Tuesday, May 20, 2014

Berita Terkini 20 May 2014

Lelaki dicari bantu siasatan kes lari mesin ATM
Mesin ATM dilarikan
TINGGAL BEKAS...Salah satu mesin ATM yang dilarikan penjenayah. - Gambar hiasan
BESUT - Seorang lelaki dicari bagi membantu siasatan kes melarikan RM160,000 dari sebuah mesin juruwang automatik (ATM) yang dipecahkan di Kampung Raja di sini milik Bank Rakyat cawangan Jertih, dua hari lalu. Pihak polis meminta Mohd Afizul Muhammad, 32, yang beralamat terakhir di Lot 533, Lorong Rogayah, Pasir Mas, Kelantan agar tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata orang ramai yang mengenali Mohd Afizul juga boleh menghubungi Ketua Siasatan Jenayah Besut, Asisten Superintendan Kamsani Hassan di talian 013-3612080 atau melalui talian pejabat 09-6956999 dan 09-6956222. Dalam kes kira-kira pukul 5.55 pagi itu, empat lelaki yang menutup muka mereka dengan kain menarik keluar sebuah daripada empat mesin ATM di bank itu yang terletak berhampiran sebuah pasar raya ketika pengawal keselamatan bersolat subuh. Melalui rakaman kamera litar tertutup bank berkenaan, suspek didapati menggunakan sebuah kereta untuk menarik keluar mesin ATM berkenaan dan kemudiannya mengambil wang di dalamnya. - Bernama

Tiga lelaki pecahkan mesin ATM, RM300,000 lesap
SHAH ALAM - Kira-kira RM300,000 lesap apabila tiga lelaki memecahkan dua mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar dua tingkat di Setia Alam, di sini awal pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi dengan ketiga-tiga suspek dipercayai bersembunyi di kawasan medan selera di tingkat bawah sebelum pasar raya itu ditutup pada tengah malam. Jurucakap polis berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya itu menunjukkan suspek berlegar-legar di dalam bangunan pada pukul 4 pagi. Beliau berkata suspek juga dilihat menaiki tangga ke aras satu di mana terdapat mesin ATM. "Dua daripada empat mesin ATM itu dipecahkan dipercayai menggunakan gas 'oxy-acetylene' sebelum suspek mengumpil pintu belakang sebagai jalan untuk melarikan diri selain turut memotong wayar penggera alat keselamatan," katanya. Suspek turut memusingkan kamera pada mesin ATM tersebut bagi mengelak tindakan mereka dirakam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian tersebut yang pihak polis menerima laporan kira-kira pukul 5.20 pagi daripada pihak keselamatan pasar raya. - Bernama

Kanak-kanak diculik masih selamat
KOTA KINABALU - Pihak polis percaya kanak-kanak yang diculik di sebuah stesen minyak di Kampung Air pada 9 Mei lalu masih berada di negeri ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya yakin kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun itu selamat. "Hanya kita tidak dapat kesan di mana dia sekarang dan sebab itulah kita perlu maklumat daripada masyarakat untuk membantu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program derma darah sempena majlis peringatan Hari Polis ke-207 di Kompleks Karamunsing di sini hari ini. Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu yang berumur 31 ditahan kerana polis mendapati laporan serta keterangannya bercanggah dan dia dipercayai mempunyai motif tertentu. Bapa mangsa juga akan disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak kerana kecuaian sehingga menyebabkan kehilangan kanak-kanak itu. Kanak-kanak tersebut Low Ming You yang berpakaian baju T berwarna putih dan berseluar pendek difahamkan sedang lena dalam kenderaan bapanya apabila kenderaan itu dilarikan. Ia kemudiannya ditemui di Menara Jam, Bukit Bendera kira-kira pukul 9.30 pagi, empat jam selepas kejadian tanpa kanak-kanak itu. Bapa kanak-kanak yang ditahan sebelum ini dibebaskan semalam dengan jaminan polis. - Bernama

Lagi sindiket dadah tumpas
KUALA LUMPUR - Polis Bukit Aman melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah rumah di Jalan Balam, Kajang, Selangor sebagai makmal mini memproses dadah, Rabu lepas. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya hari ini berkata, hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu, syabu bernilai RM195,000 dirampas dan dua warga tempatan, masing-masing lelaki dan wanita berumur 41 dan 23 tahun ditahan. "Polis menemui sepinggan kaca berisi serbuk kristal disyaki dadah syabu yang dianggarkan seberat 33.8 gram dan 13 paket plastik disyaki dadah syabu seberat 1.28kg di dalam rumah itu. "Kedua-dua suspek telah ditahan reman bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952," menurut laman facebook itu. - Bernama

Lagi sindiket dadah tumpas
KUALA LUMPUR - Polis Bukit Aman melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah rumah di Jalan Balam, Kajang, Selangor sebagai makmal mini memproses dadah, Rabu lepas. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya hari ini berkata, hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu, syabu bernilai RM195,000 dirampas dan dua warga tempatan, masing-masing lelaki dan wanita berumur 41 dan 23 tahun ditahan. "Polis menemui sepinggan kaca berisi serbuk kristal disyaki dadah syabu yang dianggarkan seberat 33.8 gram dan 13 paket plastik disyaki dadah syabu seberat 1.28kg di dalam rumah itu. "Kedua-dua suspek telah ditahan reman bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952," menurut laman facebook itu. - Bernama

26 orang dicekup berjudi bola golek, sabung ayam
26 orang dicekup berjudi bola golek, sabung ayam
Polis melakukan pemeriksaan ke atas 26 individu yang ditahan serta merampas pelbagai peralatan judi dalam serbuan, kelmarin. KLANG SELATAN - Seramai 26 individu yang leka bermain judi bola golek serta sabung ayam dicekup dalam serbuan di tepi rumah kongsi di tapak projek pembinaan perumahan Bandar Putera 2, di sini, kelmarin. Serbuan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Selangor serta pasukan Cantas Wanita Selangor sejak jam 2 petang. Sumber berkata, ketika diserbu terdapat 11 lelaki tempatan, 14 lelaki warga Indonesia dan seorang wanita Indonesia berusia 20 hingga 60 tahun. Menurutnya, mereka yang ditahan itu adalah pemain, penonton serta penganjur judi terbabit. "Turut dirampas 10 ekor ayam, peralatan bola golek dan sabung ayam serta wang tunai RM21,327. "Kesemua yang ditahan dikesan melakukan kesalahan penganiayaan terhadap binatang," katanya. Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya.

Thailand isytihar undang-undang tentera
Thailand isytihar undang-undang tentera
Askar Thailand berkawal di hadapan pejabat NBT di Bangkok, Thailand. - Foto EPA
BANGKOK - THAILAND. Tentera Thailand mengisytiharkan undang-undang tentera di seluruh negara itu berkuat kuasa serta-merta, awal pagi ini. Perintah itu diumumkan stesen televisyen tentera, TV5 Channel, pada 3 pagi bertujuan memulihkan keamanan dan ketenteraman di negara itu. Anggota tentera dikerah mengawal stesen televisyen di Bangkok. Undang-undang tentera itu diumumkan di tengah-tengah persediaan penyokong prokerajaan kumpulan Baju Merah dan antikerajaan untuk mengadakan perhimpunan terbesar minggu ini. Penyokong Baju Merah berhimpun di Jalan Aksa di pinggir Bangkok, manakala penyokong antikerajaan berada di beberapa lokasi di Bangkok. Kumpulan antikerajaan Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) membatalkan perhimpunan jalanan hari ini berikutan pengisytiharan undang-undang tentera itu. Di bawah undang-undang tentera, penunjuk perasaan hanya dibenar mengadakan perhimpunan di 'kubu' masing-masing, dan tidak boleh bergerak. Tentera mengisytiharkan undang-undang tentera selepas kedua-dua pihak yang bertelagah dalam politik Thailand gagal bersetuju untuk menyelesaikan kemelut politik di negara itu. Masalah utama kepada penyelesaian konflik itu apabila kumpulan antikerajaan berkeras mahu kerajaan sementara sekarang yang dikuasai parti pemerintah Pheu Thai meletak jawatan dan Perdana Menteri baharu yang berkecuali dengan kuasa penuh, dilantik. Bagaimanapun, kabinet sementara sekarang diketuai pemangku Perdana Menteri sementara Niwattumrong Boobnsongpaisan enggan meletak jawatan. Konflik itu dicetuskan dengan protes berhubung rang undang-undang pengampunan tahun lepas yang akhirnya dibatalkan selepas tekanan daripada kumpulan pembangkang yang dilihat sebagai langkah bagi membolehkan kepulangan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra daripada buangan yang akhirnya membawa pembaharuan dalam sistem politik di negara itu. - Bernama

Dibunuh ketika selamatkan kakak
Dibunuh ketika selamatkan kakak
SEORANG kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat dipukul hingga mati ketika cuba menyelamatkan kakaknya yang nyaris menjadi mangsa rogol, awal bulan lalu. Insiden menyayat hati dan menggemparkan itu berlaku ketika Martin Cobb dan kakaknya yang berusia 12 tahun sedang bermain di kawasan landasan kereta api berhampiran rumah mereka. Menurut pihak berkuasa, seorang lelaki tidak dikenali menghampiri budak perempuan itu sebelum menyerang mangsa secara seksual dan turut menampar mukanya beberapa kali. Ketika Cobb cuba menghalang suspek, penyerang tersebut bertindak memukul kepalanya dengan batu. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan budak tersebut meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. Difahamkan, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan penduduk yang terlihat mangsa berlari dalam keadaan berbogel dan turut berlumuran darah dari kawasan belukar berhampiran. Suspek yang merupakan seorang remaja diberkas beberapa hari selepas itu dan didakwa. Hasil siasatan polis mendapati, suspek turut mengancam untuk membunuh mangsa jika dia mendedahkan identitinya kepada pihak berkuasa. Menurut Daily Mail, difahamkan kanak-kanak perempuan tersebut kini semakin pulih walaupun masih trauma dengan kejadian yang meragut nyawa adiknya itu.

Obor-obor gergasi
Obor-obor gergasi
PESISIR pantai Portland di Oregon, Amerika Syarikat gempar apabila bangkai puluhan obor-obor bersaiz gergasi muncul di daratan perairan itu. Persatuan Pemuliharaan Marin Richard Harrington berkata, perkara ini berlaku kerana perubahan cuaca panas menjangkau suhu melebihi 20 darjah Celsius sepanjang bulan ini. “Obor-obor yang biasa di temui di Atlantik atau Mediterranean ini tidak merbahaya tetapi kami menasihati orang awam supaya tidak menyentuhnya,” katanya kepada Daily Mail. Difahamkan, obor-obor ini mempunyai purata diameter tiga dan dua meter dari spesies Barrel atau Rhizostoma pulmo. Spesies obor-obor ini banyak ditemui di timur Atlantik Utara, Antartik dan laut Mediterranean dengan menjadikan penyu belimbing sebagai mangsa.

Gigi Elvis dilelong
Gigi Elvis dilelong
GIGI hadapan Raja Rock n Roll, Elvis Presley dilelong pada harga 6,500 pound (RM35,000) di Britain, baru-baru ini. Gigi dipamerkan buat pertama kali di Beacon Dental Care, Malvern di Worcestershire itu diletakkan pada acuan gigi palsu dan menjadi milik seorang doktor gigi, Michael Zuk dari Kanada yang juga peminat tegar artis berkenaan. “Saya membida untuk mendapatkan gigi ini selepas dilelong oleh pembuat gigi palsu Elvis Henry J Weiss pada 1971,” katanya kepada The Mirror News. Menurutnya, keaslian gigi itu dibuktikan selepas mendapat pengesahan daripada doktor gigi isteri dan anak penyanyi berkenaan.

Ketua Tentera Udara Syria maut
Ketua Tentera Udara Syria maut
Penduduk kembali semula ke Homs selepas kumpulan Takfiri berundur dari bandar itu pada minggu lalu. Foto: AFP
DAMSYIK - SYRIA. Ketua Tentera Pertahanan Udara Syria terkorban dalam serangan dilancarkan kumpulan militan Takfiri di pangkalan tentera berhampiran bandar Mleiha. Kelmarin, media melaporkan Leftenan Jeneral Hussein Ishaq maut akibat kecederaan parah. Bagaimanapun, sehingga kini kerajaan Syria masih belum mengesahkan perkara itu. Dalam perkembangan lain, tentera rejim didakwa merampas semula Damsyik, namun kumpulan militan dilaporkan masih menawan beberapa bandar di pinggir ibu negara. Pada 12 Mei lalu, kumpulan militan terakhir, Takfiri bersetuju berundur dari Homs mengikut sebahagian daripada perjanjian yang dicapai bersama kerajaan pada 4 Mei lalu. Kandungan perjanjian tajaan Iran, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menetapkan kesemua daerah dan bandar utama diletakkan semula di bawah kawalan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad. Selain itu, kumpulan militan juga perlu membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke bandar barat laut di Kafr Nabl dan al-Zahraa menurut laporan Press TV

Cara mudah masak popcorn tanpa mesin


Kucing Nakal 2014
 



Hanya di Asia 2014



Rumah orang asli di sungai amazon


Serik bercinta dengan Bad Boy

BEBERAPA hari lepas, sebuah rancangan bual bicara di Astro, Chat With VVIP musim kelima telah menjemput Shila Amzah sebagai tetamu undangan pada episod kali itu. Sepanjang temubual tersebut, Shila banyak bercerita tentang awal penglibatannya di industri hiburan China serta kesungguhannya mempelajari bahasa Mandarin demi mengembangkan kerjaya seni. Bagaimanapun beberapa minit sebelum tamat, pengacara program tersebut bertanyakan kepada Shila mengenai kisah cintanya.

Shila pula dengan terbuka menceritakan tentang bekas teman lelakinya yang disifatkan sebagai sangat mengongkong dan dikategorikan sebagai bad boy. Dia tak menyokong saya, dia tak beri saya ruang. Saya sering berada dalam kesedihan setiap hari. Dia tak suka saya menyanyi dan jika dia tak suka saya pakai sesuatu baju, dia akan suruh saya tukar. Dia lebih tegas dari keluarga saya. Selain daripada itu, Shila juga mengakui dirinya telah dikaburi dengan cinta hingga sanggup berjauhan dari keluarga sewaktu kisah cintanya ditentang banyak pihak suatu ketika dulu. Bila saya balik rumah, keluarga saya faham tentang keadaan saya yang memerlukan ruang dan masa. Tapi saya gembira kerana sekurang-kurangnya saya dah pernah buat macam tu.

Persoalannya, bekas teman lelaki Shila mana satu yang dimaksudkan? Menerusi komen peminat, ada yang mengandaikan lelaki itu adalah Sharnaaz Ahmad.

Biarpun ramai tidak bersetuju dengan tindakan Shila menceritakan sikap buruk bekas teman lelakinya, namun ada juga peminat yang masih menyayangi penyanyi bertaraf antarabangsa itu dan sentiasa memberi kata-kata semangat. Sumber: Oh Bulan!

Pembinaan Lebuhraya Kidex Diteruskan
Abdul Khalid Ibrahim
PETALING JAYA – Kerajaan Selangor tetap akan meneruskan pembinaan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) walaupun ia mendapat bantahan penduduk. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan mengambil kira bantahan yang disuarakan. “Pembinaan lebuh raya itu tetap akan dijalankan dan kami akan membuat pelarasan berdasarkan cadangan (yang dibuat) kerana bukan semua penduduk di sana membantah pembinaannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 di sini hari ini. Penduduk kawasan berkenaan sebelum ini dilaporkan mendakwa pembinaan projek lebuh raya sepanjang 14 kilometer dengan anggaran kos RM2.2 bilion itu akan memusnahkan alam sekitar selain menyebabkan harga hartanah merudum, dan bukan disifatkan satu penyelesaian yang bijak kepada masalah lalu lintas. Mengenai pembatalan pemilihan sejumlah cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terpalit dengan dakwaan terdapat unsur penipuan dan ketidaktelusan, Abdul Khalid berkata pemilihan semula tidak akan dilakukan dalam masa terdekat. Ini kerana pelbagai usaha penambahbaikan perlu dilakukan terlebih dulu bagi mendapatkan semula keyakinan anggota PKR terhadap pemilihan yang akan diadakan semula nanti, katanya. Sumber: Bernama

iCup : Konsep Cawan Pintar Berbentuk Logo Apple

Secara teorinya anda boleh meletakkan logo Apple pada apa sahaja produk dan peminat tegar Apple akan membelinya tanpa berfikir dua kali. iCup ialah konsep cawan pintar yang berbentuk logo Apple yang dihasilkan oleh Tomislav Zvonari?. Pereka yang berasal dari Kanada ini menghasilkan cawan pintar yang boleh dikawal suhunya apabila disambungkan kepada sebuah komputer. Ini sebuah konsep yang agak menarik dan sebenarnya lebih praktikal di dunia sebenar. Kepada peminat Apple dan Steve Jobs, adakah iCup ingin anda miliki? Kami harus akui konsep cawan pintar yang dapat dikawal suhunya ialah sesuatu yang kami ingin miliki. Minum kopi sejuk selepas menulis selama beberapa jam adakah sangat tidak mengujakan.

Sumber: Amanz / hzqahmd

Kereta kebal The Expendables 3 hentikan trafik

Bintang The Expendables 3 menaiki kereta kebal di Cannes. – Foto REUTERS
JIKA ada barisan bintang yang mampu membuat trafik terhenti seketika, ia tentu saja terdiri daripada pelakon The Expendables 3 iaitu Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, Mel Gibson, Harrison Ford, Jason Statham, Wesley Snipes, Dolph Lundgren, Kelsey Grammer dan Antonio Banderas. Ahad lalu, mereka memberhentikan seketika pergerakan trafik di Cannes, Perancis, apabila bintang tersohor terbabit muncul bersama kereta kebal ketika menuju ke Hotel Carlton untuk menghadiri majlis sidang akhbar mempromosikan filem terbabit. Ia diadakan sempena Festival Filem Cannes ke-67 di bandar peranginan itu. Gimik kereta kebal itu turut disertai Kellan Lutz, Victor Ortiz, Glen Powell, Randy Couture dan Ronda Rousey. Jet Li dan Terry Crews pula tidak dapat menyertai aksi berkenaan apabila terikat dengan hal lain. Kemunculan dua kereta kebal terbabit membuatkan orang ramai berhenti seketika, lalu mengeluarkan kamera mahupun telefon bimbit masing-masing untuk merakamkan detik hebat itu. Bukan sekadar peminat, jurugambar juga sibuk memetik picu kamera mereka bagi merakam saat mengagumkan itu, lebih-lebih lagi apabila ia menghimpun ramai bintang masyhur di satu lokasi menarik. Jadi, kepada pembikin filem yang ingin mempromosikan karya mereka dengan cara bergaya, apa kata curi atau tiru saja idea pasukan The Expendables 3 ini? Sumber: New Malaysian Post / BH

Penuntut Malaysia di Bandung diperkosa

Satu musibah melanda penuntut Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung apabila diculik dan dirogol oleh tiga lelaki, Jumaat lalu. Penuntut berusia 20 tahun itu dirogol dalam kereta sebelum ditinggalkan dan ditemui orang ramai jam 3 pagi Sabtu di parkir RM Grafika, Tangkuban Perahu. Sebelum kejadian mangsa dikatakan keluar untuk ke mesin ATM berhampiran kampusnya yang terletak di Jatinangor Sumedang sekitar jam 8 malam untuk mengeluarkan wang. Ketika melalui satu lorong sunyi dia dipanggil seseorang yang tidak dikenali namun tidak diendahkan. Mangsa kemudiannya ditarik ke dalam kereta sebelum dirogol secara bergilir-gilir sepanjang perjalanan. Menurut mangsa, terdapat empat lelaki dalam kereta tersebut dan hanya pemandu yang tidak menyentuhnya. Ketua Polis Cimahi, Erwin Kurniawan (gambar) berkata mangsa kini dirawat di Hospital Hasan Sadikin, Bandung. Pihak universiti dikhabarkan sudah memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa Malaysia dan keluarga mangsa yang bergegas ke Bandung sebaik mengetahui perkara ini. Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

Orang Melayu memang mudah ditipu: Dr M

MELAKA: Tindakan DAP meletakkan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon di kerusi Parlimen Teluk Intan disifatkan sebagai cubaan mengaburi mata pengundi di kawasan itu. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ia sebagai tindakan terdesak parti pembangkang itu bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu. “Tindakan meletakkan calon Melayu di Teluk Intan sekadar ‘window dressing’ bagi mengaburi mata pengundi Melayu. “Apabila menggunakan ‘window dressing’ sudah tentu ia akan dibuat dengan cantik, barulah orang tertarik,” katanya ketika mengulas mengenai pencalonan Dyana Sofya, 27, dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Chancellor’s Talk di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, semalam. Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau yakin calon muda DAP itu akan mendapat sokongan dalam PRK berkenaan. “Sama ada orang Melayu akan sokong atau tidak, saya pasti calon ini akan mendapat sokongan kerana orang Melayu mudah ditipu dan sudah ramai yang tertipu. “Dia (Dyana Sofya) anak orang UMNO, kalau anak orang PAS dia tidak akan menjadi calon DAP kerana sejak kecil lagi dididik bencikan UMNO, malah diajar memijak gambar saya. Anak orang UMNO tidak diajar begitu, sebab itu apabila besar dia bebas untuk memilih,” katanya. PRK Parlimen Teluk Intan yang diadakan selepas kematian penyandangnya Seah Leong Peng menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dyana Sofya dengan calon Barisan Nasional (BN), Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53. Sumber: HM

Wings Kesal Lagu Baharu Dimuat Naik Percuma

KUALA LUMPUR - Kumpulan rock terkenal, Wings kecewa apabila empat buah lagu terbaharu mereka daripada album terbaharu berjudul Menakluk Kosmos yang dipasarkan menerusi iTunes sejak dua bulan lalu boleh dimuat naik secara percuma. Pemain gitar utama kumpulan itu, Abdul Zamin Abdul Kadir atau Joe berkata, mereka mendapat maklumat berkenaan daripada peminat dan sebagai penerbit dan komposer dia kesal dengan kejadian itu. “Tiga buah lagu dari album terbaharu iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia dan Bisa Yang Tertunda memang dilancarkan di iTunes untuk tujuan promosi tetapi inilah risiko apabila ia dilancarkan secara digital kerana ia mudah dimuat turun secara percuma tanpa kawalan di Internet. “Paling pelik sebuah lagu yang belum dilancarkan iaitu Hei Lihat Sini yang akan digunakan sebagai lagu runut bunyi sebuah filem terbitan KRU turut dapat dimuat naik secara percuma,” katanya kepada mStar Online. Joe ditemui pada majlis pelancaran album berkenaan di Hard Rock Cafe di sini, Isnin. Menakluk Kosmos bakal berada dipasaran pada 22 Mei ini dan turut dijual secara digital menerusi iTunes. Dalam pada itu, Joe berkata, bukan lagu mereka sahaja boleh dimuat naik secara percuma malah album itu juga boleh didengari menerusi aplikasi Spotify dan Deezer bagi pengguna telefon pintar sebelum sempat album itu dilancarkan. Jelas Joe, dia dan rakan-rakan pelik bagaimana perkara itu boleh terjadi namun bersyukur pihak syarikat rakaman mereka KRU Music cepat mengambil tindakan. “Ini bukan kali pertama isu cetak rompak berlaku kepada Wings tetapi ini adalah kali pertama ia berlaku sebelum kami sempat melancarkan album berkenaan. “Nasib baik KRU Music cepat mengambil tindakan bagi menarik balik album berkenaan dari terus dapat didengar secara percuma menerusi aplikasi itu,” jelasnya. Sementara itu, Awie selaku vokalis utama Wings berkata, biarpun album berkenaan mengambil masa setahun untuk disiapkan namun dia berpuas hati kerana mereka mampu meneliti kekurangan yang ada pada lagu yang dicipta bagi memastikan karya terbaik dipilih untuk diberikan kepada peminat. Jelasnya lagi, sepanjang 13 tahun tidak menghasilkan album baharu bersama Wings, dia juga perlu memastikan Menakluk Kosmos dapat memenuhi cita rasa pendengar terutamanya peminat setia kumpulan itu. “Bukan mudah untuk mendapatkan kembali aura cara nyanyian untuk lagu-lagu Wings dan tempoh panjang yang diambil untuk menyiapkan album ini juga memberikan saya peluang untuk benar-benar menjiwai dan memastikan teknik vokal disampaikan dengan baik. “Malah rakaman vokal saya dilakukan di Pulau Langkawi selama dua minggu pada Disember lalu bagi mendapatkan suasana baharu dan tiada gangguan,” ujarnya. Jelas Awie lagi, mereka yakin peminat dapat menerima album terbaharu ini nanti kerana Menakluk Kosmos adalah karya terbaik mereka setakat ini. Untuk rekod, Naga Keramat adalah album terakhir kumpulan itu yang mereka rakamkan pada tahun 2002. Selain Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia dan Bisa Yang Tertunda, album terbaharu itu turut menampilkan tujuh lagi lagu baharu iaitu Menakluk Kosmos, Raja Segala Duri, Komplikasi Pramaya, Gurindam Mahsyar, Adoney Dari Paran, Segitiga Piramida dan Penanti. Sumber: mStar

Pengemis Profesional Dikehendaki

Chengdu – Seorang lelaki dilihat berkeliaran bandar Dazhou dan menimbulkan kehairanan apabila dia dilaporkan mencari sesiapa yang berminat untuk belajar mengemis. Untuk menarik perhatian perantis, lelaki terbabit turut menawarkan kemudahan bilik penginapan dan bonus tahunan. Beberapa gambar dimuat naik di Internet menunjukkan lelaki terbabit berbaring di jalan bersama papan tanda bertulis: “Merekrut pengemis profesional.” Dia juga menceritakan pengalamannya di papan tanda berkenaan. “Saya menamatkan pengajian di pusat latihan profesional di Shanghai pada 2011. Sejak itu saya mengemis secara solo dan kini saya mencari rakan sekerja untuk mengemis di seluruh negara,” tulisnya. Beberapa lagi jurulatih pengemis turut dilihat mencari “pelajar baru” di sekitar wilayah Sichuan dengan menawarkan makanan dan tempat tinggal serta bonus akhir tahun. Sumber: My News Hub / Agensi

Teruna Sunti Tunggu Cinta Sejati

London – Seorang teruna di sebuah kolej terkemuka England semalam berkata, dia berazam untuk mengekalkan statusnya yang tidak pernah berasmara sehingga dia benar-benar menemui cinta sejati. Menceritakan impiannya itu, Phin Lyman, 18, berkata, amalan seks tanpa kawalan hanya akan menyebabkan kesan buruk jangka panjang. “Seks bagi saya ialah satu proses ikatan yang menghubungkan dua individu dari segi mental dan fizikal. “Saya percaya pada zaman ini seks digunakan secara salah kerana dijadikan simbol yang menggambarkan cinta seseorang,” katanya. Menurut Lyman, apabila seseorang itu meniduri pasangannya, ia akan mengikat mereka secara mental dan emosi. Kenyataan Lyman itu dibuat dalam tulisannya untuk majalah Kolej Wellington yang dianggap antara yang paling elit di England. Kata Lyman, ramai remaja lelaki sering belajar mengenai seks melalui bahan pornografi. Kemudian, katanya, remaja terbabit akan mencari pasangan masing-masing sebelum mengecewakan mereka. “Bagi wanita muda atau tua mereka biasanya menganggap seks sebagai sesuatu yang romantik dan bermakna,” katanya. Menurut Lyman, dia mendedahkan statusnya itu kerana mendapati kebanyakan remaja lelaki menghadapi tekanan yang “menyedihkan” apabila terdesak untuk mengadakan hubungan seks. “Saya percaya, 90 peratus pelajar hilang teruna ketika mabuk dan itu sangat menyedihkan,” katanya. Menurut Lyman, kebanyakan pelajar di kolej itu tahu dia masih teruna tetapi tidak ramai yang faham mengenainya. Sumber: Agensi

Astro cuai terlepas mesej lucah

PETALING JAYA: Stesen penyiaran Astro diminta memberi penjelasan apabila pihaknya gagal menapis mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau lucah yang dikeluarkan menerusi rancangan Oh My English musim ketiga. Seorang ibu yang menghubungi mStar Online pada Selasa melahirkan rasa kecewa apabila kata-kata lucah itu disiarkan menerusi rancangan berkenaan yang seterusnya dapat memberi kesan buruk kepada penonton khususnya kanak-kanak. “Saya terkilan kerana Astro gagal menapis SMS lucah sehingga anak saya bertanyakan mengenai perkara berkenaan ketika menonton rancangan itu baru-baru ini,” kata suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah. Suri rumah dari Johor Baharu itu mengadu mengenai kecuaian pihak Astro menerusi saluran TVIQ (610) kerana gagal menapis kata-kata lucah pengirim SMS yang ditujukan kepada seorang pelakon rancangan berkenaan yang memegang watak Jibam. Mesej lucah berkenaan berkaitan alat sulit. mStar Online turut menerima cetakan skrin mesej berkenaan sebagai bukti. Dalam pada itu pihak Astro yang dihubungi mStar Online pada Selasa turut menyedari perkara itu dan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi secepat mungkin. Oh My English musim ketiga disiarkan menerusi TVIQ pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan diulang siar beberapa kali menerusi saluran itu. Sumber: mStar

Louis Van Gaal Dilantik Pengurus Baru Manchester United

Pengurus skuad kebangsaan Belanda, Louis Van Gaal telah dilantik sebagai pengurus terbaharu pasukan Manchester United (MU), semalam. Perlantikan tersebut dibuat berikutan pemecatan David Moyes, bulan lalu Selain itu, pemain lagenda (MU), Ryan Giggs juga telah mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak sekali gus dilantik menjadi penolong jurulatih kepada Van Gaal.

Van Gaal telah mengikat kontrak selama tiga tahun dengan Red Devils dan mengatakan misinya adalah untuk membawa kembali kegemilangan MU ke tangga teratas liga pada musim hadapan. “Misi saya adalah untuk menjadikan MU sebagai pasukan di tangga teratas liga, seperti mana sebelum ini di bawah kendalian Sir Alex Ferguson,” katanya. Mampukah Van Gaal membawa kejayaan kepada MU atau adakah sejarah berulang seperti mana Moyes disingkirkan apabila gagal mencapai visi dan misi kelab popular dunia itu? Sama-sama kita tunggu dan lihat pada musim Liga Perdana Inggeris akan datang ini! Sumber: Audrey Lee / My News Hub

Khairy TEGUR ‘Keyboard Warrior’ Kutuk Festival Belia Putrajaya

Dalam dunia sekarang, ramai betul yang suka jadi ‘polis moral’. Kerja mereka adalah masuk ke laman-laman sosial lalu mula berceramah tentang itu ini. Dari satu segi, perangai begini jika niatnya ikhlas mahu menegur sesama Islam memanglah elok. Tapi masalah timbul bila kebanyakannya cuma mahu melempiaskan perasaan ‘syok sendiri’ untuk menasihati orang lain tanpa usul periksa. Itulah yang berlaku apabila ada komen yang menyelar Festival Belia Putrajaya (FBP) yang dikatakan menampilkan banyak program hiburan semata-mata.

Justeru Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjawab sendiri komen ini dengan menerangkan terdapat banyak juga pos berkaitan program keagamaan dimuatkan dalam aktiviti FBP namun pos begini mungkin ‘terlepas pandang’ oleh mereka yang suka mengutuk semata-mata. Sebagai contoh, pos-pos di bawah ini:

Sebenarnya dalam Islam sekalipun, kita tidak dibolehkan menghamburkan perkataan buruk sesuka hati apatah lagi melemparkan tuduhan sebelum usul periksa. Jadi kepada ‘keyboard warrior‘ di luar sana, lain kali periksa betul-betul dulu sebelum berkhutbah pada orang lain okey? Sumber : Rem Ramzi / My News Hub

Penjenayah Ditembak Cuba Langgar Polis

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki berumur 35 tahun mati ditembak selepas mengundurkan lori yang disamun dengan laju dan melanggar bahagian depan kereta peronda polis yang cuba menahannya di Batu 28, Ijok di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 8.50 pagi itu, lelaki terbabit, R Subramaniam, yang ditembak di bahagian badan sempat melarikan diri kira-kira lima meter ke kawasan semak sebelum rebah dan meninggal dunia. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, bertindak atas maklumat awam berhubung sebuah lori bermuatan sayur-sayuran dan makanan sejuk beku yang disamun, sebuah kereta peronda mengesan lori berkenaan di Simpang Merbau, Sungai Buloh pada 8.30 pagi. Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, beliau berkata kereta peronda yang dinaiki dua anggota polis itu kemudian mengekori lori terbabit sejauh 20 kilometer hingga ke sebuah kebun kelapa sawit di Batu 28. "Ketika melalui jalan kecil di kebun sawit itu, lori berkenaan tiba-tiba berhenti mengejut dan mengundur dengan laju sejauh kira-kira 13 meter sehingga melanggar kereta peronda yang berada di belakangnya menyebabkan bahagian depan kereta itu remuk. "Ekoran nyawa pemandu MPV terancam seorang lagi anggota MPV keluar dari kereta dan meluru ke arah pemandu lori dan mengarahkannya berhenti tetapi suspek terus mengundurkan lori dan mengheret kereta MPV itu. "Anggota berkenaan tiada pilihan dan melepaskan dua das tembakan ke arah pemandu lori terbabit," katanya. Mohd Adnan berkata siasatan awal mendapati lori itu disamun di Jinjang, Kuala Lumpur. Beliau berkata siasatan juga mendapati Subramaniam baru dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya minggu lepas atas kesalahan mencuri kenderaan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. "Berdasarkan rekod lampaunya, suspek merupakan kaki pencuri lori," katanya. - Bernama

Mak Mah nafi anak tidak restu

KUALA LUMPUR : “Tak ada apalah, cuma salah faham saja. Semua (anak) okey dan menerima perkahwinan ini,” kata Ruminah Sidek atau Mak Mah mengenai desas-desus mengatakan pernikahannya dengan peneroka Felda, Al Fatah Rahim Ismail, Sabtu lalu tidak direstui anak-anaknya. Harian Metro difahamkan, perkahwinan kali kelima buat Mak Mah, 68, dengan Al Fatah, 70, di rumah abang iparnya di Klang, dekat sini, tidak begitu diterima oleh beberapa anak aktres veteran itu. Mak Mah yang dihubungi semalam berkata, desas-desus itu tidak berasas sama sekali kerana pihak tertentu menyebarkan cerita berkenaan berdasarkan tanggapan masing-masing yang tidak tahu hal sebenar. “Memang anak bongsu tak datang sebab dia jauh. Kalau mengenai Adlin (Aman Ramli) itu, kata-katanya yang menganggap Al Fatah sebagai suami saya dan bukan bapa tirinya dia tidak bermaksud begitu. “Lagi pun, apa yang orang cakap hanya berdasarkan apa yang mereka nampak atau dengar mengenai majlis. Orang luar tak tahu cerita yang sebenar pun,” katanya. Kenyataan dikeluarkan Adlin Aman Ramli yang menggelar bapa tiri barunya dengan gelaran ‘suami baru mak’ menimbulkan spekulasi seolah-olah pelakon dan pengarah itu tidak merestui pilihan hati Mak Mah. Malah, gerak-geri Adlin yang berangkat pulang ketika majlis masih meriah seperti mengesahkan desas-desus yang timbul. Lebih mengukuhkan keadaan apabila anak bongsu aktres itu tidak hadir pada majlis pernikahannya dipercayai kerana sebab peribadi dan tidak merestui perkahwinan itu. Majlis akad nikah Mak Mah dengan Al Fatah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang, Mohd Jani Sarman dan disaksikan oleh adik lelaki pengantin perempuan, Mohd Zainal Sidek jam 9.20 pagi hari berkenaan. Sumber: HM

Lima sekeluarga dikejutkan dengan letupan kuat di depan rumah
 Letupan kuat kejutkan tuan rumah
IPOH: Lima sekeluarga yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan letupan kuat di hadapan rumah mereka di Taman Silibin Ria, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, letupan kuat berkenaan mengakibatkan kereta mangsa, Nissan Sylphy rosak pada bahagian depan selain cermin pintu utama dan siling bumbung tempat letak kereta turut pecah. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, letupan itu dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang diletakkan dalam satu pasu bunga sebelum diletupkan di depan pintu utama rumah mangsa. Chang Keong berkata, hasil siasatan mendapati bahan letupan yang digunakan adalah sejenis mercun atau bunga api jenis ‘shell’ yang mampu menghasilkan letupan kuat. Bagaimanapun, katanya, tiada kecederaan berlaku dalam kejadian itu. Sumber: BH

Shira Luka Di Belakang Kepala Akibat Terjatuh
 
 
Malang tak berbau.. Itulah yang terjadi kepada aktres serta penyampai radio Ultra FM, Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shira apabila dia mengalami pendarahan di belakang kepala akibat terjatuh sewaktu menjalani penggambaran sebuah game show, baru-baru ini. Memetik Malaysian Digest, Shira menceritakan kejadian berlaku disebabkan dia mahu mengelak sebuah kereta, dan tak semena-mena dirinya hilang kawalan dan terus terjatuh. “Saya jalani penggambaran satu program game show. Pada waktu itu memerlukan saya berlari. Entah macam mana saya nak elak kereta, dalam sekelip mata saya terus jatuh terlentang. Saya tak ingat sangat apa yang berlaku. “Semasa jatuh tu saya masih sedar lagi. Tapi dalam masa beberapa minit tu saya terus tak ingat apa-apa. Sampai di hospital baru saya dapat ingat sikit-sikit apa yang berlaku sebelum itu,” ulasnya lagi. Shira mendapat rawatan di KPJ Tawakal dan telah diberikan cuti sakit selama lima hari oleh doktor yang merawatnya. Mengenangkan insiden tersebut, Shira sempat berseloroh mengatakan, “inilah akibatnya kalau main game show pada waktu Maghrib…,”. Buat Shira, semoga cepat sembuh dan lebih berhati-hati lagi selepas ini ya! Sumber: Audrey Lee / My News Hub

Tiz Dedah Terima Komen Berbaur Lucah Di Instagram

Ada harga yang perlu dibayar oleh seseorang yang bergelar selebriti. Antaranya kehidupan peribadi mereka akan habis digeledah selain tidak mempunyai privasi. Tiz Zaqyah antara salah seorang daripada selebriti yang terkena tempiasnya apabila terdapat sebilangan besar peminat yang tidak menghormatinya kerana dengan selambanya memberikan komen lucah di laman Instagramnya. Namun, Tiz menyatakan dia tidak mengambil pusing akan komen-komen melampau sebegitu sebaliknya dia akan terus menyekat individu berkenaan dan memadamkan terus komen ‘biadap’ tersebut. “Kadang-kadang memang saya naik angin juga bila ada pengikut di Instagram memberikan komen-komen yang negatif hingga ke tahap melampau. Apa yang saya buat, saya tidak melayan komen-komen itu. Kalau saya rasa komen tersebut mengganggu saya, saya akan padamkan terus,” katanya memetik portal Rotikaya. Aktres yang kini tampil segar dengan penampilan rambut berwarna merah bak Hayley Williams ini juga dilihat lebih terbuka berkongsi kisah cintanya di media sosial. Walau bagaimanapun, Tiz menjelaskan dia tidak merancang untuk mendirikan perkahwinan dalam masa terdekat ini kerana kedua-duanya sibuk dengan komitmen kerja buat masa ini.
tiz zaqyah rambut merah tiz zaqyah rambut merahtiz zaqyah rambut merahtiz zaqyah rambut merahtiz zaqyah rambut merahtiz zaqyah rambut merahtiz zaqyah rambut merahtiz zaqyah rambut merahtiz zaqyah rambut merahtiz zaqyah rambut merahtiz zaqyah rambut merah
Sumber: My News Hub

The Vanishing Act Dikritik Anak Pramugara MAS

Sejak bulan Mac yang lalu, tiada siapa yang tahu tentang status sebenar pesawat MAS MH370. Malah sehingga ke hari ini, pihak berkuasa juga masih berusaha untuk merungkai misteri di sebalik kehilangan itu. Biarpun ada antara masyarakat yang semakin lupa dengan kejadian ini, namun hakikatnya ahli keluarga penumpang dan kru pesawat masih rasa terpukul dengan apa yang berlaku. Tambah memeritkan lagi apabila sebuah syarikat produksi dari India telah menghasilkan filem berjudul The Vanishing Act yang menceritakan tentang kisah MH370 dari sudut pandangan mereka.

Menerusi trailer filem berkenaan, dapat dilihat dengan jelas pengarahnya, Rupesh Paul menggunakan imej kapal terbang Malaysia Airlines tetapi pakaian seragam yang dipakai oleh kru sama sekali berbeza. Namun apa yang menimbulkan kemarahan banyak pihak ialah filem berkenaan turut menyelitkan babak bercumbu dan hubungan skandal antara kru penerbangan yang disifatkan agak sensitif untuk penerimaan keluarga terdekat. Selain daripada itu, adegan seseorang memegang pistol juga seolah-olah menguatkan dakwaan kapal terbang berkenaan dirampas oleh pengganas sedangkan sebelum ini kerajaan telah menafikan berlakunya jenayah tersebut. Anak kepada ketua pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari turut meluahkan rasa kecewanya di laman Twitter semalam dan menggesa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Malah, Paul juga menerima kritikan hebat di laman YouTube selepas dia memuat naik teaser filem berkenaan pada 17 Mei 2014.

Bagaimanapun pengarah bersama filem berkenaan, Sritama Dutta menegaskan filem tersebut hanya menjadikan kehilangan MH370 sebagai tunjang utama namun selebihnya hanyalah mengikut kreativiti minda dan rekaan semata-mata. Difahamkan, The Vanishing Act yang menelan belanja sebanyak US$3.5 juta itu difilemkan berdasarkan kepada teori seorang wartawan Malaysia yang namanya tidak didedahkan. Setakat ini masih tiada bukti sahih mengenai apa sebenarnya terjadi terhadap pesawat MH370 dan dari apa yang dapat diperhatikan, The Vanishing Act dibuat berdasarkan kepada beberapa spekulasi yang bertebaran. Khabarnya filem ini akan ditayangkan serentak di seluruh negara menjelang September nanti. Tapi, sebelum itu jom tonton trailer di bawah ini. Apa pula pendapat anda?



MH370: DCA, Inmarsat Akan Dedah Data Satelit

KUALA LUMPUR – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Inmarsat akan mendedahkan kepada umum data satelit yang digunakan untuk operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi. DCA dan Inmarsat, dalam satu kenyataan bersama hari ini, menyatakan mereka akan akan mendedahkan data itu selaras dengan pendirian syarikat dalam mengutamakan ketelusan. Sebahagian besar waris penumpang penerbangan MH370 menuntut pendedahan data yang belum diproses itu supaya boleh dianalisis secara bebas. Dalam kenyataan itu, DCA juga menyatakan ia akan menyediakan maklumat lengkap berhubung perbincangan dengan Inmarsat, dengan bantuan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) untuk mendapatkan huraian biasa bagi data satelit Inmarsat yang disediakan untuk pesawat MH370 selepas kehilangannya. Menurut kenyataan itu, sebelum ini apabila rujukan dibuat terhadap ‘data log komunikasi’ dan ‘data yang belum diproses’ – ia dirujuk sebagai set data yang sama. Kenyataan itu menegaskan adalah penting bagi kedua-dua agensi menyediakan maklumat berguna kepada waris penumpang dan orang awam, termasuk data log komunikasi serta penjelasan berkaitan bagi membolehkan mereka memahami data yang disediakan. “Data log komunikasi itu adalah satu daripada beberapa unsur dalam maklumat penyiasatan,” menurut kenyataan itu. Malam tadi, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengarahkan DCA dan Inmarsat berbincang berhubung pendedahan data yang belum diproses kepada orang awam. Terdahulu, ahli keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat itu mencadangkan supaya pihak berkuasa Malaysia membeli data yang belum diproses daripada Inmarsat. Seorang daripada mereka mencadangkan supaya data yang dibeli dikongsi dan dapat diguna secara global bagi membolehkan maklumat dianalisis oleh pakar penerbangan. Misi mencari pesawat sudah memasuki minggu ke-10 sejak pesawat Boeing 777 itu dilapor hilang pada 8 Mac. Pesawat yang membawa 239 orang termasuk 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Operasi mencari MH370 kini dijalankan di perairan barat Australia di selatan Lautan Hindi. Sumber: BH

Ambil kesempatan atau dibenarkan?

KUALA LUMPUR – Tindakan sebuah restoran di Bangsar, mengenakan caj parkir kepada kenderaan yang diletakkan di bahu jalan meskipun ia bukan ruang khas tempat meletak kenderaan, diragui. Ini kerana, dengan konsep valet parkir, sebuah kaunter khas ditempatkan di bahagian pejalan kaki dan betul-betul di atas laluan khas OKU penglihatan. Pekerja swasta, Ghafar Mohd, 37, berkata, tindakan itu dilihat berlaku sejak pembukaan pusat komersial di situ beberapa bulan lalu.\ Katanya, pihak premis berkenaan akan meletakkan kon sebagai menandakan kawasan berkenaan adalah berbayar. Sementara itu, Wartawan Sinar Harian cuba meletakkan kereta di situ bagi melihat sendiri tindakan operator yang menjaga ‘parkir’ berkenaan. Seorang pekerja meminta bayaran RM10 untuk caj meletak kereta, namun ketika wartawan Sinar Harian menyatakan keengganan untuk membayarnya, dia menawarkan bayaran RM5 sahaja. “Mahu makan di mana? Jika di restoran ini, bayaran tidak dikenakan. Tapak ini (bahu jalan) hanya untuk pelanggan di sini,” ujar pekerja berkenaan. Pekerja itu juga mendakwa menjaga kenderaan yang diletakkan di bahu jalan itu daripada di saman pihak berkuasa. Seperti mana dakwaan Ghafar, Tinjauan Sinar Harian juga mendapati kaunter parkir itu ditempatkan betul-betul di atas laluan OKU cacat penglihatan. Sumber: Sinar Online

Penggunaan Buku Untuk Rujukan Semakin Terpinggir Gara-Gara Google?

KOTA BHARU – “Nak dapat maklumat tu? Alahh Gooogle je,” kata seorang rakan apabila ditanyakan maklumat yang diingini penulis. Jika 30 tahun lepas pencapaian internet mungkin menjadi sesuatu yang asing bagi kita semua namun kini ia sebenarnya hanya berada di hujung jari. Lihat sahaja di sekeliling kita, baik yang kecil sehinggalah kepada yang berusia emas, rata-rata mempunyai gajet di tangan seperti telefon bimbit atau tablet yang canggih. Dunia tanpa sempadan! Mungkin itu ungkapan paling tepat dalam melayari internet ketika ini dan antara pertanyaan yang sering kali diucapkan terutama golongan muda ialah masih relevankah pencarian maklumat menerusi bahan rujukan buku. Mungkin sesetengah pendapat mengatakan pencarian sebegitu sudah ketinggalan zaman malah perpustakaan awam yang wujud tidak lebih sebagai tempat menyimpan buku semata-mata dan leceh untuk ke sana bagi mencari bahan rujukan apatah lagi bahan yang ada begitu terhad dan tidak terkini.

Pelajar akui penggunaan internet lebih mudah
Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Baharu, Tuan Nurul Nadia Tuan Asri, 23, berkata aplikasi pencarian maklumat melalui internet sememangnya menjadi pilihan utama beliau kerana ia menjimatkan masa. “Kebergantungan kepada buku sebagai sumber rujukan semakin berkurangan dalam setiap tugasan dan pembelajaran kerana aplikasi internet jauh lebih cepat dan mesra pengguna. “Kita cuma perlu taip sahaja rujukan yang dikehendaki di pautan berkenaan dan semua maklumat akan diperoleh. Ia seperti buku bergerak”, katanya yang sedang mengikuti jurusan kewangan. Sumber rujukan buku yang agak terhad di perpustakaan dan tidak terkini juga menjadi faktor pelajar lebih cenderung menggunakan internet. Seorang guru, Rozita Nasir, 30, pula berkata dengan adanya sistem carian maklumat melalui internet pelbagai bahan berguna dapat diperoleh untuk kegunaan pelajar. “Sebagai guru, pengurusan masa yang bijak amat perlu dan kecanggihan teknologi maklumat amat membantu. “Bukan kita menafikan kepentingan buku sebagai sumber rujukan tetapi tranformasi positif dalam teknologi semasa boleh dimanfaatkan,” katanya yang bertugas sebagai guru Pendidikan Seni sejak empat tahun lepas. Bagaimanapun, pendidik perlu bijak memilih maklumat bersesuaian dengan keperluan semasa dalam pendidikan, katanya.

Perkembangan teknologi tidak gugat peranan buku
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Ruslan Hassan bagaimanapun melihat perkembangan teknologi itu tidak menggugat peranan buku sebagai sumber rujukan malah menjadi nilai tambah. “Tidak semua maklumat yang didapati dalam aplikasi carian maklumat tepat terutama untuk membuat kajian ilmiah. “Buku adalah sumber rujukan terjamin sedangkan terdapat banyak maklumat dalam internet boleh diedit oleh sesiapa,” katanya. Apa yang lebih penting adalah usaha menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira apa sahaja bentuk dan kaedah pembacaan. “Saya percaya usaha mencari maklumat melalui pembacaan buku memerlukan tumpuan dan ketekunan sehingga dapat menjadikan pembaca lebih matang, kritis dan menghargai bahan yang dibaca.

Budaya plagiat dikhuatiri lebih meluas
“Apa yang mungkin menjadi kebimbangan apabila pelajar mendapatkan sepenuhnya maklumat daripada internet secara mudah akan mewujudkan budaya plagiat (meniru) yang akan membantutkan perkembangan ilmu,” tambahnya. Kedua-dua kaedah itu harus diseimbangkan dan pengguna perlu bijak mengguna teknologi terkini dalam memartabatkan ilmu. Namun beliau tidak menafikan perkembangan pantas teknologi maklumat turut membantu memartabatkan buku sebagai bahan rujukan seperti sistem E-Book. Sehingga kini peranan perpustakaan dan buku sebagai rujukan masih releven kepada masyarakat terutama pelajar, jelas beliau. Di Kelantan terdapat tujuh cawangan perpustakaan negeri dan tiga perpustakaan desa yang terletak di Ciku, Gua Musang; Salor (Kota Baharu) dan Dabong di Kuala Krai selain 34 perpustakaan desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2014, rekod bilangan pengguna internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012. Laporan itu juga menyebut bahawa rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan akhbar dengan penggunaan internet yang meluas untuk rangkaian sosial. Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. Seramai 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari internet untuk mengakses Facebook. Sumber: Bernama

Rashid Sibir naik angin dituduh ciplak karya Iran

PETALING JAYA: Pengarah drama Rashid Sibir meluahkan rasa terkilan apabila telefilem Warkah Syurga arahannya, dituduh menciplak sebuah klip filem pendek dari negara Iran. Rashid sebaliknya berkata, dia hanya mengambil idea daripada klip filem tersebut (tiada judul) yang tidak sampai 10 minit untuk diolah kepada sebuah filem berdurasi 98 minit. “Perlu difahamkan bahawa menciplak adalah bermaksud meniru sesuatu benda sepenuhnya. Jika benarlah saya menciplak karya Iran yang hanya 10 minit itu, dari mana datangnya jalan cerita 88 minit yang lain? “Walhal saya cuma mengambil idea filem itu dan mengolah menjadi sebuah telefilem. Itu sahaja. ”Dan rasanya seluruh dunia saling mengambil idea daripada mana-mana karya dan ia diolah kepada sebuah karya baru. Jadi jangan tuduh saya ciplak,” katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin. Sebuah akhbar pada Ahad lalu menerusi ruangan pojok melaporkan Rashid dianggap seperti muflis idea apabila telefilem arahannya Warkah Syurga siaran Astro Prima pada 11 Mei lalu (pukul 10 malam) merupakan karya yang diciplak dari sebuah filem pendek Iran. Pengarahan Rashid turut dipertikaikan apabila babak lakonan Sazzy Falak sebagai menantu yang mendera ibu mertuanya (lakonan Fauziah Nawi) dilihat sebagai sebuah adegan lawak. Tambah Rashid, dia hanya mengambil idea pada babak seorang anak yang kaya membuang ibunya di perhentian bas dan kemudian ada lelaki lain pula yang mengambil wanita itu untuk dijaga. Berdasarkan cerita itu, Rashid mengembangkan lagi menjadi sebuah telefilem yang menarik. Bagaimanapun, Rashid menyifatkan, laporan tersebut lebih dilihat sebagai menghentam dirinya secara peribadi dan bukanlah karya tersebut. “Apabila dibaca balik, artikel itu ditulis bahawa saya sudah lama tidak berkarya dalam industri seni tempatan dan ia menunjukkan artikel itu lebih mahu bercakap tentang saya bukan karya saya. “Sedangkan saya bekerja secara senyap. Kalau tidak, mana datangnya siri arahan saya, Tanah Kubur yang sudah memasuki 12 musim dan ia masih lagi bersiaran sehingga kini. “Saya juga tidak faham mengapa penulis itu berkata babak menantu memukul ibu mertuanya tidak sedih langsung sedangkan seluruh Malaysia yang menonton cerita itu memberi respons adegan itu sangat memilukan. Adakah dia (penulis itu) tidak mempunyai perasaan?” soalnya. Sumber: mStar

Tentera Russia Di S’padan Ukraine Diarah Pulang

MOSCOW – Menteri Pertahanan Russia memberitahu pasukan tentera supaya pulang ke markas masing-masing selepas latihan di sempadan Ukraine, sekali gus memenuhi arahan Presiden Vladimir Putin, menurut agensi berita Interfax. Semalam, Kremlin mengumumkan bahawa Putin sudah mengarahkan pasukan tentera Russia di sempadan Ukraine untuk pulang ke markas masing-masing tetapi NATO dan Amerika Syarikat menyatakan mereka tidak melihat tanda-tanda penarikan balik itu. Moscow sebelum ini gagal memenuhi janji serupa. Menurut laporan itu, Kementerian Pertahanan menyatakan anggota tentera yang terbabit dalam latihan do wilayah Rostov, Belgorod dan Bryansk, diarah pulang. Sumber: My News Hub / Reuters

‘Kau jerit aku bunuh…’

KLANG: “Kau jerit aku bunuh!” Itu amaran seorang daripada empat penjenayah yang menyamun sebuah keluarga di Kampung Bukit Kerayong, Meru, di sini, awal pagi semalam. Empat penjenayah dipercayai lelaki tempatan itu memasuki rumah seorang peniaga kira-kira jam 3.30 pagi melalui tingkap bahagian dapur yang sudah dipotong menggunakan pemotong besi. Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 39 tahun terpaksa menerima 18 jahitan apabila tangan kanannya terkena parang panjang dihayun suspek ketika cuba menghalang mereka daripada memasuki biliknya. Mangsa juga terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM7,000 apabila pelbagai barangan peribadi seperti cincin, gelang dan rantai emas selain beberapa telefon bimbit dilarikan penjenayah. Menurutnya, dia hanya menyedari terdapat ‘tetamu’ masuk ke rumahnya apabila mendengar bunyi bising dari luar biliknya. “Apabila beberapa cubaan lelaki itu untuk memecah pintu tidak berjaya, mereka nekad menggunakan tong gas yang diambil dari dapur untuk menghentak pintu biliknya. Sumber: HM

Mangsa bunuh dibakar dalam kereta
Mayat lelaki rentung dalam teksi
Mayat rentung ditemui dalam teksi jenis Proton BLM yang terbakar.
BANTING: Kecurigaan seorang penduduk melihat sebuah kenderaan rentung dihurung lalat akhirnya terjawab apabila dia menemui mayat yang hanya tinggal rangka di tempat duduk bahagian pemandu kenderaan berkenaan dalam kejadian di Jalan Rancangan Tanah Liat, Bandar Saujana Putera, dekat sini, pagi semalam. Sejurus menemui mayat dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, saksi berkenaan bergegas ke Balai Polis Sungai Mas, Sepang untuk melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa. Berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan anggota polis dari balai berkenaan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mereka mengesahkan terdapat mayat individu tidak dikenali dalam kenderaan itu. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul Razak berkata, polis percaya mangsa dibunuh dan mayatnya dibakar dalam usaha mengelak identitinya dikenal pasti. Azman berkata, siasatan awal polis melalui nombor kenderaan berkenaan mendapati ia adalah milik seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun dipercayai seorang pemandu teksi yang dilaporkan hilang oleh keluarganya tiga hari lalu dan menetap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, katanya, polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti identiti sebenar mangsa yang ditemui mati dalam kereta berkenaan. Menurutnya, polis terpaksa menunggu hasil laporan bedah siasatan dan laporan forensik kerana mayat mangsa sudah rentung sepenuhnya. Sumber: HM

Warga Emas Maut, 2 Cedera Nahas Di Tapah

IPOH – Seorang warga emas maut manakala dua yang lain cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki melanggar sebuah treler membawa muatan tepung di KM346.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke utara di sini awal pagi tadi. Wanita berkenaan Ong Geen Peen, 66, dari Batu Pahat, Johor maut di tempat kejadian sementara dua penumpang lelaki yang juga dari Batu Pahat, Lee Yong Tee, 76, cedera di kepala manakala Wong Eng May, 50, patah tangan kanan. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Tapah untuk mendapat rawatan. Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Som Sak Din Keliaw, berkata kemalangan berlaku pada jam 5.40 pagi apabila kenderaan MPV itu dipercayai cuba memotong treler berkenaan di hadapannya. “MPV itu bagaimanapun tidak dapat memotong treler berkenaan berikutan sebuah kereta di laluan kanan bergerak laju, sehingga menyebabkan MPV itu melanggar bahagian belakang bucu kanan treler tersebut,” katanya ketika dihubungi. MPV itu membawa 13 penumpang dipercayai dari Johor untuk menghadiri upacara keagamaan di Ipoh, manakala treler itu datang dari Pelabuhan Klang, Selangor juga menuju Ipoh. Sumber: Bernama

PRK BUKIT GELUGOR: Ahli Politik Diberi Amaran Tidak Pertikai Tugas Polis

GEORGE TOWN – Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini memberi amaran kepada ahli politik supaya tidak mempertikai tugas polis dalam menjaga keselamatan awam sepanjang tempoh pilihan raya kecil Bukit Gelugor. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau kesal apabila mengetahui terdapat segelintir ahli politik memburukkan polis dalam ceramah kempen mereka. “Mereka kata polis pilih kasih dan hanya bekerja untuk parti tertentu. Ini tuduhan tidak berasas. Tanggungjawab polis mengekalkan keamanan, kami ada strategi sendiri, mengapa nak pertikai tugas polis,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Polis Bantuan Pelabuhan-Pelabuhan Malaysia Penggal Kelapan di sini hari ini. Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer dalam ceramahnya di Kampung Hijau, Air Itam pada Ahad lepas mengatakan polis bersifat pilih kasih apabila tidak hadir ketika majlis pengebumian mendiang Karpal Singh namun memberi tumpuan khas pada pilihan raya kecil itu. Abdul Rahim menggesa calon yang bertanding mengamalkan sikap berhemah semasa berkempen dan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dan berlangsung dalam keadaan aman. Beliau berkata sempena hari pengundian awal esok, 96 polis dan 48 tentera akan mengundi di empat kawasan iaitu Tabika Kemas Markas Gerakan Marin Wilayah Satu Batu Uban, Balai Polis Air Itam, Balai Polis Bandar Baru, Air Itam dan KD Sri Pinang. Pilihan raya kecil Bukit Gelugor Ahad ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Abu Backer Sidek dan seorang lagi calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan Ramkarpal Singh Deo daripada DAP. Sumber: Bernama

Lelaki Bersenjata Tembak Mati Polis Mesir

KAHERAH – Sekurang-kurangnya tiga anggota polis maut manakala sembilan lagi cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan anggota polis berhampiran Universiti Al-Azhar, Mesir, hari ini. Tragedi itu berlaku hanya beberapa hari menjelang pilihan raya presiden pada 26 dan 27 Mei ini, dengan bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi dijangka mendominasi pilihan raya berkenaan. Serangan yang mensasarkan anggota polis meningkat sejak Sisi menggulingkan bekas presiden Mohamed Morsi pada Julai tahun lalu. Sumber: AFP

Enggan keluar walau dipujuk

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang trauma PORT DICKSON: Seorang warga emas yang terperangkap dalam keretanya selepas terjunam dalam longkang enggan keluar walaupun dipujuk anggota bomba di Pekan Lukut, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kenderaan dipandu mangsa, Lu Ah Chee, 71, dari persimpangan lampu isyarat dikatakan terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam longkang sedalam empat meter. Dentuman mengejutkan pengguna jalan raya dan pelanggan di gerai berhampiran. Menurut saksi kejadian, Ayub Osman, 35, ketika kejadian, dia sedang minum di gerai berkenaan sebelum terdengar bunyi dentuman di simpang jalan pekan Lukut. “Saya dan beberapa pelanggan berlari ke arah lokasi kejadian yang hanya 50 meter dari gerai berkenaan. Kami berusaha membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap, namun tidak berjaya kerana bimbang kejadian lebih buruk,” katanya. “Seorang daripada pengguna jalan raya kemudian menghubungi polis dan bomba bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap,” katanya. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Abd Rahim Atan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.16 malam. “Seramai tujuh anggota tiba di lokasi jam 8.25 malam dan melihat sebuah kereta jenis Proton Iswara terjunam ke dalam longkang sedalam empat meter dengan kedalaman air satu meter. “Usaha mengeluarkan terganggu seketika, apabila mangsa enggan keluar dan hanya memegang erat telefon bimbitnya. Kami terpaksa menggunakan tali untuk menarik mangsa keluar melalui bahagian bonet belakang kereta dan mangsa hanya luka kecil dan trauma,” katanya. Sumber: HM

Kesan Tapak Kaki Gajah, Bukan Bigfoot – Perhilitan

JOHOR BAHRU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri mengesahkan bahawa trek yang didakwa sebagai trek Bigfoot yang ditemui berhampiran kawasan Endau -Rompin di sini sebenarnya milik sekumpulan gajah. Pengarah Perhilitan negeri Hasnan Yusop berkata pegawai-pegawainya telah mengkaji corak trek berkenaan dan membuat kesimpulan bahawa ia telah dilakukan oleh kumpulan gajah (pachyderms). “Bentuk tirus memanjang terhasil apabila gajah berjalan balik ke belakang dan ini mewujudkan pertindihan pelbagai tapak kaki yang berada dalam kedudukan yang hampir sama,” jelasnya. “Ini menyebabkan bentuk jejak gajah yang biasanya bulat kelihatan berbeza.” Hasnan berkata pegawai-pegawainya juga telah menemui najis gajah berhampiran trek. “Ini membuktikan teori kami,” kata beliau sambil menambah tiada lagi kajian dapat membuktikan kewujudan Bigfoot. Hasnan berkata jabatan itu tidak menerima apa-apa maklumat tambahan mengenai kesan tapak kaki haiwan. “Kami akan terus memantau kawasan itu,” katanya. Minggu lepas, Sia Chwee Khim , 64, dan suaminya Lim Teong Kheng, 66, kedua-dua pesara, menemui kesan tapak kaki yang luar biasa besar semasa dalam perjalanan dengan kawan-kawannya di hutan simpan itu pada 10 Mei. Penemuan mereka mendorong spekulasi kewujudan Bigfoot yang sehingga kini menjadi mitos. Sumber: mStar

Pesilat lemas di air cetek

RAUB: Hajat seorang pesilat olahraga untuk mewakili Pahang ke Kejohanan Silat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Putrajaya tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas ketika mandi di Air Terjun Lata Jarum, dekat sini, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Muhammad Fikri Fadzli, 18, dari Kampung Marhum, Pekan, lemas ketika mandi bersama 13 rakannya termasuk dua jurulatih dan seorang pengurus sebaik selesai menghadiri pemilihan pesilat untuk mewakili Pahang untuk ke kejohanan terbabit. Beliau berkata,pada kejadian jam 2.38 petang itu, Muhammad Fikri dikatakan mandi bersendirian di kawasan air cetek dan berbatu 15 meter dari rakannya, sebelum tiba-tiba hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai. “Mangsa bersama rakan dan jurulatihnyamenghadiri pemilihan bagi mewakili Pahang ke Kejohanan Silat Kebangsaan selama tiga hari bermula Jumaat lalu di Kompleks Rakan Muda Dong, di sini. “Namun, sebaik selesai pemilihan terbabit, mereka singgah ke pusat rekreasi terbabit untuk mandi sebelum mangsa dilaporkan hilang dipercayai lemas setengah jam kemudian,” katanya, semalam. Beliau berkata, rakan mangsa yang menyedari kejadian itu cuba mencarinya di kawasan berhampiran, namun tidak menjumpainya sebelum melaporkan kepada polis untuk tindakan susulan. “Kita melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dengan dibantu anggota bomba serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebaik menerima laporan kehilangan mangsa. “Kami menghentikan operasi pada jam 6 petang kelmarin berikutan cuaca gelap dan disambung keesokan harinya(semalam). Pada jam 10.30 pagi (semalam), mayat mangsa ditemui pada kedalaman lima meter berhampiran tempat kejadian,” katanya. Sumber: HM

Murid 8 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 15

Murid-
KUALA LUMPUR – Seorang murid lelaki Tahun Dua ditemui mati akibat terjatuh dari tingkat 15 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu di sini, Isnin. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Danial Abdullah, 8, murid Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Cheras dikatakan sedang bermain di tingkat itu bersama rakannya sebelum terjatuh. “Tingkat berkenaan sedang menjalani kerja pengubahsuaian sejak minggu lepas. Mangsa dikatakan memanjat tembok dan terjatuh,” katanya sambil menambah mangsa cedera parah di kepala dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. Sementara itu, ibu mangsa Faizah Ahmad, 46, seorang peniaga satay, berkata Muhammad Danial, anak kelapan daripada 10 beradik, suka membantu orang lain. “Ketika kejadian saya berada di rumah di tingkat satu. Saya mendapat maklumat daripada jiran bahawa anak saya terjatuh. “Saya ingatkan dia jatuh biasa, tetapi tidak sangka dia terjatuh dari tingkat 15,” katanya, sayu. Sumber: mStar

Sesuai untuk kegunaan segmen menengah
Sesuai untuk kegunaan segmen menengah
Tablet PI4010GB1. Tablet Philipis PI4010GB1 dilancarkan secara rasmi di Hong Kong ditujukan untuk segmen menengah. Tablet ini mempunyai skrin berukuran 20 sentimeter beresolusi 1280 x 800 piksel dan menggunakan teknologi IPS serta memberikan sokongan terhadap fungsi Miracast. Di bahagian dalamnya, mempunyai prosesor quad core MediaTek MT8382 berkelajuan 1.3GHz dan RAM sebesar 1GB selain memori dalaman sebesar 4GB. Di bahagian belakang, ada kamera utama 2MP, ditambah kamera sekunder VGA di bahagian depan. Rekaan ini mempunyai sambungan 3G dan WLAN serta bateri berkapasiti 4,060 mAh, yang memberi sokongan penggunaan selama 10 jam. Bagaimanapun, tablet ini tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan.

Gelang kecergasan
Gelang kecergasan
PERNAH dengar nama gajet ini. Vívofit (veevo-fit) iaitu gelang kecergasan keluaran Garmin yang kini mula diminati di serata dunia. Bukan sekadar menjadikan pemakainya bergaya tetapi amat ringan dan sememangnya direka untuk menjadikan keinginan yang baik kepada amalan seumur hidup. Vivofit dapat memenuhi kehendak mereka yang memerlukan lebih semangat untuk bangkit daripada sofa atau meninggalkan meja di tempat kerja buat seketika untuk berjalan-jalan di luar. Keunikan gelang kecergasan ini seharusnya memikat sesiapa saja yang gemar bersukan, bersenam dan menyertai aktiviti aerobik. Anda boleh memantau jumlah langkah diambil, kalori yang dibakar, berapa jauh anda daripada matlamat kecergasan dan ukuran metrik lain. Malah di atas skrin, gelang itu terdapat garisan merah nipis yang perlahan-lahan menjadi panjang dan lebih panjang selepas tidak melakukan aktiviti selama sejam dan mengingatkan anda supaya bangun dan membuat senaman ringan. Gelang ini mudah dibuka dan ditukar. Mula di pasaran Malaysia. Baru-baru ini, pengedar tunggal produk Garmin di Malaysia, AECO Technologies (M) Sdn. Bhd memperkenalkan gelang kecergasan itu untuk pasaran di Malaysia. Sebaik memakai gelang berkenaan, anda akan dimaklumkan mengenai matlamat harian, memantau perkembangan dan mengingatkan masa sudah sampai untuk melakukan senaman. Pemilik vívofit tidak perlu bimbang dengan jangka hayat bateri kerana alat ini mampu bertahan selama setahun dan kalis air sedalam 50 meter. Boleh disesuaikan dengan pemantauan kadar denyutan jantung. Vívofit dapat mengenalpasti tahap aktiviti semasa dan kemudian membuat jangkaan matlamat harian. Jika matlamat atau sasaran dicapai, vívofit akan membuat jangkaan matlamat untuk hari esok. Walaupun sekadar berjalan-jalan dengan jarak dekat sepanjang hari, anda boleh meningkatkan tahap kecergasan dan vivofit akan menyimpan semua data. Vívofit membolehkan anda memantau perkembangan 24 jam, tujuh hari seminggu termasuk pemantauan tidak aktif serta pemantauan ketika tidur. Tetapkan mod tidur Selain itu, pemilik boleh menetapkan pada mod tidur apabila masuk waktu tidur yang membolehkan vívofit memantau kualiti rehat. Dengan sentuhan pada satu butang, pengguna penggunaan diselaraskan dengan Garmin Connect iaitu komuniti kecergasan atas talian percuma. Malah, gajet ini boleh diselaras dengan sistem iOS 4S dan ke atas serta Android 4.3 ke atas. Jika anda menggunakan alat memantau denyutan jantung, vivofit akan menyimpan data denyutan jantung dan zon data akan menunjukkan maklumat jumlah kalori yang dibakar bagi sebarang aktiviti seperti larian atau kelas kardio di gimnasium. Vívofit yang ditawarkan dalam lima warna sesuai untuk kegunaan termasuk aktiviti berlari. Bagaimanapun ia tidak sesuai untuk berbasikal kerana tidak dapat mengesan sebarang data.

Dua pengedar rokok pelbagai jenama didenda RM2.7 juta
Marang: Dua pengedar rokok didenda RM2.7 juta dan sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini kelmarin, kerana memiliki 17,180 karton rokok seludup pelbagai jenama. Majistret Noradila Ab Latif menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Sobri Ibrahim, 35, dari Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan Mohd Shukri Zakaria, 44, dari Bukit Payong, yang didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. Mereka turut berdepan hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda. Dilarang import. Dua lelaki berkenaan didakwa bersama-sama memiliki 17,180 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM273,184 yang mana barang-barang itu adalah dilarang import mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Mohd Zaizul Azlin Mohamed Zain. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah stor tidak bernombor berhampiran sebuah rumah di Kampung Tasek, Bukit Payong, di sini, jam 12 tengah hari, 17 Januari 2013 dan dihukum mengikut Seksyen 135 (iii)(aa) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda dikenakan antara 10 hingga 20 kali ganda nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Buruh rogol kekasih kena 8 tahun
Buruh rogol kekasih kena 8 tahun
Mohd Azuan dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman atas tuduhan merogol gadis bawah umur, semalam. - Foto Syahirah Abdullah
Kuala Terengganu: Mahkamah Sesyen semalam, menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan terhadap seorang buruh, selepas dia mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol gadis bawah umur yang juga kekasihnya tahun lalu. Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Azuan Mohd Nordin, 20, dari Kampung Bahagia Tok Kah, Dungun, yang mengaku salah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol. Bagi tuduhan pertama, Mohd Azuan dituduh merogol mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tok Kah, Dungun, jam 12 tengah malam pada pertengahan Jun 2013. Dia dituduh mengulangi kesalahan sama terhadap mangsa di lokasi dan waktu sama pada pertengahan September 2013. Bagi kedua-dua tuduhan, Mohd Azhar menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan. Bagaimanapun, Mohd Azhar membenarkan hukuman penjara berjalan serentak. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran. Mengikut fakta kes, mangsa mengadu dirogol berulang kali di rumah tertuduh dan diugut akan mengamuk di depan rumah datuk mangsa sekiranya enggan melakukan hubungan seks dengannya. Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 17 Oktober tahun lalu dan tertuduh ditahan jam 2.20 pagi pada 7 November tahun lalu di rumahnya.

Penulis blog Singapura dituntut mohon maaf
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menuntut permohonan maaf daripada seorang penulis blog kerana menerbitkan rencana mendakwa beliau terbabit dalam rasuah. Peguam beliau, Davinder Singh dalam suratnya kepada Roy Ngerng Yi Ling kelmarin menuntut beliau memadamkan rencanaasal serta pautan yang diterbitkan dalam laman Facebook beliau dan menerbitkan permohonan maaf menjelang hari Rabu. Singh berkata, tuduhan Ngerng dalam rencana 15 Mei adalah “salah dan tidak berasas”. Rencana itu bermaksud dan difahami bahawa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong melakukan jenayah terhadap wang yang dibayar rakyat Singapura kepada Dana Simpanan Pekerja Pusat (CPF),” menurut surat tuntutan Singh. Singh berkata, rencana itu adalah fitnah terhadap Lee, “merosakkan, menjejaskan watak, kredibiliti serta integriti”. Pekerja perkhidmatan kesihatan Ngerny, 33 , sering menerbitkan komen terhadap Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam laman blognya, The Heart Truths. Terbitan terbaru menggesa lebih banyak ketelusan bagaimana dana CPF dilaburkan kerajaan menerusi Perbadanan Pelaburan Kerajaan (GIC) dan firma pelaburan kerajaan Temasek Holdings. “Rencana saya menuntut sifat tanggungjawab dan ketelusan tetapi beliau tidak mengiktiraf isu itu dan bertindak untuk menyaman saya. “Saya kecewa dan kini masih berbincang dengan peguam untuk tindakan lanjut.” Singapura dalam banyak tinjauan meraih kedudukan negara paling kurang rasuah,” kata Ngerng kepada AFP. Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa sering menuduh pemimpinnya, termasuk bapa Lee dan bekas perdana menteri Lee Kuan Yew menggunakan saman fitnah yang membabitkan kos tinggi untuk membendung kritikan dan pembangkang. Pemimpin Singapura memberikan maklum balas bahawa saman adalah perlu untuk melindungi reputasi mereka. dengan media arus perdana yang dianggap pro-kerajaan, blog menjadi ruang utama rakyat negara itu menyuarakan kemarahan mereka. - AFP

Pegawai penguat kuasa yang memiliki RM1.5 juta hasil penyeludupan diesel bersubsidi
PENGUAT KUASA ADA RM1.5 JUTA
Kes seludup diesel subsidi
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita akaun seorang pegawai penguat kuasa yang memiliki wang sebanyak RM1.5 juta hasil penyeludupan diesel bersubsidi. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (gambar) berkata, selain itu, SPRM juga mendapat maklumat ada pegawai penguat kuasa yang membeli lori sendiri untuk menyeludup diesel bersubsidi. Katanya, semua maklumat itu ada dalam ‘radar’ SPRM manakala beberapa individu sudah ditahan. “Ini baru seorang (ada duit RM1.5 juta), mungkin ramai lagi yang kita tidak tahu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pemuzik main biola guna rambut manusia

SEORANG pemain biola, Eimantas Belickas sedang menggesek rambut Maksimovas.- Agensi VILNIUS, Lithuania - Seorang lelaki, Tadas Maksimovas menjadi popular di internet selepas rakamannya bermain biola menggunakan rambutnya yang panjang disiarkan di laman perkongsian video YouTube. Maksimovas menjadikan helaian rambutnya sebagai tali biola. Dia menggunakan idea tersebut untuk mempromosikan Hari Pemuzik Jalanan yang disambut di Lithuania pada Sabtu pertama bulan ini. Maksimovas menghubungi seorang pemuzik jalanan lain, Eimantas Belickas supaya menggesek rambutnya seperti biola. Biola rambut itu dapat menghasilkan bunyi dan melodi yang merdu. - Agensi

Pemuzik main biola guna rambut manusia

SEORANG pemain biola, Eimantas Belickas sedang menggesek rambut Maksimovas.- Agensi VILNIUS, Lithuania - Seorang lelaki, Tadas Maksimovas menjadi popular di internet selepas rakamannya bermain biola menggunakan rambutnya yang panjang disiarkan di laman perkongsian video YouTube. Maksimovas menjadikan helaian rambutnya sebagai tali biola. Dia menggunakan idea tersebut untuk mempromosikan Hari Pemuzik Jalanan yang disambut di Lithuania pada Sabtu pertama bulan ini. Maksimovas menghubungi seorang pemuzik jalanan lain, Eimantas Belickas supaya menggesek rambutnya seperti biola. Biola rambut itu dapat menghasilkan bunyi dan melodi yang merdu. - Agensi

Kerbau jadi kanvas lukisan

SEORANG wanita menarik kerbaunya naik ke pentas untuk diadili panel juri semasa pertandingan melukis pada kerbau di daerah Jiancheng, dalam wilayah Yunnan baru-baru ini.- AFP
JIANGCHENG - Satu pertandingan menghasilkan lukisan pada kerbau diadakan di China baru-baru ini. Pertandingan unik itu berlangsung di daerah ini, dalam wilayah Yunnan, barat daya China. Sejumlah artis seni dari lapan buah negara mengambil bahagian dalam acara tersebut bagi merebut hadiah pertama berjumlah 100,000 yuan (RM51,500). Pelbagai lukisan telah dihasilkan manakala panel juri memilih karya yang bukan sahaja cantik tetapi memiliki nilai-nilai murni sebagai pemenang. - AFP

Lelaki maut dirodok badik

MUHAMMAD ZAINUL yang cedera sebelum meninggal dunia di Hospital Miri, Sarawak semalam.
MIRI - Seorang lelaki warga Indonesia maut ditikam rakan senegaranya dipercayai akibat dendam lama ketika minum di sebuah kedai makan di Lorong Perlis, Kuala Baram di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Zainul Arifin, 24, mati se- lepas ditikam dengan sebilah badik di perut oleh rakan sekerjanya itu. Jurucakap polis berkata, mangsa yang cedera parah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Miri.

Koperal dirempuh kereta PATI

KERETA Proton Saga yang dinaiki tiga lelaki Myanmar dan merempuh seorang anggota polis di Nibong Tebal malam kelmarin. NIBONG TEBAL – Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera selepas motosikal ditunggangi ketika membuat rondaan cegah jenayah di sini sengaja dilanggar sebuah kereta dinaiki tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar. Semasa kejadian pada pukul 10.20 malam kelmarin itu, Koperal M. Kesawan, 43, sedang melakukan tugas rutin dengan dua lagi anggota polis lain di Taman Bukit Panchor di sini. Tindakan warga asing itu menyebabkan, Kesawan tercampak di atas jalan dan menyebabkan dia mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan sebelah kaki kiri. Bagaimanapun, dua lagi rakan Kesawan tidak cedera.

Penguat kuasa minta pistol

AHLI Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, (dua kiri) melihat pokok cengal yang ditanam di Hutan Simpan Chini, Felda Kumai, Bera kelmarin. Turut kelihatan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil (kiri).
KUALA LUMPUR - Pencerobohan hutan simpan di negara ini boleh dibanteras jika 3,000 anggota penguat kuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dibekalkan pistol untuk mempertahankan diri mereka daripada ancaman tonto sindiket pembalakan haram. Ketua Pengarah JPSM, Prof. Datuk Dr. Abd. Rahman Abd. Rahim berkata, selain berdepan ancaman tonto, anggota penguat kuasa juga diancam sesetengah Orang Asli yang menggunakan sumpit jika aktiviti pencerobohan hutan mereka dihalang. Beliau berkata, kira-kira separuh daripada 6,000 pegawai dan anggota JPSM menjalankan aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara. Beliau memberitahu, mereka memerlukan senjata api terutama pistol untuk mempertahankan diri ketika bertugas.

Wajah ‘keruh’ yang buat laporan polis ke atas Ustaz Azhar Idrus
Fitnah_UIA_1
Inilah orangnya, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah yang membuat laporan polis ke atas Ustaz Azhar Idrus hanya berdasarkan kepada keratan di bawah.
Fitnah_UIA_2
Fitnah_UIA_2Kenapa ‘keruh’ sangat wajah mereka yang membuat laporan polis ke atas mereka yang baik-baik!! Keratan yang dah lama berlegar di internet. Lihatlah busuk hati penyebarnya, belum apa-apa padanya “Ustaz Azhar Idrus laknatullah” berdasarkan kepada apa yang belum diketahui kesahihannya. Cuba buat carian akaun Facebook Maryam Mazlieynna Mazlee, dah tak wujud pun. Mungkin hanya diwujudkan untuk memfitnah Ustaz Azhar. Kalau betul apa yang dikatakannya, kenapa dia sendiri yang tak membuat laporan polis. Berikut adalah video dari KiniTV berkaitan laporan tersebut.



Perangai Perempuan Yang Lelaki Suka 

Perangai Perempuan yang lelaki suka dan sejuk je rasa bila bersama:
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.ukit Kayu Hitam pada 8 Oktober 2012. - KOSMO!

Wanita Thai dihukum gantung edar dadah
Sultan Johor Arah Arah HENTIKAN Hukuman Gantung Seorang Banduan
ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita warga Thailand selepas didapati bersalah mengedar 1.119.7 gram dadah jenis syabu, dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhi hukuman tersebut terhadap Bunyuen Promjeen, 43, yang juga seorang pengidap HIV positif, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Dalam penghakimannya Mohd. Zaki berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam pada 8 Oktober 2012. - KOSMO!

Isteri pramugara MH370 selamat lahir anak lelaki

PUTRAJAYA - Intan Maizura Othman, isteri kepada seorang daripada anak kapal MH370, selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya semalam. Intan Maizura, 34, melahirkan Muhammad Mohd. Hazrin pada pukul empat petang semalam. Suaminya, Mohd. Hazrin Hasnan merupakan pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lepas. Intan Maizura memuat naik gambar tangannya yang memakai tag hospital dalam Instagram ketika menunggu untuk melahirkan anak keduanya itu. Sehingga kini usaha mengesan pesawat itu di perairan barat Australia di selatan Lautan Hindi masih belum membuahkan sebarang hasil positif. - Bernama

Mesin ATM di Setia Alam disamun SHAH ALAM - Sebuah mesin pengeluaran wang automatik di belakang sebuah pasar raya di Setia Alam dekat sini disamun awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.20 pagi tadi dan siasatan lanjut sedang dijalankan. "Saya sahkan, terima laporan lebih kurang pukul 5.20 pagi dan lain-lain masih dalam siasatan. "Saya minta saksi bebas dan orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan," katanya. - KOSMO.

200 usahawan IKS Pahang disasar mampu raih pendapatan bulanan RM5,000
RAUB - Sebanyak 200 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini dijangka mampu meraih pendapatan bulanan RM5,000 menjelang akhir tahun ini selepas menerima pendedahan dan latihan menerusi Program Jelajah Informasi Keusahawanan Pahang. Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, mereka antara 12,000 usahawan yang kini sedang menerima bimbingan daripada 40 agensi usahawan dan kerajaan dalam bidang berkaitan seperti produk pertanian, komersial, dan peruncitan. "Sejak dilancarkan pada 19 Mac lepas, semua agensi kerajaan berkaitan program latihan dan bantuan dana keusahawanan, turun padang menjelajah ke setiap daerah untuk memberi pendedahan serta peluang sektor perniagaan kepada pengusaha tempatan. "Menerusi pameran, ceramah dan pertemuan dengan pegawai daripada agensi berkenaan juga, mereka mendapat maklumat mengenai dasar pemberian bantuan dana tertentu kepada pengusaha yang giat memajukan sektor perniagaan masing-masing,” katanya. Beliau yang ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO Bahagian Raub semalam berkata, 200 usahawan terbabit juga diharap mampu menjadi penggerak untuk memacu rakan usahawan lain turut sama memajukan diri masing-masing. - Bernama

Tidak sia-sia tiga hari mengintip Tidak sia-sia tiga hari mengintip
Tangki yang setiap satunya boleh mengisi sehingga 20,000 liter diesel dikesan dalam premis berkenaan. RAWANG - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri berjaya merampas sekurang-kurangnya 15,000 liter diesel dengan nilai RM30,000 di sebuah premis dalam kawasan industri di Sungai Bakau, semalam. Pegawai Penguatkuasa, Basaruddin Mohiyuddin berkata, tindakan dibuat selepas pihaknya membuat risikan dan intipan selama tiga hari dan mendapati terdapat aktiviti penyelewengan diesel subsidi dilakukan. Menurutnya, pemeriksaan di premis berkenaan juga mendapati sebanyak empat tangki yang setiap satunya boleh mengisi diesel sehingga 20,000 liter disembunyikan di situ. “Mereka membeli diesel di stesen minyak sekitar Lembah Klang bermula lewat malam hingga awal pagi sebelum membawanya ke lokasi. “Aktiviti tersebut disedari penguatkuasa yang berada di stesen dalam Ops Titik yang dilancarkan kementerian baru-baru ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, operasi disertai 20 anggota PPDNKK Shah Alam itu bermula pada jam 3.30 petang dan berjalan lancar hasil bantuan polis. Basaruddin berkata, pemilik boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan dan didenda sehingga RM100,000. Menurutnya, sehingga Mei, sebanyak tiga kes melibatkan penyelewengan diesel berjaya diambil tindakan iaitu dua di Shah Alam dan satu kes Rawang. Katanya, pemeriksaan secara berterusan di premis menyimpan diesel seperti ini akan terus dilakukan untuk mengelak berlaku penyelewengan. Beliau turut menasihatkan pihak luar supaya tidak menyalahgunakan subsidi sehingga menjejaskan bekalan dalam Lembah Klang.

Remaja cedera disamun
Remaja cedera disamun
Kawasan kejadian yang menyebabkan seorang remaja perempuan mengalami kecederaan pada kedua-dua lutut akibat bergelut dengan suspek kejadian samun.
PASIR MAS - Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun cedera pada kedua-dua lutut akibat terjatuh ketika bergelut dengan seorang lelaki yang menyamunnya. Dalam kejadian berkenaan, remaja perempuan itu turut mengalami kerugian sebanyak RM800 apabila suspek berjaya melarikan beg duitnya. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 9.38 pagi kelmarin, di sebuah wakaf berhampiran Sekolah Menengah Agama Arab (SMAA) Maahad Muhammadi Pasir Mas, di sini. Menurutnya, semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang menunggu rakannya di wakaf berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal. "Difahamkan lelaki berkenaan pada awalnya cuba mengambil telefon bimbit dipegang mangsa. "Kemudian suspek bertindak berani dengan cuba merampas beg tangan yang berada atas riba mangsa mengakibatkan semua barangan di dalamnya jatuh dan berselerak," katanya. Haliludin berkata, suspek kemudiannya mengambil beg duit mangsa dan terus melarikan diri dari kawasan berkenaan. Katanya, selain wang tunai, mangsa turut kehilangan kad pengenalan, kad Mesin Teler Automatik (ATM), cukai jalan motosikal, buku bank dan lesen memandu. "Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian untuk mengesan suspek terlibat. "Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Nyaris kena sembelih penyamun
Nyaris kena sembelih penyamun
Khalid menunjukkan gril tingkap rumahnya yang dipotong. Gambar kecil: Kecederaan yang dialaminya.
KLANG - “Kalau kamu semua jerit, aku akan patah balik dan sembelih kamu semua,” ugut salah seorang penyamun berparang kepada penghuni sebuah rumah yang disamunnya di Jalan Haji Mahfuz, Bukit Kerayong, Kapar, semalam. Khalid Jailan, 39, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang nyenyak tidur di dalam sebuah bilik. "Kira-kira jam 3.30 pagi, kami dikejutkan oleh bunyi pintu bilik cuba dipecah dari luar,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, bagaimanapun dia sempat menekan suis penggera kecemasan yang terletak di dalam biliknya. “Saya ingatkan mereka sudah pergi rupa-rupanya, penyamun ambil tong gas dan pecahkan pintu bilik pula,” katanya. Menurutnya, sebaik sahaja pintu biliknya dipecahkan, kumpulan perompak bertopeng terdiri daripada empat orang lelaki dipercayai warga tempatan itu terus membelasahnya. Khalid berkata, mereka semua bersenjatakan parang dan salah seorang daripada mereka menutup muka menggunakan tudung isterinya. Menurutnya, semua anggota keluarganya diikat pada bahagian pergelangan tangan kecuali anak bongsunya yang berumur lima tahun. Antara barangan yang dilarikan termasuklah beberapa utas jam tangan, sebuah komputer riba dan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM7,000. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan menggunakan senjata.

Sazali, Nicol terbaik
Sazali, Nicol terbaik
IMPIAN Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong untuk dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati buat kali ketiga berturut-turut lebur apabila kedua-dua kategori tersebut berjaya dirampas kembali oleh atlet bina negara, Sazali Samad dan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David pada Majlis Anugerah Sukan Negara di Mont Kiara semalam. Sazali, 47, dan Nicol, 31, dipilih sebagai pemenang selepas berjaya mencipta nama dalam bidang masing-masing khususnya di persada antarabangsa. Kedua-dua atlet itu menerima trofi dan wang tunai RM20,000 yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Baharu memenangi Atlet Terbaik Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2013 bulan lalu termasuk meraih emas dalam lightweight Kejohanan Dunia di Hungary, November lalu, Sazali nyata gah menewaskan enam atlet lain yang turut tercalon termasuk Chong Wei (badminton), Lee Chee Wei (karate), Benjamin Khor (Menembak), Jironi Riduan (olahraga), Ooi Tze Liang (Terjun) dan Hon Mun Hua (Wusyu). Untuk rekod, gelaran ini adalah yang ketiga buat Sazali selepas memenanginya pada 2000 dan 2006. Dalam pada itu, kejayaan Nicol yang mengumpul gelaran Siri Akhir Dunia, Sukan Dunia, Terbuka Malaysia, Carol Weymuller dan Amerika Syarikat jelas memberi kelebihan kepada atlet kelahiran Pulau Pinang itu untuk dipilih pemenang. Meskipun dicabar Pandelela yang memiliki pencapaian terbaiknya sepanjang 2013 iaitu pingat gangsa Siri Dunia dan Kejohanan Dunia Fina, selain emas Sukan Sea Myanmar, namun kejayaan Nicol yang mengekalkan nombor satu dunia dari Ogos 2006 sehingga Disember 2013 termasuk mempertahankan status juara dunia selama tujuh tahun membolehkan beliau lebih layak dinobatkan olahragawati 2013. Lebih manis, kejayaan kesembilan Nicol ini diraih sehari selepas merangkul gelaran Terbuka Britain untuk kali kelima.

Cabaran laksana hukum hudud
 
PERDEBATAN tentang isu hudud akan terus timbul dari semasa ke semasa dan mendapat perhatian ramai. Jangan mudah terpedaya dengan keputusan Pas untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada sidang Jun 2014 untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Gesaan bagi pelaksanaan hukum hudud akan kembali dan terus disuarakan. Malaysia pada dasarnya menekankan kepentingan agama tetapi masih bersifat sekular. Kita memiliki kerajaan yang berasaskan sistem Parlimen Westminster tetapi pada masa sama mempunyai badan eksekutif yang terus berkembang secara berleluasa. Justeru, banyak pihak berasa kurang senang akan ‘dualiti’ yang wujud ini dan mereka cenderung untuk menggunakan salah satu kuasa ini bagi mendukung agenda sendiri. Malaysia bukanlah negara yang mengamalkan konsep monarki mutlak seperti Brunei. Sungguhpun begitu, umum mengetahui ramai penduduk Brunei – 70% daripadanya terdiri daripada golongan Muslim – yang telah menyuarakan kritikan mereka menerusi media sosial terhadap keputusan Sultan Hassanal Bolkiah baru-baru ini untuk melaksanakan hukum hudud. Di Malaysia, tiada satu pihak berhak untuk mengubah status quo tanpa mendapat persetujuan bersama. Tentu sekali, ada sesetengah pihak mengatakan bahawa seorang Muslim sejati tidak boleh menentang hudud. Walau bagaimanapun, kenyataan menunjukkan bahawa tidak ada persetujuan sejagat dalam kalangan negara-negara Islam tentang apa yang terangkum dalam hukum hudud, atau bagaimana cara pelaksanaannya. Malah, bukankah asas bagi hukum hudud sebagai sebuah undang-undang suci bermakna kita harus memastikan yang ia tidak boleh disalahgunakan? Serta ia boleh melindungi hak golongan wanita dan minoriti? Golongan penyokong pelaksanaan hudud di Malaysia masih gagal untuk memberi hujah meyakinkan dalam menjamin elemen tersebut akan dipelihara. Sebarang undang-undang hudud yang ingin diterapkan akan dipengaruhi dengan tafsiran mereka sendiri – sama ada secara baik atau buruk. Sememangnya, ia tidak adil jika rakyat beragama Islam mendapat hukuman berbeza dengan masyarakat lain jika mereka melakukan kesalahan. Begitu juga bagi masyarakat bukan Islam, mereka tidak boleh dipaksa untuk akur akan sesebuah sistem undang-undang yang tidak berasaskan kepercayaan mereka. Ia amat mengecewakan apabila dua parti Melayu-Islam utama di Malaysia – Pas dan Umno gagal untuk menyedari dan memperakui perkara-perkara ini. Pas sentiasa berjuang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud. Ini adalah hak demokrasi mereka. Namun pemimpin-pemimpin mereka juga harus berpijak di bumi nyata dan sedar bahawa kejayaan mereka menarik sokongan pengundi-pengundi bandar bukan berpandukan agenda tersebut, sebaliknya ia disebabkan aspek inklusif yang diperjuangkan menerusi politik Islam. Aspek-aspek berkenaan, seperti sistem tadbir urus yang baik dan keadilan sosial, akan lebih banyak menyumbang dalam pembentukan institusi masyarakat ideal yang diperjuangkan Pas, dan bukan menerusi undang-undang bersifat punitif. Sementara itu, sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP – tidak boleh hanya berdiam diri. Mereka harus bangkit bersuara sesuai dengan harapan rakyat yang mengundi mereka. Bagi Umno pula, perbahasan isu hudud yang mereka hadapi dengan Pas ini adalah amat bahaya. Parti Umno yang saya kenali bukanlah satu parti teokratik. Ia menjadi suatu kesilapan buat Umno jika mereka beranggapan bahawa mereka dapat menarik sokongan pengundi Melayu dengan memberi sokongan kepada hudud. Kekuatan Umno sejak dahulu adalah ia boleh diterima setiap masyarakat – Melayu dan bukan Melayu – atas sumbangan yang diberikan kepada setiap lapisan masyarakat. Dengan itu, perdebatan hukum hudud jelas sekali akan merugikan kedua-dua parti. Namun, apa yang lebih jelas ialah pihak yang paling dirugikan adalah masyarakat umum Malaysia. Bukankah ada banyak lagi isu lain yang lebih penting – seperti sistem pendidikan dan kos sara hidup yang perlu dibincangkan? Adakah mereka yang menyokong hukum hudud benar-benar mengambil berat tentang kepercayaan agama atau sebenarnya mereka ada agenda lain? Marilah kita sama-sama renungkan.. Janganlah kita menggunakan agama bagi kepentingan politik semata-mata..

* Karim Raslan ialah seorang kolumnis dan penganalisis politik di Asia Tenggara. Dokumentarinya boleh ditonton di:http://www.youtube.com/user/KRceritalah

Polis tahan tiga lelaki, kes samun
Polis tahan tiga lelaki
Kamal Azural (kiri) menunjukkan pelbagai barangan berharga yang dirampas dalam tiga serbuan, semalam.
MACHANG - Polis percaya dapat menyelesaikan 16 kes melibatkan kes samun dan pecah rumah di sekitar daerah ini, dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam tiga serbuan berasingan bermula 14 Mei lalu. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan, Kamal Azural Mohamed berkata, suspek utama ditahan di Kok Lanas, manakala dua rakan subahatnya ditahan di Kota Bharu dan Machang, beberapa hari kemudian. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek utama berusia 28 tahun itu dipercayai bergerak aktif dalam kegiatan jenayah samun dan pecah rumah sejak setahun lalu. “Dua suspek lain yang berusia 39 dan 28 tahun itu dipercayai bersubahat dengan suspek utama bagi memasarkan pelbagai barangan curi yang diperoleh suspek utama. Seorang daripada mereka ada hubungan persaudaraan dengan suspek utama. “Pada hari sama (14 Mei) suspek cuba menyamun sebuah rumah dan memukul pemilik rumah terbabit yang menyedari kehadirannya di Kampung Kolam Abu, dekat sini, sebelum berjaya melarikan diri. “Bagaimanapun, kenderaannya yang ditinggalkan kira-kira 100 meter dari rumah mangsa berjaya dikesan dan akhirnya membawa kepada penangkapan ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Kamal Azural berkata, semua suspek kini ditahan reman dan pihaknya berjaya mengenal pasti beberapa lagi suspek bagi membantu siasatan. Beliau berkata, suspek utama yang berasal dari daerah ini bergerak seorang diri dan melakukan kerja pecah rumah pada siang hari terutamanya waktu pagi, ketika pemilik rumah keluar bekerja. Tambahnya, hasil siasatan, pihaknya percaya masih banyak kes pecah rumah dilakukan suspek namun, tidak dilaporkan kepada polis selepas proses pengecaman dibuat mangsa. “Mangsa pecah rumah boleh datang ke Ibu Pejabat Polis Machang bagi membuat pengecaman harta benda mereka, seterusnya membantu siasatan. “Turut dirampas dalam serbuan itu adalah sepucuk senapang angin, barangan kemas, komputer riba, jam tangan, telefon bimbit, peralatan pertukangan,” katanya.

Lagi kontroversi Sakinah
Sharifah Sakinah
ENTAH mengapa, namun kontroversi dan Sharifah Sakinah bagai tidak dapat dipisahkan. Bahkan ada sahaja tindakan gadis berusia 25 tahun ini pasti akan menarik perhatian sekaligus menimbulkan kontroversi. Terbaru, adik kepada pelakon Sharifah Shahirah ini mengundang kontroversi apabila memuat naik sekeping gambar t-shirt yang berimej gambar payudara menerusi akaun peribadi Instagram miliknya. Menegaskan bukan sengaja mencari publisiti, Sakinah menjelaskan gambar baju-t yang dimuat naik di laman Instagramnya itu bertujuan untuk menyokong kempen kanser payudara yang di‘repost’ daripada Instagram Jessica Alba pada hujung tahun lalu. Menurut Sakinah, dia hairan mengapa baru kini foto itu tersebar semula di laman sosial sehingga menjadi perhatian media. “Foto itu berkaitan dengan sebuah kempen. Saya pun pelik kalau perkara buruk itu cepat sahaja menular walaupun orang ramai tak tahu kebenarannya. Ia hanyalah tujuan untuk kempen saja. Tapi, disebabkan foto itu jadi kontroversi, saya dah pun padamkannya,” katanya. Sakinah berkata, di sebalik dicemuh, ada pula menyangka t-shirt payudara itu merupakan satu lagi produk promosi kesihatan yang dikeluarkannya. “Itu bukan produk saya! Produk saya hanya ada dua saja,” katanya yang turut mempromosikan dua t-shirtnya yang menjadi bahan kritikan masyarakat. Malah, baju yang tertera tulisan ‘Cantik Tak Bontot Saya’ dan ‘Jogging Sampai Kentut’ yang menjadi tagline t-shirt keluaran Sakinah pernah disindir sebilangan masyarakat yang menyatakan pelakon ini bersifat kebudak-budakan. Enggan mempedulikan cakap-cakap orang, pelakon yang popular dengan drama Bunga Merah Punya ini berkata ia bukan mahu menimbulkan sebarang gimik. “Bagi siapa yang nak beli, beli. Siapa yang tak nak beli, terpulanglah. Bagi saya, kalau sesuatu benda itu bagus, orang akan ingat. Kalau ia tak bagus, lagi orang akan ingat. “Lebih banyak orang kutuk, lagi ramai join ‘fitness’ saya. Lagi ramai yang beli produk saya. Saya buat fitness ni pun sebab nak cari duit lebih. Jadi saya tak kisah orang nak cakap apa,” katanya yang mengakui seorang yang berfikiran ‘bussiness minded’. Malah, menurutnya, tulisan pada baju-t itu adalah sebagai strategi pemasaran dan bukanlah publisiti. “Saya buat begitu untuk memasarkan produk saya dan ia bukan lucah pun,” katanya yang kini semakin aktif dengan program senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah. Hanya mampu bersabar, Sakinah menegaskan tidak mahu ambil pusing dengan perkara itu. Tambahnya, dia memang penat menjadi bahan cacian orang, namun mengambil sikap tidak peduli. “Saya buat tak tahu saja, kalau saya jawab saya nampak bodoh. Jadi saya tetap jadi diri sendiri. Terpulanglah kepada masyarakat nak terima atau tidak,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Sakinah baru saja selesai menjalani penggambaran filem ‘Pekak’ arahan Michael Ang dan bakal berada di lokasi drama bersiri 13 episod itu tidak lama lagi. Sakinah juga kini sedang sibuk mengeluarkan produk penjagaan muka dan badan yang direka khusus untuk individu yang aktif bersukan. Menurut Sakinah, produk Sharifah Sakinah Active itu bakal dilancarkan pada bulan Jun nanti.
Sharifah Sakinah Tayang T-Shirt 'Payudara' Di Instagram

Jatuh dalam periuk sup ayam
Jatuh dalam periuk sup ayam
Keadaan Annur Iman yang mengalami kesan lecur pada bahagian anggota badan kanan, muka dan belakang kepala.
SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun melalui pengalaman mengerikan apabila melecur anggota badan apabila terjatuh dalam periuk di sebuah rumah jirannya, di Parit 11 Sungai Panjang, di sini, 17 Mei lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Annur Iman Mohd Nizam, berusia dua tahun ketika itu sedang duduk di kerusi kayu belakang rumah jirannya sebelum dia tiba-tiba terjatuh ke dalam periuk hidangan sup ayam berkenaan. Ibu mangsa, Radziah Md Zakaria, 34, berkata, semasa kejadian, anaknya itu sedang leka bermain dulang atas meja kerusi terbabit sambil dia menyuapkan makanan kepada anak bongsu daripada empat beradik itu. “Tiba-tiba anak saya tergolek ke belakang dalam keadaan terlentang dan kemudiannya dia menjerit kesakitan apabila badannya kepanasan selepas terjatuh dalam periuk terbabit,” katanya kepada Sinar Harian. Radziah berkata, dalam keadaan panik itu, dia terus memegang kedua tangan anaknya keluar daripada periuk dan terus menyiram anggota badan Annur Iman menggunakan paip berhampiran bagi melegakan kesakitan yang dialami. “Saya dapati terdapat kesan lecur pada bahagian kanan iaitu pada badan; tangan dan kepala serta sedikit kesan yang sama pada tangan kiri dan di bahagian belakang kepala anak saya. “Pada masa itu, Annur Iman hanya meraung sekuat-kuatnya. Saya hanya mampu ucap ‘Astagfirullah’ dan kemudiannya kami terus membawanya ke sebuah poliklinik swasta di Sungai Besar bagi mendapatkan rawatan,” katanya. Radziah berkata, anaknya itu terpaksa bergantung sepenuhnya pada ubat sapu dan jeli gamat bagi memulihkan kesan lecur yang dialami dan keadaannya semakin pulih selepas menerima rawatan dua hari sekali di poliklinik terbabit. “Doktor kata anak saya boleh elok, tetapi memakan masa lama untuk kembali pulih sepenuhnya. Bagaimanapun, setelah seminggu ini, saya dapati sel kulit baru pada anggota badannya mula tumbuh dan menunjukkan perkembangan positif,” katanya. Katanya, dia ke rumah jirannya itu kerana menghadiri undangan kenduri doa selamat selain turut membantu mereka menyediakan juadah makanan di dapur untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir. “Alhamdulillah anak saya semakin sembuh dan saya anggap ini sebagai satu dugaan kepada saya yang pertama kali mendapat anak perempuan dan reda dengan apa yang berlaku, selain memanjatkan kesyukuran kerana semuanya selamat,” katanya.

Tak mungkin letak jawatan
Niwatthamrong Boonsongpaisan
Niwatthamrong Boonsongpaisan
BANGKOK - THAILAND . Gesaan agar anggota kabinet sekarang meletak jawatan tidak dapat dilaksana kerana akan membayangkan keabaian tugas secara sengaja, kata pemangku Perdana Menteri sementara Thailand Niwatthamrong Boonsongpaisan. Beliau berkata, peletakan jawatan itu akan melanggar Perkara 181 Perlembagaan Thailand serta keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 7 Mei yang memutuskan bahawa baki anggota kabinet mesti dikekalkan untuk membolehkan mereka menjalankan tugas masing-masing. Beliau berkata, Kabinet sekarang mempunyai mandat untuk menjalankan tugas mengikut perlembagaan dan undang-undang negara. Dalam situasi ini, adalah tidak mungkin untuk melantik Perdana Menteri yang berkecuali yang mempunyai kuasa penuh (tanpa sekatan mengikut Perkara 181 Perlembagaan Thailand) kerana sudah ada kabinet sementara dan perdana menteri sementara yang sah, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Kenyataan itu susulan gesaan kumpulan-kumpulan tertentu yang mahu perdana menteri berkecuali yang mempunyai kuasa penuh dilantik. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Niwatthamrong bersama-sama Menteri Keadilan Chaikasem Nittisiri, menemui Pirasak Porjit, pemangku Presiden Dewan Senat dan Senator Udom Krairit, untuk bertukar pandangan mengenai kemelut politik sekarang. "Selain itu, pelantikan perdana menteri yang mempunyai kuasa penuh mesti mematuhi Perkara 171 dan 172 Perlembagaan Thailand, dan juga tertakluk di bawah Dekri Diraja Pembubaran Parlimen 2556 yang berkuat kuasa sekarang," kata beliau. Justeru, cadangan untuk melantik perdana menteri yang mempunyai kuasa penuh adalah tidak mungkin kerana Perkara 181 Perlembagaan (yang juga kekal berkuat kuasa) telahpun membataskan kuasa perdana menteri dan juga menjadi asas perundangan bagi status Jemaah Menteri sementara sekarang, katanya. Tambahan pula, ada termaktub di bawah Perlembagaan bahawa perdana menteri mesti daripada anggota Dewan Perwakilan dan mendapat persetujuan ramai Dewan Perwakilan, tambah beliau. Niwatthamrong berkata, semua mereka yangh menghadiri mesyuarat bersetuju bahawa semua pihak harus berusaha menangani krisis politik sekarang dengan secepat mungkin untuk mengelakkan kesan buruk kepada negara dan rakyat Thai. "Kerajaan bersedia pada bila-bila masa untuk berunding dengan Senat dan pihak-pihak lain untuk mencari penyelesaian politik yang berkekalan selaras dengan perlembagaan dan undang-undang Thailand, katanya. - Bernama

 Senarai Individu Yang Berhak Menggunakan Cermin Gelap

PELEKAT LULUS CERMIN GELAP Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, berulang kali melaksanakan operasi menyaman pemilik kenderaan bercermin gelap.

Menurut Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi, telus cahaya tidak kurang 50%.
Jika pemilik kenderaan didapati melanggar kaedah itu, bagi kesalahan pertama, mereka boleh didenda RM500 atau dipenjarakan kurang 2 minggu. Pelaku kesalahan kali kedua, boleh didenda RM1,000 atau dipenjarakan kurang 2 bulan atau keduanya. Mungkin pernah terlintas di fikiran kita sebagai pemilik kenderaan, siapakah sebenarnya individu berhak menggunakan cermin kenderaan gelap?
Berikut kenyataan saya petik daripada laman sesawang JPJ.

'Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap'

Pada Oktober 2009, saya menghubungi pegawai JPJ di Putrajaya dan bertanyakan soalan, siapakah 'orang-orang tertentu' dimaksudkan?
Menurut beliau, berikut senarai individu berhak menggunakan kenderaan bercermin gelap. Senarai di bawah, katanya dimuatkan di dalam buku Akta Pengangkutan Jalan.
1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
2. Sultan
3. Tengku Mahkota
4. Raja Muda
5. Hakim Mahkamah Tinggi
6. Panglima Tentera Darat
7. Ketua Polis Negara
8. Perdana Menteri
9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri
Merujuk senarai di atas, kenderaan Pengarah JPJ Negeri serta kakitangan, pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, dilarang menggunakan cermin gelap TANPA kebenaran Ketua Pengarah JPJ dan disokong oleh Menteri Pengangkutan Malaysia. Kakitangan (Pusat Kenderaan Berkomputer) PUSPAKOM juga wajib mendapatkan kelulusan sekiranya ingin menggunakan cermin gelap. Jika kenyataan di atas kurang tepat, sila JPJ perbetulkan agar rakyat Malaysia tidak terkeliru. Hemat saya, jika JPJ ingin menyaman kenderaan orang ramai bercermin gelap, agensi penguatkuasa kerajaan terbabit wajib menyelesaikan isu cermin gelap kenderaan impot, kini banyak dipandu di Malaysia. MPV recon, Toyota Alphard, contoh terbaik. Cermin belakang dan sisi kenderaan dimpot dari Jepun itu sediakala gelap sewaktu dibawa masuk ke negara kita. Apakah kesudahan tindakan JPJ terhadap pemilik kenderaan itu? Saya menghubungi kenalan memiliki Toyota Alphard. "Penjual menukar cermin gelap kenderaan kepada cermin 100% telus cahaya, cerah, sebelum dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan. Selesai lulus pemeriksaan dan didaftarkan, penjual kemudian menukar kembali ke cermin gelap sebelum diserahkan kepada pembeli. Pembeli tidak diberikan pilihan untuk menggunakan cermin cerah. Dalam kes ini, pengguna teraniaya. Harga cermin cerah Alphard bukan murah untuk dibeli sendiri," ujarnya.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye Semalam, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye menyarankan pihak bertindak terhadap premis menjual material menggelapkan cermin tidak menepati spesifikasi ditetapkan oleh JPJ. Bagi saya, itu tidak lebih daripada satu saranan berulang. Beliau juga berkata, cermin gelap bukan satu satunya kaedah mengekang haba untuk keselesaan pengguna kerana terdapat pelbagai lagi produk kalis haba di pasarkan. Lee barangkali terlupa, kenderaan MPV tidak memiliki ruang menyimpan barang tersorok seperti dimiliki oleh kereta sedan. Penggunaan cermin gelap mengurangkan risiko penjenayah melihat pelbagai barang diletakkan di bahagian belakang lalu menceroboh kenderaan terbabit. Pertengahan bulan Jun, JPJ bakal melaksanakan operasi besar-besaran menyaman kenderaan bercermin gelap. Terbaca status rakan di facebook, katanya lebih molek jika penguatkuasa JPJ membuat operasi awal di pintu masuk ke pejabat JPJ di setiap negeri, memeriksa setiap cermin kenderaan kakitangan agensi itu terlebih dahulu. Pastikan undang-undang diaplikasikan kepada pemandu awam, juga dipatuhi oleh pegawai serta anggota pihak berkuasa. Operasi kemudian disusuli di beberapa lokasi lain seperti pintu masuk utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Ibu Pejabat Polis Daerah, Balai Polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Puspakom. Pastikan, tiada kakitangan penguatkuasa menggunakan cermin gelap tanpa kelulusan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad dan disokong oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hisahamuddin Hussein. Periksa juga semua cermin kenderaan digunakan untuk menjalankan operasi. Jika tidak mendapat kelulusan bertulis, tentunya status kenderaan itu melanggar Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000. JPJ usah lupa untuk memeriksa kenderaan orang kenamaan, seperti menteri, ahli parlimen, ketua jabatan, selain daripada individu disenaraikan berhak menggunakan cermin gelap. Kenderaan mewah dan berpemandu, bukan isyarat muktamad membuktikan cermin gelap kenderaan terbabit diluluskan. Ringkasnya, laksanakan undang-undang tanpa memilih bulu. Jika tindakan itu tidak diimplementasikan, saya berasa amat khuatir. Kini orang ramai lazimnya memiliki telefon bimbit dilengkapi kamera. Jika mereka merakamkan gambar kenderaan pihak berkuasa bercermin gelap di jalanraya, pelbagai soalan bakal ditimbulkan. Spekulasi tercetus.
Adakah penggunaan cermin gelap itu diluluskan?
Cadangan saya, wajar seandainya JPJ mengeluarkan pelekat khas, ditampal di cermin depan kenderaan diluluskan penggunaan cermin gelap, 'LULUS CERMIN GELAP'. Tindakan itu pasti membantu orang ramai untuk melontarlkan jauh tanggapan negatif, undang-undang hanya dilaksanakan di kalangan masyarakat marhaen sahaja. Sekaligus, soalan berikut lebih mudah untuk dijawab. "Mengapakah pihak berkuasa boleh menggunakan cermin gelap biarpun tanpa kelulusan sepatutnya, kami tidak?"

Wenger kekal teraju Arsenal
Wenger
PENGURUS pasukan Arsenal, Arsene Wenger yang telah berkhidmat selama 21 tahun bersama kelab tersebut akan menyambung lagi kontrak selama tiga tahun bersama Arsenal, esok. Melalui laporan oleh MirrorSports, pemindahan Wenger dilakukan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan skuad tersebut menjelang perlawanan pada musim panas akan datang dan perjanjian itu telah pun dipersetujui sejak 23 April lalu. Ditambah dengan kejayaan Arsenal dalam meraih gelaran juara Piala FA, langkah itu sekaligus memudahkan dan memberi tanggapan baik terhadap penyambungan khidmat beliau dalam pasukan tersebut. Menurut beliau, proses menandatangani perjanjian tersebut akan berlangsung sebelum beliau berlepas ke Brazil untuk menghadiri temubual di salah sebuah stesen televisyen di sana. Terdapat desas-desus sebelum ini yang mengatakan Wenger hanya diberi peluang menyambung kontraknya selama dua tahun namun lanjutan kontraknya kali ini membuktikan bahawa beliau layak membawa skuad tersebut merentasi era baharu arena bola sepak dunia.

Pasar raya halal: Kerjasama Felda, Lulu bermanfaat
Pasar raya halal: Perkongsian Felda, Lulu bermanfaat
Najib Tun Razak, diiringi Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad (tiga dari kanan), melihat produk Felda Best yang dipasarkan di Lulu Hypermarket semasa melakukan lawatan ke pasar raya tersebut di Abu Dhabi hari ini. - Foto Bernama
ABU DHABI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin usaha sama antara Felda dan Lulu Group International bagi melaksanakan konsep unik menerusi pembukaan pasar raya besar Halal di Malaysia akan meningkatkan pertumbuhan kedua-dua organisasi itu selain memberi manfaat kepada masyarakat. Najib yang juga Menteri Kewangan hari ini menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dan Lulu Group yang bakal menyaksikan Lulu Group membuka pasar raya besar Halal pertamanya di Malaysia pada 2016. "Banyak pihak akan memperoleh manfaat menerusi pembukaan pasar raya Lulu di Malaysia memandangkan ia akan menyediakan 2,000 pekerjaan langsung serta 5,000 pekerjaan tidak langsung," kata Najib kepada wartawan Malaysia selepas majlis pemeteraian perjanjian itu. MoU itu ditandatangani oleh Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad dan Pengarah Urusan Lulu Group Yusuffali M.A.. Ia juga disaksikan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Lulu Group akan membuka 10 pasar raya besar Halal di Malaysia, dengan setiap pasar raya dijangka mewujudkan lebih 200 peluang pekerjaan di semua peringkat. "Felda akan menyediakan kemudahan hipermarket untuk disewa oleh Lulu dan Lulu juga akan bekerjasama untuk mewujudkan pusat logistik serba moden," kata Najib. "Pihak Lulu juga mencadangkan agar Felda terlibat dalam 'organic farming' ladang organik) kerana ia banyak permintaan di luar negara. Ini juga salah satu usaha yang akan dilakukan oleh pihak Felda," tambahnya. Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, mengesahkan kedudukannya sebagai pemaju tanah bagi pembinaan bangunan Lulu Hypermarket di Malaysia. Lulu kemudiannya akan memajak bangunan pasar raya yang dibina Felda itu untuk tempoh jangka panjang, sehingga 15 tahun. - Bernama

Pencapaian KDNK suku pertama cemerlang
Pencapaian KDNK suku pertama cemerlang
Najib Tun Razak, diiringi Pengarah Urusan Lulu Group, Yusuffali M. A. (kanan) meninjau sekitar pasa raya Lulu Hypermarket semasa melakukan lawatan ke pasar raya tersebut di Abu Dhabi hari ini. - Foto Bernama
ABU DHABI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 6.2 peratus bagi suku pertama tahun ini boleh dianggap begitu cemerlang. "Ia menjangkau apa yang diandaikan oleh pakar-pakar (ekonomi)," kata beliau kepada media Malaysia selepas menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara Felda dan Lulu Group International di sini hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pencapaian itu menunjukkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia adalah tinggi. Pertumbuhan KDNK negara disasarkan berada di sekitar 4.5 and 5.5 peratus keseluruhan bagi tahun ini. "Pelaburan swasta telah meningkat dengan begitu tinggi. Di samping itu kemampuan kita menembusi pasaran dengan peningkatan eksport melebihi import turut menyumbang kepada kejayaan di luar jangkaan ini," kata Najib. "Penggunaan swasta juga meningkat," tambahnya. Pada Jumaat lepas, Bank Negara Malaysia mengumumkan KDNK Malaysia meningkat kukuh kepada 6.2 peratus kepada RM256.9 bilion pada suku pertama 2014 berbanding 4.2 peratus pada suku yang sama tahun lepas, didorong oleh permintaan dalam negeri dan pemulihan eksport bersih. Permintaan domestik berkembang 7.4 peratus pada suku itu manakala penggunaan swasta kukuh pada 7.1 peratus berikutan perbelanjaan yang terus menyokong berikutan kedudukan pasaran buruh yang baik dan kadar upah yang lebih tinggi. - Bernama

Potensi besar elektrik daripada kelapa sawit
Maximus Ongkili
KOTA KINABALU - Kini wujud potensi yang sangat besar bagi tenaga elektrik yang dijana daripada industri sawit terutamanya daripada biogas dan biojisim yang juga menawarkan faedah ekonomi dan alam sekitar, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Beliau berkata, potensinya besar, terutamanya dengan teknologi sesuai yang bersih, cekap dan inovatif untuk memanfaatkan sisa buangan minyak sawit untuk menjana tenaga elektrik. Ongkili, yang melawat Sungai Burung Palm Oil Mill (SPOM) Teck Guan di Tawau, berkata kilang yang mempunyai satu-satunya kemudahan bioetanol perintis menggunakan tandan buah kosong (EFB), merupakan contoh yang sangat baik tentang inovasi pengeluaran tenaga daripada sisa buangan. "Daripada mengupah untuk membuang EFB atau menggunakannya bagi hasil nilai rendah, kilang-kilang boleh mendapat wang dengan menukar biojisim menjadi bahan api boleh baharu dan kimia nilai tinggi, di samping mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. “Ini juga akan menyumbang kepada hasrat Malaysia untuk menurunkan tahap pelepasan karbon sebanyak hingga 40 peratus menjelang 2020 berbanding tahap 2005," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Ongkili berkata efluen kilang minyak sawit (POME) daripada biojisim sering kali dibiarkan bertakung dalam kolam dan mengakibatkan pengeluaran metana yang mempunyai potensi pemanasan global sebanyak 23 kali lebih tinggi daripada karbon dioksida apabila dilepaskan ke dalam atmosfera. Teck Guan telah memanfaatkan POME dengan menggunakan penghadam anaerobik (AD)dalam tangki dan menggunakan metana itu untuk dijadikan bahan api bagi relau di kilang batu batanya, kata beliau sambil menambah SPOM kini

Bapa budak diculik ditahan semula berkait kes lain

KOTA KINABALU - Bapa kepada kanak-kanak yang diculik sebelum ini, yang dibebaskan hari ini ditahan semula berhubung kes lain yang dilaporkan berlaku di Klang, Selangor empat tahun lalu. Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun bekata lelaki berumur 31 tahun itu ditahan sehingga pihak polis Klang datang mengambilnya untuk disiasat atas dakwaan menipu. Suspek dan isterinya dibebaskan hari ini setelah ditahan Selasa lalu bagi membantu kes penculikan anaknya pada 9 Mei. Anak mereka yang berusia tiga tahun dilarikan bersama sebuah kenderaan yang ditinggalkan bapanya di sebuah stesen minyak di Kampung Air. Jauteh berkata pihak polis masih menjejaki kanak-kanak itu dan dakwaan sesetengah pihak bahawa dia sudah ditemui adalah tidak benar. Kanak-kanak itu Low Ming You yang berpakaian baju T berwarna putih dan berseluar pendek difahamkan sedang lena di dalam kenderaan berkenaan apabila ia dilarikan. Kenderaan itu kemudiannya ditemui di Menara Jam, Bukit Bendera kira-kira jam 9.30 pagi, empat jam selepas kejadian tanpa kanak-kanak tersebut. Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 088-529270, 088-529207 atau Pegawai Penyiasat di talian 016-3572935. - Bernama

10 suspek kes serang, bunuh diburu
10 suspek kes serang, bunuh diburu
KLANG – Polis memburu 10 suspek kes serangan di Taman Sentosa pada Selasa lalu yang mengakibatkan seorang maut, manakala dua lagi cedera parah. Dalam insiden tersebut, seorang pemandu lori yang menghadiri upacara memperingati kematian bapa saudaranya mati ditikam serta ditembak dua das oleh sekumpulan penyerang. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek diburu adalah penjenayah berbahaya dan dipercayai masih berada dalam negara. Beliau berkata, polis mencari S Kartiesa, 29, P Gerald Nathan, 32, V Mohana Sundar, 35, K Porusothaman, 35, A James, 35, S David, 33, P Agilan, 27, S Palanivelu, 28, S Kanageswaran, 27 dan V Veerakumar, 32, untuk bantu siasatan. “Tiga daripada suspek ada rekod jenayah dan pernah ditahan bawah Ordinan Darurat di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor. “Sesiapa yang ada maklumat berhubung mereka diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, 03- 33712222 bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar, semalam. Kamarul Zaman berkata, siasatan menunjukkan suspek terlibat terdiri daripada dua kumpulan tapi tiada kaitan geng kongsi gelap. Beliau berkata, serangan bermotifkan dendam lama. “Kumpulan suspek hendak menyerang individu lain yang menghadiri majlis itu, namun mangsa cuba membantu menyebabkan dia turut diserang sebelum terbunuh dalam kejadian,” katanya. Dalam kejadian jam 1.50 pagi baru-baru ini, berlaku pergaduhan di rumah bapa saudara mangsa, sebelum mereka diserang oleh kira-kira 15 lelaki bersenjatakan parang dan pistol. Mangsa berusia 31 tahun yang terkena tembakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, manakala dua lagi individu yang juga sepupu mangsa cedera parah dan menerima rawatan di hospital sama. Susulan insiden itu, polis menahan seorang suspek lelaki berusia 29 tahun di lokasi kejadian dan merampas sepucuk pistol, lima butir peluru, dua bilah parang serta sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Tragedi feri karam, presiden kecam pengawal pantai
GEUN-HYE
PSEOUL – KOREA SELATAN. Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye menyelar pengawal pantai kerana gagal melaksanakan tugas dalam membantu menjalankan operasi menyelamat tragedi feri Sewol yang karam pada April lalu. “Setelah mempertimbangkan segala aspek, saya membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pengawal pantai.” “Pihak polis akan menjalankan siasatan dan mengawal saluran maklumat manakala sebarang operasi mencari dan menyelamat di laut akan diserahkan kepada Jabatan Keselamatan Nasional yang baharu sahaja ditubuhkan,” katanya melalui portal berita CNN. Pada 16 April lalu, sebuah feri yang membawa 476 orang penumpang karam ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Jeju. Feri itu dipercayai karam ketika membawa pelajar sekolah yang menyertai lawatan ke pulau tersebut. Tragedi itu telah mengorbankan 286 nyawa manakala 18 yang lain dilaporkan masih hilang. Beliau dalam pada itu turut memohon maaf kepada seluruh keluarga mangsa dan masyarakat Korea di atas tragedi feri karam yang mengorbankan 286 nyawa ketika dalam perjalanan ke Pulau Jeju, April lalu. Menurutnya, sebagai seorang presiden, beliau berasa kesal dan berduka cita kerana tidak dapat melindungi kepentingan dan keselamatan penduduk di negara tersebut. “Sebagai seorang presiden, saya harus bertanggungjawab terhadap kehidupan setiap rakyat yang tinggal di negara ini, saya mahu memohon maaf di atas tragedi hitam yang menimpa kita semua,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal CNN.
FeriKaram

Seorang tentera maut, 12 cedera di Selatan Thai
PATTANI/NARATHIWAT - THAILAND. Seorang tentera maut dan 12 orang cedera dalam tiga kejadian letupan bom dan dua kejadian tembak menembak hari ini di Narathiwat dan Pattani, selatan Thailand. Di Narathiwat, Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Pol. Maj. Gen. Pattanawut Angkanavin memberitahu pemberita tiga letupan bom berlaku di wilayah itu yang mencederakan sembilan orang pegawai keselamatan. Letupan pertama berlaku pada pukul 8.40 pagi waktu tempatan di Kg Panaem, Daerah Srisakorn, sehari selepas tamat perlumbaan Srisakorn Of Road International Challenge III. Ketua Polis Daerah Srisakorn, Pol. Col. Pawong Sanukul pula berkata bom buatan sendiri seberat 25 kilogram yang diletak di tepi jalan yang diletupkan dengan menggunakan alat walkie talkie mencederakan seorang anggota tentera. Bom kedua pula diletupkan pada pukul 9.30 pagi di Kg Banggul Satol yang menyebabkan tiga anggota rela yang mengawal keselamatan jalan raya cedera ringan. Tiga jam kemudian bom ketiga meletup di tempat yang sama ketika anggota skuad bom sedang menyiasat di tempat kejadian dan ia menyebabkan lima anggota skuad pemusnah bom cedera. Di Pattani kejadian tembakan ke atas markas tentera di Kg Nat Kamis, Daerah Tunyangdaeng menyebabkan dua orang cedera parah dan seorang anggota tentera cedera ringan. Kira-kira 100 orang anggota keselamatan yang terdiri daripada pihak tentera, polis gerakan khas dan rela yang dipimpin Lt Jen Valid Rothchanapakdee, Komander Tentera Bahagian 4 mengepong lokasi yang disyaki anggota Gerakan Pembebasan Patani bersembunyi. Ketika operasi tersebut seorang lagi anggota tentera cedera di tembak dan kemudian meninggal dunia. Dalam operasi tersebut, dua buah helikopter digunakan untuk mengesan suspek yang bersembunyi. - Bernama

Penyamun bogelkan mangsa
Penyamun bogelkan mangsa
Isteri Kim Lye memeriksa barangan miliknya yang digeledah penjenayah.
BANDARAYA MELAKA - Bagi mengelakkan kegiatan jenayah samun mereka dilaporkan polis, sekumpulan lebih empat lelaki sanggup membogelkan mangsa lalu merakam gambar dan mengugut untuk menyebarkannya sebelum melarikan hasil samun bernilai lebih RM76,000. Modes operandi itu digunakan sekumpulan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang yang melakukan samun dipercayai di tiga buah rumah dalam tempoh kurang tiga jam di Bukit Katil, Klebang dan Kurbong, Khamis lalu. Dalam kejadian di tiga lokasi, penjenayah berkenaan turut mengakibatkan seorang daripada mangsa, warga emas yang menghidap sakit buah pinggang, terpaksa berputih mata apabila wang tunai RM12,000 disimpan untuk menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di negeri ini lesap dilarikan penjenayah. Menurut sumber dalam kejadian pertama kira-kira jam 6.30 pagi di Taman Merak Mas, Bukit Katil, mangsa, Bong Kim Lye 68, dan isterinya, 70, keluar menjual sayur di pasar di Bukit Baru sebelum rumah mereka dimasuki tiga penjenayah. “Penjenayah mengikat adik ipar mangsa berusia 63 tahun dan cucu lelakinya, 23, sebelum membogel dan merakam gambarnya. “Mereka menggeledah rumah mangsa kira-kira 40 minit sebelum melarikan diri bersama wang tunai RM12,000 dan barangan kemas di dalam rumah berkenaan,” katanya. Sumber berkata, kira-kira jam 7.15 pagi, ahli kumpulan sama menyamun sebuah lagi rumah milik seorang ahli perniagaan di Taman Tay Boon Seng, Klebang mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM22,000. “Dalam kejadian itu, mangsa, 43, yang baru pulang dari luar negara, tidur di dalam bilik, manakala isterinya menghantar anak ke sekolah. “Empat penjenayah itu bertindak membogelkan mangsa sebelum mengurungnya bersama pembantu rumah, 56, di dalam bilik air,” katanya. Menurutnya, dalam kejadian ketiga, kira-kira jam 8.30 pagi, dipercayai kumpulan sama turut melakukan samun di sebuah rumah milik seorang lagi ahli perniagaan yang memiliki premis menjual telefon bimbit di Taman Krubong Perdana, Krubong. “Ketika kejadian mangsa berusia 32 tahun sedang tidur dan isterinya, 31, pula mandi, manakala ibunya berusia lingkungan 60-an bersarapan sebelum penjenayah dipercayai masuk selepas ibu mangsa tertinggal kunci di pintu gerigi besi ketika membersihkan laman rumah. “Ahli perniagaan itu turut dibogel dan dirakam gambarnya sebelum ketiga-tiga mangsa dikurung di dalam sebuah bilik. Mereka melarikan barang kemas, beberapa jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM42,000,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan berhubung ketiga-tiga kejadian berkenaan. “Dipercayai jenayah itu dilakukan ahli kumpulan sama yang berpecah dua kerana penjenayah menggunakan modus operandi sama dengan membogelkan dan merakam gambar mangsa selain bertopeng dan bersenjatakan parang. “Sehingga kini, kita masih mengesan suspek yang dipercayai adalah warga tempatan berbangsa Cina berdasarkan dialek Mandarin yang didengari mangsa kejadian,” katanya. Raja Shahrom berkata, polis masih lagi mengesan kumpulan tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Kesalahan Cermin Gelap: Denda RM1,000 Atau Penjara Sebulan

Memasang dan menggunakan kaca gelap tanpa kelulusan adalah kesalahan mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman: Denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih dua minggu untuk kesalahan kali pertama. Denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih satu bulan atau kedua-duanya kesalahan kali kedua dan berikutnya. Harus diingatkan, pihak berkuasa akan menjalankan Operasi Cermin Gelap dan Nombor Plat yang tidak mengikut spesifikasi mulai 16 Jun. Sumber: My Media Hub Online

4 Gambar Prototaip Proton Zaara 2014
Gambar prototaip Proton Zaara mula tersebar di media sosial. Prototaip ini adalah hasil illustrator oleh: Rosdi Haji Osman dan bukan rasmi dari proton. Lihat 4 gambar di bawah:
 
 Sumber: Rosdi Haji Osman

Awas! Tembakan Rambang Menggunakan Air Gun di Ipoh Semakin Menjadi-jadi

Menurut seorang pengguna Facebook, dia memberi peringatan kepada orang yang berada di Ipoh agar berwaspada dengan satu kejadian yang baru terjadi terhadap dirinya semalam. Semalam, ketika mangsa sedang memandu melalui premis 7-Eleven di Jalan Pasir Puteh, mangsa mendengar satu hentakan padu pada bahagian pintu pemandu. Keesokan harinya, dia mendapati ada sebuah lubang di bahagian pintu pemandu yang dipercayai menjadi punca terhasilnya bunyi itu pada hari kejadian. Lubang tersebut dipercayai kesan dari tembakan Air Gun atau BB Gun yang kini mudah didapati secara online di media sosial. Kawan kepada mangsa juga turut mengadu bahawa dia juga mengalami nasib yang sama di kawasan yang sama. Lebih malangnya, rakan mangsa itu ditembak 3 kali dengan air gun yang menggunakan peluru besi ketika sedang menunggu lampu isyarat. Akibatnya, rakannya itu terpaksa mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialami. Rakannya juga membuat laporan polis selepas kejadian itu. Menurut doktor, ianya boleh mengakibatkan kecederaan yang serius jika ditembak dari jarak yang dekat. Pihak polis setakat ini telah menerima sebanyak 5 laporan mengenai aduan tembakan rambang yang menyasarkan kereta dan motosikal di kawasan Pengkalan dan Menglembu. Antara 5 kejadian yang dilaporkan itu, seorang mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian jari dan memerlukan pembedahan lanjut kerana sebahagian tulang jarinya retak. Manakala dalam kes berasingan, telinga salah seorang mangsa juga tembus ditembak dengan air gun. Sumber: My Media Hub Online

Ayah Kamu Sendiri Meminta Kamu Dipenjara. Jadi, Saya Perlu Hormatinya…

KOTA BHARU – Gara-gara mengancam mencederakan bapanya, seorang lelaki menerima padah apabila dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Wan Mohamad Fauzan Wan Zakaria, 24, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad. Ketika membacakan keputusan itu, Nik Habri berkata hukuman itu dijatuhkan kerana menghormati permintaan bapa tertuduh, Wan Zakaria Wan Ismail, 57, yang mahu anaknya itu dipenjara lebih setahun atau sehingga dua tahun. “Ayah kamu sendiri yang menulis keterangan dan meminta kamu dipenjara setahun lebih hingga dua tahun. Jadi, saya perlu hormatinya,” kata Nik Habri. Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman itu berkuat kuasa daripada tarikh tangkapan pada 4 Mei lepas. Mengikut pertuduhan, Wan Mohamad didakwa menakutkan secara jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kecederaan kepada bapanya di Kampung Bemban, Padang Kala, Melor di sini pada 6 petang, 4 Mei 2014. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamed manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sumber: Bernama

Jokowi Berganding Dengan Jusuf Kalla

JAKARTA – Gabenor Jakarta Joko Widodo atau Jokowi, favorit untuk memenangi pilihan raya presiden memilih bekas naib presiden Jusuf Kalla sebagai gandingannya. Pasangan itu dijangka mendafarkan diri lewat Isnin untuk pilihan raya 9 Julai depan, kata seorang pegawai kanan. “Saya tidak berhasrat mendahului (pengumuman) tetapi malam tadi parti membuat pilihan naib presiden, iaitu Pak Jusuf Kalla,” Tjahjo Kumolo, setisauaha agung Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) pimpinan Jokowi disebut sebagai menyatakan demikian oleh Jakarta Globe. Beliau berkata Jokowi akan membuat perisytiharan rasmi tentang keputusannya bertanding jawatan presiden dan nama calon gandingannya, lewat hari ini. Tjahjo berkata mesyuarat peringkat tinggi sedang berlangsung di kediaman pengerusi PDI-P, Megawati Soekarnoputri. “Satu mesyuarat bersama semua pegawai kanan parti (gabungan) dan calon akan diadakan. “Selepas itu, kita akan melakukan pendaftaran formal di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU),” kata Tjahjo. Calon-calon presiden mempunyai masa hingga tengah malam Selasa untuk mendaftar dengan KPU. Prabowo Subianto dari Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) juga dijangka mendaftar hari ini. Beliau sebelum ini menamakan Hatta Rajasa dari Partai Amanat Nasional (PAN) sebagai gandingannya. Selepas mendaftar, calon-calon akan menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Tentera Gatot Subroto di Jakarta Tengah, lewat minggu ini. Sumber: Bernama

Video Michael Jackson ‘Dihidupkan’ Kembali

Dengan kepelbagaian serta kepakaran teknologi di Barat, mendiang Micheal Jackson telah dapat dihidupkan kembali! Menerusi persembahan hologram ini, dapat dilihat seolah-olah raja pop dunia ini masih hidup dan bertenaga menghiburkan hadirin di Majlis Anugerah Muzik Billboard yang berlangsung di Las Vegas, semalam. Menerusi persembahan hebat itu dapat dilihat beberapa selebriti mengalirkan air mata, mungkin mengharapkan kehadiran sebenar Jackson di majlis tersebut. Jackson yang merupakan bapa kepada tiga cahaya mata, Prince, 17, Paris, 16, dan Prince ‘Blanket’, 12, meninggal dunia pada 25 Jun 2009 akibat pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan. Memang real habis!

Sumber: Audrey Lee / My News Hub

VIDEO: Tendangan ‘Maut’ Penjaga Gol Indonesia

SELEPAS beberapa hari bertarung nyawa di hospital, pemain bola sepak untuk kelab Persiraja Banda Aceh, Akli Fairuz akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya, Jumaat lalu. Pemain di bahagian penyerang itu mengalami kecederaan dalaman yang parah selepas terkena tendangan penjaga gol PSAP Sigli, Agus Rohman yang didakwa secara tidak sengaja sewaktu perlawanan antara kedua-dua kelab itu.

Sementara itu, Agus melahirkan rasa sedih dan terkilan atas pemergian Akli, memetik Bolaindo.com. “Saya sangat menyesal, tiada unsur sengaja dalam kejadian itu,” ujarnya. Namun, jika ditonton video kejadian, agak nyata Agus memang sengaja mensasarkan but yang dipakai ke arah badan Akli. Kaki Agus tiba selepas bola sudah pun disepak lebih awal oleh Akli. Jenazah Akli selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kabupaten Pidie pada hari yang sama.

Sumber: Elza / My News Hub

GAMBAR: Ketua Polis Kedah ‘Sempoi’ Jaga Trafik

Tahniah diucapkan kepada Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim yang berjaya menunjukkan kepimpinan melalui tauladan dengan baik. Dalam gambar di atas, walaupun berjawatan tinggi Ahmad dirakam tidak kisah untuk mengambil tugas mengawal lalu lintas. Difahamkan kesudiannya menjalankan tugas ini dilakukan ketika PDRM Kedah melakukan konvoi ke Lumut, Perak berhenti rehat di Plaza Tol Sg Dua Arah Selatan baru-baru ini. Ahmad mula bertugas sebagai Ketua Polis Kedah sejak 16 Disember 2010 menggantikan Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

Difahamkan kesudiannya menjalankan tugas ini dilakukan ketika PDRM Kedah melakukan konvoi ke Lumut, Perak berhenti rehat di Plaza Tol Sg Dua Arah Selatan baru-baru ini. Ahmad mula bertugas sebagai Ketua Polis Kedah sejak 16 Disember 2010 menggantikan Datuk Syed Ismail Syed Azizan. Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

Empat pelatih PLKN dijangkiti H1N1 stabil

PADANG TERAP - Empat Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Dusun Minda Resort, Kuala Nerang yang dijangkiti virus H1N1 berada dalam keadaan stabil. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, 57 pelatih lagi yang didapati mempunyai simptom-simptom H1N1 telah diasingkan daripada pelatih-pelatih lain di kem tersebut. Sumber: Utusan

Pasangan dituduh lakukan buruh paksa

MUAR: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan aktiviti buruh paksa terhadap tiga wanita warga asing ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, pagi tadi. Wong Seong Siew@Wong Ah Kaw, 68, dan isterinya, Lee Soon Sim, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad. Pasangan terbabit didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Disember 2012 hingga 28 Januari lalu di sebuah premis di Jalan Abdullah, di sini. Mereka didakwa melakukan aktiviti buruh paksa terhadap dua wanita warga Indonesia Hatiah Lukman, 24, dan Martini, 28, serta Orance Nabunome, 24, dari Timor Leste. Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Sumber: HM

Jimmy Bakal Jelaskan Isu Kahwin Kali Kedua

SEHINGGA ke hari ini, pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley tidak pernah membuka mulut mengenai isu yang mengatakan dia sudah bernikah buat kali keduanya kepada media. Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy sebelum bercerai pada Oktober 2012.

Menerusi GUA hari ini, dia memberitahu bahawa perkara itu akan dijelaskannya melalui satu sidang media tidak lama lagi. Ini berikutan sebutan kes hak penjagaan anaknya sudah hampir selesai.

“Rabu ini (21 Mei) merupakan sebutan terakhir kes saya. Selesai saya kes tersebut, saya akan beritahu segala-galanya. Saya jangkakan, perkara itu akan saya terangkan kepada semua sebelum bulan Ramadan ini,” ujarnya. Jika benar Jimmy sudah bernikah sekali lagi, tahniah kami ucapkan. Semoga pilihannya kali ini dapat menceriakan kembali kehidupannya yang pernah dilanda badai suatu ketika dulu… Sumber: Elza / My News Hub / GUA

PRK Teluk Intan: MIC Gerak Kempen Rumah Ke Rumah

TELUK INTAN – MIC menggerakkan anggotanya untuk berkempen dari rumah ke rumah dalam usaha menawan hati pengundi, terutama kaum India, bagi menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan. Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata, anggota MIC serta parti-parti berasaskan kaum India termasuk PPP, IPF dan Makkal Sakti turut berusaha menghubungi lebih separuh daripada pengundi kaum India, iaitu kira-kira 6,000 daripada 11,468 pengundi kaum India, yang berada di luar kawasan Teluk Intan. ” Tumpuan kita bukan hanya pengundi yang menetap di sini, tetapi juga mereka yang bekerja dan berada di luar bagi memastikan mereka sokong calon BN,” katanya kepada Bernama selepas proses penamaan calon PRK Teluk Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini hari ini. Calon BN Datuk Mah Siew Keong, 53, dicabar calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27, pada PRK Teluk Intan yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. Pengundian awal PRK Parlimen Teluk Intan akan diadakan 27 Mei ini, manakala pengundian ditetapkan pada 31 Mei. ” MIC bersama parti-parti berasaskan kaum India (PPP, IPF dan Makkal Sakti) akan bekerjasama sebagai satu pasukan yang kuat bagi meraih lebih banyak undi kali ini,” katanya. Palanivel berkata mereka telah merangka program-program tertentu, khusus bagi masyarakat India. ” Kita mahu jentera kita bekerja keras, mendekati dan menghubungi pengundi bagi memastikan mereka memilih calon BN,” katanya. Pengundi India berjumlah 11,468 atau 19 peratus daripada 60,349 pengundi dikatakan memainkan peranan penting menentukan kemenangan calon yang bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan. Pengundi terbesar kaum Cina pula berjumlah 25,310 orang atau 41.94 peratus, dan diikuti kaum Melayu 23,301 (38.6 peratus), sementara selebihnya kaum lain-lain, katanya. Palanivel berkata, mereka juga akan memberi tumpuan kepada golongan pengundi muda yang berumur antara 30 hingga 39 tahun yang merupakan pengundi paling ramai iaitu 12,365 orang. ” Saya yakin masyarakat India sudah mula memahami yang calon BN mampu membawa perubahan kepada mereka. Mah bukan orang baharu di sini, beliau seorang pemimpim yang baik,” katanya. Palanivel berkata parti itu akan berusaha keras bersama parti-parti berasaskan India bagi memastikan lebih 70 peratus pengundi India menyokong Mah, walaupun anggota MIC hanya kira-kira 4,700. Palanivel berkata sejak Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, sokongan masyarakat India terhadap BN dilihat terus meningkat, dan ini terbukti dalam PRK Kajang baru-baru ini, walaupun BN gagal merampas kerusi tersebut daripada PKR. Pada PRK Kajang 24 Mac lepas, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meraih 16,741 undi menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi, dengan majoriti 5,379 undi. Sumber: Bernama

Xiaomi Lancar Telefon Pintar Mi3 Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Xiaomi Inc yang berpangkalan di China, hari ini melancarkan telefon pintar terbaharu dan paling pantas – Mi3, di Malaysia dan boleh didapati di pasaran mulai esok di laman web rasmi Xiaomi. Presiden dan Pengasas Bersama Xiaomi, Bin Lin berkata syarikat menggunakan harga yang lebih rendah sebagai strategi untuk bersaing dengan pengeluar telefon pintar premium seperti Apple dan Samsung. “Kami menawarkan telefon pintar berpretasi tinggi kepada pelanggan-pelanggan kami tetapi pada harga yang lebih rendah berbanding jenama lain,” kata Lin pada pelancaran Xiaomi Mi3, di sini, hari ini. Mengenai sasaran pertumbuhan dan bahagian pasaran, Lin berkata syarikat tidak mempunyai sebarang unjuran dan mahu memberi lebih tumpuan kepada usaha menambah baik produk dan perkhidmatan untuk memberikan pelanggan pengalaman jenama yang terbaik, dan juga untuk meningkatkan kadar pengeluarannya. Xiaomi Malaysia kini mempunyai empat pusat perkhidmatan pihak ketiga di seluruh negara iaitu di Kelantan, Perak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. “Kami merancang untuk membina pusat Xiaomi kami di Malaysia dan juga gudang di sini tetapi bergantung kepada permintaan daripada pelanggan di sini,” kata Lin. Peranti Mi3 itu berharga RM889 dengan 4,000 unit dijual sebagai kumpulan pertama di Malaysia bermula dari esok, manakala kumpulan kedua akan menyusul dalam tempoh lima hingga tujuh hari selepas pelancaran esok. Syarikat itu mempunyai rancangan untuk melancar beberapa produk di Malaysia tidak lama lagi bagi mengukuhkan kehadirannya di negara ini termasuk Redmi 1S, Mi Pad, Mi Box Pro, Mi WiFi Mini dan MiTV2, televisyen definisi tinggi yang akan dilancarkan antara Jun tahun ini dan awal tahun depan. Mengenai strategi pemasaran Xiaomi, Lin berkata syarikat itu menggunakan strategi pemasaran internet dan melalui rangkaian sosial seperti yang berlaku di peringkat global, dan ini akan dilaksanakan juga di Malaysia. Syarikat itu menyasar untuk menarik pengguna muda dewasa terutamanya pelajar kolej kerana mereka merupakan pembeli e-dagang yang banyak, kata Lin. Sumber: Bernama

MH370: Kapal ‘Zhu Kezhen’ China Ukur Batimatri

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa yang terlibat dalam usaha seterusnya untuk mencari pesawat Malaysia yang hilang bersetuju agar kapal ukur China “Zhu Kezhen” akan melakukan kerja ukur batimatri di Selatan Lautan Hindi. Persetujuan ini dicapai pihak berkuasa Malaysia, Australia dan China yang bermesyuarat hujung minggu lepas, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan hari ini. Menurut JACC, kerja ukur batimatri, yang membabitkan pemetaan dasar laut secara menyeluruh, akan dilakukan di kawasan yang dikenal pasti Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB). “Zhu Kezhen dijadual belayar ke kawasan mengukur pada Rabu, jika keadaan cuaca mengizinkan,” katanya. Kerja ukur batimatri adalah antara perkara yang menjadi keutamaan dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 malang itu, yang kini memasuki fasa transisi dan memberi keutamaan terhadap usaha mencari di dasar laut. Keutamaan lain termasuk menganalisis kembali data berkenaan untuk mengenal pasti kawasan mencari lebih tepat serta mengenal pasti dan menggunakan kenderaan yang ditunda serta kenderaan atutonomi dalam air yang bersesuaian dengan keadaan rupa bumi di tempat pencarian. Penerbangan MH370 ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada pengesanan radar pada 8 Mac ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Kuala Lumpur. Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di Selat Melaka dan Laut Andaman, sebelum pasukan mencari mengalih tumpuan ke perairan Australia Barat di Selatan Lautan Hindi. Sementara itu, menurut JACC, Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield tiba di Geraldton, Australia Barat semalam untuk membuat persiapan menerima alat ganti bagi transponder yang dipasang pada kapal itu dan Kenderaan Autonomi Dalam Air Bluefin-21. “Kerja membaiki perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan perkakasan yang menjejaskan kemampuan transponder berkomunikasi antara satu dengan lain ketika menyelam. Masalah ini menjadi ketara dalam misi Bluefin-21 pada Selasa,” katanya. Alat ganti berkenaan dijangka tiba di Geraldton lewat hari ini. JACC berkata sebaik sahaja alat ganti itu dipasang, ujian akan dilakukan di Geraldton sebelum Ocean Shield belayar semula ke kawasan mencari. Sumber: Bernama

Cara Malas Tapi Ideal Untuk Kekal Kurus Dan Sihat

Kesihatan adalah nikmat yang tidak ternilai. Malangnya anugerah ini sering tidak dihargai sehinggalah nikmat tersebut sudah tiada lagi. Tidak perlulah berbelanja mahal untuk membeli peralatan gim, suplemen dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengubah cara hidup dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat. Amalan hidup sihat berkisar tentang dua kunci utama iaitu gaya hidup dan pemakanan. Maknanya, sekiranya kita ingin sihat dan kekal sihat, kita perlu memberi perhatian kepada kedua-dua aspek ini. Untuk anda yang inginkan kesihatan yang terbaik dengan cara yang paling senang dan tidak memerlukan modal yang banyak, ini di antara tips-tipsnya:-
Senaman Yang Berterusan Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisyen ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan dan membuat regangan berterusan selama 30 minit sehari pada setiap pagi secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.
Tidur Awal Dan Mencukupi Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisyen jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak menentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah untuk mengelak daripada sebarang penyakit.
Makanan Kesihatan Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak gemarkan pemakanan hijau ini, kekacang dan buah-buahan perlu sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah dengan menggamalkan makanan kesihatan organik berasaskan herba.
Perlu Berfikir Sebelum Mengikuti Program Menguruskan Badan Program menguruskan badan bukannya tidak baik, namun ada alternatif yang lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
Memakan Lebih Sayuran dan Mengurangkan Pengambilan Daging Merah, Kafien, Gula dan Garam Agak sukar diamalkan bagi sesetengah orang kerana sayur-sayuran bukanlah diet utama. Namun cara paling mudah tentunya memakan lebih sayuran. Hendak sihat kan? Jadi kenapa perlu memakan makanan yang memudaratkan dan pada masa yang sama mengambil ubat untuk menguruskan badan? Dan kemudian masih memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi Seseorang yang meninggalkan sarapan pagi majoritinya akan merasa teramat lapar di sebelah petang dan malam. Walaupun di siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.
Jangan Memakan Hidangan Tidak Lengkap Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
Jangan Berlapar Terlalu Lama Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.
Elakkan Tekanan Berada dalam tekanan boleh menyebabkan punca risiko sakit. Elakkan unsur-unsur stress seperti berada dalam kesesakan trafik, asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya. Tekanan yang negatif, baik dari segi mental, fizikal atau emosi, merupakan satu faktor penting yang boleh menggugat keharmonian kualiti kehidupan sesorang.
Jaga Tindakan Dan Tingkah Laku Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksanakan sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa menjaga tindakan dan tingkah laku untuk orang yang tersayang.
Pemeriksaan Doktor Berjadual Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh jika ianya dikesan dari awal.

Arab Saudi Umum Kematian Terbaharu MERS

RIYADH – Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi pada Isnin melaporkan kematian baharu akibat virus MERS, menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat penyakit ini sebanyak 169. Kementerian Kesihatan di laman webnya berkata mangsa terbaharu kepada Sindrom Pernafasan Timur Tengah ini adalah seorang lelaki berusia 59 tahun yang meninggal dunia pada Ahad di bandar di barat Taif. Turut dilaporkan, dua jangkitan baharu, satu di Riyadh dan satu lagi Jeddah, menjadikan jumlah kes MERS sebanyak 531. Negara-negara lain termasuk Mesir, Jordan, Lebanon, Belanda, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat juga telah mencatatkan kes, kebanyakannya terdiri daripada mereka yang pernah berkunjung ke negara-negara padang pasir. Seperti virus SARS, MERS muncul dan menyebabkan jangkitan paru-paru, dengan pesakit yang mengidap batuk, kesukaran bernafas dan demam. Tetapi MERS berbeza kerana ia juga menyebabkan kegagalan buah pinggang. Sumber: AFP

Stacy Nafi Tiru Imej Miley Cyrus

Sebenarnya isu dikatakan meniru selebriti popular Hollywood, Miley Cyrus bukan baharu dikaitkan dengan penyanyi yang terkenal dengan seni tarian lincah, Stacy Angie Anam atau Stacy. Malah, penulis rasakan Stacy pun sudah jemu apabila imejnya kerap kali dikatakan meniru penyanyi antarabangsa itu.

“Saya tidak meniru mana-mana imej artis yang dikaitkan dengan saya. Apabila saya memotong rambut sebegini ramai yang beranggapan saya mahu meniru Miley, walhal rambut sebegini sudah lama difesyenkan. Lagipun mungkin sekarang ini tengah ‘in’. “Tapi sebenarnya tiada apa pun yang sama yang penting untuk album kali ini saya ingin menampilkan konsep yang lebih baru dan segar daripada sebelum-sebelum ini,” katanya dipetik menerusi portal Rotikaya. Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, Stacy sudah pun mengeluarkan album terbaharu berjudul #1 yang menampilkan single popularnya, Gilalah. Dibawah penulis sertakan muzik video Gilalah yang sangat ‘chic’ dan kena dengan imej warna-warni Stacy.

Sumber: Audrey Lee / My News Hub

Curi kereta selepas bunuh kawan

MIRI: Seorang warga Indonesia dibunuh rakan senegaranya di sebuah gerai minuman di Kuala Baram di sini malam tadi. Muhammad Zainul Arifin, 24, yang bekerja di sebuah syarikat perkapalan ditikam dengan pisau kira-kira pukul jam 10 malam. Ketua Polis Miri, ACP Gian Tian Kee, berkata seorang suspek telah ditahan sementara pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu ditemui. Beliau berkata, mangsa sedang minum bersama rakannya dan bertemu dengan tiga suspek dalam gerai yang sama. “Mangsa dan tiga suspek berkenaan kemudiannya pergi ke sebuah lorong berhampiran dan tidak lama kemudian mangsa dilihat oleh saksi-saksi berjalan terhuyung-hayang dan rebah di bahu lorong itu. “Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di sebelah kiri perut. Orang awam cuba untuk menyelamatkannya dengan menghantar ke Hospital Miri tetapi mangsa sudah meninggal dunia,” katanya. Beliau berkata, dua suspek yang melarikan diri itu kemudiannya dipercayai terbabit merompak kenderaan pikap yang dipandu seorang mekanik berusia 34 tahun pada jam 3.40 pagi ini. “Mereka mengacukan pisau kepada mangsa sebelum melarikan pikap berkenaan serta wang tunai berjumlah RM1,400 yang terdapat dalam kenderaan itu,” katanya. Polis sedang memburu kedua-duanya. Sumber: Bernama

Mesyuarat Rundingan TPPA Dua Hari Bermula

SINGAPURA – Menteri-menteri Perdagangan dan pegawai dari 12 negara peserta dalam rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), berhimpun di sini untuk satu lagi pusingan rundingan, sambungan kepada mesyuarat peringkat menteri pada Februari lalu. Pada pertemuan sebelum ini di sini, mereka bersetuju ke atas sebahagian besar kepentingan bersama yang dikenal pasti pada pertemuan Disember. Pada mesyuarat dua hari itu yang bermula hari ini, Malaysia diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala negara lain diwakili ketua perunding masing-masing. Turut hadir Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Lim Hng Kiang; Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia, Andrew Robb; Menteri Ekonomi dan Dasar Fiskal Jepun, Akira Amari; Menteri Perdagangan New Zealand, Tim Groser dan Menteri Perniagaan Luar Peru merangkap Menteri Pelancongan, Magali Silva Verlande-Alvarez. Mesyuarat itu yang dihoskan Singapura, turut dihadiri Duta Besar Amerika Syarikat Michael Froman. Sebelum mesyuarat itu, ketua perunding dan pakar perdagangan bertemu di Vietnam dari 11 Mei hingga 17 Mei. Antara isu yang dibincangkan di Ho Chi Minh City termasuk pakej akses pasaran barang dan perkhidmatan, isu perundangan dan institusi, hak cipta intelek, alam sekitar, tekstil dan perkhidmatan kewangan. Dua belas negara yang menyertai TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat, Vietnam dan Singapura.
12 negara berhimpun bincang TPP

Sumber: Bernama

31 Kanak-Kanak Maut Bas Terbakar Di Utara Colombia

BOGOTA – Sekurang-kurangnya 31 kanak-kanak maut manakala 25 yang lain parah apabila bas yang mereka naiki terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di bandar Fundacion, utara Colombia, semalam. “Mereka yang parah didapati melecur dua pertiga daripada seluruh anggota badan dengan kebanyakannya berada dalam keadaan kritikal,” kata jurucakap palang merah, Cesar Uruena. Mangsa berusia antara satu dan lapan tahun dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani aktiviti keagamaan, kata Datuk Bandar Fundacion, Luz Stella Duran. Jabatan polis Magdalena berkata bas berkenaan meletup pada tengah hari dan api marak dengan cepat menyebabkan proses mengecam mangsa mengalami kesukaran. Stella Duran berkata, menurut kenyataan mangsa, pemandu bas dilihat memegang bekas berisi petrol ketika berada di dalam bas. Sumber: My News Hub / AFP

25 Cedera Penghadang Stadium Runtuh Di Madrid

MADRID – Sekurang-kurangnya lima orang dikejarkan ke hospital manakala 20 lagi mengalami kecederaan ringan apabila penghadang di kawasan tempat duduk penyokong runtuh ketika perlawanan Osasuna menentang Real Betis di stadium Osasuna di sini, pada hari penutup musim La Liga. Kejadian itu berlaku ketika penyokong bola sepak merempuh masuk ke dalam padang selepas Orial Riera menghadiahkan gol pembukaan untuk Osasuna. Beberapa penonton terpaksa dibawa dengan pengusung dengan pemain turut sama membantu mengangkat mangsa untuk rawatan kecemasan. Perlawanan itu terpaksa digantung selama 35 minit bagi memastikan kawasan padang selamat. “Lima orang dikejarkan ke hospital berikutan mengalami lebam dan beberapa kecederaan. Seramai 20 lagi penyokong diberikan rawatan sampingan berikutan mengalami kecederaan ringan,” kata Osasuna menerusi akaun Twitter mereka. Sumber: AFP

Gila, Atuk Berusia 62 Tahun Fail Saman AS$2 Undesilion

Jumlah Dolar Amerika yang wujud di muka bumi ini tidak memadai untuk membayar saman seorang atuk yang berusia 62 tahun yang menyaman Bandar Raya New York jika dia ditakdirkan menang.
> Ia adalah saman sivil terbesar di dunia
> Saman difailkan oleh seorang datuk berusia 62 tahun di Mahkamah Persekutuan Manhattan NY
> Saman tersebut bernilai Dua Undesilion Dolar dengan 33 digit kosong di belakang angka 2
> Jumlah yang dipohonnya itu melebihi nilai keseluruhan mata wang yang wujud di muka bumi
> Saman itu ditulis dengan tangan

NEW YORK: Seorang pemastautin di bandar raya terbesar dunia ini telah memfailkan saman sivil di Mahkamah Persekutuan Manhattan, di sini pada 11 April lalu menuntut ganti rugi terbesar di dunia iaitu sebanyak Dua Undesilion Dolar (AS$2,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000) selepas jarinya digigit oleh seekor anjing. Anton Purisima, 62, telah mengemukakan saman tersebut dengan menamakan pelbagai pihak sebagai defendan termasuk Datuk Bandar New York, dan Pasar Raya Kmart. Dalam fail saman setebal 22 muka surat yang ditulis dengan tangan itu, Purisima menyatakan yang dia akan mewakili dirinya sendiri tanpa bantuan seorang peguam. Purisima mendakwa bahawa jari tengahnya telah digigit oleh seekor anjing yang disyaki mengidap penyakit anjing gila ketika sedang menaiki sebuah bas milik perbandaran New York sebelum gambarnya sedang mendapat rawatan di sebuah hospital dirakamkan oleh pasangan berketurunan Cina. Dia juga mengemukakan saman kerana merasakan yang dirinya sering dicaj berlebihan ketika minum kopi di Lapangan Terbang LaGuardia. Saman itu menyebut bahawa kesakitan dan kesengsaraan yang dihadapinya ‘tidak dapat ditukar ganti dengan wang’ dan oleh yang demikian 'tidak ternilai harganya.’ Turut dimasukkan sebagai eksibit di dalam samannya itu ialah foto jarinya yang berdarah kerana digigit anjing. Purisima juga mendakwa yang dia telah mengalami pencabulan ke atas hak-hak kemanusiaan, kecederaan pribadi, diskriminasi ke atas asal usulnya, penentangan, pencabulan, penipuan, percubaan untuk membunuh, distres emosi pribadi yang disengajakan dan konspirasi penipuan. Senarai orang dan organisasi yang disamannya berjela-jela tetapi antaranya termasuklah Carepoint Health, Pusat Perubatan Hoboken University, Setor Kmart, Jabatan Kecemasan St Luke, Pihak Berkuasa Transit Bandar New York, Bandar Raya New York dan Pentadbiran Lapangan Terbang LaGuardia. Ini juga bukanlah fail saman Purisima yang pertama. Dalam tempoh empat tahun dia telah mengemukakan saman terhadap Republik Rakyat China, institusi kewangan seperti Wells Fargo, JP Morgan dan Wachovia serta Pesuruhjaya Sekuriti Sosial. Sumber: mStar

Johann Noordin mahu berkahwin, namun status Islamnya jadi penghalang

KUALA LUMPUR: Satu kesilapan yang telah berlaku sembilan belas tahun yang lalu telah menyebabkan banyak kesulitan kepada Johann Lim Noordin. Pada kad pengenalan rasminya, nama penuhnya dinyatakan sebagai Johann Lim Noordin bin Billy Noordin, tetapi sijil kelahiran dinyatakan namanya sebagai Johann Lim Noordin. Johann tidak pernah memeluk Islam dan seumur hidupnya dia sentiasa beragama Buddha. Disebut sebagai Yo- Han , lelaki kacukan bangsa cina dan india berumur 32 tahun dari Pulau Pinang ini, telah cuba untuk membetulkan kesilapan ini dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) sejak dia berusia 13 tahun lagi. Menurut e-mel Johann kepada Astro AWANI ,kesemua dokumen sokongan yang diperlukan telah diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk satu salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan, kad pengenalan bapanya dan borang pindaan bertarikh Oktober 7, 2011. Dia juga telah menyerahkan kad pengenalan adiknya dan surat rasmi daripada Pejabat Agama Negeri Pulau Pinang yang menyatakan bahawa namanya tiada dalam senarai mereka bagi membuktikan dengan jelas bahawa dia bukannya beragama Islam. Dalam suratnya kepada JPN, dia telah cuba untuk menyelesaikan isu ini sejak berumur 13 tahun dan memandangkan permohonannya dipindahkan daripada satu jabatan ke jabatan lain selain terpaksa melaui prosedur yang merumitkan, Johann berputus asa dan menghentikan usahanya. Hanya sehingga dua tahun lalu yang Johann menyedari kesan kesilapan ini banyak menimbulkan kesulitan kepada kehidupannya – Johann tidak boleh berkahwin dengan wanita impiannya dengan status agama yang tidak betul tertera pada kad pengenalannya . Menyedari kerumitan ini , Johann sekali lagi memulakan usaha untuk membetulkan kad pengenalannya, namun hanya menerima kekecewaan akibat daripada jawapan yang dikatakan tidak menggalakkan daripada JPN. Kini, telah hampir tiga tahun namun kesnya masih belum selesai. Menurut Johann, jawapan yang terakhir daripada JPN lebih membinggungkannya. Dalam jawapan yang bertarikh 19 Mei 2014 , JPN menyarankan agar Johann mendapatkan pengesahan bahawa dia bukan beragama Islam daripada Mahkamah Syariah. Jawapan ini membuatkan Johann kecewa dengan cara JPN mengendalikan kesnya. Johann kini telah mendapatkan nasihat undang-undang dan merayu supaya JPN untuk meneliti kes beliau segera. Astro AWANI telah menghubungi JPN hari ini bagi mendapatkan komen dan menurut seorang pegawai di sana, kes Johann ini sedang diteliti dan masih dalam siasatan. Tambah pegawai itu lagi, JPN tidak boleh memberikan apa-apa komen lanjut selagi belum mendapat arahan pihak berkuasa yang bertanggungjawab. Sumber: Awani

Pelancong China Cedera Dirompak Di Jonker Walk

MELAKA – Seorang pelancong China cedera parah akibat dipukul dengan besi oleh enam lelaki yang merompaknya di Jonker Walk di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa bersama isterinya dalam perjalanan ke sebuah tokong berdekatan sebelum didatangi enam lelaki yang menaiki tiga buah motosikal. Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata mangsa yang berusia 42 tahun itu kemudiannya dipukul di kepala dan bahu kiri sebelum kumpulan itu melarikan wangnya sebanyak RM300. Isteri mangsa bagaimanapun tidak dicederakan. “Polis sedang melihat rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Shah Gzali Khan berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Putra dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Dalam pada itu, beliau berkata tahap keselamatan di Melaka masih terkawal dengan indeks jenayah bagi tempoh Januari hingga semalam mencatat penurunan sebanyak 16.4 peratus kepada 1,407 kes berbanding 1,684 kes dalam tempoh sama tahun lepas. Sumber: Bernama

Mak Mah Pilih ‘Bulan Madu’ Di Tanah Suci

JIKA sebelum ini pertemuan mereka bermula sewaktu mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, nampaknya pelakon veteran, Ruminah Sidek atau Mak Mah, 68, dan pasangannya, Al Fatah Rahim, 70, bakal kembali semula ke sana selepas bergelar suami-isteri. Umpama ‘bulan madu’, pasangan yang dinikahkan pada Sabtu lalu merancang untuk mengerjakan ibadah haji pula. “Janggal rasanya sebut bulan madu, sudah tua. Tetapi Mak Mah dengan suami memang ada merancang untuk mengadakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah. “Di sana bukan saja boleh beribadah, mendapat ketenangan dan keredaan Ilahi tetapi juga ia memberi kenangan istimewa buat Mak Mah dan suami kerana di sanalah pertama kali Mah Mah bertemu dengan suami semasa mengerjakan umrah di Makkah pada Mac lalu,” ujarnya, memetik Harian Metro. Bagi kami, inilah hikmah perkahwinan walaupun sudah menjengah usia senja. Hendak ke mana-mana pun senang sebab sudah ada pasangan yang menjadi peneman sepanjang masa… Sumber: Elza / My News Hub

Azlee Khairi Berkasih Dengan Wanita Brunei?

Pelakon lelaki yang popular dengan drama bersiri, Love You Mr Arrogant (LYMA), Azlee Khairi kini dikatakan sedang hangat menyulam cinta dengan seorang ahli perniagaan dari Brunei yang dikenali sebagai Dayang Norlelawati atau Liswati. Sebelum ini, Azlee pernah dikaitkan dengan pelakon yang lahir dari program Akademi Fantasia Musim kedua, Zarina Zainoordin. Namun, tak ramai yang tahu pasal hubungan mereka kerana nama Azlee pun belum lagi meletup pada ketika itu. Menerusi ruangan gosip di Bi-Pop semalam, Liswati kini menyandang tugas sebagai pengurus yang mengendalikan kerjaya seni Azlee. Ingatkan Azlee betul-betul jadi dengan Zara Zya, yelah dah banyak peminat yang mendoakan agar mereka kekal bersama seperti mana dalam drama LYMA. Tapi, peminat pun mesti faham, kalau mereka serasi ‘on screen’, takkan sampai ke ‘off screen’ pun mereka perlu mendengar cakap peminat kan. Inikan semua kerja Yang Maha Esa. Harapnya peminat mendoakan yang baik-baik sahaja untuk pelakon idaman mereka ini.

Sumber: Audrey Lee / My News Hub

Bukan tipu lulusan Ijazah, cuma tangguh pengajian – Nur Risteena

NAMA Nur Risteena Munim semakin popular selepas membintangi drama Playboy Itu Suami Aku. Orangnya cantik, sedap mata memandang dan mengikut tuan punya badan, merupakan lepasan ijazah jurusan Komunikasi Massa dari UiTM. Menariknya, ada pihak yang menyatakan Risteena tidak pernah menghabiskan pengajian di UiTM dan pengakuan dirinya memiliki segulung ijazah adalah palsu dan dusta semata-mata. Dan ternyata memang benar Risteena tidak memiliki ijazah seperti yang pernah disebut olehnya satu ketika dahulu. Namun jangan salah anggap, bukan Risteena berhenti atau diberhentikan. Risteena sekadar menangguhkan pengajiannya sementara tengah mendapat banyak tawaran berlakon. Kata Risteena menerusi Harian Metro:-

Sebenarnya dulu masa beritahu saya belum habis belajar, ada yang suruh saya habiskan terlebih dulu. Ada yang kata saya kejar glamor dan mengutamakan lakonan dari belajar. Saya memang pelajar jurusan penyiaran dan sepatutnya tamat pelajaran mengikut jadual ditetapkan, tetapi saya dalam proses penangguhan. Tawaran berlakon semakin banyak dan jadual saya semakin penuh. Hendak melakukan pendidikan jarak jauh pun tak lepas.

Memang saya utamakan kerjaya buat masa ini, sementara orang mahukan saya. Nanti apabila tidak ada lagi yang mahukan saya, susah pula. Saya perlu cari duit untuk membantu dan menyara keluarga. Apa sekalipun, saya tetap akan habiskan juga pelajaran yang tertunda dan berbaki setahun lebih saja lagi.

Bagi penulis, keputusan yang diambil oleh Risteena adalah tepat. Sementara tengah popular, hot stuff dan banyak dapat tawaran nie, lenjan lah berlakon sebanyak boleh. Kumpul duit banyak-banyak. Nanti dah suam-suam kuku, bolehlah sambung belajar balik.

Janda juga boleh hidup selesa

NORISH Karman bersama anak-anak semasa sambutan hari lahir di Dewan Kiara, Kuala Lumpur. – Foto Shiraz Ali
Norish dedah tempat tinggal untuk lenyap tanggapan negatif sesetengah pihak Jika tidak lama dulu, Norish Karman enggan berbicara mengenai soal peribadi, apatah menjadikan kediamannya sebagai tatapan dan bualan umum. Kini suasana agak berbeza apabila pelakon ini lebih selesa menjadikan tempat tinggalnya sebagai lokasi untuk mengadakan majlis keraian. Mungkin disebabkan pelbagai kontroversi yang pernah melanda diri suatu ketika dulu, ia banyak mengajar Norish berfikiran lebih terbuka, selain mengambil nasihat ibu bapa serta teman terdekat dari sudut positif bagi melenyapkan segala spekulasi selepas bergelar janda. Justeru, wanita ini meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-40, yang jatuh pada Hari Ibu, di kediamannya di Mont Kiara, malah turut menjemput peminat bagi meraikannya bersama-sama. Sumber: BH

Gambar Kucing Diikat Di Parkir KLCC Tersebar

PETALING JAYA: Gambar kucing di atas lantai dengan kaki belakangnya diikat di tempat letak kereta KLCC telah tersebar di internet. Menurut seorang pengguna Facebook, Mandy Chow, kucing tersebut bertindak garang dan mempertahankan diri apabila dia cuba untuk menyelamatkannya. "Saya bukan seseorang yang tahu mengenai kucing. Adakah seseorang yang mempunyai pengalaman dengan kucing (di luar sana) yang boleh menyelamatkannya?" dia membuat paparan di halaman Facebooknya pada Ahad. Seorang lagi pengguna internet Tati Tot Tot mengulas: "Ikatan ini mengganggu peredaran darah ke kaki, dan kakinya bengkak." Beberapa pencinta haiwan cuba mencari haiwan itu tetapi tidak berjaya. Post ini dikongsi di laman Facebook 'Malaysian Dogs Deserve Better'. Sehingga kini masih tidak diketahui sama ada kucing itu telah diselamatkan. Sumber: mStar

Bapa Rogol Anak Dalam Bangsal Kebun

KUALA TERENGGANU – Mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 kali sebatan terhadap seorang bapa yang tergamak merogol anak kandungnya sebanyak dua kali pada 16 Ogos dan 12 September tahun lalu. Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang berusia 38 tahun dan beralamat di Jalan Lebuhraya Jerangau Jabor, Terengganu itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman. Tertuduh yang disabitkan dua pertuduhan itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi, 16 Ogos lalu, ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumah tidak bernombor, di Dungun. Ketika itu, tertuduh telah mengejutkan mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dan membawanya ke bangsal sebuah kebun Dungun, dan setelah tiba di bangsal tersebut, tertuduh telah menyuruh pengadu tidur di bangsal tersebut, sebelum bertindak merogol mangsa jam 3.30 pagi sebanyak sekali tanpa kerelaan. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi merogol mangsa pada jam 9.30 malam, 12 September tahun lalu. Pada awalnya, kira-kira jam 5 petang, ketika mangsa berada di rumah, tertuduh mengajak mangsa menemaninya tidur di bangsal kebun, dan pada jam 9.30 malam, mangsa telah dirogol oleh tertuduh sebanyak sekali tanpa kerelaannya. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun pada 23 September 2013, jam 10.40 malam. Tertuduh kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang oleh Inspektor Mohamad Ramizan Ramli bersama sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 29 September 2013, jam 11 pagi. Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah dan diarahkan menjalani hukuman secara serentak iaitu di penjara selama 13 tahun dan 10 sebatan iaitu masing-masing lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua. Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Ismail. Sumber: Sinar Harian

Ibu Maut Selepas Rai Konvokesyen Anak

JENGKA – Kunjungan seorang ibu meraikan kejayaan anak perempuan yang menamatkan pengajian pada majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang di Jengka semalam, menjadi pertemuan terakhir mereka apabila wanita tersebut maut dalam perjalanan pulang. Kejadian kira-kira jam 1.30 petang di Kilometer 36.1 Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat Felda Jengka 17 itu membabitkan dua kenderaan yang bertembung secara bertentangan. Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, selepas tamat majlis di UiTM Jengka, mangsa pulang ke Kajang dengan sebuah kereta yang dipandu anak lelaki. Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki dua beranak itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan. “Kegagalan untuk memotong di laluan garisan berkembar itu menyebabkan Iswara tersebut bertembung dengan sebuah kenderaan jenis MPV Livina di laluan bertentangan. “Mangsa, Samiah Ahmad, 62, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. “Pemandu cedera di bahagian muka dan dirawat di Hospital Jengka,” katanya. Sulaiman berkata, empat beranak termasuk seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun yang berada dalam MPV Livina itu tidak mengalami kecederaan. Sumber: Sinar Harian

Wanita Mati Terjun Tingkat 5 Pangsapuri

PUCHONG – Seorang wanita berusia 40 tahun mati dipercayai akibat bunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Taman Puchong Jaya, di sini, semalam. Seorang saksi berkata, dia percaya mangsa bukan penduduk pangsapuri itu kerana dia tidak pernah melihat wanita itu sebelum ini. “Sepanjang saya menetap di sini itu hampir tiga tahun saya tidak pernah melihatnya dan yakin dia bukan penduduk di sini,” katanya ketika ditemui Harian Metro. Harian Metro difahamkan mangsa dipercayai bunuh diri dari anjung sebuah rumah di tingkat lima berdasarkan peninggalan selipar mangsa di lokasi terakhir sebelum dia ditemui mati. Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supritendan Yong Soo Koon ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, mayat wanita berusia 40 tahun itu ditemui kira-kira jam 2 petang dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Beliau berkata mangsa mati di tempat kejadian berdasarkan kesan cedera patah tangan kanan, kaki kanan serta tulang belakang yang mengakibatkan mangsa mati serta- merta. Sumber: HM

London Kini Jadi Pusat ‘Selfie’ Dunia

LONDON – Bandar raya London kini bukan lagi dikenali sebagai antara kota paling sibuk dan besar, sebaliknya dianggap sebagai pusat “selfie” dunia. Menurut analisis daripada pakar media sosial London menjadi bandar raya paling banyak menjadi latar untuk seseorang melakukan “selfie”. Suggestme.com berkata, sebanyak 14 peratus “selfie” mencatatkan kawasan seperti London Eye, bangunan parlimen dan Istana Buckingham sebagai antara kawasan paling popular untuk aksi berkenaan. Mengikuti London ialah bandar raya New York apabila Time Square dan patung Statue of Liberty menjadi pilihan utama pengamal “selfie.” Suggestme.com menganalisis 6.3 juta jumlah mesej dalam Twitter, Facebook , Instagram dan laman sosial lain sebelum membuat kesimpulan itu. Tempat ketiga diduduki Amsterdam manakala Barcelona, Paris, Berlin, Rome, Sydney, Istanbul, dan Athens berada dalam kedudukan sepuluh tangga teratas. Sumber: My News hub / AGENSI

Jelik Dan Pelik Jadi Imej Seni

JERMAN – Seorang lelaki yang nekad melakukan pengubahsuaian badan, sanggup menebuk lubang di pipinya, hingga memperlihatkan gigi serta lidahnya. Meskipun ia disifatkan sebagai mengerikan, namun bagi Joel Miggler, 23, ia merupakan satu uji kaji kepadanya. Walaupun lubang itu seluas 36 milimeter, dia mahu membesarkan lubang itu kepada 40 milimeter. Anehnya dia mendakwa lubang seluas itu tidak mengganggunya ketika dia makan atau minum. “Saya boleh minum dan makan seperti individu lain,’’ katanya yang melakukan pengubahsuaian badan sejak berusia 13 tahun. Menurut Miggler, apabila bertemu orang ramai di jalanan, mereka hanya akan memandangnya dengan pandangan jelik atau pelik, bagaimanapun ia berbeza dalam media sosial. Jelasnya, dia dikecam hebat dalam media sosial dan disifatkan sebagain individu pelik serta didiskriminasi. Pengubahsuaian badan dilakukan dengan niat untuk mengubah penampilan seseorang dan ia termasuk melakukan tindik, tatu serta pembedahan plastik. Ada yang melakukannya atas alasan seni, manakala selebihnya melakukan bagi tujuan kebudayaan atau tradisional. Pengubahsuaian badan ini juga dilihat sebagai tidak lebih kepada perbuatan melampau yang tidak diperlukan oleh badan. Sumber: My News Hub

Legenda F1, Jack Brabham Meninggal Dunia

SYDNEY – Legenda Formula Satu (F1), F1 Sir Jack Brabham yang dianggap salah pemandu dan pemilik pasukan paling berjaya dalam sukan itu meninggal dunia hari ini di kediamannya selepas sakit sejak sekian lama, kata ahli keluarganya. “Ini adalah hari paling sedih bagi kami semua. Bapa saya meninggal dunia dengan aman di kediamannya pada usia 88 tahun pagi ini. “Sepanjang hidupnya memang menakjubkan, mencapai kejayaan lebih daripada apa yang diimpikan dan dia akan terus hidup menerusi warisan yang ditinggalkan,” kata anak lelakinya, David Brabham dalam satu kenyataan. Pemandu kelahiran Australia itu begitu berpengaruh dalam sukan berkenaan apabila muncul juara dunia pada 1959 dan 1960 bersama Cooper Racing Team dan sekali lagi pada 1966 untuk pasukan miliknya sendiri. Sumber: AFP

Benarkah Tidak Akan Naikkan Tol?

KUALA LUMPUR – Seorang ketua fakulti universiti tidak nampak tawaran yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta untuk mengambil alih Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan tidak menaikkan kadar tol selama 24 tahun, dapat ditunaikan. Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam di kampus Universiti Nottingham Malaysia di Semenyih Ioannes YH Tang berkata tawaran oleh syarikat itu untuk tidak menaikkan kadar tol sehingga akhir perjanjian konsesi pada 2038, tidak mengambil kira kos penyenggaraan tinggi lebuh raya itu serta keperluan pembaikan, pertukaran atau membina semula lebuh raya yang merentasi keseluruhan Semenanjung Malaysia itu. Tang ragu-ragu sama ada syarikat itu akan berada pada kedudukan untuk melaksanakan janjinya berdasarkan turun naik harga minyak, yang mempunyai kaitan secara langsung dengan harga bahan utama seperti bitumen, yang digunakan untuk pembaikan dan penyelenggaraan jalan. Ini ditambah pula dengan kenaikan kadar mata wang yang tidak dapat dielakkan dalam tempoh 30 tahun itu. “Tidak ragu-ragu lagi, kos penyelenggaraan akan sentiasa naik. Saya pasti apabila konsesi ditandatangani, ia sudah mengambil kira harga peningkatan kos secara menyeluruh. “Penggunaannya (oleh pemandu kenderaan) memang tinggi di PLUS, jauh lebih tinggi daripada anggaran asal. Penggunaan yang lebih tinggi akan pasti meningkatkan kos penyelenggaraan,” katanya. Tang berkata ini tidak akan memberikan pengendali tol kedudukan mampan untuk mengekalkan kadar tol yang sama untuk tempoh lebih 30 tahun. “10 tahun mungkin munasabah tetapi 30 tahun, sukar untuk menjangkakan sesuatu lebih daripada tempoh beberapa tahun. “Jika terdapat penurunan mata wang utama, contohnya seperti yang berlaku semasa krisis kewangan Asia pada akhir 1990-an, yang boleh memusnahkan segala-galanya atau apa sahaja anggaran pertama yang dibuat,” katanya. Pada pandangan beliau, inilah ‘bahaya besar’ seseorang cuba untuk mengambil alih PLUS tanpa petunjuk yang jelas, sama ada mereka akan benar-benar dapat mengekalkannya. “Jadi, tiada kenaikan tol, namun apa hasilnya? Ia mungkin meningkatkan aspek lain bagi mengimbangi tol yang tidak naik, dan ini sudah pasti perlu dipertimbangkan,” kata Tang. Beliau juga berkata akhirnya kerajaan perlu campur tangan untuk membaiki jalan raya dan orang ramai masih perlu membayar untuk itu. “Saya tidak nampak bagaimana (tawaran pengambilalihan ini) akan memberi manfaat dalam jangka masa panjang untuk rakyat,” katanya. Tang berkata jangkaan tiada kenaikan tol oleh syarikat itu ada cacatnya, dalam erti kata bahawa ‘anda hanya boleh bertahan dalam tempoh beberapa tahun dan banyak andaian yang anda buat adalah salah apabila anda sampai ke tahap itu’. Ia juga sukar untuk tempoh lebih daripada 10 tahun berdasarkan apa yang berlaku di seluruh dunia, terutama di China. “Sebagai contoh, China sedang membina lebih banyak jalan raya, dan jika mereka mula membeli lebih banyak bitumen, secara automatik kita akan terjejas teruk. Ia sama seperti susu tepung bayi, apabila China mula membeli segala-galanya, kita semua perlu membayar dua kali ganda atau mungkin tiga kali ganda. Permintaan adalah di luar kawalan kita.” Bitumen ialah komponen utama untuk menyelenggara lebuh raya, dan merupakan hasil sampingan daripada pemprosesan petroleum, dan oleh itu dipengaruhi oleh pasaran minyak. Harganya telah meningkat daripada RM1,650/mT pada Ogos 2010 kepada RM2,080/mT bulan lepas. Banyak perkara perlu diambil kira dalam penyenggaraan lebuh raya, termasuk kos am bahan dan kos hari ke hari, termasuk penyelenggaraan tetap dan berkala. Mengekalkan kecerunan merupakan komponen utama di Malaysia serta pembersihan longkang dan pemotongan rumput merupakan kerja-kerja penyelenggaraan utama bagi mengelak longkang tersumbat yang boleh membawa kepada kegagalan cerun, masalah biasa di Malaysia. Sumber: Bernama

Pelumba Singapura Milton Poh terbunuh di Litar Sepang

SEPANG : Tidak sampai 48 jam, kemalangan maut sekali lagi berlaku pada perlumbaan Super Siri Malaysia (MSS) 2014 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Penunggang kategori Superbike bernombor 71, Milton Poh (R.I.P) menjadi mangsa keempat yang terbunuh di litar itu selepas jentera yang ditunggangnya bergesel dengan penunggang dari Itali, Leornado Sacchetto ketika sedang keluar dari pit perlumbaan. Pergeselan tersebut menyebabkan pelumba dari Singapura itu gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kanan litar dan merempuh tembok. Milton dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan tidak sedarkan diri manakala Sacchetto bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan masih menerima rawatan. Pada Jumaat lalu, Amaludin Abd. Rahman maut dalam kemalangan semasa sesi latihan pusingan pertama kejuaraan motosikal tersebut. Pelumba novis berusia 42 tahun itu dipercayai gagal mengawal jenteranya di selekoh 15 litar tersebut sebelum terbabas dan melanggar penghadang tayar pada pukul 4.30 petang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SIC, aksi perlumbaan hari kedua terpaksa dipendekkan berikutan kemalangan yang berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari semalam. Sumber: Kosmo

Niat mulia dikata gila

KANGAR: Seorang wanita warga emas tidak kisah diejek sebagai orang kurang siuman apabila menjadikan rumah pusaka berharga ratusan ribu ringgit di Jalan Kangar-Padang Besar di sini, sebagai sangkar teduhan bagi lebih 200 kucing terbiar sejak 30 tahun lalu. Wanita terbabit, Azni Ahmad, 63, berkata, dia sudah acap kali dihina dengan tuduhan membazirkan sisa hidup atau wang kerana mahu menjaga kucing terbiar itu. “Malah, kata-kata cemuhan itulah yang dijadikan pembakar semangat untuk saya terus melakukan amanah menjaga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW itu daripada terbiar tanpa dijaga. Ini sekali gus menyelamatkan kucing ini daripada dicederakan individu tidak berhati perut. “Mereka yang menghina saya mungkin tidak faham erti perikemanusiaan. Bagi saya, jika kita tidak mempunyai sikap menyayangi haiwan, maka hidup kita tidak akan sempurna. “Apa yang saya lakukan ini bukan semata-mata untuk mendapatkan pujian atau meraih keuntungan, tetapi ia adalah ikhlas bagi memastikan haiwan itu mempunyai tempat berteduh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. Sumber: HM

No comments:

Post a Comment