Guan Eng Dakwa UMNO Hasut PAS, pulak dah..
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa PAS berkeras mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan meskipun di bantah oleh pakatan pembangkang kerana termakan hasutan UMNO.
Justeru, dakwanya, gesaan MCA supaya DAP membuat permohonan maaf secara terbuka bagi pihak PAS tidak tepat kerana PAS sedang bekerjasama dengan UMNO untuk menjayakan rancangan itu.
“Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tiada hak meminta DAP memohon maaf bagi pihak PAS kerana DAP sentiasa membantah dan mengkritik rancangan tersebut.
“MCA yang sepatutnya meminta maaf kepada umum kerana tidak mengkritik UMNO yang menghasut PAS supaya melaksanakan hudud di Kelantan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Tiong Lai semalam menggesa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghalang PAS daripada membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Tiong Lai dipetik berkata, kedua-dua parti itu perlu tampil bertindak terlebih dahulu berbanding pihak lain kerana mereka berada dalam komponen pakatan pembangkang.
“Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kedua-dua parti itu telah menyatakan sokongan kepada PAS. Kini PAS bercadang melaksanakan hudud, jadi terserah kepada DAP dan PKR untuk bercakap dengan PAS,” kata Tiong Lai.
Guan Eng semalam pula menegaskan PAS bakal mengkhianati semua pengundi bukan Islam yang mengundi parti itu pada PRU13 jika meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
MH370: Pencarian Masuki Fasa Baharu Di Dasar Laut
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Selepas gagal mengesan pesawat MH370 yang hilang melalui usaha mencari dari udara, di permukaan dan di bawah air sejak 57 hari lalu, pencarian kini akan dipergiat di dasar laut Lautan Hindi selatan termasuk untuk memetakan kawasan pencarian.
Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss berkata pemetaan demografi lautan dijangka mengambil masa enam minggu, kerana sebahagian besar kawasan itu tidak pernah dibuat pemetaan sebelum ini.
“Ini perlu dilakukan untuk memahami dasar laut kawasan itu,” katanya pada sidang akhbar bersama selepas mempengerusikan perbincangan tiga hala dengan pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan Cina Yang Chuantang.
Perjumpaan itu diadakan di bangunan Parlimen Australia di Canberra.
Menurut laporan sebelum ini pencarian itu perlu fokus kepada dasar laut kerana besar kemungkinan sebarang serpihan tidak akan ditemui di permukaan laut kerana kebanyakannya kini sudah tentu dipenuhi air dan tenggelam ke dasar laut.
Lautan Hindi merupakan laut ketiga terbesar di dunia dengan titik paling dalam ialah 8,047 meter. — BERNAMA
MH370: Rakaman Audio Komunikasi Adalah Palsu?
Kisah misteri MH370, seakan tiada henti. Satu persatu, persoalan muncul yang menambah kepada koleksi kehilangan misterinya.
Sehingga kini serpihan MH370 masih menjadi tanda tanya. Setelah hampir dua bulan pencarian intensif dilakukan, tiada satu pun serpihan yang ditemui walaupun semua pihak mengesahkan ia hilang di Lautan Hindi.
Begitu juga dengan kisah ‘manggis misteri’ yang terdapat di dalam kargo yang masih menjadi tanda tanya. Tiada siapa tahu dari mana manggis itu datang dan apakah ia benar-benar manggis atau sebaliknya.
Dan kini yang terbaru muncul apabila beberapa pakar siasatan forensik, mendakwa bahawa rakaman audio perbualan di antara juruterbang MH370 dan pegawai menara kawalan trafik udara yang dikeluarkan adalah palsu.
Ia kerana:
1. Telah diubahsuai oleh seseorang,
2. Sumbernya diperolehi daripada dua rakaman kaset yang berbeza.
3. Terdapat empat ‘jarak kosong’ yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.
4. Rakaman pada minit ke 1.14 dibuat menggunakan perakam suara digital yang dipadankan ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.
Berdasarkan penemuan di atas mereka percaya, bahawa data tersebut telah diubah suai untuk mengelakkan perkara sebenar yang berlaku di dalam kokpit diketahui umum.
Biarpun pihak DCA telah menafikannya, namun bolehkah persepsi ini lenyap begitu sahaja kerana terlalu banyak percanggahan yang melibatkan transkrip itu sebelum ini. Ia bermula dari Good Day menjadi Alright Good Night dan yang terakhir Good Night Malaysian 370. Asalnya diucapkan oleh pilot, kapten Zahari, kemudian bertukar kepada co-pilot, kapten Fariq dan kini kembali semula kepada kepada kapten Zahari. Hmm..
Pengumuman-pengumuman yang dibuat juga nampaknya tidak banyak membantu menyelesaikan masalah kehilangan misteri MH370. Malah ia menimbulkan lebih banyak prasangka.
Apa yang sebenarnya terjadi dan siapa yang bertanggungjawab hanya Allah yang mengetahui. Simpati untuk semua keluarga yang terlibat. Kebenaran mungkin tidak akan muncul dan misteri akan tinggal misteri untuk selama-lamanya. Walau apa pun, jangan berhenti berdoa kerana Allah maha mengasihani. - Mynewshub
Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia 2014, Malaysia Tempat Ke Berapa?
Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014. Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam.
Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara.
Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia.
GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini :
http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp
Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia. Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :
Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, kami boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia.
Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.
Kami yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan negara. - BeritaSemasa
“Setakat Peluk Atau Cium BOLEH Je.. Lebih Jangan!”
Siang bertudung dan berbaju kurung, namun penampilan sopan dan mengikut syariah itu berubah 100 peratus pada waktu malam apabila mereka hanya menyarung skirt pendek serta bersinglet nipis.
Demikian gelagat segelintir gadis berstatus penuntut pusat pengajian yang bukan berasal dari daerah ini untuk mencari wang tambahan dengan bekerja sambilan sebagai teman penghibur.
Walaupun tidak berada di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru, tetapi mereka bijak mencari peluang demi memperoleh wang saku bagi menampung kos perbelanjaan harian sebagai pelajar.
Difahamkan, mereka bergerak aktif bermula jam 10 malam dan bertemu dengan lelaki yang sudah terlebih dahulu membuat temu janji di lokasi ditetapkan iaitu hanya di sekitar daerah ini.
Pelajar itu didapati menetapkan bayaran tertentu iaitu sekitar RM50 hingga RM150 dan boleh dibawa ke pusat hiburan dan pusat karaoke sebagai teman penghibur.
Namun, mereka menolak untuk dibawa ke ranjang walaupun ditawarkan bayaran lumayan.
Wartawan Harian Metro berjaya menjejaki mereka melalui kenalan di beberapa pusat karaoke dan hiburan di daerah itu.
Pada mulanya mereka enggan bekerjasama apalagi mendedahkan identiti kerana bimbang aktiviti terbongkar kepada pengetahuan keluarga.
Selepas dipujuk akhirnya beberapa wanita itu akur dan mendedahkan diri mereka adalah penuntut pusat pengajian.
Penuntut terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 20, berkata, keluarga memberinya duit saku RM200 sebulan saja dan jumlah itu ditambah dengan wang pinjaman.
“Jumlah itu memang tidak mencukupi bagi menampung kos belajar dan belanja harian menyebabkan saya terpaksa memikir jalan lain bagi mendapatkan wang.
“Saya mula aktif keluar pada waktu malam sejak setahun lalu dan memperoleh kira-kira RM1,000 sebulan,” katanya.
Ika berkata, dia hanya mengambil upah menemani lelaki di pusat hiburan atau karaoke dan enggan sama sekali dibawa ke ranjang.
“Jika mereka suruh saya menyanyi atau menari saya akan lakukan, tetapi hanya setakat itu.
“Selepas dibayar dan selesai menemani mereka saya dan beberapa lagi rakan akan pulang ke rumah sewa kerana perlu berehat untuk pergi kuliah keesokan hari,” katanya.
Seorang lagi penuntut yang juga kenalan Ika dikenali sebagai Yana, 19, berkata dia mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu selepas diperkenalkan rakan-rakannya.
“Saya berani untuk turut serta dan melakukannya kerana ia tidak sampai hingga menggadai maruah saya.
“Kebiasaannya kami akan berkenalan dengan lelaki itu melalui laman sosial atau diperkenalkan daripada kenalan lain.
“Ada juga pelanggan kami daripada golongan berjawatan yang datang ke daerah ini atas urusan kerja,” katanya.
Menurut Yana, dia akan memberi amaran terlebih dulu kepada lelaki terbabit supaya tidak melakukan perkara di luar batasan.
“Tetapi, ada juga lelaki yang memeluk dan mencium saya ketika sedang berhibur, namun setakat itu saja.
“Saya lakukan ini semua hanya kerana wang dan setakat ini ia tidak mengganggu pelajaran,” katanya. – MetroOnline
Analisis Data Pencarian MH370 Adalah Yang Terbaik Setakat Ini – JACC
CANBERRA – Laporan terkini serta analisis data pencarian yang dilakukan dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah yang terbaik setakat ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston pada sidang media bersama selepas mengadakan rundingan tiga pihak antara Malaysia, China dan Australia, di Canberra, pada Isnin.
Houston berkata, sehingga kini sebanyak 3,137 jumlah penerbangan udara sudah dilakukan oleh pasukan mencari di Lautan Hindi.
Sementara itu, Houston berkata, JACC akan berpindah dari Perth ke Canberra, namun pusat operasi mencari masih beroperasi di Perth.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss, berkata kawasan pencarian sudah meliputi sehingga 4.6 juta kilometer persegi di Lautan Hindi setakat ini.
Gambar Terlebih Mesra Che Ta Dan Zain
Selepas Diana Danielle memuat naik gambar mesra bersama suaminya, Farid Kamil minggu lalu, terbaharu trend bergambar mesra di antara suami isteri semakin menjadi trend pula apabila pelakon bergetah, Rozita Che Wan juga memuat naik gambar mesra bersama suami.
Dengan berlatar belakangkan katil bersama kelopak bunga mawar, pasangan romantis ini bergambar mesra dengan Zain tidak berbaju sementara Che Ta hanya bersinglet putih.
Pasangan yang dinikahkan pada 11 Disember tahun lalu itu kini sedang bercuti di Koh Samui, Thailand.
Ada peminat yang suka melihat keromantikan pasangan ini namun tak kurang juga yang menasihati agar perkara dalam kain tidak perlu dikongsikan bersama orang luar.
Mungkin ada yang beranggapan perkongsian gambar-gambar sebegini tidak sesuai dengan orang Timur yang terkenal dengan adat sopannya.
Apa pula pandangan anda terhadap trend perkongsian gambar terlampau mesra di media sosial? – Mynewshub
Hanez Dan Kekasih Kantoi Pergi Bercuti Lagi?
KALAU sudah namanya ‘public figure’, pasti segala langkah atau perlakuan akan menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, tersebar gambar tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) milik pelakon Hanez Suraya dan kekasihnya, Romie Razin Adilha.
Peliknya, artis lain pun pergi bercuti juga, tapi tak adalah pula pihak yang rajin mendedahkan tiket penerbangan mereka kepada umum.
Mungkin penyebarnya merasakan ia ‘menarik’ kerana percutian itu melibatkan Hanez dengan kekasihnya yang masih berstatus suami orang.
Bagaimanapun, destinasi pada tiket bertarikh 20 April 2014 itu telah dikaburkan.
Menerusi sebuah sisipan hiburan, Hanez mengakui dia cukup geram kerana privasinya sudah diganggu sekaligus menyebabkan dia merasakan yang pergerakannya kini terbatas.
Setakat ini, dia tidak mahu memberi komen lanjut mengenai penyebaran gambar itu sehingga tiba waktu yang sesuai.
Hmm…rasanya kalau susah sangat, lebih baik kahwin saja.
Tak adalah orang hendak mengata kalau bercuti berdua, betul tak?
Oleh: Elza / Mynewshub
Tasha Shilla TAK KISAH Kekasih Bertatu
Walaupun kekasihnya sering dikritik kerana bertatu, namun pelakon cantik manis, Tasha Shilla mendakwa dia tidak pernah mengambil pusing cakap-cakap orang mengenai perkara itu.
Malah menurut pelakon berusia 27 tahun itu, dia tidak kisah kekasihnya, seorang peninju Muay Thai berbangsa Cina yang dikenali sebagai Hans mempunyai tatu kerana baginya penampilan luaran tidak menggambarkan keperibadian seseorang individu itu.
Memetik kenyataannya dalam Media Hiburan, Tasha berkata, “saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut”.
Jika sebelum ini, Tasha pernah dikaitkan dengan pemain bola sepak, Mahali Jasuli lantas ramai mengatakan dia hanya terpikat dan mahu berkawan dengan ahli sukan.
Walau bagaimanapun, Tasha menafikan perkara tersebut.
Mungkin Tasha tertarik dengan kehidupan atlet yang sentiasa menitik beratkan kesihatan dan kecergasan kerana secara tidak langsung ianya juga boleh mempengaruhi kehidupan sihat aktres terbabit. – Mynewshub
Datuk Aziz Sattar Dikejarkan Ke Hospital Kerana Serangan Jantung
PETALING JAYA: Pelakon veteran Datuk Aziz Sattar, 89, yang dikejarkan ke Hospital Kajang kira-kira pukul 10 malam Ahad akibat serangan jantung berada dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan.
Anak bongsunya, Sandakiah Aziz ketika dihubungi mStar Online pada Isnin bagaimanapun berkata, bapanya masih dirawat Unit Rawatan Koronari (CCU) hospital berkenaan untuk pemerhatian lanjut.
“Alhamdulillah keadaannya stabil dan tidak membimbangkan. Doktor memberitahu ia hanya serangan jantung biasa sahaja.
“Bagaimanapun pihak hospital masih mahu menahannya dalam masa dua ke tiga hari lagi bagi memastikan keadaannya benar-benar pulih sebelum dibenarkan pulang,” katanya.
Tambah Sandakiah, Aziz juga sudah sedarkan diri dan mampu bercakap dengan baik biarpun keadaannya masih lemah.
“Dia okey, berada dalam keadaan sedar dan mampu bercakap seperti biasa dan doktor hanya suruh dia banyak berehat,” katanya.
Dalam pada itu, Sandakiah berkata, Aziz sebelum itu mengadu mengalami sakit dada sebelum rebah akibat diserang sakit jantung ketika berada di rumahnya di Ampang dekat sini.
“Bapa diserang sakit jantung ketika berada dirumah dan sebelum itu dia ada mengadu sakit dada,” jelasnya.
Pelakon itu dikesan menghidap penyakit tersebut sejak dua tahun lalu. – mStar
Video: Pelakon Paranormal Activity, Dakwa Lakukan Hubungan Intim Dengan Hantu
Los Angeles – Pelakon filem Paranormal Activity 2, Natasha Blasick mengaku pernah melalui satu pengalaman pelik melakukan ‘hubungan intim’ dengan hantu.
Aktress filem seram itu membuat pengakuan tersebut ketika sedang menyertai rancangan bual-bicara ‘British TV Show – This Morning’ Khamis lalu.
Namun apa yang peliknya, Natasya merasakan pengalaman seram itu ‘benar-benar menyeronokkan’.
Menurut artis seksi itu, kejadian pertama berlaku ketika beliau sedang berbaring seorang diri di bilik tidurnya, apabila secara tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti orang sedang masuk.
“Saya sedang berbaring di katil dan secara tiba-tiba merasakan seperti ada orang memasuki bilik tidur, tetapi saya tidak dapat melihat sesiapa.
“Saya dapat merasakan sepertia ada orang yang menyentuh dan menolak tangan saya” ujarnya menurut laporan akhbar The Mirror.
Natasha turut menjelaskan, dia kemudian merasakan seperti ada orang sedang menghempap badannya.
“Saya tidak dapat melihat sesiapa tetapi dapat merasakan tekanan, tenaga, kehangatan yang menolak dalam pelbagai arah” jelasnya lagi.
Sebaik sahaja selesai, dia dapat merasakan ‘makhluk’ itu berlalu pergi sebelum datang kembali sebulan kemudiannya untuk tujuan yang sama. - SuaraTV
Mayat Bayi Ditinggal Dalam Beg Kain
Kota Bharu: Mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui orang awam dekat tali air di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, jam 7 malam semalam.
Bayi terbabit ditemui berbalut dengan tuala dan ditinggalkan dalam beg kain sebelum ditemui oleh penduduk kampung.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. – MetroOline
Video: Cara Peratap Kematian Buat Kerja
Mungkin ramai yang tak tahu memang terdapat pekerjaan peratap kematian.
Tugas mereka ternyata bukan mudah kerana perlu menangis dan meraung dalam majlis kematian individu yang langsung tidak dikenali.
Mereka juga perlu menjalani latihan menangis dan meraung agar pekerjaan mereka kelihatan profesional dan mengikut seperti mana kehendak pelanggan yang membayar untuk perkhidmatan mereka.
Di atas ini penulis kongsikan video latihan peratap kematian, di mana ada yang spontan menangis dan tak kurang ada juga yang tidak begitu ‘menghayati’ watak mereka.
Oleh: Audrey Lee / Mynewshub
StickNFind: Pelekat Pengesan Barang Anda
Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel mengenai Wireless Smartkey Finder, pengesan bluetooth yang boleh diletakkan bersama kunci anda untuk mengesan kedudukannya.
Dengan menggunakan konsep yang sama, aksesori StickNFind ini dihasilkan dengan saiz yang lebih kecil dan boleh dilekatkan pada apa-apa barang anda yang sering hilang.
Dengan rekaan yang nipis dan kecil, ia menggunakan teknologi bluetooth dan anda boleh mengesan barang anda sehingga jarak 100 kaki.
Ia dikuasakan dengan bateri jam dan mampu bertahan sehingga setahun.
Anda boleh mengesan barang anda dengan menggunakan aplikasi yang dibina khas untuk telefon pintar Android atau IOS.
Dengan harga bermula $35 (RM105 + RM45 untuk pos) untuk 2 unit StickNFind, ianya masih di dalam proses mengumpul dana sebanyak $70000 di laman Indiegogo.
Sumber: StickNFind
Kerajaan Selangor Sukar Dapat Persetujuan Bank
KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor mengalami kesukaran mendapatkan persetujuan bank bagi membiayai bekas penduduk setinggan membeli rumah kos rendah di Sungai Sering di Hulu Kelang dan Pandan Jaya.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya hanya berjaya mendapatkan persetujuan sebuah bank untuk tujuan sama setakat ini.
“Bank itu cuma bersetuju untuk membiayai bekas penduduk setinggan Kampung Rimba Jaya membeli rumah kos rendah mereka.
“Mereka ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman biasa daripada bank. Di bawah program ini kerajaan Selangor menjadi penjamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iskandar berkata, program itu sebahagian dari program pinjaman perumahan yang diusahakan kerajaan negeri seperti yang dijanjikan di dalam manifesto pakatan pembangkang Selangor pada pilihan raya umum 2013.
Justeru, katanya, jika usaha kerajaan Selangor itu gagal maka kerajaan negeri tersebut perlu mencari jalan penyelesaian lain iaitu tanpa melalui mana-mana bank.
“Bagaimanapun sebarang program pembiayaan adalah juga tertakluk kepada peraturan-peraturan Bank Negara,” katanya.
Fazura Terasa Bila Neelofa Tulis Perihal ‘Hipokrit’?
SEMALAM, menerusi ruangan ‘Nota Neelofa’ dalam Harian Metro, pelakon dan pengacara Neelofa telah berkongsi pandangannya melalui artikel bertajuk ‘Padah Jika Terlalu Lantang’.
Ia menyentuh mengenai keterbukaan sesetengah individu termasuklah selebriti untuk berkongsi hal peribadi yang sepatutnya tidak perlu diperbesar-besarkan kepada umum termasuklah perihal rumahtangga.
Neelofa juga turut menegur sikap artis yang dianggapnya hipokrit termasuklah menggunakan kata-kata positif atau nama Allah bagi menggambarkan kebaikan mereka.
“Menggunakan kata-kata positif berkaitan agama atau nama Allah untuk sesuatu perkara dan pada masa yang betul, memang Lofa sangat sokong, tetapi jika tiap kali menggunakan taktik sama untuk menunjukkan imej yang kononnya baik, bagi Lofa itu psiko.
“Merendah-rendahkan atau memalukan individu lain melalui laman sosial menunjukkan betapa rendahnya IQ seseorang itu.
“Bagi Lofa senang saja, kalau betul kita sebagai artis tersilap langkah, jangan perbesarkan isu atau mencambahkan isu itu. Malah, yang harus dibuat adalah mohon maaf dan ‘move on’ atau Lofa lebih selesa berdiam diri.
“Terlalu banyak lagi perkara yang jauh lebih penting dalam hidup ini yang Lofa perlu beri perhatian daripada menjawab atau memberi reaksi kurang matang terhadap mereka yang ingin menjatuhkan kita,” tulisnya.
Biar pun kata-katanya itu tidak menyentuh secara spesifik nama individu tertentu, kelihatan seperti ada yang terasa dengan tulisannya itu.
Artis jelita, Nur Fazura menerusi akaun Twitternya mengemaskini statusnya seolah-olah merujuk kepada apa yang ditulis oleh Neelofa itu.
Kalau benar, tak tahulah mengapa Fazura perlu terasa kerana artikel tersebut lebih bersifat umum.
Apa pun, hanya tuan empunya diri saja yang lebih mengerti maksud yang tersirat di sebalik ‘tweet’nya itu.
Oleh: Elza / Mynewshub
Slimo : Iphone Anda Dicas Tanpa Wayar
Seperti yang anda ketahui, trend mengecas telefon pintar tanpa wayar sudah menjadi semakin popular kerana ia mudah, tidak memerlukan kabel yang panjang dan sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa anda.
Terdapat telefon pintar yang mempunyai ciri untuk mengecas tanpa wayar seperti Samsung Galaxy S3, Google Nexus 5, Nokia Lumia 920 dan peranti-peranti keluaran terbaru.
Malangnya kebanyakan telefon pintar yang ada sekarang tidak mempunyai ciri tersebut tetapi dengan menyambungkan Slimo kepadanya, telefon pintar anda dapat dicas tanpa menggunakan wayar.
Ianya direka dengan rekaan yang sangat nipis dan ringan. Anda hanya perlu menyambungkannya ke lightning port di Iphone anda dan seterusnya meletakkannya di atas pengecas.
Buat masa ini ianya hanya menyokong Iphone dan masih menunggu lebih banyak dana untuk menyokong port USB.
Anda boleh mendapatkannya dengan harga £48 (RM261+ termasuk penghantaran ke Malaysia) di laman Kickstarter.
Sumber: Kickstarter
Tiga Maut Bas Meletup Di Kenya
NAIROBI – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera apabila dua bas awam terkena letupan bom di ibu negara Kenya, semalam.
Pegawai polis berkata, angka kematian mungkin meningkat dari semasa ke semasa.
“Setakat ini tiga orang disahkan mati, seorang maut di tempat kejadian manakala dua lagi di hospital. Laporan akhir akan diketahui malam ini, sebaik saja kami menyemak butir mangsa di semua hospital,” kata Timbalan Komander Polis Nairobi, Musa Ombati kepada pemberita pada Isnin. – mStar
Malaysia Berazam Teruskan Pencarian MH370
PUTRAJAYA – Malaysia berazam untuk meneruskan usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan kerjasama negara-negara rakan walaupun sehingga kini masih belum berhasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata misteri kehilangan MH370 tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia apabila sistem telekomunikasi pesawat dipadamkan dan kaedah pencarian untuk mengesan pesawat belum diguna pakai.
“Meskipun kita belum berhasil sehingga hari ini tetapi kerajaan berazam untuk meneruskan usaha pencarian dengan kerjasama rakan-rakan dari negara-negara lain terutamanya Australia yang menunjukkan komitmen luar biasa membantu Malaysia mencari pesawat yang dimiliki oleh kita,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari yang melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu dengan pada mulanya dilakukan di Laut China Selatan sebelum di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.
Selepas analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Najib mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 ‘berakhir di selatan Lautan Hindi’.
Pada perhimpunan bulanan itu, Najib turut menyatakan bahawa Malaysia telah menunjukkan kisah kejayaan proses transformasi yang begitu besar dalam segenap lapisan kehidupan rakyat negara ini kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, yang melawat negara ini bulan lepas.
Beliau berkata ketika lawatan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966, Malaysia hanya mampu membawa pemimpin Amerika Syarikat itu melawat sebuah ladang getah di sebuah rancangan Felda yang kemudiannya dinamakan Rancangan Felda Lyndon.
Namun, katanya setelah 48 tahun, Obama pula melihat pertumbuhan pesat Malaysia yang kini menjadi sebuah negara yang maju dan berjaya.
“Ini sesuatu yang kita boleh banggakan. Ini berlaku antara faktornya kerana kita bukan sahaja memberi pertimbangan atas keperluan semasa ataupun jangka pendek tetapi kita mempunyai kerajaan dan pentadbiran yang selama ini mampu membuat perancangan jangka panjang untuk negara kita,” katanya.
Sempena lawatan bersejarah Obama selama tiga hari ke Malaysia pada 26 hingga 28 April lepas, pemimpin kedua-dua negara beriltizam meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian komprehensif dengan objektif memperkukuh kepentingan bersama dan nilai bersama rakyat.
Bagi menandakan fasa baharu perkongsian komprehensif itu, kedua-dua negara komited untuk memperkukuh mekanisme dialog dalam bidang utama termasuk kerjasama politik dan diplomatik, perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan hubungan rakyat dengan rakyat, keselamatan dan pertahanan serta alam sekitar, sains, teknologi dan tenaga.
Ketika berada di Malaysia, Obama diberikan sambutan rasmi permaidani merah di Bangunan Parlimen, diraikan pada jamuan negara dan mengadakan pertemuan dengan Najib serta menghadiri sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin muda Asia Tenggara.
Presiden AS itu juga melawat Masjid Negara di Kuala Lumpur selain bersama-sama Najib melancarkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya.
Malaysia merupakan hentian ketiga dalam siri lawatan Obama ke empat negara Asia, bermula Jepun dan diikuti Korea Selatan. Hentian terakhirnya ialah Filipina. – BERNAMA
Gempa Kuat 6.0 Gegar Selatan Tokyo
TOKYO – Gempa kuat 6.0 magnitud melanda Tokyo, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa berlaku pada 5.18 pagi waktu tempatan di 98 kilometer di selatan Tokyo.
Agensi berita Kyodo News melaporkan, sistem kereta api bawah tanah Tokyo terjejas sepenuhnya.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Jepun meaporkan gempa berkenaan dianggarkan berukuran 6.2 magnitud di 160 kilometer di dasar laut berdekatan Pulau Izu Oshima di selatan Tokyo.
Gegaran dilaporkan membabitkan kawasan yang luas dengan paling kuat di tengah Bandaraya Tokyo.
Stesen televisyen NHK berkata, ia adalah gegaran kuat berlaku di ibu negara Jepun sejak gempa susulan 9.0 magnitud yang turut membawa tsunami pada Mac 2011 di timur laut Jepun yang mengorbankan lebih 18,500 orang atau hilang. – AP
Patahkan Hidung, Penari Saman Britney Spears
LOS ANGELES – Seorang penari mengemukakan tuntutan saman ke atas penyanyi Britney Spears kerana menyebabkan hidungnya patah dan gagal membayar bil perubatan ketika dia terlibat dalam pembikinan video muzik `Work Bitch’ pada Ogos tahun lepas.
Penari berkenaan, Dawn Noel berkata, pada hari kejadian, Spears muncul di studio di Woodlan Hills dalam keadaan kusut masai dan wajah seperti keliru.
Spears yang tiba beberapa jam selepas penari tersebut memulakan latihan, dilaporkan mengalami kesukaran untuk mengikut langkah mereka, meskipun pergerakan asas.
Menurut Dawn, dia berdiri di tepi Spears apabila penyanyi berkenaan gagal mengimbangkan badannya menyebabkan tangannya terkena di bahagian muka penari itu.
“Kesannya amat kuat hinggakan semua orang dalam studio boleh mendengar bunyi patah. Ketika saya berada dalam kesakitan yang amat sangat, Britney hanya berpaling dan meminta maaf, sebelum meneruskan latihan.
“Dia tidak mempedulikan apa yang berlaku dan tidak berhati perut.
“Selepas setengah jam, saya tidak dapat menahan kesakitan dan telah menemui doktor, sebelum dimaklumkan bahawa hidung saya patah dan perlu menjalani pembedahan,’’ katanya.
Dawn mendakwa pembantu Spears berjanji untuk membayar bil perubatan, namun selepas beberapa bulan menunggu, mereka gagal membuat bayaran berkenaan.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Spears tidak memberikan sebarang komen berhubung isu ini.
Lelaki Derma Penis Paling Panjang Ke Muzium
MANHATTAN – Jonah Falcon, telah diisytiharkan sebagai lelaki yang mempunyai alat sulit paling panjang pernah diukur dalam satu dokumentari iaitu sepanjang 13.5 inci..
Keadaan ini menjadikan lelaki berusia 43 tahun itu sebagai bintang internet. Disebabkan kelebihan yang dimilikinya, Falcon menjadi tumpuan penerbit filem lucah dan mendapat tawaran untuk berlakon. Namun semua tawaran filem lucah yang diterimanya itu ditolak.
Tetapi kini ada satu tawaran yang tidak dapat ditolak oleh Falcon iaitu daripada Muzium Penis. Muzium itu menawarkan kemasyuran yang berpanjangan kepadanya iaitu dengan mempamerkan organ seksnya itu selepas kematiannya.
“Saya teruja dengan tawaran itu,’’ katanya.
Menurut Falcon, dia menghargai tawaran muzium atas nama sains, dan ia menjadi penghormatan kepada dirinya.
Muzium itu dibuka di Rejkjavik pada 1997 dan menempatkan lebih 300 jenis penis daripada lebih 93 jenis binatang termasuk 17 jenis ikan paus, beruang polar dan gorila.
Sukar Buktikan Mendoza Wanita Paling Tua Di Dunia
PERU – Seorang wanita dari Peru yang mendakwa sebagai wanita paling tua di dunia dengan usia 116, membuka petua umur panjangnya. Iaitu dengan makan diet semula jadi iaitu kentang, daging kambing dan kacang.
Wanita itu, Filomena Taipe Mendoza, mempunyai kad pengenalan untuk membuktikan bahawa dia adalah wanita paling tua di dunia dan dilahirkan pada 20 Disember 1897.
Jika dakwaan Mendoza itu benar maka dia tiga bulan lebih tua daripada wanita paling tua di dunia yang kini disandang oleh Misao Okawa, dari Jepun.
Mendoza, yang banyak makan daging dan susu kambing ini mendakwa dia menjalani kehidupan yang sukar dan menjadi janda pada usia muda dan terpaksa menyara sembilan orang anak.
Dia juga tidak pernah meninggalkan kampung halamannya dan rahsianya hanya terbongkar selepas dia mengutip cek persaraan yang baru.
“Semua yang saya masak adalah bahan mentah yang diambil dari kebun saya. Saya selalu makan kentang, daging kambing, susu biri-biri, keju kambing dan kacang.
“Saya bekerja keras ketika muda kerana mempunyai anak yang ramai. Hanya tiga orang yang hidup,’’ katanya.
Mendoza bagaimanapun mempunyai keinginan terbesar iaitu memiliki gigi supaya dia dapat menguyah makanan.
Dalam pada itu, kumpulan penyelidik Gerontology yang berpangkalan di California berkata, dakwaan Mendoza bahawa dia adalah individu paling tua di dunia sukar dibuktikan.
Ini kerana gelaran berkenaan tidak dapat disahkan dan ada kalanya adalah palsu.
Kumpulan itu juga memberi amaran bahawa kerajaan Peru mungkin cuba menggunakan gelaran tersebut untuk mendapat keuntungan bagi meningkatkan industri pelancongannya.
“Kebiasaannya kita akan meneliti tiga dokumen iaitu sijil kelahiran daripada kerajaan atau gereja, sijil kahwin jika seseorang wanita itu menukar nama dan kad pengenalan.
“Namun dalam hal ini kita hanya mempunyai satu dokumen sahaja,’’ katanya
Projek pemangkin KLIA Aeropolis
MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk membangunkan projek pemangkin di KLIA Aeropolis dalam usahanya menarik lebih banyak pelaburan bernilai berbilion ringgit di kawasan berkenaan.
Rangkaian projek pemangkin berkenaan akan menjadi pencetus perubahan wajah kawasan yang mengelilingi Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) itu selepas KLIA Aeropolis menerima pelaburan utama pertamanya daripada sebuah firma Jepun, Mitsui Fudosan untuk membuka gedung beli belah Mitsui Outlet Park KLIA.
Langkah menarik pelaburan baharu itu juga bertepatan dengan sasaran MAHB untuk mengukuhkan asas pendapatannya daripada sumber perniagaan bukan berkaitan penerbangan.
Pengurus Besar Kanan Perancangan MAHB, Khair Mirza, berkata pelan induk komprehensif KLIA ketika ini merangkumi beberapa komponen utama bagi melengkapi gedung beli belah Mitsui Outlet Park yang dijangkakan mula beroperasi pada tahun depan.
“KLIA Aeropolis akan mempunyai kawasan suite perniagaan berhampiran gedung beli belah ini di samping komponen pembangunan lain membabitkan hospitaliti, rekreasi dan santai termasuk cadangan membina sebuah lapangan golf.
“Kami juga merancang membangunkan sebuah daerah perniagaan berpusat yang bertentangan dengan pejabat korporat MAHB.
Projek pemangkin
“Pada masa sama, Lembaga Tabung Haji (TH) juga sedang dalam fasa perancangan akhir untuk meletakkan hab pemprosesan haji bersama sebuah hotel di kawasan ini,” katanya ketika ditemui di Sepang, minggu lalu.
Khair berkata, beberapa projek pemangkin KLIA Aeropolis kini berada dalam peringkat perancangan, termasuklah cadangan untuk membangunkan hab kargo dan logistik sebaik saja Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ditutup sepenuhnya pada Jumaat ini.
Katanya, cadangan berkenaan akan membolehkan Malaysia secara umumnya meraih manfaat langsung yang besar kepada ekonominya.
“KLIA Aeropolis ialah sebuah pembangunan mega dan kami mempunyai beberapa pihak yang berminat untuk melabur di dalamnya. MAHB sedang berbincang dengan mereka.
Zon komersial bebas
“Kawasan pertumbuhan ini juga adalah satu jendela peluang kepada Malaysia untuk menunjukkan kepada dunia apa yang kita dapat sediakan kepada pelabur antarabangsa,” katanya.
Khair berkata, kira-kira 1,000 hektar kawasan di KLIA Aeropolis diperuntukkan untuk membina taman tema bertaraf dunia.
KLIA Aeropolis juga, katanya akan menampilkan sebuah zon komersial bebas, sebuah pusat mesyuarat, konvensyen dan pameran, kawasan penjagaan alam sekitar dan zon pelancongan hijau.
“Kawasan berkenaan dijangka siap dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.
Buat masa ini, kawasan seluas 2,428 hektar daripada 8,966 hektar KLIA Aeropolis sudah dimajukan.
Kawasan yang masih belum dimajukan kini ditanam dengan pokok kelapa sawit.
KLIA Aeropolis terletak kira-kira enam kilometer daripada KLIA dan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Visa umrah dihenti
Ahli sains percaya unta boleh memindahkan virus MERS-CoV kepada manusia.
Agensi tidak terima permohonan jemaah lebih 60 tahun, kanak-kanak
RIYADH: Beberapa agensi umrah dan haji tidak lagi menerima permohonan visa bagi umrah untuk jemaah berusia lebih 60 tahun dan juga kanak-kanak, berikutan nasihat Kementerian Kesihatan sebagai langkah untuk menghalang penyebaran virus korona Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS-CoV) kepada golongan berisiko ini.
“Kami juga akan menghentikan pemberian visa haji kepada jemaah yang tidak mempunyai vaksin terhadap selsema jenis lain,” kata presiden Jawatankuasa Umrah dan Haji Dewan Perdagangan dan Industri Makkah (MCCI), Saad Al-Quraishi kepada Arab News.
Penyebaran virus MERS-CoV di Wilayah Barat, terutama di Makkah, Madinah dan Jeddah memaksa kebanyakan penyedia perkhidmatan untuk menolak jemaah lebih tua walaupun kerajaan belum mengeluarkan sebarang keputusan rasmi membabitkan perkara itu.
Keputusan itu dibuat kira-kira dua bulan menjelang bulan Ramadan yang bakal menyaksikan lebih ramai jemaah mengerjakan ibadat umrah.
Pemangku Kementerian Kesihatan, Adel Fakeih minggu lalu menasihatkan golongan kanak-kanak dan jemaah berusia lebih 65 tahun, kumpulan umur yang berisiko untuk dijangkiti virus terbabit supaya menangguhkan ibadat umrah atau haji sehingga ancaman penyakit berkenaan semakin reda.
Agensi perkhidmatan umrah dan haji yang bimbang penyakit terbabit akan meningkat di kalangan calon jemaah juga memperkenalkan langkah pencegahan dan nasihat kepada pelanggan mereka.
Pihak berkuasa kesihatan kelmarin melaporkan 18 jangkitan terbaru MERS-CoV dengan angka kematian meningkat kepada 111 berbanding 107 pada Jumaat.
Sebanyak 18 kes terbaharu disahkan pada Sabtu, disifatkan sebagai jumlah penambahan kes harian tertinggi setakat ini menjadikan keseluruhan kes dicatatkan di seluruh negara adalah 296 sejak virus terbabit dikesan pada 2002.
Daripada kes terbaharu itu tujuh adalah di Jeddah, lima di Riyadh, empat di Makkah dan dua di Madinah. Seramai 13 pesakit kini dirawat di hospital awam dan lima lagi diasingkan di rumah masing-masing, kata laporan berkenaan.
Sementara itu pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengesahkan kes pertama MERS-CoV di negara itu membabitkan seorang pekerja kesihatan.
Lelaki terbabit dikatakan mendapat penyakit itu selepas kembali ke Amerika Syarikat dari Arab Saudi minggu lalu.
Beliau kini dalam keadaan baik dan dimasukkan ke hospital di barat laut Indiana, kata pegawai kesihatan Indiana serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. – Agensi
Bas terjunam dalam gaung ragut 17 nyawa di barat daya Haiti
PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 17 orang maut termasuk dua kanak-kanak apabila bas yang padat dengan penumpang terjunam ke dalam gaung di barat daya Haiti, kata pegawai rasmi tempatan hari ini.
Pegawai di Pejabat Perlindungan Awam Haiti, Silvera Guillaume, berkata nahas itu berlaku di bandar Roseaux, tengah hari kelmarin.
Tujuh belas lagi penumpang yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut, katanya.
Guillaume berkata, punca nahas sedang disiasat. - AP
Ahli arkeologi marin dakwa temui MH370
Kuala Lumpur: Seorang ahli arkeologi marin British, Tim Akers mendakwa menemui bangkai pesawat MH370 kira-kira 3,000 batu nautika dari kawasan pencarian sekarang di Lautan Hindi, lapor MailOnline semalam.
Beliau mendakwa mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu di luar pantai Vietnam, kira-kira 1,000 batu nautika dari lokasi pesawat berkenaan berlepas.
Katanya, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.
Sehubungan itu, Akers, 56, dari North Yorkshire yakin beliau mungkin sudah menemui pesawat membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Sokong laporan bekas juruterbang AS
Penemuan itu sekali gus menyokong laporan bekas juru terbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel dari New York, yang turut mendakwa bangkai pesawat itu berada di luar pantai Thailand.
Akers yang dirujuk sebagai penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional, berkata beliau kini sedang mengenal pasti bahagian pesawat itu, yang mana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam menerima laporan daripada pekerja pelantar minyak yang melihat pesawat terbakar.
Beliau berkata, adalah lebih munasabah pesawat itu terhempas di Laut China Selatan daripada terjatuh di selatan Lautan Hindi.
Akers, pernah membuat kajian di perairan Australia di Perth selama bertahun-tahun bagi mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua, HMAS Sydney.
Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS) dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, di luar pantai Australia Barat.
Kubah atas tandas diturunkan
Rekaan kubah yang menyerupai masjid diturunkan oleh pihak pengurusan resort, di Kota Tinggi semalam. - Foto Roslan Khamis
Kota Tinggi: Reka bentuk tandas sebuah resort di Desaru di sini, yang dilengkapi kubah menyerupai masjid, menimbulkan persoalan hingga mencetuskan perdebatan, dalam laman sosial sejak kelmarin.
Susulan pelbagai komen dan rasa tidak puas hati orang ramai yang disuarakan menerusi blog dan laman sosial, pengurusan resort itu bertindak menurunkan tiga kubah itu, pagi semalam.
Tinjauan BH mendapati binaan tepi kolam renang yang dijadikan tandas itu, kini tidak lagi mempunyai kubah dan kerja menurunkannya hanya mengambil masa kira-kira sejam, sekali gus membuatkan bangunan itu tidak lagi menyerupai sebuah masjid.
Kekalkan binaan
Pengurusan resort ketika ditemui, menafikan sengaja mencemarkan imej Islam, sebaliknya bangunan itu hanya dikekalkan dan dibaik pulih daripada pemilik asal resort berkenaan sebelum ini.
Dakwanya, bangunan itu dibina sejak 1998 berdasarkan konsep seni bina Maghribi oleh pemiliknya, yang dipercayai berasal dari Singapura.
Selepas diambil alih sejak 2008, pemilik baru mengekalkan bangunan asalnya, selain mengecatnya semula termasuk kubah yang dicat kuning keemasan.
Difahamkan pengurusan resort mengarahkan kubah itu diturunkan jam 8 pagi semalam, selepas dimaklumkan kakitangannya mengenai isu itu hangat dalam laman sosial.
Pihak polis dan Jabatan Agama Johor (JAJ) turut meninjau keadaan bangunan terbabit.
Malah pengurusan resort turut menafikan berniat mempersenda atau mencemarkan imej Islam, selain selama ini tidak pernah menerima rungutan berhubung reka bentuk bangunan berkenaan.
Tindakan biadab
Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot, menyifatkan isu binaan tandas yang menyerupai masjid yang menjadi tempat paling suci bagi umat Islam sebagai sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan biadab.
“Mereka (pemilik atau pengurusan) resort itu sepatutnya sudah faham dan peka mengenai sensitiviti umat Islam kerana tinggal di negara dan negeri Islam.
“Mereka juga sepatutnya mengetahui dan faham, Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi juga termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895,” katanya.
Noh berkata, beliau juga kesal kerana reka bentuk kubah itu dikatakan sudah lama dibina dan digunakan sejak beberapa tahun lalu. Tegasnya, umat Islam yang menyedari perbuatan itu sepatutnya sudah lama melaporkan keadaan itu supaya tindakan sewajarnya diambil segera.
Mengulas alasan pihak tertentu yang menyamakan binaan kubur di Taj Mahal turut menyerupai masjid, Noh menegaskan, kubur dan tandas adalah dua binaan yang berbeza.
Katanya, Taj Mahal dibina atas dasar kasih sayang dan cinta seorang suami kepada isterinya, manakala tandas pula tempat yang kotor.
Hingus, tahi mata unta pindahkan virus
Partikel MERS-CoV yang dilihat secara elektron mikro-graf dari Institut Kebangsaan bagi Alahan dan Penyakit Berjangkit (NIAID), pada 2012.
LONDON: Hingusan unta boleh memindahkan virus korona Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS-CoV) yang boleh membawa maut kepada manusia, kata satu kajian terbaharu.
Penyelidik mendapati bahawa virus dari manusia yang dijangkiti dan unta Arab dari kawasan geografi yang sama mempunyai urutan RNA yang serupa.
“Ini menunjukkan pemindahan antara haiwan dan manusia. Proses berkenaan dirujuk sebagai zoonosis,” kata Norbert Nowotny dari Institut Virologi, Universiti Perubatan Veterinar di Austria
Dalam kajian itu, saintis menjalankan penyelidikan terhadap hingus dan tahi mata yang diambil dari 76 unta di Oman.
Tahap virus adalah amat tinggi dalam hingusan dan tahi mata unta terbabit. Pemindahan dari haiwan kepada manusia berlaku melalui kawasan hubungan ini terutama hingusan, kata saintis.
“Vaksin terhadap unta pada masa ini sedang dibincangkan. Kita akan dapat menghalang penyebaran virus berkenaan,” kata Nowotny.
Pihak berkuasa kesihatan kelmarin melaporkan 18 jangkitan terbaru dari MERS dan angka kematian meningkat kepada 111 di negara itu, berbanding 107 pada Jumaat lalu.
Dalam maklumat terkini MERS di halaman web, kementerian kesihatan bagaimanapun hanya menyebut dua kematian terbaru membabitkan seorang wanita berusia 69 tahun di Makkah yang mengalami batuk kering dan anemia serta seorang lelaki berusia 25 tahun dari Jeddah yang dipindahkan ke sebuah hospital kerajaan pada 27 April lalu. – Agensi
RM12j bina marina Melaka
Idris menyaksikan Ong (kiri) dan Pickering bertukar dokumen persefahaman di Pulau Sentosa, Singapura, kelmarin.
Melaka Gateway Marina Sdn Bhd menjalin kerjasama ProMetheus Marina & Yatch Services Sdn Bhd untuk membangunkan sebuah marina bertaraf dunia bernilai RM12 juta di Melaka.
Kedua-dua syarikat terbabit bersetuju untuk membangunkan marina terbesar di Asia Tenggara itu yang mampu menampung sehingga kira-kira 100 kapal layar mewah bersaiz besar selain 1,000 perahu layar kecil.
Ketua Eksekutif Melaka Gateway Marina Sdn Bhd, Datuk Michelle Ong berkata, usaha mewujudkan marina berkenaan adalah sebahagian daripada pembangunan Melaka Gateway yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Februari lalu.
Katanya, apabila siap kelak, marina itu bakal dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan dan penyelenggaraan kapal layar serta pesawat amfibia yang menjadi satu-satunya kemudahan seumpamanya di rantau ini.
“Projek ini dijangka dapat menarik banyak pelayar dari seluruh dunia memandangkan beberapa pembangunan marina di sekitar Asia sudah siap sepenuhnya termasuk Yacht Haven di Phuket, Thailand; Royal Langkawi Yacht Club dan Sutera Harbour,” katanya.
Tarik pelancong
Beliau berkata demikian pada majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Melaka Gateway Marina yang diwakili oleh Ong dan ProMetheus Marina & Yatch Services oleh Pengarah Urusannya, Alan Pickering di Pulau Sentosa, Singapura, kelmarin.
Hadir sama ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob dan EXCO Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Wira Abdul Ghafaar Atan.
Mengulas lanjut, Ong berkata, pelayar dari seluruh negara akan dapat merasai pengalaman menakjubkan di bandar raya ini melalui marina moden yang dikelilingi bangunan bersejarah, seterusnya menjadikan Melaka pintu masuk utama negara pelancong dari Asia Tenggara menerusi jalan laut.
“Menerusi projek pembangunan Melaka Gateway, kita berjaya menarik banyak negara untuk melabur antaranya China, Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Singapura,” katanya.
Sementara itu, Idris berkata, pembangunan Melaka Gateway Marina akan dapat memenuhi permintaan baharu bagi industri perahu layar mewah dan secara tidak langsung mampu mewujudkan sumber ekonomi negeri dengan terbinanya kediaman, pusat komersial serta khidmat dan penyelenggaraan kapal layar.
“Pembinaan kawasan waterfront dan pesisir pantai bertaraf dunia di kawasan ini akan mengubah landskap Melaka kepada pusat pelancongan lebih menarik dan menjadi destinasi wajib untuk dilawati, bukan saja di rantau Asia, tetapi juga seluruh dunia” katanya.
Bina pulau buatan
Projek pembangunan Melaka Gateway dengan kos RM40 bilion, bakal menjadi nukleus pembangunan ekonomi baharu di negeri itu dan apabila siap pada 2023 kelak, ia dilihat mampu menjadi komponen pemaju ekonomi negara bersama nukleus pembangunan ekonomi lain di negara ini seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Tiga pulau buatan manusia seluas 246 hektar akan dibina di kawasan berkenaan, di samping tapak Pulau Melaka sedia ada, antara lain membangunkan hotel, premis perniagaan, tapak pelancongan rekreasi, taman tema dan muzium. - Berita
Tertipu dengan promosi palsu
Abdul Rahman (kanan) menunjukkan brosur kempen promosi dilakukan syarikat terbabit kepada Amir Hamzah di Pejabat Pembela BN, semalam.
AYER KEROH - Hasrat seorang juruteknik membuat pendapatan sampingan menerusi penjualan tenaga solar tidak kesampaian apabila dia terpaksa tanggung rugi lebih RM50,000 akibat diperdaya syarikat yang menyamar sebagai pembekal dan pemasang panel solar.
Mangsa, Abdul Rahman Md Sah, 48, sebelum itu dijanjikan pendapatan tambahan sebanyak RM1,200 setiap bulan menerusi penjualan tenaga solar kepada sebuah syarikat pembekal elektrik utama negara.
Menurutnya, dia langsung tidak menyangka syarikat berkenaan melakukan promosi palsu dengan menyewa kiosk di ruang legar sebuah pasar raya, lantaran tanpa usul periksa dia bersetuju untuk pemasangan panel solar di rumah.
“Memang saya lama merancang untuk memasang panel solar sehingga sanggup menyimpan wang sendiri sebanyak RM15,000,” katanya.
Menurutnya, pada waktu itu, dia membuat pembayaran RM2,000 dan seterusnya menyerahkan baki wang dalam tiga lagi pertemuan sebelum membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah, 21 April lalu.
“Selepas membuat pembayaran pertama, bayaran kedua kedua saya lakukan dengan berjumpa dengannya di sebuah restoran di Jalan Semabok sebanyak RM4,068. Diikuti pertemuan ketiga di sebuah pasar raya terkemuka sebanyak RM5,000 dan pertemuan terakhir pada 28 Februari lalu di sebuah bank, saya membayar tunai RM5,000 dan cek atas nama syarikat lain sebanyak RM34,000.
“Saya membuat laporan polis selepas berasa ditipu selepas mereka berjanji untuk memasangnya panel solar pada 26, 27 dan 28 Februari. Namun, ia tidak berlaku,” katanya ketika ditemui di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional negeri (Pembela BN), Kota Cemerlang, di sini, semalam.
Beliau mengakui berani mendaftar untuk membeli panel solar daripada syarikat terbabit selepas diyakinkan seseorang yang mendekatinya ketika berada di sebuah pasar raya di sini pada 15 Disember lalu.
Pemasangan panel solar itu dinyatakan menelan kos RM60,000 namun syarikat terbabit menawarkan promosi hampir RM10,000 kepada pelanggan yang menempah ketika tempoh promosi di pasar raya terbabit.
Justeru, beliau amat berharap Pembela BN negeri mampu membantu mengatasi masalahnya, sekali gus mendapatkan kembali wang yang dibayar kepada syarikat terbabit.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN negeri Amir Hamzah Ab Aziz berkata, pihaknya akan berusaha mengadakan pertemuan dengan syarikat dan individu terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan perundangan.
Curi duit masjid ketika solat Jumaat
Tertuduh (dua, kanan) dibawa keluar dari mahkamah majistret, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencuri duit tabung derma masjid berisi wang tunai bernilai RM44.40 sekitar jam 2 petang pada 2 Mei lalu di Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot.
Tertuduh, Razuan Ahmad Nazri, 32, dari Kampung Padang Nenas, Mengabang Telipot mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim dan meminta dibicarakan.
Majistret menetapkan 18 Mei depan sebagai sebutan semula kes dan tertuduh ditawarkan jaminan sebanyak RM2,500 oleh seorang penjamin.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda manakala bagi kesalahan kedua dia boleh dipenjara atau dikenakan denda atau sebat.
Dalam kejadian 2 Mei itu, pengadu, A. Karim Mohd, 61, yang ketika itu selesai solat Jumaat dimaklumkan petugas masjid telah menahan seorang lelaki yang didakwa mencuri tabung kutipan masjid.
Setelah memeriksa lelaki itu, pengadu mendapati terdapat tiga bekas plastik tabung masjid di dalam beg kain warna ungu lelaki berkenaan.
Menurut pengadu, sebelum ini wang masjid itu telah beberapa kali dicuri.
Lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Kes dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dustan Muda.
Hudud bukan tangkap terus potong
SHAH ALAM - Salah tanggapan mengenai hudud sebagai hukuman ‘potong tangan’ antara sebab undang-undang Islam itu mendapat tentangan, terutamanya daripada kalangan orang bukan Islam.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Musa Awang berkata, sedangkan hukuman potong tangan terhadap orang yang mencuri hanya akan dijalankan setelah melalui proses pembuktian yang amat teliti.
“Kebanyakan orang menganggap hudud ialah hukuman potong tangan, itu yang selalu digembar-gemburkan. Namun, tidak semua yang mencuri akan dipotong tangan kerana dalam hudud ada prosesnya seperti kita perlu lihat dulu berat mana kesalahan dan jumlah yang dicuri.
“Malah, dalam hudud ada konsep memaafkan pencuri dengan syarat dipulangkan balik barang yang dicuri. Sekiranya dijatuhkan hukuman potong tangan, masih ada proses rayuan dan konsep itu yang sebenarnya ramai tidak faham,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, bukan mudah mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah menggunakan sistem hudud.
“Hudud merangkumi enam atau tujuh kesalahan termasuk zina, murtad, minum arak dan merompak. Setiap satu kesalahan itu ada proses yang pembuktian yang sangat ketat sebelum seseorang itu dijatuhkan hukuman.
“Misalnya, kesalahan untuk zina hanya diterima dengan pengakuan penzina dan empat orang saksi yang cukup syarat. Jika tiada, kita akan pergi hukuman lain seperti ta’zir dan bukannya rejam untuk penzina yang sudah berkahwin,” katanya.
Oleh itu, beliau berkata, adalah wajar sekiranya isu hudud hanya diperkatakan oleh mereka yang memahaminya dengan jelas agar tidak timbul kekeliruan.
“Persepsi salah dalam kalangan orang Islam timbul kerana mereka tidak faham. Keadaan hanya bertambah buruk apabila mereka mahu bercakap sesuatu yang mereka tidak faham.
“Mereka yang tidak bersetuju dengan hudud sepatutnya memilih saluran yang betul seperti forum untuk menyuarakan pandangan. Namun, lebih elok kita menyerahkan kepada pakar yang faham undang-undang untuk bercakap mengenai hudud dan isu teknikal seperti pelaksanaannya,” katanya.
Mudah percaya ‘orang alim’ punca ramai tertipu
KUALA LUMPUR - Mudah percaya kepada perwatakan orang alim dan teruja untuk berkunjung ke Tanah Suci Makkah menyebabkan ramai umat Islam di negara ini mudah menjadi mangsa penipuan sindiket umrah.
Menurut statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, sebanyak 1,826 kes dengan kos kerugian melebihi RM10 juta berhubung penipuan pakej umrah dilaporkan sejak tahun 2010 sehingga tahun lalu.
Malah kebimbangan itu turut dibangkitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam khutbah Jumaat semalam bertajuk, “Taqwa asas keluhuran pekerja” berhubung urusan yang melibatkan ibadah pun tidak sunyi daripada gejala tidak bermoral, seperti kes penipuan dalam pakej pelaksanaan ibadah umrah.
Untuk itu, pelbagai pihak menasihati umat Islam supaya berhati-hati memilih agensi untuk mengendalikan urusan mengerjakan umrah.
Menurut Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah, yang banyak mengendalikan pakej umrah dan haji, umat Islam perlu berhati-hati serta tidak mudah percaya dengan agensi yang tidak dikenali untuk menguruskan urusan ibadah ini.
Katanya, antara perkara mudah yang boleh dilakukan bagi elak ditipu adalah dengan memastikan agensi yang menawarkan perkhidmatan umrah diiklan di surat khabar.
Menurutnya, ini kerana kos untuk beli iklan di surat khabar bukannya murah kerana ada masanya ia boleh cecah ratusan ribu ringgit untuk setahun, selain nombor lesen perniagaan perlu disertakan.
Md Daud, yang telah menguruskan jemaah ke Makkah sejak 1975 turut mengingatkan umat Islam supaya tidak mudah percaya kepada ‘tawaran luar biasa’ pakej umrah dengan tawaran harga yang terlalu rendah dengan alasan sebahagian kos ditanggung oleh ‘orang kaya’ yang mahu ‘bersedekah’.
“Pengusaha agensi umrah juga perlu berhati-hati. Kami juga pernah didatangi individu membuat bayaran muka RM300 seorang untuk 200 individu, dan apabila diminta membayar jumlah penuh RM4,900 seorang, kami diberitahu ada dermawan yang berjanji akan menanggung sebahagian kos,” katanya.
“Sedangkan tiada perjanjian perkara itu diberikan, dan sebagai jalan penyelesaian, kami pulangkan wang pendahuluan yang dibayar, kerana tidak mahu dianggap bersubahat dalam penipuan itu,” katanya.
Beliau kesal penipuan itu tetap berlaku setiap tahun walaupun kisah seumpamanya sering dihebahkan media, dan menyifatkan individu yang mengaut keuntungan dengan menipu dalam soal ibadah dilaknat ALLAH.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman pula menasihatkan orang ramai untuk melakukan penyelidikan berhubung agensi umrah yang mahu digunakan, termasuk semak harga pakej ditawarkan.
“Jika diberi diskaun RM200 boleh dianggap normal, namun jika harga terlampau murah, kita mesti ada sikap was-was kerana urusan pengangkutan, penginapan dan makan minum semuanya menggunakan wang,” katanya.
Beliau juga berharap agar tribunal menjadikan aduan melibatkan kes penipuan sebagai keutamaan, selain beri hukuman berat untuk dijadikan pengajaran kepada mereka yang melakukan kegiatan sama.
“Jika denda sudah tidak dapat beri pengajaran, kita patut kenakan hukuman penjara kerana orang yang menipu dalam umrah ini mempermainkan imej agama kita,” katanya.
Menurutnya, individu memiliki rekod melakukan kesalahan itu juga perlu dipantau dan disenaraihitamkan supaya tidak dapat menubuhkan syarikat baharu atau guna nama individu lain yang berhubung kait dengannya. - Bernama
Lagi bayi lahir, hasil seludup sperma
Suad Samir Abu Fayer memangku anak perempuannya, Hurryah yang baru berusia beberapa hari.
TEBING BARAT - Seorang lagi wanita melahirkan anak perempuan hasil sperma suaminya yang diseludup keluar dari penjara Israel.
Menurut Dr Salem Abu Khaizaran di Klinik Razan, kira-kira 15 bayi dilahirkan melalui prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) sejak kejayaan proses itu pertama kali dicipta di Tebing Barat pada Ogos 2012.
"Tujuan kaedah seperti itu digunakan adalah untuk membantu isteri tahanan yang berhasrat mempunyai zuriat walaupun suami mereka tiada di sisi.
"Kos melakukan prosedur IVF biasanya mencecah antara AS$2,000 (RM6,500) dan AS$3,000 (RM9,800). Tetapi, kami menawarkan ia secara percuma kepada isteri tahanan atas sebab kemanusiaan," katanya.
Difahamkan, penyeludupan sperma tersebut juga dilakukan dalam pelbagai cara tanpa diketahui pihak berkuasa penjara Israel.
Sementara itu, media Arab News melaporkan, enam wanita yang menjalani prosedur sama di Gaza juga bakal bergelar ibu dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Untung Westports naik 25 peratus
Jumlah kendalian kontena Westports meningkat sehingga 11.7 peratus. - Foto dipetik dari WESTPORTS.
WESTPORTS Holdings Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM131.6 juta pada suku pertama atau kenaikan 25 peratus tahun ke tahun, hasil daripada peningkatan kendalian kargo kontena dan penjimatan yuran pengurusan akibat penamatan perjanjian perkhidmatan pengurusan.
Hasil operasinya melonjak sehingga 11.4 peratus tahun-ke-tahun kepada RM348.3 juta, didorong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam kendalian kontena, menurut pengendali pelabuhan itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, semalam.
Jumlah kendalian kontena meningkat sehingga 11.7 peratus tahun-ke-tahun kepada 1.93 juta bersamaan 21 unit (TEU), menurut Westports.
Melangkah ke hadapan, Westports menjangkakan pertumbuhan satu angka untuk jumlah kendalian kontena tahun ini yang didorong oleh kedua-dua perniagaan pemunggahan dan segmen import dan eksport.
“Untuk menyokong pertumbuhan, kami telah melengkapkan pembinaan kontena terminal 7 (CT7). Berukuran 600 meter dalam panjang dermaga, CT7 yang akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun dengan penghantaran secara beransuran tujuh kren kapal ke darat berspesifikasi tinggi,” menurut Westports.
Syarikat itu berkata, sebaik sahaja CT7 beroperasi sepenuhnya, kapasiti pengendalian kumpulan dijangka meningkat daripada 9.5 juta TEUs kepada kira-kira 11.0 juta TEUs setahun. - Bernama
Suami maut dilanggar lari
Malliga (kiri) semasa ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar, semalam.
SENAWANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 254.1, Lebuhraya Utara - Selatan, berdekatan susur masuk Senawang, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa, R Savatan, 50, yang menetap di Rompin, Jempol difahamkan sedang dalam perjalanan ke Port Dickson menaiki motosikal jenis Modenas Kriss seorang diri.
Isteri mangsa, M Malliga, 40, berkata, dia langsung tidak menyangka tragedi tersebut akan menimpa suaminya, berikutan sudah menjadi kebiasaan bagi Savatan ke Port Dickson kerana mereka sekeluarga memang berasal dari sana dan memiliki kebun di daerah berkenaan.
“Entah kenapa, berat hati saya hendak membenarkan dia pergi pada hari kejadian. Saya larang dia ke sana memandangkan jarak antara Rompin dan Port Dickson yang agak jauh, lebih-lebih lagi menaiki motosikal.
“Bagaimanapun, mendiang berkeras mahu pergi kerana ingin menjenguk kebun kami, termasuk sanak saudara di sana,” katanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Ja’afar, dekat sini, semalam.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa yang mengalami kecederaan serius selepas tercampak dari motosikal ditunggangi, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Geng Sasar Pengurup Wang Tumpas
Tindakan seorang penumpang hadapan sebuah kereta melepaskan tembakan ke arah sepasukan polis membawa padah apabila dia ditembak mati dalam kejadian di Persimpangan Jalan Taman Desa Tebrau, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian berbalas tembak pada 10.15 malam itu, dua lagi penjenayah yang berada dalam kereta Toyota Vios berkenaan turut maut.
Insiden itu bermula apabila sepasukan anggota polis mengesan kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan mencegah jenayah.
Pasukan polis kemudian memperkenalkan diri dan cuba menahan kereta itu, tetapi tidak diendahkan sebaliknya penumpang hadapan kereta itu menembak ke arah polis.
Bagi mempertahankan diri, pasukan polis kemudiannya bertindak membalas tembakan.
Apabila dihampiri, didapati dua lelaki sudah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi dalam keadaan parah sebelum mereka dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
Bagaimanapun, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepucuk pistol jenis Colt .45 automatik bersama peluru dan sepucuk pistol jenis Browning serta peluru dirampas daripada suspek.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kumpulan penjenayah terbabit dalam perjalanan untuk melakukan samun di pusat beli-belah tidak jauh dari lokasi itu.
Katanya, seorang daripada lelaki terbabit dipercayai dalang kumpulan samun dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah di sekitar Johor dan Pahang.
“Semua lelaki yang mati ditembak itu berusia antara 39 dan 41 tahun dan mereka dipercayai terbabit dalam sembilan kes samun sebelum ini.
“Kereta yang digunakan mereka pula dilaporkan hilang di Teluk Intan, Perak tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat lanjut dan susulan daripada kejadian itu, polis melancarkan gerakan mengesan anggota kumpulan terbabit dan melakukan dua serbuan tidak lama kemudian. - MetroOnline
Pintu judi belakang peti sejuk
“Saya Muslim, itu tempat saya sembahyang’ adalah alasan digunakan seorang pekerja wanita premis judi haram di Sri Kembangan di sini, sebaik kedai dijaganya itu diserbu polis malam kelmarin.
Dalam operasi jam 9.30 malam kelmarin, sepasukan lapan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menyerbu premis berkenaan melalui operasi ‘Ops Persempadanan/ Ops Dadu’ di sekitar daerah itu.
Sebaik serbuan dilakukan, seorang wanita warga Indonesia yang ditahan menggunakan helah kononnya premis berkenaan adalah tempat dia berehat dan beribadat.
Namun, helah bagi meraih simpati itu gagal mengaburi pihak berkuasa apabila polis menemui 12 komputer yang diubah suai menjadi mesin perjudian.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan pihaknya mendapati wanita berusia 20-an itu diupah sindiket untuk menjaga premis itu dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan.
Menurutnya, premis berkenaan didapati berselindung di sebalik gerai makanan manakala pintu masuk utama pusat judi itu terletak di belakang sebuah peti sejuk.
“Kejayaan membongkar kegiatan perjudian ini adalah hasil aduan awam dan risikan dilakukan anggota polis.
Siasatan polis mendapati pusat judi ini turut menawarkan permainan judi dalam talian.
“Pihak polis turut melakukan serbuan di tiga lagi premis perjudian di sekitar Sri Kembangan di sini, sebelum merampas 32 unit komputer lagi,” katanya.
Razak berkata, seramai tiga lagi penjaga dan 11 pelanggan pusat perjudian haram itu diberkas dalam operasi yang berakhir jam 12 tengah malam semalam. - HarianMetro
11 tukang urut tawar seks diberkas
KUALA LUMPUR - Kegiatan sebuah pusat urut refleksologi yang menawarkan khidmat pelacuran terbongkar dengan tertangkapnya 11 wanita warga asing dipercayai pelacur dalam serbuan di premis berkenaan di Sri Petaling, malam kelmarin.
Operasi yang diketuai Inspektor Effendi Yusof bersama tujuh anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat(D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 11 malam.
Ketika serbuan, seramai tiga wanita terbabit sedang asyik mengurut batin ke atas pelanggan.
Menurut sumber, premis yang tidak mempunyai lesen itu menyediakan 11 bilik dipercayai digunakan untuk aktiviti tidak bermoral.
“Hasil siasatan mendapati pelanggan dikenakan bayaran RM110 untuk urutan batin dan RM190 untuk khidmat seks,” katanya.
Katanya, seramai tujuh wanita warga China dan empat wanita warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 40 tahun ditahan dalam serbuan itu.
“Kita turut menahan dua lelaki berusia 32 dan 38 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam dan penyamaran yang dijalankan selama seminggu.
“Kita mendapati hanya pelanggan tetap dibenarkan masuk ke dalam premis berkenaan. Dalam serbuan itu juga, kita turut menemui sejumlah kondom di dalam stor premis berkenaan,” katanya.
Kesemua individu yang ditahan itu dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.
Hudud: Tiada agenda sulit
KOTA BHARU - Tiada agenda sulit di sebalik persefahaman Pas dan Umno dalam isu hudud, tegas Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, tindakan Pas yang berkompromi dengan Umno tidak lebih bagi memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) dapat direalisasikan setelah 20 tahun ia tertangguh.
“Itu (dakwaan) mengarut, saya menafikan ada pakatan (sulit) dan tuduhan tidak berasas, perbincangan Kelantan dan Pusat atas dasar hudud sahaja, tidak ada benda lain. Tidak terlintas untuk masuk BN.
“Apa salahnya sebagai orang Islam kita bekerjasama dalam menuntut hak ummah, lepas ni kita lawan balik, malah kita turun semasa demonstrasi perlaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) walaupun ada perbincangan (bersama Pusat) mengenai hudud, tindakan ini sangat jelas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, sebuah blog pro PR mendakwa kesediaan Umno untuk menyokong perlaksanaan hudud Pas Kelantan itu dibuat bukan saja atas tanggungjawab bersama dari konteks Islam tetapi ia merupakan kerjasama politik.
Malah, tulisan itu mendakwa kerjasama yang tidak diketahui kerajaan Kelantan itu akan membawa dua ahli Parlimen Pas ke jawatan bertaraf menteri sekiranya projek hudud yang dibantu Umno ini berjaya dilaksanakan.
Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Syariah (II) 1993 berkata, sejarah membuktikan Pas boleh berkompromi dalam isu yang bersabit tuntutan agama dan kepentingan ummah.
“Dulu masa Pas bergaduh dengan Umno, kerajaan menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara, kita masuk secara rasmi dan bagi pandangan, begitu juga bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadhil Nor juga pernah berada sepentas dengan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memperjuang isu Palestin, ketika itu kita juga tengah berlawan, tiada berbangkit soal nak bergabung,” katanya.
Ditanya dakwaan mengatakan Umno mendapat manfaat besar daripada sokongan orang Melayu dalam isu hudud, Mohd Amar berkata, pengundi tidak mudah terpengaruh dengan satu-satu isu, sebaliknya mereka akan membuat pertimbangan secara keseluruhan.
Menurutnya, Pas juga akan bersikap berhati-hati dalam isu hudud supaya tidak terperangkap dan menggerakkan agenda hudud dengan tersusun supaya pelaksanaannya licin dan berkesan kepada masyarakat.
“Apa niat (Umno) serah pada ALLAH SWT, kita akan berwaspada. Kalau orang tawar kita sambut. Sebelum ini kita bagi tahu rakyat Umno halang, tiba-tiba mereka hulur tangan.
"Kalau kita tak ambil peluang, rugi. Kita akan ambil risiko dan merancang strategi. Jika pandai kita untung, jika tidak rugi.
Masing-masing rebut peluang. Jika kita pergi dengan perancangan teratur, saya yakin tidak akan diperangkap dengan permainan,” katanya. - SinarHarian
Selepas Obama pulang, 11 didakwa militan ditangkap? Berkait atau Propa?
Sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pulang, yang paling ketara berlaku di Malaysia adalah penangkapan 11 orang yang dikatakan terlibat dengan kumpulan militan dan bertanggungjawab merancang keganasan.
Bagaimanapun, menurut jurucakap polis Asmawati Ahmad, tangkapan yang dibuat minggu lepas itu tidak ada kaitan dengan kehilangan pesawat MH370, lapor CNN.
"Tangkapan ini dikaitkan dengan kegiataan keganasan di luar negara. Polis juga merancang untuk menangkap beberapa lagi suspek sebagai langkah pencegahan," kata Asmawati sebagaimana dilaporkan oleh CNN.
Tangkapan dibuat di Shah Alam, Selangor dan juga di Kedah, negeri yang bersempadan dengan Thailand.
Obama berkunjung ke Malaysia pada 26 April lepas dan kemudiannya berlepas ke Filipina pada 28 April.
Dalam kunjungan itu, Obama banyak mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tidak dapat dipastikan jika Obama mempunyai kaitan dengan tangkapan mereka yang didakwa sebagai militan itu.
Sementara itu, menurut sumber yang lain, mereka yang ditangkap terlibat dengan usaha membantu umat Islam yang kini berperang di Syria.
"Mereka ini adalah rakyat Malaysia yang sedang dilatih untuk membantu saudara mereka di Syria yang dikatakan berperang ekoran perbezaan mazhab," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Umat Islam di Syria berpecah antara penyokong presiden Bashar Al-Assad dengan sebahagian rakyatnya yang cuba menjatuhkan beliau.
Kedua-dua pihak mendapat sokongan kuasa luar, termasuk Iran dan Rusia yang menyokong Bashar dan Amerika serta Israel yang menyokong usaha untuk menjatuhkannya. – 5 Mei, 2014. - TheMalaysianInsider
Tempatkan Ejen Perisik Dalam Pertubuhan Disyaki Militan
PETALING JAYA: Pihak keselamatan, terutama polis perlu memantapkan jentera risikan dengan menempatkan ejen perisik dalam pertubuhan yang disyaki terlibat dengan kegiatan militan.
Pandangan ini diketengahkan beberapa pakar kepada mStar Online ketika ditanya mengenai kegiatan militan yang dipercayai berselindung di sebalik misi bantuan kemanusiaan di samping menggunakan pengaruh semangat jihad.
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, jentera risikan yang cekap dan berwibawa itu membolehkan aktiviti militan dapat dikesan.
“Kita mahu kesan (militan) sebaik sahaja ia bermula dan bertindak bila tiba masa yang sepatutnya supaya ia dijalankan secara cekap tanpa tindakan terlalu awal atau terlalu lewat yang boleh merugikan (penguatkuasaan),” katanya.
Sehingga Jumaat lalu, polis menahan 11 suspek yang dipercayai ahli kumpulan militan yang mengancam keselamatan rakyat dan negara ini.
Sementara itu, Pakar Geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan berkata, langkah menempatkan ejen perisik di pertubuhan yang disyaki militan dapat meningkatkan kecekapan pasukan risikan.
Beliau berkata, gerakan militan sememangnya sukar dikesan berikutan aktiviti mereka antaranya melibatkan misi bantuan kemanusiaan, selain pesertanya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional dan pelajar.
Prof Dr Azmi Hassan.
Sehubungan itu katanya, proses risikan terhadap pertubuhan yang disyaki dengan menyertainya sebagai salah seorang anggota adalah yang terbaik.
“Ejen perisik ini akan membuat pengintipan dan memantau jika benar ada kegiatan militan di sebalik pertubuhan itu.
“Setiap aktiviti kumpulan itu akan diteliti dan dilaporkan secara terperinci dari semasa ke semasa untuk dinilai pasukan keselamatan negara,” katanya.
Beliau menambah, ia adalah sebahagian daripada usaha untuk merungkai persoalan terhadap pihak yang disyaki, sekali gus memudahkan tugas polis membanteras gerakan militan di negara ini.
Mengenai aktiviti militan yang dikaitkan dengan semangat jihad, Azmi berkata, ia bergantung kepada pengetahuan seseorang individu mengenai agama dan mungkin terpengaruh sekiranya tidak mendapat penjelasan sewajarnya.
“Oleh itu, rakyat Malaysia perlu berhati-hati dalam menyertai mana-mana pertubuhan yang berpandukan ungkapan agama termasuk misi bantuan kemanusian dan buat laporan polis jika mengesyaki sesuatu yang mencurigakan dalam aktiviti sesuatu pertubuhan," katanya.
Mengulas lanjut Hanif berkata, penangkapan 11 suspek militan baru-baru ini membuktikan keberkesanan Cawangan Khas polis.
“Matlamat untuk menghapuskan ‘serangan’ tertentu tidak akan tercapai tanpa sokongan undang-undang bagi menangani ancaman kepada keselamatan negara.
“Sebelum bertindak kita juga mesti memahami apakah tujuan gerakan mereka, sama ada ia anti dasar Amerika di Timur Tengah, anti fahaman Asad dan Syiah, anti Barat atau anti tekanan gereja,” katanya. - mStar
Wartawan asing tidak beretika
SHAH ALAM - Ketua Editor bagi akhbar Bangkok Post-Thailand, Pichai Chuensuksawadi membidas wartawan asing yang mewujudkan spekulasi dan dakwaan liar berhubung dengan insiden kehilangan pesawat MH370 yang digembar-gemburkan sejak 8 Mac lalu.
Mengulas semula dakwaan sesetengah wartawan asing yang cuba mencetuskan kontroversi dan provokasi dalam kalangan keluarga penumpang dan anak kapal MH370, beliau turut menyifatkan wartawan asing tidak mempunyai etika dalam melaksanakan tugasnya.
“Sebagai wartawan, kita telah diajar untuk menyampaikan kebenaran dalam penulisan dan pemberitaan, kita memiliki kebebasan untuk menulis serta menyampaikan apa sahaja selagi sesuatu berita atau maklumat tersebut disokong oleh fakta atau kenyataan dari mana-mana pihak.
“Hanya wartawan yang tidak tahu apa yang patut disampaikan saja yang menulis berita berunsur dakwaan dan khabar angin,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada program World Press Freedom Day di Unisel, Shah Alam, semalam.
Menurutnya lagi, sikap wartawan asing yang menulis berita mencetuskan kontroversi kehidupan peribadi pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid dianggap tidak profesional dan menyalahi etika kewartawanan.
“Wartawan yang baik dan berkaliber akan menulis dan menyampaikan maklumat demi kepentingan umum, bukan untuk kepentingan diri atau syarikat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak media supaya lebih berhati-hati dalam mengulas dan mengupas pemberitaan isu semasa supaya tidak menimbulkan kontroversi serta kemarahan sesetengah pihak. - SinarOnline
Lagi 102 pro Mursi dipenjara 10 tahun
Sebahagian tahanan termasuk wakil media antarabangsa antara yang ditahan dan dibicarakan di mahkamah Mesir, baru-baru ini. Foto: EPA
KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah Mesir menjatuhi hukuman 10 tahun penjara terhadap 102 penyokong Presiden yang digulingkan Mohammad Mursi kerana mencetuskan keganasan dan memiliki senjata api haram.
Media melaporkan, kesemua mereka yang juga ahli Ikhwanul Muslim kekal berada di bawah pengawasan polis selama lima tahun selepas hukuman penjara itu.
Kesemua mereka bersalah mencetuskan protes mega hingga membawa kepada rampasan kuasa tentera Julai tahun lalu.
Isnin lalu, mahkamah sama menjatuhi hukuman mati terhadap 680 penyokong pro Mursi dan keputusan terbabit telah mencetuskan bantahan di peringkat antarabangsa.
Bulan lalu, sebanyak 130 penyokong pemimpin itu juga berhadapan hukuman mati selepas dituduh mendalangi pemberontakan 2011 yang membawa kepada penyingkiran bekas presiden Hosni Mubarak.
Dalam perkembangan berasingan, kaji selidik Baseera di bawah program Yahdoth fi Misr menunjukkan, bekas ketua tentera Abdel- Fattah Al-Sisi meraih 72 peratus undian popular berbanding pesaingnya, Hamdeen Sabahi dengan 2 peratus, 22 peratus masih belum memilih, tiga peratus enggan memberi respons dan satu peratus berhasrat membatalkan undian mereka.
Keputusan kaji selidik turut menunjukkan, sebanyak 85 peratus responden memutuskan untuk mengundi, 10 peratus tidak dan 5 peratus belum membuat keputusan.
Menurut laporan Al Ahram, keputusan terbabit adalah petunjuk penting sebelum pilihan raya presiden dijadualkan 26 dan 27 Mei ini. - SinarOnline
Skuad hoki negara cipta sejarah
Pemain-pemain Malaysia meraikan kemenangan selepas menewaskan Ireland pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 2014 di Stadium Hoki Indera Mahkota di Kuantan, malam ini. - Foto Bernama
MALAYSIA melakarkan sejarah dalam siri Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 apabila menduduki tempat ketiga setelah mengalahkan Ireland 4-2 pada perlawanan menentukan kedudukan di Stadium Hoki Indera Mahkota di Kuantan, malam ini.
Walaupun gagal menepati sasaran ke final, namun pencapaian tempat ketiga merupakan yang terbaik selepas meraih tempat keempat pada edisi 2001 di Kuala Lumpur dan 2012 di Quilmes, Argentina.
Malaysia, yang menduduki ranking ke-13 dunia, memulakan perlawanan dengan penuh bersemangat dan agresif untuk mendahului 2-1 pada babak pertama.
Malaysia membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi pukulan penalti yang disempurnakan oleh Ahmad Kazamirul Nasruddin sebelum Muhammad Rashid Baharom menggandakan jaringan menerusi gol padang pada minit ke-11.
Ireland, yang menduduki ranking ke-15 dunia, berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi pukulan sudut penalti oleh Paul Gleghorne pada minit ke-22.
Pada babak kedua, Ireland berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-43, hasil gol padang oleh pemain berpengalaman Chris Cargo.
Kegembiran skuad bimbingan Fulton Craig itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila kapten pasukan negara Azlan Misron menjaringkan gol padang pada minit ke-66.
Empat minit kemudian, Muhammad Firhan Ashari mengesahkan kemenangan negara menerusi jaringan gol padang.
Jurulatih negara Muhammad Dharmaraj Abdullah berkata walaupun gagal ke final beliau berpuashati dengan persembahan anak buahnya yang dilihat bersungguh-sungguh untuk mencari kemenangan.
Malaysia gagal mara ke final selepas diaibkan Kanada 5-4 menerusi pukulan penalti selepas terikat 2-2 pada aksi separuh akhir semalam.
"Semua pemain kecewa dengan kegagalan semalam namun mereka bangkit bermain secara bersungguh-sungguh pada malam ini biarpun Ireland berjaya menyamakan kedudukan.
"Hari ini pemain negara mampu mengekalkan fokus hingga tamat perlawanan apabila Malaysia kembali menguasai perlawanan pada babak terakhir perlawanan dengan dua jaringan dalam tempoh lima minit," katanya.
Dharmaraj berkata, semangat tersebut yang diperlukan oleh pasukan negara bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, dari 31 Mei hingga 15 Jun ini.
Beliau berkata agak susah baginya untuk memilih barisan utama yang akan menggalas cabaran besar di Belanda nanti dan tidak perubahan yang mampu dilakukan oleh pasukan dalam masa singkat.
"Jika ada perubahan...mungkin hanya perubahan kecil kerana kita tidak cukup masa dan pilihan pemain," katanya.
Pada perlawanan penentuan sebelum ini, Jepun mengalahkan Poland 3-2 bagi merebut tempat ketujuh sementara New Zealand pula menduduki tempat kelima selepas mengalahkan Perancis 6-3. - Bernama
Kediaman pensyarah USM dipecah masuk
GEORGETOWN - Diugut, diikat dan disamun.
Itu saat getir yang terpaksa dihadapi sebuah keluarga apabila kediaman mereka di Changkat Minden, Gelugor di sini dicerobohi sekumpulan lelaki bersenjatakan kapak, parang dan pisau pemotong daging awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu,mangsa yang juga penyasarah Universiti Sains Malaysia (USM) terdengar bunyi jeritan dari bilik anaknya di tingkat bawah sebelum bertindak turun untuk melihat apa yang berlaku.
Mangsa yang berusia 52 tahun terkejut apabila melihat tiga lelaki bersenjata berada dalam rumahnya dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain terpaksa mengikut kehendak mereka.
Menurut sumber, seorang daripada suspek mengarahkan mangsa mengumpulkan isteri dan anaknya dalam sebuah bilik sebelum kesemuanya diikat menggunakan tali beg, reben dan dawai penyangkut baju.
"Semua mangsa diberikan amaran supaya tidak melawan dan jika berdegil, penyamun itu tidak teragak-agak untuk mencederakan mereka seorang demi seorang.
"Penjenayah kemudian meminta mangsa menyerahkan semua wang tunai serta apa sahaja barang berharga yang dimiliki. Akibat takut dengan ugutan bunuh itu, mereka hanya mampu mengikut arahan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan terus menggeledah rumah berkenaan dan mengambil pelbagai barangan berharga.
Menurutnya, antara yang dilaporkan hilang adalah dua komputer riba, lima telefon pintar, dua utas jam tangan, seutas rantai tangan emas dan wang tunai RM2,000.
"Selepas mendapatkan kesemua barangan berharga kumpulan berkenaan terus melarikan diri.
"Dianggarkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM21,500," katanya.
Sementara itu,keterangan awal yang diambil daripada mangsa mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai warga Indonesia mengikut bahasa pertuturan mereka.
Mangsa juga dapat mengecam wajah salah seorang suspek apabila dia membuka topeng muka yang dipakainya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahab ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan dan memburu ketiga-tiga suspek berkenaan berdasarkan bahan bukti di tempat kejadian termasuk cap jari seorang suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Mayat remaja lelaki lemas ditemui di Kapar
KLANG - Mayat seorang remaja lelaki yang lemas selepas terjatuh dari tongkang ketika memancing bersama rakan dan adiknya semalam ditemui terapung berhampiran jeti Stesen Jana Elektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar di sini hari ini.
Pegawai Koordinasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Daerah Maritim Klang, Leftenan Madya Maritim Mohd Reduan Che Kamaruddin berkata mayat Mohd Rashid Ruslan, 16, yang lengkap berpakaian ditemui pada 9.43 pagi.
Beliau berkata mayat pelajar tingkatan empat itu ditemui kurang tempoh 24 jam selepas operasi SAR dilancarkan sejak, 7 malam.
"Ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan baik dan tiada sebarang dokumen ditemui, namun pengesahan identiti dibuat oleh bapa mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Reduan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang semalam, mangsa bersama seorang adik lelaki berumur 11 tahun dan seorang rakan menaiki tongkang untuk pergi memancing.
Bagaimanapun, tongkang tersebut terbalik kira-kira 60 meter dari jeti itu menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh ke dalam laut.
Rakan dan adik mangsa sempat berpaut pada tongkang itu sebelum diselamatkan nelayan manakala mangsa dipercayai lemas sebelum hilang. - Bernama
Bakal pengantin maut nahas di Setiu
SETIU - Hasrat dua bakal pengantin untuk menziarahi kematian anggota keluarga di Kuala Krai, Kelantan tidak kesampaian selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 46 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Balai Polis Sungai Tong di sini hari ini.
Dalam insiden kira-kira 1.30 petang itu, Mohd Hafizan Jusoh @ Ab Ghafar, 35, dari Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu dan tunangnya, Rosnazira Mahmud, 33, dari Kuala Krai, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Abd Rahman Raja Mohamad berkata kereta mangsa jenis Proton Iswara dipercayai bertembung sebuah Toyota Fortuner yang dipandu seorang lelaki.
Beliau berkata, dua penumpang dalam kereta mangsa iaitu seorang remaja lelaki berusia 14 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, yang merupakan anak saudara Rosnazira, parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, pemandu pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari Kelantan menuju Kemaman, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Setiu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Brunei konsisten beri taklimat hudud
Pihak hal ehwal agama memberi penerangan dan demonstrasi mengenai tatacara hukuman sebat dilaksanakan.
ANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Brunei membuat lebih banyak taklimat mengenai Kod Panel Syariah dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hukum hudud yang dikuatkuasakan pada 1 Mei lalu.
Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama berkata, jawatankuasa penguatkuasaan kesedaran ditubuhkan untuk memberi lebih banyak taklimat secara konsisten mengenai undang-undang itu.
“Kami menerima banyak permintaan untuk memberi penerangan mengenai hukuman itu, “ katanya.
Jawatankuasa dipengerusikan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Abd Wahab Juned dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Pengiran Datuk Paduka Bahrom Pengiran Haji Bahar telah membentuk kumpulan terdiri daripada 32 pegawai untuk melakukan taklimat itu.
Pegawai dilantik adalah dari Unit Undang-undang Islam, Jabatan Peguam Negara, Pejabat Mufti Negeri, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Jabatan Hal Ehwal Syariah dan Pusat Dakwah Islam.
Sejak hudud diperkenalkan, statistik kerajaan mendedahkan, lebih 40,000 orang dari 82 kumpulan menghadiri taklimat terbabit, laporan dipetik dari Brunei Times.
Korban filem Spiderman
JAKARTA - INDONESIA. Polis sedang menyiasat punca kematian seorang budak berusia lima tahun yang dikatakan terjun dari tingkat 15 sebuah apartmen di Jakarta Utara, semalam.
Jurucakap polis Metro Jaya Rikwanto berkata, budak itu bertindak demikian selepas dilarang ibunya untuk menonton filem Spiderman.
“Sebelum kejadian, budak itu mengunci diri di dalam bilik. Ibunya berusaha membuka pintu berkenaan namun gagal,” katanya.
Menurutnya, ketika ibu mangsa pergi meminta bantuan dengan pihak pengurusan apartmen terbabit, dia diberitahu bahawa anaknya jatuh dari kediaman mereka.
“Kami sedang menyiasat kes ini sama ada ia mempunyai unsur jenayah atau tidak,” katanya. - Kompas
Pemandu lori terodok kayu
ANHUI - CHINA. Seorang lelaki terpaksa mengharungi detik cemas apabila batang pokok tertusuk di celah pehanya selepas terlibat kemalangan di Wuhu, China, Rabu lalu.
Kejadian berlaku ketika mangsa, Wang Yang, 43, dalam perjalanan pulang dari menghantar hasil tanamannya di bandar Wuhu.
Selepas menyedari brek lori yang dibawa tidak berfungsi dia bertindak nekad melanggar pokok tumbang di tengah jalan.
Jurucakap bomba berkata, situasi ketika itu amat mendebarkan kerana mangsa mengalami luka serius dan tidak boleh bergerak.
"Saya tidak pernah melihat kecederaan menyakitkan seperti itu. Dia sukar bernafas dan kehilangan banyak darah," katanya.
Difahamkan, pembedahan selamat dilakukan dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun berisiko mengalami jangkitan kuman kerana terdapat banyak selumbar di dalam lukanya itu, laporan dipetik dari Mirror News.
Mayat wartawan ditemui di Angkor Wat
BANGKOK - THAILAND. Seorang wartawan terkenal Kanada, yang dilaporkan hilang sejak 14 Feb, akhirnya dijumpai semalam, tetapi dalam keadaan sudah tidak bernyawa di kawasan runtuhan Angkor Wat di Siem Reap, Kemboja.
Berikutan penemuan mayat Dave Walker, 57, itu, polis Kemboja dilaporkan mengepung tempat berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut.
Wartawan berkenaan hilang daripada kediamannya di Siem Reap "dalam keadaan amat mengelirukan", kata kenyataan keluarganya yang dikeluarkan Kelab Pewarta Asing Thailand (FCCT).
menurut FCCT, Walker, yang tinggal dan bertugas di Bangkok sejak beberapa tahun lepas, popular di kalangan wartawan Asia Tenggara.
Menurut pegawai polis imigresen Siem Reap, siasatan awal mendapati wartawan itu meninggal dunia beberapa minggu lepas.
Keluarga Walker menggesa pihak berkuasa Kemboja terus berusaha untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab bagi kematiannya ke muka pengadilan.
"Beliau mengabdikan kehidupannya untuk membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab bagi kematian lebih dua juta rakyat Kemboja sepanjang 30 tahun beliau bekerja dan tinggal di negara ini.
"Wartawan ini menjalani kehidupannya dengan cemerlang dan disukai beribu-ribu orang di seluruh dunia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Kemboja kerana kecintaan yang mereka tunjukkan kepada Dave.
"Seperti Dave, berpuluh ribu rakyat Kemboja mati dalam keadaan kejam dan tragik," kata kenyataan itu. - Bernama
VIDEO: Lelaki Ditolak Dan Diseret Entiti Misteri
TIDAK dapat dipastikan kebenaran video seram yang mula viral di laman YouTube ini.
Ia merupakan rakaman kamera pengawasan di salah sebuah tingkat bangunan yang menyaksikan seorang lelaki berjalan seorang diri sebelum dia tiba-tiba ditolak oleh satu bayangan entiti hitam.
Sebaik saja terjatuh, entiti tersebut dilihat menarik kakinya sehingga dia terseret beberapa kaki.
Lelaki yang ketakutan itu kemudiannya segera melarikan diri sebaik sahaja kakinya dilepaskan oleh entiti itu.
Pelbagai komen yang diterima daripada para penonton video tersebut.
Ada yang menganggap video tersebut sebagai asli, namun ada juga yang menyifatkan rakaman itu sebenarnya diubahsuai menggunakan teknik imej janaan komputer atau CGI.
Apa pun, saksikan dan nilailah sendiri kebenarannya…
Simpang tiga tagih nyawa
PASIR GUDANG – Sikap segelintir pemandu yang gemar memecut laju di kawasan simpang tiga berdekatan Jalan Bawakali 48, Taman Johor Jaya, di sini, kerap menjadi punca berlakunya kemalangan di kawasan berkenaan.
Seorang penduduk, Mohamad Ismail berkata, Jalan Bakawali Utama menjadi tumpuan kenderaan pada waktu kemuncak ketika orang keluar ke tempat kerja dan pulang dari tempat kerja.
Menurutnya, meskipun sudah dibina garisan kuning kurang 10 meter dari simpang berkenaan, kenderaan tetap dipandu laju sehingga berlaku kemalangan apabila bertembung dengan kenderaan lain yang ingin keluar dari simpang Jalan Bakawali 48.
“Jalan ini memang sentiasa sibuk, tapi paling sibuk pada waktu pagi dan petang kerana orang keluar nak ke tempat kerja dan ke sekolah serta waktu orang balik dari tempat kerja sehingga tidak putus-putus dengan kenderaan.
“Keadaan kritikal dan terlalu kelam-kabut apabila ada kenderaan yang ingin keluar dan masuk ke Jalan Bakawali 48, sedangkan kenderaan dari Jalan Bakawali Utama dipandu terlalu laju oleh segelintir pemandu,” katanya semalam.
Mohamad berkata, penduduk juga terpaksa berdepan risiko kemalangan apabila ingin melintas ke deretan kedai berhampiran kerana keadaan laluan yang sentiasa sibuk.
Katanya, sudah ramai yang menjadi mangsa kemalangan akibat tidak berhati-hati termasuk pejalan kaki yang melintas ke seberang.
“Baru minggu lepas seorang pejalan kaki dilanggar sebuah kereta yang tidak nampak mangsa berdiri di garisan tengah jalan untuk melintas.
“Apa yang kita harapkan agar pihak bertanggungjawab dapat mencari jalan terbaik menangani masalah ini kerana kita tidak mahu lebih ramai lagi yang menjadi mangsa kemalangan di kawasan ini,” katanya. - NewMalaysianPost
LCCT sesak, orang ramai hilang sabar
SEPANG - Penumpang yang tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang terpaksa beratur panjang dalam keadaan sempit dan tidak selesa, terutamanya disebabkan oleh kesesakan di bahagian pemeriksaan imigresen hari ini.
“Keadaan di sini huru-hara. Saya tidak pasti barisan (beratur) ini ke mana, dan bahagian mana untuk pemeriksaan pasport asing dan Malaysia,” kata peguam,Tharishni Arumugam, 27, yang merupakan salah seorang di antara seribu terperangkap dalam kesesakan di terminal itu.
Beliau juga berkata, penumpang berhadapan dengan keadaan eskalator yang tidak berfungsi, lampu malap dan penghawa dingin tidak berfungsi dengan baik.
“Terdapat sejumlah besar yang naik untuk ke imigresen tetapi eskalator tidak berfungsi. Orang tua terpaksa membawa beg berat mereka,” kata beliau dipetik mStar Online.
Tarashini berkata, hanya sebilangan kecil pegawai imigresen yang menangani sejumlah besar penumpang.
“Saya tidak pasti apa yang telah berlaku. Nampaknya tiada pegawai imigresen apabila saya mendarat di sini pada kira-kira pukul 4 petang,” kata Tharshini.
Tharishni, yang baru pulang dari Bangkok, berkata orang ramai akhirnya mula bergerak pada pukul 4.30 petang apabila lebih ramai pegawai imigresen yang ditugaskan di pintu masuk.
Beliau menambah, terdapat pegawai Rela di kawasan sekitar untuk memastikan keadaan masih terkawal.
Beliau berkata, keadaan yang tertekan itu menyebabkan ketegangan hampir berlaku.
“Boleh dengar orang menjerit dengan agresif. Saya anggap ia mungkin disebabkan ada yang memotong barisan,” katanya.
“Saya berasa kecewa, marah dan kehairanan. Paling teruk adalah kami tidak dimaklumkan mengenai apa yang berlaku. Pihak berkuasa sepatutnya menjelaskan apa yang berlaku dan cuba untuk menguruskan orang ramai dengan lebih baik,” katanya.
Tharishni menambah, ia adalah contoh pertama beliau mengalami kesukaran di pusat pemeriksaan imigresen LCCT, kerana kebiasaannya beliau mudah untuk menjalani pemeriksaan di lapangan terbang.
Seorang lagi yang sering mengembara, Keana Reinu, 21, berkata malah warga emas dan keluarga bersama anak-anak kecil terpaksa berhadapan dengan keadaan itu bersama bagasi mereka.
“Ia amat lembab dan kakitangan AirAsia terpaksa membawa penumpang khas ini ke hadapan dalam kesesakan itu,” katanya, sambil menambah bahawa beberapa penumpang juga cuba merempuh laluan itu sehingga mencetuskan ketegangan di kalangan penumpang lain.
“Selain tiga pintu automatik pasport Malaysia, hanya dua pegawai Imigresen berada di situ untuk mengendalikan pemeriksaan penumpang secara manual manakala beberapa kaunter lain hanya kosong tanpa kakitangan,” katanya, sambil menambah bahawa barisan ke kaunter imigresen itu berlanjutan sehingga ke landasan (tarmac).
Membuat tuntutan bagasi dan pemeriksaan kastam turut dilihat sebagai mimpi ngeri yang sama buat para penumpang, terutamanya selepas lebih banyak penerbangan mendarat di LCCT.
“Kakitangan terpaksa mengeluarkan bagasi dari laluan penghantar. Orang ramai tidak dapat mencari bagasi mereka kerana ia diletakkan di ‘lautan’ bagasi di atas lantai.
“Pemeriksaan kastam juga mengalami masalah kerana hanya satu lorong dan satu mesin yang dibuka,” jelas beliau.
Secara keseluruhan, Keana mengambil masa lebih sejam untuk melepasi pemeriksaan di lapangan terbang.
Beliau menambah amat bernasib baik kerana terdapat penumpang lain yang terpaksa menunggu lebih lama sebelum mereka boleh keluar dari lapangan terbang. - NewMalaysianPost
Sosma Tak Cukup Kuat Tangani Kumpulan Militan, Kata Rahim Noor
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor (duduk, empat dari kiri) semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Barisan Perpaduan Nasional di Kelab Sultan Sulaiman hari ini. – Gambar The Malaysian Insider pic oleh Afif Abd Halim, 4 Mei, 2014
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor hari ini berkata Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Sosma, tidak sekuat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam membendung gerakan militan di negara ini.
Beliau berkata, Sosma, akta yang juga membenarkan penahanan tanpa bicara, hanya membenarkan pihak berkuasa menahan individu disyaki yang berkait rapat dengan aktiviti melanggar keselamatan negara, berbeza dengan ISA yang membenarkan seluruh pergerakan dipantau.
"ISA tidak menahan individu tertentu, ia mengatasi seluruh pergerakan maknanya keseluruhan dan siapa sahaja yang terlibat kita akan memerhati perkembangan dan menahan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Barisan Perpaduan Nasional di Kuala Lumpur.
Abdul Rahim, yang meletak jawatan selepas didapati bersalah menyerang bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, berkata beliau pernah berbincang dengan bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, untuk menghidupkan semula ISA.
"Saya ada berbincang mengenai itu, juga bersama beberapa ahli Barisan Perpaduan Nasional dan majoritinya bersetuju ISA dikembalikan," katanya.
Terdahulu dalam mesyuaratnya, Barisan Perpaduan Nasional mengumumkan akan membentangkan memorandum kepada Putrajaya bagi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Abdul Rahim, sekiranya ISA tidak dikembalikan, Putrajaya perlu mempertimbangkan akta menyamainya.
Bagaimanapun beliau mengakui dengan perkembangan kegiatan gerakan militan, ia tidak dapat dibanteras secara akar umbi dengan hanya memakai ISA atau mana-mana undang-undang di negara ini.
"Pendapat saya adanya ISA atau tidak gerakan seperti ini akan tetap ada, selagi ada umat Islam di negara ini dan selagi ada masalah di negara Islam," katanya.
Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata sembilan anggota kumpulan militan berusia antara 22 hingga 55 tahun ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah dan Selangor. Mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan militan membantu pemberontak di Syria.
Abdul Rahim berkata, ISA berjaya melumpuhkan kegiatan kumpulan Al-Arqam.
"Kerana ISA kita berjaya 'sapu bersih' kegiatan Al-Arqam dan sekarang pun hanya tinggal sisa-sisa," katanya, sambil menyatakan kekesalan dengan pemansuhan ISA atas dasar hak asasi manusia.
"Di bawah ISA ada peruntukkan khas memberi kuasa kepada pihak berkuasa membuat tindakan dengan cepat, namun kerana elemen kononya memperjuangkan hak asasi maka ia dimansuhkan," tambah beliau.
Sosma diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 April, 2012, dan diwartakan pada 22 Jun 2012.
Akta itu dikritik hebat oleh Ahli Parlimen pembangkang yang berkata ia cuma penukaran nama kepada ISA. – 4 Mei, 2014.
- Themalaysianinsider
Kempen di Facebook Sokong/Bantah Hudud
SHAH ALAM – Apabila soal pelaksanaan hukum hudud kembali hangat diperkatakan, wujud beberapa pihak yang menjalankan kempen di laman sosial Facebook bagi menyatakan sokongan ataupun bantahan terhadap perkara ini.
Tinjauan Sinar Harian Online mendapati terdapat beberapa page di Facebook yang menyatakan sokongan terhadap hudud mendapat jumlah ‘likes’ paling tinggi setakat jam 8 malam.
Page 1,000,000 Rakyat Menyokong Hudud Dilaksanakan Di Malaysia mendapat 36,863 ‘likes' manakala Saya Sokong Hudud mendapat 26,908 ‘likes’.
Bagi page 100,000 Sokong Hukum Hudud (Hukum ALLAH) Ganti ISA mendapat 22,426 ‘likes’ dan Malaysia Sokong Pelaksanaan Hudud dengan 16,290 ‘likes’.
Sementara satu ‘page’ membantah hudud pula dengan nama Save Malaysia No Hudud yang dilancarkan parti Gerakan sejak semalam mendapat 712 ‘likes’ setakat ini.
Manakala satu lagi page Kami Bantah Hudud di Malaysia mendapat 214 ‘likes’.
Dalam perkembangan lain, Wanita MCA akan melancarkan kempen ‘Say No To Pas Hudud’ dengan mengumpul tandatangan sebagai menolak hasrat Pas membentangkan usul di Parlimen untuk menjalankan hukum hudud di Kelantan.
Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei berkata, partinya masih menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara namun, bangsa lain diberikan hak kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri mengikut peruntukan perlembagaan. - SinarOnline
‘Chinese is my root, Islam is my way of life’ – Sophea Ng
Sejuk hati melihat adik comel Sophea Ng ini, semoga di permudahkan segalanya dalam urusan adik comel ini, kami amat tertarik dengan apa yang di alami oleh adik Sophea seperti mana apa yang anda lihat di KAD PENGENALAN nya.
Assalammualaykum to my dearest readers
Ok today.. my blog is regarding my name.
last month I went to collect my identity card from JPN. Alhamdulillah , it was done after such a long process.
Then..suddenly I recall an incident that happened when I was attending a talk regarding Shalat. This talk was registered by my boss from my working place ( All Praise to Allah, my boss sayang me so much and she reserved this ceramah agama seat for me )
So I was searching my name on the attendance sheet…… and I found this :
Sophea Ng bt Abdullah
Hmm…. Since when my father become Abdullah?
Then I took my pen and draw a line on the name, and I wrote my name beside it — Ng Pooi Kheng.
And then there was a pretty lady ( the person incharged of the attendance ) looked at me with a very unusual eye sight and asked :
“ ni ke nama betul?”
“ya Cik , ni nama saya.” I answered.
“eh.. betul ke ?” she asked again.
“ ya Cik.” I answered again , with a big wide smile *wink* ,
xxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxx
Hmmm….. lots people still dunno that it is not compulsory to change the name after someone embrace Islam.
I was once asked by someone :
XX :“ tahniah dah masuk Islam.. nama baru ?”
ME : “oh… saya takde nama baru.”
XX : “yang orang lain dok panggil Sophea tu?”
ME : “ooh tu nama panggilan. Dalam IC tak tukar.”
XX : “ekk apasal pulak? Kena lah tambah bt Abdullah kat belakang.”
ME : “yea boleh kalau nak tambah BT ABDULLAH.. tapi kalau x tambah pun takpe. Tak wajib.”
XX : “ ehhh kenalah tambah. Ng Pooi Kheng tu nama orang cina. Dah masuk Islam kena tukar nama , baru lar orang lain tau dah tukar agama.”
ME : “ Saya tukar agama , tapi saya tak tukar bangsa.”
Don’t worry , I answered it in a very nice way and smile of course… *ngeeee*
xxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ng is my surname — 黄 (huang2)
Pooi Kheng is my name — 佩琼 (pei4 qiong2)
My name roughly means — fine , nice, good things and happiness.
For me…it might not be an Islamic name. but my name was given by my parents. It is just like the first gift they gave me when I was born. I appreciate my name so much.
And again.. embraced Islam doesn’t mean I turn myself into a Malay or Arabian. Not to be racist, but I am sure all of us are proud of our own blood. Same goes to me. I was a Chinese, and the only thing changed is… I am now a Chinese Muslim ( Allah is the Greatest)
Islam is a peaceful religion, that teach and guide us towards the right pathway.
The beauty of Islam should be seen through our attitude , personality , our life , our heart and our soul…. Not through our name.
But anyway…. You can still call me anyway u like.. depends on how close we are
Ng , Angie , Sophea , Sophy , ah kheng , pooi kheng, kheng kheng….et c. hehehe
if we are close enough , no matter how u called me , I will sure recognize you
that’s all I want to share.
Chinese is my root ; Islam is my way of life.
forgive me if my sentences offended anyone. Allah knows the Best.
Lots of love
Wa’laykumussalam
Regards,
Sophea Ng, 佩琼。
Semoga segala yang akan dilalui oleh Adik Sophea Ng di permudahkan oleh yang Maha Esa .. Amin. - HarianBlogger.
MAS Akan Di’Bail Out’ Oleh Khazanah Nasional?
EKORAN kehilangan pesawatnya, adakah syarikat Malaysia Airlines (MAS) akan diberi suntikan modal sekali lagi oleh Khazanah Nasional Bhd untuk menyelamatkan operasinya?
Ia adalah ekoran ramalan pakar ekonomi yang didapati oleh media Bloomberg, bahawa MAS bakal berdepan kehilangan kira-kira US$346 juta Dolar Amerika menjelang hujung tahun 2016.
Seorang pakar analisis dari Maybank Mohsin Aziz berkata, perjalanan kewangan syarikat MAS tidak menunjukkan sebarang perubahan.
“Membantu MAS sekali lagi dengan mengharapkan keajaiban adalah satu kerja yang tidak menguntungkan,” katanya memetik laporan Mirror UK.
Menurut laporan itu, analisis agensi berita Reuters pada 26 Mac lepas menunjukkan MAS sudah pun kerugian dan kehilangan aliran tunai sebelum kehilangan pesawat Boeing 777-300ER, MH370 lagi yang berlaku pada 8 Mac lepas.
Analisis itu turut menyebut MAS mencatatkan pergerakan tunai negatif untuk tempoh tiga tahun sebelum ini yang bermakna ia tidak berjaya menjana pulangan mencukupi untuk menampung operasi harian penerbangannya.
“Biarpun tragedi ini dilihat sebagai satu kes terpencil dan orang ramai tahu ia adalah di luar kawalan MAS, kami berasa MAS akan mengalami kemerosotan sedikit dalam tempahan penerbangan, penurunan tiket penerbangan.
“MAS akan terus mencatatkan aliran tunai buruk lebih teruk berbanding pada 2013,’ kata Pakar Analisis Pengangkutan di syarikat Credit Suisse yang turut meramalkan prestasi kewangan MAS untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Syarikat penerbangan kebangsaan biasanya adalah lambang kekuatan dan maruah sesebuah negara di mana-mana pun di dunia.
Untuk sebuah negara tidak mempunyai sebuah syarikat penerbangan, ia adalah sesuatu yang pelik kerana setiap negara di dunia ini memiliki syarikat penerbangan khas milik kebangsaan.
Kerajaan dipercayai akan sedaya upaya membantu MAS dalam operasi penerbangannya dengan memastikan syarikat penerbangan bersejarah itu tidak akan ditutup operasinya. – Mynewshub
Gambar Lisa Surihani tertidur di meja
Apabila gambar Lisa Surihani tertidur di meja tersebar - Dua pelakon terkenal menunjukkan gaya berbeza apabila gambar diambil ketika duduk santai di atas meja. Fazura dilihat tersenyum lebar sambil melihat sesuatu di sebelah atas kiri namun aksi Lisa Surihani paling mencuri tumpuan.
Aktres berusia 28 tahun itu tertidur di meja ketika sedang meneliti kertas kerja. Comel dan ayu penulis tengok wajah Lisa tidur nyenyak. Mungkin beliau agak kepenatan bekerja sepanjang hari. Kredit kepada fanpage facebook rotikaya kerana berkongsi foto santai ini.
Lagi gambar aksi yoga Fouziah Gous di batang pokok
Lagi gambar aksi yoga Fouziah Gous di batang pokok - Kalau sebelum ini Fouziah Gous telah berkongsi sekeping foto aksinya melakukan senaman yoga bersama suami tercinta, Zhafran, pelakon itu sekali lagi berkongsi foto yang memperlihatkan aksinya bersenam yoga di batang pokok.
Nampaknya, minat Fouziah Gous dalam bidang senaman yoga begitu mendalam sehingga sanggup melakukan pelbagai aksi yang berbahaya dan menakutkan. Apapun, penulis yakin aktres berusia 32 ini tahu menjaga diri dan berhati-hati ketika exercise.
Seluar Dalam Farawahida Dan G-String Jadi Bahan Bualan Peminat Di Laman Sosial
(Petikan: http://plbgaimacam.blogspot.com).
Dalam kegembiraan penyanyi Farawahida Razali bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Abdul Shukur Mohd Zain, timbul pula kontroversi lain membabitkan dirinya yang tidak sedap didengar.
Kontroversi itu berkaitan dengan sekeping gambar Farawahida yang diambil dari akhar Kosmo telah menjadi bahan bualan mulut gatal penggiat-penggiat laman sosial.
Perkara yang dipertikaikan mereka ialah garis seluar dalam Farawahida yang ketara dilihat di sebalik skirt merah jambu yang dipakainya.
Susulan itu, ada peminat menyarankan agar penyanyi lagu Tanpamu itu memakai seluar dalam jenis g-string bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.
Macam-macam pula dengan karenah dan kelakuan peminat di laman sosial.
Tak senang dibuat mereka hidup sebagai seseorang selebriti itu. Kesian pula dengan Farawahida yang baru berkahwin. - Mynewshub
Kawasan Tanah Runtuh Afghanistan Mungkin Diisytiharkan Kubur Besar Sabtu Ini
PASUKAN penyelamat di Afghanistan kini sedang berusaha mencari mangsa dengan mengalihkan timbunan lumpur selepas tanah runtuh yang berlaku kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya 2,000 orang tertimbus.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebanyak 350 mayat sudah ditemui di kawasan bencana iaitu bahagian terpencil di barat laut wilayah Badakhshan.
Pada hari kejadian, ratusan rumah turut tertimbus apabila sebahagian tanah dari sebuah gunung runtuh akibat hujan lebat berterusan.
Tidak beberapa lama selepas runtuhan pertama, runtuhan kedua berlaku meragut nyawa para penyelamat yang sedang mencari mangsa akibat runtuhan pertama.
Polis Afghanistan bertindak mengedarkan bekalan air dan makanan berbentuk roti untuk orang ramai yang terpaksa menghabiskan malam mereka tanpa tempat berteduh.
Menurut gobenor wilayah dan juga jurucakap PBB, kesemua 2,000 orang yang tertimbus dibimbangi sudah terbunuh.
Kawasan runtuhan dijangka akan diisytiharkan sebagai kubur besar dengan upacara pengebumian besar-besaran akan diumumkan pada Sabtu depan.
Ketua Operasi PBB di Kabul Aidan O’Leary berkata banyak pihak sudah bekerja keras sejak semalam untuk mencari dan menyelamat mangsa bagaimanapun operasi mencari terus buntu.
Menurut laporan Washington Post pula, kawasan pergunungan di situ sedang mengalami cuaca hujan lebat dan banjir menyebabkan runtuhan yang menimpa perkampungan Hobo Barik.
Tanah runtuh adalah perkara biasa di Afghanistan tetapi bencana yang berlaku Jumaat lepas adalah antara yang terburuk.
Gobenor Shah Waliullah Adeeb berkata runtuhan tanah itu telah menimbus kira-kira 300 buah rumah, kira-kira sepertiga dari keseluruhan jumlah rumah di kawasan itu. – Mynewshub
Oleh : Ibnu Khusairy Aris
Pakatan Rakyat Bakal Berpecah – Tegas Kit Siang
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa sejarah buruk Barisan Alternatif pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 akan berulang jika PAS berdegil meneruskan undang-undang hudud di Kelantan.
Beliau mendakwa, Barisan Alternatif yang kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat pasti tidak mencatat keputusan memberangsangkan pada PRU 2013 jika PAS membangkitkan isu itu pada waktu itu.
“Pengundi memilih pakatan yang turut dianggotai PAS pada PRU 2013 kerana mahu mengubah kerajaan, bukan kerana hudud. Lagipun mereka yang tidak menyokong hudud bukan kerana anti-Islam.
“Pasti pakatan tidak dapat menafikan majoriti dua pertiga untuk Barisan Nasional (BN) jika hudud menjadi agenda pakatan semasa PRU 2013 dan berkemungkinan kalah teruk,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Pada PRU 2004, BN menang dengan majoriti besar bagi menewaskan Barisan Alternatif yang merupakan gabungan parti pembangkang pada waktu itu.
Kit Siang turut mendakwa, DAP tidak akan memenangi empat kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, manakala PAS mungkin kalah di empat kerusi DUN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kalah satu kerusi Parlimen serta satu kerusi DUN di negeri itu jika PAS mengentengahkan isu hudud.
“Rakyat Malaysia mahukan pakatan pembangkang tetapi jika hudud menjadi isu besar, pakatan akan kembali ke arah Barisan Alternatif yang merugikan PAS, DAP dan PKR,” dakwanya. -Mynewshub
Jessica Rabbit, Watak Animasi Paling Seksi Sepanjang Zaman
WATAK animasi dalam filem Roger Rabbit, Jessica Rabbit telah dipilih sebagai watak kartun paling seksi sepanjang zaman melalui satu undian melibatkan 1,000 peminat kartun.
Dalam undian pada 2009, itu Jessica menewaskan watak-watak kartun lain dengan mendapat sebanyak 37 peratus undi.
Watak kartun paling seksi kedua ialah Betty Boop yang popular dengan topi dan skirt pendeknya yang mendapat undian sebanyak 21 peratus.
Dalam satu maklumbalas peminat mengenai Jessica, mereka berkata watak animasi itu merupakan seorang yang seksi, menarik serta menyukai lelaki yang mempunyai unsur kelucuan dan dia akan melakukan apa sahaja untuk suaminya.
Undian dikendalikan syarikat pengeluar coklat terkenal Cadbury Dairy Milk. Bagaimanapun, watak animasi Cadbury Caramel Bunny hanya menduduki tempat ketiga dengan 10 peratus.
Selain Jessice dan Betty, watak kartun lain adalah Cadbury Caramel Bunny, Cinderella (7%), Snow White (7%) dan Daphne dari filem Scooby Doo (7%).
Menurut jurucakap syarikat Cadbury, tiga watak mendapat undian paling tinggi mempunyai kekuatan yang hampir sama iaitu mereka bersifat menarik dan menggoda.
Pada undian mengenalpasti sebab watak animasi itu seksi, bentuk badan mendapat undian paling tinggi dengan 28 peratus.
Mata yang menarik mendapat tempat kedua dengan 15 peratus dan suara mendapat tempat ketiga dengan 15 peratus undian. – Mynewshub
Tangan Kanak-Kanak Enam Tahun Tersepit Di Eskalator Di Kajang
SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun terselamat daripada kehilangan tangan kanannya selepas tersepit di celah tangga bergerak atau eskalator di sebuah pusat membeli-belah pada Khamis lepas.
Gambar-gambar saat mendebarkan anggota Bomba dan Penyelamat Kajang menyelamatkan kanak-kanak itu dikongsikan laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, menurut laporan blog Sebastian Phiu.
Bilik kawalan Kajang menerima panggilan khidmat khas pada pukul 4.39 petang berkenaan kes tangan tersepit di eskalator.
Bomba Kajang menghantar lima orang anggota ke lokasi kejadian yang tidak didedahkan dan tangan kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan. – Mynewshub
6 Gambar Dekorasi Dinding Ruang Tamu Dengan Pita Pelekat
Menghias rumah sendiri pastinya mendatangkan kepuasan yang mendalam kepada diri. Tetapi malangnya, kita selalu kekeringan idea, tidak kreatif dalam hal menghiasi rumah kediaman. Nak mengupah khidmat pakar dekorasi sudah tentu memakan kos belanja yang mahal, padahal kita sebenarnya boleh melakukannya sendiri tanpa melibatkan sebarang kos.
Seorang Redditor berkongsikan gambar-gambar bagaimana dia menghiasi dinding ruang tamunya dengan hanya menggunakan pita pelekat.
Menurutnya, hanya 4 gulung pita pelekat yang diperlukan dan mengambil masa selama 20 jam untuk menyiapkan konsep unik ini.- HarianBlogger
PAS Adalah Pengkhianat! – Kata Guan Eng
KUALA LUMPUR – PAS akan mengkhianati semua pengundi bukan Islam yang mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perbuatan PAS itu juga secara tidak langsung memberi peluang kepada parti lawan untuk memecahbelahkan kekuatan pakatan pembangkang.
“Jika PAS terus bekerjasama dengan UMNO untuk melaksanakan hudud, nampaknya parti itu memang cukup mudah untuk tertipu dan lebih teruk mengkhianati pengundi bukan Islam.
“PAS juga melakukan percanggahan kerana terus berada dalam pakatan tetapi pada masa sama menjalin kerjasama dengan UMNO melaksanakan hudud,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.
Guan Eng turut menyindir PAS dengan mendakwa parti itu menang kerusi PRU13 bukan kerana mengetengahkan hudud sebaliknya berpegang kepada isu ekonomi, integriti dan akauntabiliti.
“Jika UMNO boleh mendapatkan ramai pengundi Melayu tanpa berkempen tentang hudud, PAS pun sepatutnya boleh begitu,” tegasnya.
Media pada 2 Mei lalu melaporkan, kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan sepakat menubuhkan satu jawatankuasa teknikal khas peringkat kebangsaan bagi memastikan hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik berkata, jawatankuasa tersebut yang akan dibentuk tidak lama lagi berperanan mengkaji peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memberi penerangan kepada semua pihak termasuk masyarakat bukan Islam mengenai pelaksanaannya.- Mynewshub
KLIA2 Beroperasi Dengan Lancar
KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) menguruskan sebanyak 56 penerbangan sejak lapangan terbang itu beroperasi pada 2 Mei lalu.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan media memberitahu, sebanyak empat syarikat penerbangan beroperasi di KLIA2 pada waktu ini.
“Syarikat penerbangan terbabit adalah Malindo Airways, Lion Air, Tiger Airways International dan Cebu Pacific Airways.
“Sebanyak 32 penerbangan Malindo Airways dicatatkan di KLIA2 sehingga 2 Mei lalu, Lion Air (8), Tiger Airways (12) dan Cebu Pacific Airways (4). Operasi KLIA2 berjalan dengan lancar,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, KLIA2 turut memaklumkan telah menguruskan seramai 6,500 penumpang pesawat penerbangan sejak ia beroperasi pada 2 Mei lalu.
Tambah kenyataan itu, sistem pengangkutan awam di hub pengangkutan KLIA2 termasuk teksi, bus dan Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) juga beroperasi dengan lancar.
Kata kenyataan itu, sebanyak 189 perjalanan direkodkan oleh perkhidmatan teksi dan 152 penumpang menggunakan perkhidmatan bas di KLIA2.
Sistem operasi teras di KLIA2 seperti daftar masuk, pengendalian bagasi dan jambatan penumpang juga beroperasi dengan cekap dan stabil, kata kenyataan itu.
Justeru, MAHB meminta orang ramai supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mengesahkan maklumat penerbangan mereka termasuk tentang ketibaan dan berlepas untuk memastikan kelancaran penerbangan mereka.
“AirAsia, AirAsia X, Indonesia AirAsia, Thai AirAsia dan AirAsia Zest pula akan memulakan operasi mereka di KLIA2 bermula 9 Mei ini,” kata kenyataan itu.
Neelofa Akui Hans Isaac Setia Dalam Bercinta
AGAK sukar sebenarnya untuk melihat pelakon dan pengacara, Noor Neelofa atau Lofa, 25, berbicara secara terbuka mengenai hubungan cintanya dengan pelakon kacak Hans Isaac, 43.
Bagaimanapun, menerusi sisipan B*POP, dia dilihat mula berterus-terang mengenai perasaannya.
Ditanya mengenai status mereka kini, Lofa menjawab ‘OK’ dan sudah mula kenal diri Hans sejak mengenalinya tiga tahun lalu.
Menurutnya, ciri-ciri jejaka itu yang ‘gentleman’, matang, mudah beralah dan kreatif adalah antara faktor dia tertarik padanya.
“Selama ini, dia setia dalam bercinta,” ujarnya.
Apabila diajukan perihal lamaran, Lofa berkata biarlah Hans yang akan menjadi orang pertama yang akan tahu keputusannya nanti.
Apa pun, kami berharap hubungan pasangan ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.
Jika benar, maka berakhirlah penantian Hans yang kerap gagal dalam percintaannya sebelum ini…
400 Usahawan ‘Online’ Sertai Festival Venduer
KUALA LUMPUR – Seramai 400 usahawan `online’ akan berkampung selama dua hari di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam, Selangor bermula 10 Mei ini bersempena Festival Venduer.
Pengasas Festival Venduer, Erlyn Khairy berkata, festival itu yang julung kali diadakan Malaysia antara lain bertujuan mempamerkan semua produk usahawan `online’ terbabit kepada orang ramai.
“Idea mengajurkan Festival Venduer timbul apabila kami mendapati semakin ramai menceburi bidang perniagaan secara `online’ terutama di Instagram.
“Penganjuran ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada usahawan terbabit mengenali pelanggan dan usahawan lain dengan lebih dekat. Perniagaan `online’ berjaya menawan ratusan ribu pelanggan secara virtual melalui identiti produk tersendiri,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Seorang lagi Pengasas Festival Venduer, Ashhry Atan berkata, festival selama dua hari itu menjadi platform terbaik untuk usahawan `online’ mempromosikan produk mereka secara fizikal.
Menurutnya, antara produk itu termasuk pakaian, aksesori, biskut, beg tangan serta hasil kreativiti seni dan beliau percaya festival itu akan menarik minat ‘followers’ usahawan terbabit hadir ke festival tersebut.
Jelas beliau, festival itu turut dimeriahkan dengan penampilan artis tempatan seperti Neelofa, Rozita Che Wan dan Memey Suhaiza.
“Antara jenama tempatan yang bakal menyertai Festival Vendeur seperti Adijuma, Radiusite, AshhAnnas, Fashion Republic KL, The Geroboc, Al HumairaContemporary, Erlssignature dan Tudung People,” katanya.
Penyokong Bola Maut ………… Kerana Dibaling Mangkuk Tandas!
RECIFE – Seorang penyokong bola sepak terbunuh apabila dibaling mangkuk tandas ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.
Seorang anggota polis yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, insiden itu berlaku di antara penyokong kedua-dua pasukan selepas perlawanan antara Santa Cruz dan Parana berakhir di Stadium Arudda di sini, kelmarin (waktu tempatan).
Pergaduhan itu tercetus selepas beberapa penyokong fanatik bertindak menanggalkan tiga mangkuk tandas dan membalingnya ke arah penyokong lawan.
Satu daripada mangkuk tandas itu kemudian terkena kepala seorang penonton.
Mangsa yang dikenali sebagai Paulo Ricardo dilaporkan maut di tempat kejadian. – REUTERS
GAMBAR: Pekerja Kanak-Kanak Di Bangladesh
BEKERJA 12 jam setiap hari dan dibayar dengan gaji kecil iaitu sekitar RM216 sebulan.
Itulah hakikat yang perlu dilalui oleh pekerja kanak-kanak miskin di Bangladesh.
Di Dhaka sahaja, terdapat kira-kira 4,000 kanak-kanak yang bekerja di lebih 1,000 buah kilang dan bengkel yang berisiko tinggi.
Had umur bekerja yang ditetapkan di Bangladesh ialah 14 tahun ke atas, namun menerusi kajian Organisasi Pekerja Antarabangsa, 93 peratus pekerja kanak-kanak berusia kurang dari umur tersebut.
“Waktu bekerja yang panjang, gaji rendah, makanan tidak berkhasiat dan suasana kerja yang berbahaya mampu menjejaskan kesihatan kanak-kanak dari segi fizikal dan mental.
“Pekerja kanak-kanak ini juga terdedah pada penderaan di tempat kerja termasuklah penderaan seksual,” menurut kenyataan Unicef.
Semoga gambar yang kami kongsikan ini dapat dijadikan iktibar buat para pembaca.
Sekurang-kurangnya di Malaysia, nasib kanak-kanak jauh lebih terbela dan tidaklah sampai merana sebegini…
Individu Cina Tegur Melayu ‘Bodoh’ Demo GST
BUKAN sekali ada individu dari bangsa lain menyelar bangsa Melayu ekoran kebodohan sendiri dalam berpolitik. Khususnya berkenaan pertelingkahan sesama Melayu sehingga menyebabkan kuasa politik bangsa itu semakin berpecah belah saat ini.
Kali ini seorang individu dengan identiti laman sosial berbangsa cina menegur kebodohan bangsa Melayu yang beramai-ramai membantah perlaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lepas.
Menurutnya, dia berasa lucu dan tertawa apabila GST yang dilihat bakal membantu perniagaan dan ekonomi golongan bumiputera dibangkang dan dibantah keras oleh bangsa itu sendiri dengan melakukan demonstrasi jalanan.
“Sepatutnya kami bangsa cina yang akan merasakan tekanan kerana hak milikan dagangdan dan ekonomi di Malaysia akan dibolot oleh bangsa Melayu.
“Tapi kami tak mahu bising-bising kerana kami tahu bangsa Melayu berniaga bagaimana, jadi kami diamkan sahaja. Tapi bila kami lihat Melayu sendiri tolak GST, adoi.. adoi pecah perut ketawa dalam kedai sama kawan-kawan,” kata individu itu dalam status Facebooknya.
Pada peringkat lebih lanjut statusnya, individu itu dilihat menegur bangsa Melayu dengan lebih tegas akibat perangai golongan berkenaan yang suka menentang tanpa usul periksa.
Lebih-lebih lagi, ekoran kedegilan puak yang obses dan taksub dengan pembangkang enggan hadir dalam ceramah penerangan berkaitan GST yang diadakan oleh kerajaan.
“Sendiri kerajaan mahu bantu bumiputera maju dalam perniagaan dan ekonomi, sendiri bangsa Melayu kasi demo tolak ini kebaikan.
“Lain kali hadiri ceramah GST dahulu dan dengar sendiri… Apa buta kayu punya Melayu Pakatan Rakyat (PR),” kata individu itu.
Maut Ketika Pokok Tumbang… Bukan Kena Hampap…Tetapi Sebab Terperanjat
KUALA LUMPUR – Sebuah pokok tumbang di Jalan Development Kepong Metro Prima pada pukul 6.02 petang Sabtu menyebabkan seorang maut.
Namun menurut pihak bomba, mangsa meninggal dunia bukanlah disebabkan dihempap pokok tetapi mungkin kerana terkejut atau masalah kesihatan.
Mangsa yang ditemui maut di tempat kejadian merupakan seorang wanita berbangsa Cina berusia 42 tahun.
Pegawai Operasinya, Pegawai Bomba Kanan 2 Mohd Razi Mohd Zin memberitahu bahawa pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Jinjang telah ke tempat kejadian sekitar jam 6.14 petang.
“Kejadian berlaku berkemungkinan disebabkan hujan lebat petang tadi namun tiada kerosakan harta benda dilaporkan” katanya lagi ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana pokok tersebut tumbang di bahu jalan. – Astro Awani
Individu Mengaku Jalani Latihan Jihad Di Malaysia
SEORANG individu mengakui pernah menyertai latihan ala ketenteraan bersama seorang pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tahun 90-an yang terbabit dalam gerakan militan di Syria untuk melawan kerajaan pimpinan Bashar Al-Assad.
Individu yang tidak mendedahkan namanya itu berkata kumpulan militan itu sukar dikesan tujuannya pada mulanya kerana menjalani latihan menggunakan sukan menembak seperti paintball.
“Kami dilatih oleh beberapa individu yang cekap mengendalikan senjata dan mereka mendakwa bertugas dalam pasukan keselamatan. Kami akan dipanggil berlatih dengan pemuzik itu atau beberapa rakannya secara percuma kerana latihan itu dibiayai oleh seorang ahli perniagaan dari luar negara dengan kos antara RM10,000 hingga RM20,000 untuk satu sesi.
“Pada mulanya kami seronok kerana menyangka latihan ini hanya untuk suka-suka. Lagipun segalanya dibiayai dan kami hanya perlu bayar duit minyak kereta sendiri dan duit makan. Tetapi, lama-kelamaan saya menjadi cuak kerana latihan itu semakin serius termasuk diterapkan elemen jihad.
“Saya juga hairan kerana latihan yang dijalankan juga lama-kelamaan seperti latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kerana kami diajar cara berperang, meleraikan dan memasang senjata, bagaimana cara untuk bersembunyi dan lain-lain lagi,” katanya menurut laporan The Malaysian Insider yang memetik laporan sebuah akhbar tempatan.
Selain itu, individu itu turut mendedahkan kumpulan militan itu mencari calon yang sesuai untuk dipilih pergi berjihad ke negara bergolak.
Katanya, latihan itu juga didakwa menggunakan senjata tiruan yang diubahsuai seperti senjata sebenar AK-47, MP4, Glock, bom asal dan lain-lain lagi.
Individu itu mendakwa latihan ala ketenteraan itu akan dijalankan di lokasi terpilih pada hujung minggu, iaitu di kawasan ladang kelapa sawit di Selangor dan Johor, bangunan lama di Pahang dan hutan di Kelantan.
Tambahnya lagi, latihan yang dijalankan selama dua hari pada hujung minggu disertai bilangan peserta antara 40 hingga 500 orang termasuk wanita berusia 19 tahun ke atas.
Individu itu juga mendakwa, selain pemuzik tersebut, turut kelihatan dalam kumpulan itu beberapa bekas artis termasuk penyanyi dan pemain gitar kumpulan rock terkenal.
“Dalam kumpulan itu selain pemuzik tersebut saya kenal beberapa lagi, yang turut pergi berjihad mereka terlalu taksub untuk mati syahid,” katanya.
Individu itu berkata mengambil keputusan menjauhkan diri daripada kumpulan tersebut setelah diajak untuk pergi berjihad dan mati syahid dan terpanggil berkongsi pengalaman itu kepada media.
“Mereka tidak mengajak semua. Hanya yang terpilih. Orang yang tidak dipilih memang tidak tahu apa apa. Selepas itu baru saya faham apa sebenarnya tujuan latihan.
“Dan apabila berita mengenai rakyat Malaysia pergi berjihad di Syria keluar media saya terpanggil berkongsi pengalaman saya,” katanya.
Mynewshub.my pernah menulis berkenaan pemuzik dari kumpulan rock Ukays, Ali yang berada di Syria untuk membantu jihad di negara itu.
Ali yang bermain alat muzik dram untuk kumpulan berkenaan kini dikatakan bersama-sama rakyat Syria menentang rejim Presiden Bashar Al- Assad.
Laporan Media Asing – Ini Laporan Mengarut, Ketua Polis Negara
KETUA Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan beberapa media asing antaranya Daily Mirror yang melaporkan suspek anggota militan yang ditahan di Kedah dan Selangor minggu lepas turut disoal-siasat berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
“Ini laporan mengarut. Ia tiada kena mengena dengan MH370,” katanya menurut laporan The Star hari ini.
Anggota kumpulan militan yang menjadi sasaran Cawangan Khas Unit Anti Keganasan Bukit Aman dipercayai mempunyai rangkaian di Syria dan selatan Filipina.
Sehingga kini polis sudah menahan 11 suspek kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di dalam dan luar negara.
Semua yang ditahan dalam operasi serentak di beberapa lokasi di Kedah dan Selangor itu berusia antara 22 dan 55 tahun dan disyaki terbabit dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas.
Mereka ditahan mengikut BAB VI A – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan.
Hari ini laporan New York Post turut menyebut pihak risikan antarabangsa antaranya Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) dan risikan Britain (MI6) meminta pihak berkuasa Malaysia membuat soal siasat yang lebih tegas ke atas suspek yang ditahan itu.
Sejak awal kehilangan MH370, media asing antaranya Daily Mail UK, CNN dan Daily Mirror kerap menghasilkan laporan berunsur sensasi semata-mata dengan banyak kekurangan dari segi maklumat dan fakta.
Mereka turut memetik pelbagai kenyataan dari jurucakap kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia bagaimanapun tidak menyertakan sekali nama sumber yang didakwa mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Fakta Kejadian Menarik Melibatkan Seorang Pelampau Agama Jepun
SELEPAS 17 tahun hidup sebagai salah seorang buruan polis yang paling dikehendaki di Jepun, Makoto Hirata akhirnya bercadang untuk menyerah diri pada tahun 2012.
Hirata merupakan salah seorang ahli kumpulan pelampau agama ‘Aum Supreme Truth’ yang terlibat dalam serangan gas sarin keretapi bawah tanah di Tokyo pada tahun 1995.
Serangan yang dianggap sebagai terburuk di Jepun itu menyebabkan 12 orang terbunuh, manakala 6,000 orang lagi jatuh sakit.
Namun, bukan mudah untuk Hirata menyerah diri apabila niatnya itu dianggap sebagai gurauan.
Pada mulanya, dia cuba pergi ke ibu pejabat polis Osaki yang menyiasat mengenai aktiviti kumpulan itu, namun tidak dapat menemui anggota polis yang bertugas pada hari itu.
Dia kemudiannya menuju ke Kasumigaseki untuk ke Pejabat Polis Metropolitan Tokyo untuk meneruskan niatnya menyerah diri.
Bagaimanapun, pegawai yang bertugas tidak mahu mempercayainya dan menganggap dia cuba mengenakan mereka.
Pegawai itu kemudiannya mengarahkan Hirata supaya ‘mencuba nasib’ di sebuah balai polis kecil di Marunoichi.
Di sanalah identitinya dikesan dan penjenayah itu segera ditahan.
Peristiwa itu secara tidak langsung memberi tamparan hebat kepada pihak polis Metropolitan Tokyo kerana ia menunjukkan ketidakcekapan mereka dalam menahan penjenayah walaupun Hirata sudah rela hati menyerah diri.
Tambahan pula, ketika ditahan, fizikalnya juga tidak banyak berubah walaupun sudah berusia 46 tahun kecuali rambutnya yang sedikit panjang.
Pada masa yang sama, polis percaya, tindakannya menyerah diri itu ada kaitan dengan kematian ibunya yang cukup rapat dengannya.
Dua Parah Dahan Pokok Patah Di Masjid Negara
MENERUSI gambar yang dikongsikan di Facebook Oh! Media, berlaku satu kejadian dahan pokok patah di Masjid Negara sebelum solat Jumaat, dua hari lalu.
Akibatnya, ia telah menghempap kawasan meja makan yang dipenuhi oleh orang ramai yang sedang menjamu selera sebelum menunaikan ibadah mereka.
Menurut pengirimnya yang dikenali sebagai Eddy, kejadian itu mengakibatkan dua orang parah, manakala dua orang lagi cedera di bahagian kepala dan kaki.
Khabarnya, pokok tersebut sudah lama tumbuh di situ.
Diharapkan selepas ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat memantau dan memotong dahan pokok-pokok tua di sekitar bandaraya yang mempunyai kecenderungan untuk patah terutamanya dengan cuaca yang tidak menentu kini.
6 Warga Bangla Ditahan Bergaduh Rebut Bilik Air
NIBONG TEBAL – Seorang pekerja Bangladesh cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam satu pergaduhan di sebuah rumah kongsi di tapak projek berhampiran Taman Villa Tasek Mutiara di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat, berkata pergaduhan dipercayai bermula akibat perebutan bilik air kira-kira jam 7.40 malam.
“Seorang daripada mereka dikatakan telah berebut bilik air dan mengotorkannya dengan memakai but keselamatan bekerja yang berlumpur.
“Berikutan itu rakannya yang tidak berpuas hati telah memarahinya sebelum berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara mereka dengan menggunakan sebilah pisau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, empat rakan yang lain cuba meleraikan pergaduhan itu bagaimanapun mereka turut tercedera sehingga terpaksa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam.
Shafien berkata, pihak polis menahan enam lelaki Bangladesh berusia antara 28 hingga 31 tahun bagi membantu siasatan.
Katanya, polis turut merampas sebilah pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Semua yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. – BERNAMA
Cincin Tunang George Clooney RM2.4 Juta
KALAU melibatkan artis barat bukan sahaja perkahwinan mereka menelan belanja besar, pertunangan pun boleh tahan belanjanya.
Pertunangan pelakon kacak George Clooney dan kekasihnya Amal Alamuddin contohnya mengejutkan ramai pihak apalagi pasangan itu begitu cepat menghebahkan berkenaan hubungan mereka selepas hanya tujuh bulan berkenalan.
Bukan sahaja pertunangan mereka yang mengejutkan tetapi cincin pertunangan George yang diberikan kepada Amal turut menjadi bualan ramai kerana harganya.
Menurut laporan E! Online, bintang The Monuments Men itu telah menghabiskan wang sebanyak RM2.4 juta hanya untuk membeli sebentuk cincin.
Cincin tersebut dihiasi batu berlian tujuh karat dan ia telah diberikan kepada Amal dengan gaya persembahan yang cukup mewah ketika pasangan itu makan malam di London pada minggu lalu.
Menurut laporan media asing lain, Clooney dikatakan turut membantu merekabentuk cincin berkenaan yang dihasilkan khas dengan platinum.
Cincin itu didedahkan kepada orang ramai pada sebuah parti suami model terkenal Cindy Crawford, Rande Gerber di Santa Barbara hari ini dan imej cincin itu didedahkan di muka depan majalah People minggu ini.
3 Suspek Ditembak Di JB Terbabit Kegiatan Samun
JOHOR BAHRU – Tiga suspek yang ditembak mati polis malam tadi dikenal pasti terbabit dalam kegiatan samun pusat beli-belah dan pengurup wang.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata rentetan daripada kejadian itu, polis turut menahan lapan suspek dipercayai daripada kumpulan penjenayah yang sama.
Beliau berkata, kesemua mereka ditahan polis dalam satu operasi khas sekitar bandar raya ini sejak tengah malam hingga awal pagi tadi.
Bakri berkata, siasatan lanjut polis mendapati dua daripada tiga suspek yang mati itu mempunyai sembilan rekod jenayah membabitkan kes samun di negeri ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, sebentar tadi. – Berita Harian
PKR Dan DAP Perlu Halang PAS Laksana Hudud - Kata Presiden MCA (Kalau dah xnak macam-macam alasan)
PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP perlu menghalang rakan sekutu mereka, PAS daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata PKR dan DAP telah membantu PAS dalam pilihan raya umum yang lepas, justeru kedua-dua parti itu dilihat mempunyai kuasa untuk ‘menghalang’ pelaksanaan hukuman itu.
“Kini PAS bercadang melaksanakan hudud, jadi terserah kepada DAP dan Keadilan (PKR) untuk bercakap dengan mereka (PAS),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dharma Walk 2014-’Strive On With Every Step’ anjuran Young Buddhist Association of Malaysia (YBAM) di sini, hari ini.
Liow sekali lagi menegaskan pendirian MCA yang menolak pelaksanaan hukum hudud memandangkan pelaksanaan dua undang-undang jenayah, sivil dan syariah, akan menyebabkan kekeliruan, dan ia bercanggah dengan perlembagaan negara.
Isu pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan kembali hangat menjadi perbincangan umum akhir-akhir ini apabila kerajaan negeri Kelantan, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan Hudud, di Dewan Rakyat Jun ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata pembentangan rang undang-undang Hudud itu adalah bagi mendapatkan kebenaran Parlimen, melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.
DAP menentang rang undang-undang itu yang menegaskan bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR. – BERNAMA
Bunuh Kekasih Gara-Gara Tak Beli Hadiah
SEORANG wanita mengandung, Miata Phelan, 24, kini didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh teman lelakinya pada 30 April lalu di kediaman mereka di Southwest Side, Chicago.
Kejadian berlaku gara-gara Larry Martin, 28, tidak membeli hadiah untuk dirinya sewaktu pasangan itu membeli belah bersama sepupu dan anak lelaki Martin di sebuah kompleks membeli-belah.
Pergaduhan mula tercetus sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dan Phelan yang memandu kenderaan bertindak meninggalkan ketiga-tiga mereka di tepi jalan.
Mereka kemudiannya berjalan kaki untuk kembali ke kediaman yang dikongsi oleh Phelan dan Martin.
Sebaik sahaja pintu dibuka, wanita itu terus menikam kekasihnya dan berkata:
“Inilah yang awak dapat kerana mencari pasal dengan saya. Saya harap awak mati!”
Kejadian tersebut disaksikan oleh anak Martin yang berusia lapan tahun, Lavelle.
“Ayat terakhirnya kepada saya…’ayah akan mati, tapi ayah sayangkan awak,” ceritanya.
Martin kemudiannya dibawa ke hospital Oak Lawn dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Bagaimanapun, hakim Maria Kuriakos Ciesel membenarkan Phelan diikat jamin sebanyak RM3.3 juta.
3 Kanak-Kanak, 2 Dewasa Ditemui Mati Dalam Kabin
ELIMSPORT, Pennsylvania – Polis Amerika Syarikat hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak ditemui mati di dalam kabin di sayu kawasan di daerah berkenaan.
Punca kematian dikaitkan dengan kandungan toksik karbon monoksida yang tinggi dalam darah mereka.
Polis negeri turut berkata alat pemanas propana turut ditemui di dalam kabin di mana lima mayat itu ditemui pada sabtu.
Akhbar The Williamsport Sun-Gazette melaporkan bahawa mayat-mayat itu ditemui oleh pemilik kabin berkenaan pagi sabtu.
Pihak Polis negeri mengklasifiksikan kematian adalah satu kes yang mencurigakan, tetapi siasatan sedang dijalankan.
Kedua-dua mayat dewasa telah dikenal pasti sebagai Jacqueline R. Stackhouse 23 tahun Nathan L. Reece, 30 tahun.
Manakala 3 mayat kanak-kanak berusia 4 hingga 9 tahun itu masih belum diketahui. – AP
ReplyDeleteTuan Nyonya
Terutama di seluruh dunia, Anda perlu pinjaman uang antar individu untuk mengatasi kesulitan keuangan akhirnya memecahkan kebuntuan diprovokasi oleh bank, oleh penolakan file aplikasi pinjaman Anda. Kami adalah jaringan ahli keuangan swasta mampu membuat pinjaman untuk jumlah yang Anda butuhkan dan dengan kondisi yang membuat hidup Anda lebih mudah. Kami dapat membantu Anda dalam bidang berikut:
Keuangan *
* Home Loan
* Investasi Pinjaman
* Auto Pinjaman
* Konsolidasi hutang
* Line of Credit
* Kedua Mortgage
* Akuisisi kredit
* Personal Loan
Anda terjebak, Bank dilarang dan Anda tidak mendapatkan manfaat dari bank atau Anda lebih baik memiliki sebuah proyek dan membutuhkan pembiayaan, kredit buruk atau membutuhkan uang untuk membayar tagihan, uang untuk berinvestasi pada bisnis. Sementara kami siap melayani anda untuk aplikasi pinjaman pribadi Anda dari € 500 sampai € 10 juta untuk masing-masing tertentu dapat membayar tingkat bunga 1,5%. Kami berada dalam posisi untuk memenuhi peminjam kami dalam waktu 12 jam sejak diterimanya permohonan mereka.
Silahkan hubungi kami untuk lebih jelasnya;
dangotegrouploandepartment@gmail.com
Aku Widya Okta, saya ingin bersaksi pekerjaan yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari untuk pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka orang yang mencari pinjaman di antara kamu? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari suatu 6-kredit pemberi pinjaman penipuan, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri, sebelum aku rilis dari penjara dan teman yang saya saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya ke perusahaan pinjaman dapat diandalkan yang SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya Rp900,000,000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam 24 jam yang saya diterapkan, Jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik kontak SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui email:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
ReplyDeleteAnda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (widyaokta750@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.
Assalamualaikum wr wb
ReplyDeleteSaya ingin mengembalikan semua kemuliaan kepada Yang Maha Kuasa karena kesetiaannya kepada saya dan seluruh keluarga saya karena menggunakan Ibu Emiliana untuk mengubah situasi keuangan saya menjadi kehidupan yang lebih baik dan stabil sehingga sekarang saya memiliki bisnis sendiri di kota.
Nama saya Henik Kustinawati, alamat: pulo wonokromo no 306A, indonesia,
saya ingin berterima kasih kepada ibu Emiliana karena telah membantu saya dengan pinjaman yang bagus setelah saya menderita banyak di tangan pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa menawarkan pinjaman kepada saya, saya telah membutuhkan pinjaman selama 1 tahun terakhir untuk memulai bisnis saya sendiri di kota tempat saya berada dan saya jatuh ke tangan perusahaan palsu di India yang menipu saya dan tidak menawarkan pinjaman kepada saya dan saya sangat frustrasi karena saya kehilangan semua uang saya ke perusahaan palsu di india , karena saya berhutang budi kepada bank dan teman-teman saya dan saya tidak memiliki seseorang untuk mencapainya, sampai pada suatu hari yang setia bahwa seorang teman saya memanggil Madinatul Munawaroh setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapatkan pinjaman dari Ibu Emiliana, maka saya harus hubungi Madinatul Munawaroh dan dia mengatakan kepada saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi ibu Emiliana bahwa dia adalah ibu yang baik dan saya harus mengumpulkan keberanian dan saya menghubungi ibu Emilina dan saya terkejut bahwa pinjaman saya diproses dan disetujui dan dalam waktu 2 jam pinjaman saya dipindahkan ke akun saya dan saya begitu s Hock bahwa ini adalah keajaiban dan saya harus bersaksi tentang karya bagus Ibu Emiliana
jadi saya akan saran semua orang yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi ibu perusahaan Emiliana via email: emilianawilson111@gmail.com
dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan bersaksi seperti yang telah saya lakukan dan Anda juga bisa menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut tentang ibu emiliana melalui email saya: heniekustinawati@gmail.com
dan Anda masih bisa menghubungi teman saya Madinatul Munawaroh melalui email: madinatul44@gmail.com
yang mengenalkan saya pada Ibu Emiliana
semoga Allah terus memberkati dan mendukung Ibu Emiliana karena telah mengubah kehidupan finansial dan umur panjangku bagi ibu Emiliana untuk mengubah hidupku ..
Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
ReplyDeleteSelepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Terima kasih semua.