelaki Afrika Timur yang dipercayai ahli kumpulan Al-Shabab. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media kelmarin, berkata pihak berkuasa percaya ada beberapa anggota kumpulan pengganas terbabit memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sejak dua tahun lalu. Beliau berkata, polis turut menyiasat sama ada suspek yang diberkas itu mempunyai kaitan dengan 11 individu tempatan yang ditahan sebelum ini. Sumber: Sinar Online

Luahan Hati Warga Malaysia Jihad Di Syria

KONFLIK di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam. Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman.Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan. Sinar Harian menghubungi Mohd Lotfi Ariffin, yang juga dipanggil Ustaz, yang kini berada di Syria bagi berkongsi pengalaman dan mendapatkan gambaran sebenar apa yang dicari sekumpulan rakyat Malaysia yang kini menghuni bumi Syam itu. Beliau antara yang mengambil keputusan menyaksikan sendiri pergolakan yang berlaku, dan sehingga kini berdiri teguh sebagai benteng di negara bergolak itu.


SINAR HARIAN: Nama Ustaz antara disebut sebelum ini terlibat dalam aktiviti militan, gara-gara penahanan beberapa individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan itu dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah oleh polis Bukit Aman. Apa reaksi Ustaz?
MOHD LOTFI: Ternyata dakwaan itu tidak benar kerana sehingga saat ini, saya masih berada di Syria. Ketika itu, saya baru pulang dari Ribat, tiba tiba dikhabarkan rakan konon media Malaysia menuduh saya militan. Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.

SINAR HARIAN: Apa tujuan sebenar dan perancangan Ustaz ke Syria?
MOHD LOTFI: Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT. Ada kepelbagaian jihad; antaranya,
(1) membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain.
(2) Mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka.
(3) Juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.
(4) Ada pihak mengagihkan ubat-ubatan bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.
Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas. Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak? Kenapa hanya empat jihad yang disebut itu disepakati sebagai Jihad Fisabilillah, tetapi yang terakhir itu bukan jihad?

SINAR HARIAN: Apakah takrif Ustaz terhadap aktiviti jihad?
MOHD LOTFI: Jihad sebenarnya merujuk kepada mengorbankan harta atau nyawa agar orang lain beroleh kesenangan atau tenang dalam kehidupan.Maka ALLAH kurniakan kepada orang yang mati kerana jihad sebagai syuhada, dengan darjat tinggi itu mendapat syafaat 73 orang keluarga terdekat untuk dibawa ke syurga dan kepada sesiapa yang tidak dapat berjihad dengan nyawanya, maka bahagiakan orang-orang susah dengan kebajikan. Sebenarnya hidup pejuang untuk kebahagiaan manusia sejagat.

SINAR HARIAN: Apa reaksi Ustaz mengenai pandangan yang mengatakan individu yang pergi ke Syria dan Mesir untuk berjihad dikatakan mereka salah anggap bahawa itu jihad, sebenarnya ia ditakrif sebagai pemberontakan. Bermakna jika menyertai pemberontakan, salah di sisi agama walaupun menentang pemimpin fasik.
MOHD LOTFI: Sebenarnya kita perlu fahami bahawa, pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin. Berapa banyak ulama terdahulu dipenjara, dizalimi dan dibuang daerah manakala ulama hari ini mendapat kedudukan di sisi kerajaan. Ada yang mengatakan mereka yang berjihad ke negara-negara bergolak tidak boleh diisytihar sebagai jihad, sebaliknya dikatakan terpengaruh dengan perjuangan pemberontak yang mahu guling kerajaan? Saya andaikan kebanyakan ulama negara ini terlalu mengikut telunjuk pemimpin. Jika pemimpin itu kata wajib laksana hudud, maka para ulama akan hurai bab hudud. Begitulah seterusnya.

SINAR HARIAN: Anggaran berapa ramai rakyat Malaysia kini berada di Syria? MOHD LOTFI: Saya difahamkan terdapat puluhan rakyat Malaysia di merata tempat di bumi Syria. SINAR HARIAN: Ustaz meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta demi jihad? MOHD LOTFI: Ya, saya tinggalkan isteri dan enam anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu membantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad dari terus menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa. SINAR HARIAN: Adakah Ustaz tidak ingin kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia setelah membuat keputusan ini? MOHD LOTFI: Mengenai kepulangan saya ke Malaysia… belum pasti kerana kerajaan anggap orang seperti kami sebagai musuh mereka. Di Syria, kami tidak dipenjara, tetapi jika kembali ke Malaysia, belum pasti dapat bebas dan bertemu anak isteri. Mungkin nasib kami berakhir di penjara.

SINAR HARIAN: Apa yang Ustaz harapkan daripada perjuangan ini?
MOHD LOTFI: Dalam perjuangan ini jangan harapkan pujian, sambutan atau taburan bunga rampai, sebaliknya tunggulah saat diberi hukuman. Akan ada dalam kalangan saudara-saudara dipilih ALLAH SWT untuk berjihad fisabilillah di bumi Syam.Ya! Orang seperti kami sanggup siapkan dada sebagai benteng kepada mereka yang lemah dan ditindas.

SINAR HARIAN: Pengorbanan yang Ustaz lakukan ini untuk siapa sebenarnya?
MOHD LOTFI: Kami berperang untuk pertahankan insan-insan yang kini menjadi pelarian di bumi sendiri. Rakyat Syria tidak ada tempat tinggal lagi selepas dimusnahkan, sebahagian besar masih di tempat persinggahan.Bak kata pepatah Arab, ‘Ahli Makkah lebih memahami lorong-lorongnya’, bermaksud orang Syria dan ulama lebih mengetahui apa yang berlaku di sini. Saya tidak mahu berbalah tentang ini.

SINAR HARIAN: Boleh Ustaz kongsi gambaran sebenar yang berlaku di sana?
MOHD LOTFI: Kami berjuang menentang tentera Assad dari terus menzalimi umat Islam di Syria. Jika konflik di Mesir kita tunjuk perasaan, di Syria kenapa senyap? Air mata kanak-kanak ini menjadi air mata kami semua. Hati dan perasaankami seakan berhubung, yang ada anak kecil, pasti terasa hibanya jika ia berlaku kepada anak sendiri. Semoga mereka kuat menempuh ujian ini dan jadi pejuang di jalan ALLAH SWT. Bedilan jet pejuang Assad ke arah Mujahidin yang sedang mengepung benteng pertahanan adalah lumrah, juga sangat hampir dengan kediaman kami. Saya sudah lali melihat bom barmil jatuh berhampiran dengan kami sehingga rakan-rakan gugur syahid atau parah.

SINAR HARIAN: Ustaz sanggup hilang nyawa demi pertahan bumi Syria dan adakah ini yang dikatakan jihad?
MOHD LOTFI: Kami akan hadapi tentera Assad, biar berkecai tubuh kami, biar nyawamelayang demi agama Islam. Islam tidak sunyi daripada pejuang dan penegak keadilan sehingga hari kiamat. Biar mereka menyusun agenda namun ingatlah kepada jaminan Nabi Muhammad SAW, sehingga di akhir zaman, ‘Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu’. Itu janji nabi kita, seperti tersebut dalam al-Quran dan hadis.

SINAR HARIAN: Difahamkan semakin ramai ingin berjihad ke Syria dan mengikut jejak seperti yang Ustaz lakukan? Adakah berlaku proses merekrut ahli dari Malaysia?MOHD LOTFI: Kami hanya menegakkan dan memartabatkan Islam, sebagaimanayang disebut dalam al-Quran dan hadis.
Saya juga ingin menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap manamanapihak yang menyalahguna nama saya bagi mengutip dana untuk ke sini. Mereka datang secara sukarela, tiada paksaan atau janji-janji manis. Semua memburu jihad dan syahid, itu sahaja. Sebenarnya jemaah jihad ada di setiap penjuru bumi Syam. Ada pelbagai kumpulan bergabung menentang tentera Assad. Kami difitnah…
SINAR HARIAN: Nasihat Ustaz terhadap pihak yang memandang serong terhadap perjuangan yang didokong pejuang di Syria?
MOHD LOTFI: Kita jangan salahkan mana-mana pihak (jemaah) yang berusaha menegakkan Islam dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai di tempat masing-masing. Bagi saya kalau mereka tidak sempurna kitalah orang yang berusahamenyempurnakan. Bukankah Nabi Muhammad melihat nabi-nabi terdahulu, bagaikan bangunan hebat cuma masih tertinggal seketul bata, maka Nabi Muhammad bersabda: akulah bata itu.

Sumber: Sinar Online

Polis Kelantan Rampas Dadah Bernilai RM8.8j

PASIR MAS – Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM8.8 juta dalam tempoh Januari hingga Mei, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim. Beliau berkata, jumlah rampasan itu meningkat berbanding hanya RM800,000 bagi tempoh sama tahun lalu, mencerminkan usaha giat polis Kelantan membanteras kegiatan itu. “Memandangkan negeri ini berada di sempadan (Malaysia-Thailand) kita dapati ada pembolosan terutamanya dari segi pengedaran dadah dari negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas melakukan Ops Cantas di sini, malam tadi. Katanya, dalam tempoh itu sebanyak 200,000 buah kenderaan yang keluar masuk sempadan telah diperiksa. Beliau berkata dalam Ops Cantas membabitkan 15 pegawai dan 35 anggota itu, sebanyak 300 buah kenderaan diperiksa dan tiga individu ditahan kerana didapati positif dadah hasil ujian air kencing. “Seorang daripada mereka didapati memiliki 15 biji pil methamphetamine,” katanya. Mazlan berkata operasi tersebut turut diadakan di beberapa daerah seperti Bachok, Kota Baharu dan Tumpat bagi mengekang jenayah curi kenderaan dan memiliki senjata api. Katanya, sejak Januari hingga Mei ini sebanyak lima pistol tiruan, enam senjata api dan 372 butir peluru dirampas di seluruh negeri dipercayai mempunyai kaitan dengan kes dadah. Beliau berkata, sebanyak 808 suspek ditahan dalam Ops Cantas bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini. Sumber: Bernama

Warga Emas Maut Jatuh Flat

GEORGETOWN – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lapan, Flat Padang Tembak, Air Itam, di sini. Mangsa Ong Kok Leong, 60, ditemui dalam keadaan cedera parah oleh penduduk flat berkenaan berikutan dentuman yang kuat di bawah blok C, flat berkenaan, kira-kira jam 5 pagi, semalam. Difahamkan, sekeping nota yang ditulis dalam bahasa Cina membawa maksud mangsa kecewa dengan kehidupannya turut ditemui. Mayat warga emas itu yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahab berkata tidak ada saksi tampil memberi keterangan. “Bagaimanapun, laporan bedah siasat diterima pihak polis, difahamkan tiada sebarang unsur jenayah ke atas si mati,” katanya. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Sumber: Sinar Online

Pemimpin ASEAN Mulakan Sidang Kemuncak

NAY PYI TAW (Myanmar) – Pemimpin ASEAN hari ini memulakan perhimpunan dua kali setahun mereka di ibu negara Myanmar ini bagi membincangkan masa depan Komuniti Asean, hubungan luar dan hala tuju ASEAN. Pengerusi sidang kemuncak, U Thein Sein mengetuai pemimpin dari sembilan lagi negara dan Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh untuk merakamkan gambar kenang-kenangan sebelum memulakan Sidang Kemuncak Asean Ke-24 dan disusuli mesyuarat berkaitan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu, dengan Malaysia merancang meletakkan asas bagi visi pewujudan Komuniti ASEAN pasca 2015 dan pada masa sama meningkatkan kerjasama dan mengukuhkan perpaduan menerusi semangat ASEAN. Mesyuarat kali ini amat penting bagi Malaysia, yang akan mengambil alih peranan sebagai pengerusi Asean tahun depan, serentak dengan pewujudan Komuniti ASEAN. Berbaki setahun lagi sebelum matlamat integrasi Asean itu direalisasikan, pemimpin dijangka membincangkan perkembangan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Komuniti Asean, Pelan Kerja 11 Inisiatif Integrasi ASEAN dan Pelan Induk Kesaling Hubungan ASEAN. Sumber: Bernama

Jemaah Meninggal Bukan Disebabkan MERS-CoV

KUALA LUMPUR: Insiden jemaah umrah yang meninggal dunia dalam pesawat Air Asia X dari Jeddah pada Jumaat lalu disahkan bukan akibat virus MERS CoV. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, kematian jemaah umrah lelaki warga Indonesia yang berusia 64 tahun adalah diakibatkan serangan jantung. Mangsa telah mengalami gejala demam, batuk, kesukaran bernafas dan kurang selera makan selama beberapa hari sewaktu berada di Tanah Suci dan pernah mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik di sana. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil tindakan pencegahan termasuk mengambil maklumat lengkap individu yang berhubung rapat dengan mangsa, menjalankan disinfeksi pesawat serta menjalankan saringan demam kepada kesemua 224 penumpang serta 12 anak kapal pesawat terbabit. Jenazah telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan sampel telah dihantar ke makmal Hospital Sungai Buloh untuk menentukan punca kematian. Hasil ujian makmal mendapati sampel yang diambil negatif MERS-CoV. Dalam kenyataan berkaitan, pihak Air Asia X memaklumkan pihaknya telah membuat persediaan bersama ahli keluarga serta pihak berkuasa untuk menguruskan penghantaran jenazah pulang ke Surabaya di Indonesia. Kejadian pada Jumaat menyebabkan penumpang pesawat Air Asia X penerbangan D7 171 dari Jeddah dikuarantin selama hampir dua jam sebaik tiba di KLIA 2. Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah dan tiba di KLIA 2 pada hari sama. Sumber: Astro Awani

Guru Hampir Jadi Mangsa Rogol Jiran

BAHAU – Seorang guru terkejut apabila jirannya tiba-tiba masuk ke rumahnya lalu menerpa dalam cubaan rogol di Taman Kasih Putera dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 2 petang, mangsa berusia 28 tahun baru selesai solat Zuhur sebelum terdengar bunyi pintu pagar rumahnya dibuka. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa bergegas ke hadapan rumah dan dia dikejutkan dengan kehadiran jirannya. “Suspek hanya berseluar pendek dan mengarahkan mangsa diam sebelum menolaknya. “Mangsa yang ketakutan terus menendang suspek dan berjaya melarikan diri untuk meminta pertolongan,” katanya. Suspek kemudian keluar dari rumah mangsa dan memaklumkan kepada jiran mangsa dia mahu menyelamatkan mangsa kononnya ada individu lain menceroboh rumah itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul. Sumber: Sinar Online

Sarang Maksiat Kena Gempur Di Rompin

ROMPIN – Akibat beroperasi tidak mengikut undang-undang, dua buah premis perniagaan diserbu polis dalam Ops Dadu dan Noda di Tanjung Gemok, tengah malam kelmarin. Dalam serbuan pasukan D7 dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan di sebuah pusat karaoke, seramai 51 orang termasuk 20 wanita warga Vietnam ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan bekerja sebagai GRO. Turut ditahan empat wanita dan enam lelaki yang merupakan pekerja dan penjaga premis serta seorang remaja lelaki bawah umur. Ketua Operasi, Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 15 tahun hingga 47 tahun. “Dalam ujian air kencing yang dijalankan 13 orang didapati positif yang terdiri daripada empat wanita Vietnam dan sembilan lelaki,” katanya. Operasi tersebut turut disertai Pasukan Cantas Khas Wanita IPK Pahang atau lebih dikenali sebagai Blackrose. Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin berjaya menumpaskan satu kegiatan judi internet yang berselindung di sebalik perniagaan cybercafe di sebuah rumah kedai dua tingkat berhampiran jeti pelancongan untuk ke Pulau Tioman. awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata, serbuan yang bermula jam 12.15 tengah malam dan berakhir kira-kira jam 3 pagi itu melibatkan dua pegawai dan enam anggota. “Dalam serbuan itu, seramai 26 orang berusia lingkungan 17 tahun hingga 55 tahun ditahan termasuk 24 individu tempatan termasuk seorang penjaga premis berkenaan, seorang warga Vietnam dan seorang warga Indonesia. “Lapan remaja turut ditahan dan peralatan yang digunakan untuk judi internet iaitu sebanyak 18 buah komputer turut dirampas,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, seramai 12 orang daripada yang ditahan itu pula adalah nelayan yang bekerja di sekitar Tanjung Gemok. “Ini merupakan serbuan kali pertama di premis terbabit. Sumber: Sinar Online

39 Cedera Dalam Protes Di Timur China

BEIJING – Sekurang-kurangnya 39 orang cedera dalam protes besar-besaran bagi membantah pembinaan sebuah pembakar bahan terbuang di timur China, lapor media tempatan. Pertempuran yang meletus di bandar Hangzhou dekat wilayah Zhejiang, mengakibatkan 10 penunjuk perasaan dan 29 anggota polis cedera, lapor agensi berita Xinhua hari ini. “Lebih 30 kenderaan terbalik manakala dua kereta peronda polis musnah terbakar apabila diserang penunjuk perasaan,” lapor Xinhua. Sumber: AFP

Malaysia Dijangka Alami Monsun Barat Daya

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka mengalami Monsun Barat Daya bermula pertengahan Mei 2014 dan akan berterusan sehingga awal September tahun ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, secara amnya, Monsun Barat Daya merupakan musim kering bagi Malaysia dan dalam tempoh ini negara akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan. “Bagaimanapun, hujan masih boleh dijangkakan berlaku pada waktu pagi terutama di kawasan pantai negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia,” kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, dalam tempoh Monsun Barat Daya kali ini, jangkaan hujan adalah kurang daripada paras normal pada bulan Jun untuk semua negeri dan kembali kepada paras normal mulai Julai hingga September kecuali Sarawak. Sarawak dijangka akan lebih kering daripada normal bagi Jun, Julai dan September manakala Ogos pada paras normal, jelas kenyataan itu Menurut kenyataan itu lagi, Jabatan Meteorologi akan memantau rapi situasi ini dan akan mengemas kini maklumat ini dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui talian hotline 1-300-22-1MET, laman sesawang dan laman sosial MetMalaysia, kata kenyataan itu. Sumber: Bernama

Kesatuan Pekerja Bimbang Pelan Operasi Semula MAS

PETALING JAYA – Kesatuan Pekerja-Pekerja Syarikat Penerbangan Malaysia (Masue) melahirkan kebimbangan terhadap spekulasi kemungkinan berlakunya pelan operasi semua bagi perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO). Setiausaha Eksekutifnya, Mohd Jabarullah Abdul Kadir berkata, kira-kira 4,000 pekerja termasuk jurutera dan juruteknik yang bekerja di bawah perkhidmatan MRO tidak pasti mengenai nasib mereka selepas pelan itu dilaksanakan. “Kami diberitahu bahawa pihak pengurusan atasan sedang menyediakan kertas kerja untuk menetapkan semula MRO MAS, tetapi keputusan itu belum dimuktamadkan lagi. “Jika spekulasi itu benar, proses berkenaan akan memberi kesan kepada identiti MAS kerana MRO sentiasa menjadi komponen penting dalam syarikat itu,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu. Maseu merupakan kesatuan pekerja terbesar di syarikat penerbangan itu yang mendakwa mempunyai kira-kira 15,000 ahli daripada 20,000 tenaga kerja MAS. Tambah beliau, pelan rangka semula operasi itu boleh merosakkan rekod penyelenggaraan keselamatan MAS hingga boleh melibatkan penjualan saham MRO MAS kepada entiti swasta lain. “Kita mesti melihat perkara ini dalam knonteks yang luas apabila mereka memutuskan untuk merangka semula MRO. Semangat kakitangan MAS kini sudah menurun dan perkara ini pastinya mewujudkan suasana yang lebih buruk. “MRO telah bersama MAS selama lebih daripada 46 tahun dan kami percaya bahawa ia harus terus menjadi sebahagian daripada syarikat penerbangan negara kita,” katanya. Katanya lagi kepakaran MRO dalam isu penyelenggaraan diiktiraf di dalam dan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu beliau menggesa pihak pengurusan MAS untuk menjelaskan sama ada akan pelan rangka semula bagi perkhidmatan MRO. “Kami mempunyai pakar-pakar tempatan kita sendiri untuk menjalankan operasi penyelenggaraan justeru kita tidak mahu pelan rangka semula ini akan membawa lebih banyak masalah kepada MAS,” katanya. MAS ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut. Sumber: mStart

3 Hari Tunggu Pencuri Bayar ‘Hutang’

Beijing – Seorang pencuri meninggalkan nota berjanji membayar semula lebih 20,000 yuan (RM10,400) dicurinya selain meminta mangsa tidak melaporkan kes itu kepada polis. Berikutan itu, mangsa dikenali sebagai Wang sanggup menunggu tiga hari untuk pencuri terbabit mengotakan janjinya, namun hampa apabila wang berkenaan tidak dipulangkan. Wang yang tinggal di sebuah rumah sewa di bandar Yacheng terkejut apabila melihat wang tunai disimpannya di rumah hilang ketika pulang pada petang 6 April tahun lalu. Pencurinya dikenali sebagai Pei meninggalkan nota berjanji akan memulangkan wang berkenaan menyebabkan Wang menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis. Pei ditahan tiga bulan kemudian dan baru-baru ini dihukum penjara lima tahun serta denda 10,000 yuan (RM5,200) selepas mengaku suka berbelanja walaupun tidak berpendidikan tinggi. Sumber: Agensi / My News Hub

Tikam Jiran Kerana Patung Barbie

Braunau, Austria – Seorang lelaki sanggup menikam jirannya selepas bertengkar mengenai patung Barbie yang didakwa dicuri anak perempuannya. Murat Ahmet, 35, yang mempunyai tiga anak tidak berpuas hati apabila menganggap jirannya berusia 39 tahun menuduh anaknya mengambil anak patung berkenaan. Disoal mengenai perbuatannya itu, Murat berkata: “Saya cuma ingin melindungi keluarga saya.” Kejadian berlaku ketika Murat dan keluarganya baru pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan kawannya. Sekembalinya ke rumah, mereka melihat anak perempuan seorang jiran menunggu kepulangan mereka sebelum terus bertanya kepada kepada anak Murat mengenai kehilangan Barbie miliknya. Ibu bapa dua kanak-kanak perempuan terbabit kemudian keluar sebelum mengakibatkan pertengkaran tercetus antara Murat dan jirannya itu. Walaupun pertengkaran itu berakhir, Murat yang masih tidak berpuas hati mengetuk pintu rumah jirannya itu sebelum terus menikamnya kerana didakwa bertindak keterlaluan apabila menuduh anaknya mencuri patung berkenaan. Jurucakap polis berkata, kes itu masih disiasat namun Murat menghadapi tuduhan berat kerana mencederakan orang. “Keadaan mangsa mungkin lebih serius, namun mujur tikaman tidak terkena bahagian yang memudaratkan,” katanya. Sumber: Agensi

Lelaki AS Berumur 111 Tahun Paling Tua Di Dunia

NEW YORK – Lelaki paling tua di dunia yang masih hidup ialah Alexander Imich yang berusia 111 tahun, menurut Kumpulan Penyelidikan Gerontologi Torrance, California kelmarin. Imich dilahirkan di Poland pada 4 Februari 1903 dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1950-an. Dia berumur 111 tahun pada 4 Februari lalu dan kini tinggal di sebuah apartmen di Upper West Side Manhattan, New York. Namun, dia gagal mengatasi manusia paling tua yang masih hidup di dunia iaitu, Misao Okawa yang merupakan seorang wanita dari Jepun yang berusia 116 tahun. Dia tidak pernah minum arak, kerap makan ayam, ikan dan coklat. Imich juga mengekalkan gaya hidup sihat semasa muda apabila dia melakukan aktiviti berenang dan gimnastik. Dia pernah menjadi penyunting untuk buku Incredible Tales of the Paranorma pada tahun 1995 ketika berumur 92 tahun. Menurutnya, dia pernah menjadi profesor kimia di Poland sebelum berhijrah ke AS pada tahun 1951 bersama isterinya, Wela. Mereka kemudian tinggal di Waterbury, Connecticut. Selepas isterinya meninggal dunia pada tahun 1986, dia berpindah ke New York. Namun, pasangan itu tidak mempunyai anak. Menurutnya, ketiadaan anak mungkin menyebabkan umurnya panjang. Sumber: Agensi / My News Hub

Wanita Indonesia antara terlibat nikah ekspres

ALOR SETAR – Dua wanita warga Indonesia antara pasangan yang dikesan berkahwin menggunakan sindiket nikah poligami ekspres dekat Kuala Kedah. Anak kariah dan badan bertindak cegah kemungkaran sebuah masjid di Kuala Kedah, Mohamad Shariff Nawab, 66, berkata, kedua-dua wanita terbabit berkahwin dengan dua lelaki tempatan berumur sekitar 40-an sejak beberapa tahun lalu. “Wanita berumur 27 dan 34 tahun itu dipercayai telah berpoligami bersama dua lelaki tempatan yang bukan berasal dari Kedah. “Mereka dipercayai berkahwin di Kuala Kedah bagi mengelak daripada diketahui isteri pertama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sumber: Sinar Online

Enam Lelaki Ditembak Ketika Sedang Minum Di Jalan Ipoh

Kuala Lumpur: Bagaikan aksi filem koboi apabila seorang penjenayah bertindak melepaskan tembakan ke arah enam lelaki yang minum di depan sebuah restoran di Jalan Ipoh, di sini, menyebabkan seorang terbunuh manakala lima lagi parah, awal pagi semalam. Difahamkan, lelaki menaiki kereta Perodua Myvi berwarna hijau muda berhenti 80 meter sebelum keluar dan berpura-pura membuat panggilan telefon sambil berjalan menuju ke arah mangsa berusia 22 hingga 51 tahun. Suspek melepaskan enam hingga lapan das tembakan ke arah mangsa yang bertempiaran lari menyelamatkan diri dan cedera terkena tembakan, antaranya di bahu, pipi serta kaki. Seorang daripada mereka, S Saravanan @ Joe, 38, yang terkena tembakan di belakang kepala, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala mangsa lain dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama. ANGGOTA forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Lima yang dilaporkan cedera tetapi stabil dikenali sebagai A Vickneswaran, 30; A Murugan, 51; TP Deeriyan, 28; S Gugan, 22, dan TP James, 33. Sumber: Metro Online

Saksi Kongsi Detik Cemas Kejadian Tembak di Restoran

KUALA LUMPUR: Seorang saksi kejadian kes tembak mati di sebuah restoran di Jalan Ipoh di sini awal pagi Sabtu, berkata dia sempat melarikan diri sehingga terjatuh ke dalam longkang. Menceritakan detik cemas itu, adik kepada mangsa yang maut dalam kejadian itu berkata, peluru yang dilepaskan suspek juga hampir mengenainya. S. Vijay, 29, berkata ketika kejadian, dia bersama-sama mendiang abangnya, Saravanan, 38, dan rakan mereka sedang makan di restoran berkenaan. "Seorang lelaki telah menghampiri kami lalu melepaskan tembakan, saya sempat melarikan diri dan lelaki itu cuba menembak saya namun tembakan itu mengenai bahagian dinding kedai," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini. Menurutnya dia kemudiannya terjatuh ke dalam longkang berhampiran restoran itu, bagaimanapun ketika itu dia sempat melihat keadaan fizikal lelaki yang menembak mereka. "Saya melihat dia bertubuh kurus tinggi dan memakai topi, saya cuba untuk melihat wajahnya namun tidak dapat mengenalinya," katanya. Vijay berkata suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna perak. "Saya bergegas bangun dan melihat abang saya sudah meninggal dunia akibat terkena tembakan manakala empat yang lain mengalami kecederaan, saya mengangkat mendiang abang ke dalam kereta manakala yang lain dibawa ke HKL dengan menaiki ambulans," katanya. Menurutnya dia tidak pasti motif sebenar suspek melepaskan tembakan ke arah mereka. "Saya dan mendiang abang ada kedai telefon di Sentul sejak dua setengah tahun lepas," katanya. Vijay berkata mayat mendiang abangnya akan dibawa pulang ke rumah mereka di Ampang sejurus selesai bedah siasat dijalankan hari ini di HKL. Sementara itu, saudara kepada seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Giva berkata, saudaranya yang cedera bekerja sebagai pemandu peribadi dan mempunyai lima anak. "Sebaik saja saya mendapat panggilan daripada anaknya, saya bergegas ke HKL untuk melihat keadaannya, sepanjang saya mengenalinya, dia tidak mempunyai musuh," katanya. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan sebelum ini ketika dihubungi Bernama berkata keenam-keenam mangsa pada ketika itu sedang makan malam di sebuah restoran sebelum dihampiri seorang lelaki yang melepaskan tembakan ke arah mereka dengan menggunakan pistol jenis semi-auto. "Seorang daripada mangsa berumur 38 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HKL," katanya dan Zakaria berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh. Sumber: mStar

Misteri kubur gadis terbakar

KEJADIAN pelik ini berlaku di Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan mengemparkan penduduk kampung apabila dikatakan salah satu kubur di Romangtobang mengeluarkan api yang dahsyat selama tiga malam berturut-turut. Api yang keluar dari kubur tersebut dapat dilihat pada jam 8 mlm hingga 3 pagi. Menurut Rauf beliau melihat api yang keluar dari kubur tersebut selama tiga jam dan tidak mengetahui apakah punca sebenar . Menurut penduduk kampung disana kejadian api itu pada mulanya sebesar nyalaan api lilin namun ia berubah semakin besar dan menyebabkan batu nisan dikawasan perkuburan berkenaan menjadi merah bak bara api. Berikut petikan daripada laman blog indonesia: Salah seorang warga bahkan rela berdesak desakan sambil menunggu fenomena alam ini. Beberapa warga lainnya tampak mengabadikan momentum tersebut dengan kamera ponsel.“Iya katanya ada kuburan yang menyala. Makanya kita datang kesini lihat dan memang tadi sempat saya lihat tadi satu kali menyala,” kata Fitri, salah seorang warga.Nisan yang kerap mengeluarkan api tersebut milik seorang gadis yang meninggal sejak 20 tahun lalu.Kuburan yang terbuat dari batu marmer berwarna biru ini tampak biasa saja layaknya makam yang ada sekitarnya. Namun kesahihan cerita ini masih menjadi tanda tanya kerana belum ada wakil dari negara itu mengesahkan kejadian ini. Sumber: New Malaysian Post

No comments:

Post a Comment