Tuesday, May 27, 2014

Berita Terkini 27 May 2014

Jom Basuh Kereta Dengan Cara Yang Betul

Penulis rasa semua orang tahu bagaimana hendak mencuci kereta. Kebanyakan kita sudah biasa membasuh kereta ayah ataupun ibu sejak dari kecil bukan? Mungkin disebabkan masa yang semakin padat dengan jadual harian membuatkan kita menggunakan servis membasuh kereta yang cepat dan memudahkan. Sehingga kini, jika mempunyai masa lapang penulis akan membasuh kereta dan apa yang bagusnya selain dapat mengeluarkan peluh, aktiviti ini dapat menjimatkan wang perbelanjaan. Tapi tahukah anda, ramai orang tidak tahu mencuci kereta mengikut cara yang betul? Walaupun di tempat servis pencucian kereta, ada pekerja yang menggunakan teknik yang salah dan masih ramai yang tidak sedar akan akibatnya nanti. Baiklah, biar penulis cerita sedikit mengenai punca masalah ini. Pertama, tahukah anda kereta akan membawa kekotoran pasir halus yang melekat? Kedua, tahukah anda kereta kita mungkin terkena najis haiwan seperti burung, kelawar? Ketiga, tahukah anda kereta kita mungkin terkena getah daun pokok apabila kita memasuki tempat letak kereta. Ketiga-tiga elemen ini akan mengakibatkan hakisan pada cat kereta anda. Sebagai langkah pertama, apabila kereta kita kotor, kekotoran yang melekat pada badan kereta kita akan membawakan pasir yang halus. Apa terjadi bila pasir tadi apabila digosok? Ia akan menyebabkan cat terhakis atau calar jika tidak menggunakan teknik betul semasa mencuci kereta anda. Sebelum memulakan aktiviti membasuh kereta ini, pastikan air yang digunakan bersih dan tidak berkarat.
1. Mula-mula basahkan kereta anda dari atas dahulu dan perlahan-lahan basahkan hingga kebawah, ini untuk memberi laluan kepada kotoran dan pasir jatuh ke bawah, dan bukannya dari bawah ke atas. Pastikan semua bahagian badan kereta benar-benar basah. Biarkan ia basah dulu dalam beberapa minit. Jangan anda terus mengosok dengan kain pencuci kerana pasir halus yang melekat di badan kereta belum tentu hilang kesemuanya.

2. Kemudian bolehlah dilap dengan kain cuci atau menggunakan span. Mulakan dari atas bumbung dahulu kemudian turun kebawah. Tujuannya untuk memberi laluan kepada kekotoran dari atas turun kebawah dan untuk mengelakkan bahagian yang hendak dicuci nanti tiada pasir masih terlekat jangan mulakan dari bawah ke atas sebab kain cuci atau span yang kita guna akan membawa kekotoran dan pasir kebahagian atas ). Kemudian seluruh cermin depan belakang dan sisi dan barulah bahagian pintu bonet dan boot belakang. Yang terakhir sekali barulah bahagian bawah pintu bumper depan dan belakang fender dan skirt kalau ada. Setiap bahagian yang dicuci pastikan kain atau sponge anda direndam dalam baldi pencuci untuk membuang kotoran dan pasir.

3. Akhir sekali barulah dibilas dengan air dimulai dari atas dulu dan perlahan-lahan ke bawah. Selesai saja mengelap bahagian badan kereta anda dengan kain kering dan bagi memastikan kereta betul-betul dicuci pastikan bahagian sisi pintu dan sisi boot belakang anda dicuci. Selalunya kekotoran akan melekat pada sisi pintu dan jika dibiarkan ia akan kekal dan menjadi ia sukar untuk dibersihkan. Untuk bahagian rim boleh dicuci menggunakan kain atau sponge manakala tayar pula boleh gunakan berus serabut.

4. Bagi memberikan kenderaan anda tampak seperti baru, anda boleh menggunakan bahan pengilat kereta yang boleh didapati dipasaran. Gunakan dengan yang bersesuaian seperti pengilat dalam kereta untuk dalam kereta saja dan pengilat tayar untuk tayar saja, tidak perlu membazir wang anda untuk membeli jenama yang mahal. Ingin dingatkan juga terdapat pelbagai produk pengilat yang berada di pasaran, salah satunya yang biasa kita lihat di pasar malam yang berharga kurang dari RM10. Anda harus berhati-hati kerana pengilat kereta yang kurang berkualiti ini selalunya akan merosakan cat anda dalam jangka masa yang panjang. Biarlah mahal sedikit asal berkualiti.

5. Untuk masalah kotoran najis haiwan dan getah daun jika tedapat dipermukaan kereta, hendaklah dibersihkan serta merta dengan air dan untuk getah daun pastikan anda gunakan bahan pencuci yang diiktiraf kualitinya. Najis haiwan dan getah daun merupakan bahan asid yang dapat menghakis cat kereta anda dan akan menyebabkan karat jika dibiarkan.
Selamat mencuba dan mencuci kenderaan anda! Sumber: hzqahmd

Ibu Dyana Sofya Umum Keluar Dari Perkasa

Selepas penat diasak soalan berkaitan keahlian beliau dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), ibu calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mengisytiharkan dirinya bukan lagi ahli pertubuhan itu. Yammy Samat berkata, keputusan itu diambil selepas ia asyik ditanyakan soalan yang sama oleh wartawan tentang kaitannya dengan Perkasa, menurut laporan Mstar Online. Menurutnya, beliau sebenarnya tidak lagi bersetuju dengan pendirian Perkasa selepas ia mengubah haluan dengan mengambil sikap untuk campur tangan dalam hal politik. “Saya nampak tujuannya sudah tersasar maka saya bertindak untuk keluar (dari Perkasa). Saya menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu kerana mahu membantu orang Melayu. “Saya merasakan terdapat banyak cara lagi untuk membantu orang Melayu daripada membabitkan dalam hal politik,” katanya pada sidang media selepas Dyana mengumumkan manifesto pilihan rayanya di Teluk Intan hari ini. Pada malam Isnin di ceramah anjuran DAP di Taman Industri Anson, Yammy membuat pengakuan kepada media bahawa beliau merupakan ahli Perkasa, selain masih menjadi ahli Umno. Menurut Yammy, beliau hanya memberitahu Dyana mengenai keahliannya dalam Perkasa baru-baru ini dan tidak banyak yang dikongsikan bersama anaknya itu. “Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak lagi aktif dengan Perkasa sejak lebih setahun,” katanya. ‪Ditanya sama ada kedudukannya sebagai ahli Perkasa akan mempengaruhi undi Dyana, Yammy berkata, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana yang bertanding adalah Dyana, bukan ibu Dyana. ‪”Jika saya dikatakan menjejaskan peluang Dyana itu terpulang kepada mereka. Seseorang yang berfikiran terbuka dan pandai sudah tentu boleh menilai,” katanya. Dyana pada Isnin akhirnya mengaku ibunya pernah terlibat dalam Perkasa dan beliau sendiri pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan Perkasa pada 2008. Terdahulu, Dyana dalam satu sidang media menafikan keanggotaan ibunya dalam pertubuhan itu. Sumber: My News Hub

‘Saya menyanyi untuk pahala’?

VOKALNYA masih mantap dan memukau. Bahkan auranya masih kuat apabila berjaya menarik kehadiran penonton bagi menyaksikan persembahannya di kelab The Ship, Bukit Bintang malam minggu lalu. Ternyata penyanyi Indonesia Nicky Astria yang popular menerusi lagu Mengapa dan Samar Bayangan masih mempunyai kelompok peminat tersendiri. Cukup hanya menyampaikan beberapa lagu antaranya Mengapa dan lagu I Love You Babe daripada album terbarunya Retrospective, Nicky berjaya menghangatkan suasana malam di kelab penuh sesak dengan kehadiran pengunjung yang berada sejak awal lagi bagi menyaksikan persembahannya yang bermula pada jam 11 malam. Peminat yang mulanya dihiburkan dengan per­sembahan menarik daripada Angie dan kumpulan Anthem, bersorak keriangan apabila pengacara mengumumkan kemunculan Nicky bagi me­ngadakan per­sembahan. Sebagai penyanyi yang berpengalaman, dia bijak berkomunikasi dengan peminat yang hadir memberi soko­ngan. Bukan sekadar me­ngadakan persembahan, Nicky turut mengambil kesempatan menjual album Retrospective kepada penonton yang hadir. Pembelian ini turut disertakan dengan tandatangan istimewa Nicky selain peluang bergambar dengannya. Kesempatan ini bukanlah selalu datang. Justeru peminat segera mendapatkan album mengandungi 16 lagu ini bagi memperoleh peluang bergambar dengannya. Menariknya, ada dalam kalangan mereka terdiri daripada peminat generasi baru yang meminati lagu Nicky. Selain peminat, persembahan ini turut disaksikan komposer LY dan isterinya Baiduri serta beberapa artis lain antaranya kumpulan Sixth Sense yang mengakui kehebatan Nicky. Ditemui selepas itu, Nicky merakamkan penghargaan buat semua pihak yang menyambut dan melayannya dengan baik sepanjang berada di negara ini. “Saya tak sangka dan gembira dengan sambutan hebat yang diberikan. Sememangnya saya sendiri sudah lama teringin bertemu peminat Malaysia. Justeru, kehadiran sempena promosi album Retrospective digunakan sebaiknya dengan mengadakan showcase khas ini buat penonton. “Biarpun dunia hiburan menyaksikan kehadiran ramai penyanyi baru, peminat Malaysia nampaknya masih menerima saya. Terima kasih kepada LY yang mencipta lagu Mengapa yang sangat indah dan menarik ini. Saya sangat teruja dapat kembali beraksi di Malaysia,” kata penyanyi berusia 47 tahun yang bernama sebenar Nastiti Karja Dewi ini. Mengimbas kembali kisah lalu, Nicky yang begitu popular pada era 1980-an dan 90-an membuat kejutan apabila meninggalkan bidang nyanyian sejak 10 tahun lalu dengan alasan menumpukan perhatian sebagai suri rumah sepenuh masa. Ketika itu peminat terasa kehilangan penyanyi yang dikenali dengan genre rock dan digelar ‘lady rocker’ ini. Bagaimanapun, darah seni yang mengalir dalam tubuhnya tetap membara dan akhirnya penyanyi dari Bandung ini membuat keputusan merakamkan tiga lagu baru iaitu Carry On, Bias Sinar, Cinta di Kota Tua di samping lagu lama yang dipetik daripada album terdahulu. “Agak susah sebenarnya mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni. Apabila sudah melangkah masuk sebagai artis, saya tak boleh lagi melangkah keluar. Saya melihat ‘trend’ muzik yang bersilih ganti dalam industri muzik Indonesia mahupun Malaysia tetapi cita rasa saya tetap de­ngan muzik rock kerana genre inilah yang mengangkat nama saya kepada peminat. “Retrospective yang kini sudah berada di pasaran diharap menjadi tanda kebangkitan saya dalam industri muzik. Kehadiran saya bukanlah untuk bersaing, sebaliknya mahu memeriahkan semula industri seni selain mengubat kerinduan peminat,” katanya. Sudah tentunya gandingan mantap dengan LY dan Baiduri diteruskan lagi dan untuk kali ini, Nicky mempertaruhkan lagu I Love You Babe yang ditampilkan sebagai single pertama. “Saya sangat percaya de­ngan kemampuan LY menghasilkan lagu yang menarik dan boleh diterima pendengar. Kami sudah serasi dan tahu kelebihan masing-masing. Bagaimanapun, saya tak menolak lagu lain antaranya Carry On (Terus Melangkah) dan Alright yang kedua-duanya ciptaan Young Soewarno/Maryati turut mempunyai kekuatan sendiri. “Tiga lagu baru ini yang digabungkan dengan lagu hit terdahulu antaranya Panggung Sandiwara (Taufik Ismail/Ian Antono), Jarum Neraka (Ian Antono/Areng Widodo), Bias Sinar (Younky Soewarno/Pamungkas NM), Mengapa (LY/Baiduri), Cinta Di Kota Tua (Donny Fattah/Yudhie NH), Misteri Cinta (Ully Sigar Rusady), Gelombang Kehidupan (Younky Soewarno/Maryati) dan Suka (Ian Antono/Ali Akbar) pasti memberi kepuasan buat semua,” katanya. Selain menggunakan khidmat Ian Antono yang juga pemain gitar Godbless dan Younky bagi memilih lagu terbaik yang ditampilkan, Nicky turut memilih mereka dalam peng­garapan album ini sehingga terbentuk sebuah sinergi muzik yang menarik. “Saya tak mahu menjadikan album Retrospective ini sebagai projek kerinduan semata-mata. Untuk itu, saya tetap tampilkan muzik segar dan terkini yang kena dengan cita rasa golongan muda. Saya memilih Andy Bayou sebagai salah seorang produser album ini. “Dia membuktikan pemilihan ini tepat apabila memberikan sentuhan menarik untuk lagu Cinta Di Kota Tua yang turut menampilkan Rama Moektio, salah seorang pemain dram muda yang berbakat masa kini,” katanya. Memulakan karier seninya menerusi album pertama berjudul Semua Dari Cinta pada 1984, Negeri Khayalan (1995) sehingga album Kemana (2003), Nicky keseluruhannya sudah menghasilkan 14 album serta belasan single. Bukan semata-mata mengejar komersial dan keuntu­ngan, Nicky sebenarnya mempunyai perancangan lain yang lebih mulia apabila menghasil­kan album terbarunya ini. “Saya terdorong untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Jadi, semua royalti penjualan album Retrospective akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan biaya pendidikan. Dulu saya menyanyi untuk populariti dan kesenangan, sekarang menyanyi untuk mendapatkan pahala,” katanya. Sumber: HM

Cara mengesan darah babi pada penapis rokok

SEBAHAGIAN pakar kembali mendedahkan bahawa di dalam penapis rokok ada kandungan darah babi. Salah satunya, Institut Pertanian Bogor, Dr Anna P Roswiem. ”Iya, ada (kandungan darah babi, red) dalam filternya”, ujarnya seperti didalam berita Republika, Bagaimana cara kita dapat mengesan adanya darah babi di penapis rokok dan apa alasan pengeluar rokok memasukkan darah babi di penapis rokok? Dalam rokok ada dua penapis. Penapis pertama, berwarna putih . Penapis ini disambung lagi dengan penapis kedua yang mengandungi darah babi. Menurut tuntutan syarikat merokok, darah ini digunakan untuk menapis toksin yang ada dengan lebih baik. Hemoglobin dari darah babi menapis racun-racun tembakau dengan lebih efektif sehingga racun dapat ditapis sebanyak 70persen lebih sedikit. Biasanya kita boleh mengetahui bahawa merokok itu mengandung hemoglobin babi dengan melihat bungkusan rokoknya. Ada tanda Diamond Filter di bawah bungkusan. Syarikat rokok menulis keterangan itu diluar kotak rokok dengan tulisan dan gambar. Penyelidik di Australia telah meneliti kandungan darah babi dalam rokok itu di salah satu lapangan terbang tentera di China. Jika kita melihat dengan teliti, terlihat titik-titik kuning pada penapis yang biasanya berwarna putih. Titik kuning ini menandakan adanya hemoglobin, atau darah. Menurut sumber Republika, di Indonesia belum ada yang menghasilkan rokok dengan kandungan darah walaupun di negara lain rokok jenis itu sudah lama tersebar. Walaupun begitu, belum tentu penapis tanpa hemoglobin juga bebas dari titik kritis halal. Penapis sendiri terbuat dari Carboxi Metil Selulosa (CMS) yang sebenarnya selamat kerana berasal dari tumbuhan. Tapi, untuk membuat penapis, CMS ini ditambah dengan Gliserol dari Gliserin. Bahan pembuat gliserol ini sumbernya bermacam-macam, ada yang dari sintetik kimia yang halal dan ada juga dari lemak atau minyak. Jika sumbernya dari lemak atau minyak, maka perlu diketahui sumbernya apakah dari haiwan ataukah dari tumbuhan. Jika pun penapis rokok masih bebas dari darah babi, banyak penyelidikan telah membuktikan soal bahaya rokok pada kesihatan. Termasuk penyebab kanser, penyakit jantung, penyakit pernafasan, dan emfisema (penyakit paru obstruktif). Kerana itulah sebahagian ulama mengharamkan rokok, sedangkan ada sebahagian lainnya mengatakan ia makruh Sumber: akakdisebalikpintu.blogspot.com

DCA Paparkan Data Awal Satelit Inmarsat Jejak MH370

Laman web Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah pun memaparkan laporan data dari satelit Inmarsat yang digunakan pakar penyiasat untuk mengesan laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lepas. Laporan tersebut merupakan data dengan beberapa maklumat isyarat satelit setebal 47 muka surat didedahkan kepada umum seperti yang dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa ia akan dibentangkan kepada orang ramai. Menurut kenyataan DCA, Hishammuddin telah mengarahkan DCA untuk berbincang dengan syarikat Inmarsat untuk mendedahkan data berkenaan untuk pengetahuan orang ramai. “Inmarsat dan DCA telah bekerjasama dalam menyediakan data berkenaan untuk didedahkan dari aspen bacaan log dan juga penjelasan berkenaan aspek teknikal data berkenaan,” kata kenyataan DCA di laman web www.dca.gov.my. Menurut kenyataan itu, log yang disertakan berserta nota penjelasan berkenaan pesawat MH370 yang bernombor pendaftaran 9M-MRO disediakan oleh syarikat Inmarsat. Pesawat MH370 hilang sejak 8 Mac lepas dalam penerbangan ke Beijing, China dengan membawa bersama 239 penumpang termasuk anak kapal. Hasil analisis ke atas data berkenaan, pesawat itu telah dikenalpasti berada di selatan Lautan Hindi di mana ia telah menamatkan penerbangannya di kawasan lautan terpencil itu. Pengumuman lokasi akhir pesawat MH370 itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sumber: Motour / Ibnu Khusairy Aris / My News Hub

MH370: PIAM Jamin Mudahkan Tuntuan Insurans

KUALA LUMPUR – Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mengulangi jaminan syarikat insurans terlibat sedang berusaha memudahkan urusan tuntutan yang dibuat waris mangsa insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pengerusinya, Chua Seck Guan berkata, antara langkah yang telah dibuat untuk memudahkan urusan tersebut sebelum ini termasuk memansuhkan keperluan mengemukakan sijil kematian dan mempercepatkan pemberian wang tuntutan. “Ahli PIAM amat komited untuk memberi semua bantuan yang diperlukan untuk memudahkan urusan tuntutan tersebut. “Pemantauan kami mendapati ada waris yang mendapat tuntutan mereka hanya dalam tempoh dua hari bekerja selepas mengemukan dokumen dikehendaki,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Justeru, Seck Guan meminta ahli keluarga mangsa MH370 yang masih belum membuat tuntutan supaya mengemukakan borang dan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan lagi urusan tersebut. Menurutnya, waris keluarga yang mahu mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi PIAM di talian 03 – 2274 7395/9 atau hadir ke pejabat persatuan itu di Jalan Tun Sambanthan di sini. Sumber: My News Hub

MH370 : Australia Peruntukan $89.9 Juta Dolar Ops Mencari

KERAJAAN Australia telah memperuntukkan $89.9 juta Dolar (RM271 juta) pada belanjawan 2014 negara itu untuk meneruskan operasi pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi. Laporan Daily Mail UK menyebut jumlah itu diperuntukkan kerana jangkaan Australia bahawa operasi pencarian berskala besar itu berkemungkinan berlarutan selama kira-kira dua tahun. Lebih-lebih lagi pencarian yang sedang dijalankan sehingga hari ini gagal menemui sebarang objek yang berkaitan dengan pesawat itu. Kerajaan Australia turut mengumumkan perbelanjaan sebanyak $27.9 juta Dolar kepada Jabatan Pertahanan untuk menampung kos pencarian pesawat MH370 sehingga bulan depan. Sebanyak $2 juta Dolar pula akan diperuntukkan kepada Pusat Koordinasi Kerjasama Agensi (JACC) yang diwujudkan pada 30 Mac lepas untuk mengendalikan operasi mencari. “Kerajaan akan menyediakan sehingga $89.9 juta Dolar untuk tempoh dua tahun sebagai sebahagian daripada komitmen Australia untuk mencari pesawat MH370. “Sebanyak $60 juta Dolar lagi belanjawan tambahan untuk dua tahun akan disediakan untuk Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) untuk fasa seterusnya pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac lepas itu,” menurut kenyataan belanjawan. Pengumuman berkenaan dibuat selepas beberapa ketika berita dari pasukan mencari bahawa isyarat ping yang dikatakan hadir dari kotak hitam pesawat MH370 yang hilang berkemungkinan besar tidak langsung berpunca dari pesawat itu. Seorang pegawai kanan Tentera Laut Australia berkata beliau berasakan ada beberapa isyarat yang dikesan bulan lepas sebenarnya tidak datang dari kotak hitam MH370. Komander Tentera Laut Australia James Lybrand berkata empat isyarat ping yang dikesan oleh kapal selam robotik milik Amerika Syarikat Bluefin-21 bukan hadir dari alat yang dicipta manusia kerana isyaratnya terlalu lemah. Pasukan pencarian mengesan dua isyarat pada 5 April lepas dengan frekuensi 33.5kHz sebelum dua lagi isyarat dikesan tiga hari selepas itu dengan frekuensi 27kHz. Dengan dua isyarat dilihat lebih rendah dari frekuensi alat pengesan kotak hitam iaitu 37.5kHz, isyarat yang dikesan pada 5 April adalah dilihat berkemungkinan datang dari pesawat yang hilang itu. Menurut Lybrand, frekuensinya yang rendah berkemungkinan berpunca dari kuasa bateri yang semakin lemah ditambah keadaan laut yang bergelora. Sumber: Ibnu Khusairy Aris

Tidak berseluar dalam punca akaun Instagram Ruhanna disekat

LOS ANGELES: Akaun Instagram peribadi milik bintang R&B, Rihanna, telah dibekukan berikutan masalah teknikal yang dihadapi dalam laman sosialnya itu. Sebelum itu, penyanyi 26 tahun kelahiran Barbados yang mula hit dengan lagu Umbrella itu, telah mencetuskan kontroversi apabila memuatnaikkan gambarnya yang kurang sopan. Gambar yang kurang sopan itu menampilkan dirinya dalam keadaan separuh bogel yang mana ianya telah dipaparkan dalam majalah lelaki Perancis. Disebabkan gambar itu, Rihanna telah dipaksa untuk memadamkan semula gambar tersebut kerana ia telah melanggar polisi syarikat sosial media untuk tidak menyiarkan gambar-gambar yang bersifat erotik.

Namun, pihak pengurusan Instagram menafikan bahawa masalah teknikal yang wujud itu mempunyai kaitan dengan gambar yang dimuatnaikkan itu. Sebaliknya, mereka memberitahu bahawa akaun Instagram Rihanna itu secara tidak sengaja telah terperangkap dalam sistem akaun yang dibekukan fungsinya dan ianya berlaku secara automatik. “Kami memohon maaf di atas kesulitan yang tidak disengajakan ini,” katanya pihak pengurusan Instagram. Akaun Instagram peribadi Rihanna memiliki pengikut seramai 12 juta dari seluruh pelusuk dunia. Sumber: Awani

Awie Pelajar ‘Nakal’ Ketika Di Alam Persekolahan
Tanda Awie
Penyanyi dan pelakon popular, Awie memang terkenal dengan gaya lagak samsengnya namun jangan tak tahu sebenarnya Awie memang agak nakal ketika di zaman persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang, Kuala Lumpur dari 1981 hingga 1985. Mengimbau kembali zaman silam Awie, 46, atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, seorang rakan baik Awie, Izhar Yahaya atau Snake mengakui kumpulan mereka agak nakal dan ketika di tingkatan lima mereka sudah mula menghisap rokok termasuk ponteng sekolah. Selain itu, mereka juga kerap terbabit dengan pergaduhan dengan pelajar dari sekolah lain. “Setiap hari Jumaat, kami selalu lepak di pasar malam Taman Balak dekat Keramat. Di situ kami selalu bergaduh dengan kumpulan remaja lain yagn tinggal di kawasan tu”. “Setiap kali ada pergaduhan Awie jarang melarikan diri. Dia memang berjiwa kental dan sebab itu saya dengannya dulu,” katanya memetik Harian Metro. Wah, muda-muda dah tunjuk samseng dah Awie, tapi itu mungkin karakternya yang terdahulu dan yang penting sekarang Awie sudah pun mengecapi kejayaan tersendiri dengan mencipta nama sebagai salah seorang rocker terhebat dalam industri hiburan tanah air.

Sumber: Audre Lee / My News Hub

Banduan maut terjatuh dari Hospital HRPZ

KOTA BHAR: Pagi ini orang ramai dan kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZII) Kota Bharu di gemparkan dengan kejadian seorang lelaki maut di percayai terjatuh dari bangunan hospital tersebut.

Mangsa adalah seorang banduan yang sedang mendapat rawatan di hospital berkenaan di percayai cuba melarikan diri dan terjatuh dari bangunan hospital tersebut. Ada pula yang mendakwa mangsa membunuh diri, namun punca sebenar kejadian masih di siasat oleh pihak berwajib. Sumber: azmyawangklanajaya.blogspot.com

Pasangan ditahan selepas dipercayai sebab kematian anak

AMPANG: Seorang pemandu teksi dan isterinya ditahan selepas dipercayai menyebabkan kematian anak lelaki mereka berusia enam tahun, semalam. Pasangan berusia 35 dan 31 tahun itu ditahan di rumah mereka di Pangsapuri Permai Ria, di sini kira-kira jam 5.30 petang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata polis kini sedang mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut. Sumber: BH online

Emma Dikawal Polis Bersenjata Ketika Konvo

Nampaknya status sebagai selebriti popular Hollywood telah mendorong aktres British, Emma Watson untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjalani kehidupan sehariannya. Antaranya, Emma, 24, telah mengupah seorang anggota polis wanita yang bersenjata untuk melindunginya ketika menghadiri majlis graduasinya di Universiti Brown, Rhode Island, baru-baru ini. Pegawai polis tersebut menyamar sebagai graduan dengan memakai jubah graduan serta mortar board dan duduk di sebelah aktres filem Harry Potter itu. Ibu Emma turut hadir menyaksikan majlis graduasi anaknya yang menuntut dalam pengajian sastera English.

Sumber: Audrey Lee / My News Hub

Kereta dibakar untuk hapus bukti – Polis

KEPALA BATAS: Polis mengesahkan Toyota Wish yang ditemui di ladang kelapa sawit di Ara Kuda di sini petang semalam, sengaja dibakar kumpulan penjenayah untuk melupuskan bahan bukti. Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata kenderaan berkenaan yang terbakar hampir 60 peratus terutama di bahagian dalamnya dipercayai ditinggalkan oleh penjenayah yang terbabit dalam kes rompakan di Parit Buntar, semalam. Beliau berkata, hasil maklumat awam, polis dan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan dan memadam kebakaran pada Toyota Wish berkenaan. ”Semakan dilakukan terhadap nombor casis kenderaan mendapati Toyota Wish itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, Perak tahun lalu,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. Justeru, katanya, kenderaan ini dibawa ke IPD SPU untuk pemeriksaan forensik. Sumber: BH Online

Produk Tempatan Dengan Kod E Boleh Diguna Tanpa Waswas

PUTRAJAYA – Produk tempatan dengan sijil pengesahan Halal Malaysia yang mempunyai ‘kod E’ boleh digunakan tanpa waswas, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha. Beliau berkata tidak semua produk makanan yang mempunyai kod atau nombor ‘E’ mengandungi bahan daripada sumber yang haram. Kod E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan selalu diguna pada label makanan di negara Kesatuan Eropah yang merujuk kepada bahan aditif yang dibenarkan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Kod E lazimnya dikaitkan mengandungi bahan bersumberkan khinzir. Menurut Othman, nombor E diguna pada label produk makanan di Australia, New Zealand, Amerika Utara terutama Kanada, dan Israel. Skim penomboran itu adalah mengikut sistem penomboran antarabangsa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius, katanya. Beliau berkata penomboran itu adalah koleksi pelbagai standard, kod amalan, panduan antarabangsa yang diiktiraf berkaitan dengan makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bertujuan menjaga kesihatan manusia dan memastikan kod perdagangan yang beretika dijalankan.
Bahan Aditif mengikut nombor E:
E100 – E199 – Warna
E200 – E299 – Pengawet
E300 – E399 – Oksidan, Fosfat, Antioksida dan Pengawal Asid
E400 – E499 – Pemekat, Pelembap, Penstabil dan Emulsifier
E500 – E599 – Garam, Regulator Asid dan agen penghalang kerak
E600 – E699 – Penambah perisa
E900 – E999 – Pemanis dan bahan-bahan lain
E1000- E1999 – Bahan Kimia Tambahan
“Tidak semua nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan daripada sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semula jadi, kimia dan haiwan,” katanya. Othman berkata contoh kod E yang paling kerap menjadi persoalan ialah E471, yang merupakan sejenis pengemulsi iaitu mono dan digliserida. Sumbernya ialah lemak sintetik yang terhasil daripada gliserol dan asid lemak semula jadi terutamanya dalam tumbuhan contohnya minyak kelapa sawit atau lemak haiwan, kata Othman. Ramuan itu secara umumnya ialah sebatian pelbagai bahan dengan kandungannya hampir sama dengan lemak semula jadi yang boleh dihadam. Bagaimanapun Othman menasihati pengguna Islam agar berhati-hati dengan produk mempunyai kod E tanpa sijil Halal Malaysia yang tidak dibuat di negara ini. “Orang ramai harus peka mengenai jenis aditif makanan dan tahap kandungan yang dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu produk makanan,” katanya yang turut menggesa pihak industri agar lebih bertanggungjawab dan mengenal pasti sumber aditif yang diguna agar tidak menimbulkan keraguan pengguna Islam. Dalam pada itu, Jakim menerusi Bahagian Hab Halal akan memastikan syarikat yang memohon sijil halal wajib mengisytihar kesemua ramuan termasuk menyertakan dokumen kukuh mengenai status halal aditif yang digunakan dalam produk makanan mereka. Sumber: Bernama

Keupayaan Polis Perlu Seiring Dengan Pembangunan Negara

BATU PAHAT – Pembangunan ekonomi dan sosial semasa memerlukan peningkatan keupayaan polis bagi membolehkan perkhidmatan itu berhadapan dengan persekitaran yang lebih kompleks, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Selasa. Timbalan perdana menteri berkata pasukan polis perlu diberikan prasarana yang terbaik bagi membolehkannya berada di tahap selari dengan pembangunan negara. “Kelengkapan logistik dan prasarana yang terkini merupakan satu keperluan dalam melahirkan perkhidmatan polis berkelas dunia,” katanya pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat bernilai RM61 juta di sini hari ini. Perkhidmatan polis, katanya, tidak boleh ketinggalan kerana persekitaran dunia ketika ini begitu dinamik dalam serba serbi menyentuh pelbagai fenomena sosial dan penjenayahan. Muhyiddin juga meminta pemimpin-pemimpin Polis Diraja Malaysia menitikberatkan aspek keilmuan dan kepakaran menerusi pengkayaan pengalaman. Sumber: Bernama

Tip-tip Semasa Mengeluarkan Wang Di Mesin ATM

Kekerapan orang ramai menggunakan perkhidmatan ATM untuk mengeluarkan wang atau melakukan lain-lain transaksi memberi peluang kepada penjenayah melakukan rompakan dan kebanyakan kes adalah disebabkan kecuaian pengguna itu sendiri. Antara modus operandi yang sering digunakan oleh si penyamun ialah dengan menggunakan taktik ‘tepuk bahu’ yang juga merupakan cara paling licik dan tidak disedari oleh pengguna.

Walaupun jenayah ‘tepuk bahu’ di ATM jarang dilaporkan berbanding dengan jenayah lain, namun perkara seperti ini perlu dititikberatkan pengguna khususnya golongan wanita dan pelajar. Jika ingin mengeluarkan wang di ATM, pastikan anda berteman dan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengelak jenayah ini. Memetik kes yang pernah dilaporkan oleh Sinar Harian, seorang mangsa yang dikenali sebagai Azmi sedang mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berhampiran kawasan pejabatnya. Sedang dia mengambil wang yang telah dikeluarkan di ATM terbabit, tiba-tiba bahunya ditepuk daripada belakang oleh seseorang yang tidak dikenali memberitahu duitnya terjatuh. Selepas mengambil duitnya yang ‘terjatuh’ itu, dia terkejut apabila mendapati duit yang dikeluarkan di ATM tadi sudah lesap. Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Jika anda pernah mengalaminya, anda mungkin menjadi antara ribuan mangsa si penyamun yang sentiasa ‘dahagakan’ wang ringgit.
Di sini terdapat tip-tip yang harus anda amalkan ketika menggunakan perkhidmatan ATM ialah:
Sasaran mangsa si penyamun
-Orang yang mendapat gaji pada hujung bulan
-Golongan wanita
-Mereka yang bersendirian di mesin ATM
-Orang yang mengeluarkan wang pada waktu malam
-Orang yang kerap mengambil wang dalam tempoh masa yang tetap seperti ahli perniagaan
-Leka mengira wang tunai di hadapan mesin ATM
-Berbual dengan orang yang tidak dikenali ketika di mesin ATM
Tips pencegahan
-Keluarkan wang ketika diwaktu yang mempunyai orang ramai terutamanya pada waktu tengah hari.
-Bawa teman ketika mengeluarkan wang di mesin ATM.
-Sekiranya anda berasa curiga dengan orang yang berada di kawasan ATM, segera hubungi pihak polis.
-Jangan beritahu maklumat bank anda kepada orang lain.
-Jangan melayan sesiapa semasa membuat transaksi di ATM
-Pastikan nombor pin tidak terdedah ketika membuat transaksi.
-Jangan berlengah-lengah di kawasan ATM tersebut. Terus beredar.
-Jika seseorang tidak dikenali datang menghampiri setelah mengeluarkan wang, terus masuk ke dalam kereta dan kunci kemudian beredar dari situ. Bersedia untuk menekan hon kereta jika perkara tidak diingini berlaku. Bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’.
Oleh: hzqahmd

Kesal Masih Teruna, Elliot Rodger Bunuh 6 Wanita

Seorang penuntut University of California Santa Barbara, Elliot Rodger nekad membuat tembakan rambang di universiti pengajiannya sehingga menyebabkan enam penuntut wanita terbunuh, baru-baru ini. Menurut video yang dikongsikannya dalam laman Youtube beberapa jam sebelum insiden itu berlaku, Rodger bertekad akan mengambil nyawa mereka disebabkan keengganan wanita-wanita tersebut menjalinkan hubungan seks dengannya selain menyisihkan dirinya. Malah menerusi video itu juga, Rodger menceritakan kisah hidupnya yang tidak pernah diminati wanita walaupun dia mempunyai segala-galanya dari segi paras rupa kacak dan kemewahan harta benda malah mengakui masih teruna walaupun usianya sudah mencecah 22 tahun. Rodger merupakan anak kepada penolong pengarah filem The Hunger Games, Peter Rodger manakala ibunya merupakan seorang rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang yang sudah lama berhijrah ke Amerika, Lichin Rodger. Selepas melakukan tembakan, Rodger telah menembak dirinya sendiri di bahagian kepala, dalam kereta mewahnya miliknya. Ibu bapa Elliot yang masih lagi terkejut dengan tindakan nekad anak mereka. Sumber:



Audrey Lee / My News Hub

Imam masjid negara saran tindakan tegas terhadap Cadbury

KUALA TERENGGANU: Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyarankan agar tindakan tegas diambil terhadap Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA khinzir di dalam dua produknya. Beliau berkata tindakan seperti denda yang berat atau penutupan kilang adalah wajar sebagai pengajaran kepada syarikat lain agar lebih berhati-hati dalam pematuhan piawaian halal. “Apa sahaja keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap syarikat itu akan kita sokong, asalkan ia tidak berulang pada depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mahabbah dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini Selasa. Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu lalu yang mengesahkan dua sampel coklat keluaran Cadbury mempunyai DNA khinzir. Mengulas lanjut, Syaikh Ismail juga tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang berniat jahat dengan menjadikan makanan sebagai alat untuk menggugat akidah umat Islam. Justeru, beliau menyeru umat Islam agar lebih berhati-hati dengan status makanan yang diambil kerana sikap sambil lewa terhadap perkara itu hanya memudaratkan umat Islam sendiri. “Jika umat Islam memandang remeh perkara ini, ia sama sahaja seperti orang yang tidak beriman yang makan apa sahaja tanpa mengira halal haramnya sesuatu produk itu. “Pada masa sama, kita mengharapkan pihak berkuasa terus memantau syarikat pengeluar makanan yang lain bagi mengelak perkara ini terjadi,” katanya. Sumber: mStar

Isu ‘Gay’: Iqram Dinzly Dicabar Soo Wincci

INI merupakan kesinambungan cerita ‘gay’ pelakon kacak, Iqram Dinzly yang baru sahaja kami kongsikan sebentar tadi. Rupa-rupanya, mesej antara pelakon itu dengan rakan lelakinya terjadi selepas dicabar oleh penyanyi dan model, Soo Wincci. Ia dijelaskan sendiri oleh Wincci menerusi akaun Instagramnya melalui mesejnya memohon maaf daripada Iqram:

Biarpun dilihat terbuka dengan permohonan maaf itu, Iqram nampaknya tidak mampu menyembunyikan perasaan bengangnya terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh pihak luar. Justeru, dia sengaja memuatnaik gambar dengan beberapa rakan lelaki dengan ‘caption’ seolah-olah memerli mereka yang mengutuknya.

Hmm, sabarlah Iqram. Harapnya selepas ini tak adalah selebriti yang bergurau mengenai isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi sebegini. Ingat ya, sebagai selebriti setiap perbuatan anda akan sentiasa diperhati… Sumber: Elza / My News Hub

Poroshenko menang pilihan raya Ukraine

Poroshenko berikrar untuk hentikan keganasan di Ukraine.
KIEV - UKRAINE. Jutawan coklat, Petro Poroshenko memenangi Pilihan Raya Presiden Ukraine pusingan pertama dengan memperoleh sebanyak 55.9 peratus undi. Kemenangan awal Poroshenko, 48, sekali gus meletakkan harapan bahawa beliau mampu memulihkan semula krisis negara itu yang semakin meruncing. Sementara itu, bekas perdana menteri, Yulio Tymoshenko menduduki tempat kedua dengan 12.9 peratus dan beliau turut menyatakan sedia bekerjasama dengan Poroshenko bagi menghentikan konflik di Ukraine. Kelmarin, proses pengundian tetap diadakan walaupun negara itu sedang bergolak, di mana puak pemisah pro-Rusia dilaporkan masih menawan beberapa bangunan kerajaan dan menyerang anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan ibu pejabat wilayah berkenaan, laporan dipetik dari AP. Sumber: AP / Sinar Online

Saman MAS Bukan Tindakan Melulu – Hanez Suraya

Aktres Hanez Suraya kembali ‘memanaskan’ industri sejak mingu lalu, ekoran isu terbaru iaitu tindakannya memfailkan saman terhadap syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Saman tersebut atas dakwaan pihak MAS telah mendedahkan tiket penerbangan pelakon drama Love You, Mr. Arrogant itu bersama kekasihnya, Romie Razin Adilha ke Bangkok, Thailand, di laman sosial pada April lalu. Hanez bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes berkenaan. “Saya minta maaf kerana saya tidak boleh mengulas mengenai kes yang sedang berlangsung. Saya dinasihatkan oleh peguam untuk tidak memberikan sebarang komen kerana ini melibatkan pihak mahkamah. Saya harap semua pihak tidak mendesak saya,” ujar Hanez Suraya seperti yang dilaporkan portal hiburan gua.com.my Ekoran tindakannya memfailkan saman itu juga, Hanez dihujani tomahan kerana dia dikatakan mengambil tindakan saman secara melulu tanpa berfikir dahulu. “Ada pihak yang kata saya mahu terus-terusan saman. Seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini, pihak saya telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan pihak mereka selepas gambar tiket itu tersebar dan perkara itu berlangsung selama sebulan. “Malangnya, saya tidak mendapat kerjasama. Jadi saya teruskan dengan tindakan saman. Justeru itu, kepada mereka yang memberi pendapat negatif begitu, diharap dapat membaca dahulu cerita yang dipaparkan sebelum ini sepenuhnya. Jangan baca tajuk sahaja lalu melemparkan tohmahan kepada saya,” katanya lagi. Sumber: Gua.com.my

Anggap Banjir Berlaku Amaran Kemenangan Maknyah

Serbia – Penduduk di Serbia, Bosnia dan Croatia kini menyalahkan penyanyi maknyah berjambang, Conchita Wurst yang memenangi pertandingan nyanyian Eurovision tahun ini, kerana menyebabkan berlakunya banjir besar hingga meragut 50 nyawa setakat ini. Mereka yang berfahaman orthodox menyifatkan banjir itu sebagai amaran kerana sisi gelap dan liar penyanyi itu. “Ini bukan kebetulan sebaliknya ia satu amaran. “Tuhan menurunkan hujan sebagai peringatan kepada orang ramai agar jangan menyertai sesuatu yang liar,’’ kata seorang penganut orthodox Serbia, Patriarch Amfilohije. Banjir yang melanda kawasan berkenaan bukan sahaja menyebabkan kematian malah 150,000 orang terpaksa dipindahkan. Conchita atau nama sebenarnya Tom Neuwirth memenangi pertandingan Eurovision awal bulan ini. Kemenangannya itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Sumber: Telegraph / My News Hub

Tentera Nigeria Tahu Dimana Boko Haram Simpan Gadis-Gadis yang Diculik

Tentera Nigeria mengatakan mereka tahu di mana gadis-gadis diculik oleh Boko Haram disimpan tetapi mereka tidak akan cuba menyelamatkan. Kakitangan Ketua Pertahanan Nigeria berkata ia adalah "Berita baik untuk ibu bapa," walaupun beliau mengakui tentera tidak akan mengambil risiko "pergi ke sana dengan pasukan" untuk misi menyelamat kuatiri tawanan-tawanan tersebut akan dibunuh. Lebih daripada 200 kanak-kanak perempuan telah diculik oleh lelaki bersenjata Boko Haram dari sekolah mereka di utara Nigeria pada bulan April. Terdahulu, BBC mengetahui bahawa perjanjian untuk melepaskan beberapa gadis-gadis hampir dicapai tetapi telah dihalang oleh kerajaan. Sumber: BBC

Ning Baizura Diet Makan Nasi Dengan Kicap, Itu Saja?

Ramai orang sanggup mengamalkan pelbagai cara berdiet demi mahukan penampilan yang cantik sekaligus bentuk badan raping dan ideal. Bagi penyanyi bersuara soprano Ning Baizura, beliau punya cara tersendiri iaitu mengamalkan diet microbiotic. Menerusi laman instagramnya, pelantun lagu ‘Aku Bukan Wanita Sempurna’ ini menulis yang beliau kembali mengamalkan diet tersebut sejak beberapa meninggalkan untuk sementara waktu. Menunya ringkas saja, nasi beras perang dengan kicap berlaukkan telur dadar, brokoli dan bendi rebus juga keropok. Ning juga menulis, mengikut falsafah kepercayaan Ying dan Yang, amalan diet tersebut adalah sangat baik untuk kesihatan dan merupakan amalan diet yang diamalkan ramai, sejak tahun 60-an. Bukan saja dapat menurunkan berat tetapi dapat menseimbangkan semula kesihatan dan gaya hidup kita. Ning dengan cara diet microbiotic. Cara anda berdiet pula bagamaina?

Sumber: Malaysian Digest

Wartawan Ditembak Mati Di Libya - Pasukan Perubatan

Wartawan dan pekerja sektor media mengadakan demonstrasi membantah pembunuhan Meftah Bouzid.
BEBGHAZI: Seorang editor dan pengkritik golongan jihad Libya ditembak mati pada Isnin di bandar timur Benghazi, demikian menurut pasukan perubatan. Mereka berkata Meftah Bouzid, 50, editor akhbar mingguan Burniq, ditembak mati di tengah-tengah bandar Mediterranean. Sebagai seorang wartawan dan penganalisis, Bouzid sering tampil di televisyen untuk mengkritik kumpulan pelampau Islam. Pembunuhan Bouzid berlaku sehari selepas Perdana Menteri baharu Libya, Ahmed Miitig memenangi undi percaya di Parlimen pada Ahad. Sumber: BBC / mStar

Pelajar Temui Mumia Berusia 7,000 Tahun

SANTIAGO: Sekumpulan pelajar menemui mumia berusia 7,000 tahun ketika dalam perjalanan ke utara Chile, lapor media tempatan pada Selasa. Akhbar La Tercera melaporkan bahawa penemuan itu berlaku secara kebetulan pada Sabtu lalu ketika lawatan ke tapak Morro de Arica oleh sekumpulan pelajar tempatan. Mereka yang mendaftar di bengkel arkeologi melaksanakan kerja-kerja penggalian apabila seorang daripada mereka menemui objek pelik. Menurut laporan, artifak arkeologi purba itu ditolak ke permukaan berikutan gempa bumi kuat yang menggegarkan bahagian itu April lalu. Penganjur lawatan, Hans Neira berkata selepas penemuan mumia itu, kawasan berkenaan perlu diisytiharkan sebagai zon yang dilindungi. Sumber: Phys / mStar

Sihat, Belum Tentu ‘Bebas’ Diabetes

KUALA LUMPUR – Suatu yang agak menyedihkan, apabila masih ramai di luar sana begitu yakin terselamat daripada menghidap diabetes atau kencing manis, penyakit yang sering kali dikaitkan puncanya dengan pengambilan gula berlebihan. Keyakinan itu juga menyebabkan mereka mula mengambil sikap sambil lewa mengenainya serta komplikasi daripada penyakit itu yang berpotensi menjejaskan kehidupan seseorang individu. Mereka juga terus mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti pengambilan diet tidak seimbang walaupun menyedari semua itu akan menambah risiko menghidap penyakit kronik yang begitu membimbangkan ini. Semuanya, kerana merasakan tubuh badan mereka ‘sihat’ dan tidak mengalami sebarang kesakitan yang boleh dikaitkan puncanya dengan diabetes. Akan tetapi, adakah benar rasa sihat dan yakin itu bererti anda betul-betul ‘bebas’ daripada penyakit yang juga dikenali sebagai pembunuh senyap ini?.
SAYA SIHAT!
“Silap, kerana tanpa disedari anda mungkin penghidap diabetes,” kata Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Perubatan, Perunding Kanan Endokrinologi, Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Mafauzy Mohamed. Dianggarkan kira-kira 50 peratus daripada mereka yang ada penyakit ini tidak mengetahui sedang menghidap kencing manis. Ini susulan pesakit tidak mengalami sebarang tanda peringkat awal sehingga membuatkan mereka terus selesa dan tidak melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mereka rasa sihat seperti orang biasa sehinggalah mula mengalami simptom-simptom seperti letih lesu, kerap kencing, berkali-kali rasa dahaga dan susut berat badan. Keadaan ini, agak membahayakan kerana penyakit diabetes ibarat pembunuh yang bersembunyi dan akan muncul apabila ia sudah tidak terkawal. “Biasanya, seseorang pesakit telah ada diabetes lebih kurang lima tahun sebelum mereka dapat tanda-tanda penyakit itu. Mereka harus sedar bahawa walaupun tidak ada tanda, tetapi kalau paras glukos darah tinggi, mereka berisiko mendapat komplikasi diabetes pada kemudian hari. “Adalah lebih baik mengawalnya dari awal supaya tidak mendapat komplikasi yang akan menyusahkan mereka dan berisiko maut,” katanya. Antara sebab kelenjar pankreas tidak mengeluarkan insulin yang cukup bagi mengawal paras gula dalam darah adalah disebabkan faktor genetik (keturunan), lanjut usia, kegemukan dan kemusnahan sel pembuat insulin.
TREND MEMBIMBANGKAN
Terdapat dua jenis diabetes iaitu jenis 1, merujuk kepada ketiadaan hormon insulin langsung dalam badan manakala jenis 2, badan tidak mengeluarkan hormon insulin secukupnya untuk mengawal paras gula dalam darah. Kebiasaannya, diabetes jenis 1 yang juga sebelum ini dikenali sebagai ‘diabetes juvenil’ tidak dapat dielakkan berikutan ia faktor genetik. Mereka mewarisinya daripada ibu bapa dan selalunya akan didiagnos menghidap diabetes jenis ini sejak kecil mahupun ketika meniti dunia remaja. Bagaimanapun, komuniti ini tidak menggusarkan kerana peratusan mereka kecil tidak melebihi 10 peratus. Paling membimbangkan negara ketika ini adalah trend peningkatan diabetes jenis 2, yang mana faktor penyumbangnya boleh dikawal tetapi tidak diambil perhatian jitu oleh masyarakat. “Selain faktor genetik, penyumbang utama diabetes jenis ini adalah disebabkan gaya hidup moden yang sering kali dikaitkan persekitaran kehidupan tidak sihat dan tidak aktif. “Diabetes jenis 2 adalah paling lazim dan menyumbang kepada 90 peratus kes penyakit ini di seluruh dunia,” katanya kepada Bernama.
SELURUH DUNIA
Kebimbangan terhadap penyakit kronik ini tidak hanya kepada negara malahan meliputi seluruh dunia apabila turut sama terasa terancam dengan peratusannya yang meningkat setiap tahun. Kajian oleh International Diabetes Federation 2013 (IDF) mendapati sebanyak 382 juta manusia hidup dengan penyakit ini di seluruh dunia dan dijangka jumlahnya akan melonjak kepada 592 juta orang pada tahun 2035. Di Malaysia jumlah penghidap diabetes juga agak membimbangkan. Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam dipetik sebagai berkata pada tahun 2013, jumlah penghidap diabetes mengalami peningkatan kepada 2.6 juta penghidap atau 15 peratus daripada jumlah penduduk negara ini berbanding pada tahun 2000 kira-kira 0.94 juta penghidap. Melihat senario ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah memansuhkan subsidi gula bagi menggalakkan kehidupan sihat selain bertujuan memerangi penyakit kronik ini. Biarpun pada awalnya tindakan ini dianggap tidak rasional dan membangkitkan rasa ketidakpuasan hati masyarakat, namun ia dilihat wajar berikutan semakin ramai cenderung kepada pengambilan gula tanpa kawalan.
KOMPLIKASI MENAKUTKAN
Peningkatan statistik ini juga disebabkan semakin ramai mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti yang dikenalpasti antara punca diabetes. Di Malaysia, 82 peratus pesakit diabetes jenis 2 dikategori sama ada mempunyai berat badan berlebihan atau obes. “Ramai yang sedar sebab-sebab penyakit ini, tetapi mereka tidak mengambil tindakan mengurangkan pengambilan makanan atau meningkatkan aktiviti fizikal bagi mencegah atau mengawal diabetes,” kata Dr Mafauzy. Walhal pengurusan berat badan yang berkesan amat penting terutama bagi pesakit diabetes jenis 2 kerana jika terlebih atau obes, pengawalan paras glukosa darah akan menjadi lebih sukar. Lantaran itu, sikap dan mentaliti yang tidak kisah dengan penyakit ini dan komplikasinya harus diubah kerana boleh membahayakan nyawa apabila ia tidak terkawal. Diabetes tidak terkawal berpotensi menyerang organ lain secara senyap sehingga mendatangkan komplikasi yang akhirnya membuatkan mereka berhadapan trauma sepanjang hayat ataupun mengakibatkan maut. “Komplikasi diabetes bergantung kepada berapa lama paras glukos darah tinggi dan berapa tinggi paras glukos darah. Makin lama pesakit berada dalam situasi paras glukos darah tinggi, maka makin tinggi risiko dia mendapat komplikasi. “Diabetes tidak terkawal akan menyebabkan kerosakan saluran darah, mata, buah pinggang, saraf dan kaki. Ini juga akan menyebabkan sakit jantung, strok, kurang penglihatan atau buta, kehilangan deria rasa dan kaki terpaksa dipotong,” jelas Dr Mafauzy.
TANYA DIRI ANDA
Hakikat ini, mengasak akan keperluan mengamalkan budaya pemakanan seimbang, mengawal pengambilan gula serta mengaplikasikan persekitaran hidup yang sihat. Apatah lagi, penyakit ini tidak ada penawarnya tetapi boleh dicegah atau bertahan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ketika ini, rawatan diabetes selain daripada amalan pemakanan betul dan meningkatkan aktiviti fizikal adalah ubat-ubatan dan suntikan, kata Dr Mafauzy. “Diabetes jenis 1 memerlukan suntikan insulin kerana mereka tiada insulin langsung yang dikeluarkan oleh pankreas. Jenis 2 pula boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang boleh membantu insulin yang ada dalam badan mengawal paras glukos darah,” katanya. Sumber: Bernama

Iqram Terkejut Dituduh Jalin Hubungan Songsang Lagi

PETALING JAYA – Pelakon Iqram Dinzly menganggap ada pihak cuba mensabotaj dirinya apabila dituduh menjalinkan hubungan songsang, selain berfoya-foya di sebuah kelab malam di London, November tahun lalu. Iqram, 33, yang terkejut apabila isu hubungan songsang membabitkan dirinya sekali lagi menjadi isu, sedangkan dia langsung tidak terlibat dengan perilaku tersebut bagaimanapun mengakui berkunjung ke kelab malam di United Kingdom itu sekadar untuk melihat suasananya. “Mungkin ada pihak yang mahu sabotaj saya. Kenapa orang nak kaitkan saya dengan hubungan songsang hanya kerana melihat saya bergambar dengan lelaki. Salah ke saya nak bergambar dengan kawan saya sendiri? “Bagaimanapun saya mengakui ada berkunjung ke sebuah kelab malam di London tetapi bukan berfoya-foya, sebaliknya sekadar mahu melihat suasananya sahaja,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin. Sebuah laman blog pada Isnin mendedahkan seorang pelakon lelaki (dituju kepada Iqram) dikatakan mengunjungi beberapa kelab malam di London. Iqram yang ketika itu ditemani seorang pelajar lelaki rakyat Malaysia didakwa menjalin hubungan songsang. Malah laman blog itu turut mendedahkan mesej daripada aplikasi Whatsapp berbau lucah kononnya ia adalah mesej perbualan antara Iqram dan pelajar tersebut. Sementara itu, Iqram menyifatkan ia sebagai satu gosip lucu dan enggan mengambil serius mengenai perkara itu. “Apa yang saya tak faham, kawan dengan perempuan salah, dengan lelaki salah. Habis saya nak berkawan dengan siapa? “Berkenaan mesej Whatsapp itu, saya pun tak pasti itu mesej saya atau tidak. Tetapi kalau dengan rakan-rakan lelaki saya memang suka bercakap kasar. “Rasa lucu pula bila isu ini berbangkit lagi. Sebelum ini bila rapat dengan Soo Wincci, saya dikatakan cuba mengurat dia, sekarang cerita lain pula. “Apa-apapun, yang penting keluarga faham siapa saya yang sebenar,” tegasnya. Dalam perkembangan lain, Iqram baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama di bawah produksi Shawana Productions iaitu Kalau Hati Ini Rama-Rama dan Cinta Meniti Starimost. Selain itu lakonan Iqram juga bakal muncul menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 yang akan ditayangkan pada September depan. Sumber: mStar

Hikmah di sebalik Piala Thomas
TANGGAL 25 Mei menandakan tarikh Malaysia berjuang sekali lagi sesudah tempoh 12 tahun dalam perlawanan akhir Piala Thomas. Tentunya sekalung penghargaan harus diberikan kepada skuad badminton Malaysia yang telah menunjukkan semangat juang tinggi; lantas memberikan sinar harapan kepada rakyat - kita mampu mengukir kejayaan di peringkat antarabangsa. Walaupun kesudahan perlawanan tersebut masih belum lagi memihak kepada kita namun sesuatu yang amat berharga boleh kita perhatikan bahawa pada ketika perlawanan tersebut berlangsung, sempadan-sempadan yang telah memisahkan rakyat Malaysia pada ketika itu semuanya lenyap. Tiada lagi Cina, Melayu atau India. Apa yang lebih hebat lagi, tidak ada lagi ahli-ahli parti politik yang berbeza; walau pada masa sama, pengiraan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor sedang berlangsung. Berita mengenai pilihan raya tersebut seolah-olah ditenggelami oleh harapan rakyat untuk melihat anak-anak bangsa berjaya membawa pulang piala yang telah lebih 20 tahun dirampas daripada tangan kita. Masa terhenti seketika; pada saat mata ditambah menerusi gandingan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong ketika kami yang sibuk berkempen di Teluk Intan, kami semua seolah-olah terpaku sebentar. Walau tidak dinafikan ramai juga masih terpaku dengan calon DAP, Dyana Sofia, detik tersebut ditandakan dengan sinar Piala Thomas. Fenomena aneh ini membuktikan sesuatu kepada kita semua. Rakyat sebenarnya mampu untuk bersatu antara satu sama lain, walaupun latar belakang berbeza, sekiranya kita mampu melupakan perbezaan tersebut demi mencapai cita-cita yang murni untuk kebaikan semua. Dalam kempen PRK Teluk Intan, pelbagai pihak memberi pelbagai komentar, antaranya menggambarkan Dyana, seorang graduan UiTM sebagai pengkhianat hanya kerana beliau berbeza fahaman politik dengan penguasa-penguasa dan sebahagian graduan UiTM lain. Ada juga mengata Dyana tidak bersyukur kerana membelakangkan Umno yang telah berjasa menubuhkan UiTM. UiTM tidak banggakah dengan graduan mereka yang menunjukkan kematangan untuk berfikir dengan sendiri? Saya tertanya-tanya, kenapakah kempen sebegini diteruskan untuk parti pemerintah. Apakah kita tidak mampu melihat persamaan antara kedua-dua calon yang bertanding? Mereka berdua adalah rakyat yang mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat, walaupun daripada pandangan berbeza sekali. Ini adalah titik tolak persamaan yang boleh digunakan untuk berkempen secara bersih dengan semangat saling menghormati. Politik yang tidak sihat sepatutnya perlu dibanteras, oleh kerana ia memindahkan fokus dari isu yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan rakyat. Sistem pendidikan yang ada pada masa ini amat kondusif untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia, sejak sekolah rendah lagi. Sejak kecil lagi, anak-anak ditanam dengan semangat kebangsaan. Lahirnya seorang anak manusia ke dunia ini adalah tanpa mempunyai sebarang prejudis antara satu sama lain. Sifat ini sepatutnya dipupuk dan dipelihara supaya dibawa hingga ke alam dewasa. Namun, sistem pendidikan di Malaysia tidak begitu. Orang berbangsa Cina lebih menggemari sekolah vernakular, dengan sebab-sebab mereka yang tertentu. Begitu juga dengan orang-orang Melayu yang menghantar ke sekolah kebangsaan. Saya fikir, sekiranya kita benar-benar ingin memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain, mestilah cuba untuk menyatukan sistem pendidikan kita terlebih dahulu. Peluang-peluang untuk belajar bahasa seperti Mandarin dan Tamil sepatutnya ada ditawarkan di setiap sekolah di Malaysia. Memberi peluang yang sama kepada anak-anak, dapat memupuk perpaduan yang sebenar. Jurang perbezaan budaya dan warna kulit akan dapat dilupakan sama sekali hanya apabila anak-anak kita dapat berkenal-kenal serta berbicara dengan bahasa sama. Kesemua ini memerlukan sebuah pengorbanan besar daripada semua rakyat. Kita perlu mengakui pemisahan bangsa melalui pendidikan adalah sesuatu yang tidak lagi relevan dalam mengecapi kejayaan bersama. Malaysia tidak mungkin akan dapat mencapai kejayaan, sekiranya kita masih lagi tidak mampu melangkaui perbezaan. Kerajaan perlu ada keazaman politik membuat perubahan dan pengorbanan ini. Cukuplah sudah kita menggunakan institusi pendidikan sebagai alat untuk memecahbelahkan rakyat. Kita sebenarnya mampu bersatu. Skuad Piala Thomas telah membuktikan yang kita mampu merubah segalanya.

Cari waris mangsa langgar lari
Waris mangsa ini dicari.
Waris mangsa ini dicari.
ROMPIN – Waris kepada seorang lelaki yang ditemui maut tanpa sebarang pengenalan diri yang dipercayai dilanggar lari oleh kenderaan berat di Kilometer 129 jalan Kuantan-Seremban 23 Mei lalu sekitar jam 9.38 malam, diminta menuntut mayat mangsa untuk proses pengebumian. Memandangkan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa, ia menyukarkan pihak polis untuk mencari atau menghubungi waris, dan hanya sekeping tiket bas kanak-kanak dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Depoh ke Taman Setia Indah terdapat pada simpanan mangsa. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, punca kemalangan dipercayai, mangsa berjalan kaki di bahagian tengah jalan yang gelap lalu dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan berat berdasarkan siasatan awal ketika mayat ditemui dalam keadaan terbaring di bahu jalan sebelah kiri arah ke Seremban. “Mangsa terpelanting ke sebelah kiri jalan dan jatuh di bahu jalan serta meninggal di lokasi kejadian. "Mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian. Menurut Johari, mangsa yang maut merupakan lelaki berketurunan India berusia awal 60-an yang berkemungkinan pengemis jalanan. “Mangsa memakai baju baju-T berwarna biru dan seluar hitam lusuh. Turut ditemui tiket bas kanak-kanak dari IPK Depoh ke Taman Setia Indah bertarikh 22 Mei 2014 dalam simpanan mangsa,” katanya. Kepada sesiapa yang kehilangan waris seperti dalam gambar mangsa yang dipaparkan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub Inspektor Md Noor Othman di talian 019-9122011 atau Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, 09-4145222.

Anak Malaysia bantu Jepun
Izuan (kiri) memberi arahan kepada Momota dalam satu kejohanan di India pada 2011. Foto: (http://izuanibrahim84.blogspot.com
Izuan (kiri) memberi arahan kepada Momota dalam satu kejohanan di India pada 2011. Foto: (http://izuanibrahim84.blogspot.com
DI SEBALIK kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas kelmarin, ramai tidak mengetahui pasukan negara matahari terbit itu sebenarnya dibantu oleh anak Malaysia. Individu tersebut ialah Izuan Ibrahim. Anak kelahiran Kelantan itu adalah jurulatih kepada pemain perseorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara, Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17. Kemenangan Momota, 19, memastikan Jepun mendahului 2-1 pada aksi final di New Delhi. Izuan yang merupakan seorang bekas guru ketika ini berkhidmat sebagai jurulatih remaja pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di RS Hamanaka. Dalam Facebook beliau, Izuan turut memuat naik status menyentuh kehebatan Zulfadli Zulkifli yang mengalahkan Momota di separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia pada 2011. "Pada 2011, saya tumpang gembira apabila Zulfadli muncul juara dunia. Saya juga sedih apabila gagal membantu Momota di separuh akhir. "Apa pun, 2014 menyaksikan permainan Momota semakin matang dan dia berjaya menewaskan ramai pemain hebat. Sekarang, saya sedih melihat kedudukan Zulfadli," katanya dipetik dari Facebook beliau.

'Ayah, ibu datang dalam mimpi'
Shahrizat bersama (dari kanan) Mohd Aidil, Norsyamini, Nor Auni dan Fatin Nabila ketika kunjungannya ke kediaman keluarga adik-beradik itu di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai, semalam.
Shahrizat bersama (dari kanan) Mohd Aidil, Norsyamini, Nor Auni dan Fatin Nabila ketika kunjungannya ke kediaman keluarga adik-beradik itu di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai, semalam.
SUNGKAI – Anak sulung pasangan Jefri Mohd Zain dan Noorsalawati Ibrahim yang maut digilis lori Jumaat lalu, mengakui kerap bermimpikan ayah dan ibunya terutama pada waktu malam. Mohd Haikal, 16, berkata, kehadiran ayah dan ibunya itu diiringi dengan amanat agar dia menjaga empat adiknya dengan baik, di samping meneruskan pelajaran hingga berjaya. “Sekali-skala ayah ada datang dalam mimpi… dia tinggalkan pesan jaga adik dan belajar dengan baik. “Tipulah kalau saya tak rindu mereka, tapi ini takdir dan saya akan pegang pesanan ayah itu,” katanya ketika ditemui sempena kunjungan Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam. Mohd Haikal berkata, buat masa ini, keadaan adiknya, Fatin Adlina, 14; Mohd Aidil, 10; Norsyamini, 4 dan Nor Auni, 3, kelihatan baik. Keadaan itu katanya, mungkin didorong situasi dikelilingi saudara mara lain, menyebabkan mereka leka. “Cuma mini (Norsyamini) dan (Nor) Auni kadang-kadang tercari-cari jugak. Mana ayah dan umi, tapi sekejap je, kemudian dia main semula dengan sepupu lain. “Malam ada juga dia menangis dan merengek, tapi cuma sekejap,” katanya. Dia berkata, meskipun tinggal di kampung, rakan-rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras sering menghubunginya untuk memberi kata semangat dan mengucapkan takziah. Dalam laporan semalam, ibu saudara Zainah Mohd Zain mengakui, dua anak kecil pasangan Jefri, 46, dan Noorsalawati, 40, sering merengek dan menangis seolah-olah merindui kedua ibu bapanya. Bagi anak kedua, Fatin Nabila, berada dalam kalangan saudara mara sedikit sebanyak membuatkannya tidak terlalu memikirkan ketiadaan kedua ibu bapanya. Menurutnya, ibu saudara akan membawa mereka kembali ke kediaman ibu bapanya di Cheras sebelum kembali ke kampung sempena cuti sekolah. “Petang ni (semalam) balik kejap kat rumah, kemas apa yang patut, nanti balik semula ke kampung, selalu kalau cuti pun, kami memang tak pergi mana-mana, selalu kumpul ramai-ramai di rumah,” katanya. Fatin Nabila merupakan pelajar tingkatan dua di SMK Alam Damai sementara adiknya, Mohd Aidil di Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai dijadualkan kembali ke sesi persekolahan sebaik tamat cuti sekolah. Dalam pada itu, Shahrizat dalam kunjungannya menyampaikan sumbangan YKN sebanyak RM5,000. Katanya, sumbangan berkenaan sebagai tambahan bantuan kolektif RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban kewangan keluarga berkenaan. “Ini sumbangan tambahan yang kita anggap sebagai permulaan proses tabungan anak-anak ini, jika ada keperluan lain, saya selaku Ketua Wanita Umno sedia untuk membantu khususnya jika ia melibatkan persekolahan mereka. “Apa yang saya nampak, keperluan keluarga ini dijaga dengan baik di bawah ibu saudara mereka dan kita harap kepentingan anak-anak ini terus terbela,” katanya. Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun Mybank 114301042467 atas nama Zainah Mohd Zain atau menghubunginya di talian 019-6065911.

Ditipu ejen, terima permit palsu
Kesemua permit kerja yang didakwa palsu oleh jabatan imigresen.
Kesemua permit kerja yang didakwa palsu oleh jabatan imigresen.
PUCHONG - Niatnya membantu pekerja asing mendapatkan permit bertukar menjadi igauan ngeri apabila dia kini diancam dan diugut, malah terpaksa berpindah rumah selepas pekerjanya mendapat tahu permit dibuat palsu serta tidak berdaftar dengan jabatan imigresen. Segala-galanya bermula apabila majikan itu, Khairunnisa Abdullah, 56, meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada seorang lelaki yang mengaku dirinya ejen Kementerian Dalam Negeri (KDN). Lelaki itu mendakwa boleh membuat Permit Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (Permit 6P) dengan kadar bayaran sebanyak RM3,000 seorang. Urusan membuat Permit 6P pada awalnya berjalan lancar Julai tahun lalu, baki 52 lagi bagaimanapun diserahkan kepada seorang lagi ejen yang mengaku berkhidmat dengan Bahagian Penguatkuasaan KDN. Mangsa mendakwa membuat bayaran sebanyak RM156,000 kepada lelaki terbabit, tetapi hanya 34 pasport berserta pelekat permit kerja diserahkan manakala 18 lagi masih belum dipulangkan. Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapat tahu dua pekerjanya ditahan di Perak kerana permit kerja didapati palsu. Tidak berpuas hati dengan perkara itu dia kemudian membuat semakan dengan KDN dan agensi itu memaklumkan Slip Pendaftaran Pati adalah sah dan tulen. Namun mengejutkan apabila dia ke jabatan imigresen, pegawai agensi memaklumkan pelekat permit kerja diperolehi pekerjanya adalah palsu. “Pegawai imigresen di kaunter kata saya buat permit bawah pokok...tak berdaftar dalam sistem. Perkara ini menghairankan saya,” katanya. Kesal dengan apa yang menimpa, Khairunnisa membuat laporan polis dan mengadu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), KDN serta Jabatan Perdana Menteri. “Sejak itu, pekerja yang buat permit mengancam saya dengan pelbagai ancaman serta ugutan, saya risau kerana membela seorang anak kurang upaya di rumah,” katanya. Dia turut mendakwa ada seorang pekerjanya hampir menggantung diri kerana tidak dapat pulang ke negara asal. Ia berikutan pasport pekerja warga Bangladesh itu masih dipegang ejen berkenaan. Sementara itu, Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM), K S Baskaran meminta pihak berkenaan menyiasat kelicikan ejen yang pernah membuat penipuan seperti itu kerana percaya ramai yang sudah tertipu. “Saya minta agensi berwajib ambil tindakan segera terhadap sindiket yang keluarkan permit palsu, kasihan mangsa mengalami kerugian selain diganggu pekerjanya,” katanya.

Ikhwanul boikot pilihan raya
Seorang wanita menjalankan tanggungjawab membuang undi di pusat pengundian di Kaherah.
Seorang wanita menjalankan tanggungjawab membuang undi di pusat pengundian di Kaherah.
KAHERAH - MESIR. Gerakan Ikhwanul Muslimin nekad memboikot Pilihan Raya Presiden Mesir yang diadakan selama dua hari bermula semalam. Kelmarin, jurucakap Ikhwanul menyatakan pilihan raya tersebut tidak akan memberi memberi kuasa sah kepada 'penjenayah' iaitu dalang rampasan kuasa, bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi. Selain itu, gerakan terbabit turut mengkritik pasukan keselamatan kerana menggunakan tindakan kekerasan ke atas penyokong mereka sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, hampir 54 juta penduduk Mesir layak mengundi pada pilihan raya kali ini yang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara al-Sisi dan ahli politik berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi. Media tempatan melaporkan Al-Sisi dikerumuni penyokongnya sejurus beliau tiba di pusat pengundian di ibu negara. "Seluruh dunia sedang memerhatikan bagaimana kita mencatat sejarah untuk masa depan Mesir," katanya. Kemenangan al-Sisi dilihat bakal meletakkan semula Mesir ke tangan orang kuat tentera dalam tempoh tiga tahun selepas bekas Presiden Hosni Mubarak yang memerintah negara itu selama hampir tiga dekad digulingkan pada 2011, laporan dipetik dari Press TV.

Mayat Jururawat Di Pos Dalam Kotak

Tokyo – Polis semalam melancarkan siasatan kes mayat seorang jururawat yang dikirim melalui pos ke Jepun dalam bungkusan yang didakwa mengandungi ‘anak patung.’ Mayat mangsa yang dikenali sebagai Rika Okada ditemui di tempat simpanan barang di bandar raya ini. Menurut laporan, penyiasat menjumpai kotak berukuran dua meter yang dikirim dari Osaka, bandar di selatan negara itu. Perkhidmatan penghantaran yang membawa kotak yang ditanda dengan tulisan Jepun bermakna ‘anak patung” – 400 kilometer ke Tokyo telah dibayar atas nama mangsa. Mayat wanita berusia 29 tahun itu yang hilang sejak Mac lalu, mempunyai puluhan kesan tikaman, lapor media tempatan. Ia bagaimanapun tidak mempunyai sebarang tanda mempertahankan diri pada lengan dan tangannya. Polis di Osaka enggan mengesahkan maklumat itu, tetapi laporan mengatakan seorang wanita yang belajar bersama Rika di sekolah rendah keluar meninggalkan Tokyo awal bulan ini dengan menggunakan pasport si mati. Rakan sekelasnya yang tidak diketahui identitinya dipercayai tinggal tidak jauh dari tempat penyimpanan barang berkenaan bersama dengan seorang lagi wanita warga China yang seusia dengannya. Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Haneda dengan pesawat yang sama menuju ke Shanghai. Sejurus sebelum hilang, mangsa dikatakan menulis di dalam akaun Facebooknya mengatakan dia akan melawat seorang kawan lama yang sudah lama tidak ditemuinya. Sumber: AFP / My News Hub

Pesakit Mental Bakar Ibu Sampai Mati

Ramallah - Seorang pesakit mental membakar ibunya yang sudah tua hingga mati di kampung Qusra, berhampiran Nablus. Sumber di kampung itu berkata, Jameelah Abdul Rahman Abu Reeda, 70, disahkan meninggal dunia di Hospital Rafidyah. Wanita tua itu dilapor melecur teruk di beberapa anggota tubuhnya. Sumber memberitahu wartawan, sebaik mendengar jeritan mangsa, jirannya bergegas untuk menolong. Malangnya, semua pintu berkunci dan mereka terpaksa memecah masuk untuk membantu mangsa yang dikunci di biliknya. Saksi berkata, anak mangsa Ahmad Mahmoud Salamah, 40, menuang minyak tanah ke atas mangsa dan membakarnya. Kedua-duanya hidup bersendirian di rumah itu. Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan mati ketika tiba di sana. Kata-kata terakhir yang sempat didengar oleh jiran daripada Jameelah ialah ‘Jaga Ahmad.’ Menurut sumber, Ahmad dibawa ke hospital sakit jiwa di Baitullaham tetapi berkata, dia sepatutnya sudah lama dibawa dan ditahan di situ. Beberapa jiran berkata, mereka sudah biasa mendengar tangisan dan jeritan dari rumah Ahmad. Sumber: Agensi

400,000 Netbook Untuk Guru

CHUKAI - Kerajaan bercadang membekalkan netbook kepada 400,000 guru di seluruh negara dalam usaha memastikan warga pendidik menguasai bidang teknologi dan komunikasi maklumat (ICT). Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu sudah dibawa ke mesyuarat Kabinet dan dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat. Beliau berkata, kerajaan melalui kementeriannya serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berpendapat guru perlu memahirkan diri dengan ICT menerusi penggunaan netbook sebelum mengajar murid menggunakannya. Katanya, langkah itu perlu disegerakan kerana hanya murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diberikan netbook, manakala guru belum mendapatkannya menyebabkan timbul kesukaran kepada mereka mengajar menggunakan netbook. “Bagaimanapun, netbook ini akan diberikan kepada guru dari gred DG29 hingga DG44 dulu sebelum ia diperluaskan kepada semua kategori guru di seluruh negara. “Pemberian ini sebagai hadiah kerajaan di atas pengorbanan dan jasa guru yang tidak pernah jemu mendidik anak bangsa sebagai memenuhi kehendak negara mahu melahirkan lebih ramai generasi berilmu,” katanya ketika berucap di Majlis Hari Guru Peringkat Daerah Kemaman di Dewan Canselor Kolej Universiti TATI (TATIUC) di Teluk Kalong, dekat sini, kelmarin. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar yang juga Ahli Lembaga Pengarah TATIUC, Pengarah Pendidikan Terengganu Zakaria Hussin dan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman Sulaiman Mohamed. Pada majlis itu, Ahmad Shabery turut menyampaikan Anugerah Tokoh Guru 2014 Peringkat Daerah Kemaman kepada Othman Hussin, 79, yang menerima hadiah berbentuk wang tunai dan sijil penghargaan. Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, kepercayaan guru yang diberikan kepada kerajaan selama ini sememangnya dihargai dan sebagai tanda penghargaan kerajaan akan memberikan netbook kepada mereka selain inisiatif lain sebagai membalas jasa guru. Justeru, katanya, guru juga perlu mematuhi dasar kerajaan dan turut sama mempertahankannya daripada anasir yang sentiasa tidak senang terhadap kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mentadbir negara dengan cemerlang. Beliau berkata, banyak perkara disebarkan oleh anasir atau pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan kerajaan memakmurkan negara ini sehingga mereka sanggup mereka cerita yang tidak betul dan disebarkan melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog. Sumber: myMetro

China Larang Kenderaan Lama Guna Jalan Raya

BEIJING – China merancang melarang lebih lima juta kenderaan lama daripada berada di jalan-jalan raya di seluruh negara itu tahun ini, kata pemerintah semalam. Menurut pemerintah, larangan itu turut melibatkan 330,000 buah kereta di ibu kota China di sini. Dasar baharu tersebut bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara, air dan tanah di negara itu yang semakin buruk. Menurut dokumen mengenainya semalam, sebanyak 5.33 juta kenderaan ‘label kuning’ termasuk 330,000 buah kereta di sini dan 660,000 kereta di sekitar wilayah Hubei akan ‘dimusnahkan’ ekoran gagal memenuhi standard bahan api China. Beberapa badan pemerhati alam sekitar tempatan berkata, asap kenderaan menyumbang sebanyak 31 peratus bilangan partikel berbahaya, PM2.5 yang mencemari udara di kota raya ini, manakala 22.4 peratus lagi berpunca daripada pembakaran arang batu. Beijing merancang mengehadkan bilangan keseluruhan kereta di jalan-jalan raya di sini kepada 5.6 juta buah pada tahun ini dan cuma enam juta buah menjelang 2017. Sumber: Reuters

Rakyat Mesir Mengundi Pilih Presiden Baharu

KAHERAH – Berjuta-juta rakyat Mesir mula mengundi semalam untuk memilih Presiden baharu negara itu dalam pilihan raya yang dijangka dimenangi oleh bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi. Pilihan raya yang berlangsung selama dua hari tersebut merupakan yang pertama sejak al-Sisi menggulingkan Presiden Mohamed Morsi pada 3 Julai tahun lalu. Pergerakan Ikhwanul Muslimin pimpinan Morsi tidak menyertai pilihan raya berkenaan dan beberapa kumpulan revolusi juga bimbang al-Sisi bakal menjadi diktator terbaharu Mesir. Bagaimanapun, al-Sisi, 59, yang ditentang oleh seorang pemimpin berhaluan kiri, Hamdeen Sabbahi dijangka menang mudah dalam pilihan raya tersebut. Seramai 53 juta pengundi mendaftar mula mengundi dalam pilihan raya tersebut yang bermula seawal pukul 6 pagi waktu tempatan. “Seluruh dunia kini memerhati Mesir dan bagaimana kita menulis sejarah serta masa depan negara ini,” kata al-Sisi selepas membuang undi di sebuah pusat pembuangan undi di sini semalam. Jika memenangi pilihan raya Presiden, beliau akan menjadi Presiden terbaharu yang mempunyai latar belakang ketenteraan. Pada 3 Julai tahun lalu, beliau mengetuai tentera untuk merampas kuasa ke atas Morsi yang merupakan orang awam pertama dipilih menerusi pilihan raya untuk menjadi ketua negara. Morsi kini ditahan dan didakwa melakukan pengintipan dan menyebabkan keganasan berlaku di Mesir. Sumber: AFP / My News Hub

Real Madrid Sediakan £100 Juta Untuk Suarez

LUIS Suarez memberitahu rakan sepasukannya bahawa dia telah merancang untuk terus berada di Liverpool bagi mengetuai kelab berkenaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim depan. Liverpool pada Isnin menyatakan pengendali kelab tersebut, Brendan Rodgers telah menandatangani perjanjian baharu yang akan mengekalkan kedudukannya sehingga 2018. Berikutan itu, Liverpool kini telah bersiap sedia untuk melanjutkan kontrak Suarez ke suatu yang lebih baik.

Menurut satu laporan, Real Madrid telah menyediakan perbelanjaan sebanyak £100 juta untuk ditawarkan kepada Suarez bagi menganggu usaha Liverpool menyambung kontrak pemain berkenaan. Bagaimanapun sumber di Real Madrid memberitahu, kelab itu tidak akan membuat penawaran terhadap Suarez jika Karim Benzema bersetuju menyambung kontraknya. Penyerang Perancis yang menjadi sasaran Arsenal itu dilaporkan telah meminta kontrak lebih lumayan dan perjanjian itu dijangka dimetrai sebelum kempen Piala Dunia bermula.

Difahamkan Suarez akan kekal di Liverpool apabila dia dan isterinya telah mendaftar anak mereka di sekolah baharu di kawasan berdekatan. Sumber: AP / mStar

Prayuth Dapat Restu Raja Bhumibol

BANGKOK – Pemimpin junta tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha semalam mengisytiharkan beliau mendapat perkenan Raja Bhumibol Adulyadej untuk memerintah Thailand. Justeru, beliau memberi amaran akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mencabar kedudukannya. Prayuth berkata, pilihan raya akan diadakan secepat mungkin tetapi beliau tidak menetapkan tempoh masa untuk mengembalikan semula kuasa politik kepada 67 juta rakyat Thailand selepas merampas kuasa Khamis lalu. “Junta tentera akan bertindak tegas bagi mengelakkan berulangnya protes dan keganasan politik yang telah berlarutan selama beberapa bulan,” kata Prayuth. Beliau mendesak para penunjuk perasaan menghentikan perhimpunan yang boleh membahayakan diri dan keluarga mereka kerana undang-undang tentera yang kini berkuat kuasa amat ketat. Prayuth menyekat kebebasan awam dan media, melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam dan memansuhkan sebahagian besar perlembagaan negara. Beliau turut mengambil alih kuasa untuk menggubal undang-undang. Dalam pada itu, junta tentera telah menahan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra bersama kira-kira 200 pemimpin kerajaan, tokoh politik, pengkritik dan ahli akademik susulan rampasan kuasa tersebut. Seorang komander tentera semalam menyatakan bahawa Yingluck masih berada di bawah tahanan tentera tetapi enggan mendedahkan lokasinya. “Kami menjaganya (Yingluck). Beliau sihat. Beliau boleh memilih untuk tinggal di mana sahaja (di Thailand),” kata komander tersebut, Leftenan Jeneral Thirachai Nakwanich. Sebelum ini Prayuth melantik diri sendiri sebagai Pemangku Perdana Menteri. Rampasan kuasa kali ini berlaku selepas Yingluck dipecat oleh mahkamah negara ini pada pertengahan bulan ini kerana menukarkan seorang pegawai tinggi kerajaan. Sumber: AFP

PRK Teluk Intan Mengundi Awal Hari ini

Sebahagian anggota polis yang juga pengundi awal berdaftar untuk PRK Teluk Intan menunaikan tanggungjawab di IPD Hilir Perak, Selasa. 
TELUK INTAN: Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Selasa melibatkan seramai 410 pengundi berdaftar diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini. Pusat pengundian mula dibuka seawal pukul 8 pagi dan akan ditutup pada pukul 5 petang nanti. Tinjauan mStar Online di IPD berkenaan menyaksikan Ketua Balai Polis Ulu Bernam, Sarjan Mejar Samsudin Mat Yusof, 54, sebagai pengundi pertama menunaikan tanggungjawab sebaik sahaja pusat pengundian itu dibuka. Kelihatan polis trafik mengawal lalu lintas menuju ke tempat pengundian awal untuk memastikan keadaan terkawal. Beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ejen calon turut kelihatan di pekarangan balai polis ini. PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud. Kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei tahun lalu, Leong Peng mengalahkan Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi. Hari mengundi PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini. Sumber: mStar

Malaysia catat sejarah tawan Greenland

KUALA LUMPUR - Lapan penjelajah ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Felda Greenland 2014 berjaya menamatkan misi penjelajahan sepanjang 540 kilometer selepas 27 hari, pada Sabtu 9.30 malam waktu Greenland (7.30 pagi Ahad di Malaysia). Ekspedisi itu mencatat sejarah buat negara kerana mereka merupakan kumpulan pertama dari Asia Tenggara yang berjaya merentasi pulau terbesar dunia yang 80 peratus permukaannya diliputi ais. Penjelajahan itu dibarisi ketua ekspedisi Yanizam Mohamad Supiah, 29; Muhamad Shaiful Hisyam Abd Aziz, 25; Mohd Akasyah Jamaludin, 25; Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, 34; Muhammad Musaddiq Samsudin, 25; dan Muhd Hafizuddin Abdul Muthalib, 25. Misi itu juga disempurnakan pasangan suami isteri Abdul Rahman Abu Hassan, 31, dan Tahirah Najmunisaa Muhammad Zaid, 25. Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dalam kenyataan di sini berkata: "Syukur pada ALLAH kerana segala yang dirancang berjaya dengan izinNya dan semua kini berada dalam keadaan selamat." Qobin berkata semua penjelajah kini berada di Kangerlusuaq sehingga 30 Mei dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur melalui London. Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 pagi, 3 Jun. Penjelajahan itu bermula 28 April lalu dari Hans Glacier, Ammasalik merentasi pulau berkenaan dengan berjalan kaki dan menggunakan ski sambil mengheret 'sledge' untuk membawa barangan untuk kegunaan ekspedisi. Sumber: Bernama

Pelaksanaan Hudud Di Brunei Antara Sebab Nina Iskandar Bertudung

Nina memberitahu perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya tetapi ia ikhlas daripada hatinya. Foto Ihsan ROTIKAYA. PETALING JAYA: Pelakon baharu, Nina Iskandar mengakui antara sebab dia mula menutup aurat dan mengenakan tudung adalah kerana menghormati undang-undang terbaharu negara asalnya, Brunei Darussalam yang secara rasmi melaksanakan hukum hudud. Nina, 23, bagaimanapun berkata, perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya, tetapi ia ikhlas daripada hatinya dan memang berhasrat untuk memakai tudung sebelum ini lagi. "Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam. "Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri," jelasnya. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal Mei mengumumkan baginda akan meneruskan pelaksanaan hukum hudud biarpun mendapat kritikan di negara itu dan peringkat antarabangsa. Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.

Nina kelihatan ayu dengan berhijab.
Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mati pada fasa ketiga. Dalam pada itu, Nina berkata, perubahannya itu tidak dirancang, sebaliknya perasaan untuk menutup aurat datang secara tiba-tiba sejak beberapa minggu lalu. Jelas Nina lagi, sebelum itu dia sering mencuba mengenakan hijab sekiranya keluar bersama rakan-rakan dan berasa selesa dengan imej berkenaan. "Sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba sama ada saya selesa atau pun tidak dan baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang. "Perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?," ujarnya. Sementara itu, Nina berkata, pihak pengurusannya di Malaysia iaitu Metrowealth International Group (MIG) juga tiada halangan untuk dia mengenakan tudung dan gembira dengan perubahannya itu. Dalam perkembangan lain, Nina yang mengakui bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan pada Ogos depan memberitahu masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan mereka kerana masih terlalu awal. Malah kata Nina, mereka juga belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinan untuk hari bahagia itu nanti. Sumber: mStar / RotiKaya

Suami rayu isteri pulang segera
Mohd Ashraf dan dua anaknya merayu agar isterinya pulang ke rumah.
Mohd Ashraf dan dua anaknya merayu agar isterinya pulang ke rumah. 
KOTA BHARU - Seorang suami merayu kepada isterinya supaya pulang ke rumah selepas wanita itu yang dipercayai menghilangkan diri sejak awal Mei lalu masih gagal dikesan. Isterinya, Che Azifah Che Yaacob, 42, turut membawa anak bongsu mereka yang berusia setahun dan didakwa berada di sekitar Bachok bersama kenalan wanitanya. Mohd Ashraf Mohd Zain, 29, berkata, tiga hari kemudian isteri menghubungi ibu mertuanya dan memberitahu berada dalam keadaan sihat dan mahu pulang tetapi sehingga ke hari ini masih gagal dikesan. “Ketika saya hubunginya dia jawab dan kata di Bachok, saya cuba mencari tetapi tidak jumpa kerana kawasannya agak luas, kemudian dia gagal dihubungi,” katanya kepada Sinar Harian. Mohd Ashraf yang juga mengusahakan kedai makan di Lundang berkata, bimbang dengan keadaan tersebut dia membuat laporan polis agar tindakan susulan dapat dilakukan segera. Tambahnya, walaupun sudah hampir sebulan tidak pulang dia tetap nekad mencari lokasi isteri dan anaknya tinggal. Katanya, perkembangan terbaru pada 17 Mei lalu ada rakan-rakan memberitahu terserempak isteri bersama seorang wanita di sebuah pasar raya di Kubang Kerian. “Sejak Februari lalu, dia (isteri) berkelakuan pelik dari banyak cakap jadi pendiam, sering sakit kepala, dan wang yang diberi kepadanya habis tidak tahu dibelanjakan kepada siapa. “Sudah 10 tahun berkahwin kami tiada masalah keluarga dia juga sering membantu di kedai, saya sudah usahakan dengan pelbagai cara untuk mencari mereka,” katanya. Kata bapa kepada tiga anak itu, dia percaya isterinya digunakan oleh seseorang demi kepentingan peribadi bagi mendapatkan wang memandangkan isterinya juga seorang peniaga. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Che Azifah, boleh menghubungi suaminya di talian 01110691214.

BAM ingatkan skuad negara waspada
Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) berpuas hati dengan persembahan skuad negara yang muncul naib juara dalam kejohanan Piala Thomas 2014, namun mengingatkan pemain agar tidak terlaluselesa dengan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa. Presidennya, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata, penyertaan Malaysia dalam kejohanan itu merupakan pengiktirafan kepada negara. "Kita tidak boleh terlalu berpuas hati dan perlu berjaga-jaga dengan kebangkitan negara lain yang sedang meningkat naik dalam arena badminton antarabangsa. "Pesaing kita bukan sahaja Jepun (yang menewaskan Malaysia pada final Piala Thomas) kerana negara lain seperti India dan Thailand juga menunjukkan prestasi yang baik," katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan skuad negara dari India di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam. Sementara itu, jurulatih negara Rashid Sidek berkata khidmat dan kelebihan pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei sememangnya masih diperlukan untuk Piala Thomas akan datang. "Chong Wei memang perlu bermain lagi untuk Piala Thomas... Kita memerlukan tenaganya sebab dengan kehadirannya, kumpulan kita akan lebih kuat lagi dan sekurang-kurangnya Malaysia boleh dapat satu mata," katanya. Mengulas kekalahan pemain perseorangan Liew Daren di final, Rashid berkata ia mungkin disebabkan faktor tekanan. "Mungkin tekanan itu terlalu tinggi untuknya kerana merasakan dia perlu menang, tidak boleh kalah. Namun kami berpuas hati sebab dia telah membuktikan yang dia betul-betul nak menang. "Tapi memang lawan dia lebih kuat dan kita juga boleh nampak beliau telah cuba sehabis baik," katanya. Mengakui kekalahan di New Delhi satu kerugian buat negara, Chong Wei bagaimanapun berkata skuad negara sudah memberi persaingan sengit kepada lawan seperti Jepun, Korea Selatan dan Denmark. "BAM sasar kita pergi sampai separuh akhir tapi kita telah mara ke pusingan akhir, dan peluang untuk menang Piala Thomas sudah cerah namun ia tidak kesampaian," katanya. Chong Wei, yang juga tonggak perseorangan negara, berkata beliau akan terus bermain dalam kejohanan Piala Thomas 2016. Sementara itu, Liew Daren mengakui kecewa kerana tidak dapat memenuhi harapan negara untuk merampas Piala Thomas. "Saya tidak berpuas hati dengan permainan saya malam tadi kerana hanya dapat bermain dua set terakhir dengan baik dan tidak dapat memberi fokus dalam set pertama. Namun, secara keseluruhan semua pemain telah menunjukkan prestasi yang sangat baik," katanya. Beliau bagaimanapun gembira dengan kehadiran ramai penyokong di KLIA yang menyambut skuad Piala Thomas negara secara meriah diiringi sorakan dan kata-kata semangat. Malaysia gagal menjulang Piala Thomas apabila tewas 2-3 kepada Jepun pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi. Harapan negara pudar setelah pemain perseorangan ketiga, Liew Daren, gagal menyekat Takuma Ueda sekali gus memberi kejuaraan sulung Piala Thomas buat Jepun. - Bernama

Mayat Yoon ditemui, terjun jambatan
Mayat mangsa ditemui 50 meter dari kawasan kejadian, semalam.
Mayat mangsa ditemui 50 meter dari kawasan kejadian, semalam. KOTA BHARU - Mayat lelaki Cina yang nekad terjun dan dikhuatiri lemas dalam kejadian Sabtu lalu di Jambatan Sultan Yahya Petra, ditemui 50 meter dari kawasan kejadian oleh anggota bomba dan penyelamat, petang semalam. Mangsa, Yoon Tuck Lee, 28, ditemui berpakaian lengkap timbul di permukaan sungai kira-kira jam 4.20 petang. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Abdul Jalil Ishak berkata, operasi menyelamat mangsa disertai Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Pengkalan Kubor dan Kota Bharu dengan 12 anggota bomba dan 10 sukarela menggunakan bot dan peralatan menyelam. “Keadaan mangsa masih lagi sempurna dan kita serahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada keluarga. Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dituntut,” katanya kepada media ketika ditemui di kawasan kejadian, semalam. Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa dipercayai keluar dari rumah selepas menghantar isterinya pulang ke rumah selepas keluar makan bersama isteri dan rakanya, dan sempat mengucapkan selamat tinggal melalui panggilan telefon sebelum nekad terjun dari jambatan itu. Mangsa yang merupakan pengurus jualan di bandar ini, dipercayai lemas selepas terjun dari jambatan itu dan meninggalkan kereta miliknya di tepi jambatan berkenaan.

DNA babi: NGO mahu saman RM100 juta
Laporan keratan Sinar Harian, semalam.
AMPANG - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama 80 NGO akan bertindak memfailkan saman ke atas syarikat Cadbury kerana kerana produk mereka mengandungi sampel DNA babi. Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, tindakan saman itu bagi menuntut kerugian dan penipuan yang dilakukan syarikat tersebut kepada pengguna Islam. "Ini penipuan jahat dan harus dibendung. Bagi kalangan masyarakat Islam ini adalah penghinaan yang amat dahsyat. Tidak sepatutnya keluarkan produk itu,” katanya. “Setakat ini kami telah menerima 700 e-mel dan SMS daripada rakyat Malaysia yang mahu kami mewakili mereka menyaman Cadbury. Kami akan memfailkan saman ini dan menganggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM100 juta,” katanya. "Proses untuk memfailkan saman itu akan dikendalikan dengan kerjasama daripada Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam)," katanya pada sidang media di sini, semalam. Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, beliau amat marah dengan insiden tersebut kerana beliau sendiri memberikan anaknya coklat tersebut. "Anak saya pun sudah makan coklat-coklat haram itu. Syarikat ini jelas mempersendakan soal halal di dalam pemakanan orang Islam. Ini adalah penipuan yang sangat jahat yang dilihat sengaja menghina orang Islam. "Bukan sahaja melibatkan pengguna Islam, malah apa dilakukan syarikat Cadbury itu sengaja menganiayai pekerja beragama Islam," katanya. Sebelum ini Kementerian Kesihatan dan Jakim mengesahkan dua coklat Cadbury iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mempunyai DNA babi. Susulan itu, Jakim menarik serta- merta sijil halalnya. Cadbury turut menarik kedua-dua produk milik syarikatnya di kesemua premis yang menjual coklat tersebut. Dalam pada itu, Azwanddin turut menyatakan kekesalannya terhadap Jakim dan kementerian yangdidakwa lambat bertindak. "Jakim dan kementerian tidak boleh memandang ringan iaitu hanya menarik sijil halal, mereka juga perlu memohon maaf atas apa yang berlaku. "Mungkin pihak mereka perlu disiasat dibimbangi ada unsur rasuah atau sebaliknya," katanya. Sementara itu, Pengarah Sukaguam Kebangsaan, Ahmad Zuhairi Ahmad Pu'aat berkata, antara notis saman akan difailkan ke atas Cadbury adalah di bawah akta pengguna bagi menebus kerugian. "Kita boleh gunakan Akta Perlindungan Pengguna di bawah Seksyen 50, hak tebus rugi pengguna terhadap pengilang. Sebenarnya banyak lagi akta pengguna boleh kita gunakan. Buat masa sekarang akta ini nampak lebih kuat," katanya.

 Bapa temui mayat anak berlumuran darah
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
PASIR MAS - Seorang pemuda ditemui mati dalam bilik tidur di sebuah rumah dekat Kampung Bongor pada jam 11 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat berkenaan punca kematian mangsa. Menurutnya, pemuda berusia 29 tahun itu dipercayai berada seorang diri dalam bilik berkenaan semasa kejadian. "Bapa mangsa yang baru pulang ke rumah pada jam 9 pagi mendapati anak lelakinya tidak keluar daripada bilik tidurnya dan beranggapan mangsa masih tidur. "Setelah hampir tengah hari, bapa mangsa cuba membuka pintu bilik tetapi gagal dan bertindak memecahkan pintu bilik berkenaan," katanya. Katanya, bagaimanapun mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan tidak bernyawa dengan kesan darah pada badannya, manakala sebilah pisau berada bersebelahan mangsa. Beliau memaklumkan, setakat ini kes berkenaan dikategorikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat. Sementara itu, jiran keluarga mangsa, Zainab Ismail berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila mendapati orang-ramai mengerumuni rumah mangsa pada kira-kira jam 11 pagi. Menurutnya, penduduk memaklumkan terdapat seorang lelaki maut di dalam bilik berkenaan. "Dalam bilik, saya dapati mangsa berada dalam keadaan terlentang dan dipenuhi darah. "Saya harap keluarga mangsa bersabar dan saya nasihatkan penduduk tidak buat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini," katanya.

PM baru India angkat sumpah
Narendrabhai Modi
NEW DELHI - INDIA. Narendrabhai Damodardas Modi, 63, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri India yang baharu di hadapan Presiden Pranab Mukherjee dalam upacara besar-besaran di Rashtrapati Bhavan (Kediaman Presiden) di sini semalam. Modi dijangka mengetuai Kabinet yang lebih kecil daripada bekas perdana menteri Manmohan Singh. “Mengekalkan komitmen kepada “Kerajaan Minimum, Tadbir Urus Maksimum", kita telah membuat perubahan positif dan belum pernah dilakukan dalam pembentukan Kementerian,” kata Modi. Beliau juga berkata, pelbagai kementerian akan ditransformasikan menjadi kementerian organik untuk mempercepatkan kerja dan mewujudkan koordinasi yang lebih baik antara jabatan. Buat kali pertama, pemimpin negara-negara Persatuan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) diundang ke upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri India. Pemimpin yang hadir termasuk Presiden Afghanistan Hamid Karzai, Perdana Menteri Bhutan Tshering Tobgay, Presiden Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom, Perdana Menteri Nepal Sushil Koirala, Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif dan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa. Bangladesh diwakili oleh Speaker Shirin Chaudhury sementara Perdana Menteri Mauritius Navinchandra Ramgoolam juga hadir. Bekas presiden India iaitu Pratibha Patil dan A.P.J. Abdul Kalam, perdana menteri yang berundur Manmohan Singh dan presiden Parti Kongres Sonia Gandhi adalah antara kenamaan yang hadir. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Naimun Ashakli Mohammad ialah antara diplomat asing yang menghadiri upacara itu. Kira-kira 4,000 tetamu menghadiri upacara. Modi, tokoh nasionalis Hindu dan pemimpin Parti Bharatiya Janata memenangi pilihan raya umum India yang mencatat sejarah yang belum pernah disaksikan sejak 1984. Modi yang dilahirkan di Vadnagar di daerah Mehsana yang ketika itu negeri Bombay (sekarang Gujarat) pernah membantu ayahnya menjual teh. Beliau memasuki politik pada 1985 apabila menyertai BJP. Sepanjang pembabitannya dalam politik, beliau membentuk gabungan dengan ahli-ahli politik dalam BJP dan menduduki jawatan yang berpengaruh dalam parti di Gujarat. Pada 2001, beliau menjadi ketua menteri negeri itu dan menyandang jawatan itu sehingga 2014 apabila beliau melepaskan jawatan untuk menjadi Perdana Menteri India. Tadbir urus dan pembangunan progresif di Gujarat merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kemunculannya dalam arena politik India dan dunia. - Bernama

Pilihan raya Mesir: Ulama fatwa haram undi
Poster Al-Sisi dan Hamdeen disiram cat sekali gus menyaksikan pilihan raya negara itu diboikot oleh rakyat
Poster Al-Sisi dan Hamdeen disiram cat sekali gus menyaksikan pilihan raya negara itu diboikot oleh rakyat
ISTANBUL - TURKI. Lebih 200 ulama mengeluarkan fatwa, semalam yang mengharamkan mengundi dalam pilihan raya Presiden di Mesir, lapor Middle East Monitor. Fatwa itu diumumkan dalam satu sidang media di Istanbul anjuran Jawatankuasa Penyelaras bagi Fatwa Negara Islam. Sidang media diberi tajuk ‘Pengharaman iktiraf rampasan kuasa dan penglibatan dalam pengundian’. Fatwa tersebut dikeluarkan berasaskan kepada prinsip Islam yang melarang sokongan kepada pemerintah yang zalim. Penandatangan fatwa itu turut disertai Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan ulama Kuwait, Nabil Al-Awadi. Proses pengundian selama dua hari di Mesir telah bermula hari ini. Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara bekas ketua tentera yang melakukan rampasan kuasa Julai lalu, Abdel Fatah Al-Sisi dan penyandang tempat kedua pilihan raya 2012, Hameen Sabahi.

Protes antirampasan kuasa di Thailand diteruskan
BANGKOK - Kumpulan antirampasan kuasa di Thailand terus mengadakan protes di ibu negara tanpa menghiraukan larangan berbuat demikian oleh lima orang atau lebih meskipun junta tentera memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mereka yang terbabit. Kempen protes 'antirampasan kuasa' masuk hari keempat yang bertujuan menggesa pilihan raya umum diadakan dan pemerintahan demokrasi dipulihkan selepas pihak tentera mengambil alih kuasa pada 22 Mei. Sejumlah besar penunjuk perasaan antirampasan kuasa kelihatan berkumpul di Tugu Kemenangan petang ini. Anggota tentera dan polis antirusuhan digerak ke lokasi itu bagi menguat kuasa undang-undang tentera manakala sekurang-kurangnya seratus penunjuk perasaan meneruskan kempen mereka tanpa sebarang insiden tidak diingini meskipun situasi kadangkala agak tegang. Semalam menyaksikan kumpulan terbesar penunjuk perasaan iaitu kira-kira 1,000 orang. Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Keharmonian (NCPO) mengumumkan bahawa semua jenayah terhadap konstitusi monarki Thailand, termasuk undang-undang lese majeste, dan keselamatan negara serta hasutan akan didakwa di mahkamah tentera. Mereka yang didapati melanggar perintah NCPO juga akan dihadapkan ke mahkamah sama. - Bernama

Cetak gambar pilihan pada kasut Adidas
Cetak gambar pilihan pada kasut Adidas
PEMILIHAN kasut boleh dikatakan antara perkara yang agak mengambil masa, tetapi bagaimana jika anda diberi pilihan untuk cetak gambar pilihan pada kasut anda? Perkara ini ingin direalisasikan oleh pengeluar kasut, Adidas melalui tawaran terbaharu mereka. Melalui akaun Instagram Adidas, mereka mempromosikan sebuah video ringkas, yang memperlihatkan mereka akan hadir dengan sebuah aplikasi khas untuk Android dan iPhone, dengan pengguna boleh melihat gambar pilihan mereka dicetak pada kasut Adidas ZX Flux. Buat masa ini, proses keseluruhan daripada rakaman gambar ke percetakan di atas kasut masih tidak diketahui sepenuhnya, dan dijangka akan dikongsi Adidas bersama-sama pelancaran aplikasi tersebut pada Ogos kelak. Selain proses cetakan, satu lagi perkara menjadi tanda tanya ialah negara mana yang akan disokong oleh Adidas untuk produk baharu ini, di samping kosnya.

Jakim, umat Islam boleh saman syarikat coklat
Cadbury
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan umat Islam yang mempunyai bukti serta berasa tertipu dengan syarikat pengeluar coklat Cadbury boleh mengemukakan saman menuntut ganti rugi, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar. Beliau berkata, Jakim disaran mengambil tindakan tegas terhadap Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA khinzir dalam dua produknya selain meminta syarikat itu memohon maaf secara terbuka dengan beberapa syarat lain. "Saya menyarankan Jakim mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengeluar yang telah memberi salah representasi mengenai isu halal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Katanya, Jakim perlu tegas untuk memberi pengajaran kepada syarikat terbabit dan semua pengeluar produk makanan supaya lebih sensitif dalam isu halal haram terutama bagi umat Islam. Dua sampel coklat keluaran syarikat itu yang dilapor mengandungi DNA khinzir ialah Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1). Dalam pada itu, Jakim berkata keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury itu akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperoleh dalam tempoh tujuh hari. Mengulas isu sama, Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkata ia akan bekerjasama dengan Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) untuk menyediakan khidmat guaman kepada masyarakat Islam bagi menyaman syarikat itu. "Bagi kalangan masyarakat Islam, ini adalah penghinaan yang amat dahsyat. Syarikat itu tidak sepatutnya keluarkan produk itu kerana ia turut menganiaya pekerja beragama Islam dalam syarikat itu sendiri," kata Presiden JMM Mohd Azwanddin Hamzah. - Bernama

Buru suspek langgar polis

Kenderaan Toyota Wish yang dipercayai merempuh anggota polis sebelum ini dibakar dan ditinggalkan dalam kebun.
TASEK GELUGOR - Sebuah kereta Toyota Wish dipercayai milik penyamun yang merempuh dua anggota polis di Batu 10 menghala Alor Pongsu, di Perak ditemui terbakar dalam kebun pisang di Ara Kuda di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata kereta berwarna kelabu itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira 5.30 petang. "Kami mendapat maklumat daripada polis Kedah memaklumkan sebuah kereta yang dipercayai milik kumpulan penyamun terbabit masuk ke kawasan SPU dan pasukan polis di sini menjalankan Ops Tutup. "Kira-Kira pukul 5.30 petang, polis dapat panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan sebuah kereta jenis Toyota Wish sedang terbakar dalam sebuah kebun. "Nombor pendaftaran kenderaan itu ditanggalkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Abdul Rahman berkata, usaha mengesan pemilik kereta itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. "Kami minta orang ramai atau saksi yang melihat bagaimana kereta itu berada di kawasan berkenaan dan terbakar supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan. Dalam kejadian pada 1 tengah hari tadi, seorang anggota polis maut manakala rakannya parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan penyamun di Batu 10 menghala Alor Pongsu, Perak. Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata dua anggota polis itu dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Wish dengan nombor pendaftaran WRV 5308 iaitu satu daripada dua kenderaan dinaiki penjenayah yang baru sahaja merompak sebuah van rokok. - Bernama

Bagaimana untuk jimat wang ketika bercuti?
Gambar hiasan
Tibalah masa anda merancang untuk percutian keluarga. Selesa dengan percutian di rumah atau ingin ke destinasi menarik? Percutian di rumah juga merupakan satu pilihan baik untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa memikirkan stress perjalanan.
Jika anda bernasib baik dapat melarikan diri daripada kesibukan kerja, anda masih boleh mempunyai percutian yang hebat bersama keluarga. Nikmati percutian mengikut kemampuan dengan mengamalkan perkara-perkara berikut:
- Buat bajet untuk percutian anda
- Teliti perbelanjaan yang dibuat
- Amalkan perbelanjaan berhemat ketika bercuti
Berikut adalah sebahagian daripada langkah-langkah mudah yang boleh membantu anda menjimatkan wang untuk percutian keluarga anda:
Penginapan
- Bermalam di rumah rakan atau saudara secara percuma.
- Gunakan perkhidmatan diskaun dalam talian (online) untuk mendapatkan kadar bilik hotel yang lebih murah.
- Pertimbangkan pilihan lebih murah, contohnya bermalam di hotel 2 bintang berbanding di hotel 3 bintang.
Makanan
- Jika anda memandu, sediakan makanan dan minuman sebagai bekalan di dalam kereta atau semasa di tempat rehat.
- Makanlah di restoran yang murah dan bersih.
- Pilih untuk memasak ketika dalam percutian.
- Jika anda makan di restoran, semak resit restoran untuk pastikan yang anda dicaj dengan harga yang betul.
Melancong
- Buat pelan perjalanan lebih awal.
- Jika memandu, servis dahulu kereta sebelum memulakan perjalanan. Memandu sendiri lebih ekonomi bagi anda yang berkeluarga.
- Jika menaiki kapal terbang, tempah tiket ketika musim promosi. Jangan bawa barangan yang banyak untuk mengelakkan kes muatan tambahan.
Membeli belah
- Beri keutamaan kepada percutian anda dan bukan pada membeli belah.
- Jika membeli belah, tawar-menawarlah untuk mendapatkan harga yang murah dan terbaik.
- Semak harga sebelum membuat apa-apa pembayaran.
Rekreasi
- Rancang aktiviti yang ingin dilakukan ketika bercuti. Beli tiket secara online untuk mendapatkan harga yang murah dan elakkan dari membuang masa menunggu di kaunter.
- Cari tempat tarikan pelancong yang percuma atau murah. Taman permainan, muzium, atau zoo antara tempat pelancongan yang murah.
Tip-tip lain
- Berjalan kaki ialah cara yang menarik untuk meninjau sesuatu tempat dan mengambil gambar.
- Bercutilah ketika bukan waktu puncak. Ianya lebih murah dan tiada kesesakan.
- Minta bantuan penduduk tempatan untuk ke destinasi yang menarik.


TUDM perlu naik taraf teknologi radar
KUANTAN - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) perlu segera menaik taraf teknologi sistem radar pertahanan negara kerana usia beberapa radar utama sudah menjangkau sekitar 15 tahun. Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata perkara itu sudah dimaklum dan dibincangkan dengan kerajaan. "Jika tiada apa-apa halangan TUDM akan menambah baik sistem radar yang ada dan berharap perkara itu dapat dipertimbangkan. "Pihak TUDM turut mengkaji keperluan menaik taraf sistem pengesan ruang angkasa yang mana ia turut menjadi keutamaan selain sistem radar pertahanan negara," katanya pada sidang akhbar bersempena Hari Media Kementerian Pertahanan dan TUDM di Pangkalan Udara Kuantan hari ini. Beliau berkata, pertahanan sesebuah negara serta kemampuan angkatan perang banyak bergantung kepada kuasa udara, iaitu kekuatan mempertahan ruang udara selain melancar serangan dalam tempoh yang singkat. Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sistem radar dan pertahanan negara perlu diteliti dan dinilai semula selepas kerajaan terpaksa mendedahkan keupayaan asetnya semasa misi pencarian pesawat MH370. Mengulas sambutan ulang tahun ke-56 TUDM Ahad depan, Rodzali berkata tema 'Kuasa Udara, Kuasa Negara' mengambil kira kepentingan dan keupayaan pertahanan udara dalam menjaga kedaulatan negara. - Bernama

Indeks jenayah Sabah Jan-Mei turun 3.9 peratus
KOTA KINABALU - Indeks jenayah di Sabah menurun sebanyak 86 kes atau 3.9 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini berbanding 2,205 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas. Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Hamza Taib berkata, daripada 2,119 kes yang dicatatkan bagi tempoh lima bulan pertama itu, sebanyak 942 kes berjaya diselesaikan. Beliau berkata, antara kes yang menunjukkan penurunan adalah pecah rumah iaitu 61 kes daripada 682 tahun lepas kepada 521 tahun ini. "Jenayah kekerasan juga telah menurun daripada 340 kes tahun lalu kepada 332 kes tahun ini dan jenayah harta benda adalah 1,865 kes tahun lepas kepada 1,787 tahun ini dalam tempoh yang sama," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah di sini hari ini. Beliau berkata, penurunan kes dan kadar penyelesaian kes yang dicatatkan itu membolehkan polis Sabah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Terdahulu, Hamza dalam ucapannya berkata bagi mengekalkan pencapaian itu, PDRM menumpukan kepada lima elemen. Katanya, antaranya adalah mengurangkan jenayah indeks sebanyak lima hingga 10 peratus setahun, meningkatkan persepsi terhadap keselamatan sebanyak 65 peratus, meningkatkan kadar pendakwaan bagi kertas siasatan dibuka kepada 35 peratus dan meningkatkan kepuasan orang ramai sebanyak 85 peratus. Beliau juga berkata pencapaian KPI yang ditetapkan di bawah NKRA turut disumbangkan oleh kerjasama masyarakat untuk mengurangkan kadar jenayah. - Bernama

Kecemerlangan kaum wanita semakin terserlah
KUALA LUMPUR - Wanita Malaysia hari ini memainkan pelbagai peranan dalam masyarakat. Merekalah ibu, merekalah juga pengasuh yang mendidik generasi akan datang di samping menjaga keluarga sama ada mereka wanita yang mempunyai karier atau suri rumah. Menurut Jabatan Statistik Malaysia, sehingga 2013, sebanyak 52.4 peratus daripada tenaga pekerja di negara ini adalah wanita. Wanita juga dilaporkan memiliki 19 peratus perniagaan di negara ini, menjadikan kaum hawa sebagai penyumbang utama ekonomi. Kecemerlangan wanita Malaysia juga terserlah dalam bidang politik, sukan, pertubuhan bukan kerajaan, malahan juga dalam misi kemanusiaan. Malaysia menyaksikan kelahiran banyak nama kaum hawa pencetus inspirasi.Antaranya Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Datuk Dr Mazlan Othman, Datuk Michelle Yeoh Choo-Kheng dan Mother Mangalam Iyaswamy Iyer. Artikel ini akan berkongsi pengalaman bagaimana seorang wanita biasa terutama generasi muda boleh mencapai kejayaan dengan menggunakan sepenuhnya potensi yang mereka miliki. Mereka juga mengambil teladan daripada wanita lain yang berjaya mengukir nama dalam bidang masing-masing.
KESUNGGUHAN DAN MATLAMAT
Ambillah iktibar daripada kata-kata olahragawati tersohor negara yang bertaraf dunia, Datuk Nicol David, "untuk menjadi terkemuka, anda perlu mencari apa yang anda suka dan lakukan bersungguh-sungguh. Tetapkan matlamat". "Mungkin ini akan mengambil masa untuk melihat sejauh mana kemampuan anda kerana kesungguhan akan melahirkan kecemerlangan pada kemudian hari. "Anda tidak boleh lakukan sesuatu yang anda tidak suka kerana anda tidak akan dapat memberi tumpuan 100 peratus. Jadi, percaya kepada kemampuan anda dan sayangilah diri anda", kata Nicol. Pemain skuasy nombor satu dunia dan Juara Dunia tujuh kali ini bercakap pada forum Women@Work, acara berasingan Kejohanan Terbuka Tenis Wanita Malaysia BMW di Kelab Golf Diraja Selangor baru-baru ini. Dengan rekod yang cemerlang dalam sukan skuasy dan pencapaian 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 14 tahun lepas, semuanya ini menjadikan Nicol satu daripada contoh teladan terbaik untuk gadis belasan tahun. Beliau membuktikan seseorang itu boleh aktif dalam bidang sukan dan dalam masa yang sama cemerlang dalam bidang akademik di sekolah. Nicol yang berusia 31 tahun berkata sukan banyak memberi pengajaran bernilai buat dirinya seperti fokus, komitmen, disiplin dan pemikiran positif. Kehidupan harian juga, katanya memerlukan prinsip yang sama. "Saya masih percaya saya boleh lagi memperbaiki pencapaian saya, bukansahaja dalam skuasy tetapi untuk menjadi seorang yang lebih baik, dalam semua segi kerana skuasy mengajar saya banyak perkara mengenai kehidupan," katanya. Nicol juga menasihatkan golongan muda supaya mencari kawan yang positif dan menghargai mereka yang memberi sokongan serta tunjuk ajar terutama sekali ibu bapa mereka.
KEPERCAYAAN DAN NIAT
Seorang lagi wanita tersohor yang bercakap pada forum yang sama ialah Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, yang baru dilantik untuk mengetuai Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusian Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu. Pengasas misi kemanusiaan Malaysia yang pertama, Mercy, ini berkongsi pandangannya bagaimana wanita boleh berjaya meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Menurut Dr Jemilah, cabaran perlu dianggap sebagai sebahagian daripada pekerjaan atau rutin harian kerana tanpa cabaran, seseorang itu tidak akan dapat berkembang dan berjaya. Tambahnya, perjuangan paling besar bukan soal cabaran tetapi bagaimana untuk mengekalkan motivasi dalam berhadapan dengan pelbagai rintangan dan perasaan kecewa. Beliau memberikan dua nilai penting yang perlu dimiliki setiap wanita iaitu kepercayaan dan niat. "Bagi diri saya, kekuatan nombor satu saya ialah kepercayaan. Jika tidak ada kepercayaan dan ia tidak berakar umbi dalam diri, saya tidak boleh lakukan sesuatu kerja itu. "Kerana dalam apa jua yang anda lakukan, seperti saya, saya pergi ke semua negara yang berbahaya ini, jadi saya selalu meletakkan kepercayaan sepenuhnya (tawakkal) kepada Tuhan. Tawakkal ini suatu perkara yang amat besar maknanya. "Dan mesti tahu apa yang anda lakukan itu betul, jadi periksa selalu niat anda dan kemudian bertawakkallah," katanya. Dr Jemilah juga mengesyorkan seseorang itu terus menimba ilmu sepanjang hayatnya dan menanda aras diri dengan penanda aras paling tinggi yang ada. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menggalakkan kaum wanita supaya menyertai kegiatan sebagai sukarelawan atau melibatkan diri dalam kegiatan kemanusiaan di samping mengambil peranan kepimpinan. "Memandangkan Malaysia negara pelbagai kaum dan kebudayaan, seperti yangtelah saya lakukan, kita perlu bertolak ansur. Ini adalah anugerah untuk kita wanita, kemahiran untuk menyesuaikan diri. "Jadi anak muda di luar sana perlu tampil untuk menjadi pemimpin. Perlu keluar dan mengubah dunia kerana dunia amat memerlukan mereka yang dapat melakukan sesuatu untuk manfaat manusia", kata Dr. Jemilah. - Bernama

Maseu piket bantah MAS jual MRO syarikat
KUALA LUMPUR - Kira-kira 100 anggota Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (Maseu) hari ini mengadakan piket secara aman bagi membantah tindakan pengurusan Malaysia Airlines (MAS) yang mahu menjual bahagian kejuruteraannya. Presiden Maseu, Alias Aziz berkata sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), MAS sepatutnya lebih prihatin dan khuatir akan nasib yang menimpa kakitangannya. "Baru-baru ini kami mendengar mereka (pengurusan) mahu menjual pusat kejuruteraan MAS iaitu bahagian penyelenggaran, membaik pulih dan pembaikan (MRO) kepada pihak tertentu bagi meraih keuntungan. "Bagaimanapun, kami tidak lihat ia adalah tindakan yang bijak kerana MRO ini penting kepada setiap syarikat penerbangan. Jika ijual kira-kira 3,000 pekerja dalam bahagian ini terjejas," katanya kepada pemberita selepas mengetuai piket berkenaan di luar bangunan Kompleks B MAS di Lapangan Terbang Subang di sini hari ini. Alias berkata, pihaknya juga cukup khuatir dengan situasi pihak pengurusan yang gagal membawa keuntungan kepada syarikat penerbangan itu dan menambah kata pihaknya akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya campur tangan dalam hal itu. - Bernama

Kedutaan Malaysia desak pelajar dianiaya diselesai
JAKARTA - Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia mendesak agar siasatan terhadap kes seorang pelajar Malaysia di Universiti Padjajaran (Unpad) di Jatinangor, Bandung yang disyaki diculik, dirompak dan cuba dibunuh pada 16 Mei lepas, diselesaikan segera. Duta Besar Malaysia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata siasatan itu perlu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelak pihak tertentu membuat andaian atau spekulasi terhadap kes berkenaan. "Kami sudah berbincang dengan pihak Unpad dan polis Indonesia untuk mendapat kepastian dan mereka memberi jaminan untuk menjalankan siasatan dari setiap sudut. "Insiden ini tidak sepatutnya berlaku. Perlu tindakan tegas supaya ia tidak berlaku lagi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan Unpad dan wakil Interpol Indonesia, di pejabat kedutaan di sini, Isnin. Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa yang berusia 22 tahun dan merupakan pelajar perubatan, dikatakan dipanggil seorang lelaki yang menunggu di belakangnya sejurus mengeluarkan sejumlah wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan kampusnya. Lelaki itu kemudian menekup mulut mangsa, lalu menarik ke dalam kereta. Mangsa ditemui kira-kira 3 pagi pada keesokannya dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam di tempat letak kereta di Lembang, kira-kira 40 kilometer dari lokasi dia diculik. Mengulas lanjut, Zahrain berkata kes berkenaan kini disiasat oleh Polis Daerah Jawa Barat dengan bantuan Interpol Indonesia yang akan bekerjasama dengan Interpol Malaysia bagi menangani kes berkenaan, yang disifatkan mereka sebagai 'berprofil tinggi'. "Pasukan penyiasat Polda Jawa Barat dijangka pergi ke Malaysia untuk mendapatkan keterangan daripada mangsa. Sebelum ini, polis sudah ambil keterangan namun tidak lengkap kerana ketika itu, mangsa masih trauma," katanya. Beliau berkata, pada masa ini, polis belum dapat mengklasifikasikan kes tersebut kerana belum memperoleh laporan perubatan.- Bernama

Remaja muat turun, filem tanpa kebenaran ditahan
gari tangan
PUTRAJAYA - Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki memuat turun dan memuat naik lagu tempatan dan filem antarabangsa di laman web tanpa kebenaran pemilik hakcipta. Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata suspek berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Larkin Perdana, Johor Baharu, Rabu lepas, selepas risikan dan pemantauan dibuat kira-kira sebulan. "Serbuan dilakukan hasil aduan pemilik hak cipta dan orang ramai berhubung laman web yang dijadikan portal untuk memuat-turun atau tayangan (streaming) muzik-muzik tempatan dan filem antarabangsa tanpa kebenaran pemilik hakcipta," katanya pada sidang akhbar mengenai Ops Trident di sini hari ini. Serbuan itu melibatkan 15 orang disertai Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, pegawai Cybersecurity Malaysia dan pegawai serta anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman, katanya. Beliau berkata, beberapa peralatan digital turut disita bernilai kira-kira RM15,000 termasuk komputer riba, komputer peribadi, broadband, router dan modem. Mohd Roslan berkata, suspek bagaimanapun tidak mengaku sebagai pemilik laman web www.godam.org yang memuat turun 20 lagu secara haram antaranya 'Kita' (Forteen), 'Doa' (Nora), 'Menyemai Cinta Bersamamu' (Nora), 'Titian Usang' (Yantzen) dan 'Cintaku' (Yantzen). Manakala lapan filem kebanyakannya filem-filem terbaru turut ditayangkan tanpa kebenaran di portal itu termasuk "47 Ronin", "Gravity", "Ride Along", "Pacific Rim", "We Are The Millers", "The Hangover 3", "The Hobbit: The Desolation of Smaug" dan "The Wolverine", katanya. Mengikut maklumat risikan, laman web itu turut dipromosikan di beberapa media sosial seperti Facebook yang turut dikongsi oleh pengguna-pengguna internet lain, kata beliau. Katanya suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 1(D) Akta Hak Cipta 1987 dan Seksyen 51 (1)A akta yang sama. "Jika sabit kesalahan hukuman denda boleh dikenakan sekurang-kurangnya RM2,000 atau maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," kata beliau. Mohd Roslan berkata, pihaknya akan menyerahkan notis secepat mungkin kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menghalang orang ramai mengakses laman web itu. - Bernama

Awas penipuan internet sempena Piala Dunia

KUALA LUMPUR - Penjenayah siber sedang merangka kempen penipuan dengan menyasarkan peminat bola sepak ketika tuan rumah Brazil membuat persiapan akhir untuk Piala Dunia 2014 Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa). Aktiviti penipuan dalam talian juga sedang giat merangka laman web canggih meniru domain tulen Piala Dunia, penaja dan rakan kongsinya dan cuba memikat pengguna untuk berkongsi data peribadi mereka, seperti nama pengguna, kata laluan dan nombor kad kredit, kata Kaspersky dalam satu kenyataan hari ini. Penyelidik Kanan Keselamatan Fabio Assolini berkata syarikat itu telah mengesan kira-kira 60 domain palsu setiap hari di Brazil, sebahagian besarnya sangat canggih dan direka bentuk dengan pintar. Sesetengah laman web palsu ini nampak begitu selamat. Sebagai contoh, URLs mereka bermula dengan "https" dengan 's' untuk selamat (secure), apabila penjenayah siber dapat membeli sijil Lapisan Soket Selamat (SDSL) daripada penguasa pensijilan," katanya. Assolini juga berkata ada juga domain palsu dalam versi mudah alih yang kelihatan tulen dan menyasarkan pengguna telefon pintar dan tablet. Kaspersky mencadangkan pengguna mengambil langkah berjaga-jaga seperti memeriksa laman web berkenaan sebelum memasukkan sebarang maklumat penting atau peribadi bagi melindungi pengguna daripada skim penipuan dan perisian perosak yang menggunakan pertandingan Piala Dunia untuk melancarkan serangan mereka. - Bernama

Cek palsu: Bekas eksekutif akaun dipenjara, denda
SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif akaun dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun hari ini selepas didapati bersalah menggunakan 26 keping cek palsu bernilai RM1.8 juta, lima tahun lepas. Hakim Mahkamah Sesyen, Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Aliah Fadzilah Wan Abdullah @ Tan Mei Wan, 40, seorang mualaf. Selain itu, tertuduh turut didenda RM150,000 selepas dia didapati bersalah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan 10 daripada 26 keping cek tersebut bernilai RM918,520.48. Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara lima tahun lagi sekiranya gagal membayar denda itu. Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan Aliah Fadzilah daripada pertuduhan memalsukan 26 keping cek sama selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Tertuduh sebelum ini dibicarakan atas pertuduhan memalsukan 26 keping cek dan 26 pertuduhan menggunakan cek palsu sama di Syarikat Orion Orchard Sdn Bhd di Bandar Baru Klang, dan di cawangan dua bank di Shah Alam antara 10 Februari 2009 dan 27 Mei 2009. Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 467 dan 471 Kanun Keseksaan. Tertuduh juga dibicarakan atas 10 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang melalui 10 keping cek berkenaan ke akaun miliknya dan milik individu lain. Bagi kesalahan itu, Aliah Fadzilah didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Seramai 14 saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Hakim Aslam bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan tetapi memerintahkan wanita itu membayar denda dalam tempoh dua minggu. Mahkamah juga mengekalkan wang jaminan RM150,000 yang ditetapkan ke atas tertuduh sebelum ini dan memerintahkan wanita itu melapor diri di Bahagian Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Jumaat pertama setiap bulan. Hakim Aslam menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan bagi mengetahui status pembayaran denda. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber, Siti Syuhada Alwi dan Faten Hadni Khairuddin manakala tertuduh diwakili peguam Ravi Nekoo. - Bernama

Lemas kes tertinggi dikendali Maritim

Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU - Lemas mencatatkan kes tertinggi daripada keseluruhan 198 kes carilamat direkodkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur sejak 2006 hingga Mei tahun ini. Pengarah Operasi Maritim Wilayah Timur, Kapten Maritim Yusof Ali berkata daripada kendalian 198 kes carilamat itu, sebanyak 475 nyawa telah berjaya diselamatkan daripada 606 orang dalam operasi sepanjang hampir lapan tahun di perairan pantai timur Malaysia itu. "Kes lemas mencatatkan kejadian kes yang paling tinggi iaitu 75 kes, dikuti dengan kejadian kapal rosak 39 kes, karam 22 kes, orang jatuh laut 22 kes dan bakinya lain-lain (40 kes). Malah dari Jan hingga Mei tahun ini, beliau berkata jumlah kes lemas mencatatkan lapan kes dari 14 kes carilamat yang dijalankan meliputi di perairan ketiga-tiga negeri (Kelantan, Terengganu dan Pahang)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Latihan Mencari dan Menyelamat (Sarex) Maritim kali kelapan di Pangkalan APMM di sini hari ini. Yusof berkata, kurangnya kesedaran dalam memastikan aspek keselamatan diri semasa berada di laut mahupun pantai antara punca penyumbang kehilangan nyawa dan harta benda di laut saban tahun. Malah katanya perairan pantai timur umpamanya sememangnya tidak akan lari dari menghadapi musim tengkujuh dengan keadaan angin yang boleh mencapai kelajuan sehingga 80 knot dan ombak setinggi enam meter. Sehubungan itu, Yusof berkata selain tugasan menjalankan operasi carilamat, pihaknya juga melaksanakan program pencegahan yang menyentuh penjagaan keselamatan semasa di laut kepada golongan sasar. "Program ini dijalankan di kawasan perkampungan nelayan di mana majoriti penduduknya adalah pengguna maritim. Dalam program ini, Maritim akan memberi pemahaman tatacara dan aspek keselamatan diri di laut. Maka sedikit sebanyak ia juga boleh menyedarkan para pengguna akan kewujudan dan fungsi Maritim juga," katanya. Selain itu juga, menurutnya Maritim juga telah diletakkan dibawah penyelarasan panggilan "Malaysia Emergency Response Services (MERS)" 999 bersama Polis, Bomba, Hospital dan Jabatan Pertahanan Awam yang juga merupakan satu saluran baru kepada pihak Maritim dalam usaha membantu carilamat. Pada program tahunan latihan carilamat yang diadakan selama lima hari mulai Ahad, sebanyak 17 agensi kerajaan tempatan terlibat dimana seramai 80 anggota termasuk anggota Maritim Tok Bali Kelantan dan Maritim Kuantan Pahang hadir. - Bernama

Aktiviti seleweng diesel subsidi sukar dibanteras
KUALA TERENGGANU - Operasi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi di tengah laut bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kerjasama semua pihak, kata Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Wilayah Timur, Kapten Maritim Yusof Ali. Beliau berkata lazimnya aktiviti pemindahan diesel bersubsidi di tengah laut dilakukan pada waktu malam kepada bot-bot yang tidak berhak menerimanya. "Biasanya nelayan tempatan yang menyalurkan maklumat kepada kami selepas mereka pulang. (Oleh itu) kami akan dapat maklumat lewat dan bila kami ke lokasi yang disebutkan, kapal dan bot yang melakukan aktiviti haram itu sudah tiada. "Malah jika pihak kami yang melakukan rondaan dan menemui keadaan bot nelayan yang mencurigakan itu, sebelum kami rapat untuk menyiasat, mereka terlebih dahulu mengetahui kehadiran kami dan menjarakkan bot serta mencampakkan bahan bukti ke laut. "Maka sudah pasti kami hadapi kesukaran penguatkuasaan kerana kami tidak ada bukti kukuh untuk menahan, menyiasat dan membawa kes itu ke mahkamah," katanya. Yusof berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Latihan Mencari dan Menyelamat (Sarex) APMM kelapan bersama beberapa agensi di pejabat Maritim di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuala Terengganu Kapten Maritim Xavier Thevadas. Sebanyak 80 anggota termasuk APMM Tok Bali Kelantan dan Maritim Kuantan Pahang hadir pada program tahunan latihan SAR selama lima hari mulai Ahad itu. Yusof mengesyaki aktiviti itu banyak melibatkan nelayan asing yang mendapat lesen tempatan. Selain sukar membanteras aktiviti itu, APMM juga menghadapi cabaran anggota sindiket penyeludupan yang semakin berani hadir di jeti-jeti Maritim bagi mengawasi pergerakan anggota penguatkuasa Maritim. "Bila kami lakukan intipan, mereka pun cerdik juga dengan memasang 'kaki' di bangunan kami serta mengawasi pergerakan harian bot sebelum disesuaikan dengann operasi mereka," katanya. - Bernama

Misteri sampan berpusing tengah laut terjawab
Pegawai polis, bomba dan Marintim menjalankan operasi mencari di laut. - Foto Ihsan Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang
Pegawai polis, bomba dan Marintim menjalankan operasi mencari di laut. - Foto Ihsan Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang
TANJONG KARANG - Tanda tanya seorang kaki pancing yang terkejut melihat sebuah sampan berpusing tanpa kelibat orang rupa-rupanya membawa berita kehilangan seorang lelaki sejak semalam. Sinar Harian difahamkan, keadaan sampan yang berpusing-pusing tanpa henti kira-kira lima kilometer dari pesisiran pantai Sungai Kajang, di sini menimbulkan tanda tanya sebelum saksi menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan. Mangsa, Hasan Ashari Mat Da'ae, 39, dipercayai turun ke laut seorang diri pada Ahad lalu sebelum sampannya ditemui kaki pancing yang lain yang lengkap peralatan memancing dan barangan peribadi seperti telefon bimbit. Rakan mangsa, Khairi Nordin, 52, berkata, biasanya dia dan Hassan Ashari akan turun ke laut bersama-sama hampir setiap hujung minggu untuk mencari hasil ikan untuk stok makanan mereka sekeluarga. "Tapi kebetulan masa kejadian, saya tak ikut dan terkejut bila dapat panggilan kawan-kawan yang mengatakan jumpa sampan Hasan tapi tiada kelibatnya. Saya bimbang dia terjatuh sebab sampannya berpusing sampai habis minyak," katanya sebak. Isteri mangsa, Maifuzah Jaid, 37, berkata, dia tak menyangka panggilan daripada suaminya kira-kira jam 12 tengahari itu rupa-rupanya panggilan terakhir sebelum dia sekeluarga dimaklumkan mengenai kehilangan suaminya di laut. "Saya betul-betul tak sangka jadi begini sebab masa terima panggilan itu, abang tak cakap apa-apa yang mencurigakan. Tak ada tunjuk kata-kata pelik atau kelakuan yang berbeza seperti sebelum ini," katanya kepada media.

PDRM bongkar makmal proses ketamin pertama negara

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia buat pertama kalinya membongkar kegiatan memproses dadah jenis ketamin yang didalangi dua lelaki tempatan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Sri Hartamas, di sini Jumaat lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Noor RashidIbrahim berkata selain penahanan dua lelaki berumur 44 dan 51 tahun itu, polis turut merampas ketamin bernilai RM720,000 dan 200 biji pil ecstasy. "Pada Jumaat lepas, jam 7.30 malam, kita (polis) menahan dua lelaki itu di dalam sebuah kereta jenis Myvi di Taman Mutiara, Cheras bersama tiga bungkusan plastik berisi dadah ketamin seberat 2,495 gram di bahagian but kereta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini. Noor Rashid berkata tangkapan itu membawa polis ke sebuah kondominium diTaman Sri Hartamas, sebelum sembilan bungkusan plastik berisi ketamin seberat 9.05 kg, dua bekas plastik lutsinar berisi ketamin seberat 2.77 kg dan empat bungkusan besar plastik berisi serbuk putih disyaki ketamin seberat 3.26 kg, ditemui. Beliau berkata turut ditemui di dalam rumah itu, bahan-bahan kimia dan peralatan memproses dadah. "Siasatan mendapati kedua-dua suspek menjalankan kegiatan itu sejak lapanbulan lepas dengan menjadikan kondominium yang disewa RM2,200 sebulan itu sebagai makmal. "Mereka turut mengedarkannya ke sekitar Lembah Klang," katanya sambil menambah salah seorang suspek pernah ditahan kerana memiliki senjata berbahaya. Noor Rashid berkata kedua-dua lelaki yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandotari jika disabitkan kesalahan. - Bernama

Terminal bas terbakar, 6 mati
Terminal Bas di Goyang terbakar kira-kira jam 9 pagi tadi. Foto oleh Yonhap
Terminal Bas di Goyang terbakar kira-kira jam 9 pagi tadi. Foto oleh Yonhap
GOYANG - KOREA SELATAN. Sekurang-kurangnya enam dilaporkan mati dan lebih 40 cedera dalam satu kebakaran di Terminal Bas Goyang, hari ini lapor The Korea Herald. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi di medan selera yang sedang dalam penyelenggaraan. Menurut Balai Bomba Goyang, api yang marak berjaya dikawal dalam tempoh lebih kurang 20 minit. Kebanyakan yang cedera ditemui di tandas terminal yang terletak berdekatan dengan kawasan penyelenggaraan, kata polis. Seramai 21 mangsa dihantar ke hospital dan dua dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Ratusan orang berada di dalam bangunan itu ketika kebakaran berlaku.

Menteri Agama Indonesia letak jawatan
Suryadharma Ali
Suryadharma Ali
JAKARTA - INDONESIA . Menteri Agama Indonesia Suryadharma Ali hari ini meletak jawatan sebagai menteri kabinet selepas didakwa terbabit dalam skandal penyalahgunaan dana haji. Suryadharma yang juga Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan (PPP), membuat keputusan itu dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Indonesia, Boediono di Istana Bogor, Jawa Barat pada Isnin. Suryadharma adalah tokoh berprofil tinggi terbaharu, yang didakwa terlibat dalam rasuah seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia kerana terbabit dalam skandal melibatkan agensi pengurusan dan pengendalian dana haji bagi 2012–2013. Sebelum ini, KPK dalam kenyataan mendakwa terdapat keraguan dalam urusniaga bernilai AS$20 juta (RM64 juta) yang merangkumi dana kerajaan serta wang simpanan umat Islam yang mahu menunaikan rukun Islam kelima itu. Dakwaan tersebut menimbulkan perasaan marah dan kecewa dalam kalangan rakyat kerana majoriti dari 234 juta penduduk negara itu adalah penganut agama Islam. Umat Islam di Indonesia perlu membuat simpanan dalam dana khas tabung haji bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah tersebut, dengan sebahagian besar mereka terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan kuota menunai haji. Penglibatan Suryadharma dalam isu rasuah terbaharu itu juga dilihat pemerhati politik bakal menjejas peluang calon presiden, Prabowo Subianto yang mendapat sokongan daripada parti politik Islam pimpinan Suryadharma itu. Siasatan KPK mendapati terdapat beberapa salah laku dalam beberapa urusan pengendalian haji termasuk kos mengerjakan haji, penempatan jemaah di Tanah Suci serta cara pemilihan jemaah dilakukan. - Bernama

Tiga maut di selatan Thai
PATTANI - THAILAND. Tiga maut manakala lebih 60 cedera dalam serangan bom berkembar di selatan Thailand, semalam. Polis melaporkan, empat bom meledak di premis perniagaan, dua di stesen minyak dan tiga di kawasan kejiranan Islam di Phote Suaisuwan. “Seramai 63 penduduk kini menerima rawatan,” katanya dipetik Bangkok Post. Ketegangan makin meningkat beberapa hari selepas tentera mengambil alih pentadbiran.

Banjir di China ragut 12 nyawa
Seluruh bandar di Qigong, selatan wilayah Guangdong ditenggelami banjir sejak Khamis lalu.
Seluruh bandar di Qigong, selatan wilayah Guangdong ditenggelami banjir sejak Khamis lalu.
BEIJING - CHINA. Sekurang-kurangnya 12 maut dalam kejadian banjir besar yang melanda selatan China sejak beberapa hari lalu menurut AP. Agensi berita Xinhua melaporkan seramai 649,000 penduduk dan sebanyak 3,300 rumah di bandar Qingyuan, wilayah Guangdong turut terjejas dalam insiden tersebut. Sementara itu, lebih 20,000 penduduk di bandar Shitan dilaporkan mengalami masalah kekurangan bekalan air bersih selepas kawasan kolam takungan ditenggelami banjir. Susulan daripada kejadian tersebut, kerugian harta benda dianggarkan mencecah AS$293 juta (RM941 juta).

Pasukan Sting PDRM rampas 16kg heroin
JOHOR BAHRU - Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket rangkaian pengedaran dadah melibatkan rampasan 16 kilogram heroin di bandar raya ini malam tadi. Menurut laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis turut memberkas 25 suspek. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu melalui laman Twitter rasmi beliau, turut mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan itu. Difahamkan operasi itu, yang bermula 7.30 malam dan berakhir 12 tengah malam tadi, diadakan di beberapa lokasi sekitar bandar raya Johor Baharu. Satu sidang akhbar berhubung kes itu akan dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim esok di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada pukul 3 petang. - Bernama

Kegiatan gores dan menang: 13 individu ditahan
Azham (kanan) bersama pegawainya menunjukkan kad yang digunakan individu yang menjalankan kegiatan gores dan menang.
Azham (kanan) bersama pegawainya menunjukkan kad yang digunakan individu yang menjalankan kegiatan gores dan menang.
KOTA BHARU - Polis memandang serius kegiatan gores menang di negeri ini yang masih licik menjalankan kegiatan berkenaan dengan menawarkan sejumlah hadiah menarik kepada pelanggan dengan bayaran tertentu. Kegiatan terbaru kumpulan terbabit yang bergerak dalam kumpulan dan didalangi syarikat yang beroperasi di bandar ini berjaya dikesan polis, apabila 13 individu yang dipercayai digunakan syarikat terbabit untuk memancing orang ramai ditahan dalam beberapa siri operasi tahun ini. Dalam satu operasi petang kelmarin, seramai lapan individu berusia antara 20 hingga 30 tahun yang menjalankan kegiatan itu di sebuah pasar raya di sini ditahan dan direman selama tiga hari bermula semalam. Manakala lima lagi ditahan pada operasi yang dijalankan bulan lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, syarikat ini beroperasi di Jalan Long Yunus, dengan modus operandi menghampiri pelanggan di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Lembah Sirih dan bergerak secara berkumpulan. “Masih ramai yang tidak membuat laporan, namun yang tampil membuat laporan adalah pihak yang merasa mereka tertipu dan melibatkan jumlah wang yang banyak sehingga mencecah RM10,000. “Mereka akan menawarkan satu kad kepada pelanggan untuk digores dan apabila digores mangsa akan diberitahu memenangi satu hadiah misteri dan perlu ke pejabat mereka untuk menuntut. Apabila tiba di pejabat, mangsa akan diminta untuk membayar sejumlah wang bagi menebus hadiah terbabit,” katanya dalam satu sidang media di sini semalam. Azham berkata, akibat rasa tertipu apabila mendapati barangan yang mereka dapat itu tidak setanding dengan nilai yang dibayar menyebabkan mereka naik berang dan menuntut ganti rugi. Mengikut siasatan, mereka dijanjikan hadiah yang bernilai puluhan ribu ringgit bagaimanapun hanya memperoleh hadiah yang tidak setanding nilainya. "Apabila pelanggan datang semula ke pejabat syarikat terbabit, mereka diugut untuk dicederakan oleh samseng yang diupah oleh syarikat terbabit, maka akhirnya mereka terpaksa mendiamkan diri tanpa dapat membuat apa-apa apabila diancam. “Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak terperdaya dengan aktiviti seperti ini dan bertindak lebih waras sebelum mengeluarkan sebarang bayaran dan mencecah ribuan ringgit. “Setakat ini empat kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dan juga di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah,” katanya.

Hubungi isteri ucap selamat tinggal
Kereta mangsa yang ditinggalkan di jambatan Sultan Yahya Petra, malam kelmarin, sebelum dia bertindak terjun ke kawasan sungai.
Kereta mangsa yang ditinggalkan di jambatan Sultan Yahya Petra, malam kelmarin, sebelum dia bertindak terjun ke kawasan sungai.
KOTA BHARU - Seorang lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra berhampiran sebuah pasar raya terkemuka, dikhuatiri lemas, di sini, malam kelmarin. Mangsa, Yoon Tuck Lee, 28, dilihat saksi memberhentikan kereta jenis Honda di tepi jambatan terbabit sebelum bertindak terjun ke kawasan sungai. Saksi, Mohd Affandi Muhammad, 39, berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 9.15 malam, dia yang menunggang motosikal untuk menghadiri satu majlis di Tumpat, melihat lelaki terbabit memberhentikan kereta di kawasan itu dengan memberi isyarat lampu kecemasan. “Melihatkan keadaan itu, saya perlahankan motosikal dan melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan terus terjun dari jambatan terbabit, kemudian hilang dari pandangan. "Saya segera hubungi bomba dan polis untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian. Menurutnya, hasil temu bual dengan isteri mangsa mendapati, mangsa tidak mempunyai masalah hutang atau bermusuh dengan sesiapa. “Kali terakhir suaminya keluar makan bersama rakan dan isterinya malam tadi (kelmarin) sebelum kejadian tersebut. “Selepas menghantar isterinya pulang, mangsa keluar dari rumah tanpa beritahu apa-apa,” katanya. Azham berkata, mangsa hanya sempat hubungi isteri dan beritahu 'selamat tinggal', dan mematikan telefon bimbit. "Dia gagal dihubungi sehingga mendapat makluman mangsa terjun dari jambatan terbabit," katanya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said pula berkata, gerakan mencari dan menyelamat digerakkan serta-merta dan operasi malam kelmarin dihentikan jam 2 pagi sebelum disambung semula pagi semalam pada jam 7.30 pagi. “Usaha mencari masih diteruskan dengan kekuatan anggota dari balai Kota Bharu, Darul Naim, bomba sukarela dan Unit Skuba, selain bantuan polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). "Sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan positif mengenai mangsa,” katanya.

Pelakon Jalin Hubungan Songsang Di London?

Bukan main lagi seorang pelakon dan pengacara lelaki ini di tempat orang. Di Malaysia punyalah dia menjaga nama baik di sebalik imej islamik, tapi nampaknya dia menggunakan peluang berada di luar negara untuk menyerlahkan keperibadiannya yang sebenar. Sebentar tadi kami menerima email daripada sumber-sumber terapat mendakwa seorang selebriti yang pernah mengacara sebuah rancangan suatu ketika dahulu dikhabarkan ligat mengunjungi beberapa kelab malam di London dan ada antaranya untuk golongan LGBT. Sumber-sumber mengatakan, pelakon tersebut tidak keseorangan sebaliknya ditemani oleh seorang pelajar Malaysia di sana yang juga seorang lelaki.

Antara salinan perbualan si pelakon dan pelajar itu di WhatsApp Difahamkan, pelajar lelaki terbabit terserempak dengan pelakon ini di London pada bulan November tahun lepas sewaktu pelakon tersebut sedang menikmati makan malam. Selepas bertegur sapa, si pelakon mempelawa pelajar berkenaan menemaninya bersiar-siar sepanjang berada di sana dan seterusnya terbawa hingga ke bilik pula. Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan saling berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp apabila pelakon tersebut pulang ke Malaysia dan antaranya berbaur lucah. Tambah sumber lagi, pelakon tersebut turut mengirim sekeping gambar alat sulit untuk tatapan pelajar tersebut. Walaupun seksualiti pelakon itu pernah diragui suatu ketika dulu, namun selebriti ini bijak mengaburi pandangan peminat dengan memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang berubah ke arah kebaikan.

Sumber: Oh! Bulan

Ibu Saudara 5 Beradik Yatim Piatu Kesal Pihak Tabur Fitnah

SUNGKAI – Ibu saudara kepada lima beradik yang kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan Jumaat lepas, melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana terdapat pihak menabur fitnah bahawa keluarganya akan menghantar lima beradik itu ke rumah anak yatim dan mengambil semua duit sumbangan. Junaida Mohd Zain, 42, berkata beliau meminta pihak berkenaan agar menghentikan segala fitnah yang disebarkan melalui laman sosial Facebook itu. “Kami ada perasaan…jangan cakap macam tu, lima beradik ini adalah darah daging kami. Walau apa pun terjadi kami tak kan pisahkan mereka, kami adik beradik boleh jaga mereka,” katanya ketika ditemui di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman di sini hari ini. Seorang lagi ibu saudara lima beradik itu, Zainah, 44, mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan pihak yang melakukan penipuan dengan meminta derma untuk lima beradik itu melalui Facebook. “Kepada sesiapa yang mahu derma hubungi saya terlebih dahulu, jangan mudah percaya dengan kutipan derma di Facebook,” katanya yang mempunyai tiga orang anak. Sementara itu, Muhd Haikal Jefri, 16, berkata dia dan adik-adiknya akan terus tinggal di Cheras, Kuala Lumpur dan mereka akan dijaga oleh ibu saudara yang tinggal berdekatan dengan rumahnya. “Adik saya yang bongsu kadang-kadang merengek cari mak saya, dia kata mak dan ayah ada di sini,” katanya dengan sayu. Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, juruteknik Jefri Mohd Zain, 50, dan isterinya Noorsalawati Ibrahim, 40, terbunuh ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal setelah digilis sebuah lori dalam kejadian langgar lari berhampiran susur ke Cheras, di Jalan Loke Yew. Pasangan itu meninggalkan lima anak – Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3. Sumber: Bernama

Adam Corrie Kecewa Digam Stesen Televisyen

Hanya kerana disangka menyertai parti politik pembangkang, pelakon Adam Corrie, 45, mendakwa digam sebuah stesen te-levisyen tanpa membuat semakan terhadap latar belakangnya. Justeru, pelakon KL Gangster 2 itu menuntut pihak stesen terbabit menunjukkan bukti dia menyertai parti pembangkang yang dikatakan itu bagi membersihkan namanya. Adam ketika ditemui baru-baru ini meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak atasan stesen berkenaan kerana terus menyenarai hitam namanya tanpa memberi sebarang penjelasan. Pelakon itu mendakwa pihak atasan stesen terbabit enggan menyiarkan satu telefilem yang menampilkan dia memegang watak utama, malah turut mengarahkan semua babak berkaitan de-ngannya dalam satu program disunting dalam dua kejadian berasingan.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku pada tahun lalu selepas pihak atasan berkenaan dikatakan terus menolak telefilem itu sebaik mendengar namanya antara barisan pelakon. “Berita itu disampaikan kepada saya oleh pengarah selepas dia bertemu pihak atasan stesen terbabit. Pe-ngarah hanya memberitahu karyanya tidak boleh disiarkan di stesen itu kerana saya ahli parti pembang-kang,” katanya. Adam yang juga koreografer tarian berkata, dia tiada masalah sepanjang penggambaran dan menerima tawaran berlakon dalam telefilem itu atas permintaan pengarah. “Kejadian sama berulang sekitar Mac lalu selepas saya mendapat jemputan daripada stesen televisyen sama sebagai artis undangan untuk satu program agama. “Pada mulanya, saya rasa pelik namun terima tawaran itu demi Tuhan selain pendakwah program adalah guru saya. “Saya cuma perlu berta-nyakan beberapa soalan untuk empat episod program itu,” katanya. Katanya, selepas tamat penggambaran, dia terkejut dimaklumkan semua babak menampil-kan kemunculannya dalam program itu disunting dengan alasan dia adalah ahli parti pembang-kang. “Saya menerima panggilan daripada rakan pengarah program itu yang memberitahu suntingan itu atas arahan pihak atasan stesen televisyen berkenaan. “Tindakan itu amat me-ngecewakan kerana mereka tidak pernah menghubu-ngi saya untuk mendapatkan pengesahan mahupun bertanyakan kepada pihak berkaitan. Malah, saya juga tidak meminta sebarang bayaran dan bersetuju tampil dalam program itu atas kehendak sendiri,” katanya. Dalam pada itu, Adam berkata, dia tidak pernah berdepan masalah dengan stesen televisyen lain termasuk pengarah serta syarikat penerbit filem tempatan. “Sekarang, saya mahu pihak stesen televisyen terbabit mengemukakan bukti kukuh seperti nombor ahli saya dalam parti itu. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti politik, malah tidak berminat mengetahui isu politik semasa. “Saya tampil membuat penjelasan ini bukan kerana takut tiada rezeki tetapi mahu membersihkan nama dan juga minta supaya ja-ngan terus fitnah saya,” katanya. Dalam perkembangan lain, Adam kini sibuk de-ngan penggambaran program agama untuk siaran Ramadan nanti serta drama Kerambit.

Subramaniam: Pemeriksaan Menyeluruh Produk Cadbury!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua produk keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) dalam masa terdekat bagi memastikan ia tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) khinzir. Ini susulan pengesanan elemen khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) hasil analisis kementerian. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata keputusan lengkap hasil pemeriksaan terhadap produk keluaran Cadbury itu hanya akan diketahui dalam beberapa bulan akan datang kerana perlu melalui pelbagai proses dan prosedur sebelum dimuktamadkan. “Kementerian kini menyiasat pihak Cadbury di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dalam memastikan sama ada Cadbury dengan sengaja atau secara tidak sengaja memasukkan DNA khinzir dalam produk coklat mereka,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. Subramaniam tidak menolak kemungkinan kewujudan DNA khinzir dalam produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond berlaku disebabkan pencemaran di sepanjang rantaian pembuatan makanan berkenaan. Beliau menggesa pihak industri dan pengimport makanan supaya bersikap bertanggungjawab dalam memastikan kesemua produk keluaran mereka mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Subramaniam berkata kementerian hanya menjalankan pemeriksaan terhadap produk makanan dan sijil halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sehubungan itu, kementerian akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pematuhan standard makanan dan pelabelan serta kebersihan makanan yang diperuntukkan mengikut Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya, katanya. Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Subramaniam berkata Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada sebarang bahaya yang melibatkan kesihatan. Justeru, label makanan amat penting kepada pengguna kerana ia membolehkan pengguna membuat pemilihan makanan yang bermaklumat.
Beliau berkata peruntukan pelabelan di bawah Peraturan-Perturan Makanan 1985 adalah seperti berikut:
i) Peraturan 11(1)(c) yang menghendaki produk makanan yang mengandungi daging lembu atau daging khinzir dilabel dalam bentuk seperti “Mengandungi” (dengan menyatakan sama ada daging lembu, daging khinzir atau lemak khinzir atau mengikut nama yang berkenaan).
ii) Peraturan 11(1)(f) menghendaki nama biasa haiwan dilabel jika makanan tersebut mengandungi minyak atau lemak daripada haiwan.
iii) Peraturan 11(3) memerlukan nama biasa haiwan dilabel jika ramuan makanan adalah daripada sumber haiwan. Sumber: Bernama

Ibu Dan Bayinya Berusia Lapan Bulan Rentung Dalam Nahas Di Miri

MIRI – Seorang ibu dan bayi perempuannya berusia lapan bulan rentung apabila kereta dipandu wanita itu terbakar selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Bakam di sini awal pagi ini. Akibat pertembungan itu, Proton Saga dipandu Rohnalee Labo, 28, meletup sebelum terbakar menyebabkan dia dan bayi perempuannya Adira A-Amir gagal menyelamatkan diri dan rentung di tempat kejadian. Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee yang mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira 6.30 pagi. Sumber: Bernama

VIDEO: Padah Buat U-Turn Haram Di Kota Bharu

Gara-gara tidak mematuhi peraturan jalan raya, tidak fasal-fasal ada nyawa melayang. Itulah yang berlaku apabila sebuah lori selamba memusing arah membuat u-turn di tempat tidak sepatutnya hingga ‘menyapu’ motosikal yang berada di sebelah kanan. Kejadian yang berlaku di Jalan Lembah Sireh, Kg Sireh, Kota Bharu, Kelantan ini dirakam kamera CCTV. Kepada penduduk sekitar atau mereka yang berkunjung ke mukim berkenaan selepas ini, diharapkan ambil pengajaran daripada kejadian dengan melakukan u-turn di tempat sepatutnya. Jangan kerana hendak memudahkan perjalanan, ada nyawa tak berdosa yang terbang.

Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

Dyana Akui Ibu Terbabit Penubuhan PERKASA

TELUK INTAN – Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, akhirnya mengaku hari ini yang ibunya, Yammy Samat, pernah terbabit dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA). Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan cakap-cakap mengenai perkara itu, turut mengaku pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan PERKASA pada 2008. “Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota PERKASA ketika itu, dan saya pula masih belajar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, pada masa itu ibunya meminta beliau membantunya mengendalikan pendaftaran keanggotaan PERKASA. “Ya, ketika itu beliau terbabit dengan PERKASA tetapi selepas beberapa bulan beliau meninggalkan pertubuhan itu kerana tidak lagi percaya dengan PERKASA,” katanya. Dyana Sofya berkata demikian apabila diminta mengulas penyebaran gambarnya membantu Yammy pada majlis pelancaran laman web PERKASA dan kempen keanggotaan pertubuhan itu pada 2008. Menyentuh kedudukan ibunya sebagai anggota jawatankuasa pertubuhan itu, beliau berkata status ibunya itu hanya sebagai jawatankuasa penaja memandangkan ibunya meninggalkan pertubuhan itu sebelum mesyuarat agung pertamanya. “Saya tidak pasti sama ada beliau adalah anggota berdaftar PERKASA sebelum AGM itu…ibu saya seorang ahli UMNO, saya bukan. Beliau mungkin terbabit dengan PERKASA, saya tidak. Mungkin ini tidak harus jadi isu,” katanya. Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bahawa Dyana Sofya menafikan yang ibunya pernah menyertai PERKASA, malah mendakwa ibunya tidak menyertai mesyuarat pertama pertubuhan itu. Sementara itu, akhbar hari ini melaporkan bahawa Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman, mendedahkan Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan PERKASA apabila dilantik sebagai Ketua Wiranitanya yang pertama. Hamidah berkata, maklumat itu diperoleh daripada Setiausaha PERKASA, Syed Hassan Syed Ali yang mengatakan Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan itu sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan. Hamidah mendakwa sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy telah menarik diri daripada menjadi ahli PERKASA. Sumber: Bernama

Bajet 2015 Dibentang 10 Oktober

PUTRAJAYA – Bajet 2015 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata Bajet 2015 penting memandangkan ia merupakan belanjawan akhir Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), yang menyediakan peruntukan untuk program dan projek berbaki dalam tempoh rancangan pembangunan terbabit. “Ia juga akan membantu memastikan peralihan lancar kepada Rancangan Malaysia ke-11 yang menyediakan dorongan akhir dalam mentransformasikan negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan sebelum mempengerusikan mesyuarat perundingan Bajet 2015, di sini hari ini. Tema perundingan bajet tahun ini ialah ‘Meningkatkan Pertumbuhan, Memastikan Kemampanan Fiskal dan Memakmurkan Rakyat’. “Dalam meningkatkan usaha bagi memastikan ekonomi terus berkembang, kami juga komited melihat agenda reformasi fiskal tidak dipinggirkan. “Saya akan terus menyediakan (belanjawan) pengembangan, namun tidak mengetepikan defisit negara. “Kerajaan menjangkakan dapat mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus tahun ini dan mencapai belanjawan seimbang pada 2020,” kata perdana menteri. Najib juga berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal yang juga memantau semua aspek pengurusan fiskal dalam negara, sudah bertemu beberapa kali sejak penubuhannya pada Jun 2013. “Jawatankuasa itu sudah berbincang secara mendalam mengenai beberapa langkah fiskal, termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan dan rasionalisasi subsidi,” katanya. Najib juga berkata jawatankuasa itu merancang menyediakan rangka kerja fiskal jangka sederhana yang akan mengetengahkan strategi bagi memastikan kemampanan fiskal jangka sederhana dan jangka panjang. Selain itu, Najib berkata kerajaan memberi perhatian serius ke atas cadangan Ketua Audit Negara bagi menambah baik perbelanjaan kerajaan. “Untuk itu, kami sedang mengambil pendekatan menyeluruh dalam memastikan pengurusan kewangan berhemat. “Sebarang salah laku dan kelemahan pentadbiran kerajaan juga akan ditangani secara berkesan,” kata Perdana Menteri. Sumber: Bernama

Premis Jual Coklat DNA Babi Boleh Didenda, Penjara

PUTRAJAYA – Premis yang masih menjual dua jenis coklat Cadbury yang mengandungi DNA khinzir (porcine), boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd Roslan Mahayudin, berkata hukuman itu, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, tidak kira sama ada penjual di peringkat runcit, pengedar atau pengilang. “Bagi sesebuah pertubuhan perbadanan pula mereka boleh didenda tidak melebihi RM 250,000. “Bagaimanapun kadar hukuman itu akan ditentutan di mahkamah sama ada wajar mengenakan RM250,000 atau RM100,000 dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata mana-mana pihak yang masih menjual coklat berkenaan sewajarnya memulangkan kembali kepada pihak pembekal dan pengilang. Katanya, arahan juga telah dikeluarkan kepada pejabat-pejabat cawangan KPDNKK di seluruh negara untuk bergerak memantau penjualan coklat itu termasuk di kedai-kedai bebas cukai di lapangan terbang. Menurutnya, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membuat pemeriksaan. “Kami telah menurunkan kuasa kepada 212 pegawai JAKIM di seluruh negara dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk penguatkuasaan berhubung halal ini,” katanya. Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan mendedahkan dua sampel coklat Cadbury, iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam, dikesan mengandungi DNA (Asid Deoksiribonukliek) khinzir. JAKIM menggantung serta-merta sijil pengesahan halal dua produk coklat itu. Sumber: Bernama

Ops Tanduk: 451 Pati Ditahan Di Kota Marudu, Kudat

KOTA KINABALU – Sebanyak 451 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Tanduk yang dijalankan di daerah Kota Marudu dan Kudat Sabtu lepas. Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata daripada jumlah itu, 258 ditahan di Kudat dan 193 di Kota Marudu. Mereka yang ditahan itu berumur antara empat hingga 56 tahun, kata beliau dalam sidang akhbar mengenai tangkapan itu, di sini hari ini. Suhaimi berkata, operasi bersepadu tersebut melibatkan 77 anggota dari Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara. “Sepanjang Ops Tanduk yang telah dijalankan tahun ini, seramai 3,611 PATI ditangkap yang mana 2,577 daripada jumlah itu adalah warga Filipina, Indonesia (713) dan lain-lain seramai 321 orang,” katanya. Beliau juga berkata seramai 5,427 PATI masih ditahan di tiga Pusat Tahanan Sementara (PTS) iaitu di Tawau, Sandakan dan Papar. Sumber: Bernama

Petronas Primax 95 Baharu Janjikan Penjimatan Petrol

KUCHING – Minyak petrol baharu, Petronas Primax 95, dengan ‘Advanced Energy Formula’ mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga, sekali gus meningkatkan penjimatan petrol, kata Pengurus Besar Kanan Jabatan Perniagaan Petronas Dagang Berhad, Lu Jia Lih. Beliau berkata Petronas Primax 95 membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran, serta menghasilkan semburan petrol yang lebih halus untuk menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga. “Ketiga-tiga fungsi ini bergabung untuk memberikan kecekapan petrol yang lebih hebat. “Bahan api ini direka untuk memberikan prestasi yang lebih tinggi dan lebih baik bagi perjalanan yang lebih jauh,” katanya pada upacara pelancaran Petronas Primax 95 di sini hari ini. Jia Lih berkata Petronas sentiasa konsisten dalam mewujudkan piawaian baharu bagi industri dan akan terus mencipta penyelesaian inovasi baharu bagi pelanggan sebagai satu strategi untuk kekal sebagai jenama pilihan. “Petronas Primax 95 dihasilkan melalui kejayaan kejuruteraan Petronas dalam membangunkan teknologi bendalir automotif yang membawa kejayaan berterusan kepada pasukan Formula One Mercedes AMG Petronas dalam perlumbaan Formula One tahun ini,” katanya. Sumber: Bernama

Shahir Akui Berkawan Dengan Erra Fazira

Walaupun berdolak-dalik pada awalnya, akhirnya juara Akademi Fantasia 8, Shahir mengakui dia kini sedang berkawan dengan bintang jelita Erra Fazira. Kata penyanyi lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ ini, tidak salah untuk dia berkawan dengan rakan-rakan seperjuangan apatah lagi artis berpengalaman seperti Erra. “Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut,” katanya. Ditemui semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Shahir merasakan Erra adalah sumber rujukan terbaik untuk artis-artis muda sepertinya. “Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,” ujar penyanyi berusia 26 tahun ini. Kesahihan gosip di antara Shahir dan Erra terus menjadi tanda soal apabila Erra enggan memberi sebarang maklumbalas apabila ditanyakan hlive! pada majlis anugerah itu. “Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP,” kata Erra. Gosip ini timbul apabila diberitakan Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dan mereka dikatakan sedang rapat. Terdahulu, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 40 tahun, dan Engku Emran Engku Zainal Abidin 39 tahun, sah bercerai dengan talak satu pada Februari lalu. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Engku Aleesya, 5 tahun. Sumber: Murai

Pengundian Awal PRK Parlimen Teluk Intan Esok

TELUK INTAN – Pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berlangsung esok melibatkan 410 pengundi berdaftar di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata pengundian dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. “Pengundi awal ini kebanyakan adalah anggota polis dan keluarga yang berdaftar bagi Parlimen Teluk Intan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata daripada segi persiapan, ketua tempat mengundi dan kerani-kerani pengundian awal telah membuat semakan pada sebelah pagi tadi bagi memastikan keseluruhan peralatan pengundian adalah lengkap dan sempurna. Beliau berkata calon parti politik yang bertanding atau ejen mereka akan turut terlibat sepanjang proses pengundian itu, termasuk memeteri peti undi bersama petugas SPR. Ahmad Adli berkata kesemua peti undi yang telah dimeteri akan dibawa ke Majlis Perbandaran Teluk Intan untuk disimpan dalam peti besi di bilik kebal. Kesemua peti itu hanya akan dibuka selepas pengundian biasa Sabtu ini, katanya. “Kita berharap perjalanan pengundian awal esok akan berjalan lancar. Para calon dan penyokong tidak perlu berkumpul terlalu ramai,” katanya. PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dengan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. Sumber: Bernama

MH370: Data Satelit Mentah Akan Didedahkan Pada Selasa

SEPANG - Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, data satelit mentah digunakan untuk mengecilkan carian pesawat MH370 akan didedahkan pada Selasa. Data satelit mentah itu dihasilkan oleh syarikat Inmarsat United Kingdom. Beliau turut mendedahkan sedikit maklumat bahawa bagaimana laporan itu boleh dibuat oleh orang awam kecuali jika dinyatakan ia perlu dilakukan oleh Jabatan Penerbangan Awam dan Inmarsat. “Saya hanya boleh memberitahu anda apa yang saya telah diberitahu dan kita harap laporan itu akan didedahkan esok kerana ini sahaja yang telah diberitahu kepada saya,” kata Hishammuddin kepada pemberita semasa lawatan ke KLIA2 pada Isnin. Sumber: mStar

MAS Semak Dasar Bagasi Daftar Masuk

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) menyemak semula dasar bagasi daftar masuknya. Berkuat kuasa 28 Mei, penumpang dibenarkan mendaftar masuk maksimum dua bagasi percuma, masing-masing seberat 30 kilogram (Ekonomi), 40 kilogram(Bisnes) dan 50 kilogram (Kelas Satu). Syarikat penerbangan negara itu juga menyemak semula beberapa kadar baharu untuk bayaran bagasi berlebihan muatan mengikut kadar blok setiap 5 kilogram. Untuk perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kadar baharu ialah RM45, antara Semenanjung dan Sabah atau Sarawak (RM55), Asean (RM70), Asia Selatan/China (RM100), Asia Utara/Australia, New Zealand dan Timur Tengah (RM115) dan Eropah RM170. “Semakan semula itu terpakai untuk semua tiket, tanpa mengira tarikh dikeluarkan untuk perjalanan dari 28 Mei, 2014 dan seterusnya,” kata MAS dalam satu kenyataan. Ia berkata peruntukan bagasi bayi yang kini 10 kilogram satu dan bpengangkutan air Zamzam dari tanah suci, tidak berubah. Bagi penumpang yang mengerjakan Umrah dan Haji, peruntukan khas 10 kilogram setiap botol 10 liter air Zamzam dibenarkan dari Jeddah-Kuala Lumpur dan destinasi seterusnya. Peruntukan itu adalah tambahan kepada Elaun Bagasi Percuma dua bagasi setiap satu seberat 50 kilogram untuk Kelas Satu, dua beg setiap satu 40 kilogram untuk Kelas Bisnes dan dua beg setiap satu 30 kilogram bagi Kelas Ekonomi. Ahli Enrich dan oneworld layak memperoleh berat muatan tambahan berdasarkan status keahlian mereka. Sumber: Bernama

Ganja Dalam Kotak Susu, Pekerja Bengkel Ditahan

GEORGETOWN – Seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah ditahan selepas polis menemui ketulan mampat ganja dalam kotak susu formula dalam satu pemeriksaan di Jalan Macalister, di sini Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, kotak susu itu ditemui dalam kereta Mercededes Benz yang dipandu lelaki terbabit. Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki berusia 26 tahun itu bekerja di sebuah bengkel cuci kereta di sini dan dipercayai menjalankan kegiatan mengedar dadah sejak tiga bulan lepas. “Ganja itu dibalut dengan kertas timah dan kotak itu turut dibalut kemas dalam plastik hitam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, ganja seberat 1.3 kilogram bernilai RM3,000 itu dipercayai dijual secara kecil-kecilan di sekitar bandar ini. Lelaki itu ditahan reman sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan, katanya. Sumber: Bernama

Mahkamah Tinggi Bebaskan Bekas CEO Sime Bank

Ismail (tengah) dan isteri, Rohani bersama Foong selepas prosiding di Mahkamah Tinggi, Isnin. KUALA LUMPUR: "Anda bebas sekarang dan tidak perlu lagi datang ke mahkamah," kata peguam Kitson Foong kepada anak guamnya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Bank, Datuk Ismail Zakaria selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan untuk mengetepikan rayuan Bank Negara. Bank pusat itu mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Ismail daripada pertuduhan meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta semasa negara mengalami krisis kewangan terburuk pada 1997. Hakim Datuk Azman Husin membenarkan permohonan itu selepas Foong memberitahu mahkamah bahawa Bank Negara, selaku responden, gagal hadir di mahkamah sungguhpun selepas beberapa penangguhan rayuan dibenarkan mahkamah untuk memudahkan pihak pendakwaan. "Kegagalan responden beberapa kali untuk hadir ke mahkamah menunjukkan mereka tidak lagi berminat dalam perkara ini," katanya, dan menambah mereka gagal menghadiri pengurusan kes yang ditetapkan mahkamah. Foong memohon kepada mahkamah agar perjalanan 16 tahun anak guamnya ke mahkamah ditamatkan. Pada 12 September 2011, Ismail dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada sebuah syarikat pelaburan. Ismail, 71, didakwa meluluskan pinjaman RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta kepada Everise Capital Sdn Bhd. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 20 Sept 1997 dan 21 Okt 1997 di pejabatnya di tingkat dua Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Ismail di sini. Pertuduhan mengikut Seksyen 65(1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM5 juta, atau kedua-duanya. Selepas mahkamah menyampaikan keputusan, Ismail memberitahu Bernama beliau kehilangan 16 tahun yang amat berharga sebagai seorang jurubank dan beliau berdepan tugas mencabar untuk kembali ke sektor perbankan memandangkan segala-galanya sudah berakhir baginya. Kata Ismail, beliau menggunakan kesemua wang simpanannya setelah tiada pihak yang mahu mengambilnya bekerja dan beliau juga perlu menyara empat anaknya. "Dalam usia sekarang, kerjaya saya dalam bidang perbankan sudah berakhir namun saya bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada rakan-rakan dan peguam saya sebab perjalanan saya ke mahkamah sudah selesai," kata Ismail yang kelihatan lega, sebelum beredar dari mahkamah dengan diiringi isterinya, Datin Rohani Yusoff. Sumber: mStar

No comments:

Post a Comment