Saturday, May 24, 2014

Berita Terkini 24 May 2014

Ahmad Shabery Mohon Maaf RTM Tiada Siaran Langsung, alasan Piala Dunia.

KOTA KINABALU – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan siaran langsung pasukan Piala Thomas negara menumpaskan Indonesia malam tadi kerana hak penyiaran diperoleh syarikat televisyen swasta. Beliau berkata RTM juga tidak akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara pasukan negara dan Jepun esok kerana kos untuk siaran langsung melibatkan kos tinggi. “Saya meminta maaf bagi pihak RTM kerana ramai pihak bersungut kerana tiada siaran langsung (di RTM malam tadi). Ini kerana hak penyiaran telah diambil stesen televisyen swasta. “Kalau ingin (menyiarkan) kita (RTM) kena membayar mahal dan dalam soal ini, kita ada keperluan lain termasuk liputan siaran langsung semasa kejohanan Piala Dunia Brazil dan kos kandungan untuk sukan bukan murah, ia melibatkan berjuta-juta ringgit. “Pada tawaran asal kos bernilai RM4 juta untuk menyiarkan (secara langsung) perlawanan itu (Piala Thomas),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2014 di Lintasan Deasoka, di sini hari ini. Ahmad Shabery berkata RTM memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 yang akan berlangsung di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai ini. Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas 2014 selepas mengalahkan Indonesia 3-0 di New Delhi, India, malam tadi. Esok, Malaysia akan bertemu Jepun yang melakar sejarah dalam siri Piala Thomas apabila julung kali melangkah ke final. Sumber: Bernama

Aksi Terlampau Pelakon Awan Dania Qila Wan Hisham

Namanya mungkin agak asing pada pengikut setia perkembangan seni hiburan tanah air. Namun, jika anda tidak pernah terlepas menonton siri televisyen popular Awan Dania yang disiarkan di Astro Ria suatu ketika dahulu, pastinya anda mengenali salah seorang pelakon tambahan dalam siri tersebut yang dikenali sebagai Qila Wan Hisham. Qila berlakon sebagai pramugari bersama teraju siri tersebut, Scha Al-Yahya. Namun, apa yang memeranjatkan ialah apabila kehidupan peribadi Qila sudah mula digeledah serta disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan ini, dapat dilihat kehidupan ‘silam’ aktres ini yang dilihat agak liar dan sosial. Daripada aksi berbikini, bercium dengan kekasih malah sehingga ke gambar yang menyerupai gambar bogel! Tak tahulah macam mana Qila nak menjawab kalau lepas ni bertubi-tubi pihak media nak interviewnya pasal gambar-gambar ‘hot’ ni.


Sumber: LeyPark / Audrey Lee / My News hub

Tentera Laut AS temui badan kapal hilang

LAUT ATLANTIK – AMERIKA SYARIKAT. Sebuah kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat dilaporkan menemui badan kapal layar UK Cheeki Rafiki yang hilang sejak 15 Mei lalu di utara Laut Atlantik, semalam. Menurut pengawal pantai AS, perenang pasukan penyelamat telah mengetuk badan kapal untuk memastikan mangsa masih hidup namun tiada jawapan. Akan menyusul Sumber: BBC / Sinar

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Sahkan Produk Cadbury Mengandungi DNA (Porcine) Khinzir

Untuk pengesahan kesahihan sila ke Page Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel –Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya. Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:

Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.



Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine). Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta. KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Sumber: Sinar Online

100 pemuda kecam tindakan Rayer

Muhammad Faiz (tiga kiri) menunjukkan memorandum yang mahu diserahkan kepada wakil DAP, semalam.
KUANTAN - Lebih 100 pemuda Melayu semalam berhimpun di pejabat DAP bagi membantah tindakan Adun Sri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Umno dalam Sidang Dun Pulau Pinang, Selasa lalu. Bantahan dan kemarahan terhadap kata-kata yang dianggap biadab itu terus memuncak apabila mereka membawa sepanduk dan berteriak di depan pejabat DAP di Jalan Beserah. Bagi menyatakan rasa tidak puas hati ekoran kenyataan Rayer itu, kumpulan berkenaan turut membakar gambar pemimpin DAP berkenaan. Kumpulan berkenaan terdiri daripada Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Pemuda Umno Bahagian Kuantan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri serta Majlis Belia Daerah Kuantan. Bagaimanapun tiada kekecohan tercetus dan mereka mula bersurai selepas setengah jam kerana tidak mendapat layanan dari sesiapa pun di pejabat DAP. Sumber: Sinar Online

Tak ada apa nak cakap buat masa ini – Abby Abadi

SELEPAS berkongsi bayangan mengenai keretakan rumah tangganya di laman sosial, ramai yang mahukan Abby Abadi mengesahkan sendiri status perkahwinannya dengan Farhan. Berkata menerusi Harian Metro hari ini, Abby Abadi enggan memberikan sebarang komen dan memaklumkan yang kehidupannya berjalan seperti biasa. Adakah ini satu berita baik atau berita buruk? Hanya Abby sahaja yang tahu.
Kata Abby Abadi:-
Tak ada apa nak cakap buat masa ini. Minta maaf, buat masa ini, saya tak ada apa-apa nak kongsi dulu. Tunggu nanti apabila saya sedia dan kalau ada apa-apa perkembangan saya sendiri akan beritahu. Tak ada apa nak komen dulu. Cukuplah saya katakan, kehidupan berjalan seperti biasa.
Sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Abby Abadi dan Farhan akan pulih seperti biasa. Agak rugi sekiranya perkahwinan kedua ini juga berakhir dengan penceraian. Semoga ada jalan penyelesaian dan persefahaman dapat dicari semula antara pasangan ini. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka. Sumber: Beautiful Nara

Suami syak terkena nasi kangkang

KUALA LUMPUR-“Saya tak tahulah sama ada cerita nasi kangkang itu betul atau tidak, tetapi melalui pembacaan dan rujukan, saya terasa nasib diri saya sebagai suami ada kaitan dengan nasi kangkang.” Itu permulaan cerita Saifuddin Bahari dari Pandamaran, Kelang yang kesal tidak mampu berbuat apa-apa selain mengikut sahaja apa kata isteri sejak berkahwin empat tahun lalu. “Usia perkahwinan kami masih muda dan kami pun masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi selama berkahwin, saya jadi seperti pak turut yang disuruh duduk saya duduk, disuruh berdiri, saya berdiri. “Saya langsung tak berani bersuara dan hanya mendiamkan diri melihat perangai isteri saya memang tidak seperti isteri-isteri rakan-rakan yang begitu menghormati suami,” cerita lelaki berusia 32 tahun ini. Bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, Saifuddin berkata, rumahtangganya dibina atas dasar cinta yang terjalin selama dua tahun. “Ketika berkawan, isteri saya merupakan seorang gadis yang penuh sopan santun dan kalau bercakap suaranya amat perlahan. “Memang itulah yang menjadi tarikan saya untuk menjadikan Laila suri hidup dan dia tidak menolak apabila saya menyuarakan isi hati. “Segalanya berjalan lancar sehinggalah tiba hari pernikahan yang disambut penuh meriah dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai,” katanya. Jelas Saifuddin, dia merasakan dirinya amat bertuah kerana berjaya memiliki Laila yang disifatkan cukup sempurna sebagai isteri. “Kami berbulan madu di Cheng Mai, Thailand selama satu minggu dan hidup saya ketika itu amat bahagia apa lagi isteri tersayang ada bersama. “Saya sering berangan agar hubungan kami ini akan kekal selamanya begitu dan tidak putus berdoa agar cepat dikurniakan zuriat untuk menyerikan lagi kebahagiaan kami. “Malangnya, hubungan yang diharapkan itu cuma dirasai selama satu bulan sahaja selepas kami menjadi suami isteri,” jelasnya. Menurut Saifuddin, dia tiba-tiba merasakan dirinya terlalu kecil dan semakin hari semakin takut untuk bertentang mata dengan isterinya sehinggalah ke hari ini. “Saya tidak diperlakukan seperti seorang suami, sebaliknya saya sering dijadikan seperti budak suruhan untuk buat itu dan ini. “Hairannya, saya tidak pernah membantah dan tidak boleh bersuara pun untuk mengatakan tidak pada setiap arahannya. “Hubungan kelamin sempat berlaku selama setahun sahaja dan selepas itu, saya tidak berupaya untuk bersamanya seperti orang hilang selera makan,” ujarnya lagi sambil meneguk minuman yang dipesan. Saifuddin berkata, keluarganya tidak pernah tahu masalah yang dialaminya kerana Laila cukup pandai berlakon bila mereka pulang ke kampung. “Arwah ibu saya perah bertanya kenapa saya seperti orang sakit dan tidak setegas dulu tetapi saya bagi alasan umur yang semakin meningkat menyebabkan perangai asal turut berubah. “Laila cukup baik dengan keluarga saya dan memang tidak akan nampak ada masalah dalam hubungan kami selama ini. “Lagi pun dia tak pernah meninggikan suara pada saya dalam keadaan apa sekali pun menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya,” ceritanya lagi. Soal makan minum kata Saifuddin, sejak mereka tidak berhubung kelamin, Laila tidak lagi menyediakan makan minumnya. “Sesekali kalau dia masak, pandai-pandailah saya ambil dan makan sendiri. Untuk makan bersama memang sangat jarang berlaku. “Sebenarnya saya tidak patut bercerita hal rumahtangga pada orang lain tetapi saya sangat tertekan memikirkan apa kesudahan nasib saya. Adakah saya dayus dan tidak layak bergelar suami? “Adakah benar saya termakan ‘nasi kangkang’ hasil perbuatan isteri sendiri menyebabkan saya sukar untuk melepaskannya?,” soal Saifuddin. Bukan untuk menuduh isteri sendiri tetapi apa yang dibaca selama ini semakin mencelarukan fikirannya. Sumber: MalaysiaGazette

Pengarah filem MH370 minta maaf atas plot cinta tiga segi, lapor akhbar

KUALA LUMPUR – Hujung minggu lalu, pengarah filem India Rupesh Paul, lelaki di balik tabir filem erotik “Kamasutra 3D” mempersembahkan klip terbaru filemnya, “The Vanishing Act”, kepada pembeli di festival filem Cannes. Filem itu berdasarkan kepada kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac tetapi Straits Times melaporkan hari ini Paul meminta maaf kerana trailer filem itu menunjukkan plot cinta tiga segi di kalangan anak kapal. Trailer itu menunjukkan dua anak kapal sedang bercumbu manakala anak kapal ketiga melihat dengan marah, lapor akhbar Singapura itu. Ia juga menunjukkan seseorang dengan senapang dan babak memaparkan kekecohan dan panik dalam pesawat. Paul dalam satu kenyataan berkata, beliau akan membuang elemen dalam trailer itu “untuk tidak menyakiti sentiment” ahli keluarga 239 penumpang pesawat Boeing 777 yang masih hilang itu. Pada 19 Mei, Paul berkata, beliau memulakan projek itu selepas dihubungi oleh seorang wartawan Malaysia, yang menyatakan dia ada teori mengenai apa yang berlaku. Beliau kemudian mengambil masa 20 hari untuk menyiapkan lakon layar filem itu menggunakan idea wartawan berkenaan bagi pengakhiran cerita. Pembikin filem itu berkata, beliau yakin dapat menjayakan filem itu walaupun bangkai pesawat itu masih belum ditemui. Ramai yang mencadangkan pelaburannya akan sia-sia jika pesawat itu ditemui dan penjelasan yang dipaparkan dalam filemnya menjadi tidak tepat, kata Paul. “Itu adalah cabaran terbesar saya. Semua orang dalam dunia, mereka mahu tahu apa yang berlaku,” katanya. Pencarian bawah laut pesawat MH370 dilancarkan semula pada Rabu di Lautan Hindi. Sementara itu, ketua operasi mencari pesawat MH370 yang masih hilang mengarahkan semua data pada pesawat Malaysia Airlines dikaji semula berikutan timbul keraguan di kalangan ahli keluarga penumpang dan anak kapal perhentian terakhir pesawat itu adalah di selatan Lautan Hindi. Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang berpangkalan di Canberra, Angus Houston semalam berkata, data yang sudah teliti perlu diperiksa semula. Houston berkata, beliau yakin penerbangan MH370 terhempas ke dalam kawasan carian semasa, di mana isyarat dipercayai dipancarkan dari perakam penerbangan pesawat yang dikesan bulan lalu. Sumber: The Malaysian Insider

Lelaki Maut Dalam Kejadian Langgar Lari Di Rompin

KUANTAN – Seorang lelaki ditemui mati, dipercayai mangsa langgar lari, dalam kejadian di Km 129 Jalan Kuantan-Seremban dekat Keratong, Rompin, malam tadi. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai berketurunan India, berusia lingkungan 30-an, ditemui oleh orang awam pada 10.20 malam. “Mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan berat dari arah belakang dan pemandu tersebut berkemungkinan tidak nampak mangsa kerana kawasan di situ gelap tanpa lampu jalan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Johari berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Muazam Shah untuk bedah siasat. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mengenali mangsa agar menghubungi balai polis berdekatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Bernama

KIDEX Tak Dilaksana Jika Pihak Konsesi Enggan Patuh Prasyarat

KUALA LUMPUR — Kerajaan Persekutuan tidak akan membenarkan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) dilaksana sebelum pihak konsesi mematuhi beberapa prasyarat yang ditetapkan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof. Beliau berkata meskipun projek itu secara prinsip telah diluluskan pelaksanaannya melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani pada 15 Nov 2013 dan mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 23 Feb 2012, pihak konsesi masih perlu melaksanakan beberapa prasyarat dalam tempoh 12 bulan selepas ia ditandatangani. “Berdasarkan tempoh perjanjian, pihak konsesi ada masa sehingga pertengahan Nov 2014 untuk mematuhi prasyarat yang ditetapkan sebelum keputusan muktamad sama ada projek itu boleh diteruskan atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan. Antara prasyarat itu ialah mempunyai keupayaan kewangan bagi melaksanakan kerja pembinaan dan tinjauan maklum balas awam dengan mengambil kira pandangan penduduk yang terlibat. Kidex sepanjang 26.1 kilometer, yang menghubungkan Kinrara dan Damansara, akan membantu melancarkan aliran trafik di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) serta memendekkan tempoh perjalanan kepada pengguna jalan raya. Fadillah berkata kementerian akan terus memantau rapi perkembangan proses berkenaan dan semua pihak terlibat dinasihat agar meneruskan rundingan secara baik tanpa mencetuskan kekecohan atau sebarang kejadian yang tidak diingini. Sumber: Bernama

Persiapan akhir Real, Atletico diganggu kecederaan

MADRID – Atletico Madrid dan Real Madrid melahirkan rasa bimbang terhadap tahap kecergasan pemain utama mereka menjelang pertembungan julung kali antara dua kelab dari antara bandar yang sama pada perlawanan akhir Liga Juara-juara di Lisbon hari ini (2.45 pagi Ahad waktu Malaysia). Real yang paling teruk terjejas ekoran tahap kecergasan pemain pertahanan, Pepe dan penyerang, Karim Benzema masih diragui, bagaimanapun jurulatih, Carlo Ancelotti bertegas mahukan Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo beraksi meskipun dibelenggu masalah otot yang menghalangnya menyertai latihan penuh minggu ini. Atletico pula hampir pasti kehilangan penjaring terbanyak mereka, Diego Costa walaupun penyerang kelahiran Brazil itu dilaporkan dalam perjalanan ke Serbia untuk menerima rawatan khas menggunakan plasenta kuda akibat kecederaan hamstring minggu ini. Ronaldo tidak beraksi dalam perlawanan terakhir kelabnya dalam La Liga musim ini, menentang Espanyol hujung minggu lalu, kerana kecederaan hamstring yang turut menyaksikan penyerang itu terlepas perlawanan penting dalam usaha untuk muncul pendahulu liga apabila Real tewas kepada juara, Atletico. Bagaimanapun, penyerang dari Portugal itu bakal bertandang ke bandar di mana dia memulakan kariernya bersama Sporting Lisbon dan mengakui amat teringin untuk membawa pasukan terkaya dunia itu menjulang Piala Eropah buat kali ke-10 selepas lima musim bersama Real. “Ini akan menjadi perlawanan istimewa. Saya akan beraksi di negara saya di Portugal,” ujar pemain berusia 29 tahun itu kepada UEFA.com. “Ini merupakan final pertama saya bersama Real Madrid dan juga amat istimewa bagi saya menentang sebuah pasukan yang hebat di Atletico. Mereka mempunyai kehebatan luar biasa tahun ini, namun kami akan melakukan yang terbaik dan cuba meraih kejuaraan Liga Juara-juara buat kali ke-10,” katanya. Sumber: Agensi

Brazil Peruntuk AS$856 Juta Jaga Keselamatan Piala Dunia

BRASILIA – Kerajaan Brazil sudah memperuntukkan kira-kira AS$856 juta dan menyediakan 157,000 anggota tentera dan pegawai polis dalam pelan keselamatan sepanjang penganjuran Piala Dunia, bulan depan. Menteri Pertahanan Brazil, Celso Amorim memberitahu sidang media hari ini, Brazil menyediakan pelan terbaik bagi memastikan keselamatan kepada rakyat dan pelawat yang berkunjung ke bandar raya yang menjadi tuan rumah temasya bola sepak itu bermula 12 Jun ini. Menteri Undang-Undang, Jose Eduardo Cardozo berkata, pihak berkuasa yakin protes jalanan ketika Piala Konfederasi tahun lalu sebagai satu ancaman besar. Menteri berkenaan berkata, wang peruntukan itu akan digunakan untuk membeli peralatan termasuk kereta peronda, pesawat, computer dan senjata api termasuk latihan khas untuk membendung pengganas, menangani ancaman bom dan risikan. Sumber: AP

Banduan mogok lapar, mahkamah tarik balik hukuman

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Mahkamah persekutuan di Amerika Syarikat (AS) menarik semula hukuman yang dijatuhkan kepada tahanan di penjara Teluk Guantanamo, semalam kerana lancar mogok lapar. Mohammed Abu Wa’el Dhiab, 42, enggan makan dan minum semasa menjalani hukuman di penjara, lapor CNN. Menurut Hakim, Gladys Kessler, mahkamah tidak mempunyai pilihan lain dan tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan tahanan tersebut mati akibat kebuluran di dalam penjara. “Mahkamah kini dalam proses mempertimbangan untuk membuat keputusan yang kompleks untuk memastikan tahanan tersebut kekal hidup. “Mahkamah tidak boleh membiarkan dia (Abu Dhiab) mati dengan begitu sahaja,” katanya. Abu Dhiab merupakan warga Syria dan ditahan oleh tentera lebih 10 tahun kerana disyaki menyertai ahli kumpulan pengganas di AS. Dia ditahan di Pakistan pada tahun 2002 dan dipindahkan ke Teluk Guantanamo untuk menjalani hukumannya namun keadaan fizikalnya bertambah lemah dan teruk akibat kebuluran. Sumber: CNN / Sinar

Warga Emas Berbasikal Ke Mekah Boleh Mohon Jadi Jemaah Haji

BALING – Dua pengembara warga emas yang sedang melakukan ekspedisi berbasikal dari Malaysia ke Tanah Suci Makkah boleh membuat permohonan untuk menjadi jemaah haji tahun ini kepada pihak Tabung Haji bagi dipertimbangkan. Abd Karim Salleh, 64, bekas anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan pesara guru Ramli Yusoff, 63, dari Semenyih, Selangor kini berada di India selepas memulakan kayuhan dua bulan lepas. Mereka memulakan kayuhan ke Makkah dua bulan lalu dari Semenyih dan telah diberikan sambutan pelepasan di Kompleks Imigresen Pengkalan Hulu untuk ke Thailand oleh Persatuan Veteran Komando ATM Malaysia pada 11 April lalu. Kedua-dua warga emas itu berhasrat untuk menunaikan umrah. Mengulas mengenai dua warga emas itu, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim berkata kedua-dua warga emas itu boleh dianggap sebagai wira negara yang sanggup menggalas cabaran begitu besar. Katanya mereka sanggup melakukan ibadah umrah di bulan Ramadan dengan hanya berbasikal ke Makkah dan kerana itu mereka wajar dipertimbangkan untuk menjadi jemaah haji tahun ini. Abd Azeez, yang juga Anggota Parlimen Baling, berharap ada permohonan kepada beliau selaku Pengerusi Tabung Haji untuk dibawa ke mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah untuk dipertimbangkan. “Berikan saya satu permohonan mengenai hasrat kedua wira itu dan saya akan membawanya untuk dipertimbangkan pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji yang akan diadakan tidak lama lagi. Permohonan boleh dibuat oleh pihak waris kedua mereka atau pihak Persatuan Veteran Komando ATM Malaysia,” katanya. Abd Azeez berkata demikian selepas melawat dua keluarga mangsa kebakaran Madrasah Al Zuhdiah, Kampung Carok Salang, Parit Panjang, Baling Jumaat. Dalam kebakaran itu, dua rumah yang didiami ibu tunggal dua anak dan seorang warga emas hangus sama sekali. Abd Azeez berkata pihaknya meluluskan bantuan sebanyak RM60,000 untuk membina kembali dua rumah yang musnah bagi menempatkan kembali kedua-dua keluarga itu. Sumber: mStar

Laluan rahsia dalam hotel bajet

Seorang tukang urut cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat. 
SUBANG JAYA - Dari luar nampak seperti dua bangunan berbeza, namun mengejutkan apabila sebuah hotel bajet di Bandar Puteri dekat sini mempunyai laluan rahsia yang menyambungkan premis tersebut dengan pusat urut terletak bersebelahannya. Pengusaha pusat urut terbabit dipercayai bekerjasama dengan pengusaha hotel bagi menyembunyikan pekerja yang menawarkan urutan batin kepada pelanggan. Difahamkan, laluan tersebut bagi memudahkan tukang urut wanita bergerak bebas dari tempat kerja mereka ke beberapa unit hotel yang menjadi tempat penginapan sejak beberapa bulan lalu. Setiap bilik hotel dilengkapi peralatan memasak menjadi tempat tinggal tiga hingga empat tukang urut wanita. Bertindak atas aduan awam, seramai 26 anggota Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, Azfarizal Abdul Rashid menyerbu kedua-dua premis tersebut, lewat malam kelmarin. Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, hasil pemeriksaan mendapati pusat urut tersebut beroperasi tanpa lesen perniagaan dan disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan. Menurutnya, hasil pemeriksaan selanjutnya, pihaknya mendapati pekerja di premis urut menginap di hotel bersebelahan. “Ketika serbuan, tukang urut wanita ada yang melarikan diri ke bangunan bersebelahan (hotel) melalui jalan rahsia yang rupa-rupanya tempat tinggal mereka. “Kesemua mereka termasuk tujuh warga China, empat warga Thailand dan seorang warga Indonesia diserahkan kepada Jabatan Imigresen Selangor untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Pengusaha premis dikenakan tindakan sitaan peralatan urut dan penutupan premis di bawah UUK 3 UUKPK MPSJ 2007 kerana mengendalikan pusat rawatan kesihatan (rumah urut) tanpa lesen daripada MPSJ dan berdepan kompaun RM1,000. Sumber: Sinar Online

Bisnes Tak Menjadi, Mila Buang Stok Produk

Mila akui pernah berasa putus asa dalam perniagaan. 
PETALING JAYA: Penyanyi Mila Jirin mendedahkan dia pernah berasa putus asa dan kecewa dalam bidang perniagaan kosmetik yang diceburinya iaitu Luv Mila sekitar tahun 2008. Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla binti Jirin, 27, berkata, dia terpaksa membuang semua stok produk kosmetik tersebut kerana gagal untuk dijual. "Produk kosmetik Luv Mila tidak menjadi kerana kekurangan modal untuk iklan dan kami terpaksa menghentikan operasi dan keluar daripada pejabat operasi kerana tidak mampu untuk membayar sewa "Saya tidak mahu tengok langsung produk tersebut dan mengarahkan pekerja saya membuang semua stok produk yang ada," katanya kepada mStar Online. Tambah Mila, disebabkan perkara itu juga dia melupakan minatnya dalam bidang perniagaan selama setahun sebelum kembali semula dengan membuka sebuah syarikat pengurusan majlis. Dalam pada itu, penyanyi ini turut mengusahakan restoran Embun Urai yang terletak di Taman Tasik Prima Puchong yang kini baharu sahaja melancarkan cawangan kedua di lokasi yang sama. "Kegagalan lalu membuatkan saya lebih bersemangat dengan cuba menceburkan diri dalam bidang pengurusan majlis dan membuka restoran untuk makan malam dan tengah hari. "Cawangan kedua restoran Embun Urai baru sahaja dibuka berhampiran dengan restoran pertama tetapi hidangan lebih fokus untuk sarapan dan makan tengahari sahaja dan waktu operasi pada pukul 7 pagi hingga 7 malam," katanya. Sementara itu, Mila berkata, dia kini dalam proses untuk membuka sebuah lagi perniagaan perancang perkahwinan iaitu Bizmila Wedding and Catering dalam masa terdekat. Katanya, buat masa ini dia menjadikan bidang perniagaan sebagai kerjaya utama berbanding nyanyian. "Saya fokus dahulu kepada semua perniagaan berbanding nyanyian, lagi pun sekarang sibuk uruskan perniagaan Bizmila Wedding and Catering. "Tapi saya masih lagi aktif memenuhi undangan nyanyian jika ada kelapangan," katanya. Dalam perkembangan lain, Mila yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Nova Music bakal keluar dengan single baharu berjudul Boneka dan Hampir Jauh duet bersama Nubhan. Sumber: mStar

Lima penyerang kedutaan India tumpas

Pasukan keselamatan membantu rakan yang cedera dalam serangan di bangunan kedutaan India. KABUL - AFGHANISTAN. Pasukan keselamatan Afghanistan berjaya menembak mati lima lelaki bersenjata yang didakwa menyerang bangunan kedutaan India di wilayah Herat negara itu semalam, menurut pihak berkuasa. Jurucakap polis Abdul Raouf Ahmadi berkata, kesemua suspek yang bersenjatakan beberapa senjata ringan dan bom tangan bertindak melepaskan tembakan ke arah bangunan kedutaan dari sebuah rumah berhampiran kira-kira 100 meter darinya. "Serangan berakhir apabila pasukan keselamatan berjaya menumpaskan kesemua suspek. Dua anggota polis cedera dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dipetik DPA. Difahamkan, serangan itu tercetus beberapa hari sebelum Presiden Hamid Karzai berangkat ke New Delhi bagi menghadiri majlis angkat sumpah Narendra Modi sebagai Perdana Menteri terbaharu India pada 26 Mei ini. Sumber: Sinar Online

Sultan Pahang Sedia Berundur, Takhta FAM Jadi 'Persaingan Diraja'

Tengku Abdullah (kiri) dan Tunku Ismail. 
PETALING JAYA: Bola sepak Malaysia dilihat seakan-akan bakal menghadapi perubahan apabila Sultan Ahmad Shah bersedia untuk menarik diri sebagai Presiden Persatuan Sepak Malaysia (FAM) selepas 30 tahun menerajuinya, menjadikan persaingan untuk jawatan itu sebagai persaingan diraja dengan pertempuran antara dua putera mahkota. Sultan berusia 83 tahun yang mengambil alih jawatan presiden pada tahun 1984 itu dikatakan bersiap sedia untuk mengundurkan diri esok, apabila Kongres FAM bermesyuarat untuk memilih pemegang jawatan bagi penggal 2014-18. Pengunduran itu akan menyediakan pentas buat anaknya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan pemegang jawatan nombor dua dalam FAM, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi pesaing. Kedua-dua putera mahkota dikatakan mempunyai peluang sama rata untuk menang tetapi kemenangan untuk pendatang baharu, Tunku Ismail, yang lebih dikenali sebagai TMJ akan dianggap sesuatu yang mengecewakan. Ini kerana Tengku Abdullah, 55, telah terlibat dalam FAM dalam tempoh yang hampir sama dengan bapanya, manakala Tunku Ismail, 29, hanya mengambil alih jawatan sebagai presiden Johor FA dua tahun lalu. Pemenang akan diputuskan oleh undi daripada 39 perwakilan - 14 negeri akan membuang dua undi setiap satu (28 undi), bersama-sama dengan Angkatan Tentera (2), Polis (2), FA Melayu Malaysia (2), FA Cina Malaysia (2), Majlis Sukan India Malaysia (2) dan Persatuan Jurulatih Malaysia (1). Peminat bola sepak telah mendesak perubahan dalam FAM berdasarkan penurunan prestasi pasukan kebangsaan dan kekecewaan dalam hal ehwal dalam pembangunan sukan itu. Ramai menyalahkan pemerintahan yang lama dan tidak dicabar oleh Raja Pahang sebagai sebab utama yang menghalang kemajuan bola sepak negara. Malaysia menduduki tempat 145 dalam senarai FIFA yang melibatkan 209 negara, kali terakhir layak untuk kejohanan bola sepak Olimpik pada tahun 1980. Di peringkat Sukan Asia, Malaysia kali terakhir memenangi pingat gangsa di Teheran pada tahun 1974. Tunku Ismail mendapat sokongan daripada beberapa nama besar dalam bola sepak Malaysia, termasuk ketua Persatuan Bolasepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa dan bekas ketua Persatuan Bolasepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang kedua-duanya sedang digantung oleh FAM. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, bekas Timbalan Presiden FAM juga dikatakan berminat terhadap perubahan dalam FAM. Sumber: mStar

Hugh Jackman ialah Wolverine

AKTOR Hugh Jackman satu nama yang cukup besar di Hollywood. Semuanya bermula sejak pelakon kelahiran Australia itu memegang watak Wolverine dalam filem X-Men pada tahun 2000. Sehingga hari ini, sudah tujuh kali Jackman menjadi Wolverine iaitu X-Men (2000), X2: X-Men United (2003), X-Men: The Last Stand (2006), X-Men Origins: Wolverine (2009), X-Men: First Class (2011), The Wolverine (2013) dan terbaharu X-Men: Days of Future Past (2014). Bagaimanapun sebelum mengecapi populariti dan kemewahan seperti hari ini, ramai yang tidak tahu Jackman pernah bekerja sebagai seorang badut profesional. "Saya mengaku berlakon untuk dapatkan wang kerana dahulu saya pernah bekerja sebagai seorang badut profesional dengan upah sebanyak AS$50 (RM160). Lucunya sehingga hari ini saya masih tidak memulangkan baju badut yang saya sewa daripada sebuah kedai kostum. "Sebelum itu, pekerjaan paling teruk pernah saya lakukan adalah memakai kostum beruang koala. Bayangkan saya terpaksa sarung kostum itu ketika musim panas di Australia dengan upah AS$10 (RM32) dan orang yang bekerja sebelum itu sering muntah di dalam kostum tersebut," ujarnya. Selain pernah merasa hidup susah ketika pembabitan awal sebagai pelakon, Jackman, 45, menghadapi dugaan apabila disahkan menghidap kanser kulit pada tahun lalu. Di sebalik senyuman pada setiap temu ramah untuk mempromosi filem terbaharunya X-Men: Days of Future Past yang mula ditayangkan di seluruh dunia pada pertengahan Mei lalu, seminggu sebelum tayangan perdana filem itu, Jackman menjalani pembedahan membuang kanser buat kali kedua di hidungnya. Menerusi prosedur pembedahan karsinoma sel basal (BCC), kanser kulit Jackman telah dibuang sepenuhnya. Jackman juga menyarankan orang ramai supaya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengesan penyakit itu lebih awal. "Sekali lagi melalui BCC. Semua sudah dikeluarkan sekarang.Terima Dr. Albom dan Dr. Arian. Tolong gunakan krim pelindung matahari," tulisnya di laman Instagram.


BERUSIA 45 tahun, Jackman telah melalui kehidupan yang sukar sebelum dia menjadi pelakon.
Selesai menjalani rawatan kanser, Jackman menjelajah ke seluruh dunia untuk menjalankan kerja promosi filem tersebut. "Sekarang saya okey dan rasa sangat sihat. Cuma ada kesan jahitan di tepi hidung saya. Wajah saya masih tampan, jangan risau," ujarnya berseloroh. Selepas tujuh kali menjadi Wolverine, nampaknya dia langsung tidak pernah jemu dengan watak tersebut. Dalam satu temu bual baru-baru ini, Jackman memberitahu dia tidak akan menolak andai watak Wolverine ditawarkan untuk terlibat dalam filem sekual Avengers bersama adiwira yang lain seperti Iron Man dan Hulk. Bina badan. "Saya rasa idea itu bagus untuk melihat Wolverine sebagai salah seorang daripada kumpulan Avengers. Banyak masalah dalam kumpulan Avengers dan kehadiran Wolverine akan menyatukan mereka. "Mungkin Wolverine akan terlibat dalam pergaduhan bersama Hulk. Saya tidak tahu betapa seronoknya andai dapat bekerja dengan mereka sebab saya pasti akan melibatkan banyak kecederaan. Apa pun Wolverine boleh sembuh sendiri," ujarnya dalam nada berjenaka. Tidak dinafikan Hugh larut dengan jiwa Wolverine. Akuinya, sebelum menghadiri uji bakat untuk watak Wolverine, dia membiasakan dirinya menggunakan pencakar besi yang dilekatkan di tangannya setiap hari. "Bayangkan saya bangun sahaja daripada tidur pencakar besi itu sudah terlekat di tangan saya. "Disebabkan saya seorang yang cuai, sebelum hari uji bakat, badan dan wajah saya cedera.

ANAK lelaki Jackman menganggap bapanya bukan seorang adiwira biarpun rakan sekolahnya melihat watak Wolverine sebagai hebat.
"Sebenarnya, saya tidak pernah beritahu pengarah tentang hal ini dan bersyukur watak Wolverine itu akhirnya menjadi milik saya," kata Jackman menceritakan pengalamannya. ANAK lelaki Jackman menganggap bapanya bukan seorang adiwira biarpun rakan sekolahnya melihat watak Wolverine sebagai hebat. Meskipun khalayak melihatnya sebagai adiwira yang hebat, namun, pengorbanan besar terpaksa dilakukan oleh Hugh demi menjadikan watak Wolverine satu realiti. "Sejujurnya saya seorang yang tidak suka bersenam atau membina otot tetapi untuk menjadi Wolverine saya perlu berbadan sasa. "Dunia saya hanya gim sebelum penggambaran bermula. Paling saya tidak suka ialah senaman angkat berat, jika bukan kerana watak itu, tidak mungkin saya sanggup menyeksa diri. "Bagaimanapun, saya berbangga dengan badan saya kerana boleh tunjuk pada cucu pada masa hadapan, betapa hebatnya datuk mereka dahulu," tuturnya dalam tawa. Tambahnya, walaupun dia dikelilingi peminat yang cukup kagum dengan watak Wolverine tetapi anaknya tidak pernah berfikir begitu. "Saya berada di sekolah anak lelaki, Oscar Maximillian, 14, dan secara tidak sengaja mendengar perbualan anak saya bersama rakan-rakannya. "Bagi mereka saya cukup hebat kerana memegang watak Wolverine tetapi tidak bagi anak saya. Anak saya kata pada rakannya, saya tidak sasa, saya tidak hebat dan saya bukanlah Wolverine," ujarnya. Bukan sahaja anaknya, isterinya Deborra-Lee Furness pernah melarangnya menerima watak Wolverine kerana menganggap dia tidak sesuai memegang watak lelaki yang kasar dan tidak mempunyai perasaan. "Watak Wolverine tidak banyak dialog. Hanya pandangan dan emosi yang diluahkan sudah cukup untuk penonton memahami dialog tersirat. Nasib baik saya tidak mendengar nasihat isteri kerana baginya saya bukanlah lelaki yang sasa serta lasak seperti watak Wolverine. "Isteri saya pernah bercakap dia menyesal dengan kata-katanya dan bersyukur kerana saya tidak mendengar nasihatnya. Jika tidak saya tidak tahu, di mana kedudukan saya sekarang," ucapnya. Filem terbaik Bercerita tentang filem terbaharu, X-Men: Days of Future Past, bapa kepada dua orang anak itu memberitahu, filem arahan Bryan Singer itu merupakan filem X-Men terbaik pernah dilakonkannya. SEKUEL watak Wolverine yang panjang membuatkan populariti Jackman sentiasa berada pada radar yang tinggi.

SEKUEL watak Wolverine yang panjang membuatkan populariti Jackman sentiasa berada pada radar yang tinggi.
Bukan kerana wataknya yang lebih menonjol tetapi jalan cerita serta teknik yang digunakan dalam filem ini lebih baik daripada filem sekuel X-Men sebelumnya. "Filem X-Men: Days of Future Past bagi saya merupakan filem X-Men yang terbaik kerana ia menggabungkan semua X-Men yang asal. "Bukan itu sahaja, terdapat wajah baharu dan lama menjadikan filem ini lebih bertenaga. Filem ini penuh dengan keseronokan, emosi dan saya pasti peminat pasti akan suka dengan semua aksi yang dipersembahkan," jawabnya. Sambungnya, dalam filem X-Men: Days of Future Past itu, peminat akan dibawa merentas masa ke tahun 1973 untuk mengubah sejarah. "Uniknya, filem ini mempunyai dua set masa iaitu pada tahun 1973 dan 2023. Penonton dapat menyaksikan watak-watak dalam filem ini dalam versi muda dan sedikit berusia," katanya yang melakukan sendiri kebanyakan aksi lagak ngeri dalam filem ini. Filem X-Men: Days Of Future Past yang diarahkan oleh Bryan Singer turut dibintangi oleh James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Anna Paquin, Fan Bing Bing, Ellen Page, Peter Dinklage dan Patrick Stewart. Ia mula ditayangkan di Malaysia pada Khamis lalu.

Berhenti kerja digoda isteri orang

DI kala nilai kasih sayang dipinggirkan dan sifat benci serta dendam lebih mekar, maka dengan sendirinya akan terhakis nilai-nilai murni yang selama ini menjadi kekuatan seorang manusia. Pengalaman membuktikan bagaimana akan hancur sebuah hubungan lantaran sikap manusia yang membelakangkan nilai kasih sayang sesama manusia. Hakikat yang sukar untuk dinafikan iaitu budaya dendam dan membenci yang kian membarah dalam diri, sekali gus menghakis tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Keghairahan merebut kuasa sering kali menjadikan masyarakat semakin hilang pertimbangan rasional dan nilai kasih sayang sehingga ada yang tergamak memasukkan pasir ke dalam periuk nasi orang lain. Ini cerita yang saya pilih untuk dikongsi dengan pembaca minggu ini. Kisah kiriman Zabidi (bukan nama sebenar) yang telah hampir 10 tahun berlalu tetapi masih segar dalam ingatan. Kata Zabidi, ia sekadar pengalaman hidup yang ingin dikongsi dengan pembaca di luar sana. Jika anda pernah teraniaya, jangan gundah atau kesal, sebaliknya berusahalah untuk memajukan diri dan bertawakal kepada Ilahi kerana segala yang tersurat akan ada hikmahnya.

Begini kisah Zabidi.
"Ketika menuntut di universiti, saya berkenalan dengan seorang gadis bernama Suri (bukan nama sebenar). Kami kerap bertemu di perpustakaan untuk mencari maklumat dan juga menghabiskan masa membaca dan mengulang kaji pelajaran. "Di luar bilik kuliah, kami keluar secara berkumpulan dan begitulah hari-hari yang saya lalui sehingga terbit bibit-bibit kasih, namun kami masing-masing memendam perasaan. "Mujur seorang sahabat sanggup menjadi orang tengah dan kami disatukan sebagai pasangan kekasih. Syukur kerana cinta kami mendapat restu daripada keluarga. Akhirnya setelah hampir setahun bertunang, kami disatukan sebagai suami isteri. "Kami dikurniakan dua orang anak, yang sulung berusia 11 tahun dan yang kedua lapan tahun. Melihat mereka membesar, satu kepuasan dan keluarga adalah segalanya dalam hidup kami. "Anak-anak umpama permata yang menyinari dan membahagiakan sesebuah keluarga. Oleh itu, setiap ibu bapa wajib menyempurnakan amanah tersebut. Jika betul didikan maka terhasil sebuah kehidupan yang harmoni. Itulah yang kami lakukan untuk mendapatkan anak soleh dan solehah serta keluarga bahagia mengikut syariat. "Isteri saya mohon untuk bersara awal kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan saya amat gembira dengan keputusan Suri. "Hari bertukar tahun akhirnya saya dinaikkan pangkat. Ini rezeki untuk keluarga dan saya bersyukur kerana mendapat perhatian daripada pihak atasan serta berjanji untuk meningkatkan lagi prestasi tugasan yang telah diamanahkan. "Suasana di pejabat tidak sama seperti di rumah yang mana setiap kerja boleh ditangguhkan. Di pejabat, segalanya memerlukan kepantasan untuk menyiapkan tugasan jika diminta berbuat demikian. "Rakan sekerja saya, Siti (bukan nama sebenar) menjadi teman setia saya dalam melakukan kerja-kerja di pejabat, sebab kami berada di unit yang sama. "Dalam diam, Siti menyimpan perasaan terhadap saya walaupun dia berstatus isteri orang. Saya pura-pura tidak memahami perasaannya, sebaliknya terus menumpukan pada perkara yang melibatkan tugasan rasmi kami seperti yang diarahkan. "Saya selalu berpegang kepada pesanan ibu saya, kita perlu rasional dalam tindakan jika terbabas sukar untuk berpatah balik atau membuat pusingan U. "Setiap kali bila kelapangan saya akan menghubungi isteri di rumah, bertanyakan khabar dan menu apa yang disediakan untuk kami sekeluarga. "Walaupun disindir oleh rakan-rakan tetapi bagi saya itu satu cara untuk mengelak daripada terjebak dengan hubungan terlarang yang amat dahsyat kesannya. "Siti sesekali menyindir saya kerana menolak pelawaannya untuk makan bersama. "Hai takutkan orang rumah ke?" tetapi saya tidak memberi apa-apa respons kerana sudah ‘masak’ dengan kerenahnya yang suka mengambil kesempatan. "Kerana terlalu marah dengan saya yang tidak melayannya, Siti telah menyebarkan cerita yang kononnya rumah tangga kami sedang dilanda badai. Berita yang kurang menyenangkan ini sampai ke pengetahuan isteri saya. "Suri amat memahami situasi di pejabat kerana dia juga pernah bekerja, jadi dia abaikan sahaja hal tersebut bila saya menceritakan hal yang sebenar. Untuk apa mengundang dosa jika kebahagiaan telah berada dalam genggaman. "Pelbagai idea Siti lakukan untuk menjerat saya tetapi saya tidak sebodoh yang dia fikirkan. Setelah berbincang dengan isteri di rumah, saya akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan yang tinggi dan lumayan gajinya demi menyelamatkan rumah tangga saya. "Tindakan saya telah mencetuskan pelbagai tanggapan dalam kalangan rakan-rakan tetapi saya diamkan sahaja kerana tidak mahu mendedahkan aib seorang wanita yang bergelar isteri orang. "Jika dilayan akan menjadi-jadi perangainya, mengalahkan orang bujang. Malah dia langsung tidak rasa bersalah dan malu dengan perangainya itu. "Kini, saya merasa tenteram dan aman dengan tugasan baru yang saya pikul. Sekurang-kurangnya saya tidak diganggu oleh isteri orang yang menggoda saya di pejabat. "Kehidupan saya kini lebih membahagiakan dan kerja baru saya juga memberi rezeki yang lebih lumayan untuk kami sekeluarga. Saya amat bersyukur kerana diberi kesedaran lebih awal oleh Allah untuk menyelamatkan rumah tangga saya. Alhamdulillah, terima kasih kepada Suri yang sangat memahami masalah saya dan tidak melatah dengan apa yang saya hadapi. "Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan isteri terutama apabila membabitkan orang ketiga tetapi saya dikurniakan seorang isteri yang baik dan penyabar orangnya. "Sebagai lelaki, saya amat pelik dengan sikap wanita sekarang yang terlebih berani. Mereka tidak ada perasaan malu dan segan hingga sanggup menggoda lelaki lain sedangkan mereka juga ada suami. "Apa hendak jadi dengan dunia sekarang, saya pun tidak tahu. Saya berdoa supaya Siti sedar akan perangainya yang salah itu dan mudah-mudahan dia akan insaf dan bertaubat. Hidup ini hanya sementara, jadi sebelum terlambat elok kembali ke pangkal jalan. "Sepatutnya dia malu dengan sikap buruknya itu setelah saya tidak melayannya tetapi ini tidak, dia semakin menjadi-jadi hingga saya terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja. "Selepas ini, saya tidak tahu siapa pula yang akan menjadi mangsanya. Harapan saya, semoga dia menghentikan perangai buruknya itu dan kembali mentaati suami yang sangat mencintainya. "Saya kesal kerana suaminya tidak tahu isterinya berperangai begitu dan mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hatinya untuk kembali menjadi isteri yang solehah. Kepada para suami di luar sana yang mungkin menghadapi situasi sama seperti saya, jangan melatah dan mengikut arus. Kalau boleh elak, elok mengelak. "Fikirkan masa depan anak-anak, fikirkan pengorbanan isteri. Tumpukan perhatian terhadap keluarga kerana mereka adalah amanah Allah. Masalah boleh selesai jika kena caranya. Semoga Allah merahmati keluarga saya di dunia dan akhirat. Amin,’’ Zabidi menamatkan ceritanya. Terkedu saya dengan cerita Zabidi. Memang Zabidi terbukti seorang suami yang baik, prihatin dan sayangkan isteri dan anak-anaknya. Sebagai ketua keluarga, Zabidi telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Pengorbanannya meletak jawatan kerana menjaga maruahnya amat dipandang tinggi. Alangkah bahagianya rumah tangga jika ada ramai lagi lelaki seperti Zabidi dalam masyarakat kita. Doa saya agar Allah makbulkan doa Zabidi untuk kebahagiaan keluarganya di dunia dan akhirat. Menamatkan catatan, pesanan saya, wanita insan yang dikurniakan dengan keajaiban, dia boleh menjadikan sesebuah rumah itu seperti syurga dan bisa menukarnya menjadi sebuah neraka. Salam.

Dua penyokong Mursi maut dalam pertempuran dengan polis
KAHERAH 24 Mei - Sekurang-kurangnya dua orang terkorban dan tiga lagi cedera, selepas berlaku pertempuran di antara penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi dengan polis semalam, ketika berlangsungnya tiga perarakan pro-Mursi di Fayoum, kira-kira 85 kilometer dari Kaherah. Agensi berita Xinhua melaporkan, dalam perarakan itu penyokong Mursi turut bertindak menyerang sebuah pejabat pos sehingga tercetusnya konfrontasi dengan anggota polis dengan penduduk setempat. Kejadian tersebut berlaku menjelang pilihan raya Presiden Mesir, yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini, antara bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi dengan pemimpin berhaluan kiri, Hamdeen Sabahy. - Agensi

Korea Utara, Selatan berbalas-balas tembakan meriam

Kapal Korea Selatan dan Korea Utara berbalas-balas tembakan meriam di selatan Laut Kuning, semalam. - AGENSI SEOUL 
23 Mei - Kapal Korea Utara dan Korea Selatan semalam berbalas-balas tembakan meriam di perairan selatan Laut Kuning yang menjadi tuntutan kedua-dua negara, mengakibatkan penduduk di pulau berhampiran terpaksa dipindahkan. Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, kejadian tercetus apabila kapal Korea Utara melancarkan dua das tembakan meriam yang hampir mengenai sebuah kapal perangnya yang meronda di perairan Pulau Yeonpyeong. "Tembakan meriam Korea Utara itu jatuh berhampiran kapal kami, tetapi tidak mengakibatkan sebarang kerosakan," kata seorang jurucakap Kementerian Pertahanan. Jelasnya, kapal perang Seoul kemudian membalas tembakan meriam itu yang hampir mengenai kapal Korea Utara berkenaan. Penduduk-penduduk Pulau Yeonpyeong juga dinasihatkan berpindah ke kawasan pemindahan dan bot-bot nelayan juga diminta kembali ke pelabuhan. Seorang lagi pegawai kementerian sama berkata, situasi telah kembali pulih, namun Seoul memantau rapi pergerakan tentera Korea Utara. Agensi berita Yonhap melaporkan, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku dalam kejadian tersebut. Insiden itu berlaku ketika Ketua Hal Ehwal Luar Negara Kesatuan Eropah, Catherine Ashton tiba di Seoul dalam lawatannya hari ini. Ashton dijadual bertemu Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dan Menteri Luar Yun Byung-se. Pada November 2010, Korea Utara melancarkan serangan ke arah pulau sama menyebabkan empat rakyat Korea Selatan terkorban. - AFP

Konflik Syria: China, Rusia guna kuasa veto

WASHINGTON/BEIRUT 23 Mei - China dan Rusia semalam menggunakan kuasa veto mereka menolak draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi merujuk Syria ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah yang dilakukan pihak kerajaan dan puak penentang dalam tempoh tiga tahun perang saudara di negara itu. Ini merupakan kali ketiga China dan Rusia menyekat resolusi negara-negara Barat berhubung konflik di Syria, sekali gus menggagalkan usaha Majlis Keselamatan untuk menghentikan perang yang telah meragut lebih 160,000 nyawa. Sebanyak 13 anggota badan keselamatan itu mengundi menyokong resolusi itu dan kuasa-kuasa besar Barat mengkritik China dan Rusia kerana melindungi bukan hanya kerajaan Syria, malah kumpulan-kumpulan pengganas daripada kalangan puak penentang. "Cucu-cucu kita akan bertanyakan kepada kita beberapa tahun dari sekarang tentang bagaimana kita gagal membawa keadilan kepada orang yang hidup di dunia ini. Mangsa-mangsa serangan tentera kerajaan dan pengganas berhak mendapat lebih daripada sekadar mengira jumlah korban,'' kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Samantha Power. China dan Rusia, bagaimanapun membalas kritikan itu dengan menyatakan bahawa penggunaan kekerasan dengan merujuk kedua-dua belah pihak yang terlibat dalam konflik di Syria kepada badan kehakiman antarabangsa akan menyukarkan usaha untuk mencari penyelesaian politik di negara itu dan menyemarakkan lagi api peperangan.- AFP

Jeneral Prayuth isytihar diri PM

Kereta yang dilaporkan membawa Yingluck Shinawatra tiba di auditorium tentera, di mana beberapa orang tokoh penting negara ini dipanggil untuk melaporkan diri kepada junta tentera di Bangkok, semalam. - AFP
BANGKOK 23 Mei - Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri sementara, sehingga penggantinya dilantik secara rasmi untuk mengambil alih pemerintahan negara ini. Majlis Kawalan Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NPOMC) dalam pengumumannya berkata, Prayuth yang juga komander majlis berkenaan, akan bertugas menjaga hal-ehwal pentadbiran termasuk hubungan luar negara. Pengumuman itu dibuat ketika pihak tentera mengarahkan 155 pemimpin parti, aktivis dan ahli politik menghadap kerajaan junta hari ini, termasuk bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan tiga ahli keluarganya serta Perdana Menteri Niwattumrong Boonsongpaisan. Dalam kenyataan yang disiarkan melalui siaran televisyen tempatan, tentera turut mengenakan sekatan ke atas kesemua 155 individu terbabit daripada meninggalkan negara ini bagi memastikan konflik politik yang berlanjutan sejak enam bulan lalu dapat diselesaikan, selain bagi mengekalkan keamanan. Abang ipar Yingluck, Somchai Wongsawat dan dua ahli keluarganya yang lain adalah antara individu yang dipanggil melapor diri kepada pihak berkuasa tentera di Kelab Tentera dekat Bangkok. Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 41 orang pemimpin terkemuka Thailand termasuk Yingluck dan Niwattumrong berbuat demikian pada tengah hari. Pihak tentera memberi tempoh sehingga pukul 3 petang untuk mereka melaporkan diri. Sumber yang rapat dengan Yingluck berkata, bekas pemimpin wanita Thailand itu tiba di Kelab Tentera di Bangkok bersama Niwattumrong sebelum mereka dibawa ke lokasi lain oleh askar kira-kira 30 minit kemudian. Tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kerajaan junta memanggil kesemua pemimpin tersebut. Tindakan tentera Thailand melancarkan rampasan kuasa semalam, turut mengundang kecaman masyarakat antarabangsa yang bimbang situasi politik itu boleh menjejaskan demokrasi di negara ini. -

AFP/AGENSI/REUTERS

Tidur lewat punca gemuk

Hafiz (bukan nama sebenar)baru berusia enam tahun tetapi tabiat tidurnya seperti orang dewasa. Dia sering berjaga lewat malam hingga kadang kala mencecah pukul 1 pagi biarpun esoknya merupakan hari sekolah. Arahan ibu bapanya agar tidur awal langsung tidak diendah, sebaliknya dia terus leka menghadap permainan video atau menonton televisyen. Sepanjang tempoh itu dia akan berulang-alik ke dapur mencari apa saja yang boleh dikunyah bagi mengisi perut yang lapar. Tabiat tidur lewat malam Hafiz bukan sahaja akan memberi kesan pada rutinnya di sekolah keesokan hari, malah mengambil makanan pada lewat malam juga mendedahkannya pada risiko obesiti. Menurut Pakar Perunding Kanak-kanak, Pusat Perubatan Kpj Damansara, Dr.Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan waktu tidur yang mencukupi bagi membantu proses perkembangan mental dan fizikal berlaku dengan baik. “Kanak-kanak yang tidur awal mempunyai kualiti tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti akan membuatkan tubuh badan dan minda lebih cergas serta bertenaga pada siang hari. “Di Barat, ibu bapa membiasakan anak mereka tidur pada awal waktu. Kebiasaannya pada pukul 7 atau 8 malam anak-anak akan disuruh masuk tidur. Menjelang waktu itu, mereka sudah tidak digalakkan bermain dan melakukan aktiviti lasak. “Budaya ini berbeza dengan di Malaysia. Di sini, kanak-kanak tidak dibiasakan dengan rutin tidur awal. Kebanyakan mereka pada pukul 9 malam masih aktif bermain, menonton televisyen dan sebagainya," katanya. Menurut Dr. Mohammad Iqbal, apabila kanak-kanak dibiarkan berjaga sehingga lewat malam tidak kira sama ada bermain mahupun menonton televisyen, kecenderungan perut mereka berasa lapar adalah lebih tinggi. Perut yang lapar akan mendorong mereka mengambil makanan pada lewat malam yang akhirnya membawa kepada masalah seterusnya iaitu obesiti. "Satu hidangan berat diambil pada lewat malam menyebabkan tubuh terpaksa bekerja keras untuk mencernakan makanan tersebut. “Ini juga akan menyebabkan tubuh kepenatan kerana organ-organ pencernaan tidak mendapat rehat yang secukupnya apabila terpaksa bekerja sepanjang malam bagi mencernakan makanan yang diambil," katanya. Dalam pada itu kata Dr. Mohammad Iqbal, kanak-kanak yang tidur awal juga menunjukkan kesan yang positif pada diri dan aktiviti seharian mereka. Mereka yang mempunyai tidur cukup akan mudah bangun di awal pagi. Selain itu, mental dan fizikal turut cergas membuatkan mereka lebih konsisten dan fokus ketika di sekolah. “Kanak-kanak ini juga mempunyai masa yang mencukupi untuk mengambil sarapan pagi. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran. “Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu juga mengurangkan masalah berat badan berlebihan, kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengah hari," katanya. Menurut Dr. Mohammad Iqbal lagi, melihat situasi kanak-kanak yang gemar tidur lewat malam, bukan sahaja mengundang tabiat pemakanan lewat malam, malah keadaan itu turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kanak-kanak obesiti. “Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2006, menunjukkan 43 peratus rakyat Malaysia berada dalam kategori obes dan daripada jumlah tersebut 38 peratus adalah kanak-kanak. “Kajian dari institut kesihatan awam pula menunjukkan 19.6 peratus kanak-kanak sekolah berusia dari 7 hingga 12 tahun mengalami masalah obesiti. “Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang mengalami masalah berlebihan berat badan pada usia selepas tiga tahun, akan membesar menjadi orang dewasa yang obes. “Jika mereka obes pada usia enam tahun, kemungkinan untuk menjadi obes pada usia dewasa adalah 15 peratus lebih tinggi. Bagi kanak-kanak yang obes ketika usia 12 tahun, kecenderungan menjadi obes apabila dewasa ialah 70 peratus," katanya. Dr. Mohammad Iqbal menambah, pelbagai faktor lain mendorong kepada masalah obesiti di kalangan kanak-kanak, yang perlu mendapat perhatian serius terutamanya di kalangan penjaga mereka. “Faktor genetik seperti sejarah keluarga yang mempunyai berat badan berlebihan mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak tersebut. “Selain itu, persekitaran dan cara hidup yang kurang melakukan aktiviti sihat seperti kurang bersenam dan mengambil makanan yang tidak sihat seperti tinggi kandungan gula dan garam turut mempengaruhi kesihatan mereka. “Sebaiknya, ibu bapa digalakkan mengurangkan kadar pengambilan jus buahan yang mudah dibeli di pasar raya. Kebanyakan jus tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi," katanya. - Siti Aishah Yusoff

Topik: Hab halal dan pasaran halal global
grey Hab Halal Melaka Jadi Hab Halal IMT GT
DALAM beberapa penyelidikan terhadap sikap dan nilai pengguna Muslim Malaysia, konsep halal merupakan sesuatu yang penting dalam hidup mereka. Dari segi makanan dan minuman, premis dan operator makanan dan penginapan, operator pelancongan, pertanian dan ternakan hinggalah kepada operasi kewangan dan perbankan, ia harus meyakinkan pengguna Muslim bahawa ia telah menepati kehendak syariah. Konsep halal untuk produk dan perkhidmatan bukan sahaja dinilai daripada kaca mata orang Islam sahaja, malah pengguna bukan Islam semakin yakin bahawa ia satu piawaian industri yang memberi jaminan terhadap kualiti, keselamatan kesihatan dan kaedah proses pengurusan yang terbaik. Industri Halal di peringkat global kini bernilai AS$230 trilion (RM736 trilion). Dengan meningkatnya penyakit global seperti flu H1N1, lembu gila dan lain lain, sijil halal dianggap sebagai jaminan kepada kualiti dan keselamatan makanan. MIHAS (Malaysia International Halal Showcase) yang dianjurkan setiap tahun membolehkan Malaysia mendapatkan akses bukan sahaja kepada pengguna di negara-negara Islam yang berjumlah lebih 1 bilion, tetapi juga kepada lain-lain pengguna di seluruh dunia. Terdapat berbagai logo halal yang dikeluarkan oleh organisasi Islam dan persatuan industri dan perdagangan Islam di pelbagai negara untuk menjamin yang produk mereka adalah halal. Namun sijil Jakim diiktiraf sebagai pakar rujuk yang autoritatif di peringkat global dan adalah alat pemasaran yang terpenting dan berkesan untuk para pemain industri ini. Halal Development Corporation (HDC) yang bertanggungjawab membangunkan industri ini, kini mempunyai lebih 5,000 jenama halal tempatan dan antarabangsa di bawah naungannya untuk dipasarkan ke seluruh dunia. Kaedah komunikasi pemasaran bersepadu sedang dirancang dan digunakan untuk membangunkan kesedaran serta pencapaian kepada pengguna dan pedagang global. Ini termasuklah menerbitkan kandungan melalui media televisyen dan radio, platform atas talian dan mobile, media sosial dan apps di samping media cetak yang berperanan meningkatkan kredibilitinya. Umpamanya kandungan berbentuk program memasak, gaya hidup dan pelancongan, dokumentari dan drama mesti memaparkan nilai-nilai yang menepati konsep syariah. Kaedah ‘product placement’ iaitu meletakkan produk berjenama di dalam program akan memberi pendedahan yang strategik kepada jenama tersebut. Ramai tidak sedar bahawa strategi ini walaupun merupakan pendedahan kurang 30 saat sahaja pada kedudukan yang paling relevan dalam program itu adalah jauh lebih berkesan daripada iklan 30 saat di samping mengelakkan penonton melakukan perkara lain semasa iklan-iklan disiarkan. Penonton lebih teruja menonton program memasak yang menunjukkan penggunaan sesuatu jenama sambal umpamanya. Dengan mengedit klip video tersebut untuk siaran melalui platform atas talian, mobile atau apps, pengguna akan mendapatkan akses berterusan kepada jenama tersebut. Strategi laut biru ini membolehkan para pengeluar industri produk dan perkhidmatan halal mengambil peluang kepada pasaran global halal melalui HDC.
PENULIS adalah bekas
Pengurus Besar Pengiklanan Kumpulan Utusan.
Kini Konsultan Komunikasi
Pemasaran Lensa Filem
dan Jurulatih Kanan
ClickAcademy Asia.E-mail:
adi@ClickAcademyAsia.com

Bank Negara perlu timbang semula syarat pinjaman peribadi
Gambar DuitBank Negara Malaysia 400x269
KELANA JAYA 23 Mei - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berharap Bank Negara mempertimbang pelanjutan tempoh bayaran balik pinjaman peribadi dari 10 tahun kepada 15 tahun. Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, tindakan Bank Negara memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman peribadi kepada 10 tahun sebenarnya tidak menyelesaikan keseluruhan masalah. "Ini memberi kesan negatif kepada penjawat awam terutama di bawah gred 54 kerana golongan ini yang banyak membuat pinjaman peribadi. "Jika dahulu, mereka boleh membuat pinjaman dengan jumlah yang besar tetapi kini semakin sukar. Ini mendorong mereka membuat kerja sampingan dan akan menjejaskan prestasi kerja mereka," katanya dalam sidang media selepas Majlis Kesyukuran Angkasa bersempena ulang tahun ke-43 di sini hari ini. Mengikut Laporan Bank Negara, paras hutang sektor isi rumah di negara ini meningkat dengan ketara sejak enam tahun lepas dan hal ini menyebabkan agensi itu mengambil beberapa ketetapan, antaranya memendekkan tempoh pembayaran balik pinjaman dari 20 tahun kepada 10 tahun. Abdul Fattah berkata, ketetapan Bank Negara itu sebenarnya hanya menguntungkan Along kerana mereka tidak terlibat dengan peraturan bank selain sukar dikesan pihak berkuasa. - BERNAMA

Lima peguam menang kes saman polis
Kuala Lumpur: Lima peguam semalam, berjaya dalam kes saman terhadap polis dan Kerajaan Malaysia berhubung penangkapan dan penahanan ke atas mereka di luar Balai Polis Brickfields, pada tahun 2009. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara, membenarkan tuntutan saman Fadiah Nadwa Fikri, 29; Murnie Hidayah Anuar, 28; Puspawati Rosman, 31, Syuhaini Safwan, 28 dan Ravinder Singh Dhalliwal, 34. Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi, berjumlah RM75,000 kepada setiap plaintif. Dalam penghakimannya, John Louis berkata, penahanan kelima-lima tertuduh adalah tidak sah dan salah di sisi undang-undang.

Tuntut ganti rugi
Pada 4 Mei 2012, Fadiah, Murnie, Puspawati dan Syuhaini, memfailkan saman itu dengan menuntut ganti rugi daripada tiga pegawai tangkapan yang bertugas ketika itu. Pegawai berkenaan, Konstabel Fauziah Mustafa; Inspektor Azlina Norzali dan Konstabel Noor Balkhis Maazin. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid; Deputi Superintendan Jude Pereira; Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga ketujuh. Manakala, Ravinder memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia; Ketua Polis Negara, Lans Koperal Saha’ari Ehwa dan dua lagi, pada 7 Mei 2012. Melalui penyata tuntutan, plaintif mendakwa mereka berada di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Brickfields, pada jam 9.35 malam, pada 7 Mei 2009. Plaintif juga mendakwa ketika tangkapan, mereka memberikan bantuan guaman kepada 14 anak guam mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin berhubung penahanan aktivis hak asasi manusia Wong Chin Huat mengikut Akta Hasutan.

Wanita cedera dibelasah suami
Kuala Terengganu: Seorang wanita cedera dan lebam di belakang badan, tangan serta mata akibat dipukul suami selepas berlaku pertengkaran antara mereka. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin di rumah mereka di Padang Nenas di sini, mangsa sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi suami. Sumber berkata, ketika rancak berbual dengan suaminya berusia 28 tahun, tiba-tiba berlaku perselisihan antara mereka sehingga membawa kepada pertikaman lidah. “Pertengkaran itu bertukar serius apabila suspek tidak dapat mengawal kemarahan, tiba-tiba bertindak memukul isterinya berusia 31 tahun. “Mangsa kemudian hanya ditinggalkan begitu saja oleh suaminya selepas puas melepaskan kemarahan hingga menyebabkan isteri cedera dan kesakitan,” katanya. Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut. Difahamkan, suspek ditahan polis beberapa jam selepas laporan dibuat mangsa.

Amerika gantung bantuan ketenteraan AS$3.5 juta ke Thailand
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini menggantung bantuan ketenteraan bernilai AS$3.5 juta ke Thailand, iaitu kira-kira satu pertiga daripada bantuan untuk negara sekutunya selain meminta rakyat negara itu menangguhkan perjalanan selepas rampasan kuasa, kelmarin. Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf, Washington juga sedang mengkaji semula bantuan yang lain ke Thailand — yang berjumlah kira-kira AS$10.5 juta pada 2013 - yang mungkin nilainya dikurangkan lagi. "Kita sudah pun menggantung hampir AS$3.5 juta dalam bentuk pembiayaan dan latihan untuk tentera Thai," katanya. Harf berkata, AS juga sedang melihat semula peruntukan yang diberi kepada badan antarabangsa termasuk gagasan ASEAN dengan mengenal pasti wang yang disuntik terus ke Thailand. AS sudah menghubungi kerajaan tentera Thai untuk memaklumkan perkara itu. “Kami menuntut agar mereka segera melaksanakan mandat rakyat dan mengembalikan demokrasi serta hak asasi manusia di negara itu," katanya. - AFP

Krisis di Thai tak jejas politik, ekonomi Malaysia - Dr Mahathir

TOKYO: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata senario politik dan kedudukan ekonomi Malaysia tidak akan terjejas dengan krisis yang sedang berlaku di Thailand berikutan rampasan kuasa oleh tentera negara itu, kelmarin. Beliau berkata kejadian rampasan kuasa oleh tentera Thailand bagi menyelesaikan konflik politik yang berlarutan lebih enam bulan itu tidak memberi kesan kepada Malaysia kerana insiden seperti itu pernah berlaku sebelum ini. Kali terakhir, pihak tentera merampas kuasa di Thailand ialah pada 19 September 2006 ketika pemerintahan perdana menteri Thaksin Shinwatra. Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang mematuhi undang-undang dan akan menggunakan saluran yang betul sekiranya mahu mengubah sesebuah kerajaan. "Sudah tentu tidak ada percubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak dihalalkan dan apa yang berlaku di Thailand tidak mempengaruhi keadaan politik di Malaysia," katanya. Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media sempena 'Seminar Mengenai Pelaburan dan Peluang Perdagangan di Kedah' yang dianjurkan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Tokyo, Jepun, hari ini. Seperti dilaporkan, konflik di Thailand tersebut dicetuskan oleh protes berhubung rang undang-undang pengampunan tahun lepas yang akhirnya dibatalkan selepas mendapat tekanan daripada kumpulan pembangkang. Ia dilihat sebagai langkah bagi membolehkan kepulangan Thaksin yang berada dalam buangan. Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata beliau berharap konflik antara China dan Vietnam berkenaan kawasan maritim di Laut China Selatan diselesaikan melalui perundingan. "Perlu ada rundingan. Saya memang menentang peperangan kerana keganasan tidak akan menyelesaikan masalah ini. Sekiranya satu negara mampu menewaskan negara lain dalam persengketaan tetapi keadaan tegang akan berterusan," katanya. Ketegangan timbul selepas Beijing memindahkan sebuah pelantar minyak ke kawasan maritim di Laut China Selatan yang turut dituntut oleh Hanoi. Tindakan itu mencetuskan beberapa insiden di kawasan maritim itu dengan Vietnam empat hari lalu menuduh China menyerang kapal-kapalnya. Menteri-menteri Luar Asean melahirkan kebimbangan serius berhubung perkembangan itu ketika pertubuhan itu cuba bersatu dalam menangani isu berkenaan dengan China. – BERNAMA


Pergaduhan bapa mentua, menantu berakhir kematian
Muar: Berang dengan masalah rumah tangga dihadapi anak perempuannya dipercayai menjadi punca seorang lelaki menikam sampai mati menantunya di sebuah rumah di Jalan Kim Kee, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, lelaki berumur dalam lingkungan 60-an itu bersama beberapa rakannya dikatakan bersemuka dengan menantunya, berumur 34 tahun, bagi membincangkan masalah rumah tangga. Bagaimanapun pertengkaran berlaku di antara menantu dan bapa mentuanya sebelum seorang daripada mereka dikatakan mula menyerang menggunakan senjata tajam dipercayai pedang samurai.
Pergaduhan yang membabitkan menantu dan bapa mentua itu menyebabkan mangsa ditikam empat kali termasuk dua terkena jantung manakala warga emas itu ditetak empat kali di badan dan leher. Sumber: myMetro

Ditikam empat kali
Pergaduhan itu menyebabkan mangsa ditikam empat kali termasuk dua dipercayai mengenai jantung, manakala warga tua itu ditetak empat kali di badan dan leher. Mayat lelaki berkenaan ditemui berlumuran darah di dapur rumah teres setingkat, manakala bapa mentuanya parah dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan dan sering menyendiri di rumah bersama keluarga. Katanya, ketika kejadian hampir semua jiran di kawasan perumahan itu sudah tidur sebelum dikejutkan dengan jeritan orang meminta tolong. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi berkata, pihaknya menahan lima individu dan mengambil keterangan mereka bagi membantu siasatan. “Saya hanya boleh mengesahkan kejadian dan tidak boleh mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan,” katanya. “Kami mendengar orang meminta tolong dan bunyi pertengkaran dari rumah jiran. Bagaimanapun orang ramai hanya berdiri di luar rumah kerana tidak mahu mencampuri urusan keluarga berkenaan sebelum memasuki rumah masing-masing. “Selang beberapa minit kemudian, jiran memberitahu melihat dua lelaki keluar dari rumah dan melarikan diri ke arah berlainan sebelum seorang lagi jiran menghubungi polis,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi berkata, pihaknya menahan lima individu dan mengambil keterangan mereka bagi membantu siasatan. “Saya hanya boleh mengesahkan kejadian dan tidak boleh mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan,” katanya.

CD, DVD haram RM1.1j dirampas
CD, DVD haram RM1.1j dirampas
Mortadza (tengah) bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat (dua dari kiri) menunjukkan DVD haram yang dirampas polis di IIPK Selangor. - Foto Asyraf Bokhar Polis berkas 16 lelaki dalam 'Ops Cantas Khas'
Shah Alam: Polis mematahkan sindiket mencetak CD dan DVD haram terbesar dengan nilai rampasan RM1.1 juta selepas menyerbu dua rumah di Taman Tasik Prima, Puchong, dekat sini, kelmarin. Dalam operasi dinamakan ‘Ops Cantas Khas’ pada jam 1.25 petang itu, polis merampas sebanyak 204,614 keping CD dan DVD cetak rompak selain menahan 16 lelaki berusia antara 21 hingga 51 tahun, dipercayai pekerja dan dalang sindiket berkenaan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 18 (A) Akta Penapisan Filem 2002 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

4 sokong aktiviti pengganas didakwa
4  sokong aktiviti pengganas didakwa
Polis kenal pasti militan sembunyi, elak ditahan INTERPOL Malaysia Kuala Lumpur: Empat tertuduh termasuk seorang wanita, didakwa mengikut Kanun Keseksaan (KK) secara berasingan di Kuala Lumpur, Taiping dan Seremban semalam, atas dakwaan menyokong aktiviti pengganas di dalam dan luar negara. Di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, suri rumah dari Petaling Jaya, Azizah Md Yusof, 55, berdepan dua tuduhan memberi sokongan kepada pengganas menerusi laman sosial Facebook. Dia yang kelihatan tenang, mengangguk sambil menjawab ‘saya faham’ sejurus mendengar pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad, di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripan, yang tidak merekodkan sebarang pengakuan.

Pelakon Iran cium pengarah cetus kontroversi
Pelakon Iran cium pengarah cetus kontroversi
Pelakon Iran cium pengarah cetus kontroversi
TEHRAN: Pelakon wanita Iran, Leila Hatami menimbulkan kemarahan pihak berkuasa negaranya minggu lalu, selepas kemunculan gambar beliau sedang mencium pipi pengarah Pesta Filem Cannes, GIles Jacob. Tindakan beliau dianggap mencemarkan “kesucian” Islam. “Mereka yang menghadiri acara antarabangsa dikehendaki mematuhi kredibiliti dan kesucian warga Iran supaya imej buruk wanita negara ini tidak ditampilkan kepada dunia,” kata Timbalan Menteri Kebudayaan, Hossien Noushabadi yang dipetik penyiar kerajaan IRIB. “Wanita Iran adalah simbol kesucian dan luhur. Kehadiran beliau pada pesta itu kurang sesuai dan bertentangan dengan kepercayaan kami,” katanya. Dilahirkan dalam keluarga dengan latar belakang lakon layar, Hatami meraih populariti antarabangsa berikutan peranannya dalam filem Asghar Farhadi “Satu Perpisahan” yang memenangi Anugerah Akademi 2012 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. Tahun ini beliau bertindak sebagai juri di pesta filem tahunan Cannes di selatan Perancis tetapi menetap di Iran. Menurut tafsiran undang-undang Iran yang digunakan sejak revolusi 1979, seorang perempuan tidak dibenarkan mempunyai hubungan fizikal dengan lelaki di luar lingkungan keluarganya. - AGENSI

Yingluck kena tahan
Yingluck kena tahan
GAMBAR atas, Tentera mengambil tempat berhampiran kawasan perkhemahan penunjuk perasaan pro kerajaan di pinggir Bangkok semalam. Gambar bawah, Penunjuk perasaan anti-kerajaan membawa barang kepunyaan mereka menuju ke Royal Plaza untuk kembali ke rumah masing-masing sehari selepas rampasan kuasa di Bangkok. - Foto AFP 
Saudara perempuan, ipar turut dibawa ke lokasi tidak dinyatakan Bangkok: Tentera Thailand menahan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra semalam, kata seorang pegawai kanan, selepas mengarahkannya untuk hadir berbincang sehari selepas tentera merampas kuasa kerajaan sementara. “Kami sudah menahan Yingluck, saudara perempuannya dan iparnya,” kata seorang pegawai kanan tentera kepada Reuters. Kedua-dua bersaudara memegang jawatan tinggi dalam politik.
“Kami akan melakukannya tidak lebih daripada seminggu, itu adalah tempoh yang terlalu panjang. Kami perlu mengatur keadaan di dalam negara terlebih dahulu,” kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.

Bimbang nasib anak lari ke Lombok
Bimbang nasib  anak lari ke Lombok
Tijah ditemani Timbalan Pengerusi UMNO DUN Teluk Pasu, Che Mansor Che Salleh menunjukkan laporan polis dan gambar Sanija yang dilarikan Farhan (gambar kecil), ketika membuat aduan di Pejabat Penyelaras DUN Teluk Pasu, semalam. - Foto Aswadi ALIAS Kuala Terengganu: Sejak seminggu lalu, seorang ibu tidak henti bersedih mengenangkan nasib anak perempuannya yang kini berada di Lombok, Indonesia, kerana lari mengikut teman lelakinya. Ibu berkenaan, Tijah Paksa, 59, semakin bimbang dengan keselamatan Sanija Jusoh, 23, sebaik terputus hubungan dengan anak kedua daripada empat beradik itu selepas kali terakhir menerima panggilan pada pagi Selasa lalu. “Selepas menghubungi saya jam 7.30 pagi Selasa lalu, perasaan saya semakin tertekan dan tidak henti menangis kerana naluri saya merasakan anak saya itu dalam kesusahan. “Sambil menangis, anak saya memberitahu beliau mahu balik ke kampung, tetapi tidak boleh, selain hanya memiliki wang RM30,” katanya yang ditemui ketika membuat aduan di Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, di sini, semalam.
Janji hubungi semula. Tijah yang ditemani anak sulungnya, Rohana, 31, berkata sebelum mematikan talian, Sanija berjanji menghubunginya semula bagi memaklumkan keputusan perbincangan dengan bapa teman lelakinya, Farhan Jayadi, 29. “Anak saya memberitahu beliau mahu memujuk keluarga teman lelakinya supaya menghantarnya balik ke Malaysia, tetapi sehingga kini saya tidak lagi menerima panggilan telefon daripadanya. Saya cuba menghubunginya beberapa kali, tetapi gagal,” katanya. Tijah yang berasal dari Kampung Paya Datu, di sini, berkata beliau sedia memaafkan anaknya dan teman lelakinya serta sedia menerima mereka jika sudah berkahwin. “Seandainya mereka belum berkahwin, kami bersedia merestui, tetapi biarlah majlis perkahwinan itu dilakukan di kampung kami di Ladang Sentosa, Tepuh, di sini,” katanya.

Jutawan China dihukum mati
Jutawan China dihukum mati
Beijing: Sebuah mahkamah di China semalam menjatuhi hukuman mati terhadap seorang jutawan perlombongan yang didakwa mempunyai kaitan dengan bekas pemimpin kanan Parti Komunis, Zhou Yongkang, atas kesalahan membunuh. Liu Han mengetuai sebuah syarikat swasta Hanlong, yang pernah membuat bidaan berbilion dolar terhadap sebuah firma Australia. Dia dan adik lelakinya Liu Wei didapati bersalah “mengatur dan mengetuai satu kumpulan gaya mafia”, membunuh dan jenayah lain, demikian menurut Mahkamah Tengah Rakyat Xianning. Kedua-dua mereka bersama tiga lagi rakan mereka dijatuhi hukuman mati. Gang adik beradik Liu itu, yang berpangkalan di barat daya wilayah Sichuan, membunuh lapan orang dan mencederakan ramai yang lain selama hampir 20 tahun, kata kenyataan mahkamah yang disiarkan di laman Twitter Sina Weibo. “Liu Han dan Liu Wei mempunyai niat amat jahat, tindakan mereka begitu kejam, pengaruh sosial mereka amat buruk dan jenayah serta kesannya amat serius,” katanya. “Mereka perlu dikenakan hukuman berat menurut undang-undang.” Seramai 31 lagi tertuduh juga dihukum, sama ada hukuman mati tertangguh yang biasanya dikurangkan kepada penjara seumur hidup manakala yang lain dihukum penjara sehingga tiga tahun. Sichuan adalah antara ‘kubu kuat’ Zhou Yongkang, yang pernah memiliki kuasa besar sebagai ketua keselamatan China tetapi kini dikaitkan dengan khabar angin siasatan berhubung rasuah. Beliau tidak kelihatan di khalayak ramai sejak berbulan-bulan. Majalah niaga berpengaruh Caixin melaporkan bahawa Liu Han pernah mengadakan urus niaga dengan ahli perniagaan dipercayai anak lelaki Zhou. Media negara itu juga ada menggambarkan gang itu ada hubungan dengan pegawai kerajaan pusat. Sabitan hukuman itu menunjukkan pegawai kini sedang mengumpul maklumat untuk membuka kes terhadap Zhou Yongkang, kata ahli sains politik di Universiti Renmin di Beijing, Zhang Ming. - AFP.

Kutuk Melayu: Pekida buat laporan polis
Ghazali (empat, kiri) bersama ahli Pekida Dungun selepas membuat laporan berkaitan tindakan biadab pemimpin pembangkang di Balai Polis Dungun, kelmarin.
Ghazali (empat, kiri) bersama ahli Pekida Dungun selepas membuat laporan berkaitan tindakan biadab pemimpin pembangkang di Balai Polis Dungun, kelmarin.
DUNGUN - Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Dungun mengutuk tindakan biadab seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan mengutuk pemimpin Melayu dan Umno dalam satu sidang Dun di Pulau Pinang. Bantahan tersebut dinyatakan Presidennya, Ghazali Md Nor setelah merasakan tindakan pemimpin terbabit yang mengeluarkan kata-kata kesat seolah-olah menghina orang Melayu. Beliau selaku pemimpin tertinggi Pekida mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin terbabit kerana perbuatan tersebut dibimbangi boleh menggores hati serta mencetuskan kemarahan orang Melayu. “Kita lihat sudah banyak berlaku tindakan pemimpin pembangkang bukan Melayu mengeluarkan kenyataan atau perbuatan yang menggores perasaan orang Melayu. “Kita harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya. Sebagai tanda bantahan, beliau turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Dungun jam 10.11 pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan tersebut.

Beri alasan baiki tangki untuk elak ditahan Jaim
BUKIT PALAH - Seorang remaja memberi alasan membaiki tangki air bagi mengelak dia ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sebaik ditemui di atas bumbung sebuah rumah dekat Taman Limbongan Permai, ketika serbuan dijalankan pagi kelmarin. Difahamkan remaja terbabit yang berusia 21 tahun pergi ke rumah berkenaan yang didakwa dihuni teman wanitanya, seorang remaja berusia 19 tahun. Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani, selepas mendapat aduan jiran tetangga pihaknya yang disertai enam anggota melakukan serbuan pada jam 11.45 pagi. Katanya, sebaik tiba di rumah berkenaan, pintu rumah dalam keadaan berkunci memaksa anggotanya melakukan pemeriksaan di bahagian belakang. “Sebaik mengetuk pintu, muncul seorang remaja perempuan berbaju ‘T’ dan berseluar panjang membuka pintu. "Selepas pemeriksaan dilakukan, pihak kami mendapati terdapat seorang remaja lelaki menyorok di atas bumbung rumah di celah tangki air dengan memakai baju ‘T’ berwarna biru serta berseluar jean paras betis. “Pemeriksaan juga mendapati hanya dua remaja terbabit berada di dalam rumah meskipun mereka memberikan alasan ada ibu remaja perempuan terbabit bersama. Padahal ibunya telah keluar pergi ke kedai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam. Rahimin berkata, hasil pemeriksaan turut mendapati remaja lelaki terbabit meletakkan motosikalnya jauh dari rumah berkenaan bagi mengelak kehadirannya disedari. “Pasangan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. “Sabit kesalahan boleh didenda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Nyaris ditipu sindiket, mengaku kakitangan Bank Negara
Norliyana bersama suaminya dan anak mereka, Ahmad Wafiy menunjukkan borang daripada sebuah bank antarabangsa.
Norliyana bersama suaminya dan anak mereka, Ahmad Wafiy menunjukkan borang daripada sebuah bank antarabangsa.
SEREMBAN - Sepasang suami isteri tidak menyangka mereka dijadikan sasaran dipercayai sindiket penipuan melibatkan bank antarabangsa yang mahu menyalurkan sumbangan untuk membantu kos perubatan anak mereka, Ahmad Wafiy, 2, yang menghidap penyakit saraf tunjang dan tulang lembut sejak berumur empat bulan. Adli Isham Abas, 36, dan isteri, Norliyana Abdullah, 27, bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari sesuatu yang mencurigakan sebaik sahaja seorang wanita yang mendakwa dirinya pegawai dari Bank Negara mendesak supaya memasukkan wang berjumlah RM6,700 ke dalam akaun miliknya. Adli Isham berkata, semuanya bermula apabila dia dan isteri menerima satu e-mel di bawah nama sebuah bank antarabangsa yang mahu membantu dalam memberikan sumbangan A $10,000U pada Februari lalu. Menurutnya, di dalam e-mel tersebut, disertakan sekali borang yang perlu dilengkapkan membabitkan nombor akaun bank dan alamat serta identiti lain bagi memudahkan proses sumbangan. “Saya dan isteri terus pergi ke kedai komputer untuk mengisi dan ‘scan’ balik borang tersebut bagaimanapun setelah dihantar semula pada e-mel itu, pihak berkenaan menyatakan supaya kami mengisi semula borang kerana mereka tidak menerimanya. “Keesokan harinya, ada seorang lelaki menghubungi isteri saya dan bertanyakan akan hal tersebut. Nombor yang tertera di telefon bimbit begitu asing, selain cara percakapannya kami pada awalnya beranggapan ia benar," katanya. Adli Isham berkata, dua hari selepas itu, dia menerima pula satu pesanan khidmat ringkas merujuk kepada satu nombor akaun sebuah bank berserta nama daripada satu nombor yang tidak dikenali sebelum seorang wanita menghubungi dan mendakwa dirinya pegawai Bank Negara. “Wanita berkenaan memberitahu wang sumbangan sejumlah AS$10,000U sampai ke Bank Negara, Malaysia daripada bank antarabangsa tersebut dan sebelum kami memperoleh wang itu, kami diarahkan supaya memasukkan wang sejumlah RM6,700 ke dalam akaun bank miliknya kerana timbul masalah di sana. “Kami yang terkejut dengan arahannya seakan curiga kerana mustahil Bank Negara tidak boleh uruskan proses pengeluaran wang malah menyuruh kami memasukkan wang ke dalam akaunnya,” katanya. Adli Isham yang bekerja sendiri berkata, selepas menyedari sesuatu yang mencurigakan, dia dan isteri cuba untuk melambatkan proses memasukkan wang ke dalam akaun wanita berkenaan. “Di atas tindakan kami itu, wanita berkenaan berang dan terus mendesak kami dalam setengah jam sekali dengan kata-kata yang kasar supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya dengan segera. “Dia juga mengarahkan kami supaya terus berurusan dengan ketuanya menerusi pesanan khidmat ringkas sahaja dan melarang kami menghubunginya lagi tetapi apabila saya meminta nombor telefon ketuanya, dia gagal memberi nombor tersebut dan terus senyap sehingga ke hari ini,” katanya. Menurutnya, selepas itu, dia mendapatkan pengesahan Bank Negara dan pihak bank memberitahu tiada individu bernama Nora Azilina Kamaruddin, bekerja di situ. “Pihak bank turut memberitahu sebarang jenis urusan pihaknya tidak akan menggunakan nombor telefon peribadi tetapi sebaliknya menggunakan nombor pejabat," katanya. Katanya, sumbangan orang ramai masih diperlukan dalam membantu kos perubatan anaknya dan mereka boleh menghubungi terus di talian 019-6255349.

Ugut calon PRK: Seorang lelaki ditahan
PDRM
TELUK INTAN - Polis menahan seorang lelaki yang didakwa mengugut untuk membunuh seorang anggota parti politik pagi Rabu lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 4 pagi di Taman Ratna, Jalan Changkat Jong di sini, suspek melakukan ugutan bunuh terhadap mangsa yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja kempen PRK Parlimen Teluk Intan di sebuah bilik gerakan partinya. Mohd Zaki berkata, suspek yang berusia 50 tahun itu ditahan oleh Pasukan Cantas Khas Perak dan Pasukan Cantas Bukit Aman pada hari yang sama di Durian Tunggal, Melaka. "Berdasarkan siasatan suspek yang memiliki lima rekod jenayah lampau dibawa ke Teluk Intan untuk direman selama dua hari bermula hari ini (semalam)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini, semalam. Beliau berkata, polis akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan yang mungkin turut terlibat dengan kejadian tersebut. Menurutnya, tangkapan itu merupakan yang pertama sepanjang tempoh kempen PRK Teluk Intan yang berlangsung sejak Isnin lepas. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, katanya. - Bernama

Penduduk Brazil bantah Piala Dunia
Penduduk membantah perbelanjaan sempena Piala Dunia yang dikatakan terlalu tinggi.
Penduduk membantah perbelanjaan sempena Piala Dunia yang dikatakan terlalu tinggi.
SAO PAULO - BRAZIL. Ribuan penduduk Brazil berhimpun menyokong gerakan pekerja yang kehilangan tempat tinggal bagi membantah masalah kekurangan rumah, perkhidmatan awam yang kurang bermutu dan perbelanjaan besar dilaburkan sempena Piala Dunia. Walaupun dalam keadaan hujan lebat, lebih 15,000 penunjuk perasaan tetap berhimpun dan bantahan dipercayai antara terbesar diadakan di negara itu yang kini bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia kurang 20 hari sahaja lagi. "Kami di sini untuk membantah Piala Dunia dan perbelanjaan besar yang digunakan untuk acara berkenaan, sedangkan kami tidak mempunyai rumah atau penjagaan kesihatan yang secukupnya," menurut ahli pergerakan Luiz Giovani berkata, menurut sumber AFP. Difahamkan, peserta turut membawa sepanduk bertulis 'FIFA pulanglah' merujuk kepada pertubuhan yang mengawal bola sepak dunia.

Malaysia bertemu Jepun di final Piala Thomas




MALAYSIA tampil dalam kelas tersendiri apabila mara ke final Kejohanan Badminton Piala Thomas selepas menumbangkan Indonesia 3-0 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Siri Fort, New Delhi semalam. Mereka akan membuat perhitungan dengan Jepun dalam final di stadium yang sama esok. Jepun melangkah ke final selepas melakar kejutan dengan menewaskan China 3-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir semalam. Ini merupakan kemaraan pertama skuad negara ke final sejak tahun 2002 yang menyaksikan mereka tewas kepada Indonesia pada kempen yang berlangsung di Guangzhou, China. Aksi esok akan menjadi penampilan ke-14 Malaysia di pentas final Piala Thomas. Daripada jumlah tersebut, Malaysia sekadar muncul juara lima kali dan tewas lapan kali. Sejak kali terakhir menewaskan Indonesia ketika menjuarai Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur, seteru utama itu dilihat sebagai badi yang sentiasa menyekat laluan Malaysia.

Bagaimanapun, Malaysia sudah lama tidak bertemu dengan Indonesia pada kejohanan dwitahunan itu sejak kali terakhir tewas pada suku akhir di Jakarta pada tahun 2004. Pada aksi separuh akhir semalam, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi tidak berdepan masalah untuk mengutip mata pertama skuad negara. Pemain berusia 31 tahun itu tampil dengan aksi cemerlang untuk menewaskan Tommy Sugiarto 21-19, 21-13 dalam masa 52 minit. Malaysia terus berada dalam kedudukan selesa apabila gandingan Tan Boon Heong-Hoon Thien How membuat kejutan selepas menumbangkan beregu No. 1 dunia, Hendra Setiawan- Mohammad Ahsan 21-19, 8-21, 23-21. Mata kemenangan Malaysia hadir menerusi perseorangan kedua, Chong Wei Feng yang sekali lagi menewaskan pemain yang mempunyai ranking lebih baik daripadanya, Dionysius Hayom Rumbaka 21-10, 21-17. Biarpun tampil selaku pemain ke-27 dunia, Wei Feng tidak menunjukkan sebarang kesukaran untuk menumbangkan pencabar yang berada di ranking No. 19 dunia itu dalam tempoh 43 minit. Untuk rekod, Malaysia menjuarai Piala Thomas pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.

Piala Thomas-Jepun tewaskan juara bertahan China mara ke final

KUALA LUMPUR: Pasukan Jepun mara ke final mengetepikan juara bertahan China pada aksi separuh akhir Piala Thomas yang berlangsung di New Delhi, Jumaat. Jepun mencatat kemenangan pertama melalui pemain utama mereka, Tago Kenichi yang menundukkan Chen Long 13-21 11-21 dalam tempoh 43 minit. Mata kedua dipungut oleh pemain beregu Hayama Kenichi/Endo Hiroyuki mengetepikan Chao Biao/Hong Wei, 20-22 19-21. Manakala mata kemenangan diraih menerusi Momota Kento dengan menewaskan Du Pengyu, 25-23 18-21 14-21 0-1. Jepun mencatat rekod ke final selepas kali terakhir pada tahun 1967, manakala aksi 2010 layak ke separuh akhir.credit mStar

Tugas Polis Juga – Satukan Anak Kucing Dengan Ibunya

Atas dasar keprihatinan dan perikemanusiaan, Lans Koperal Munir bin Mansor dari Balai Polis Pagoh, Johor telah membantu menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di dalam longkang semasa sedang membuat rondaan dan pemantauan di Taman Pagoh Indah, Pagoh, Johor. Anak kucing tersebut berjaya dikeluarkan dan disatukan semula dengan ibunya. Sumber: FB Ipd Muar Kontinjen Johor

Kerajaan Kaji Semula Penggunaan Cermin Gelap

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk mengkaji semula aspek penggunaan cermin gelap, termasuk peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan dan kepenggunaan, kata pemangku menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau, yang juga Menteri Pertahanan berkata bahawa MOT sedia maklum mengenai pandangan dan maklum balas rakyat yang beranggapan peraturan dan undang-undang berhubung penggunaan cermin gelap ketinggalan zaman. “Susulan daripada pandangan dan maklum balas ini, saya ingin memaklumkan kementerian sedia mengkaji dan meminda semula peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan. Saya telah mengarahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Long See Wool untuk menganjurkan bengkel khas bagi tujuan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Pada masa kini, Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70 peratus, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang daripada 50 peratus. Mereka yang melanggar peraturan ini boleh didenda RM500 atau penjara tidak melebihi dua minggu bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan seterusnya boleh didenda RM1,000 atau penjara maksimum sebulan. Menerangkan lebih lanjut mengenai bengkel khas itu, Hishammuddin berkata, ia telah dijadualkan pada 2 dan 3 Jun ini, bertempat di Hotel Holiday Inn Glenmarie Shah Alam, dan akan dibahagikan kepada lima sesi. “Antara pengisian bengkel ini ialah melihat kembali standard ketelusan cahaya cermin gelap kenderaan berdasarkan peraturan antarabangsa sedia ada seperti ‘United Nation Vehicle Regulation R43 (Safety Glassing)’. Bengkel ini juga akan memperhalusi usaha memastikan pengguna dapat diupayakan dari segi maklumat dan kefahaman mengenai penggunaan cermin gelap,” kata Hishammuddin. Bengkel pertama dipengerusikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membincangkan peraturan sedia ada, bengkel kedua oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) bagi mengkaji amalan penggunaan cermin gelap oleh negara-negara luar, manakala bengkel ketiga oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengkaji peraturan cerman gelap dari perspektif keselamatan dan jenayah. Bengkel keempat pula akan dipengerusikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membincangkan penguatkuasaan dan kawal selia penjualan cermin gelap di premis aksesori kenderaan dan yang terakhir oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi membincangkan pengimportan kereta bercermin gelap dengan permit import (AP). Sumber: Bernama

Pejabat DAP Kuantan Dibaling Telur dan Poster Dibakar

KUANTAN: Sekumpulan 20 pemuda bertindak membaling pintu pejabat DAP di sini dengan telur sebagai membantah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer pada Jumaat. Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gabungan Pemuda Melayu Kuantan, tiba di pejabat itu di Jalan Beserah pada pukul 3 petang. Selain membaling telur, mereka turut menendang pintu pejabat parti berkenaan. Ketika bertindak agresif, kumpulan berkenaan turut menjerit meminta Rayer memohon maaf berikutan kenyatannya yang menghina dengan berkata ‘Umno Celaka’. Mereka kemudian membakar poster yang mempunyai logo DAP dan gambar Rayer. Kumpulan itu bagaimanapun bertindak meninggalkan memorandum di depan pintu kerana pejabat berkenaan tidak berpenghuni sebelum bersurai pada pukul 3.30 petang. Sementara itu, DAP menggesa pihak polis dan Peguam Negara mengambil tindakan segera terhadap kumpulan yang mengancam untuk membakar ibu pejabat parti berkenaan. Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, pihaknya mengutuk tindakan agresif dan menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin untuk bertanggungjawab diatas kekecohan yang berlaku. Bagaimanapun, DAP tidak pula menggesa ahlinya, Rayer memohon maaf bagi meredakan kenyataan penghinaan yang dikeluarkan sebelum ini. Sumber: mStar

Ini Sebabnya Anda Perlu Lihat Kiri Kanan Dulu Sebelum Buka Pintu Kereta

Kebiasannya kita hanya mengambil berat cara pemanduan tanpa mempedulikan faktor-faktor lain yang juga boleh menyumbang kepada terjadinya sesuatu insiden kemalangan jalan raya. Seperti video yang ingin dikongsikan di bawah ini menunjukkan situasi seorang pemandu teksi yang melanggar pintu belakang sebuah teksi lain yang dibuka oleh penumpangnya untuk keluar. Ramai mengatakan penumpang itu bersalah kerana tidak keluar menggunakan pintu sebelah kiri sementara ada juga yang menyalahkan pemandu teksi tersebut yang memandu laju sehingga tidak sempat menekan brek. Pengajarannya di sini, sentiasalah berhati-hati walaupun anda hanyalah penumpang. Sebelum nak buka pintu, tengok dulu arah belakang, mana tahu ada kereta yang tiba-tiba laju, tak semena-mena habis kopak pintu kereta dan sentiasa menjaga jarak selamat anda dengan kenderaan di hadapan ya!

Kereta masuk longkang selepas memberi laluan pada Ambulan

KEJADIAN berlaku apabila pemilik kenderaan cuba memberikan laluan kepada kenderaan Ambulans sebelum tayar hadapan kereta tersebut termasuk ke dalam longkang kerana permukaan penutup longkang yang tidak kukuh. Menurut sumber, lokasi kejadian ini berlaku di Kota kinabalu, hadapan Balai polis Karamunsing. Harap pihak yang berkaitan ambil tindakan sewajarnya sebelom kejadian yang sama berulang. Sumber: Sabah Report

3 lelaki dipenjara rompakan bersenjata
SHAH ALAM – Tiga lelaki yang menjalani hukuman bagi kesalahan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, dipenjara 18 tahun lagi selepas didapati bersalah merompak sebuah rumah di Cheras, Hulu Langat menggunakan senjata api, lima tahun lepas. Hakim Datuk Noor Azian Shaari turut memerintahkan Chung Cheng Seng, 47, dan Lai Kum Leng, 47, masing-masing disebat enam kali manakala seorang lagi tertuduh, Tan Mian Chee, 61, terselamat daripada hukuman itu atas faktor usia. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Pelanduk Satu, Taman Suntex, Batu 9, Cheras pada kira-kira 7.15 pagi 16 Ogos 2009 mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Sebelum ini, mereka dibicarakan atas pertuduhan asal iaitu merompak secara berkumpulan dengan bersenjata api serta menyebabkan kematian seorang lelaki di tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sepanjang hayat, jika sabit kesalahan. Dalam penghakimannya, Noor Azian berpuas hati bahawa pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan. Beliau berkata pendakwaan berjaya membuktikan berlaku kesalahan rompak mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan namun gagal membuktikan elemen pembunuhan. “Selepas membandingkan keterangan pembelaan ketiga-tiga tertuduh dengan keterangan saksi pendakwaan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan ketiga-tiga tertuduh dengan kesalahan membunuh semasa melakukan rompakan,” katanya. Sehubungan itu, Noor Azian mensabitkan mereka dengan kesalahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Sejumlah 13 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal manakala Chung diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid, Lai oleh Muhammad Rafique Rashid Ali dan Tan diwakili K.A.Ramu. Cheng Seng, peniaga pasar malam; Lai, kontraktor, serta Tan, pemandu lori, ditangkap di Endau, Johor beberapa hari selepas rompakan dan empat pucuk pistol turut ditemui bersama mereka. Ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Kluang yang menyaksikan Cheng Seng dan Kum Leng dihukum penjara sepanjang hayat dengan enam sebatan bagi kesalahan memperdagang senjata api manakala Tan dipenjara lima tahun kerana memiliki senjata api. Sumber: Sinar Online

Dyana akui tak reti jawab soalan, perlu bantuan Kit Siang

TELUK INTAN: Dyana Sofya Mohd Daud mengakui gagal menjawab soalan yang diajukan media sehingga terpaksa dibantu bekas majikannya yang juga pemimpin DAP, Lim Kit Siang. “Beliau (Lim Kit Siang) adalah orang yang paling sesuai menjawab soalan itu kerana perkara (yang disoal) itu berlaku bukan pada waktu saya (sertai DAP). “Jika anda tanya soalan itu saya tidak boleh jawab. Saya akan berikan mikrofon itu kepadanya,” katanya pada sidang media di pejabat operasi DAP di sini, Jumaat. Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu mengulas tindakannya tidak menjawab soalan berkaitan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang keluar parti pada 2012 berikutan perbezaan pendirian dengan pemimpin kanan DAP. Ditanya kenapa beliau sering mendapatkan bantuan orang lain untuk menjawab soalan, Dyana berkata, amalan itu biasa berlaku dalam sidang media. “Dalam mana-mana sidang media pun, akan tetap ada orang di sebelah untuk bercakap. Saya rasa tak ada isu pun,” katanya. Bagaimanapun kata Dyana, terdapat soalan dan perkara yang diperjelaskan beliau sendiri tanpa mendapat bantuan mana-mana pihak. “Saya telah menyuarakan apa yang hendak dikatakan. Jika anda (media) boleh lihat menerusi ceramah dan sidang media sebelum ini juga, termasuk artikel yang disiarkan, semuanya ditulis dan diperkatakan oleh saya sendiri, bukannya Lim Kit Siang,” katanya. Selain mengenai Tunku Aziz, antara soalan yang Dyana cuba mengelak daripada menjawab adalah berkaitan hukum hudud. Sementara itu, pada sidang media sama ketika seorang wartawan bertanya pandangannya yang dilabel sebagai boneka DAP, dan beliau berkata: “Sorry, again? (mohon diulang semula soalan). “Tolong ulaskan dengan lanjut apakah itu boneka,” soal Dyana sebelum menjawab soalan wartawan itu sedangkan isu dilabel boneka banyak dimainkan media hampir setiap hari sejak diumumkan sebagai calon PRK Teluk Intan. Terdahulu, pada sidang media berasingan, Gerakan mempersoalkan Dyana sama ada beliau calon DAP pada PRK itu atau sekadar wakil parti itu kerana kesukarannya menjawab soalan yang dikemukakan pengundi. Sumber: mStar

Balasan Panda, Malaysia Cadang Pinjamkan Tenuk kepada China

KUALA LUMPUR – Selepas ketibaan pasangan panda gergasi dari Chegdu, China, Fu Wa dan Feng Yi kelmarin, Malaysia dijangka akan meminjamkan haiwan tapir atau nama saintifiknya tapirus indicus kepada negara China. Di negara ini tapir turut dikenali sebagai tenuk. Memetik laporan Utusan Malaysia, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata langkah itu dilakukan sebagai balasan dan juga penghargaan kepada negara tersebut yang telah sudi meminjamkan haiwan ikonik negara China itu kepada negara Malaysia. “Perkara ini telah disampaikan kepada Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dalam perbincangan bersama kami baru-baru ini dan selain tapir, ada beberapa haiwan lain yang mungkin akan dipinjamkan ke China,” Namun masih belum ada sebarang perbincangan konkrit yang dijalankan termasuk tarikh penghantarannya. “China ada sampaikan kepada saya mengenai perkara ini dan kita memang sudah melakukan perbincangan persahabatan untuk menghantar tapir ke China dan ianya akan diputuskan nanti,” katanya. Palanivel ditemui selepas merasmikan Pameran Herba Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini pagi tadi. Sumber: Astro Awani

Susulan Kemalangan Ngeri…Lima Beradik Kini Yatim Piatu

SUSULAN KEPADA: Ngeri…Pasangan Suami-Isteri Hancur Digilis Lori TIADA siapa yang menyangka rutin hampir setiap pagi pasangan Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, ke tempat kerja akan menjadi yang terakhir kalinya selepas kedua-duanya maut dalam satu kemalangan ngeri, pagi tadi. Sekelip mata sahaja, lima anak mereka yang masih kecil dan bersekolah bergelar yatim piatu dalam kejadian yang berlaku di Jalan Cheras – Loke Yew itu. Mengimbas kembali tragedi itu, motosikal yang dinaiki Jefri dan Noorsalawati terbabas sebelum kedua-duanya tercampak dan digilis lori dari arah belakang.


Motosikal mangsa dirempuh lori dari belakang dan kedua suami isteri maut digilis.
Malangnya, lori tersebut tidak berhenti, sebaliknya terus meninggalkan tempat kejadian. Justeru, menerusi Facebook Daily Traffic Report, orang ramai telah dimaklumkan mengenai usaha kutipan derma kilat bagi membantu anak-anak kecil yang telah kehilangan tempat bergantung ini. Bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun Maybank milik Ramlah Jais: 1645 9308 8136. +60 16-886 2700 - Admin Daily Traffic Report

Pada masa yang sama, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Niza Mohd Zin turut memaklumkan mangsa merupakan adik dan adik ipar rakannya. Menurutnya lagi, kakak mangsa masih berada dalam keadaan terkejut dan terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan terdekat.

Apapun, kami mengharapkan agar nasib lima anak pasangan ini akan mendapat pembelaan dan jagaan sewajarnya bukan sahaja oleh ahli keluarga yang lain, malah juga dari pihak berwajib. Sumber: Daily Traffic Report / Elza / My News Hub

Penoreh getah maut ditikam

TANAH MERAH - Seorang penoreh getah ditemui mati dengan kesan tikaman di rumahnya di Kampung Kuala Paku, Gual Ipoh di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superitenden Abdul Aziz Mahmud berkata dalam kejadian 5 petang itu, mangsa Thana Izzudin Mohd Shukri, 22, ditemui oleh adiknya, Kamalrul Haffiz, 16, dalam keadaan tertiarap di atas tanah di tepi rumah mereka. "Adik mangsa kemudiannya memeriksa badan mangsa dan mendapati ada kesan tikaman di bahagian tengah tulang belakang. "Pada masa tersebut mangsa dikatakan sedang nazak dan tidak boleh bercakap, kemudian mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Abdul Aziz berkata suspek dipercayai menikam mangsa daripada arah belakang dengan menggunakan senjata tajam. Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat. "Hasil bedah siasat yang dilakukan hari ini mendapati mangsa mati akibat pendarahan yang teruk disebabkan tikaman senjata tajam di bahagian belakang badan," katanya. Abdul Aziz berkata hasil siasatan, polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat bag membantu siasatan. "Ketiga-tiga suspek yang berumur antara 25 dan 39 itu ditahan di kawasan sekitar dan mereka didapati positif dadah," katanya. Sementara itu, Kamalrul Haffiz berkata ketika kejadian, abangnya bersendirian di rumah ketika dia ke rumah nenek yang jaraknya kira-kira tiga kilometer. "Sebaik pulang, tiba di garaj rumah, saya ternampak kesan tompokan darah di lantai, kemudian mengekori kesan tompokan tersebut dan mendapati abang sedang nazak di tepi rumah," katanya. - Bernama

Warga Guinea dihukum mati edar dadah di KLIA
SHAH ALAM - Seorang wanita warga Guinea dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 964.6 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dua tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Aminata Sanoh, 32. Wanita itu didakwa mengedar 600.2 gram dadah Methamphetamine yang dijumpai di dalam bagasinya di tempat tuntutan bagasi, KLIA pada pukul 8 malam, 30 Julai 2012. Tertuduh juga didakwa mengedar 364.4 gram dadah jenis sama yang dijumpai di dalam seluar dalamnya di tempat, masa dan tarikh sama. Kedua-dua pertuduhan ke atas wanita itu dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dia dihukum mengikut Seksyen 39 B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Seramai lima saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mirza Muhamad sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Hidhir Mustapa. - Bernama

Rampasan kuasa: Pelancong tukar angin ke Malaysia
krisis Thai
NEW DELHI - INDIA. Pelancong India mungkin menyisihkan Thailand pada musim puncak perjalanan dan menuju ke destinasi lain seperti Malaysia dan Bali di Indonesia berikutan rampasan kuasa yang berlaku pada Khamis, menurut laporan berita 'Times of India'. Akhbar itu melaporkan berikutan rampasan kuasa itu, Thailand boleh kehilangan kedudukannya sebagai destinasi luar negara pilihan utama pelancong India. Syarikat perjalanan berpendapat oleh kerana tidak mahu mengambil risiko, pelancong akan memilih destinasi lain seperti Bali, Malaysia, Kemboja dan Hong Kong. "Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menilai kesannya. Mungkin ada kesan dalam jangka pendek dan orang mungkin beralih ke destinasi lain. Malaysia dan Hong Kong akan mendapat manfaat," kata ketua bahagian perhubungan Cox & Kings Karan Anand kepada akhbar berbahasa Inggeris itu. Beliau berkata sebelum ini pun, berikutan tunjuk perasaan yang sering diadakan di Thailand, orang tidak lagi mahu ke Bangkok dan sebaliknya terbang terus ke Pattaya atau Koh Samui. Thailand menjadi pilihan ramai pelancong India kerana ia menawarkan pilihan yang sesuai dengan bajet semua golongan. "Berikutan pilihan raya yang diadakan di India, banyak orang menangguhkan rancangan perjalanan mereka pada musim panas dan kami dapati terdapat peningkatan bagi tempahan ke Thailand dalam tempoh 10 hari lepas," kata pegawai kanan MakeMyTrip Mohit Gupta. Industri pelancongan Thailand terjejas oleh kekacauan politik yang melanda negara itu sejak beberapa bulan lepas. "Bagi pakej yang menggabungkan Singapura, Malaysia dan Thailand, pelanggan meminta kami menggugurkan Thailand dan menggantikannya dengan negara lain," kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Asia Pacific Tours, M. K. Ajit Kumar. - Bernama

Tiada ujian seksual
Jokowi dan Jusuf menjalani ujian kesihatan pertama, semalam.
Jokowi dan Jusuf menjalani ujian kesihatan pertama, semalam.
JAKARTA - INDONESIA. Terdapat 14 ujian kesihatan perlu dilalui Calon Presiden dan Wakil Presiden sebelum layak bertanding pada Pilihan Raya Presiden Indonesia, Julai ini. Pengarah Rumah Sakit Angkatan Darat (RSPAD) Gatot Soebroto, Douglas S’Umboh berkata, kesemua ujian itu wajib dilakukan kecuali pemeriksaan seksual. “Ujian kesihatan seksual hanya untuk wanita, oleh kerana tiada calon wanita maka prosedur itu tidak perlu dilakukan,” katanya kepada Tribunenews. Semalam, Joko Widodo dan gandingannya Jusuf Kalla menjalani ujian kesihatan pertama mereka manakala Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa akan menjalani ujian yang sama pada Jumaat ini. Ujian kesihatan itu merangkumi pemeriksaan sejarah kesihatan, jasmani, psikologi dan ujian makmal. Terdahulu, Komisi Pemilihan Umum mewajibkan ujian kesihatan itu perlu dilakukan bagi memenuhi syarat sebelum bertanding.

Saudi tawar RM 120,000 sebulan untuk paramedik
RIYADH - ARAB SAUDI. Kementerian Kesihatan Arab Saudi menawarkan lebih 135,000 Riyal (RM120,000) sebulan dan merancang mengambil 304 paramedik bagi membantu menangani virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di negara itu. Menurut sumber, kementerian telah menghantar surat ke sebuah syarikat antarabangsa untuk menyediakan kakitangan perubatan bagi merawat pesakit virus berkenaan lapor Arab News. "Kementerian akan membayar 60,000 Riyal (RM51,000) sebulan kepada doktor, 45,000 Riyal (RM39,000) kepada penduduk dan 30,000 Riyal (RM26,000) kepada jururawat," menurut sumber itu. Difahamkan, kakitangan baharu itu dikatakan menerima bayaran lebih rendah berbanding doktor pakar tempatan. Sementara itu, Pengarah Pusat Jemaah Lapangan Terbang Abdulghani Al-Maliki berkata, pihaknya belum berhadapan masalah untuk mengendalikan pesakit Mers sejak Januari lalu.

Serangan bom di pasar ragut 31 nyawa
Paramedik bergegas menyelamatkan mangsa yang cedera.
Paramedik bergegas menyelamatkan mangsa yang cedera.
BEIJING - CHINA. Sekurang-kurangnya 31 orang maut dan lebih 90 yang lain cedera dalam insiden letupan bom kereta di sebuah pasar di wilayah Xinjiang di barat laut China, semalam. Menurut laporan portal kerajaan Tianshan, serangan kira-kira jam 7.50 pagi (waktu tempatan) itu berlaku selepas dua kereta merempuh masuk ke kawasan sibuk di Umruqi sebelum salah sebuah daripada kenderaan itu diletupkan. "Penyerang yang menaiki dua buah kenderaan berkenaan bertindak merempuh masuk dan melemparkan bahan letupan hingga menyebabkan 31 orang awam terbunuh manakala 94 lagi cedera," menurut laporan itu. Saksi kejadian juga memberitahu, dia turut mendengar bunyi beberapa letupan susulan sejurus kenderaan terbabit meletup lapor AFP. Serangan terbaharu ini turut dianggap sebagai insiden keganasan terburuk yang menggemparkan penduduk Uighur meskipun tiada pihak mengaku bertanggung jawab setakat ini.

Tentera tadbir Thailand
Askar memaklumkan beberapa larangan ketika rampasan kuasa dilaksanakan.
Askar memaklumkan beberapa larangan ketika rampasan kuasa dilaksanakan.
BANGKOK - THAILAND. Panglima Angkatan Tentera Thailand mengumumkan tentera mengambil alih pentadbiran bagi mengembalikan kestabilan selepas keganasan dan kebuntuan krisis politik tercetus sejak enam bulan lalu. Panglima Prayut Chan-O-Cha berkata, pengambilalihan kuasa itu perlu bagi mengelak konflik berpanjangan. “Bagi mengembalikan kestabilan dengan segera, Jawatankuasa Mengekalkan Keamanan Kebangsaan iaitu Angkatan Tentera Thailand, Tentera Udara Diraja Thailand dan polis mengambil alih pentadbiran bermula hari ini, 22 Mei (semalam) pada jam 4.30 petang. Semua rakyat mesti bertenang dan pegawai kerajaan mesti bekerja seperti biasa,” katanya kepada akhbar Agensi. Bagaimanapun rampasan kuasa itu tidak menjejaskan hubungan diplomatik. Langkah itu diambil selepas tentera gagal capai kesepakatan dalam rundingan dengan parti-parti politik untuk meredakan protes jalanan di Bangkok. Sementara itu dalam pengumuman dari masa ke semasa, tentera mengisytiharkan perintah berkurang mulai jam 10 malam hingga 5 pagi dan mereka dilarang berkumpul melebihi lima orang. Semua stesen radio dan televisyen diarah menggantung beberapa program. Selain itu, Perlembagaan digantung dan semua menteri Kabinet diarah melapor diri dengan tentera. Ia adalah kudeta ke-12 sejak pemerintahan beraja pada 1932.

Pasangan panda tunjuk tanda awal ingin mengawan
 Fengyi - Fuwa - panda
KUALA LUMPUR - Pasangan panda gergasi dari China, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Zoo Negara sejak tiga hari lepas, telah menunjukkan tanda-tanda ingin mengawan, kata Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Rosly@Rahmat Ahmat Lan. Beliau berkata, tanda-tanda itu dikesan oleh anggota pasukan Zoo Negara yang khusus untuk menjaga dan menguruskan keperluan harian kedua-dua beruang panda itu sejak semalam. "Sebenarnya tanda-tanda (ingin mengawan) itu sudah ada sebelum kedua-dua panda itu diterbangkan ke negara ini tetapi keadaan ini menjadi lebih jelas apabila mereka tiba dan dikuarantinkan di sini (Zoo Negara) untuk menyesuaikan diri. "Antara tanda-tandanya awal iaitu mereka akan mengeluarkan bunyi seperti kucing ingin mengawan dan pergerakan mereka yang luar biasa kerana ketika dikuarantinkan, sangkar mereka terletak hanya bersebelahan sahaja," katanya yang juga Timbalan Presiden Zoo Negara ketika dihubungi Bernama hari ini. Rosly berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak China sama ada ingin membiarkan kedua-dua panda itu mengawan dan membiak secara semulajadi. "Hal ini kerana pasangan panda ini adalah dipinjamkan dari China dan simbolik kepada hubungan baik antara kedua-dua negara dan kami perlu berbincang dengan mereka (China)," katanya. Rosly berkata, setakat ini kedua-dua beruang panda itu berada dalam keadaan sihat sejak proses kuarantin bermula sejak tiga hari lepas. "Beruang panda betina, Feng Yi kelihatan lebih aktif dan suka bergerak sejak hari pertama tiba di 'rumah baharu' mereka berbanding dengan panda jantan, Fu Wa yang lebih tenang dan masih dalam keadaan menyesuaikan diri. Bagaimanapun, kedua-dua beruang panda itu sangat berselera iaitu mengambil kira-kira 30kg makanan setiap hari antaranya buluh dan rebung," katanya. Pasangan beruang panda yang merupakan simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di sini dari Chengdu, China Rabu lepas bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama 10 tahun. Pasangan beruang panda itu, yang dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China, akan dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas di Zoo Negara di Hulu Klang, bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Melalui program yang ditandatangani pada 2012, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan dalam bidang itu. - Bernama

Bunuh: Ditemui dalam keadaan bersandar
MELAKA - Seorang pelayan lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai ditikam rakan senegaranya di sebuah rumah di Kampung Banda Hilir di sini hari ini. Mangsa, Nay Myo Win, 25, ditemui tiga rakannya dalam keadaan bersandar di tepi sofa dengan kesan tikaman, dipercayai pisau, di bahagian dada pada kira-kira 5.55 pagi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Superintenden P.R Gunarajan berkata sebelum itu, mangsa yang bekerja di sebuah pusat hiburan kira-kira 200 meter dari rumah berkenaan dilapor bergaduh dengan seorang lagi rakan senegaranya berusia 30 tahun di luar premis pada 5.20 pagi. Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, mangsa didapati dipukul rakannya yang juga pelayan di pusat hiburan sama dengan sebiji botol di bahagian belakang kepala sebelum terjatuh. "Kemudian berlaku pergelutan antara mereka sebelum dileraikan beberapa rakan sekerja lain yang berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita. Gunarajan berkata Nay, yang dipercayai mengalami kecederaan di kepala, kemudian pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja kira-kira 20 minit selepas kejadian namun sekali lagi pergaduhan berlaku antara mangsa dan suspek. Beliau berkata polis kini mengesan suspek serta tiga lagi rakan serumah mangsa yang melarikan diri selepas melaporkan kejadian itu kepada pengurus pusat hiburan berkenaan. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah di talian 06-2842 222. - Bernama

Punca Sabah 'blackout' dikenalpasti
KOTA KINABALU - Gangguan bekalan elektrik di kawasan pantai timur Sabah pada pukul 3.31 petang tadi berpunca daripada talian penghantaran 275 kilovolt (kV) Kolopis – Segaliud yang terpelantik. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam kenyataannya hari ini berkata akibat kejadian kepada kedua-dua talian penghantaran itu, bekalan elektrik tidak dapat disalurkan dari Pantai Barat Sabah ke Pantai Timur negeri itu. "Pada ketika ini kawasan Pantai Barat Sabah mengeksport di antara 100 – 150MW (megawatt) tenaga elektrik setiap hari ke kawasan Pantai Timur Sabah melalui Rangkaian Sistem Grid Sabah bagi memenuhi permintaan bekalan elektrik seharian di kawasan berkenaan," kata SESB. Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik telah giat dilaksanakan secara berperingkat kepada semua kawasan yang terlibat. SESB berkata pihaknya akan menjalankan siasatan penuh ke atas punca kejadian ini dan segala kesulitan yang dihadapi para pengguna amat dikesali. - Bernama

Dyana: 'Umno tak sesuai dengan jiwa saya'
Dyana Sofya - Foto Sinar Harian oleh YUSRIZAL YUSOFF
Dyana Sofya - Foto Sinar Harian oleh YUSRIZAL YUSOFF
TELUK INTAN - "Saya bukan tidak pernah untuk mendekati Umno, tetapi apabila saya sertai program mereka, acap kali tarikan parti tersebut tidak sampai kepada saya," demikian respon calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud ketika ditanya tentang Umno. Dyana berkata, sejak di zaman universiti lagi beliau aktif menyertai program yang dianjurkan oleh Umno di universiti. "Saya sering berkongsi-kongsi idea bersama rakan-rakan ketika menyertai program yang Umno jalankan. "Namun saya rasa Umno tidak sesuai dengan jiwa saya," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Pusat Operasi Utama DAP, di sini, hari ini. Sementara itu ketika disoal mengenai bagaimana beliau boleh tertarik untuk menyertai DAP, gadis manis ini berkata, program minum petang bersama pemimpin parti itu membuatkan beliau jatuh hati kepada parti berkenaan. "Saya mula mengenali DAP secara dekat sejak pertemuan dengan setpol Penasihat DAP Lim Kit Siang yang ketika itu YB Zairil Khir Johari. "Sejak itu, saya sering bertukar-tukar pandangan dengan pemimpinnya. Bermula dari pertemuan itu, saya semakin dekat dengan DAP sehinggalah sekarang," katanya. Nama Dyana turut dikaitkan dengan parti terbesar itu berikutan beliau lahir dalam keluarga yang menyokong Umno sejak sekian lama. Ibu Dyana, Yammy Samat sebelum ini menjawab kekecewaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila calon DAP Teluk Intan merupakan keluarga menyokong perjuangan parti berkenaan dengan berkata," saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz tapi bila besar, dia jadi Marina". PRK Teluk Intan bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dyana dengan Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional. Pada PRU13, Mah tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi. PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya itu 1 Mei lalu akibat kanser.

Negara hampir capai ekonomi bernilai tinggi
MALAYSIA berada di jalan yang betul ke arah mencatatkan pertumbuhan tahunan kukuh dari 2014 hingga 2016, kerana negara tidak lagi berada dalam defisit akaun semasa, dengan potensi tenaga kerja yang mengagumkan dan pelaburan asing yang lebih tinggi, demikian menurut laporan terkini Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW). Laporan ICAEW bertema Economic Insight: South East Asia itu memaparkan gambaran semasa mengenai prestasi ekonomi negara Asean. Menurut laporan itu, ketika negara ekonomi kurang maju Asean bergelut dengan pergantungan komoditi, Malaysia yang giat dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta aktiviti pemasangan bernilai tinggi semakin hampir kepada ekonomi campuran eksport bernilai lebih tinggi seperti Singapura dan Hong Kong. Pada 2012, 39 peratus daripada eksport barangan Malaysia adalah dalam pembuatan berkemahiran tinggi dan berasaskan teknologi berbanding 11 peratus di Indonesia. Menurut laporan itu, ia ekoran pencapaian tahap modal insan memuaskan hasil daripada penyediaan pendidikan asas yang baik berserta kemahiran kejuruteraan dan sains yang diperlukan di peringkat pengajian tinggi. Malaysia kini mempunyai seorang pelajar kejuruteraan bagi kira-kira setiap 121 penduduk, berbanding seorang bagi kira-kira setiap 250–300 penduduk dalam beberapa ekonomi Asean yang lain. Pengarah Serantau ICAEW Asia Tenggara, Mark Billington berkata, sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia dilihat memperhebat usaha ke arah memenuhi keperluan transformasi ekonomi negara dan hasil yang memberangsangkan dapat dilihat kini. "Malaysia menjangka lebih banyak pelaburan asing akan mengalir masuk pada tahun ini. "Ini perkembangan yang amat positif pada saat Malaysia sedang berusaha menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Laporan itu turut menggariskan beberapa cabaran negara Asean lain termasuk Indonesia yang menghadapi risiko dan pengenduran keyakinan pelabur akibat ketidaktentuan keadaan politik dan Filipina yang masih menghadapi masalah pengangguran.

MAS nafi hentikan operasi 28 Mei
Ahmad Jauhari Yahya
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) menegaskan yang syarikat penerbangan nasional itu akan meneruskan perkhidmatan seperti biasa dan tidak menghentikan operasinya pada 28 Mei ini sebagaimana yang disebarkan oleh sumber tidak rasmi. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya, berkata MAS akan meneruskan komitmen untuk kekal kompetitif dengan meningkatkan kegiatan pemasaran. "Contohnya, Pameran Pelancongan Malaysia Airlines (MATF) membolehkan orang ramai membeli tiket kami dengan diskaun 50 peratus untuk perjalanan segera sehingga 31 Disember depan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment