Thursday, May 15, 2014

Berita Terkini 15 May 2014

Bapa 'ajar' anak cuai

Kereta Honda Civic 1.4 yang dijual seorang bapa di laman Gumtree selepas kereta yang dipandu anaknya itu terbabit dalam satu kemalangan jalan raya, baru-baru ini. - AGENSI
LONDON 14 Mei - Seorang bapa di Scotland bertindak menjual bahagian-bahagian sebuah kereta Honda Civic 1.4 miliknya di laman perniagaan Gumtree, hanya pada harga 1 peni (RM0.05) bagi memberi pengajaran kepada anaknya, selepas kereta yang dipandu anak lelakinya itu terlibat dalam kemalangan, baru-baru, ini. Steve Clark, dari Kampung Monikie dekat Angus bertindak demikian bertujuan untuk memalukan dan mengajar anaknya, selain berharap tindakan itu dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa lain supaya memastikan anak-anak mereka memandu secara berhemah. “Oleh kerana anak lelaki saya menganggap dirinya seperti Colin McRae, seorang pemandu kereta rali Scotland, saya mengambil keputusan menjual sebuah kereta Honda Civic 1.4 keluaran tahun 2000 untuk dijadikan alat ganti. “Dia mungkin terlalu sukar mengawal kereta itu. Dia hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai melakukannya. Dia akan berjalan kaki selepas ini bagi tempoh yang panjang," kata Clark dalam iklan pada laman web itu, sebagaimana dilaporkan Mail Online. Ketika kejadian, anak Clark, Nathanial yang baru berusia 17 tahun dan baru mendapat lesen memandu pada awal bulan ini, memandu kereta itu di Bonnyton Road sebelum terlibat dalam kemalangan, namun dia tidak mengalami kecederaan dalam insiden tersebut. Clark berkata, dia suka melakukan sesuatu perkara di luar kotak dan merasakan tindakannya memuatnaik iklan itu melalui atas talian merupakan cara terbaik bagi memalukan anaknya. Malah, kata Clark, dia dan isterinya menerima puluhan mesej tanda sokongan daripada ibu bapa lain atas tindakannya itu. “Tindakan itu hanya bagi menyedarkan orang ramai dan memaklumkan kepada mereka tentang perkara sebenar, terutamanya bila anak masing-masing keluar memandu dan bagaimana perasaan ibu bapa yang duduk di rumah menunggu mereka atau tertanya-tanya sama ada mereka akan pulang ke rumah atau tidak,'' katanya. Abang Nathanial, Nicholas, 27, ketika menunjukkan iklan itu kepada adiknya selepas lima jam dimuatnaik berkata, adiknya begitu terkejut dan malu selepas iklan tersebut mendapat perhatian banyak pihak. Clark berkata, sejak iklan itu dimuatnaik kelmarin, dia menerima banyak panggilan termasuk daripada individu yang menawarkannya beberapa kotak biskut sebagai pertukaran dengan bahagian-bahagian kenderaan itu, malah dia turut ditawarkan wang sebanyak 250 pound (RM1,361) dan 370 pound (RM2,015) bagi membeli bahagian-bahagian kereta tersebut.

Aset Ikhwanul Muslimin dibeku

Sebahagian pelajar yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin berlari menyelamatkan diri selepas polis anti-rusuhan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah ketika mereka mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah, baru-baru ini. - REUTERS
KAHERAH 13 Mei - Aset milik 30 pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin serta 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan enam buah syarikat yang didakwa bergabung dengan pergerakan yang diharamkan itu dirampas dan dibekukan oleh sebuah jawatankuasa penilai yang ditubuhkan oleh kerajaan Mesir. Portal berita Arab Saudi, ahram.org.eg melaporkan, ketua jawatankuasa itu, Ezzat Khamis berkata, tindakan tersebut dilakukan berikutan beberapa siasatan keselamatan dan badan eksekutif Mesir. Katanya, syarikat gabungan pergerakan itu terbabit dalam bidang produksi media dan kontrak. Namun, pihak pendakwa raya enggan mendedahkan nama individu, NGO atau syarikat yang asetnya dibekukan itu. Sejak Mac lalu, panel jawatankuasa khas itu telah membekukan aset 702 pemimpin Ikhwanul Muslimin, sebagai tambahan, bagi meletakkan pengurusan 1,050 buah NGO dan sebahagian 147 sekolah yang menjadi rakan gabungan pergerakan Islam itu di bawah badan pemegang amanah kerajaan. Sebelum ini, pergerakan Islam itu telah diharamkan oleh sebuah Mahkamah pada September lalu, dua bulan selepas Presiden Mohamed Mursi digulingkan oleh tentera. Dua tindakan undang-undang dan satu tindakan mencabar telah difailkan di mahkamah terhadap pemerintah, kes yang masih belum diselesaikan. Pihak berkuasa Mesir turut menganggap pergerakan itu sebagai sebuah pertubuhan pengganas pada Disember lalu.

Teknik terbaharu rompak bagasi

Pakar menunjukkan bagaimana dengan hanya menggunakan sebatang pen sesebuah bagasi dapat dibuka dan ditutup kembali tanpa pengetahuan pemiliknya.
AGENSI NEW YORK 13 Mei - Seorang pakar kunci dan pengembara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bagaimana bagasi baju begitu mudah dibuka tanpa menjejaskan mangga kunci yang dipasang kepada bagasi dengan hanya menggunakan sebatang pen. “Jika anda berfikir dengan mengunci beg dapat menghalang pencuri membuka bagasi anda dan seterusnya mencuri barangan berharga di dalamnya, maka anda salah," katanya. Portal berita dailymail.com dalam satu rakaman video yang menggemparkan mendedahkan betapa mudahnya sesebuah bagasi itu dibuka dan mencuri barangan di dalamnya atau memasukkan sesuatu yang mencurigakan ke dalam bagasi itu tanpa diketahui pemilik hanya dengan menggunakan sebatang pen. Lebih mengejutkan sesebuah bagasi berkunci itu kemudian ditutup kembali dalam keadaan sediakala seperti tidak pernah disentuh oleh sesiapa, tanpa pengetahuan pemiliknya. Pakar kunci itu yang hanya dikenali sebagai bosnianbill membuat pendedahan itu selepas bagasi seorang rakannya dipecah dan beberapa barangan berharga milik rakannya dicuri ketika dia dalam penerbangan dari Afrika ke Amerika Syarikat. Teknik terbaharu yang mengejutkan itu menunjukkan bagaimana bagasi seseorang penumpang boleh dibuka tanpa diketahui pemiliknya sehingga penumpang itu meninggalkan lapangan terbang. Adalah amat sukar bagi seseorang mangsa untuk membuat tuntutan jika berlaku kehilangan sesuatu barangannya di dalam bagasi, sejurus selepas seseorang penumpang itu meninggalkan premis lapangan terbang. Bagi mengatasi masalah itu, bosnianbill mencadangkan penumpang atau pengembara menggunakan bagasi berkulit keras yang menggunakan mangga kunci demi keselamatan selain membawa bagasi mereka bersama untuk imbasan serta pemeriksaan lanjut jika diminta.

Kapal Christopher Colombus ditemui
Port Au-Prince: Sekumpulan penyelidik dasar laut kelmarin berkata mereka menemui bangkai sebuah kapal di pesisir pantai Haiti dipercayai kapal Santa Maria, milik pelayar Sepanyol, Christopher Columbus daripada pelayaran pertamanya ke Amerika. Satu sidang media diadakan di New York mendedahkan penemuan bangkai kapal itu dan mengapa mereka berpendapat ia adalah sejarah penting. Seorang penyelidik Barry Clifford yang juga pakar arkeologi maritim dari Massachusetts, berkata kapal itu ditemui di kawasan lokasi Columbus berkata Santa Maria karam lebih 500 tahun lalu. Clifford percaya ekspedisi beliau membawa kepada penemuan bangkai kapal berkenaan yang mungkin memberikan bukti cukup untuk mengesahkan kebenarannya, 11 tahun selepas beliau melakukan siasatan terhadapnya. Semua bukti geografi, keadaan permukaan dasar laut dan arkeologi dengan kukuh mencadangkan bahawa bangkai kapal ini adalah kapal terkemuka Columbus, iaitu Santa Maria, kata Clifford, Saya yakin bahawa penggalian penuh bangkai kapal akan memberikan bukti arkeologi marin pertama mengenai benua Amerika yang ditemui Colombus, katanya dalam satu kenyataan.

Bawa dua anak lepas gian
Bawa dua anak lepas gian
Kandang kambing yang dijadikan tempat tidur penagih dan tempat melepaskan gian mereka.
BESUT - Seorang bapa tergamak membawa dua anak lelakinya berusia 5 dan 8 tahun ke tempat dia melepaskan gian di sebuah kandang kambing terbiar di Kampung Gong Pasir, Kerandang, di sini, pagi kelmarin. Suspek berusia 38 tahun yang tinggal di sebuah kampung di Jertih itu dipercayai ke lokasi terbabit untuk mengambil dadah, sebelum diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah yang menjalankan Ops Tapis. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek yang datang menunggang sebuah motosikal sambil membonceng dua anaknya diberkas berhampiran bangsal itu bersama tiga lagi suspek pada jam 10.30 pagi sebaik memasuki kawasan tersebut. Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan dan memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dikatakan sering ke lokasi tersebut untuk melepaskan gian. “Dia ditangkap di dalam semak berhampiran kandang kambing itu oleh sepasukan polis yang bersembunyi dan menunggu di kawasan berhampiran,” katanya. Kamaruddin berkata, terdahulu, pasukan sama memberkas empat suspek lain yang memasuki kawasan tersebut bermula jam 8 pagi. Katanya, kesemua suspek yang diberkas berusia antara 21 hingga 42 tahun dan kebanyakan mereka adalah penganggur dan turut mempunyai rekod kesalahan dadah. Beliau berkata, saringan air kencing terhadap semua suspek juga mendapati mereka positif dadah jenis heroin. “Polis turut merampas satu straw mengandungi serbuk kemerahan dan dua botol mengandungi serbuk putih dipercayai dadah daripada dua suspek. “Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut manakala dua kanak-kanak tersebut diserahkan kepada waris mereka,” katanya. Kata Kamaruddin, kandang tersebut juga dijadikan tempat tidur penagih kerana terdapat kelambu dan juga alas tidur. Menurutnya, polis akan mengadakan operasi berterusan di lokasi yang dipercayai dijadikan tempat penagihan dadah. Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta yang sama.

Jangan letak beg di tempat duduk penumpang
KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan orang ramai khususnya pemandu wanita tidak meletak beg tangan di tempat duduk penumpang. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Nor Azman Muhammad Yusof berkata, sepanjang dua minggu ini sudah 10 laporan diterimanya di mana cermin kereta dipecah dan beg tangan mangsa disamun. Menurutnya, modus operandi samun sebegini adalah ketika keadaan trafik sesak sama ada ketika hujan lebat atau di lampu isyarat dan paling kerap menjadi mangsa adalah wanita. “Bila pemandu (wanita) meletakkan beg tangan di tempat penumpang , ia akan memudahkan suspek datang dan memecah cermin kereta tersebut. “Suspek akan datang menaiki motosikal sebelum salah seorang memecahkan cermin kereta berkenaan,” katanya.

Khalwat: Tunjuk kad kuasa elak ditangkap
KOTA BHARU - Seorang lelaki bertindak menyamar sebagai anggota polis ketika ditahan sepasukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK) atas kesalahan berkhalwat. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan pada 6.45 pagi semalam di sebuah rumah di Kampung Sireh di sini. "Suspek mengatakan beliau adalah anggota polis dan bertindak menunjukkan kad kuasa berwarna putih berlambang polis yang dibalut plastik lut sinar yang tergantung pada lehernya. "Suspek menyamar bagi mengelakkan dia ditahan atas kesalahan berkhalwat dengan seorang wanita," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Turut ditemukan sepasang gari dan dua buah walkie-talkie dan suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, katanya. Idris berkata suspek ditahan reman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barang-barang yang dibekalkan kepada pegawai polis. - Bernama

Pemandu berdepan 484 pertuduhan lupus harta curi
Pemandu berdepan 484 pertuduhan lupus harta curi
Saidina Azzuanira (kiri) berdepan 484 pertuduhan melupuskan harta curi melibatkan wang berjumlah RM643,897 dua tahun lalu. - Foto Sinar Harian oleh SAIFUDDIN ABDUL
KLANG - Seorang pemandu dihadapkan ke mahkamah majistret di sini hari ini atas 484 pertuduhan melupuskan harta curi melibatkan wang berjumlah RM643,897 dua tahun lalu. Saidina Azzuanira Saidina Othman, 43, bagaimana pun tidak mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. Dia didakwa dengan sengaja menolong memindahkan harta curi iaitu wang tersebut dari dalam akaun Hong Leong Bank syarikat Mai Trading miliknya. Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Hong Leong Bank, Cawangan Pelabuhan Klang pada 31 Januari 2012 sehingga 31 Januari 2013. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Mahmoodah mencadangkan mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan ini melibatkan nilai kerugian yang tinggi. "Selain itu, saya juga memohon agar kes ini dibawa ke Mahkamah Sesyen 6, Shah Alam, untuk dibicarakan bersama dengan kes yang berkait dengan kes ini," katanya. Majistret, Mohd Fadhly Yaacob bagaimanapun membenarkan permohonan Mahmoodah. Sebelum ini, pada 15 Jun 2013, seorang bekas eksekutif akaun wanita yang juga isteri kepada Saidina Azzuanira, didakwa di Mahkamah Sesyen terhadap 489 pertuduhan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM647,445.37 milik bekas majikannya, empat tahun lalu. Mengikut pertuduhan, Mai Shahira melakukan melakukan pecah amanah dengan membuat pembayaran 489 cek bernilai RM647,445.37 kepada Maidina Othman Trading milik Saidina Azzuanira Saidina Othman, yang diketahui tertuduh tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan majikannya, UTI Worlwide (M) Sdn Bhd, serta tidak sepatutnya menerima bayaran itu.

Sembilan nelayan China didakwa di Filipina
Sembilan nelayan China didakwa di Filipina
Pihak berkuasa memunggah bangkai penyu dari kapal China dirampas, minggu lalu.
PUERTO PRINCESA - FILIPINA . Pendakwa raya Filipina memfailkan tuduhan jenayah terhadap sembilan nelayan China kerana memburu lebih 500 penyu laut secara haram. Allan Ross Rodriguez berkata, mereka didakwa melanggar undang-undang pemburuan haram dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga AS$200,000 (RM648,000) jika sabit kesalahan. Kesemua tertuduh itu akan dipanggil semula untuk membuat rayuan dalam tempoh 10 hari lagi dan mahkamah membenarkan ikat jamin AS$1,570 (RM5,082) setiap seorang. Minggu lalu, polis Filipina merampas kapal nelayan milik China dan menahan 11 anak kapal bersama ratusan bangkai penyu Half Moon Shoal yang disenaraikan sebagai spesies hidupan akuatik dilindungi kira-kira 111 kilometer dari Palawan, dipetik dai laporan AFP.

Dua remaja tidak bersekolah dicekup
Dua remaja tidak bersekolah dicekup
Nor Azman (kiri) menunjukkan antara barang yang dirampas dalam tangkapan di Kampung Baru Air Panas.
KUALA LUMPUR - Dua remaja tidak bersekolah antara yang ditahan polis disyaki terlibat lebih 50 kes samun jalanan di sekitar Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Nor Azman Muhamad Yusof berkata, tangkapan pertama dibuat di kawasan Taman Sri Rampai melibatkan seorang remaja berusia 16 tahun pada 4 April lalu. Menurutnya, susulan daripada itu, dua lagi rakannya turut ditahan pada keesokan harinya. “Dua suspek berusia 16 dan 21 tahun ditahan di Kampung Baru Air Panas. “Kita turut merampas satu beg galas mengandungi satu telefon bimbit dan komputer riba,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, semalam. Beliau berkata, polis percaya suspek ini terlibat lebih daripada 50 samun. Katanya, suspek akan direman seminggu dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Jabatan Imigresen Selangor Lumpuh Sindiket Pemalsuan Permit Kerja, Dalang Ditahan

Pengarah Imigresen Negeri Selangor Amran Ahmad menunjukkan pelekat permit palsu (kiri) dan yang tulen (kanan) semasa sidang media sindiket pemalsuan untuk permit kerja warga asing di Pelabuhan Klang, Rabu.

PELABUHAN KLANG: Jabatan Imigresen Selangor melumpuhkan sindiket pemalsuan permit kerja untuk pekerja asing yang dipercayai telah meraih puluhan ribu ringgit sejak penubuhannya kira-kira dua tahun lalu. Pengarah Imigresen Selangor Amran Ahmad berkata sepasukan lapan orang pegawai yang diketuai oleh timbalannya M.Chandran menangkap dalang sindiket yang merupakan warga tempatan berusia 21 tahun pada Jumaat di sebuah kondominium mewah di Batu Caves. Beliau berkata suspek, yang berpura-pura sebagai ejen yang diberi kuasa telah ditangkap dengan pelekat permit palsu daripada Kementerian Dalam Negeri, Imigresen dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bercakap pada sidang akhbar di sini, Amran tidak menolak kemungkinan jika terdapat penglibatan orang dalam dari jabatannya yang berhubungan dengan suspek. "Pelekat itu begitu serupa dengan yang asli dan dengan mudah boleh diluluskan. "Kami juga menyiasat jika terdadat sesiapa sahaja di jabatan imigresen yang bekerja dengan suspek," kata beliau sambil menambah pihaknya setakat ini telah menyiasat seorang pegawai. Turut dirampas dalam serbuan itu ialah Nissan Almera, kereta BMW dan motosikal, beberapa pasport asing, pencetak, kad memori dan CPU. Amran berkata, suspek yang mengenakan bayaran RM4,000 bagi setiap "kerja" permit sambil menambah jumlah itu adalah RM2,000 lebih banyak jika syarikat berurusan secara langsung dengan Jabatan Imigresen. "Syarikat-syarikat ini secara tidak sengaja bertemu ejen ini (suspek) untuk mendapatkan permit kerja, tetapi ditipu oleh suspek, yang mengaku sebagai ejen yang sah," katanya. Amran berkata pihaknya menjangkakan lebih banyak tangkapan dibuat. Beliau juga berkata serbuan ini adalah yang terbesar untuk jabatan pada tahun ini. Kes itu, disiasat di bawah Seksyen 55D, Seksyen 56(1A) (b), Seksyen 56 (1A) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12 (1)(f) Akta Pasport 1966.
Dalang dokumen palsu diberkas
Sumber: mStar

Cinta FB bawa ke hotel bajet

ALOR SETAR - Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel bajet, dekat sini. Wanita berusia 26 tahun terbabit mendakwa berasal dari Sabah datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mencari pekerjaan atas bantuan teman lelakinya. Difahamkan, dia sanggup menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum dibawa teman lelakinya ke negeri ini untuk mendapatkan kerja. Malah, dia bagaimanapun memberikan alasan terpaksa menginap di hotel bajet terbabit untuk menjimatkan wang, malah mendakwa baru sahaja memasuki bilik itu. Namun, teman lelakinya berusia 23 tahun bertindak menyembunyikan diri di bawah katil hotel berkenaan semasa serbuan sehingga memaksa penguatkuasa mengangkat katil itu. Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, pasukan penguatkuasa Jaik turut menahan beberapa pasangan termasuk seorang kanak-kanak di hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.
Bawa anak OKU berkhalwat
Dalam perkembangan sama, seorang ibu muda sanggup membawa anak perempuannya berusia tujuh tahun semata-mata untuk bermadu kasih bersama teman lelakinya yang berusia 23 tahun. Difahamkan, wanita berusia 25 tahun dari Teluk Kechai, dekat sini, dalam proses penceraian bersama suaminya, bagaimanapun masih memegang status isteri orang. Ibu muda terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya yang bekerja di sebuah pasaraya mendakwa hubungan dia bersama wanita terbabit hanyalah kakak angkat semata-mata. Manakala, wanita terbabit mendakwa keluar dari kediaman mereka bersama anak perempuan orang kurang upaya (OKU) kerana tiada tempat berlindung selepas dihalau keluar. Turut ditahan, suami orang berusia 32 tahun dari Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, bersama anggota sukarelawan wanita sebuah jabatan dari Pulau Pinang.
50 penguatkuasa sertai Ops Khalwat
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, 50, berkata, penguatkuasa menyertai operasi demi membendung perbuatan tidak bermoral terbabit. Katanya, serbuan dilakukan di beberapa lokasi seperti di Jalan Lencong Barat, Seberang Perak, Lebuhraya Darul Aman dan sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini. “Dalam operasi kali ini, ada pasangan dikesan sudah beberapa kali ditahan termasuk di Lorong Petani sebelum ini. Tidak ketinggalan, pasangan tukang masak dan jurujual,” katanya. Jika sabit kesalahan, mereka dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988. “Ibu bapa dinasihatkan mengawal penggunaan laman sosial anak-anak mereka. Dari Facebook boleh membawa maksiat apabila mereka melakukan pertemuan di hotel,” katanya. Malah, katanya, dia meminta masyarakat tempatan memandang serius isu sedemikian meskipun ia tanggungjawab pihak tertentu kerana ia amanah Allah SWT kepada semua. Sumber: Sinar Online

Berlian Kuning Dijual RM52.6 Juta

GENEVA: Sebentuk berlian berwarna kuning 100 karat dijual dengan harga AS$16.3 juta (RM52.6 juta) kepada seorang pembeli yang dirahsiakan identitinya, permata itu di lelong di jualan barang kemas Geneva di firma lelongan Sotheby. Berlian Graff Vivid Yellow seberat 100.09 karat itu sekali gus mencatat satu rekod tersendiri untuk sebutir berlian kuning, kata Pengerusi Sotheby Switzerland, David Bennett dalam satu kenyataan pada Rabu lalu selepas lelongan tersebut keesokan harinya. "Dengan saiz yang menakjubkan dan warna kuning muda yang luar biasa, Graff Vivid Yellow merupakan berlian yang benar-benar luar biasa dengan rupa bentuk yang menawan," kata Bennett.

Landasan kereta api Sungai Golok dibom

Anggota tentera meninjau landasan kereta api di Sungai Golok selepas dibom awal pagi kelmarin.
NARATHIWAT - THAILAND . Dua landasan kereta api di sebuah jambatan di sempadan Sungai Golok, selatan Thailand dibom awal pagi semalam. Ketua Stesen Sungai Golok Alawi Uma berkata, kejadian itu menyebabkan perkhidmatan kereta api ke bandar di sempadan Sungai Golok tergendala untuk tiga hari bagi kerja-kerja pembaikan. “Bom itu meletup di sebuah jambatan kereta api di kampung Ban Bukeh daerah Cho Airong dan satu lagi di kampung Ban Huru Pareh di Tanyongmas daerah Rangae kira-kira jam 4 pagi. Sehingga kini tiada laporan kematian atau kecederaan dilaporkan,” katanya. Menurutnya, semua kereta api dari kedua-dua hala di Sungai Golok dihentikan. Perkhidmatan ini menjejaskan 1,500 penumpang,” katanya. Polis tempatan melaporkan, bahan letupan itu disumbat dalam tong gas dan diletupkan dengan menggunakan isyarat kawalan jauh radio. “Buat masa ini perkhidmatan kereta api hanya beroperasi hingga ke stesen Tanyongmas sahaja,” katanya. Sementara itu, Perdana Menteri sementara Thailand Niwatthamrong Boonsongphaisan akan bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya. Niwatthamrong berkata, tarikh terdahulu 20 Julai tidak boleh dimuktamadkan selepas penyingkiran bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra. “Keputusan tarikh terbaharu ini juga perlu mendapat persetujuan raja,” katanya dipetik dari laporan Bangkok News. Sumber: Sinar Online

Kemalangan Melibatkan Dua Buah Lori dan Sebuah Pacuan Empat Roda
KEMALANGAN membabitkan sebuah lori treler,sebuah lori tiga tan,sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah kereta Kia di km 320.5 dari arah Tapah ke Gopeng lebuhraya PLUS. Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi dan menyebabkan pemandu Toyota Hilux maut di tempat kejadian.Sehingga kini kerja-kerja pengalihan sedang dijalankan dan semua lorong masih ditutup untuk laluan. Kesesakkan hampir 6km dan laluan kecemasan sudah dibuka.Untuk mengelakkan kesesakkan anda boleh keluar di Plaza Tol Tapah dan masuk semula di Plaza Tol Gopeng sebagai laluan alternatif.Berhati-hati ketika memandu.

Sumber: Daily Traffic Report

'Mawar Fareeda' Sindir Pelanggan di Facebook?
Seperti tidak mengambil iktibar dari kejadian yang lalu, admin page Mawar Fareeda Fanpage sekali lagi menimbulkan masalah sekali gus menjejaskan imej syarikat pengeluar tudung Fareeda tersebut dengan menyindir pelanggannya secara terbuka di Facebook. Kelancangan ‘mulut’ admin Mawar Fareeda Fanpage ini bakal memaksa Mawar sekali lagi memohon maaf secara terbuka kepada pelanggan mereka. Baru-baru ini seorang pelanggan yang juga peminat tudung Mawar mengadu sikap kurang ajar admin page tersebut.

Dalam komen tersebut, pelanggan Mawar mengadu tag jenama Fareeda mudah terkeluar walaupun baru pertama kali memakainya. Namun admin page tersebut membidas dakwaan tersebut dan menyindir pelanggan itu kononnya tidak percaya dengan masalahnya. Admin page tersebut turut memberitahu jika dikikis dengan pisau sekali pun, tidak mungkin tag mereka terkeluar. Nampaknya admin page Mawar ini tidak serik walaupun sudah beberapa kali ditegur mengenai sikapnya yang tidak menghormati hati dan perasaan pelanggan. Sepatutnya admin page Mawar harus lebih banyak bersabar dan melayan pelanggan dengan lebih profesional, bukannya mengikut emosi. Sumber: My Media Hub

Rasuah: 6 Penguatkuasa Ditahan

GEORGE TOWN: Enam anggota penguatkuasa termasuk pegawai kanan dan pesara pasukan itu ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi operasi penjualan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) haram sekitar Pulau Pinang.
BACA: Penguatkuasa Dalang Lindungi Operasi Haram
Empat lagi yang ditahan membabitkan dua pegawai rendah yang dipercayai menerima suapan dalam bentuk wang tunai, sama ada secara terus atau dimasukkan ke akaun pihak ketiga. Penahanan yang dilakukan sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu kurang 24 jam selepas mStar Online mendedahkan kegiatan anggota penguatkuasa menuntut wang perlindungan antara RM50 hingga RM200 sebulan daripada setiap pengusaha premis berkenaan di negeri itu. Berdasarkan jumlah itu, ada pengusaha perniagaan haram itu yang membayar antara RM1,500 hingga RM6,000 sebulan kepada pihak terbabit. Malahan, ada pengusaha terbabit yang menanggung rugi sehingga RM12,000 dalam tempoh tiga bulan kerana terpaksa membayar wang perlindungan kepada sekurang-kurangnya 20 orang setiap bulan. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi mengesahkan penahanan semua anggota penguatkuasa terbabit. "Mereka ditahan di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang dalam operasi yang dijalankan hari ini (Rabu)," katanya. Sementara itu, sumber memberitahu mStar Online, semua yang ditahan dipercayai terbabit dalam kegiatan itu sejak lebih dua tahun lalu. SPRM menjalankan risikan sejak tiga bulan lalu susulan maklumat orang ramai termasuk pengusaha perniagaan terbabit yang serik apabila terpaksa menanggung kerugian setiap bulan. "Siasatan awal mendapati ada di antara mereka yang mengenali antara satu sama lain dan mungkin bersubahat dalam kegiatan ini," katanya. Sumber itu berkata, semua anggota polis terbabit ditahan bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan menerima suapan bagi melindungi kegiatan tidak berlesen. "Semua individu terbabit yang ditahan dibawa ke pejabat SPRM Pulau Pinang untuk diambil keterangan," katanya. Sumber itu berkata, pihaknya menjangka lebih ramai akan ditahan kerana aduan yang diterima turut memaklumkan mengenai pembabitan anggota pasukan penguatkuasa lain yang menyamar untuk mendapatkan habuan. Pada Selasa, mStar Online melaporkan operasi premis VCD dan DVD haram di sekitar Pulau Pinang terus kebal kerana dilindungi anggota penguatkuasa yang menuntut wang perlindungan kononnya bagi menjamin kelangsungan aktiviti tanpa lesen itu. Beberapa kawasan yang dikenalpasti menjadi tempat operasi pengusaha premis ini adalah sekitar Air Itam dan Jelutong di bahagian pulau, manakala Prai dan Bagan Ajam di Seberang Prai. Lebih mengejutkan apabila pemantauan mendapati ada premis yang terletak berdekatan balai polis, tetapi masih beroperasi walaupun pada waktu siang. Sumber: mStar

Dua Maut, 21 Cedera Dalam Serangan Thailand

BANGKOK: Dua penunjuk perasaan anti kerajaan terbunuh dan 21 orang cedera dalam serangan senjata api dan bom awal pagi Khamis di sini, sekaligus mencetuskan kebimbangan mungkin berlakunya keganasan politik lebih teruk di negara bergolak itu. Polis berkata, dua bom jenis M79 dilepaskan ke arah tapak perhimpunan penunjuk perasaan di Tugu Demokrasi dan diikuti tembakan senjata api. "Mangsa pertama ialah penunjuk perasaan yang tidur di Tugu Demokrasi manakala mangsa kedua ialah pengawal yang mati akibat ditembak," kata pegawai polis, Mejar Wallop Prathummuang. Sementara itu, dalam kenyataan di laman media, Pusat Kecemasan Erawan berkata, dua maut dan 21 yang cedera tetapi pihaknya enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. Kematian terbaharu berkenaan dalam tempoh enam bulan tunjuk perasaan yang bertujuan menggulingkan kerajaan kini meningkat kepada 27 orang manakala beratus-ratus lagi mengalami kecederaan akibat terkena tembakan dan bom yang dikaitkan dengan tunjuk perasaan. Sumber: mStar

Lombong Arang Meletup - Lebih 200 Orang Maut

Pasukan penyelamat gigih menyelamatkan mangsa terselamat di bawah runtuhan lombong arang di Soma, Manisa di Turki. Foto: EPA
SOMA - TURKI. Industri perlombongan Turki mencatatkan sejarah kemalangan paling buruk di negara itu apabila lebih 230 pekerja maut (sehingga jam 9 malam) dan lebih 400 yang lain terperangkap selepas lombong arang meletup dan terbakar di wilayah Manisa di barat negara tersebut, kelmarin. Menurut AFP, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari (waktu tempatan) itu, sejumlah 787 pekerja lombong bawah tanah dipercayai sedang bekerja sebelum lombong meletup didakwa berpunca dari litar pintas. Menteri Tenaga Turki, Taner Yuldiz berkata, angka kematian dijangka meningkat memandangkan hanya 93 orang dapat diselamatkan dan 85 daripada mereka cedera. “Insiden ini adalah serius kerana melibatkan kematian tertinggi di kalangan pekerja di negara ini dan kerajaan akan melakukan apa sahaja yang perlu termasuk langkah pentadbiran dan undang-undang,” katanya yang turut mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari. Difahamkan, anggota bomba kini cuba mengepam udara bersih ke dalam lombong untuk menyelamatkan mereka yang masih terperangkap kira-kira 2 kilometer di bawah tanah. Sementara itu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan tiba di lokasi kemalangan selepas membatalkan perjalanannya ke Albania. Sumber: Sinar Online

Penyanyi Era 80-an Adam Ahmad Meninggal Dunia

Adam Ahmad bersama Azizul Khamis.
PETALING JAYA: Penggubah muzik dan penyanyi era 80 An, Adam Ahmad meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 12.15 pagi Khamis akibat tekanan darah rendah, penyakit kencing manis dan jangkitan kuman dalam darah. Jenazahnya akan di bawa ke rumahnya di Taman Chempaka di sini. Perkara tersebut di sahkan oleh rakan seangkatannya Ibnor Riza dan Azizul Khamis, melalui laman sosial Facebook. Beliau meninggalkan isteri yang dikenali sebagai Norliza. Adam popular dengan lagu, Kau Pergi Jua dan Berdiri Seorang Perindu. Beliau juga merupakan individu yang memperkenalkan penyanyi Aishah ke arena muzik tempatan apabila dia menggubah lagu Janji Manismu yang pernah merangkul anugerah Juara Lagu Sumber: mStar

Konstabel Polis Ugut Cederakan Guru

KOTA BHARU – Seorang konstabel polis dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam atas tuduhan mengugut untuk mencederakan seorang guru di sebuah kedai serbaneka, Jalan Pasir Puteh-Melor, di sini, dua tahun lalu. Anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang itu didakwa menakutkan secara jenayah dengan hendak mendatangkan cedera kepada Zulkifli Yusoff, 42, pada jam 1.50 pagi, 20 Disember. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali. Tertuduh, Muhamad Helmi Ab Halim, 27, dari Kampung Alor Bakat, Melor, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad. Dalam prosiding sama, tertuduh juga berdepan tuduhan memiliki sepucuk pistol tiruan tanpa kebenaran sah di tepi sebuah sekolah di Tegayong, Melor, di sini, pada jam 5.10 pagi, 22 Disember tahun sama. Bagi tuduhan itu, tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960. Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak melebihi setahun, atau dikenakan denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan berkenaan. Kes akan disebut semula 5 Jun depan. Sumber: Sinar Online

Rompak: Tentera Dijel Tujuh Tahun

KOTA BHARU – Padah buat seorang anggota tentera apabila dihukum penjara tujuh tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam, akibat merompak seorang pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membabitkan wang tunai lebih RM29,000, Ogos, tahun lalu. Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas, tertuduh, Mohamad Adnan Mohamed, 27, menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan itu. Tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Mohd Helmi Kamarudin, 28, dengan mengambil sebuah beg sandang berisi wang RM29,878 di hadapan tangki air di Pekan Jelawat, Bachok, pada jam, 12 tengah hari, 27 Ogos 2013. Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Dalam kejadian itu, mangsa yang dalam perjalanan pulang ke pejabat AIM di Jelawat dengan menunggang motosikal dihimpit sebuah kereta jenis Proton Saga hingga mangsa terbabas dan jatuh ke dalam longkang. Seorang lelaki kemudian keluar dari kereta tersebut dan mengambil beg milik mangsa berisi wang tunai berjumlah RM29,878 sebelum masuk semula ke dalam kereta dan melarikan diri, namun, kereta dinaiki mengalami masalah dan terbabas ke dalam sawah berhampiran. Kumpulan penjenayah itu termasuk tertuduh melarikan diri ke dalam semak di belakang sebuah sekolah dan berjaya ditahan hasil maklumat awam. Terdahulu, peguam Aminuddin Muhammad yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan dengan mengambil kira tertuduh sudah insaf, bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan wang yang dirompak itu adalah milik AIM. Hukuman diperintahkan berkuat kuasa daripada tarikh tertuduh ditahan pada 27 Ogos 2013. Sumber: Sinar Online

Kepala Tertinggal Di Lokasi Nahas

Kota Samarahan – Pasukan petugas Hospital Umum Sarawak (HUS) terkejut apabila mayat seorang wanita mangsa kemalangan dihantar ke situ tanpa kepala sebelum dimaklumkan ia tertinggal di lokasi kemalangan di Kampung Meranek, kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Ninie Asmida Hasbi, 20, maut di tempat kejadian dengan kepalanya terputus dipercayai dilanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan. Menurut sumber, mangsa membonceng motosikal ditunggang teman lelaki bersama seorang lagi rakan menaiki motosikal berasingan dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Mang. Katanya, motosikal mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-duanya terjatuh dengan wanita terbabit tercampak ke laluan bertentangan. Bagaimanapun, mangsa tidak bernasib baik apabila sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah bertentangan merempuhnya. Sumber: mStar

Kondom Dalam Sotong Di China

Beijing – Ketika Mai Liang leka menikmati gegelung sotong di sebuah restoran, dia berasa ganjil kerana ada ‘daging’ yang terlalu liat untuk dikunyah. Dia tidak menyangka apa-apa sehinggalah meluahkan objek berkenaan dan mendapati ia sebenarnya kondom dan ia nyaris ditelan begitu saja. Namun, itu bukanlah bermakna kejutan Mai Liang berakhir. Selepas mengadu kepada pihak restoran yang terletak di wilayah Anhui itu, pemiliknya tampil dan mengambil kondom berkenaan sebelum menelannya. “Amat menjijikkan! Perkara pertama terlintas di fikiran saya ialah: Adakah kondom itu sudah digunakan? “Bayangkanlah perasaan saya apabila melihat kondom itu dalam pinggan,” katanya. Sementara itu, pemilik restoran Yi Ze Teng berkata, dia bertindak makan kondom itu untuk “mendiamkan” pelanggannya. Sumber: Agensi

Rumah Mainan Terapung Di Udara

New York – Dua kanak-kanak lelaki parah selepas rumah mainan mereka diterbangkan angin sekurang-kurangnya lima meter di udara, lapor media semalam. Kanak-kanak berusia lima dan enam tahun itu mengalami kecederaan serius, termasuk seorang daripadanya di kepala. Seorang daripada mereka terjatuh ke atas kereta yang diparkir manakala rakannya terjatuh di atas kaki lima. Sementara itu, seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang turut berada di dalam rumah udara mainan itu bernasib baik kerana terjatuh sebaik saja struktur diperbuat daripada getah itu terangkat diterbangkan angin. Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang di pekarangan sebuah apartmen di South Glens Falls. Polis peronda South Glens Falls David Gifford tidak dapat mengulas keadaan mangsa, namun budak yang jatuh ke atas kaki lima dilaporkan sedar dan mampu bercakap ketika dibawa ke hospital. Katanya, rumah mainan itu berukuran tiga meter panjang dan lebar ditemui polis di pekarangan sekolah agak jauh dari situ. “Menurut saksi, angin tiba-tiba bertiup kencang dan mengangkat struktur berkenaan. “Memang ini kejadian yang tidak dijangka sama sekali,” katanya. Sementara itu penduduk di blok apartmen berkenaan, Taylor Seymour berkata, ketika kejadian angin kuat yang tiba-tiba bertiup mengakibatkan struktur berkenaan terangkat dan berpusing seperti dilanda puting beliung kecil. “Saya melihat seorang daripada budak berkenaan terjatuh di atas kereta manakala seorang lagi terjatuh di kaki lima berhampiran. “Memang ia mengerikan, apabila rumah mainan itu naik semakin tinggi. “Selepas kanan-kanak terbabit terjatuh, rumah mainan itu terbang melepasi apartmen kami dan pokok-pokok yang ada,” katanya. Seorang elajar Emily Boucher sempat merakamkan gambar rumah permainan itu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang bersiap untuk beriadah di sekolahnya. Emily dan keluarganya memberi hak eksklusif gambar itu kepada akhbar Post-Star dan hasil daripada bayaran gambar berkenaan akan didermakan kepada keluarga mangsa. Difahamkan, rumah permainan itu dimiliki seorang penduduk apartmen terbabit yang meletakkannya di situ untuk kegunaan kanak-kanak di kejiranan berkenaan. Struktur itu diikat pada tanah menggunakan batang kayu. Sumber: My News Hub / Agensi

Penunjuk Perasaan Bakar Kilang China

HANOI – Beberapa kilang di bandar Binh Duong, Vietnam dibakar kumpulan perusuh semalam dalam satu tunjuk perasaan anti-China bagi membantah tindakan Beijing membina pelantar minyak di satu kawasan yang menjadi rebutan antara dua buah negara berkenaan di Laut China Selatan. Beijing memberitahu, pihaknya memandang serius keadaan yang berlaku bandar itu selepas beribu-ribu pekerja Vietnam merusuh dengan mencuri barangan dan menyerang para pegawai. Polis anti-rusuhan terpaksa dihantar ke bandar perindustrian tersebut selepas keganasan yang tercetus menyebabkan beberapa kilang terpaksa menghentikan sementara operasi termasuk sebuah kilang yang membekalkan kasut untuk syarikat Nike dan Adidas. Selain kilang milik pelabur dari China, beberapa kilang milik syarikat dari Taiwan dan Korea Selatan turut terjejas akibat rusuhan tersebut. “Api besar membakar beberapa kilang milik syarikat dari Taiwan dan sukar untuk menganggarkan nilai kerugian. “Serangan itu tidak dijangka akan berlaku,” kata seorang lelaki Taiwan yang berjaya menyelamatkan diri dari rusuhan berkenaan. Pihak polis berkata, mereka sudah menahan seramai 500 orang kerana mencuri dan melakukan kemusnahan. Seramai 20,000 pekerja berarak di jalan-jalan raya di bandar berkenaan semalam dan sebilangan mereka mula mencuri, menyerang pengawal keselamatan dan pekerja kilang. Pihak berkuasa memberitahu bahawa, sekurang-kurangnya 15 buah kilang dibakar oleh kumpulan berkenaan. Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata, Beijing meminta Hanoi mengambil langkah yang perlu bagi menghentikan rusuhan tersebut dan menghukum mereka yang terlibat. Kedua-dua negara Komunis tersebut sebelum ini terlibat dalam pertelingkahan kawasan di Laut China Selatan. Hubungan antara kedua-dua negara itu mula tegang selepas China membina sebuah pelantar minyak di satu kawasan yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara. Ketegangan semakin memuncak beberapa hari lalu apabila sebuah kapal perang China menembak meriam air terhadap sebuah kapal peronda Vietnam yang meronda kawasan berkenaan. Beijing semalam menuduh beberapa kapal Vietnam merempuh kapal-kapal milik negara itu sebanyak 169 kali. Bagaimanapun, Hanoi pula menuduh kapal-kapal dari China yang melanggar beberapa kapal negara itu. Sumber: My News Hub / AFP

Gempa Bumi 6.1 Magnitud Gegar Dekat Micronesia

WELLINGTON – Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegar kawasan dekat Micronesia hari ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata pakar geologi. Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku pada kira-kira jam 6.56 pagi waktu tempatan dan pada kedalaman 10 kilometer, 99 kilometer tenggara Ifalik, Miconesia. Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berpusat di Hawaii berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi berkenaan. Sumber: AFP

Kanak-Kanak Dijangkiti Penyakit Pelik Dipercayai Terkena Sihir

Kasihan melihat keadaan seorang kanak-kanak yang terlantar di hospital dipercayai akibat perbuatan orang. Adik Farish yang sudah sebulan lebih berada di HUKM mengalami jangkitan teruk pada mulut dan kulitnya. Pada mulanya, doktor mengesahkan Farish hanya mengalami alergik biasa sahaja. Namun semakin lama semakin teruk. Bagaimanapun, adik Farish telah pun menjalani rawatan Islam & mereka mendakwa punca penyakit Farish itu adalah daripada ilmu sihir.

Sekiranya benar sihir adalah punca sebenar, siapakah manusia yang tidak berhati perut melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas seorang kanak-kanak yang tidak mengenal erti hidup lagi?


Sumber: My Media Hub Online / Daily Traffic Report

Sabah: Foto Pemandu Langgar Peragut

Sebuah kejadian ragut berlaku pada petang tadi di Kingfisher Park, Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang menarik mengenai kes ragut ini adalah tindakan seorang pemandu yang prihatin menyaksikan kejadian itu dengan segera mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit. Akibatnya, kedua-dua suspek terbabas di bahu jalan. Orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian dengan segera menghulurkan bantuan dan menangkap dua suspek itu dengan membelasah mereka secukup-cukupnya sebelum diserahkan kepada pihak polis. Menurut sumber, mangsa ragut adalah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah. Taman Kingfisher menjadi pilihan bagi pelajar UMS untuk mencari rumah sewa berikutan jaraknya dengan UMS adalah dekat. Tindakan pemilik Honda City yang sanggup mengorbankan keretanya semata-mata untuk menangkap suspek itu seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat agar sama-sama membanteras jenayah di kawasan setempat.

Sumber: My Media Hub Online / Daily Traffic Report

MAS Kaji Menyeluruh Pelan Perniagaan

KUALA LUMPUR – Pengurusan Malaysia Airlines (MAS) berkata kajian menyeluruh berhubung pelan perniagaan syarikat penerbangan itu sedang dijalankan dengan meneroka segala jalan yang ada untuk memastikan kelestarian jangka panjang syarikat. “Seperti lazimnya, pelan itu akan dikongsi dengan para pemegang kepentingan yang berkaitan pada masa yang sesuai apabila memperoleh kelulusan dan persetujuan yang perlu,” kata MAS dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, lebih dua bulan selepas insiden kehilangan pesawat MH370, syarikat penerbangan itu terus berusaha keras untuk kembali pulih dan melalui masa depan yang mapan walaupun di tengah-tengah persekitaran yang mencabar. “Mendapatkan kembali pelanggan dan tumpuan kepada perbelanjaan akan menjadi sebahagian daripada pelan pemulihan syarikat penerbangan dan kedua-dua usaha ini penting untuk merancakkan pemulihan,” kata MAS. Kenyataan itu menyebut keselamatan terus menjadi aspek penting dalam penyampaian perkhidmatan Malaysia Airlines. “Dan syarikat penerbangan itu memastikan bahawa penyelengaraan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya tanggungjawab dan keperluan kawal selia,” menurut kenyataan. Syarikat itu menarik perhatian bahawa sejak pesawat Boeing 777-200ER itu hilang pada 8 Mac lepas, Malaysia Airlines memberi tumpuan untuk membantu dan menjaga keperluan orang tersayang dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal. Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam dalam penerbangan ke Beijing, China sebelum hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian. Pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat malang itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi. Operasi mencari pesawat diteruskan. Sumber: Bernama

160,000 Penumpang Guna KLIA2 Dalam 48 Jam

KUALA LUMPUR – Hampir 160,000 penumpang dalam lebih 900 penerbangan telah menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dalam tempoh 48 jam dan cuti hari Wesak semalam, menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Pengendali lapangan terbang itu berkata ia merupakan petunjuk yang baik bagi prestasi trafik oleh syarikat penerbangan yang beroperasi di klia2. “Ini juga selaras dengan jangkaan Malaysia Airport untuk mencapai 24 juta penumpang dalam tempoh 12 bulan pertama beroperasi di klia2,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. MAHB berkata rekod Prestasi Tepat Masa (OTP) menunjukkan 88 peratus ketibaan bagasi telah dihantar kepada penumpang dalam tempoh 15 minit masa sebenar ketibaan dan dalam semua kes bagasi dapat dihantar di bawah tempoh 45 minit ketibaan. “Penyambungan jambatan udara juga tepat pada masanya dengan 98 peratus jambatan udara disambung dalam tempoh dua minit pesawat parkir di pintu. “Peruntukan ruang dan pintu juga telah bertambah baik kepada hanya pertukaran sembilan ruang semalam dan tiada pertukaran ruang sehingga tengah hari ini,” kata pengendali lapangan terbang itu. Kenyataan itu juga menyebut tawaran komersil di terminal klia2 juga bertambah baik dengan 105 ruang niaga dibuka untuk orang ramai. Sumber: Bernama

Ustaz rancangan realiti tv berubah perwatakan akibat jalin hubungan wanita Siam

KAJANG: Dia yang bergelar ustaz selepas dikenali ramai menerusi sebuah rancangan realiti TV berkonsepkan agama yang popular di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Namun perwatakannya dahulu sebagai suami penyayang dan anak menantu yang paling disayangi ibu mentua kini berubah sekelip mata apabila dikatakan tergamak mengugut mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap ibu mentua sehingga wanita itu kini bersembunyi di tempat lain. Ustaz yang memegang jawatan tinggi dalam sebuah syarikat petroleum terkemuka negara itu dikatakan mengugut isteri dan keluarga mentua apabila menuntut wang RM140,000 daripada isterinya atas alasan membayar kembali kos sara hidup dia bersama isterinya, termasuk perbelanjaan ketika membawa anak saudara keluar bersiar-siar. Konflik makin memuncak apabila dia memberanikan diri pergi ke rumah ibu mentuanya di Pahang, pada Isnin lalu. Dia sanggup menunggu lama di luar rumah untuk menuntut wang berkenaan. Khuatir keadaan keselamatan ibunya, adik iparnya segera menghubungi polis sebelum situasi itu dileraikan. Adik iparnya yang enggan identitinya didedahkan, lelaki itu mula berubah sikap selepas tamat rancangan realiti TV berkenaan menyebabkan rumah tangga mereka mula bermasalah. Difahamkan dia sengaja memberi alasan mahu berpisah dengan menuduh isteri dan keluarga mentuanya mempunyai saka menyebabkan mereka tidak mendapat zuriat. Katanya, keadaan bertambah keruh sejak penemuan SMS dihantar kepada tiga wanita berasingan sehingga menimbulkan syak isterinya sejak beberapa bulan lalu. Melalui pesanan SMS itu, kakak saya mendapat tahu dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain iaitu janda anak tiga, wanita Siam dan seorang peminatnya yang meminta dia mencarikan jodoh. Sumber: New Malaysian Post

Pegawai polis wanita letak jawatan akibat ketagihan seks melampau

SEORANG wanita terpaksa melepaskan jawatannya sebagai anggota polis Georgia selepas dibuktikan gemar mengadakan hubungan seks ketika bertugas. Bertugas di daerah Rockdale, Loretta Hernandez, 39, meletak jawatan Sabtu lalu selepas mengaku “perangai peliknya” semakin menjadi-jadi ketika bertugas. Loretta berkata, dia berasmara dalam sekurang-kurang tiga kejadian, malah pernah terlambat menjawab panggilan dari ibu pejabat semata-mata membolehkan dia menghabiskan ‘aksinya.’ Memetik keterangan Sheriff Rockdale, Michael Camp, media tempatan melaporkan, pada ketika tertentu Loretta mengadakan hubungan seks di dalam kereta peronda, di tempat awam dan masih mengenakan seragam polis. “Dalam kejadian ketiga, Loretta memuaskan nafsunya di luar kereta peronda yang diparkir di luar kawasan perniagaan yang ditutup,” katanya. Sementara itu, siasatan menunjukkan Loretta berasmara dengan lelaki sama dalam ketiga-tiga kejadian. Loretta terpaksa memilih untuk meletak jawatan kerana mengelak dipecat. Sumber: HM

Mayat Lelaki Jatuh Sungai Dinding Ditemui

IPOH – Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Dinding berhampiran pusat pengumpulan pasir Kampung Baru, Sitiawan, semalam ditemui hari ini. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata mayat Low Yong Kiong, 51, ditemui pada 7.30 pagi berhampiran tempat kejadian. “Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. Semalam, polis menerima laporan mengenai kehilangan Low pada 3.45 petang oleh rakannya apabila beliau ternampak topi dan selipar yang dipakai mangsa terapung di permukaan sungai itu. Sumber: Bernama

Tulisan Di Baju T Bukan Biadab - Sharifah Sakinah

PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Sakinah menganggap tulisan pada baju T yang sering dipakainya dan beberapa artis bukanlah sesuatu yang biadab sebaliknya sebagai menyokong kempen kecergasan yang dijalankan.

Sakinah atau Syarifah Nurul Sakinah berkata, baju tersebut dibuat untuk memberi kesedaran dan strategi pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan menyertai kumpulan senaman yang baru ditubuhkannya. "Ia bukan gimik, pada saya kalau sesuatu perkara itu bagus orang akan ingat dan jika tidak bagus sekalipun orang lagi akan ingat. "Lebih ramai yang kutuk, bermakna lebih ramai yang sedar tentang fitness saya dan bagi saya ia adalah satu strategi pemasaran sahaja," katanya kepada mStar Online.

Sakinah berkata demikian ketika ditanya tentang kontroversi dan tomahan masyarakat terhadap baju T dengan tulisan yang dianggap menggunakan kata-kata biadab. Ia dikeluarkan di laman Instagram miliknya bagi tujuan promosi. Antara tulisan berkenaan ialah "jogging sampai kentut", "cantik tak bontot saya" dan "energetic ting tong". Dalam pada itu, Sakinah berkata dia tidak pernah mengambil peduli tentang kritikan dan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya. "Bohonglah kalau saya kata tidak penat dengan cacian masyarakat tetapi saya tidak kisah dan malas untuk ambil pusing. "Saya buat tidak tahu sahaja kerana kalau saya melawan nampak saya seperti mereka terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak," ujarnya. Sementara itu, Sakinah baharu sahaja selesai penggambaran filem Pekak dan bakal memulakan penggambaran drama bersiri dalam masa terdekat ini. Sumber: mStar

Bapa Maafkan Anaknya Walaupun Parah Dipukul Dengan Cangkul

BACA: Bapa Parah Dipukul Anak Dengan Cangkul
KOTA BHARU: “Sedangkan kucing pun sayangkan anak, inikan pula kita manusia. Saya sayangkan dia dan maafkan perbuatannya,” kata Mustapa Md Yasin, 46, yang cedera teruk di kepala akibat dihentak dengan cangkul oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Gerai, Jertih, Terengganu, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 4 petang itu, Mustapa diserang anak sulungnya yang berusia 24 tahun selepas mereka bertengkar mengenai tindakan anak lelakinya itu menjual enjin motosikalnya. Berang ditegur bapanya, lelaki itu menghentak kepala Mustapa dengan cangkul menyebabkan bapanya parah dan dikejarkan ke Hospital Jertih sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, untuk rawatan lanjut. Ketika ditemui semalam, Mustapa yang bekerja sebagai tukang rumah kelihatan tenang ditemani isteri, Siti Khatijah Mohamad, 42, dengan beberapa jahitan di kepala. “Tidak mengapalah. Saya tahu dia mungkin tidak sengaja memukul saya dan saya maafkan perbuatannya serta berharap dia insaf selepas ini,” katanya. Menceritakan kejadian itu, bapa kepada lima anak itu berkata, dia baru pulang selepas selesai kerja di kawasan berhampiran dan melihat semua anaknya berada di rumah, manakala Siti Khatijah ke masjid. “Apabila masuk, saya nampak enjin motosikal sudah tiada. Saya bertanya dia mana enjin itu, tetapi dia tidak menjawab sebelum saya mengulangi soalan sama hingga berlaku pertengkaran antara kami. “Ketika bertengkar, tiba-tiba dia mencapai cangkul dan menetak kepala saya mengakibatkan saya rebah dan pitam,” katanya. Mustapa berkata, terkejut dengan tindakannya itu, anaknya melarikan diri sebelum ditahan pihak berkuasa selepas adiknya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis. Siti Khatijah berkata, mereka sekeluarga menerima kejadian itu dengan hati terbuka kerana menganggap anaknya bertindak tanpa sedar. “Dia baik dan rajin berkerja. Mungkin kerana tidak dapat mengawal kemarahan dia bertindak sedemikian. “Biarlah dia ditahan dulu. Semoga selepas selesai menjalani hukuman dia berubah menjadi lebih baik,” katanya. Sumber: HM

Ferdinand: Terima kasih United

SELEPAS beraksi 455 perlawanan dan merangkul enam trofi liga, khidmat pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand tidak lagi diperlukan kerana pasukan itu dikatakan fokus untuk membina skuad yang baharu untuk menghadapi musim depan. Rio difahamkan tidak kecewa dengan keputusan pihak pengurusan yang tidak menawarkan pembaharuan kontrak yang berakhir pada hujung musim ini. “Saya sudah memikirkan tentang ini sejak beberapa bulan yang lalu, selepas 12 tahun menyarung jersi The Red Devils dan akui United adalah kelab terbaik. “Terlampau banyak kenangan manis saya di sini seperti beraksi bersama bintang United serta memenangi Liga Perdana Inggeris yang pertama bersama United, kini tiba masanya untuk saya pergi,” katanya Tambahnya lagi, walaupun pemergian tidak direstui, dia ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang banyak merealisasikan impiannya untuk menjulang trofi. Sumber: Sinar Online

Gadis belasah peragut hingga lembik

GOMBAK: Dara perkasa. Itulah gelaran layak diberikan terhadap seorang gadis berusia 21 tahun yang berani mengejar seorang peragut sebelum membelasah penjenayah lelaki terbabit hingga lembik di Taman Prima Gombak di sini, semalam. Dalam kejadian 9.30 pagi itu, gadis terbabit dikatakan sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian sementara menanti kehadiran rakannya. Sumber polis berkata, seorang peragut tiba-tiba muncul sebelum meragut beg tangan gadis itu yang diletakkan di atas meja makan. “Mangsa yang berang dengan kejadian itu nekad mengejar suspek sejauh 100 meter. Suspek ketika itu dilihat cuba melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan tidak jauh dari lokasi kejadian. “Mangsa bagaimanapun melepaskan tendangan terbang mengenai tubuh suspek yang ketika itu cuba menghidupkan enjin motosikal. Tendangan kuat itu menyebabkan suspek terjatuh ke atas jalan raya,” katanya. Sumber: HM

Guna Perut Untuk Cari Makan

BEIJING – Seorang lelaki, Xie Shuiping, menggunakan cara pelik untuk meraih pendapatan bagi menyara keluarganya apabila menerima bayaran supaya dipukul sesiapa yang tertekan dan mahu “melepaskan geram.” Xie, 48, tidak pernah kekurangan pelanggan untuk tujuan itu. Baru-baru ini kehadirannya di Wuhan di wilayah Hubei menarik perhatian ramai apabila dia menawarkan perutnya menjadi tempat melepaskan amarah penduduk tempatan. Xie mendakwa mampu meraih sekurang-kurangnya 20,000 yuan (RM10,400) sebulan hasil pukulan pelanggannya dari seluruh China. “Saya tidak takut dipukul. “Apa yang saya bimbangkan ialah jika tidak menerima bayaran,” katanya. Menurut Xie, rahsia “kegagahannya” itu disebabkan amalan qigong – seni mempertahankan diri tradisional – yang memfokuskan terhadap kawalan pernafasan yang dipelajari sejak berusia 10 tahun. Dia mengakui isterinya tidak bersetuju keputusannya mencari pendapatan dengan cara itu, namun Xie tidak menghiraukannya. “Pada saya tidak salah kalau saya dipukul demi mencari rezeki untuk keluarga saya. “Itulah yang paling penting bagi saya – menyara keluarga saya,” katanya. Sumber: My News Hub / Agensi

Video: Kambing Dilahirkan Berwajah Manusia

MENGEJUTKAN apabila seekor kambing dilahirkan dengan muka manusia di sebuah kampung berdekatan Izmir, Turki. Pendedahan pelik itu dibuat oleh kakitangan perhilitan Turki menerusi sebuah rakaman yang memperlihatkan anak kambing berwajah manusia yang disahkan telah mati. Dalam rakaman tersebut, anak kambing berkenaan kelihatan berwajah manusia dengan bibir, hidung dan bentuk muka. Ianya kelihatan seperti binatang bermuka manusia di dalam filem sains fiksyen. Anak kambing tersebut dilahirkan dengan kaedah pembedahan selepas ia gagal dilahirkan dengan sempurna oleh ibu kambing.
Sumber: mStar

Budak 4 Tahun Obes, Jalani Pembedahan Ikat Perut

INDIA – Akibat badannya yang terlalu gemuk, seorang budak lelaki berusia empat tahun terpaksa menjalani pembedahan menutup 70 peratus daripada perutnya bagi membolehkan dia menurunkan berat badan. Berat Rishi Khatau mencecah 44 kilogram pada bulan September lalu sebelum dia menjalani pembedahan. Ibu bapanya, Henna dan Dipen Khatau telah mencuba pelbagai cara bagi menurunkan berat badan anak mereka namun gagal. Rishi yang gemuk itu terpaksa meminjam kemeja t milik bapamya dan pinggangnya juga mencecah saiz 36. Keadaan ini menyebabkan ibu bapanya tiada pilihan dan menghantar anaknya ke hospital untuk menjalani pembedahan gastrectomy, sekali gus menjadikan Rishi sebagai pesakit paling muda di dunia menjalani pembedahan berkenaan. “Kami tiada pilihan lain. Kesihatannya akan bertambah teruk. Semua diet yang dijalankan ke atasnya gagal hinggakan doktor memberitahu keadaannya semakin serius dan pembedahan itu adalah jalan terakhir,’’ kata Dipen yang juga seorang peniaga tekstile. Menurut Dipen, anaknya itu terlalu gemuk dan dia hanya boleh berbaring selama 10 minit sahaja setiap malam sebelum terjaga. “Rishi mengalami masalah pernafasan dan kami amat bimbangkan kesihatannya,’’ kata Dipen. Pembedahan itu menelan perbelanjaan kira-kira RM16,000 dan Dipen menggunakan semua simpanannya untuk rawatan tersebut. Untuk tempoh empat bulan, Rishi hanya dibenarkan makan makanan bukan pepejal termasuk sup dan jus. Kini selepas enam bulan pembedahan dijalankan, beratnya berkurang kepada 31 kilogram dan Rishi juga tidak mengalami masalah untuk tidur lagi pada setiap malam. Sumber: My News Hub

Tersilap langkah silat, Tomok patah dua jari

GARA-GARA tersilap langkah sewaktu bersilat ketika menjalani sebuah penggambaran Jumaat lalu, penyanyi dan pelakon Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 30, terpaksa ditahan di wad hospital kerana patah dua jarinya. Pada mulanya, dia menyangka jari telunjuk dan manisnya hanya terseliuh, namun ia makin membengkak dan sakit, memetik Harian Metro. Pemeriksaan doktor akhirnya mendapati dua jari itu patah dan dia kemudiannya perlu menjalani rawatan bagi mengubati kecederaannya itu. Bagaimanapun, Tomok tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian itu. Sebelum ini, pelakon Yana Samsudin juga pernah terseliuh hingga terpaksa didukung sewaktu penggambaran di luar negara. Apapun, itulah lumrah yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar artis. Sumber: My News Hub

Dipukul Samseng Gara-Gara Beri Laluan

MENERUSI Facebook Daily Traffic Report, satu salinan laporan polis mengenai perbuatan tiga orang samseng terhadap seorang pemandu teksi telah disiarkan. Menurut pemandu teksi tersebut, kejadian berlaku ketika dia sedang berhenti untuk memberi laluan kepada sebuah kenderaan yang sedang keluar dari kawasan tempat letak kereta. Bagaimanapun, sebuah kereta Mercedes putih yang berada di belakangnya bertindak membunyikan hon beberapa kali kerana mahu meneruskan perjalanan. Tidak sabar, dua orang lelaki berbangsa India telah turun dari kenderaan itu dan terus membuka pintu teksi serta merampas kuncinya. Seorang lagi lelaki kemudian menarik baju dan menumbuknya sehingga mengalami kecederaan di muka. Mereka kemudiannya mengarahkan pemandu teksi itu supaya beredar dari situ. Kejadian itu berlaku di kawasan Medan Batu Caves berdekatan dengan Kondominium Sri Gohtong. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Mercedes dengan nombor pendaftaran WAC 6655, diharap dapat tampil bagi membantu siasatan polis. Sumber: Elza / My News Hub

Hidu Gam: Kerajaan Teliti Undang-Undang Baharu

MIRI – Kerajaan sedang meneliti model undang-undang yang dilaksana oleh Thailand dan Singapura berkaitan penyalahgunaan gam dan bahan-bahan lain yang boleh membahayakan kesihatan individu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman. Beliau berkata, ini bagi memastikan pelaksanaan undang-undang sedemikian di negara ini memenuhi matlamat tanpa menjejaskan aspek lain terutama ekonomi. Walaupun cadangan mengharamkan hidu gam ini telah lama diutarakan iaitu sejak awal 1990-an, pelaksanaannya masih tertangguh kerana kerajaan perlu meneliti pelbagai aspek memandangkan penggunaan domestik yang tinggi, katanya dalam sidang media, di sini, hari ini. Katanya kajian mendapati gam diguna dalam lebih 500 bahan domestik yang diguna seharian. “Selain itu kerajaan mengambil kira aspek lain iaitu sudah ada kecendurangan menghidu najis seperti najis kambing,lembu dan ayam,” katanya. Sementara itu, ditanya mengenai judi dalam talian yang semakin membimbangkan di negeri ini, Wan Junaidi berkata polis sedang melaksanakan operasi besar-besaran di seluruh negeri. Kebanyakan yang terlibat ialah remaja termasuk yang masih bersekolah, katanya. Beliau turut berkata kerajaan mempertimbangkan sama ada menaik taraf bangunan Balai Polis Pusat Miri yang telah beroperasi selama 61 tahun atau membina bangunan baharu. Sumber: Bernama

Pegawai Bomba Maut Dalam Kemalangan

KUANTAN – Seorang pegawai latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang terbunuh manakala anak perempuannya terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 171.6km Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Plaza Tol Maran, hari ini. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa Anuarrul Hakim Mokhni, 38, yang berasal dari Kampung Ayer Molek, Melaka, mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta jenis Proton Satria dipandunya. Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A Hamid berkata anak mangsa berusia lapan tahun, Mya Qristina, yang duduk di kerusi penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan. “Dipercayai semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kuala Kubu Baru, Selangor untuk menghantar anaknya kerana bersekolah di daerah itu. “Sebaik tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang di tengah jalan. “Akibat rempuhan itu, mangsa dipercayai tercampak keluar di tepi longkang manakala anak mangsa ditemui di atas kerusi penumpang depan,” katanya ketika dihubungi Bernama. Pada masa sama, katanya sebuah kereta Proton Satria lain yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun dikatakan tidak sempat mengelak turut merempuh belakang kereta mangsa. Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bandar Jengka untuk bedah siasat. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata kehilangan arwah dalam pasukan JBPM amat dirasai kerana arwah merupakan seorang pegawai yang dedikasi dan bertanggungjawab ketika menjalankan tugas. Sumber: Bernama

John Travolta & Emma Watson bakal berlakon Filem Bollywood

BUKAN senang sebenarnya untuk menerima tawaran berlakon dalam filem luar negara melainkan seseorang pelakon itu benar-benar berbakat, popular atau mempunyai ciri-ciri tertentu yang dicari oleh syarikat produksi berkenaan. Bagaimanapun, OHBULAN! percaya bakat lakonan yang tiada tolok bandingnya telah menyebabkan John Travolta dan Emma Watson terpilih untuk membintangi sebuah filem Bollywood berjudul Paani. Menurut pengarahnya, Shekhar Kapur, Emma yang popular menerusi filem Harry Potter telah dirisik untuk menjadi watak utama dan berlakon di samping aktor Bollywood, Sushant Singh Rajput.

Emma bakal digandingkan dengan Sushant Singh Rajput dalam Paani Dalam pada itu, John Travolta telah mengumumkan bahawa dirinya juga ditawarkan sebuah watak di dalam filem berkenaan. Saya telah ditawarkan sebuah filem dan saya sedang mempertimbangkannya. Ia adalah sebuah filem Bollywood berjudul Paani oleh Shekhar Kapoor. Dia minta saya untuk menjadi sebahagian daripada filem itu. Saya dah lama kenal Shekhar. Walaupun skripnya tak mempunyai sebarang lagu tapi Shekhar akan menambah lagu yang sesuai untuk menjadikan ia nampak seperti betul-betul filem Bollywood. Saya tak ada masalah untuk berlakon dalam filem Hindi asalkan saya suka jalan ceritanya dan watak yang diberikan.

 Untuk pengetahuan anda, Paani mengisahkan tentang krisis dunia pada masa hadapan yang mengalami masalah kekurangan bekalan air. Lebih parah lagi apabila sebuah syarikat antarabangsa menguasai bekalan air dan menggunakannya sebagai senjata untuk menindas golongan yang lemah. Bagaimanapun, kisah cinta antara seorang pemuda dari India dan gadis dari luar negara akhirnya menamatkan krisis air dan perang berkenaan. Walaupun jadual penggambaran dan tayangan masih belum diumumkan, namun pastinya ramai peminat tak sabar untuk menyaksikan sekiranya Emma dan John akan menyuntik budaya Hindi di dalam diri mereka untuk filem ini. Sumber: Digital Spy

Justin Bieber mencuri telefon bimbit

NAMA Justin Bieber nampaknya berterusan dilanda kontroversi. Tahun ini sahaja, ikon pop Kanada muda ini banyak menghadapi tuduhan seperti memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Miami, tuduhan serangan di Toronto, vandalisme di Los Angeles dan dakwaan atas mengganggu anak kapal di atas kapal penerbangan sewa khas dari Kanada ke New Jersey, dan yang terbaru ialah dakwaan cubaan merompak. Terbaharu TMZ melaporkan bahawa Pejabat Polis Los Angeles (LAPD) sedang menjalankan siasatan berikutan laporan seorang wanita dari San Fernando Valley yang mendakwa bahawa Bieber merampas telefon bimbitnya. Menurut laman web itu, wanita itu berkata, Bieber dan ‘ahli rombongannya’ tiba-tiba bertengkar apabila sedang berhibur di kompleks golf mini dan sangkar bermain besbal di Sherman Oaks pada Isnin. Bieber dikatakan ternampak wanita itu mencapai telefonnya dan mengambil foto kejadian. Sejurus itu juga, Bieber menuntut wanita itu menyerahkan telefonnya supaya dia boleh memadam mana-mana gambar yang mungkin diambil oleh wanita itu. Akibat enggan menyerahkan telefon bimbitnya, wanita itu bergelut dengan Bieber sebelum merampas telefon bimbit dari dalam beg tangan wanita itu. Walau bagaimanapun, wanita itu menambah, Bieber memberikan telefon kembali selepas dia membuktikan kepadanya dengan menunjukkan tiada apa-apa gambar yang berkenaan dalam telefonnya. LAPD memberitahu TMZ bahawa wanita itu memfailkan aduan pada malam Selasa untuk memastikan jika sebarang perbuatan jenayah telah berlaku ke atas dirinya oleh penyanyi hit “Baby” itu. Sumber: Murai

Jutawan Britain jadikan 9 model hamba seks ditahan

SEORANG jutawan warga Britain ditahan pihak berkuasa Sepanyol kerana didakwa mengurung dan menjadikan sembilan model wanita sebagai hamba seks sehingga melahirkan tujuh orang anak, lapor akhbar Daily Mail semalam. Jutawan tersebut, Shoja Shojai, 56, didakwa menggoda wanita terbabit dengan mendakwa dia seorang usahawan minyak dan mempunyai hubungan baik dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin. Semua wanita tersebut yang berasal dari Eropah dan Asia termasuk Rusia, Jerman, Mongolia dan Kazakhtan memberitahu bahawa mereka menemui Shojai ketika belajar di sebuah sekolah fesyen di London.

Satu sumber berkata, sembilan wanita tersebut mendakwa mereka berjumpa dengan Shojai beberapa tahun lalu dan lelaki terbabit mempelawa mereka ke Sepanyol untuk mengembangkan karier sebagai model. Bagaimanapun, apabila tiba di Sepanyol, semua wanita tersebut dikurung di dalam sebuah rumah mewah yang mempunyai 10 buah bilik di Marbella dan bergilir-gilir tidur dengan mangsa. Wanita tersebut memberitahu polis, mereka hanya dibenarkan keluar dari rumah tersebut dengan diiringi seorang pemandu. Kata sumber itu lagi, semua wanita terbabit terpaksa mengikuti arahan Shojai kerana dia mengancam untuk mencederakan anak serta keluarga mangsa.

Bagaimanapun, tindakan Shojai itu akhirnya terbongkar selepas salah seorang wanita tersebut menghubungi polis untuk meminta bantuan. Semua wanita dan anak mereka yang berusia sembilan bulan hingga tujuh tahun kini di bawah jagaan pihak berkuasa.

Shojai yang dibebaskan dengan ikat jamin selepas disoal siasat oleh polis atas tuduhan melakukan keganasan domestik menafikan dakwaan wanita-wanita tersebut. Sumber: New Malaysian Post

Penagih lepas gian di kandang kambing ditangkap

BESUT – Lapan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun ditangkap ketika sedang khayal akibat pengaruh dadah di sebuah kandang kambing di Kampung Gong Pasir dekat sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, bertindak atas maklumat awam anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Besut telah pergi ke kandang kambing itu yang terletak di satu kawasan sunyi hingga berjaya menahan kesemua saspek. Katanya dalam operasi yang dijalankan antara pukul 8 pagi hingga 10.30 pagi itu, empat penagih ditahan di atas kandang sementara empat lagi di sekitar kawasan berkenaan. “Turut dirampas dari seorang penagih yang dipercayai pengedar secara kecilan itu ialah 2 botol plastik serbuk putih seberat 2.5 gram dan satu tiub straw (berisi) serbuk kemerahan yang dipercayai dadah,” katanya kepada media di sini hari ini. Kesemua lapan suspek yang ditangkap didapati positif dadah jenis methampetamine dan heroin, katanya. Sumber: Bernama

GAMBAR: Fesyen Pelik Pelanggan Walmart

ADALAH penting untuk kita menitikberatkan penampilan diri khususnya ketika berada di khalayak umum. Apa tidaknya, pada zaman serba moden ini, kesilapan dalam berfesyen mungkin akan mengakibatkan anda menjadi viral di laman sosial. Sesiapa sahaja boleh merakam gambar anda dan menyebarkannya di internet. Gambar-gambar yang kami kongsikan ini merupakan pengunjung dengan fesyen pelik dan melampau di pasaraya terbesar dunia iaitu Walmart. Jom layan!

Sumber: Elza / My News Hub / Likes.com

Korner : Sistem Penggera Rumah Yang Murah

Kadar jenayah dilihat terus meningkat dipercayai ekoran peningkatan kos sara diri yang mahal di bandar-bandar utama. Di kawasan perumahan contohnya, berlaku beberapa kes pecah rumah ketika penghuni tiada untuk bekerja ataupun pulang ke kampung halaman masing-masing. Kebanyakan orang ramai mahu menggunakan sistem penggera komersial tetapi kos pemasangan dan yuran tahunan adalah agak mahal. Kenapa sehingga kini tidak ada khidmat sistem keselamatan yang mampu milik? ‘Korner’ mungkin jawapan kepada masalah ini. Ianya sistem penggera yang dipasang sendiri tanpa anda perlu membayar yuran perkhidmatan tahunan. Pengesan pergerakan berbentuk tiga segi dilekapkan pada hujung pintu ataupun tingkap yang ingin anda pantau.

Apabila ianya dibuka, pengesan akan menghantar isyarat kepada alat ‘dongle USB’ yang disambungkan kepada komputer di rumah anda. Dongle ini kemudian akan mengeluarkan bunyi penggera berfrekuensi tinggi serta menghantar maklumat berlaku pencerobohan kepada peranti pintar anda. Sebanyak 15 pengesan gerakan boleh disambungkan kepada sebuah dongle penggera pada satu-satu masa. Setiap satu pengesan ini boleh digunakan selama tiga tahun sebelum baterinya perlu digantikan. Korner sedang dalam proses mencari dana untuk penghasilan secara komersial. Anda boleh memesannya pada harga AS$89 Dolar Amerika (RM286) sebuah di laman web rasminya. Sumber: hzqahmd / kornersafe.com

Bakal Disaman Pejalan Kaki Yang M’ggunakan Peranti?

Kes kemalangan melibatkan pejalan kaki yang menggunakan peranti belum pernah kami dengar di Malaysia. Tetapi, kemalangan sehingga melibatkan kematian akibat menggunakan peranti ketika memandu sudah kerap kali dilaporkan. Justeru, satu undang-undang baru di Taiwan mungkin akan digubal bagi membenarkan pihak berkuasa menyaman pejalan kaki yang melintas jalan sambil menggunakan telefon pintar mereka. Undang-undang yang pastinya akan mendatangkan kontroversi ini terpaksa digubal bagi menyedarkan orang ramai tentang bahaya melintas jalan sambil menggunakan peranti. Kes kemalangan akibat amalan ini semakin meningkat di Taiwan. Terbaru, seorang pejalan kaki maut digilis teksi kerana terlalu khusyuk menggunakan peranti milik beliau. Pihak berkuasa kini sedang memperhalusi undang-undang ini bagi menetapkan syarat-syarat yang membolehkan pejalan kaki boleh disaman. Namun, agak melucukan kerana nilai saman yang disarankan adalah NT 300 iaitu sekitar RM 34. Nilai denda yang dikenakan ini nyata terlalu rendah. Di Malaysia, masalah pejalan kaki menggunakan peranti ketika melintas masih belum mencapai masalah kronik. Adakah undang-undang serupa boleh digunapakai di negara ini sebelum kejadian maut menimpa? Bak kata orang tua, lebih baik mengadah sebelum terhantuk. Sumber: Appledaily Oleh: hzqahmd

Kecewa Dituduh 'Gila Talak', Adam (AF2) & Fiza Mungkin Rujuk Semula

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Adam AF2 mengakui sedang dalam proses memikirkan untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya, pelakon Fiza Abdul Halim, 33, selepas sah bercerai talak satu pada 28 April lalu. Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengakui masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak menolak jodoh untuk kembali bersama dalam tempoh edah selama tiga bulan ini. "Ya, mungkin kami akan rujuk semula dan kini masih lagi memikirkan tentang perkara itu, namun itu semua terpulang kepada jodoh. "Secara jujurnya memang saya masih sayangkan dia dan bagi saya tempoh edah ini juga menguji kekuatan kami dan mencari dimana kesilapan masing-masing," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu. Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan bahawa mereka merancang untuk kembali membina rumah tangga semula dan memperbaiki kesilapan masing-masing. Dalam pada itu, Adam mengakui sering berhubung dan mengambil berat tentang bekas anggota kumpulan Elite itu selepas berpisah. Dia juga menyelar dakwaan segelintir pihak yang menganggap mereka sebagai 'gila talak' kerana ingin bersatu semula. "Kami saling berhubung seperti biasa kerana dia masih lagi tanggungjawab saya dan saya rasa itu tidak salah. "Saya tidak ambil peduli orang kata kami 'gila talak', mereka tidak berada di tempat kami jadi tidak wajar untuk menuduh kami yang bukan-bukan, nak 'gila talak' sekalipun kami punya pasal," katanya. Pasangan itu telah bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan. Manakala pada 28 April lalu kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada tengah hari Isnin. Sumber: mStar

Gambar kemesraan Lisa Surihani dan Yusri di katil

SEPERTI menjadi satu trend artis berkongsi gambar ditempat tidur ,walaupun begitu jika kita tidak berfikiran postif pastinya mengatakan ianya sesatu yang tidak harus dilakukan kerana para artis sentiasa menjadi perhatian ramai,Semoga mereka berdua sentiasa bahagia.

Sumber: New Malaysian Post

Mak panggang anak guna set BBQ

SET barbeku yang menjadi tempat Magdalena dibakar bagi menghapuskan bukti pembunuhannya.
Windhoek (Namibia): Dengan kecacatan semua jadi dialaminya, Magdalena Nunyango Amunyoko hanya mampu terlantar di atas katil dan tidak mampu bercakap kerana halangan pertuturan. Sepatutnya orang yang paling boleh diharapkan untuk membela nasib Magdalena ialah ibu sendiri. Namun, sebaliknya ibunya itulah yang menjadi pemangsa Magdalena. Wanita terbabit dipercayai menetak anaknya hingga mati sebelum membakar potongan mayat itu di atas set barbeku belakang rumah. Jurucakap polis berkata, pelbagai barang mangsa seperti kerusi roda, peralatan rumah, kipas dan baju turut dibakar. Suspek ialah ibu tunggal yang turut membesarkan dua lagi anak lelakinya. Kata polis, pembunuhan Magdalena, 26, dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu dan mayat mangsa ditemui sehari kemudian. “Seorang daripada anak suspek menemui kesan pembunuhan itu dan melaporkannya kepada polis,” katanya. Ketika polis tiba di tempat kejadian, kata jurucakap itu, sisa mayat sudah menjadi abu dan berlonggok di atas tempat barbeku. Kata jurucakap polis, satu-satunya bahagian yang ‘terselamat’ hanyalah kepala mangsa. Sementara itu, jiran berkata, suspek berkelakuan aneh pada hari kejadian “Dia dilihat seperti ingin berpindah dari rumah, namun kami tidak berkesempatan bertanya kerana dia memang jarang bercakap dengan penduduk di sini,” katanya. Ketika ini suspek masih ditahan di wad psikiatri Hospital Oshakati untuk rawatan bagi kesihatan mental dan dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini. Sumber: New Malaysian Post / Agensi

Isteri tidak tahan dipaksa suami bersegama dengan isteri pertama

DUBAI - Seorang isteri memfailkan penceraian setelah tidak tahan dengan sikap aneh suaminya yang mahu melihat aksi seks bersama madu yang juga isteri pertama beliau. Wanita yang sudah mempunyai seorang cahaya mata berkata, beliau bersetuju menjadi isteri kedua kepada lelaki berkenaan dan berpindah ke rumahnya kerana menyangkakan ianya adalah untuk sementara waktu. Wanita berkenaan telah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Shariah Dubai dengan mendakwa beliau tidak mampu menunaikan nafsu seks yang pelik oleh suaminya. Tambahnya lagi, bekas suaminya itu menggunakan pelbagai helah untuk memaksa beliau lakukan hubungan seks dengan isteri pertamanya. Mahkamah juga turut dimaklumkan, suaminya yang juga seorang hartawan, telah pun berjanji untuk berpindah setelah rumah baru mereka siap. “Pada bulan pertama mereka berkahwin, wanita berkenaan hanya bersabar dan mendiamkan diri dan berharap mereka akan berpindah tidak lama lagi. selepas selang seminggu kemudian, suaminya mengarahkan beliau tidur bersama dengannya bersama isteri pertamanya. Si isteri mengaku menerima nafkah zahir, duit yang cukup tetapi apabila tiba nafkah batin permintaan suaminya itu dianggap sangat melampau. Wanita itu memberitahu yang dirinya terpaksa melakukan aksi jijik tersebut dengan harapan keinginan pelik suaminya itu akan hilang, tetapi sayang, keinginan tersebut menjadi ketagihan pula kepada suaminya. Akhirnya saya disahkan hamil tetapi rumah yang dijanjikan masih belum siap! Walaupun sudah anak dilahirkan, si suami masih meminta isterinya lakukan seks bersama isteri pertamanya. Akibat tidak tahan dengan apa yang berlaku, saya nekad untuk membuat laporan dan mengambil tindakan undang-undang. Mahkamah Syariah meluluskan penceraian tersebut dilakukan dan memerintahkan bekas suami membayar denda serta elaun rumah dan kos kehidupan bekas isteri dan anaknya itu. Sumber: New Malaysian Post / Dubai Daily

Hajat Ibu Untuk Derma Buah Pinggang Tidak Kesampaian

KUANTAN – Hajat seorang ibu untuk mendermakan buah pinggang kepada anak lelakinya yang menghidap penyakit buah pinggang kronik tidak kesampaian apabila dia maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Berserah berhampiran simpang Jalan Haji Ahmad, 3 Mei lalu. Tragedi menimpa wanita berusia 52 tahun itu sekali gus memusnahkan harapan anaknya, Chew Yong Shin, 26, untuk sembuh daripada penyakit dihidapi apabila satu-satunya peluang yang ada tidak kesampaian. Yong Shin berkata, sebelum kemalangan menimpa ibunya berlaku, harapannya untuk pulih amat cerah. “Ibu berhajat untuk mendermakan buah pinggangnya kepada saya dan dia sendiri telah mendaftar sebagai penderma organ. “Doktor juga mengesahkan buah pinggangnya berada dalam keadaan baik ketika membuat pemeriksaan sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Geha Bodhi, Lam Kai Cheong, kelmarin. Yong Shin berkata, dia sangat sedih malah menjadi lebih tertekan selepas dimaklumkan buah pinggang wanita itu tidak dapat digunakan atau dipindahkan kepadanya sebagai bakal penerima. “Satu-satunya peluang yang ada di depan mata sudah musnah malah harapan untuk mendapatkan penderma baru juga belum pasti,” katanya. Mendiang ibunya maut selepas motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan kira-kira jam 3 petang, 3 Mei lalu. Dalam kejadian itu, ibunya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami. Sementara itu, Lam Kai Cheong berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib menimpa Yong Shin yang diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga. Menurutnya pemuda itu bukan sahaja kehilangan itu tersayang malah kehidupannya juga semakin tidak menentu ekoran penyakit yang dihidapi. “Sebelum ini dia mungkin boleh tersenyum ceria selepas peluang untuk sembuh cerah ekoran kesediaan ibunya untuk mendermakan organ yang ditunggu sejak sekian lama. “Namun selepas peristiwa itu, harapannya musnah dan dia terpaksa menunggu dan berdoa agar ada penderma lain yang sudi berbuat demikian,” katanya. Kai Cheong berkata, simpati dengan nasibnya, Persatuan Geha Bodhi tampil menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban keluarga itu. “Kami juga akan cuba mendapatkan penjelasan dari pihak Kementerian Kesihatan berkenaan masalah yang mungkin timbul sehingga pemindahan buah pinggang wanita itu gagal dilakukan. “Kita harap pihak hospital juga dapat memberi penerangan yang jelas mengenai prosedur menderma organ kepada orang ramai supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang,” katanya. Sumber: Sinar Harian

Pak Lebai Panah Anjing Sesat Cetus Kemarahan Penduduk Setempat

SERI KEMBANGAN: Seekor anjing yang dipercayai sesat di Taman Sinaran di Seri Kembangan telah ditembak dengan anak panah oleh seorang lelaki melayu. Dalam gambar menunjukkan seorang lelaki berkopiah putih memegang busur dipercayai menembak anjing sesat berkenaan tanpa berfikir panjang. Saksi, Allan, yang melihat kejadian itu segera membawa anjing berkenaan ke Animal Medical Center (AMC) di Wisma Medivet, Jalan Tun Razak.

Akibat dari insiden itu, timbul pula beberapa comment di Facebook Malaysian Dogs Deserve Better yang mula membangkitkan soal agama yang konon umat Islam tidak boleh menyentuh anjing kerana ianya haram. Namun, seorang pengguna Facebook telah menafikan dakwaan liar berkenaan.

Sumber: My Media Hub Online

Kem Azmin Ali Menang Jawatan Utama Dalam PKR

KUALA LUMPUR: Pasukan Keadilan Raya yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilaporkan memenangi jawatan utama dalam pemilihan parti kali ini. Sumber dalaman PKR memberitahu, sehingga pagi tadi, Mohamed Azmin yang mempertahankan jawatan yang disandangnya memperolehi 15,724 atau 46 peratus undi. Manakala pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 10,851 (32%) undi dan seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution memperolehi 7,609 (22%) undi. Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda (AMK), Amirudin Shari dikatakan memperolehi 3,098 (44%) undi meninggalkan pencabarnya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahmad Nazree Yunus. Nik Nazmi dilaporkan mendapat 2, 411 (34%) undi manakala Nazree memperolehi 1,610 (23%) undi. Pasukan Keadilan Raya mendapat tentangan sengit bagi jawatan Ketua Wanita PKR dimana penyandang jawatan tersebut‎ Zuraida Kamaruddin dilaporkan hanya mengatasi pencabarnya Rodziah Ismail dengan 62 undi. Zuraida dikatakan mendapat 4,920 (51%) manakala Rodziah Ismail memperolehi 4,868‎ (49%) undi. Pemilihan PKR bagi sesi 2014 hingga 2017 menjadi tumpuan kerana berlaku kekecohan di lebih 20 cabang hingga memaksa ianya dibatalkan dan diadakan semula. Sumber: Awani

Saintis Australia Temui Sperma 17 Juta Tahun, Paling Tua Dalam Sejarah!

PARA saintis Australia melaporkan mereka berjaya menemui sperma haiwan berusia 17 juta tahun (Gambar), masih elok dan dikatakan paling tua dalam sejarah. Sperma itu adalah milik sejenis udang kecil dan ditemui di tapak kajian Khazanah Fosil Dunia Riversleigh, ke utara Queensland, Australia, tapak sama yang sebelum ini berjaya menemui pelbagai peninggalan haiwan purba. Ini termasuk platipus bergigi gergasi dan kanggaru pemakan daging. Menurut saintis biologi dari Universiti New South Wales, Mike Archer yang mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang itu, penemuan sperma terbabit adalah sesuatu yang “amat menarik”. “Ini adalah sperma dalam bentuk fosil paling tua pernah direkodkan dunia geologi,” katanya. Panjang sperma itu dipercayai melebihi saiz seekor udang jantan. Ia dikesan di dalam organ seksual haiwan berkenaan yang digelar “ostracods”. Kajian mengenai haiwan itu bermula pada tahun 1988 ketika Archer dan pasukannya menemui fosil mengandungi tisu lembut dan menghantar contoh terbabit kepada John Neil, pakar haiwan jenis “ostracods” di University La Trobe yang mendapati fosil terbabit mengandungi tisu lembut. Penemuan itu kemudiannya telah dikemukakan kepada pakar beberapa negara Eropah dan kajian mikroskopik mendapati sampel tisu terbabit mengandungi organ seksual haiwan berkenaan. Lebih baik lagi apabila ia turut mengandungi sel kromosom dan DNA. Penemuan itu kemudiannya diterbitkan di dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B, yang turut memaklumkan sperma itu bersaiz 1.3 milimeter, lebih panjang dari saiz udang itu. Sumber: Astro Awani

Video: Lelaki bisu disembuhkan dengan ayat Al-Quran

ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera, Penulis ingin berkongsi satu video di mana seorang lelaki yang dikatakan ‘bisu’ boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas dibacakan ayat Al-Quran. Seorang lelaki yang mengalami penyakit bisu tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas dibacakan ayat Al-Quran. Kuasa Allah, apa sahaja boleh terjadi, Maha suci Allah! Wallahu a’lam
Sumber: New Malaysian Post

SEGERA: KJ Tuntut Siasatan Hina Azan Dalam Facebook, Melampau..

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mengejek azan umat Islam. Menteri Belia dan Sukan itu menulis dalam Twitter dengan berkata, pelampau wujud di kalangan semua kaum, dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan. Status Facebook yang dipersoalkan itu mencampur adukkan azan dengan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan. “Kita perlu berdepan pelampau ini. Sepertimana yang kita lakukan ke atas ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” tulisnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.
Sumber: My News Hub / Malaysia Kini

Kesal Kemelut Yang Berlaku, Ahmad Said Kembali Sertai UMNO

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku. Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi. Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini. Tengku Putera mengetuai 14 ADUN Terengganuu mengadakan sidang media itu selepas mengadakan pertemuan khas dengan Najib di Bangunan Perdana Putera, pagi ini. Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong. Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Sumber: BH

(KEMASKINI) Tarik Balik Surat Lepas PM Minta Maaf – Ahmad Said

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan beliau menarik balik surat perletakan jawatan dalam parti dibuat selepas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepada beliau, menurut laporan The Malaysian Insider. Dalam satu sidang media di kediamannya di Kemaman, Ahmad berkata tindakan itu berpunca dari salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya yang akan berlangsung 17 Mei depan. “Kami saling meminta maaf… Perdana Menteri ingat 10 Mei sudah selesai (perkahwinan anak), tetapi masih ada lagi (majlis) pada 17 Mei. “Ini melibatkan maruah, saya meletakkan jawatan. Dan akhirnya sebagai pemimpin besar Perdana Menteri juga akui sama ada sedar atau tidak,” katanya yang sempat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas selama dua hari selepas menarik balik surat berkenaan. Ahmad turut berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri yang meletakkan jawatan turut melakukan tindakan sama kembali kepada UMNO Beliau akan memberi sokongan penuh kepada penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata beliau akan membantu Ahmad Razif selagi berkhidmat sebagai wakil rakyat. “Saya akan jaga kawasan Kemaman dan kawasan saya. Kalau dulu saya jaga seluruh negeri, sekarang saya jaga Kemamanlah. Saya akan bantu,” kata Ahmad. Ahmad, 57, berkata beliau akan terus berbakti kepada Umno bersandarkan penglibatannya yang cukup lama dalam parti itu, sejak berusia 19 tahun. “Saya akan bantu. Anda bayangkan masa dulu kita kalah (dalam pemerintahan PAS 1999-2004), saya jelajah satu negeri untuk memenangkan Umno, beri ceramah siang malam,” katanya. Mengenai tanggapan sesetengah pihak yang melihatnya sebagai pengkhianat Umno, Ahmad menegaskan: “Soal pengkhianat tak timbul. Ini soal perjuangan…kerana sayangkan Umno saya kembali semula. Kalau saya pengkhianat, lama dah saya bergabung dengan PAS.” Beliau mendakwa ada didatangi beberapa anggota PAS yang memujuknya menyertai parti itu, namun menolak pelawaan berkenaan. Terengganu menjadi tumpuan apabila Ahmad dilaporkan keluar Umno selepas meletak jawatan menteri besar, Isnin lepas. Pada hari yang sama, Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu. Susulan itu, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud juga dilaporkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas. Bagaimanapun Roslee dilaporkan telah kembali kepada Umno pada Selasa, disusuli Ahmad dan Ghazali Rabu. Sumber: My News Hub

No comments:

Post a Comment