Polis rakam percakapan pemandu lori
KUALA LUMPUR - Polis merakam percakapan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kes kemalangan maut suami isteri yang mengakibatkan lima beradik menjadi piatu, di sini, kelmarin.
Lelaki itu ditahan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung, Kajang dan dibawa ke Balai Polis Trafik Tun HS Lee.
Pemangku Pegawai Turus Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Mohd Fadhli Daud berkata, ia hasil maklumat saksi kejadian.
Katanya, siasatan lanjut mendapati pemandu lori itu menetap di Kajang dan anggota polis berjaya mengesan suspek sebelum dia ditemui di R&R Bukit Dukung.
“Kita telah hantar pemandu lori itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk ujian air kencing dan mengambil sampel darah. Lelaki terbabit turut membuat laporan polis berhubung kemalangan itu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu kelmarin, Jefri Mohd Zain, 50, dan isterinya Norsalawati Ibrahim, 40, dalam perjalanan ke tempat kerja, maut selepas dipercayai dirempuh lori dari belakang selepas motosikal mereka terbabas.
Lima beradik tidak mahu berpisah
Mohd Haikal (kanan) dan adik-beradiknya kini hilang tempat bergantung selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan kelmarin.
SUNGKAI - Anak sulung pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Loke Yew, Cheras kelmarin mahu terus menetap di Kuala Lumpur dan enggan dipisahkan dengan adik-beradiknya.
Mohd Haikal Jefri, 16, berkata, Allahyarham bapanya, Jefri Mohd Zain, 46, pernah berpesan kepadanya supaya menjaga adik-adiknya sekiranya berlaku sesuatu kepada dirinya.
"Saya tidak mahu berpisah dengan adik-adik. Arwah ayah pernah berpesan jika apa-apa berlaku padanya, dia minta saya jaga adik-adik dan mahu saya rajin belajar,” katanya ketika ditemui di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai, semalam.
Pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras itu berkata, dia dan adik-adiknya enggan berpindah ke kampungnya di Sungkai kerana tiada siapa dapat menjaga mereka di situ.
"Lagipun dua lagi adik yang berusia 14 dan 10 tahun bersekolah di Cheras. Kalau boleh saya dan adik-adik mahu terus tinggal di rumah kami di Cheras.
"Di sana ada emak saudara yang boleh menjaga kami. Kalau tinggal di kampung (tempat asal arwah bapanya di Sungkai) tiada siapa boleh menjaga kami,” katanya.
Mohd Haikal berkata, sebagai anak sulung, dia sedia menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi membesarkan empat adiknya.
Adik bongsu Jefri, Zulianawati Mohd Zain, 32, pula berkata, dia berasa amat sedih dan hiba kerana kehilangan abang menjelang majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung 7 Jun depan di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, di sini.
Dia yang tinggal di Damansara, berkata, abangnya mengambil berat tentang persediaan perkahwinannya dengan memastikan semua borang pernikahan siap diisi dan ditandatanganinya.
“Saya tidak sangka abang tak sempat menyaksikan majlis pernikahan saya. Dia berpesan supaya majlis perkahwinan saya dilangsungkan secara sederhana, tak perlu bersanding.
“Sebab itu majlis perkahwinan nanti, saya hanya akan buat kenduri kecil-kecilan tanpa bersanding seperti arwah pinta,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi adik Jefri, Zainah Mohd Zain, 44, berkata, dia dan adik beradiknya tidak tergamak memisahkan Mohd Haikal, Fatin Adlina, 14; Mohd Aidil, 10; Norshamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3.
Katanya, Norshamini dan Nor Auni Safia amat rapat dan tidak boleh berenggang, jadi mereka mahu kesemua anak Allahyarham Jefri dan isterinya, Noorsalawati Ibrahim, 40, membesar bersama.
Menurutnya, walau apa pun kesukaran bakal ditempuhinya untuk menjaga kelima-lima anak saudaranya itu, dia tidak mahu mereka dihantar ke rumah anak yatim.
Katanya, dia dan adik-beradik lain akan berbincang menentukan siapa bakal menjaga Mohd Haikal serta adiknya dan adakah mereka akan menetap di Cheras atau kampung.
“Buat masa ini kami belum buat keputusan siapa yang akan jaga mereka. Tunggulah selepas majlis tahlil arwah abang saya ini selesai, barulah kami akan berbincang.
“Kemungkinan besar kelima-lima anak saudara kami ini akan menetap di Cheras kerana arwah bapa mereka memiliki rumah di situ,” katanya.
Jaip senarai hotel halal
Noridzuan (dua,kanan) memerhati tukang masak sebuah hotel di bandar Kuantan menyediakan makanan ketika melakukan pemeriksaan.
KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) semalam mengesahkan 26 premis makanan membabitkan 17 hotel dan resort di daerah ini adalah halal selepas pemeriksaan dan pemantauan jabatan berkenaan.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal, Noridzuan Abdul Manan berkata, kesemua dapur dan restoran itu juga dinasihatkan menjaga kebersihan dan bahan yang digunakan sentiasa halal.
Menurutnya, hotel yang disenaraikan Jaip ialah MS Garden, The Zenith, De Rhu Beach Resort, Impiana Resort Cherating, Grand Continenal, Cherating Holiday Villa, Megaview dan Shahzan Inn.
“Lima lagi dapur hotel yang disahkan halal ialah Suria Cherating Beach Resort, Residence Inn and Motel, Santuari Resort, The Legend Resort Cherating dan hotel terbaru di Kuantan iaitu Rocana,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, semua hotel terbabit sudah mematuhi standard, syarat dan prosedur halal yang ditetapkan pihak berkuasa agama iaitu menggunakan bahan-bahan halal dalam masakan.
“Kita senaraikan hotel berkenaan supaya dapat menarik lebih banyak lagi hotel lain di negeri ini memohon untuk mendapatkan sijil halal sekali gus memberi lebih banyak kelebihan kepada mereka,” katanya.
Katanya, selain penggunaan bahan yang tidak boleh dipertikaikan dalam konteks halal, pengurusan dapur hotel berjaya melaksanakan amalan kebersihan yang baik ketika proses pengendalian dan penyediaan makanan.
Noridzuan berkata, faktor lain yang membolehkan dapur hotel berkenaan diiktiraf halal ialah proses penyimpanan bahan mentah kering dan basah serta penstoran yang dilaksanakan.
“Selepas menerima sijil halal, Unit Pengurusan Halal akan melakukan pemantauan berkala di dapur restoran dan kafe bagi memastikan kemaslahatan pengguna terjamin selain pemeriksaan susulan jika ada aduan dari pelanggan.
Sebagai pengguna Islam, beliau menggalakkan semua pihak memilih dapur hotel yang mempunyai status halal.
Beliau turut menasihatkan kumpulan yang merancang mengadakan seminar, kursus atau bengkel latihan mengelakkan hotel yang tidak mempunyai sijil halal kerana boleh menimbulkan keraguan.
“Jaip komited dan mahu memastikan semua dapur hotel yang menjadi perhatian pengguna terutama pelancong mendapat sijil halal bagi memudahkan mereka membuat pilihan ketika berkunjung di sini,” katanya.
Tentera tahan Yingluck
Pasukan keselamatan menghalang protes dari memasuki ibu negara Bangkok, semalam.
BANGKOK - THAILAND. Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan beberapa ahli keluarganya ditahan tujuh hari, menurut jurucakap tentera, semalam.
Kolonel Winthai Suvaree memaklumkan, tempoh tahanan itu mungkin dilanjutkan bergantung kepada penglibatan mereka dalam krisis politik di negara itu.
Bagaimanapun, junta tentera enggan mendedahkan lokasi tahanan ditempatkan.
"Kesemua mereka ditahan mengikut undang-undang tentera dan berada dalam keadaan baik," katanya kepada AFP.
Difahamkan, tentera juga tidak memberi butiran sama ada kesemua tahanan akan didakwa sepanjang tempoh tersebut.
Sehingga kini, media gagal mendapat pengesahan sama ada rampasan kuasa itu mendapat perkenan Raja Bhumibol Adulyadej.
Kelmarin, Yingluck bersama pemimpin parti Puea Thai dan kerajaan sementara dipanggil untuk berbincang mengenai konflik yang sedang melanda negara itu selepas tentera merampas kuasa, Khamis lalu.
Dalam perkembangan lain, pasukan keselamatan bertindak menghalang protes disertai kira-kira 50 penunjuk perasaan di kawasan kejiranan di utara ibu negara.
"Kami bukan penyokong Baju Merah. Kami hanya mahu kerajaan demokrasi dan bukan yang dipimpin junta tentera seperti pada masa ini," kata seorang penunjuk perasaan.
Anak dara dan dua ekor panda
*SEHARI dua ini perbualan sebahagian besar rakyat Malaysia – tidak kira di pejabat, di stesen pengangkutan awam, di masjid dan surau, hatta ketika berselisih sesama sendiri di tandas awam – hanya terfokus kepada dua perkara.
Pertama: Dyana, atau nama penuhnya Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan. Lawannya ialah Datuk Mah Siew Keong, calon harapan BN.
Sejak disahkan sebagai calon, Dyana dihentam atas, bawah, depan, belakang oleh pihak lawan. NGO-NGO Melayu menyifatkan kesediaan Dyana menyertai dan bertanding atas tiket DAP sebagai pengkhianat bangsa.
Ada yang menuduh Dyana sebagai alat DAP, ada yang kata Dyana dimainkan DAP. Malah, dalam soal hudud, ramai mengecap Dyana sebagai tidak islamik. Ramai mempersoalkan kenapa dia tidak menutup kepala?
Sebenarnya bukan Dyana sahaja tidak menutup kepala. Ada berjuta lagi wanita Melayu (Islam) mendedahkan kepala dan rambut, tetapi tidak dihentam seperti Dyana. Pendek kata, Dyana menjadi bahan cemuhan macam-macam pihak.
Tetapi, ada satu yang ramai orang suka tentang Dyana. Baik kawan atau lawan, orang politik atau orang bukan politik, menteri atau rakyat biasa, wanita atau lelaki – lebih-lebih lagi lelaki! – semuanya mengakui bahawa Dyana manis, atau istilah anak muda ‘cun-melecun’.
Sebab itu anak dara yang menjadi calon DAP ini sentiasa menjadi fokus perbualan, dan gambarnya saban hari menjadi siaran media. Senyuman dan jelingannya, adusss…
*KEDUA: Panda, iaitu dua ekor haiwan dari China yang beberapa hari lalu selamat mendarat di Kompleks MASKargo KLIA, jam 7.53 pagi dengan pesawat khas Airbus 330-200 (MH6462) dari Chengdu, China.
Walaupun haiwan, pasangan beruang jantan-betina berkenaan mendapat layanan VIP, dan disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel dan Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang.
Seperti yang dilaporkan media kedatangan panda berkenaan adalah simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China. Pasangan haiwan ini dipinjamkan bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
Buat sementara waktu kedua haiwan ini akan memakai nama Fu Wa (lelaki) dan Feng Yi (betina). Nama itu akan ditukar bulan depan dan nama baharu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya tidak tahu nama yang sesuai untuk panda jantan. Tetapi kalau liputan media diambil kira, berdasarkan gambar yang disiarkan secara besar-besaran, maka saya mencadangkan Dyana sebagai nama panda betina. Sumpah, ini tidak ada kaitan dengan PRK Teluk Intan.
*PERIHAL dua ekor panda yang kiut-miut itu, macam-macam fakta dan kenyataan mengenainya disiarkan media. Antara fakta menarik, di bawah perjanjian, ketika berada di negara ini selama 10 tahun Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.
Menarik juga diketahui ialah Fu Wa dan Feng Yi yang kini ditempatkan di Zoo Negara, makan hampir lapan kilogram buluh setiap kali makan dan boleh mencapai sehingga 80 hingga 100 kilogram sehari bergantung kepada mood.
Ini pun kenyataan menarik mengenai panda yang dibuat oleh seorang timbalan menteri, seperti yang tersebar dalam laman-laman sosial. Kata beliau: “Kehadiran panda-panda ini dapat jimatkan kos rakyat kerana rakyat tidak perlu ke luar negara untuk melihat panda.”
Saya berharap apa yang tersebar di media sosial itu tidak betul. Umum tidak mahu ada timbalan menteri yang suka membodohkan rakyat dengan kelakar yang nampak sangat dangkal.
*AKHIR kalam, SPRM sedang menyiasat seorang pegawai agensi kerajaan yang dalam akaunnya ada RM1.2 juta berikutan pembongkaran kes penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran. Itu baru seorang pegawai! Menurut laporan akhbar penyeludupan @ ‘1 liter 1 sen’ tersebut melibatkan ramai pegawai pelbagai agensi kerajaan. Siasat hingga ke lubang cacing!
Nyaris maut ditetak dengan pedang
BESUT – Seorang lelaki nyaris maut apabila dia ditetak dengan pedang dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Pekan Jabi, Kampung Raja, di sini, Rabu lalu.
Kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu mengakibatkan mangsa yang berusia 23 tahun, mengalami kecederaan parah di kepala dan luka di bahagian tangan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai buruh, berada di hadapan rumah rakannya sebelum didatangi sekumpulan enam lelaki yang menaiki Perodua Viva dan sebuah motosikal.
“Sebaik turun dari kenderaan, suspek meluru ke arah mangsa lalu menyerang menggunakan pedang dan kayu. Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan berlari masuk ke dalam rumah rakannya, tetapi gagal apabila suspek turut mengejar lalu memukul dan menetaknya di ruang tamu,” katanya.
Noorzainy berkata, semua suspek kemudiannya melarikan diri dan mangsa dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.
Kata beliau, hasil siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang pil kuda dan mangsa memaklumkan, hanya mengecam seorang daripada enam suspek berkenaan.
“Akibat kecederaan itu, mangsa menerima 13 jahitan di kepala, selain turut mengalami luka dan lebam di tangan akibat diserang lelaki bersenjatakan pedang serta kayu berkenaan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya," katanya.
Video - Bayi terjatuh dari tingkat dua berjaya diselamat
Imej dramatik dua lelaki China menyelamatkan seorang bayi yang jatuh dari tingkap di tingkat dua sebuah bangunan didedahkan media kerajaan China pada Jumaat.Seorang lelaki yang berjalan melalui bangunan itu ketika ribut petir di selatan Guangdong ternampak seorang kanak-kanak sedang memanjat pelipis tingkap, lapor stesen televisyen Guangdong.Dalam rakaman video litar tertutup itu menunjukkan lelaki berkenaan bersama seorang lagi pemuda mendepakan tangan bagi menyambut bayi yang terjatuh itu.
Akhirnya mangsa jatuh betul-betul dalam dakapan mereka.
Sesetengah laporan menyatakan insiden pada Ahad lalu itu membabitkan seorang bayi berusia setahun yang mencari ibunya.
“Saya tidak fikir panjang pada waktu itu. Saya takut tidak dapat menyambut bayi berkenaan,” kata lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Li itu dipetik sebagai berkata.
Video terbabit menjadi perbualan ramai di media sosial di seluruh dunia apabila beribu-ribu pengguna memberikan komen mereka.“Wow!…ini yang dipanggil tangkapan hebat. Lelaki itu memang seorang wira,” kata seorang pengguna YouTube.
Sumber : suara.tv
2 pelajar parah terjatuh dari tingkat 1
Bentong: "Saya dengar gelak ketawa mereka sebelum disusuli jeritan serta bunyi terhempas dan melihat dua pelajar terbaring di tingkat bawah bangunan asrama dengan keadaan berlumuran darah"; kata pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Pelangai, di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramdan, 14.Ramdan yang ketika itu bersiap untuk menunaikan solat Maghrib di surau melihat dua rakannya, Muhamad Izzudin Mohd Saadan serta Hamirul Haqimi Hanafi masing-masing berusia 13 tahun bergurau sambil bermain di koridor tingkat satu asrama sekolah berkenaan.Namun, dia tidak menyangka tindakan rakannya itu berakhir tragedi apabila kedua-duanya parah di kepala dan anggota badan selepas mereka terjatuh dari tingkat satu asrama hanya semata-mata kerana bergurau.
Katanya, kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu berlaku ketika kebanyakan pelajar bersiap untuk ke surau menunaikan solat Maghrib kira-kira 100 meter dari asrama selepas melakukan aktiviti riadah di padang.
Kebanyakan pelajar tiada di asrama kerana sedang mandi atau ke dewan makan sebelum menunaikan solat Maghrib di surau. Sebelum kejadian saya sempat melihat mereka bergurau.
Namun, dalam perjalanan saya terdengar jeritan sebelum disusuli bunyi terhempas. Saya bersama pelajar lain segera ke arah bunyi itu sebelum mendapati mereka terbaring berlumuran darah,katanya.
Zizie Izzatte rindu nak berlakon namun akur
Sejak mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah dari Barisan Nasional, Datuk Bung Mokhtar Radin kira-kira empat tahun lalu, pelakon putih gebu, Datin Zizie Izzatte lebih senang menjauhi dunia lakonan. Agak lama juga kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini tidak muncul menerusi lakonan baik drama mahupun filem. Tumpuannya lebih kepada menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah dan isteri.
Begitupun, sesekali kelibat Zizie menjadi tumpuan masyarakat apabila dia turut sama turun padang mengikuti suaminya berkempen misalnya sewaktu pilihan raya umum lalu.
Bercakap kepada akhbar Utusan, Zizie berkata, dia akur suaminya itu bukan miliknya sahaja sebaliknya milik masyarakat. Malah Zizie tidak pernah meragui pendirian itu.
“Dalam hubungan saya dengan suami, kepercayaan itu tunjang utama. Tetapi kami tidak pernah bincangkan terlalu mendalam soal-soal remeh kerana masing-masing juga tahu tanggungjawab yang telah diamanahkan.“Sebagai isteri, saya akui suami saya merupakan pembimbing terbaik buat saya. Namun sebagai pemimpin saya bertuah untuk mengetahui dia disenangi ramai,” katanya.
Bagaimanapun berkahwin dengan seorang ahli politik, Zizie tidak boleh menepis mahupun menghentikan daripada turut menjadi sasaran musuh politik. Bagi Zizie selagi suaminya bergelar seorang ahli politik sampai bila-bila juga dia terdedah dengan perkara ini.
Akui sakit untuk menelan, tetapi itu tidak bermakna dia menyimpan dendam. Sekadar tersenyum, Zizie berharap agar kesedaran itu timbul di pihak tersebut.
“Benda ini memang saya rasai sejak bergelar artis, malah selepas saya bernikah benda yang tidak ada juga diada-adakan. Bila bergelar isteri kepada seorang ahli politik pula perkara sama berlaku cuma pendekatannya berbeza.
“Saya tidak ambil kisah, jujur saya katakan perkara ini tidak memberi sebarang kesan kepada saya. Sebab saya tahu mereka tidak akan berhenti,” katanya.
Mengenai keraya seni pula, tipu untuk dia katakan tiada sekelumit rasa untuk kembali ke set penggambaran, namun semua itu kini perlu masa yang sesuai. Tambahan suaminya tidak pernah menghalangnya untuk kembali aktif berlakon. Namun dia hanya mahu menunggu masa yang sesuai.“Memang saya rindu untuk berlakon, saya tidak pernah beritahu akan keluar daripada dunia lakonan pun. Tetapi tunggulah, akan tiba waktu itu. Cuma kali ini saya akan pastikan watak itu berbaloi untuk saya,” katanya.
Pelajar Perempuan Bertudung Dibuli dan Diramas rakan sendiri
Tidak dinafikan kejadian membuli di sekolah khususnya sekolah menengah satu kejadian biasa biarpun ia sepatutnya tidak berlaku di pusat mempelajari ilmu.Laman siber hari ini digemparkan dengan penyebaran tiga keping foto seorang pelajar perempuan dibuli oleh pelajar lain dengan cara yang cukup mengaibkan!Malah perbuatan itu turut dirakam dan disebarkan.
Mynewshub.my bagaimanapun tidak mengetahui lokasi kejadian berkenaan dan juga punca ia berlaku.
Perlakuan itu jelas tidak bertamadun dan sudah pasti mangsa akan diselubungi trauma dan kemungkinan besar dilanda sindrom kemurungan selepas kejadian itu.
Penemuan Fosil Dinosaur Terbesar Dianggarkan Seberat 77 Tan .
Penemuan fosil haiwan purba memang selalu menjadi perkara menarik untuk diperiksa . Apalagi jika fosil tersebut dari dinosaur yang bersaiz besar . Perkara inilah yang ditemui di Argentina baru - baru ini . Penemuan fosil dinosaur tersebut dianggarkan adalah spesies baru Titanosaurus .
Tidak hairan jika fosil tersebut dianggap terbesar kerana dari saiz tulang paha saja dianggarkan setinggi 20 meter dan panjangnya 40 meter . Beratnya pun hebat kira - kira 77 tan atau setara dengan berat 14 gajah Afrika .
Meskipun ukurannya bersaiz raksasa , namun para ahli sainstis menyatakan Dinosaur ini kemungkinan bukan pemangsa hanya memakan tumbuhan . Setakat ini terdapat kira - kira 150 tulang yang berjaya ditemui oleh penyelidik . Meskipun telah berusia puluhan juta tahun lalu , keadaan tulangnya masih sangat bagus . Lebih lanjut penyelidik menjelaskan fosil Titanosaurus ini adalah jenis dinosaur Sauropoda .
Salah satu ciri khas jenis ini adalah leher dan ekor panjang lalu kepala yang kecil dan berasal dari tempoh Cretaceous . Fosil Titanosaurus yang ditemui kali ini lebih berat sekitar 7 tan , jika dibandingkan penemuan sebelumnya , Argentinosaurus . Dengan saiz itu , penemuan fosil ini langsung mengalahkan rekod Argentinosaurus yang sebelumnya dianggap terbesar .
Argentinosaurus merupakan Dinosaurus dengan berat sekitar 70 tan dan dijangka hidup sekitar 90 juta tahun lalu . Seperti Titanosaurus , Argentinosaurus juga ditemui di Argentina .
RTM Akan Siar Perlawanan Akhir Piala Thomas Esok
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 petang esok dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata perlawanan final tersebut dapat disiarkan secara langsung selepas stesen televisyen berbayar, Astro, bersetuju memberikan hak siaran kepada RTM.
Beliau berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery meminta RTM mengadakan rundingan dengan Astro berhubung penyiaran langsung final Piala Thomas 2014.
Astro memegang hak siaran langsung Piala Thomas/Uber 2014.
"Saya ingin berterima kasih kepada Astro yang telah membantu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan akhir ini secara langsung di RTM," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam Sabtu.
Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas 12 tahun dengan menewaskan pasukan Indonesia 3-0 pada separuh akhir semalam.
-- BERNAMA
Piala Thomas: Malaysia Hadapi Detik Penentuan Dengan Penuh Bersemangat
NEW DELHI, 24 Mei (Bernama) -- Kejayaan Malaysia untuk sekali lagi beraksi dalam perlawanan akhir Piala Thomas, membawa keceriaan kepada 30 juta penduduknya tentang kemungkinan pasukan negara membawa pulang piala itu ke tanah air.
"Ini adalah peluang terbaik kami apabila China tersungkur (di peringkat separuh akhir)," kata jurulatih kebangsaan Rashid Sidek.
"Jepun mencipta euforia apabila membelasah China 3-0 dalam di peringkat separuh akhir pada Jumaat. Ini merupakan kali pertama Jepun beraksi dalam perlawanan akhir Piala Thomas.
"Secara perbandingan, kekuatan kami hampir sama dengan Jepun, tapi mereka berjaya mengecewakan China. Saya rasa kami akan berdepan dengan tentangan sengit. Harap-harap, kami akan berjaya mencapainya (menang)," katanya kepada pemberita di sini hari Sabtu.
Kali terakhir Malaysia memasuki perlawanan akhir Piala Thomas ialah pada 2002 di Guangzhou, China, tetapi kalah 2-3 kepada Indonesia.
Setakat ini, hanya tiga pasukan pernah menjulang Piala Thomas - Malaysia, Indonesia dan China. Malaysia menjulangnya lima kali, termasuk tiga kali dari 1949 hingga 1955.
Malaysia menjadi naib johan sebanyak lapan kali, tetapi tidak pernah memenangi piala itu sejak 1992 apabila ia menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.
"Perkara paling penting sekarang ialah para pemain perlu tenang dan fokus," kata Rashid, yang pernah memenangi pingat emas Sukan Komanwel dan Piala Thomas.
Pasukan Malaysia yang beraksi di New Delhi kali ini mempamerkan prestasi yang amat cemerlang.
Tidak dapat dinafikan, pemain utama Malaysia Datuk Lee Chong Wei menjadi tonggak pasukan itu apabila beliau tidak pernah gagal mendapatkan mata pertama dan semangat yang amat diperlukan oleh pasukannya.
"Chong Wei memainkan peranan yang sangat penting. Momentum beliau menjadi azimat kepada pemain lain," kata Rashid.
Mengenai Chong Wei Feng, yang mendapatkan mata kemenangan bagi Malaysia dalam kemenangan 3-0 terhadap Indonesia semalam yang menjamin tiket untuk ke perlawanan akhir, Rashid berkata: "Permainannya sungguh mengagumkan."
"Saya tak pernah menyangka dia mampu bermain sehebat itu."
Wei Feng, yang pertama kali menyertai skuad Piala Thomas, menang semua perlawanannya dalam perjalanan ke perlawanan akhir ini.
"Ya, skuad ini dianggap yang paling lemah. Tapi kami tak fikirkan semua itu, apa yang menjadi fokus kami sekarang ialah persiapan untuk esok," kata Rashid.
Ketika ditemui selepas perlawanan separuh akhir semalam, Wei Feng berkata: "Tiada siapa yang percaya kami mampu sampai sejauh ini. Tapi kami sudah sampai di sini dan akan melakukan yang terbaik untuk negara."
Rashid berkata keputusan yang dicapai setakat ini menunjukkan dengan jelas persiapan rapi yang dibuat pasukan itu, hingga berjaya melepasi sasaran Persatuan Badminton Malaysia iaitu layak ke separuh akhir.
"Para pemain amat teruja, kami ada satu lagi misi iaitu membawa pulang Piala Thomas ke tanah air," demikian kata-kata penutup Rashid dalam temu bual ini.
-- BERNAMA
Diskaun Di Restoran Mamak Jika Malaysia Menang Piala Thomas
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia menawarkan harga diskaun ke atas menu makanan dan minuman sekiranya Malaysia menjuarai Piala Thomas 2014 esok.
Presidennya Noorul Hassan Sani Hameed berkata pihaknya akan berbincang dengan lebih 6,000 ahli persatuan itu untuk memberikan pakej makanan dan minuman istimewa jika Malaysia berjaya membawa pulang piala tersebut selepas 22 tahun.
"Kami tidak membuat perancangan sebelum ini kerana kami pun tidak sangka Malaysia boleh masuk final", katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari Sabtu.
Beliau berkata sudah kelaziman bagi anggota persatuan itu menyediakan televisyen dan skrin besar di premis untuk pelanggan mengikuti siran langsung acara sukan.
Mengakui sukan memupuk perpaduan masyarakat, Noorul Hassan, yang mensasarkan Malaysia menang 3-1 ke atas Jepun, berkata persekitaran muhibah dan 'boleh duduk semeja' dapat dilihat setiap kali acara sukan ditayangkan.
Penantian Malaysia selama 12 tahun untuk beraksi di final berakhir apabila menewaskan juara 13 kali, Indonesia 3-0 di separuh akhir Piala Thomas di New Delhi, India, semalam.
Malaysia akan berdepan dengan Jepun yang pertama kali melakar sejarah ke final dengan mengejutkan juara bertahan China 3-0 di separuh akhir.
Kali terakhir negara beraksi di pentas final adalah pada edisi 2002 di Guangzhou, China apabila tewas 3-2 kepada Indonesia dan menjulang piala berprestij itu pada 1992 apabila muncul juara di Kuala Lumpur.
Sementara itu pelbagai reaksi turut dikongsi rakyat serta peminat badminton tanahair.
Bekas wartawan sukan Bernama TV, Noah Tan menjangkakan Malaysia memperoleh kemenangan 3-2 ke atas Jepun berdasarkan prestasi mantap skuad badminton negara.
"Malaysia ada harapan untuk menang kerana kesemua pemain muda telah menunjukkan prestasi memberangsangkan sejak bermulanya kejohanan itu.
"Tapi semestinya pertandingan sengit untuk menentang Jepun kerana mereka juga mempunyai pemain muda perseorangan yang mampu mencipta kejutan apabila menewaskan juara bertahan, China dalam separuh akhir", katanya.
Pelajar Politeknik Metro Kuala Lumpur, Arvind Singam, 20, turut optimis bahawa kemenangan akan berpihak kepada Malaysia.
"Kelayakan Malaysia ke final membuktikan pasukan negara telah bangkit daripada kesuraman akibat ditewaskan sebelum ini. Pasukan kita juga sudah bertambah kuat", katanya yang sejak kecil mengagumi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Usahawan, Ahmad Syahir Izani Tajodin, 28, berharap skuad negara terus mengekalkan momentum terbaik dan tidak leka meskipun berdepan dengan Jepun yang pertama kali melangkah ke final.
"Skuad negara tidak boleh selesa dan perlu bekerja keras kerana kita tidak tahu apa potensi dan strategi sebenar pihak lawan yang sebelum ini bukan pasukan pilihan dalam Piala Thomas", katanya.
-- BERNAMA
Doakan Malaysia Dapat Bawa Pulang Piala Thomas: Rosmah
ASTANA (KAZAKHSTAN), 24 Mei (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor meminta seluruh rakyat Malaysia supaya sama-sama berdoa dan memberi sokongan penuh kepada skuad negara membawa pulang Piala Thomas esok.
"Dah lama kita tidak merasa pegang Piala Thomas itu, dan insyaAllah sama-samalah kita berdoa semoga pasukan kita akan menang.
"Tambah-tambah lagi saya. Saya memang mempunyai penuh harapan kita menang dan insyaAllah kita menang," kata Rosmah yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada wartawan Malaysia di sini.
Rosmah berada di sini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Kazakhstan sejak Khamis.
Malaysia akan bertemu Jepun di final Piala Thomas 2014 di New Delhi, India, esok.
Rosmah dan Najib, yang amat bangga dan gembira dengan kejayaan pasukan badminton negara berjaya ke final, telah juga menyampaikan kata-kata semangat mereka kepada pasukan negara untuk menghadapi pertandingan esok dengan penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan yang diharap-harapkan.
Rosmah berkata walaupun berada di luar negara beliau telah dapat mengikuti perkembangan skuad Malaysia di Piala Thomas semalam apabila beberapa pegawai BAM menghubunginya untuk memberi maklumat terkini pada setiap perlawanan.
"Malam tadi Datuk Lee Chong Wei juga telah menghubungi saya memberitahu bahawa mereka akan masuk final dan bertanding bertemu Jepun, jadi saya telah memberi beberapa nasihat kepada mereka melalui Chong Wei dan supaya mereka berehat hari ini.
"Saya cakap jangan relaks, perlawanan belum berakhir. Saya nasihatkan supaya mereka seharusnya bertenang dan berasa lega apabila mereka menang di pertandngan akhir esok insyaAllah," katanya.
Rosmah berkata beliau juga telah diberitahu bahawa Malaysia ada peluang terbaik untuk menang bagaimanapun pasukan Jepun juga telah banyak menunjukkan kemajuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Sebagai penaung pasukan badminton Malaysia, saya mengucapkan selamat bertarung di peringkat akhir kepada pasukan negara dan bukan saya sahaja yang berharap pasukan kita menang, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia berharap kita bawa balik Piala Thomas," katanya.
"Sekirannya kita tak menang, janganlah kita berasa hampa, ini adat pertandingan ada yang menang, ada yang kalah dan saya berharap mereka akan cuba lagi di pertandingan akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Najib, Rosmah Beri Kata Semangat Kepada Pasukan Piala Thomas Malaysia
ASTANA (KAZAKHSTAN), 24 Mei (Bernama) -- Walaupun sibuk dengan jadual lawatan yang padat di sini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor masih sempat menyampaikan kata-kata semangat kepada pasukan badminton Malaysia yang akan bertemu Jepun pada final Piala Thomas di New Delhi, Ahad.
Kata-kata semangat itu mereka salurkan melalui jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei dalam perbualan telefon dari sini dan Perdana Menteri yakin pasukan Malaysia akan bermain dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
"Secara kebetulan setiap kali beliau bermain, sebelum atau selepas, Datuk Lee Chong Wei akan menelefon isteri saya sebagai penaung Persatuan Badminton Malaysia.
"Jadi dalam lawatan ini, dua kali dia telah telefon dan saya dan isteri telah memberi kata-kata ransangan kepada pasukan Malaysia melalui Chong Wei," kata Najib kepada wartawan Malaysia.
Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Kazakhstan sejak Khamis kelihatan amat gembira sekali dengan pencapaian pasukan Malaysia pada Piala Thomas kali ini, yang menyaksikan Malaysia menamatkan penantian 12 tahun ke final bagi merebut piala berprestij itu.
"Berita bahawa Malaysia berjaya memasuki pertandingan akhir Piala Thomas ini merupakan satu berita yang amat membanggakan dan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan dan pasukan kita sedar bahawa mereka membawa harapan hampir 30 juta rakyat Malaysia untuk menjulang Piala Thomas.
"Ini merupakan suatu kejayaan yang sudah tentu akan melonjakkan semangat rakyat Malaysia dan imej Malaysia dan saya percaya pasukan kita akan bermain dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan, meraih kemenangan, yang saya pasti akan merupakan satu detik manis untuk rakyat Malaysia," kata Najib.
Malaysia menamatkan penantian selama 12 tahun untuk layak ke final Piala Thomas 2014 selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada peringkat separuh akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi pada Jumaat malam.
Skuad negara telah melepasi sasaran separuh akhir pada edisi kali ini dan sekali lagi mempunyai peluang untuk menamatkan kemarau selama 22 tahun untuk menjulang piala berprestij itu yang dimenangi di Kuala Lumpur pada 1992.
Malaysia akan bertemu pendatang baharu Jepun pada final, Ahad.
Malaysia kali terakhir beraksi di pentas final pada edisi 2002 di Guangzhou, China, apabila kalah 3-2 kepada Indonesia.
Sementara itu di PUTRAJAYA, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika mengulas kejayaan skuad badminton negara ke peringkat akhir Piala Thomas berkata ia membuktikan bahawa Malaysia boleh.
Menyifatkan ini peluang terbaik untuk membawa pulang piala itu ke tanah air selepas kemarau 22 tahun, Khairy bagaimanapun mengingatkan pemain agar tidak terlalu yakin ketika bertemu Jepun pada final nanti.
"Saya berharap mereka akan merealisasikan harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat skuad negara menewaskan Jepun di perlawanan akhir.
"Bagaimanapun saya ingin menasihatkan kepada pemain agar tidak terlalu yakin, berjuanglah sehingga kemenangan mutlak berpihak kepada Malaysia," katanya kepada pemberita.
Selain Malaysia yang mencipta kejayaan mengatasi sasaran separuh akhir, Jepun melakar sejarah tersendiri apabila menyingkirkan gergasi badminton dunia, China dengan 3-0 dalam satu lagi saingan separuh akhir.
Khairy berkata Jepun tidak boleh dianggap sebagai lawan yang mudah memandangkan ia berjaya menundukkan China.
"Yang paling penting sekarang adalah pemain perlu fokus kepada permainan mereka, sekiranya berjaya membawa pulang Piala Thomas, ini adalah kejayaan paling bermakna kepada skuad badminton negara," katanya.
Khairy berkata beliau telah menghubungi Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Norza Zakaria dan pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei untuk memberi kata-kata semangat menjelang perlawanan akhir itu.
--BERNAMA
Tekun Beri Dana Pinjaman Sehingga RM3 Bilion Kepada 280,000 Peniaga Seluruh Negara
TELUK INTAN, 24 Mei (Bernama) -- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memperuntukkan dana sebanyak RM3 bilion bagi memberi pinjaman kepada kira-kira 280,000 peniaga kecil seluruh negara setakat ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sejak kewujudannya pada 1998, Tekun mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan usahawan dan peniaga berikutan kaedah pembiayaan balik lebih mudah berbanding pinjaman daripada institusi kewangan.
"Tekun lahir dari perjuangan UMNO dan Barisan Nasional yang banyak berjasa dan memberi pertolongan kepada ramai usahawan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama usahawan Tekun di sini, hari Sabtu.
Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaikan pinjaman Tekun kepada 78 peniaga membabitkan RM1.19 juta bagi kawasan Parlimen Teluk Intan.
Beliau berkata di Perak, Tekun mengeluarkan pinjaman kepada 23,304 usahawan dan peniaga membabitkan dana sebanyak RM233 juta manakala di Teluk Intan sejumlah RM17.8 juta telah diberi pinjaman kepada 1,533 usahawan.
"Ini membuktikan ramai peniaga kecil menggunakan skim perkhidmatan pinjaman Tekun selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga kecil di negara ini," katanya.
Ismail Sabri berkata usahawan boleh memohon pinjaman sehingga RM50,000 berdasarkan kepada prestasi mereka dan boleh memohon pinjaman untuk kali kedua sebanyak RM100,000.
Turut hadir Pengerusi Tekun Datuk Hamidah Osman dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahim Hassan.
-- BERNAMA
Cadbury Tarik Balik Dua Produknya Dikesan Mengandungi DNA Khinzir
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd telah mengambil tindakan segera dengan menarik balik dua produknya di pasaran selepas dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).
Ketua Hal Ehwal Korporatnya Raja Zalina Raja Safran berkata pihaknya dimaklumkan bahawa sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 Nov, 2014) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Jan, 2015) yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan didapati mengandungi DNA porcine.
"Tiada coklat Cadbury yang lain dipengaruhi dengan DNA porcine dalam ujian itu," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari Sabtu.
Beliau berkata pihak syarikat ingin memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua coklat Cadbury yang dikeluarkan di Malaysia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) termasuk lokasi dan bahan mentah uyang digunakan untuk menghasilkan produk.
"Kami sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipatuhi.
"Kami mengamalkan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan produk kami mencapai standard tertinggi keselamatan dan kual
-- BERNAMA
Jakim digesa tarik sijil halal Cadbury serta-merta
SHAH ALAM – Jingga 13 hari ini mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya menarik balik sijil halal yang telah dikeluarkan kepada Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd serta-merta serta membuat kajian semula terhadap kesemua produk syarikat coklat tersebut.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, tindakan itu wajar diambil kerana Cadbury menggunakan bahan yang mengandungi babi dalam dua produk coklatnya seperti mana yang disahkan Kementerian Kesihatan hari ini.
“Satu tindakan drastik wajar diambil oleh semua pihak berwajib khususnya Jakim dan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap kebiadaban dan tidak bertanggungjawab Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd yang menggunakan bahan haram oleh umat Islam tersebut melalui tindakan undang-undang.
“Tindakan Cadbury menggunakan DNA babi (porcine) dalam produk coklat susu tersebut benar-benar mencabar sensitiviti umat Islam dan seharusnya tidak berlaku,” katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi.
Dalam pada itu, Jakim juga telah mengambil keputusan menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA babi serta-merta.
Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.
Mengulas lanjut, Fariz juga menyeru umat Islam di negara ini supaya memboikot sebarang produk keluaran Cadbury yang ternyata tidak menghormati emosi dan sensitiviti orang Islam dengan menggunakan bahan yang diharamkan dalam Islam itu.
“Jingga 13 mendesak Jakim dan Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak serius dan bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga' semata-mata tanpa satu tindakan setegas-tegasnya terhadap Cadbury serta mana-mana syarikat yang didapati menggunakan DNA babi dalam produk mereka,” katanya lagi.
Sumber: Sinar Online
Abu Backer Tarik Diri
GEORGE TOWN: Calon Bebas penuh kontroversi Abu Backer Sidek Mohamad Zan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor pada saat akhir.
Perkara itu diumumkan dihadapan penyokong dan seorang lagi calon Bebas, Mohamad Nabi Bux Mohd Abd Sathar di padang Kampung Melayu Air Itam kira -kira pukul 7.20 malam Sabtu.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat kerana kecewa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa bertindak sambil lewa dan tidak membuka pintu pejabat semasa beliau ingin menghantar nama ejen pengundian dan pengiraan pada Sabtu.
"Aku tarik diri dan tidak bertanding kerana kecewa dengan sistem pilihan raya negara ini," katanya.
Justeru, beliau berkata akan meninggalkan Bukit Gelugor pada malam Sabtu.
"Saya tak ada esok (Ahad). Semua penyokong akan ikut saya ke Langkawi," katanya.
Sementara itu, Pemangku Pengarah Pilihan Raya negeri, Azizal Ahmad ketika dihubungi mStar Online berkata, penarikan Abu Backer tidak sah.
"Penarikan dirinya tidak sah kerana nama calon bertanding telah dicetak pada kertas undi.
"Apapun proses pengundian esok akan berjalan seperti biasa. Dia kena hormat peraturan SPR," katanya.
Sumber: mStar
Hadi: Tak tahu hudud, jangan cakap
KOTA BHARU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan supaya mana-mana pihak yang tidak mengetahui tentang hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh menjejas orang lain yang sememangnya tidak memahami undang-undang Islam itu.
Beliau berkata mereka perlu sama sekali berhenti bercakap soal hukum itu kerana bimbang ia boleh mencelarukan lagi keadaan sedia ada.
"Ini bukan sahaja menimbukan kekeliruan malah ia merosakkan... Kalau tak tahu jangan cakap sepatutnya... Saya tak tuju kepada sesiapa.
"Mereka cakap pasal hukum hudud dan tak tahu apa... pada hal hukum hudud merupakan salah satu dari undang-undang jenayah," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.
Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka.
Pada 11 Mei Pas telah membuat pusingan-U apabila mengambil keputusan menangguhkan rancangan mereka untuk membentangkan rang undang-undang itu dalam sidang Dewan Rakyat.
Pas juga telah bersetuju dengan cadangan penubuhan satu jawatankuasa teknikal antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Kelantan untuk meneliti semula pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan.
Selain itu, Abdul Hadi berkata Pas akan mengadakan sesi dialog bagi memberikan penerangan mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri Kelantan itu.
"Pas akan anjur dialog...sebenarnya dulu dah ada dialog dan kami bertanggungjawab memberikan penerangan supaya mereka faham mengenai hukum hudud ini," katanya.
Sumber: Bernama
Terapi ganas untuk hilangkan stress
DI SEPANYOL mereka menemui cara untuk menghilangkan tekanan.Tiga usahawan Sepanyol mendapat idea itu pada tahun 2003 dan ia telah berkembang ke dalam perniagaan yang amat menguntungkan.
Pada asasnya orang membayar untuk menghancurkan kereta, mesin, peti sejuk,set televisyen dengan jackhammers, sekali gus melegakan tekanan . Ia dipanggil Terapi Kerosakan atau Destructotherapy dan sesi yang terbaru berlaku ini di Castejon, utara Sepanyol. Peserta dapat memilih daripada alat yang berbeza dan menggunakan kemarahan mereka untuk melumatkan objek yang berbeza.
Satu fakta yang lebih menarik tentang Terapi Pemusnahan adalah bahawa 40% daripada peserta adalah wanita. Ia tidak pasti bahawa Terapi Pemusnahan (Destructotherapy) benar-benar mempunyai kesan terapeutik, tetapi ia pasti menyeronokkan.
Gambar-gambar yang diambil pada
Sumber: Dairishare
Malaysia Antara Negara Contoh Pembangunan Kazakhstan
ASTANA (KAZAKHSTAN) – Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev telah menjadikan Malaysia sebagai antara negara contoh dalam perancangan pembangunan di negara itu, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata perkara itu dinyatakan sendiri oleh Nazarbayev kepada beliau semasa mereka mengadakan perbincangan pada pertemuan empat mata di Istana Presiden, Akorda di sini hari ini.
“Dalam pertemuan saya dengan Nazarbayev, dalam mukadimah perbualan antara kami berdua, Presiden Nazarbayev telah menyatakan bahawa beliau menganggap Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden dan progresif.
“Beliau kagum dengan kebolehan dan kejayaan Malaysia untuk melaksanakan prinsip-prinsip dan syariah Islam di samping menekankan bahawa Islam adalah agama yang tidak menghalang kemajuan malah apa yang telah dicapai oleh Malaysia ini boleh menjadi model dan contoh,” kata Najib kepada wartawan Malaysia di sini.
Najib, yang diiringi Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, sedang dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke sini sejak Khamis.
Sumber: Bernama
Kes Jangkitan Baharu HIV Turun 50% Dalam Tempoh 11 Tahun
KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan HIV di Malaysia mencatatkan penurunan lebih 50 peratus dalam tempoh 11 tahun iaitu daripada 6,978 kes dilaporkan pada 2002 kepada 3,393 kes pada tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata kes baharu jangkitan HIV dalam kalangan pengguna dadah yang menggunakan kaedah menyuntik iaitu golongan berisiko tinggi dijangkiti HIV yang sebelum ini mencatatkan jumlah tertinggi, turut mencatatkan penurunan secara konsisten.
“Ini adalah hasil program Pengurangan Kemudaratan (Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan dan Terapi Gantian Metadon) yang dilancarkan secara bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis AIDS Malaysia serta ahli gabungan pada 2006.
“Sejak program tersebut dilancarkan, jangkitan baharu HIV setiap tahun di kalangan pengguna dadah juga telah menurun daripada 53 peratus pada tahun 2006 kepada hanya 22 peratus tahun lepas – penurunan lebih separuh dalam tempoh masa yang amat singkat,” katanya dalam ucapan pada perasmian mesyuarat dwitahunan kali ke-12 Majlis AIDS Malaysia di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.
Dr Subramaniam berkata kerajaan yakin akan dapat mencapai Matlamat Pembangunan Milenium yang meletakkan sasaran membasmi 11 jangkitan baharu bagi setiap 100,000 penduduk menjelang tahun 2015.
Beliau menambah dalam meraikan pencapaian yang amat positif ini, Malaysia tidak seharusnya lupa akan situasi yang semakin serius yang membelenggu epidemik HIV di Malaysia iaitu peningkatan jangkitan HIV disebabkan transmisi seksual.
“Jangkitan seks telah menyumbangkan lebih 74 peratus kes baharu tahun lepas – satu peningkatan yang drastik berbanding hanya 32 peratus kes lima tahun sebelumnya,” katanya.
Dr Subramaniam berkata seks dalam konteks HIV merupakan satu isu yang amat sensitif dan kompleks untuk ditangani, justeru beliau meminta pegawai kementerian berusaha dengan giat bagi mencari kaedah penyelesaian yang menyeluruh dalam membanteras jangkitan melalui seksual.
Antara yang akan dilaksanakan adalah penubuhan Jawatankuasa Bertindak bagi menangani transmisi seksual HIV, menggalakkan berkhatan dalam kalangan lelaki berikutan kaedah itu diakui berjaya menurunkan kadar jangkitan HIV sebanyak 64 peratus, katanya.
“Adalah diharapkan juga, mereka yang dijangkiti HIV bertindak secara jujur dan bertanggungjawab untuk tidak menularkan HIV kepada pasangan mereka,” kata Dr Subramaniam.
Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit) dan Ketua Sektor (AIDS/STI) Dr Sha’ari Ngadiman dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian itu berkata pada tahun 80-an dan 90-an, 70 peratus daripada jangkitan HIV adalah melalui jarum suntikan penyalahgunaan dadah.
Namun kini sebahagian besar daripada jangkitan HIV adalah melalui hubungan seksual melibatkan pekerja seks, hubungan seks antara lelaki dan lelaki dan jangkitan melalui pasangan, katanya.
Jelas beliau, kumpulan umur yang mencatatkan peningkatan dalam kes jangkitan baharu ialah mereka yang berusia 13 hingga 29 tahun dan golongan berusia 50 tahun ke atas.
Faktor utama mendapat jangkitan adalah aktif melakukan seks dan tidak mengamalkan seks secara selamat, kata Sha’ari.
Sumber: Bernama
Izreen Azminda Buat Penjelasan Di ABPBH 2013
Pelakon drama Juvana, Izreen Azminda menafikan dia melarikan diri daripada pihak media atau cuba mengelak dari menjawab segala kontroversi yang mel
anda dirinya baru-baru ini.
Pelakon drama ’7 Suami’ ini memberitahu dia akan menjawab segala persoalan tentang isu tersebut di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 yang akan berlangsung pada malam ini.
“Maaf, saya tak mahu komen mengenai isu tersebut sekarang. Saya bukan mahu lari daripada pihak media namun saya mahu bersikap adil kepada semua.
“Saya akan membuat sidang media pada malam ini dan harap semua faham keadaan saya sekarang,” ujar Izreen ketika ditemui sebentar tadi di Karnival Jom Heboh di Putrajaya.
Terdahulu, Izreen dikatakan bergaduh dengan suaminya, Muhamad Riza di lokasi penggambaran drama ‘Bukan Terpaksa Aku Relakan’ sehingga ada pihak yang memberitahu suaminya telah melafazkan cerai kepada Izreen ketika itu.
Suami Izreen bagaimanapun menafikan yang dia ada melafazkan cerai waktu itu namun mengakui ada menfailkan perceraian mereka pada 14 Mei lalu.
Sumber: Gua
Awang Adek Serah Watikah Pelantikan Sebagai Duta Kepada Obama
NEW YORK – Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu Datuk Dr Awang Adek Hussin adalah antara duta yang menyerahkan watikah pelantikan mereka kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di White House pada Rabu.
Memakai baju Melayu berwarna hitam dan diiringi isterinya Datin Latifah Mohd Yusof, anak perempuan dan cucu perempuan, Awang Adek adalah yang ketiga dipanggil untuk bertemu presiden pada majlis itu.
Duta Besar lain ialah dari Chad, Indonesia, Timor-Leste, Turki, Burundi, Jerman, Honduras, Chile, Benin, Kiribati dan Tajikistan.
Majlis penyerahan watikah pelantikan itu merupakan upacara tradisi bagi menandakan khidmat sebagai duta di Washington bermula secara rasmi. Upacara itu berlangsung di Oval Office.
Sementara itu, Awang Adek ketika ditemui di sini berkata Obama merupakan seorang yang ramah dan tidak putus bercerita tentang pengalamannya melawat Malaysia baru-baru ini.
Duta Malaysia itu berkata sebaik sahaja memasuki pejabat presiden itu, beliau disambut Obama dengan “Selamat Siang”.
Obama, katanya, melahirkan perasaan gembira kerana berkesempatan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Hamimah semasa lawatannya itu.
Beliau berkata Presiden Amerika Syarikat itu juga berkata beliau berharap untuk berada lebih lama di Malaysia.
Lawatan tiga hari Obama ke Malaysia daripada 26 April lepas – adalah sebahagian daripada lawatannya ke empat negara di Asia – yang pertama oleh presiden Amerika Syarikat dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.
“Presiden Obama juga memuji hubungan kerja baik dan perkongsian komprehensif antara Amerika dan Malaysia,” kata Awang Adek.
Awang Adek berkata presiden juga mengalu-alukan peranan Malaysia sebagai pengerusi Asean pada tahun depan dan bersedia untuk menyaksikan Kuala Lumpur menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Katanya, Obama sekali lagi berbahasa Melayu apabila pertemuan itu berakhir dengan meluahkan ucapan “Terima kasih banyak-banyak”.
Duta itu ditemui pada Jumaat pada pameran foto ‘Malaysia’s Involvement in the United Nations’ anjuran Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di ibu pejabat badan dunia itu.
Pemeran diadakan sempena lawatan kerja Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ke New York.
Sumber: Bernama
Polis tahan pemandu lori gilis suami isteri, Alhamdullilah
Motosikal mangsa dirempuh lori dari belakang dan kedua suami isteri maut digilis.
KUALA LUMPUR 24 Mei - Pemandu lori yang mengakibatkan lima beradik menjadi yatim piatu setelah ibu bapa mreka digilis dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran susur ke Cheras di Jalan Loke Yew semalam, telah ditahan pada hari sama.
Difahamkan, pemandu lori itu ditahan ketika sedang bersembunyi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung, Kajang, selepas kejadian itu. - UTUSAN ONLINE
Ahli politik ditangkap ketika cuba minta rasuah
KUALA LUMPUR - Seorang ahli politik telah ditahan oleh pegawai SPRM dalam sebuah operasi di Selangor, semalam.
Menurut sumber dari News Straits Times, suspek berusia 32 tahun itu dikatakan sedang meminta wang rasuah sebanyak RM4,000 dari seorang wakil syarikat swasta.
"Suspek didakwa meminta sejumlah wang daripada syarikat itu jika mereka mahu melanjutkan kontrak yang telah tamat."
"Selepas menerima laporan itu, sepasukan pegawai SPRM dan wakil syarikat merancang operasi tersebut serta suspek ditahan selepas mereka mengadakan mesyuarat di sebuah premis makanan di AU5 Hulu Klang pada pukul 5 petang semalam," katanya.
Difahamkan, suspek yang merupakan seorang tokoh terkemuka dari sebuah parti politik daerah Gombak itu kini berada di bawah pengawasan pihak SPRM bagi siasatan lanjut.
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad ketika dihubungi semalam telah mengesahkan penangkapan itu walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai insiden terbabit.
Kontraktor Petronas maut, kembar patah paha
MARANG - Seorang kontraktor Petronas maut manakala kembarnya parah selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam parit di KM24.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Asisten Superintendan Zohan Seman berkata, dalam kejadian 6.30 pagi itu, Zaharul Hazimi Zainudin, 27, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kembarnya Zaharul Hakimi patah paha kiri.
"Polis percaya kejadian berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan dan gagal memasuki laluan asal selepas memotong sebuah bas," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Akibat itu, kereta yang dinaiki pasangan kembar terbabit berpusing dan merempuh paip air sebelum terhumban ke dalam parit, katanya.
Mohd Zohan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan kembarnya turut menerima rawatan di hospital sama.
Sementara itu bapa pasangan kembar terbabit Zainudin Abdul Ghani, 53, berkata mereka meninggalkan kediamannya di Kampung Bukit Bayas di sini pada 6.15 pagi untuk ke tempat kerja di Paka, Dungun.
"Namun sejam selepas itu saya menerima panggilan daripada anak sulung(Zaharul Hakimi) yang mengatakan mereka terlibat dalam kemalangan dan adiknya tidak sedarkan diri," katanya.
Menurutnya kedua-dua anaknya itu pulang ke rumah pada Khamis untuk bersama-sama keluarga selepas datuk mereka meninggal dunia akibat asma pada malam berkenaan.
Zainudin berkata kedua-dua anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan namun Zaharul Hazimi ada memberi wang kepada ibu dan adik-adik untuk membeli persiapan raya.
"Lazimnya dua minggu sebelum raya baru dia beri duit kepada kami dan adik-adiknya untuk buat persiapan raya namun kali ini agak awal dan saya tidak sangka dia akan pergi selamanya," katanya. - Bernama
Telefon bimbit empat Adun DAP digodam
Chong Eng, Boon Poh, Rayer (kiri, hadapan) menunjukkan SMS berbaur perkauman disebarkan menggunakan nombor telefon bimbit mereka
GEORGETOWN - Telefon bimbit empat Adun DAP digodam untuk menyebarkan SMS berbaur perkauman.
Ia membabitkan Adun Perai dan juga Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy, Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh, Adun Padang Lalang, Chong Eng dan Adun Seri Delima, RSN Rayer.
Berikutan itu, mereka membuat laporan polis hari ini.
Ramasamy dalam laporan polis pagi semalam berkata, nombor telefonnya digunakan untuk menghantar SMS berbunyi 'Ingat pengundi Sg Gelugor/Kg Melayu gerai kamu akan dirobohkan selepas PRK!!!'.
Boon Poh yang membuat laporan dua hari lalu, mendakwa nombor telefonnya itu menghantar SMS berbunyi 'MCA dan (dah) menyerah kalah, Gerakan Pulau Pinang bila lagi? Lepas ini kita akan jadikan P.Pinang sebagai Singapore,'.
Rayer membuat laporan pada malam semalam manakala Chong Eng pagi tadi.
Ramasamy dan Chong Eng membuat laporan di Balai Polis Bukit Mertajam manakala Boon Poh di Balai Polis Lebuh Pantai dan Rayer di Balai Polis Jelutong.
Wanita ke-2 tertua dunia sambut hari lahir ke-115
Jeralean Talley masih mampu bergerak dan berjalan walaupun usianya sudah mencecah 100 tahun.
MICHIGAN - AMERIKA SYARIKAT. Wanita kedua tertua di dunia, menyambut hari lahirnya yang ke-115, semalam.
Menurut Kumpulan Penyelidik Gerontologi, Jeralean Talley dilahirkan pada 23 Mei 1899 merupakan yang kedua tertua selepas Misao Okawa yang berumur 116 tahun.
Dilahirkan di Montrose, Georgia, beliau berpindah ke Michigan pada tahun 1935 dan mempunyai seorang anak dengan suaminya, Alfred, yang meninggal dunia pada tahun 1988.
Menurut sumber yang dipetik dari BBC, anak perempuannya Thelma Holloway, 76, tinggal bersama ibunya di Inkster, Wayne County, dan tiga lagi generasi keluarganya tinggal berhampiran dengan kediamannya.
Ditanya tentang sambutan hari lahirnya, Talley bercadang untuk menyambut majlis tersebut bersama keluarga dan rakan-rakannya di sebuah gereja pada hari esok.
Walaupun usianya menginjak melepasi angka 100 tahun, Talley masih boleh berjalan dengan bantuan tongkat.
Misteri ikan emas dalam pondok telefon di Osaka terjawab
IKAN EMAS adalah salah satu ikon simbolik dalam budaya Jepun. Saat festival musim panas misalnya, ikan ini banyak dijumpai dan dipercayai sebagai simbol kemenangan dan kebahagiaan.
Yang mengejutkan, pada tahun 2011, secara misteri muncul kotak telefon berisi ikan mas di daerah Osaka
Ternyata, sebuah kumpulan bernama Kingyobu atau Goldfish Club mencipta semula sebuah karya seni urban dengan mengubah suatu benda berfungsi menjadi objek seni, dalam hal ini adalah kotak telefon yang sudah usang atau tidak terpakai.
Masyarakat sekarang dapat berjalan melintasi taman dan mencari kotak telefon yang mengandungi gelembung udara dan ikan mas hidup!
Langkah pertama Kingyobu dalam membuat pemasangan ini adalah membuat bahagian dalam kotak telefon menjadi kalis air, kedap rapat-rapat celah pada pintu dan tepian kotak.
Kerusi dan telefon awam yang ada dalam kotak telefon dibiarkan begitu saja, mewujudkan diorama akuarium yang biasa kita lihat di rumah. Selepas kotak telefon diisi air menggunakan hos, akan terlihat gagang telefon terapung di air.
Setelah air dan penapis dipasang, puluhan ikan mas akan dimasukkan. Pada malam hari, tangki ikan mas ini akan bercahaya menerangi bahagian bandar tempat mereka diletakkan. Penapis akan menjaga tangki tetap bersih, sedangkan bahagian atas tangki akan boleh dibuka sehingga ikan-ikan itu boleh diberi makan.
Sumber: akakdisebalikpintu.blogspot.com/
Gambar Seksi Teman Wanita Shah Jaszle
Siapa tak kenal Shahz Jaszle, pelakon yang digelar kasanova Malaya ni..
Dia yang pernah digosipkan dengan ramai selebriti wanita sebelum ini sering sahaja dilaporkan bermasalah dalam hubungan cintanya.
Bertunang dengan orang lain, ditangkap khalwat dengan wanita lain, tup-tup kini dia sudah pun menjalinkan hubungan dengan wanita lain juga.
Memang hebat penangan Shahz ni..
Di sini penulis kongsikan serba sedikit gambar-gambar menarik dan seksi teman wanita terbaharu aktor tersebut yang dikenali sebagai Hanis Husna.
Kalau diikutkan dari sejarah percintaan Shahz, semua wanita yang didampinginya berpenampilan menarik, sedikit seksi dan juga ada iras-iras ‘chinese look’.
Semoga kontroversi terdahulu menjadi kontroversi yang terakhir melanda kehidupan peribadi aktor tersebut dan diharapkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke pelaminan.
Sumber: Audrey Lee / My News Hub
Polis berkas lelaki ugut bunuh anggota parti politik
TELUK INTAN: Polis menahan seorang lelaki yang didakwa mengugut untuk membunuh seorang anggota parti politik pagi Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Mohd Zaki Harun berkata dalam kejadian pukul 4 pagi di Taman Ratna, Jalan Changkat Jong di sini, suspek melakukan ugutan bunuh terhadap mangsa yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di sebuah bilik gerakan partinya.
Mohd Zaki berkata suspek yang berusia 50 tahun itu ditahan oleh Pasukan Cantas Khas Perak dan Pasukan Cantas Bukit Aman pada hari yang sama di Durian Tunggal, Melaka.
“Berdasarkan siasatan suspek yang memiliki lima rekod jenayah lampau dibawa ke Teluk Intan untuk direman selama dua hari bermula hari ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini, Jumaat.
Beliau berkata polis akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan yang mungkin turut terlibat dengan kejadian tersebut.
Menurutnya, tangkapan itu merupakan yang pertama sepanjang tempoh kempen PRK Teluk Intan yang berlangsung sejak Isnin lepas.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, katanya.
Sumber: Sinar Online
Promoter Pakaian Maut Dirempuh Kereta
KUALA LUMPUR – Seorang promoter pakaian wanita maut selepas dilanggar kereta ketika melintas jalan menuju ke tempat kerja di Jalan Balakong-Seri Kembangan, berhampiran pusat membeli-belah The Mines, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Yong Soo Koon berkata dalam kemalangan 10.15 pagi itu, Suraidah Banjar, 26, dari Taman Harmoni Indah, Seri Kembangan, maut di tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa dan dua rakannya sedang melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah Balakong, menyebabkan mangsa mati serta-merta,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Kejadian turut menyebabkan dua rakannya cedera.
Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Sumber: Bernama
Safura selamat lahirkan anak keenam
Safura selamat melahirkan anak keenamnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), baru-baru ini.
PENYANYI dan pelakon, Safura Yaacob selamat melahirkan anak keenamnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), baru-baru ini.
Memetik laporan sebuah portal hiburan, Safura yang juga isteri kepada pelakon, Shahronizam Noor melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.55 kilogram.
Keadaan kedua-dua beranak ini dilaporkan sihat.
Sumber: Sinar Online
Hudud: 'Ustaz' beri gambaran salah
Mohd Nassuruddin (kiri) terima cenderamata daripada Daud, kelmarin.
KOTA BHARU - Kelantan kecewa dengan segelintir golongan 'ustaz' yang sengaja memberikan gambaran salah mengenai hukuman hudud bakal dilaksanakan di negeri ini.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, tindakan itu akan lebih mengelirukan rakyat terutama bukan Islam.
“Bagi saya, kita berdepan dengan orang bukan Islam yang tidak faham itu perkara biasa tetapi kita berdepan dengan orang Islam yang mendapat pendidikan Islam tetapi mengkritik hukum Islam, ini sudah luar biasa.
“Agak luar biasa suara (kritikan) ini dikeluarkan di saat Kerajaan Pusat bersetuju dengan cadangan kita. Sepatutnya suara (kritikan) ini tidak berlaku dan kita bersatu,” katanya ketika Diskusi Perundangan Islam Siri 1 di Balai Islam, kelmarin.
Hadir sama, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dan Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Hassan Mohamod.
Mohd Nassuruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, berkata, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan itu telah diluluskan sejak 1993 dan tidak perlu dikritik selepas 21 tahun setelah berdepan pelbagai halangan.
"Sepatutnya kita bersyukur dengan laluan diberikan Kerajaan Persekutuan yang memberikan gambaran hudud bakal dilaksanakan di negeri ini.
“Malang pula apabila 'ustaz' sendiri mengkritik, hudud yang diluluskan tidak adil kerana hukuman hanya dikenakan kepada Islam sahaja dan bukan Islam tidak terlibat. Kenapa ini ditimbulkan,” katanya.
Sementara itu mengulas perjumpaan sekumpulan persatuan bukan Islam baru-baru ini yang menghantar memorandum menolak perlaksanaan hudud kepada kerajaan negeri, beliau berkata, ia disebabkan berlaku salah faham.
“Berdasarkan penjelasan diberikan ketika pertemuan itu, mereka memaklumkan banyak menerima maklumat yang salah daripada media,” katanya.
Justeru menurutnya, kerajaan negeri akan terus memberikan penjelasan mengenai pelaksanaan hukuman hudud supaya tidak mengelirukan rakyat.
Sumber: Sinar Online
Filem baharu Tom Cruise
SATU lagi filem aksi daripada pelakon popular, Tom Cruise selepas membintangi blokbuster iaitu Oblivion dan Mission Imposibble 5.
'Edge Of Tomorrow' mengisahkan Leftanan Kol. William 'Bill' Cage (Tom Cruise) dan Angkatan Tentera Khas Rita Vrataski (Emily Blunt) diarahkan untuk bekerjasama dalam misi menentang bangsa alien yang dikenali sebagai Mimics.
Pengarahnya, Doug Liman berkata filem ini menampilkan bangsa manusia terpaksa berlawan dan mati berulang-ulang kali dalam kehidupan realiti dan fantasi.
"Awalnya Cage merupakan pegawai yang tidak pernah menerima latihan ketenteraan terjerumus dalam misi bahaya.
"Terperangkap dalam relung masa, dari masa ke semasa skil dan kemahiran menghadapi musuh semakin meningkat," katanya.
Dalam masa yang sama, Rita Vrataski berjaya membuatkan Cage pandai mengeksploitasi terhadap pertukaran fantasi dan realiti.
JUDUL : Edge Of Tomorrow (Lihat info IMDb)
DURASI : 113 minit
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Pengarah: Doug Liman
Pelakon: Tom Cruise, Emily Blunt, Marianne Jean-Baptiste, Bill Paxton
Trailer
Piala Dunia: Brazil Gerak 157,000 Anggota Keselamatan
Celso Amorim (kiri) dan Jose Eduardo Cardozo pada sidang media Piala Dunia 2014, Jumaat.
BRASLIA: Brazil, yang berdepan situasi bantahan dan mogok menggerakkan seramai 157,000 anggota tentera dan polis untuk memastikan keselamatan ketika Piala Dunia yang akan membuka tirainya 20 hari lagi.
Kementerian Pertahanan, pada Jumaat berkata akan menyediakan 57,000 tentera laut, tentera darat dan tentera udara untuk acara tersebut, termasuk 21,000 orang yang akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi situasi yang memerlukan campur tangan serta-merta.
Kementerian itu telah melabur sebanyak 709 juta reais (AS$ 322 juta) sejak 2012 untuk memodenkan angkatannya dan sebagai langkah persediaan untuk acara itu yang berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai.
Menteri Keadilan Jose Eduardo Cardozo berkata beliau percaya rentetan demonstrasi dan mogok di seluruh Brazil baru-baru ini tidak akan membawa ke tahap protes seperti mana yang mencengkam negara ini tahun lepas semasa Piala Konfederasi.
Protes tersebut mengheret satu juta orang ke jalanan dan bertukar menjadi ganas selama beberapa kali dan memalukan penganjur kejohanan.
"Kami merasakan protes akan menjadi lebih kecil berbanding Jun lalu. Tetapi, dengan ikhlas saya bercakap, kita bersedia untuk sebarang keadaan," kata Cardozo kepada wartawan pada sidang akhbar bersama dengan Menteri Pertahanan Celso Amorim.
Penunjuk perasaan marah ke atas wang AS$11 bilion yang dibelanjakan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia di negara yang mempunyai jurang ketidaksamaan yang amat nyata dan keperluan mendesak dalam bidang pendidikan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan.
Pasukan keselamatan akan ditempatkan di 12 bandar tuan rumah dan ibu negeri Vitoria, Aracaju dan Maceio, yang mana kesemua lokasi ini akan mempunyai kem asas untuk pasukan bertanding bermain dalam perlawanan yang ditetapkan.
Kira-kira tiga juta rakyat Brazil dan 600,000 pelancong asing dijangka menghadiri Piala Dunia.
Sumber: mStar
‘Pelakon’ dicekup leka layan GRO
Melaka: Seorang ‘pelakon’ yang leka melayan pelanggan di sebuah pusat hiburan gagal melarikan diri selepas premis tempatnya bekerja di Bandar Hilir, di sini, diserbu imigresen, semalam.
Dalam serbuan pada jam 1 pagi itu, wanita itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati dia memasuki ke Malaysia menggunakan pas pekerja sebagai pelakon sebuah drama bersiri disyaki menjadi pelayan pelanggan (GRO) di premis terbabit.
Dalam operasi khas itu, turut ditahan 15 wanita warga asing disyaki GRO dan dua lelaki tempatan berusia 32 dan 46 tahun dipercayai majikan serta penjaga di pusat hiburan berkenaan.
Difahamkan, pusat hiburan yang beroperasi di bahagian tempat letak kereta bawah tanah bangunan kedai itu dikategorikan sebagai ‘lokasi kebal’ selepas beberapa serbuan imigresen sebelum ini gagal kerana dijaga tonto dengan rapi.
Pemangku Pengarah Imigresen negeri Abu Bakar Sidek Hasan berkata, serbuan 12 pegawainya diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Mohd Yusof Hashim dilakukan hasil risikan selama dua minggu selepas menerima aduan daripada orang ramai.
Katanya, dalam serbuan itu juga, sebahagian daripada 60 pelanggan di premis itu cuba membuat provokasi bagi menggagalkan operasi berkenaan dengan menimbulkan kekecohan.
“Mereka membuat kecoh apabila pegawai kami meminta operasi pusat hiburan itu dihentikan bagi tujuan pemeriksaan, malah ada di antara mereka cuba menarik GRO yang ditahan sebelum keadaan dikawal.
“Berdasarkan aduan, ada pihak tidak puas hati kerana premis didakwa menyediakan khidmat GRO asing ini sering dikunjungi ahli keluarga mereka sehingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk berhibur di pusat hiburan terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Ayer Keroh, di sini, semalam.
Sumber: myMetro
Bunuh Diri Selepas Dibuli Kerana Berlakon Video Seks
Seorang pelajar perempuan di Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat, Alyssa Funke nekad mengambil nyawanya sendiri selepas tidak tahan dibuli rakan-rakannya berhubung video seks yang dilakonnya.
Alyssa, 19, yang merupakan seorang pelajar cemerlang dalam bidang akademik dikatakan cuba mengejar impiannya untuk bergelar pelakon popular dan buat permulaan dia mengambil langkah dengan berlakon dalam video seks amatur.
Untuk tujuan itu, dia telah menghadiri sesi temu duga syarikat Casting Couch Videos dan kemudiannya terus merakam video seksnya dan tidak sampai dua minggu selepas videonya tersebar, Alyssa nekad membunuh diri selepas tindakannya itu diejek rakan sekuliah.
Alyssa membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri dengan menggunakan senapang yang dibelinya di sebuah tasik di Minnesota, baru-baru ini.
Sumber: FOX9 / Audrey Lee/ My News Hub
Adun DAP Dakwa Nombor Telefon Diklonombor Telefon Diklon
Mesej yang dihantar menggunakan nombor telefon Dr P.Ramasamy yang didakwa telah diklon. -foto THE STAR
BUTTERWORTH: Dua Ahli Dewan Undangan (Adun) DAP pada Sabtu membuat laporan polis mendakwa mesej teks palsu telah dihantar dari nombor telefon bimbit mereka yang telah diklon.
Adun Dr P.Ramasamy dan Adun Padang Lalang Chong Eng membuat laporan polis mengenai perkara itu di ibu pejabat polis daerah Seberang Prai di Bandar Perda pada Sabtu kira-kira pukul 10 pagi.
Kedua-dua mereka menyedari telefon bimbit mereka telah diklon kira-kira pukul 9 malam Jumaat dan berkata bahawa mesej teks yang dihantar menggunakan nombor mereka membawa kenyataan berbaur sentimen perkauman.
Sumber: mStar
Hishammuddin Mahu Ancaman Bakar Ibu Pejabat DAP Disiasat
TELUK INTAN – Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu ancaman hendak membakar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur disiasat.
Menteri Pertahanan itu berkata adalah tidak wajar ancaman seperti itu dibuat oleh sayap pemuda Umno bila membantah kenyataan “Umno celaka” yang dihambor Adun DAP, RSN Rayer dalam persidangan dewan negeri Pulau Pinang.
“Saya nasihatkan mereka siasat. Jangan ikut emosi.
“Dalam situasi hari ini, terutama bila anda mempunyai media sosial, maklumat tak berasas akan tersebar. Jadi jangan tunjuk reaksi emosional.
“Biarlah ada kebijaksanaan dan kewarasan dalam mengambil tindakan dan siasat sedalam-dalamnya.
“Siapa sebenarnya dalang dalam apa juga perkara yang kita rasa tak kena,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan ‘walkabout’ bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong, di sini hari ini.
Rayer pada Selasa mengeluarkan kata-kata tersebut, ketika membahaskan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri.
Keesokannya beberapa orang anggota Umno merempuh masuk ke dalam dewan negeri menuntut Rayer memohon maaf.
Hishammuddin, bekas Ketua Pemuda Umno, berkata DAP mempunyai muslihat bila sering melakukan provokasi.
Beliau menasihatkan anggota Umno jangan mudah melatah dan tidak ‘menari mengikut rentak DAP’.
Menteri itu berkata pembangkang menimbulkan isu tertentu seperti kalimah “Allah” atau isu “Bible” semasa pilihan raya kecil di Sabah atau Sawawak bagi memain emosi dan mencetuskan kemarahan rakyat.
“Ini bukan perkara baru,” katanya.
Hishamuddin meminta pengundi Teluk Intan mengundi Mah pada 31 Mei ini, demi menentukan mereka terus mendapat manfaat dari pada program pembangunan rakyat.
Sumber: Bernama
Biar Semua Rakyat M’sia Tonton Final Piala Thomas – KJ
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) membuat rayuan secara terbuka kepada pihak Astro agar membuka ruang supaya semua rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan pasukan badminton negara beraksi di final Piala Thomas yang bakal berlangsung di New Delhi, India, esok.
Beliau menyeru kepada Astro agar mengurangkan harga pembelian hak penyiaran atau hak tersebut dihadiahkan terus kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Bukan selalu kita masuk final Piala Thomas. Kali terakhir 12 tahun lepas. Dan kali terakhir kita menang 22 tahun yang lepas. Siaran perlawanan akhir esok harus dibawa kepada seluruh rakyat menerusi rancangan percuma.
“Mungkin pelik saya buat rayuan terbuka. Mungkin akan ada yang komen, Menteri cakap lah sahaja senyap-senyap dekat ASTRO tak yah fofular (popular). Tetapi pendirian mereka sejak semalam tegas, bayar RM4 juta untuk hak siaran.
“Jadi saya terpaksa buat rayuan ini. Saya mohon rakan-rakan bersama merayu ASTRO untuk hadiahkan hak siaran kepada rakyat jelata,” katanya hari ini.
Permohonan terbuka itu dibuat melalui akaun Facebook rasmi beliau.
Tinjauan Mynewshub mendapati, rayuan itu telah pun dikongsi (Share) 1,737 kali dan mendapat 7,048 Likes dalam masa hanya 54 minit selepas ia dimuat naik.
Jumlah itu secara jelas mencerminkan keinginan rakyat Malaysia yang tidak memiliki Astro untuk melihat perlawan akhir berkenaan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini telah pun memohon maaf atas kegagalan RTM menyiarkan kejayaan Malaysia menewaskan Indonesia dalam peringkat separuh akhir Piala Thomas semalam.
Ketika ini, hak penyiaran dipegang Astro dan jika RTM mahu mendapatkan hak berkenaan, ia perlu membayar RM4 juta kepada Astro.
Jumlah itu terlalu tinggi dan RTM tidak mampu memandangkan sebahagian besar peruntukan RTM telah diasingkan untuk membeli hak penyiaran Bola Sepak Piala Dunia.
Malaysia akan bertemu Jepun yang melakar sejarah pertama kali melangkah ke peringkat akhir Piala Thomas.
Di bawah ini adalah salinan kenyataan KJ seperti yang disiarkan dalam Facebook beliau;
Siaran langsung final Piala Thomas – Rayuan kepada ASTRO
Semalam menerusi akaun Twitter saya, saya telah umumkan bahawa Menteri Komunikasi & Multimedia setuju untuk siarkan final Piala Thomas melalui RTM. Sebagai bekas Menteri Sukan, Dato’ Sri Shabery amat memahami jiwa rakyat jelata pencinta sukan, ramai yang tiada akaun ASTRO.
Apabila disemak dengan pihak ASTRO, mereka memaklumkan pada DS Shabery bahawa kos yang perlu dibayar oleh RTM sekiranya mahu hak penyiaran dari ASTRO untuk final Thomas Cup adalah RM 4 juta (ada yang kata RM 2.5 juta). Saya difahamkan bajet penyiaran RTM tidak cukup untuk bayar ASTRO sebab kebanyakkan bajet penyiaran sudah dibelanjakan untuk hak siaran Piala Dunia Bola Sepak.
Jadi setelah disemak DS Shabery mengesahkan RTM sudah tiada peruntukan untuk membeli hak siaran Piala Thomas dari ASTRO.
Selaku Menteri Sukan saya ingin buat rayuan terbuka kepada ASTRO, bagi seluruh pencinta sukan tanahair, agar dikurangkan atau dihadiahkan terus hak siaran tersebut kepada rakyat Malaysia menerusi RTM.
Bukan selalu kita masuk final Piala Thomas. Kali terakhir 12 tahun lepas. Dan kali terakhir kita menang 22 tahun yang lepas. Siaran perlawanan akhir esok harus dibawa kepada seluruh rakyat menerusi rancangan percuma.
Mungkin pelik saya buat rayuan terbuka. Mungkin akan ada yang komen, Menteri cakap lah sahaja senyap2 dekat ASTRO tak yah fofular. Tetapi pendirian mereka sejak semalam tegas, bayar RM4 juta untuk hak siaran.
Jadi saya terpaksa buat rayuan ini. Saya mohon rakan2 bersama merayu ASTRO untuk hadiahkan hak siaran kepada rakyat jelata.
Mohon rakan2 dapat share post ini dan sama2 merayu dalam FB, Twitter dan lain2 saluran media sosial.
Sumber: Facebook Khairy Jamaluddin / My News Hub
DNA babi: Jakim adakan mesyuarat tergempar
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengadakan mesyuarat tergempar susulan kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan berhubung DNA babi (porcine) yang dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.
Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, Jakim, Nadia Zammil Md Nasir ketika dihubungi berkata, mesyuarat tersebut diadakan dalam kadar segera bagi merungkai isu ini.
“Sebarang maklumat lanjut berkenaan isu ini akan diberikan selepas mesyuarat pada petang ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa DNA babi (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.
Sumber: Sinar Online
Abu Backer Dakwa Kempen Disabotaj
GEORGE TOWN: Kurang 12 jam lagi tempoh berkempen bakal ditamatkan, calon Bebas kontroversi, Abu Backer Sidek Mohamad Zan tampil dengan dakwaan usahanya untuk memikat pengundi pada saat akhir telah disabotaj.
Beliau mendakwa, kempen di Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor, yang dijadualkan pukul 8 pagi Sabtu terhalang apabila karavannya tidak dapat bergerak, sistem pembesar suara tidak dapat berfungsi dan beberapa pemandu teksi memboikot kempennya.
"Saya suruh mekanik baiki karavan itu tapi masih tidak boleh bergerak. Saya pelik, macam ada sesuatu yang tak kena.
"Lepas itu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) nak tunda karavan saya. Mereka kata karavan saya diletakkan di tepi jalan tapi tak jadi pula," katanya kepada pemberita di sebuah hotel di sini, Sabtu.
Bukan itu saja, beliau mendakwa peti keselamatan yang digunakan sebagai tempat simpanan duit untuk kempen di bilik hotelnya tidak dapat dibuka.
"Apabila nak bayar sewa teksi yang digunakan pada Jumaat, tiba-tiba peti keselamatan itu tak boleh buka. Lepas berjam-jam baru boleh buka.
"Semalam satu hari suntuk tak ada di hotel. Saya pelik mengapa tak boleh buka. Jadi pemandu teksi pun mengamuk tak mahu ikut saya pergi kempen," katanya.
Peguam berusia 46 tahun itu mengesyaki perbuatan tersebut didalangi oleh DAP selepas beliau diberi amaran semasa memberikan ceramah di Air Itam pada Jumaat.
"Saya tahu ini sebahagian daripada permainan politik DAP. Saya ahli politik boleh baca semua ini," katanya.
Abu Backer mendedahkan beliau turut membelanjakan RM300 untuk sebuah teksi yang disewanya sepanjang tempoh berkempen.
"Saya setuju bayar kadar itu kerana mereka tak mahu pakai meter. Semalam saja saya sewa 18 teksi dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.
"Saya rasa perbelanjaan kempen saya yang paling kecil jika dibandingkan dengan parti lain. Saya takkan merasuah," katanya.
Ketika ditanya sama ada sudah bersedia untuk menghadapi kekalahan pada hari penentuan esok (Ahad), Abu Backer berkata," Saya tidak kisah (kalah) tapi kalau menang lagi bagus."
Sumber: mStar
No comments:
Post a Comment