Nik Aziz harap hudud berjaya dilaksana
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap kerajaan Pas Kelantan berjaya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) di negeri ini walaupun terdapat tentangan daripada pelbagai pihak.
Katanya, sejak rang undang-undang itu diumumkan untuk dibentangkan di Parlimen, pelbagai asakan negatif diterima, namun itu bukan halangan untuk hukum tersebut dilaksanakan.
“Kita doakan hudud ini berjalan dengan molek (lancar). Kalau gagal, boleh jadi satu punca, iaitu takwa kepada ALLAH tidak ada.
"Islam ini, solat ke, hudud ke, kahwin dan cerai ke, mesti berangkai dengan takwa kepada ALLAH,” katanya dalam ceramah mingguan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Menurutnya, hukuman sivil yang diguna pakai di Malaysia sekarang ini tidak mempunyai kesan kepada penjenayah, terutama melibatkan kes yang boleh dikenakan hukuman ke tali gantung.
Beliau menyifatkan anggapan sesetengah golongan akademik bahawa hukum hudud tidak akan dapat dilaksanakan, sebagai tidak waras.
“Baru-baru ini ada pensyarah universiti kata hudud ini gagal kerana negeri yang buat hudud ini sudah gagal semua.
"Pensyarah seperti ini bukannya jenis nak hidupkan Islam. Dia berfikir cara manusia, bukan cara ALLAH.
“Kita solat kerana apa? Solat ini boleh menyekat manusia daripada membuat perbuatan keji. Sekarang ini walaupun solat, judi tetap ada, ertinya solat itu gagal, gagal kerana kita masih lagi berjudi.
Kes dadah, kes rasuah (masih banyak), maka tak payah solatlah, (kerana) kalau solat pun ada juga perkara mungkar,” katanya.
MCA Kelantan: 'Say No To Pas Hudud'
KOTA BHARU - MCA Kelantan tetap dengan pendirian tidak menyokong pelaksanaan hudud di negeri ini, sekali gus membantah hasrat Pas membentangkan rang undang-undang itu ke Parlimen demi perpaduan kaum.
Timbalan Presiden MCA Kelantan, Tan Ken Ten mendakwa, Pas seolah-olah mahu memperdayakan pengundi Cina kerana pada sebelum PRU13, parti itu tidak menyentuh isu pelaksanaan hudud.
“Pas seolah-olah mahu menipu rakyat. Sebelum PRU13, Pas kata akan tubuh negara kebajikan untuk tingkat undi kaum Cina. Ramai yang percaya tetapi selepas pilihan raya berubah pula untuk bawa hudud.
“Dahulu masa pilihan raya, guna negara berkebajikan sebab itu dapat undi daripada bukan Islam.
“Kini kita sepakat tolak dan tidak akan beri sokongan dalam isu ini,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian pada majlis ‘Say No To Pas Hudud’ di sini, yang menyasarkan 3,000 orang menurunkan tandatangan sehingga 20 Mei depan.
Hadir sama, Pengerusi Wanita MCA Kota Bharu, Saw Ooi Leng.
Dalam pada itu, Ken Ten berkata, pihaknya sedar hudud hanya diguna untuk orang Islam tetapi undang-undang perlu terperinci kerana negara mempunyai masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama.
“Ia juga boleh jadi kekeliruan, apa yang berlaku jika berlaku masalah membabitkan orang Islam dan bukan Islam, bagaimana nak selesaikan hal-hal keadilan.
“Malah ia juga bakal memberi kesan, persepsi orang luar pasti mereka tidak mahu datang ke negeri ini dan berkemungkinan jejas pelaburan,” katanya.
Ditanya mengenai penerimaan BN Kelantan mengenai penolakan MCA terhadap hudud, beliau berkata, ia memang menimbulkan konflik namun percaya ia dapat diselesaikan secara baik.
“BN menerima dengan terbuka tetapi kita hanya beritahu pendirian kita.
“Memang akan timbul konflik dan akan cuba selesaikan dalam masa terdekat," katanya.
Sumber: Sinar Online
Isu Persenda Hudud, Harith Iskander Mohon Maaf
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud bertujuan untuk berjenaka mendapat kritikan ramai.
Harith, 43, berkata, dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.
"Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak.
"Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.
Inilah status mengenai Hudud pada Twitter Harith yang mengundang kemarahan orang ramai.
"Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.
Pada Khamis lalu, Harith dalam satu status Twitter miliknya telah berjenaka mengenai hukum Hudud.
Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut laman Twitter itu menegurnya kerana perbuatan itu dilihat seperti mempersendakan agama Islam.
Hudud merupakan satu bentuk hukuman terhadap umat Islam yang melanggar tuntutan agama dan ia ditetapkan Allah sebagaimana tertulis dalam Al-Quran dan hadis.
Dalam pada itu, Harith berkata, perkara itu juga membuatkan ada beberapa peminatnya bertindak tidak mengikut akaun Twitter miliknya lagi.
"Dalam dunia media sosial ini kita diberi pilihan. Ada beberapa follower saya yang mengumumkan mereka nak unfollow dan saya hormat keputusan itu sebab ia pilihan mereka.
"Bagi saya kalau ada seseorang yang bercakap sesuatu yang saya tak suka, saya juga akan melakukan perkara sama (unfollow)," ujarnya.
Tiada istilah militan terhadap orang Islam
ALOR SETAR – Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.
Menurutnya, istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.
“Berdasarkan hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.
“Bahkan Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.
“Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain.
“Tetapi berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain, cukuplah sekadar kemampuan kita,” katanya.
Jelasnya, kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.
“Tidak salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum dan akidah.
“Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad,” katanya.
Sumber: Sinar Online
Pelajar Kolej Disyaki Militan Al-Shabaab Diburu - Ahmad Zahid
PETALING JAYA: Unit Anti Keganasan Bukit Aman kini memperhebatkan usaha memburu saki baki anggota kumpulan militan Al-Shabaab yang disyaki menyusup ke negara ini menggunakan visa pelajar dan mendaftar di kolej tempatan.
Unit khas di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menganggap penahanan lelaki warga Somalia itu adalah sebahagian daripada sejumlah besar anggota kumpulan pengganas itu dan kini pihaknya melancarkan operasi memburu sekurang-kurannya lima ahli kumpulan militan itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemburuan itu untuk memastikan Malaysia tidak menjadi lokasi latihan untuk kumpulan militan.
"Malaysia tidak pernah berkompromi dalam hal berkaitan militan. Langkah untuk memburu penggnas ini memang dilakukan berterusan.
"Beberapa lagi individu diburu, ada dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin dengan rakyat tempatan dan mula berkongsi ideologi," katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Penjara Kamunting, Jumaat.
Beliau mengulas penangkapan suspek berusia 34 tahun itu yang dikehendaki oleh polis antarabangsa kerana disyaki anggota kumpulan pengganas Al-Shabaab, di Selangor.
Ahmad Zahid berkata, lelaki asing itu dipercayai memasuki negara ini menggunakan visa pelajar dua tahun lalu dan kini menuntut di sebuah kolej swasta.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis menggunakan semua sumber sedia ada untuk mengesan dan menahan baki anggota kumpulan itu.
"Matlamat utama adalah untuk menahan individu yang berbahaya ini," katanya kepada The Star, Jumaat.
Sementara itu, sumber yang terbabit secara langsung dalam operasi itu, berkata anggota pengganas itu melanjutkan pengajian di kolej terbaik di negara ini dengan menggunakan identiti dan dokumen palsu.
"Besar kemungkinan kumpulan itu cuba mewujudkan pangkalan di sini dan kami percaya pihak berkuasa di Afrika dan Eropah menjejaki pergerakan mereka menyebabkan sebahagian daripadanya masuk ke negara ini," katanya.
Ditanya kenapa pihak terbabit memilih Malaysia, sumber itu berkata, ia kerana adanya persepsi bahawa negara ini sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu asing.
"Tahap kawalan keselamatan di pintu masuk masih lemah dan ia menyebabkan berlaku kemasukan individu seperti pengganas ini. Tiba masanya untuk menguatkuasakan sistem yang lebih ketat," katanya.
Setakat ini, pemantauan polis mendapati tiada sebarang tanda kumpulan militan itu cuba merekrut anggota di kalangan rakyat tempatan atau membentuk sebarang kerjasama dengan militan tempatan yang ditahan sebelum ini.
Sumber: mStar
Enot hidap kanser usus tahap dua
Pelakon komedi popular, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah mendedahkan bahawa dia kini sedang mengidap penyakit yang boleh membawa maut iaitu kanser usus tahap dua.
Pelakon komedi popular, Enot, Enot hidap kanser usus tahap dua, artis, hiburan, pelakon, info, terkini,
"Pada mulanya memang saya ada rasa sakit tetapi saya biarkan saja hinggalah berlaku pendarahan ketika buang air besar. kemudian saya ada berjumpa doktor dan disahkan mengidap kanser usus.
Telefon Bimbit Lama Kini Boleh Ditukar Dengan iPhone 5s Baru
"Buat masa sekarang saya masih mendapatkan nasihat doktor tetapi saya mengamalkan ubat-ubatan kampung seperti daun Belalai Gajah selain itu saya ada makan produk jenama ABP26 daripada Didie Alias," katanya yang dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.
Dalam pada itu, Enot yang turut memberitahu dia tidak lagi menerima tawaran berlakon sejak setahun yang lalu kini hanya bergantung kepada jualan biskut yang dibuatnya.
Sumber : tupai.com.my
Video Lelaki Jatuh Selepas Dilibas Dahan Pokok di AS
LANSING, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki tercampak sejauh beberapa meter selepas terkena satu dahan pokok yang dipotongnya di sebuah hutan di Hemlock di sini, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Ketika kejadian, lelaki tersebut yang berada di atas tangga bagi memotong dahan pokok berkenaan dengan menggunakan mesin gergaji baru-baru ini.
Bagaimanapun, dahan tersebut yang jatuh tiba-tiba melibas lelaki itu menyebabkan dia melambung sejauh beberapa meter sebelum jatuh ke tanah.
Kejadian tersebut sempat dirakam oleh seorang wanita yang menjerit selepas melihat lelaki berkenaan terjatuh.
Video itu dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai, Kurt Stepp dan sudah ditonton lebih 1.2 juta kali.
"Beberapa pekerja saya mahu menembang sebatang pokok tetapi pokok berkenaan tidak suka dengan apa yang mereka lakukan.
"Bagaimanapun, rakan saya yang terjatuh itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. - Agensi
Menarik Foto Lawak Giler
alam semua pembaca blog zamrispoon kali ini zamrispoon nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita .
Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.
Cincin Berbentuk Pelbagai Jenis Haiwan Yang Menarik.
Aneka macam cincin menarik yang direka untuk kelihatan seperti haiwan sedang memeluk jari anda. Cincin haiwan realistik ini dicipta oleh pereka berbakat Jepun Jiro Miura.
4 Rekod Perkahwinan Pelik & Bodoh
Erm...dalam banyak-banyak mende aku kongsi, yang ini aku rasa paling bebal kot. Entah apa masalah yang dihadapi oleh mereka semua ini sampaikan sanggup untuk kahwin dengan mende daripada kahwin dengan manusia. Nak kata mende yang dipilih memberi kepuasan tatkala malam tak juga. Entah!
Mungkin semua ini penipuan je kot. Lantaklah, janji ada entri baru. Fikir positif! Haha...
1. Kahwin Dengan Menara Eiffel
Perkahwinan Pelik & Bodoh
Erika, 39, ialah seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Dia mempunyai perasaan pelik yang tertanam sekian lama dalam dirinya iaitu jatuh cinta terhadap benda. Akhirnya, dia berkahwin dengan Menara Eiffel dalam suatu majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.
2. Kahwin Dengan Diri Sendiri
Perkahwinan Pelik & Bodoh
Seorang lelaki di China telah berkahwin dengan dirinya sendiri atas alasan untuk mengekspresikan kekecewaan atas kenyataan hidupnya. Liu Ye, 39, berasal dari bandar Zhuhai berkahwin dengan replika dirinya yang diperbuat daripada styrofoam, lengkap disolek dan dikenakan pakaian pengantin wanita.
"Banyak alasan mengapa saya melakukannya, tetapi alasan yang utama adalah untuk menunjukkan kekecewaan saya atas kenyataan hidup," ujarnya. "Perkahwinan ini membuatkan saya rasa lebih hidup kerana definisi perkahwinan ini berbeza dengan orang lain pada umumnya," tambahnya.
Upacara perkahwinan dilakukan mengikut adat tradisional China dan dihadiri lebih daripada 100 tetamu.
3. Kahwin Dengan Robot
Perkahwinan Pelik & Bodoh
Seorang wanita bernama Bonnie Burton menjadikan watak atau robot R2-D2 daripada filem Star Wars sebagai pasangannya pada 13 Ogos (tahun tak tahu bila).
Perkahwinan Pelik & Bodoh
Perkahwinan Pelik & Bodoh
Pasangan ini telah disatukan oleh "Darth Maul" dalam suatu upacara. Semakin maju teknologi kehadapan, semakin pelik tingkah laku manusia dekad ini.
4. Kahwin Dengan Bantal
Perkahwinan Pelik & Bodoh
Cinta sejati yang pelik timbul dalam pelbagai ragam. Ini apa yang dialami oleh Lee Jin-gyu, pemuda yang berasal dari Korea. Dia memberanikan diri untuk berkahwin dengan bantal 'dakimakura' kesayangannya yang tertampal gambar karakter kartun. Bantal tercinta Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', diambil dari siri kartun 'Gadis Ajaib' iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.
Sumber: Yahoo! Groups
So sweet pasangan-pasangan ini kan? Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Macam cilakak!
Pertandingan ratu cantik
Satu pertandingan ratu cantik sedang diadakan. Seorang demi seorang wanita cantik keluar ke pentas memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara majlis.
"Inilah Miss Malaysia"....tetamu bertepuk sambil bersorak
"Inilah Miss India"....sorakan bertambah gemuruh
"Inilah Miss China"....semakin rancak tepukan dan ada yang bersiul
Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang. Nenek itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya.
Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan berkata "Err..dan yang ini pula,...Miss understanding"...
Aksi gedik Lana Nordin dan Zarina Anjoulie ~ Perihal Negara
Nampaknya penampilan terkini Lana Nordin dan Zarina Anjoulie telah membuat ramai peminat mereka di laman Instagram hampir muntah dan terasa geli.
Bukan kerana aksi Lana Nordin yang menjadi penyumbang utama tetapi kerana gaya penampilan Zarina yang dikatakan terlalu over terutamanya make-up pada mukanya. Ada antara peminat yang tersalah pandang hingga menyangkakan Zarina adalah Jehan Miskin yang dipakaikan make-up ala-ala pondan.
Apapun bagi admin, kedua-dua aktres ini memang cantik dan cukup menarik perhatian. Lana Nordin tetap dengan daya tarikannya kepada jejaka di luar sana.
Aksi gedik Lana Nordin dan Zarina Anjoulie , hiburan, info, pelakon,
Sumber : plbgaimacam.blogspot.com
Kepala dan badan hilang ~ Perihal Negara
Anggota polis mengusung mayat seorang lelaki yang ditemui tanpa kepala dan badan di tepi pantai Sungai Pinang, Jelutong. FOTO Muhammad Mikail Ong / myMetro
Penemuan mayat lelaki tanpa kepala dan badan hanya tinggal dari aras pinggang ke bawah menimbulkan misteri apabila terdampar di tepi pantai Sungai Pinang, Jelutong di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam apabila polis menerima maklumat awam mengenai penemuan mayat mangsa sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan mangsa dikenali sebagai S Moneymaran, 50, dari Bandar Baru Air Itam.
Beliau berkata, pengesahan identiti mangsa diperolehi berdasarkan kad pengenalan mangsa ditemui dalam poket seluar namun siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti identiti sebenar mangsa.
Katanya, siasatan awal mendapati badan mangsa termasuk termasuk pergelangan kaki sudah reput dan hanya tinggal tulang manakala seluar jean yang dipakai turut reput.
Sumber : Harian Metro
Mayat Lelaki Dijumpai Terapung di George Town ~ Perihal Negara
GEORGE TOWN – Satu mayat lelaki daripada paras pinggang ke betis dijumpai terapung di Pantai Ocean View, Bandar Sri Pinang, di sini malam tadi.
Mayat lelaki berseluar jeans yang mengandungi kad pengenalan S. Moneymaran, 50, beralamat di 13-1B Blok 4E Jalan Semarak Api 1, Bandar Baru Ayer Itam itu ditemui sekumpulan pemancing yang kemudian menariknya ke daratan kira-kira pukul lapan malam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mayat itu dipercayai terendam di dalam air laut lebih seminggu berikutan keadaannya yang telah mereput hingga tinggal tulang di beberapa bahagian.
“Mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan polis akan mengesan warisnya untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Mior Faridalathrash berkata, buat masa ini kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
Beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga dengan identiti sedemikian hadir ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. – Bernama
Fesyen terkini Sazzy Falak yang nampak ketiak ~ Perihal Negara
Nampaknya, pada ketika ramai artis wanita tempatan berlumba-lumba untuk berubah ke arah kebaikan dengan memakai tudung, tidak kurang juga kalangan artis yang semakin ghairah mempamerkan fesyen-fesyen singkat dan agak seksi.
Mungkin itulah cara pemakaian yang dirasakan selesa untuk sentiasa kelihatan anggun, cantik dan jelita pada pandangan umum. Tidak dinafikan, Sazzy Falak adalah salah seorang daripadanya. Kalau dilihat pada sekeping gambar di bawah, penampilan pelakon ini sangat hebat dan menakjubkan.
Kecantikan luaran Sazzy begitu menyerlah sehingga beliau dikatakan tidak ubah seperti wanita yang baru berusia 18 tahun. Pasti ramai jejaka di luar sana tidak senang duduk melihat fesyen terbaru Sazzy dan terpikat pada pandangan pertama, tak gitu?
Gambar terkini Najwa Latif yang semakin berisi ~ Perihal Negara
Sejak menamatkan peperiksaan SPM dan mendapat keputusan yang agak baik tahun lepas, penampilan terkini Najwa Latif agak berubah sedikit walaupun masih mengekalkan imej bertudungnya.
Gambar terkini Najwa Latif yang semakin berisi , info, artis, hiburan,
Melalui dua keping gambar yang dikongsikan oleh portal buahmulut, badan Najwa Latif dilihat agak berisi berbanding sebelum ini.
Perubahan paling ketara terdapat pada fizikal Najwa ialah pembesaran mendadak bahagian punggung dan pahanya.
Penulis akui cukup terkejut kerana tidak menyangka punggung dan pahanya begitu besar, seolah-olah tidak sesuai dengan ketinggian yang dimilikinya. Apapun, Najwa tetap cantik dan menawan malah bentuk badannya lebih menciut hati para jejaka di luar sana.
Asyik dibelai tak sedar diserbu
PETALING JAYA: Tiga puluh empat gadis pelayan pelanggan (GRO) termasuk 18 warga tempatan ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Kota Damansara di sini, tengah malam tadi.
Serbuan yang dijalankan 13 pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu turut menahan 16 GRO warga Thailand.
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Mohd Nazri Daud berkata, pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen.
“Semua yang ditahan berusia antara 22 hingga 38 tahun. Ketika serbuan terdapat 50 pelanggan sedang leka berhibur di pusat yang dibuka dari 6 petang hingga 4 pagi,” katanya.
Beliau berkata, mereka yang ditahan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen dan Seksyen 55b Akta Imigresen.
Sumber: Harian Metro
Pemilik Salon Disamun, Ditikam Pelanggan Sendiri Di Ipoh
IPOH – Seorang pemilik salun rambut cedera di perut akibat ditikam pelanggan di premisnya di Jalan Silibin di sini, pada Jumaat.
Wanita yang berusia lingkungan 40-an itu yang enggan dikenali berkata kejadian berlaku pada tengah hari tadi selepas beliau selesai menggunting rambut seorang lelaki berumur sekitar 20-an.
“Selepas saya selesai menggunting rambutnya, lelaki itu berdolak-dalik apabila saya meminta bayaran daripadanya dan sebaliknya dia mengugut saya supaya menyerahkan wang,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya mengamuk dan memukulnya kerana enggan menyerahkan wang.
“Kami bergelut dan dia mengeluarkan pisau untuk menikam perut saya,” katanya.
Wanita tersebut berkata lelaki itu panik dan terus melarikan diri apabila beliau menjerit meminta tolong.
Mangsa kemudiannya mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman mengesahkan kejadian itu dan pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: mStar
SEGERA: Penumpang AirAsia X Dari Jeddah Meninggal Dunia Dalam Pesawat!
KUALA LUMPUR – Seorang penumpang disahkan meninggal dunia semasa berada dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah pada Jumaat.
AirAsia X Berhad dalam satu kenyataan ringkas kepada Astro AWANI mengesahkan laporan ini serta memberitahu bahawa ahli keluarga penumpang tersebut serta pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai perkara ini.
“Kami sedang menyediakan segala jenis bantuan yang diperlukan ketika ini,” kata kenyataan tersebut.
Punca kematian belum dapat dikenal pasti.
Sumber: Astro Awani
Chong Wei Dan Nicol Sekali Lagi Tercalon
KUALA LUMPUR – Dua tokoh sukan tersohor negara berpangkat Datuk, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David sekali lagi menghiasi senarai calon untuk Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara 2013.
Biarpun memenangi anugerah tersebut beberapa kali sebelum ini namun pemain nombor satu dunia dalam sukan badminton dan skuasy itu masih memahat nama di persada sukan antarabangsa sepanjang tahun lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh berkata 10 atlet dicalonkan untuk merebut gelaran Olahragawan manakala lapan untuk anugerah Olahragawati Negara.
“Pemilihan calon Olahragawan dan Olahragawati adalah mencabar memandangkan setiap calon telah membuktikan kejayaan masing-masing sepanjang tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2012.
Antara calon yang bakal mencabar Chong Wei ialah atlet bina badan negara Sazali Samad, Lim Chee Wei (karate), Benjamin Khor (menembak) dan atlet olahraga Mohd Jironi Riduan.
Nicol, yang memenangi anugerah itu sebanyak lapan kali dalam tempoh 11 tahun, akan dicabar oleh penyandang Pandelela Rinong (terjun), Diana Bong (wushu), Kelly Tan (golf) dan atlet olahraga Casier Renee Kelly Lee.
Selain anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara, sembilan lagi anugerah dipertandingkan termasuk pasukan kebangsaan lelaki dan wanita, olahragawan dan olahragawati paralimpik, jurulatih lelaki dan wanita kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.
Jawatankuasa itu dianggotai 20 individu terdiri daripada wakil Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) serta wakil media.
Mengulas mengenai penyertaan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dalam anugerah berkenaan, Jamil berkata hanya 19 daripada 47 buah persatuan dan Majlis Paralimpik Malaysia mengemukakan pencalonan atlet masing-masing.
Beliau berkata Anugerah TM Team yang dipilih oleh peminat sukan tanah air melalui undian laman sosial, bakal memberikan kelainan kepada anugerah sukan terbesar di negara ini.
Antara kriteria penyertaan anugerah TM Team ialah kesemua atlet adalah calon melainkan mereka (atlet) yang telah tercalon dalam 11 kategori yang dipertandingkan pada anugerah sukan tahunan berkenaan.
Sumber: Bernama
Brian Lamar, Cium Bibir Pembaca Berita TV3
SEWAKTU di sidang media pada Khamis lalu, MD sempat bertanyakan kepada Brian McKnight kalau-kalau ada kejutan yang akan diberikan kepada peminat-peminat pada konsertnya nanti. Tapi jawab bintang sensasi antarabangsa kelahiran Buffalo, New York, Amerika Syarikat ini, beliau hanya akan menyanyi saja selama dua jam dan tidak ada apa-apa kejutan untuk penonton- penontonnya.
Namun penyanyi R&B ini ternyata ‘berbohong!’. Sebab, pada konsertnya yang berlangsung di PWTC pada Jumaat (malam tadi), Brian bukan saja berjaya memukau seramai 2000 penonton malah penyanyi berusia 45 tahun ini turut memberikan beberapa kejutan kepada peminat-peminatnya.
Memulakan persembahan pada jam 8.45 malam, Brian mendendangkan lagu ‘Find Myself’, ‘Dont Stop’. Suasana terus hangat apabila dia yang muncul di tengah pentas sempat menarik dan bergelek seksi bersama gitaris dan basist-nya sebelum memulakan nyanyian. Aksinya itu nyata membuatkan seluruh dewan merdeka gamat dengan sorakan para penonton.
Terus buat peminat tidak keruan apabila terus dipersembahkannya lagu ‘Love of My Life’, ‘Only One’. Saat ini, ramai penonton yang ikut sama menyanyi sambil bertepuk tangan.
“Hai Kuala Lumpur!!! Lama tidak ke sini sejak menjejakkan kaki pertama kali pada tahun 2000. Ketika itu, saya dapat rasakan yang saya akan kembali lagi ke sini satu hari nanti. Ya! saya yakin saya akan kembali semula ke sini untuk persembahan yang lebih besar. Dan hari ini saya kembali, di hadapan anda semua. Saya cukup gembira dan teruja. Kepada anda ingat juga pada yang mungkin tak ingat, nama saya… Brian McKnight”, sapa Brian sambil tersenyum lebar sebelum meneruskan persembahan.
Tidak cukup membuai penonton dengan vokalnya yang lunak, dalam pada dia menyanyi, sesekali Brian tanpa segan silu mempamer gelagat-gelagatnya yang melucukan. Sekaligus mengundang gelak-tawa audience. Bukan saja Brian, pemuzik iringannya juga turut membuat aksi-aksi melucukan.
‘Kejutan’ seterusnya, Brian mempelwa seorang penonton naik ke pentas dan MD difahamkan peminat bertuah yang terpilih itu bernama Anita, pembaca berita Nightline, TV3.
Brian sempat bertanyakan kepada gadis tersebut sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki atau tidak. Anita menjawab, “sudah”. Lalu Brian berkata, “kalau begitu, boleh tak benarkan saya jadi teman lelaki awak untuk 5, 6 minit ini saja?”, “Boleh”, jawab Anita sambil tersenyum.
Kemudian Brian terus mendedangkan lagu Another You sambil bersungguh-sungguh dengan gaya seperti dia melamar personaliti TV3 itu sambil memberikan sejambak bunga. Tersipu-sipulah Anita dibuatnya. Dalam keasyikan penonton melihat aksi Brian ‘mencairkan hati ‘ Anita, (dengan gaya gentleman) tiba-tiba suasana dewan bertukar gamat apabila Brian bertindak mencium bibir Anita. Terkejut dengan tindakan penyanyi itu, Anita bagaimanapun dilihat cuba mengelak.
Dan kemudian malam konsert yang diberi nama ‘More Than Words- An Intimate Evening with Brian McKnight’ anjuran Jag Live Concert ini diteruskan dengan dendangan lagu seperti ‘Crazy Love’, ‘My Kind Girl’, ’6,8,12′. Pada konsertnya itu, penghibur yang berkebolehan memainkan lapan alat muzik ini turut mempamerkan kebolehannya bermain gitar dan piano.
Antara lagu lain yang turut diperdengarkan seperti ‘Rest Of My Life’, ‘Back at One’, ‘Fall’, ‘Made For Love’ dan Brian mengakhiri persembahannya pada jam 10.30 malam dengan lagu ‘Still’.
Turut kelihatan pada konsert ini, barisan artis popular tempatan seperti Anuar Zain, Noryn Aziz, Shasha (Elite) Lisa Surihani dan suaminya, Yusry.
Kredit foto-foto : Selebriti Online
Sumber: Malaysian Digest
Pesawat penumpang AS hampir berlanggar dengan UAV
SAN FRANCISCO: Sebuah pesawat penumpang hampir berlanggar dengan pesawat kawalan jauh (UAV) kecil di ruang udara Florida pada Mac lalu, menurut pegawai Pentadbiran Udara Persekutuan (FAA).
Jim Williams, dari bahagian pesawat kawalan jauh FAA, mengesahkan kejadian itu pada persidangan UAV di San Francisco ketika memberi contoh mengenai risiko penggunaan pesawat berkenaan.
“Risiko untuk UAV kecil disedut masuk ke dalam enjin pesawat penumpang adalah benar,” katanya.
Kejadian itu dilaporkan kepada pusat kawalan udara pada 22 Mac oleh juruterbang pesawat American Airlines Yang sedang menghampiri landasan Tallahassee untuk mendarat ketika dalam penerbangan dari Charlotte, Carolina Utara.
Sumber: AP & Harian Blogger
Treler balak terbalik halang laluan
GUA MUSANG - Seorang pemandu treler berusia 50-an terselamat apabila kenderaan yang sarat dengan muatan balak terbalik di selekoh simpang tiga Bandar Baru berhadapan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, di sini, petang kelmarin.
Berikutan kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, jalan utama ke Bandar Baru ditutup lebih dua jam untuk kerja mengalihkan kayu balak dan treler tersebut.
Difahamkan, kenderaan itu dari laluan Kuala Betis untuk menghantar kayu balak ke sebuah kilang papan tetapi hilang kawalan dan terbalik.
Saksi kejadian, Muhamad Jamillah, 42, berkata, ketika kejadian tiada pengguna melalui kawasan tersebut.
"Berpuluh kayu balak jatuh melintang jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Mujur pemandu selamat," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Doktor Haiwan Dituduh Seksa Anjing
AUSTIN, Texas – Seorang ahli veterinar berdepan tuduhan kerana melakukan jenayah terhadap haiwan apabila membiarkan seekor anjing terus hidup, walaupun sepatutnya dibunuh dengan alasan ‘terlalu sibuk’, sekali gus gagal mematuhi kehendak pemilik haiwan berkenaan.
Dr Millard “Lou” Tierce berkata, dia kini insaf dan akan memenuhi kehendak mana-mana pemilik haiwan peliharaan selepas kejadian itu.
“Saya tidak berhak campur tangan jika pemilik haiwan memutuskan untuk membunuh haiwan mereka,” katanya dalam perbicaraan di Lembaga Pemeriksaan Perubatan Veterinar Texas, Khamis.
Perbicaraan itu dibuat bagi menilai sama ada lesen Tierce perlu dibatalkan atau tidak atas kecuaiannya sebelum ini. Ketika ini lesen Tierce digantung.
Dokumen difail lembaga itu menunjukkan kegagalan Tierce menjalankan tugasnya dengan sekurang-kurangnya empat haiwan peliharaan yang sepatutnya dibunuh, terus dibiar hidup di kliniknya.
Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai masalah di Klinik Haiwan Bowie Camp itu selepas seorang juruteknik menghubungi pemilih haiwan seekor anjing berusia lima tahun – bernama Sid – yang sepatutnya dimatikan pada Oktober 2013 tetapi dibiarkan terus hidup sebagai bahan uji kaji.
Sid dibawa ke klinik itu di Fort Worth pada Mei 2013 selepas menunjukkan masalah kesihatan pada kelenjar duburnya.
Selepas lima bulan mendapatkan rawatan, pemilik Sid memutuskan untuk membunuh Sid kerana anjing itu tidak lagi mampu berjalan.
“Pemilik Sid mengucapkan selamat tinggal kepada Sid selepas diberitahu tiada rawatan yang boleh dilakukan ke atasnya,” kata dokumen difail kepada lembaga itu.
Namun Tierce tidak membunuh Sid kerana dia tidak memiliki peti sejuk lebih besar bagi menyimpan bangkai anjing berkenaan, selain terlalu sibuk untuk menanam bangkai berkenaan.
Tierce berkata Sid pernah sekali digunakan untuk pemindahan darah namun pemiliknya, Jamie dan Marian Harris mendakwa anjing mereka digunakan untuk tujuan itu beberapa kali.
Sid juga dijadikan bahan uji kaji perubatan.
Anjing itu ditemui dalam sangkar dan dikembalikan kepada pemiliknya.
Sumber: mStar
10 Buah Rumah Dibina dalam Masa 24 Jam dengan Menggunakan Pencetak 3D
Rumah dibina daripada pencetak 3D adalah lebih cepat dan murah
SEBUAH syarikat pembinaan dari China telah menggunakan pencetak 3D gergasi untuk membina 10 buah rumah teres dalam masa hanya 24 jam.
WinSun New Material menggunakan pencetak setinggi 6.6 meter, 10 meter lebar dan 150 meter panjang serta dakwat yang digunakan diperbuat daripada gabungan simen dan kaca gentian.
Ketua Eksekutif WinSun, Ma Yihe berkata pihaknya telah membangunkan 10 buah rumah seluas 200 meter persegi dan membelanjakan lebih AS$3.2 juta (RM10 juta) untuk pencetak 3D berkenaan.
"Kami boleh mencetak pelbagai bangunan kepada mana-mana reka bentuk digital yang diberi pelanggan kepada kami. Cara ini lebih cepat dan murah,"katanya dipetik BBC
Beliau juga berharap pencetak itu boleh digunakan untuk membina bangunan pencakar langit pada masa akan datang.
Pencetak 3D telah mula digunakan sejak beberapa tahun lalu dan ia biasanya digunakan untuk membuat model, prototaip, bahagian pesawat serta barangan lebih kecil seperti barang kemas.
Sumber: Sinar Online
Belon Udara Panas Terbakar dan Terjunam Di Pesta
CAROLINE COUNTY - Satu kemalangan belon udara panas telah dilaporkan malam tadi di Pesta Belon Atlantik. Kemalangan itu pertama kali dilaporkan oleh penonton di Facebook, dan polis mengesahkan mereka juga telah menerima panggilan dan menuju ke tempat kejadian.
Satu sidang akhbar dijangka tidak lama lagi. Kejadian itu dilaporkan berlaku berhampiran Carmel Church Road. Ini adalah acara yang julung kali diadakan. Saksi memberitahu bahawa mungkin dua belon terbang ke arah kabel elektrik dan terbakar. Terdapat laporan di media sosial mangsa belum dikenal pasti pada buat masa ini.
Polis Virginia mengesahkan mereka telah menerima laporan kemalangan belon udara panas berhampiran Meadow Event Park di Caroline County. Polis negeri bertindak menuju ke kawasan tersebut untuk mencari belon terhempas. "Pada masa ini kita tidak mempunyai pengesahan kecederaan atau kematian", kata polis. Caroline County sheriff Tony Lippa memberitahu wartawan CBS 6, Jon Burkett bahawa mereka telah meminta bantuan dari Henrico County dan polis negeri, tetapi telah mendapati tiada bukti kemalangan belon.
Sumber: WTVR
Tusuk Gunting Di Kepala Sendiri Untuk Bunuh Diri
CHINA – Seorang wanita warga emas yang menghidap kanser paru-paru tekad menikam kepalanya dengan gunting bertujuan untuk membunuh diri.
Tujuannya hanya satu, tidak mahu anak perempuannya menanggung beban kewangan bagi memelihara dan mengubati penyakitnya itu.
Namun keadaan sebaliknya berlaku. Proses membunuh dirinya itu tidak berjaya selepas dia berjaya diselamatkan oleh doktor.
Bagaimanapun tindakannya itu bukan mengurangkan beban kewangan anak perempuannya, malah menambahkan lagi hutangnya anaknya.
Apa tidaknya, kos pembedahan bagi membuang gunting tersebut menelan perbelanjaan sebanyak RM163,000.
Wanita warga emas yang tidak didedahkan identiti itu berasal dari Shenyang dan disahkan menghidap kanser paru-paru sejak setahun setengah lalu.
Satu hari, ketika dia berseorangan di rumah, wanita itu telah menikam gunting di kepalanya. Gunting itu telah tertusuk seinci ke dalam tengkoraknya.
Gunting itu berjaya dibuang selepas pembedahan selama beberapa jam.
Sumber: My News Hub
Toreh Badan Sendiri: Seni Atau Kebodohan?
CHINA – Seni atau kebodohan? Itu persoalan yang muncul apabila seorang artis, He Yunchang sanggup menahan kesakitan dalam prosedur membuang satu tulang rusuknya, yang kemudian tulang itu dijadikan sebagai rantai leher.
Dengan dipantau oleh doktor, dia menggunakan pisau dan menghiris badannya sendiri dari leher hingga ke paha dan merakamkan dalam kamera.
Yunchang tidak menggunakan ubat bius dan menjalani prosedur tersebut dalam keadaan sedar, dengan menahan kesakitan.
Dia melakukan perbuatan berkenaan bertujuan untuk memfokus kepada ketegangan antara individu dan China.
Dilahirkan pada 1967, dia kini merupakan salah seorang daripada artis utama di China, dan terkenal kerana sanggup melakukan prosedur untuk menguji ketahanan dan kekuatan dalamannya.
Yungchang pernah menguji dirinya dengan berada dalam konkrit selama 24 jam, cuba memotong dirinya sambil menggantungkan diri dari kren.
“China mempunyai masyarakat yang kompleks justeru adalah penting anda menggunakan badan sendiri untuk menghadapi realiti ini,’’ katanya.
Sumber: My News Hub
Pengadil Wanita Yang Cantik Jadi Sensasi Internet
BRAZIL – Jarang pengadil mendapat perhatian dan menjadi sensasi internet, kecuali jika dia melakukan sesuatu yang menyebabkan pemain atau penyokong pasukan bola sepak tidak berpuas hati dalam permainan tersebut.
Namun berbeza dengan Fernanda Colombo Uliana, yang nyata menjadi perhatian disebabkan memiliki wajah yang cantik dan badan yang menarik.
Wanita berusia 25 tahun itu adalah penolong pengadil di Brazil, namun dia menjadi tumpuan ketika perlawanan Copa do Brasil ketika Sao Paulo menewaskan CRB 3-0.
Dan pada Ahad ini, dia akan bertugas ketika perlawanan antara Atletico Mineiro menentang Cruzeiro.
Bagaimanapun Uliana, yang merupakan antara wanita yang berjaya menempatkan diri dalam bidang yang didominasikan oleh lelaki ini, mahu dikenali kerana tugas yang dijalankannya.
Bukan terkenal disebabkan rupa paras semata-mata.
Minggu lalu, Helena Costa menjadi wanita pertama yang mengetuai salah satu kelab dalam liga Eropah, iaitu Clermont Foot di Perancis.
Sumber: My News Hub
Dua Artis Terima 'Datuk Naning' Marah Dikutuk
PETALING JAYA: Dua artis yang menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk daripada puak adat pepatih Naning berasa terkilan apabila ia dipersendakan oleh sesetengah pihak.
Kedua-dua artis berkenaan iaitu Pian (Cecupak) dan Boy Iman menjelaskan adalah tidak wajar mereka dijadikan bahan jenaka kerana keputusan menerima gelaran itu hanya sebagai menghormati permintaan puak tersebut.
“Saya marah dengan mereka yang mempersendakan dan mengutuk tentang peribadi saya serta mempersoalkan gelaran ini tanpa bertanya terlebih dahulu.
“Sudahlah saya dipinggirkan daripada industri seni, kini mereka keji dan melemparkan kata-kata hinaan dengan menjadikan saya sebagai bahan jenaka mereka serta mengungkit kisah lama saya,” ujar Pian dengan nada kesal kepada mStar Online.
Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan pelakon komedi Pian (Cecupak), Boy Iman dan penyanyi Nash dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) yang membawa gelaran Datuk.
Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 4 Mei lalu.
Tindakan Pian dan Boy Iman memuat naik gambar-gambar mereka menerima anugerah berkenaan di laman sosial masing-masing mendapat kritikan banyak pihak kerana gelaran berkenaan dikatakan tidak sah.
Ia mengakibatkan kedua-dua mereka melepaskan rasa tidak puas hati di laman sosial masing-masing sebagai menjawab tuduhan berkenaan.
Dalam pada itu Pian atau nama sebenar Mohd Rafiq Abdul Rahman, 44, berkata, dia tidak pernah berharap atau meminta untuk diberikan gelaran tersebut.
“Bukan saya yang minta atau bayar untuk dapatkan gelaran itu, namun jika pihak mereka ingin memberikannya, saya tidak boleh menolak kerana saya menghormati mereka yang banyak memberi peluang pekerjaan kepada saya selama ini.
“Saya tidak kisah orang ingin iktiraf atau tidak gelaran itu kerana saya menghormati sejarah mereka dahulu, lagi pula saya hanya akan guna gelaran ini pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan puak itu sahaja,” ujarnya.
Pian berkata, dia menerima gelaran itu berikutan sumbangan yang diberikan atas kerja-kerja amal yang dilakukan bersama pihak berkenaan.
Dia juga mempunyai beberapa perancangan dalam membesarkan perniagaan kuah rojaknya bersama koperasi yang dimiliki oleh puak Naning berkenaan.
Sementara itu, pelakon Nurol Iman Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Boy Iman menganggap penganugerahan yang diberikan kepada beberapa selebriti termasuk dirinya adalah bagi membolehkan pihak berkenaan mendapat publisiti tentang wujudnya puak itu dalam masyarakat.
“Saya tidak kisah tentang panggilan atau gelaran tersebut, bagi saya penganugerahan yang mereka berikan adalah satu penghormatan terhadap saya atas sumbangan saya kepada mereka.
“Mungkin bagi mereka penganugerahan tersebut dibuat kepada artis adalah untuk membolehkan masyarakat sedar tentang kewujudan mereka dalam masyarakat kita,” katanya.
Dalam pada itu, Boy turut berharap agar masyarakat tidak mempersendakan dan terus menghentamnya secara terbuka di laman-laman sosial tentang perkara ini.
Sementara itu The Star pada 27 Jun 2013 melaporkan, anugerah yang diberikan oleh ketua-ketua wilayah dan pemimpin-pemimpin tradisional mana-mana negeri tidak diiktiraf di negara ini melainkan kurniaan Yang di- Pertuan Agong dan ketua-ketua kerjaaan negeri.
Akhbar Utusan Malaysia pada pada 30 Mei 2011 turut memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menjelaskan anugerah dan gelaran yang disampaikan oleh kumpulan berkenaan adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.
Pihak berkenaan pula mendakwa anugerah itu adalah sah dalam adat pepatih Naning dan tidak menyalahi undang-undang selain tiada kaitan dengan kerajaan negeri mahupun persekutuan.
Sumber: mStar
Cantik Tak Bontot Saya? Jogging Sampai Kentut, Tagline Panas Sharifah Sakinah
Sememangnya Sharifah Sakinah tidak pernah lekang daripada berdepan dengan kontroversi. Sebelum ini beliau pernah dikecam peminat kerana memuatnaik foto-foto bahagian perut dan punggungnya yang seksi.
Meskipun kontroversi itu belum reda sepenuhnya , sekali lagi Sharifah tampil pula dengan beberapa design t-shirt untuk program fitness yang dikelolakan olehnya dengan tagline yang agak gila berbunyi Cantik Tak Bontot Saya dan Joging Sampai Kentut.
Tagline yang dihasilkan Sharifah itu telah mendapat kecaman dari segelintir peminat kerana mereka merasakan ianya tidak sesuai untuk golongan wanita dan menggalakkan orang memandang ke tempat yang tidak sepatutnya.
Mungkin niat Sakinah hanya untuk menaikkan semangat pengikutnya bagi memiliki badan yang sihat dan mantap, namun tagline yang digunakan agak keterlaluan dan mengundang kemarahan segelintir peminatnya.
Tagline itu kemudian dikecam peminatnya di Insta kerana tidak bersesuaian dengan program yang mensasarkan golongan wanita dan ia bakal menarik perhatian ramai terutama kaum Adam untuk memandang bentuk punggung si pemakai baju. Gambar penuh di bawah ini.
2 remaja ditahan kes buang bayi
GEORGETOWN - Polis menahan sepasang kekasih berusia 16 dan 18 tahun bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki dalam pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pelajar perempuan tingkatan empat itu ditahan di rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin tiga jam selepas mayat berkenaan ditemui.
Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja perempuan itu pergi ke klinik berkenaan pada Selasa lalu selepas mengadu sakit perut dan ditemani ayahnya.
“Ketika sedang diperiksa doktor, remaja itu memberitahu sakit perut dan mahu ke tandas.
“Ketika di tandas dia dipercayai melahirkan bayi itu,” katanya kepada Sinar Harian.
ARTIKEL BERKAITAN: [ Mayat bayi lelaki dalam pam tandas]
Mazlan berkata, mungkin disebabkan panik dengan bunyi tangisan bayi itu, remaja itu bertindak memasukkan bayi yang tidak cukup bulan itu ke dalam pam tandas sebelum menuju ke kereta bapanya.
Katanya, pelajar terbabit turut tidak memaklumkan kejadian kepada bapanya kerana bimbang rahsianya terbongkar.
“Kita berjaya mengesan remaja itu selepas orang awam menjumpai mayat bayi itu dan siasatan mendapati pelajar berkenaan melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 18 tahun hingga mengandung.
“Remaja itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.
Mazlan berkata, polis juga menahan teman lelakinya di Butterworth, tengah hari semalam.
Katanya, dia direman empat hari bagi membantu siasatan.
Masalah pintu kargo, pesawat SIA patah balik
SINGAPURA - Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) ke Hong Kong berpatah balik dan terpaksa diganti selepas menerima isyarat amaran berkaitan pintu kargo.
Akhbar tempatan, The Straits Times (ST) melaporkan Penerbangan SQ866, sebuah pesawat superjumbo Airbus A380 sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Hong Kong apabila lampu amaran berkaitan pintu kargo, diterima.
"Maka juruterbang memutuskan untuk berpatah balik ke Singapura," ST melaporkan dengan memetik seorang jurucakap SIA pada Jumaat.
Jurucakap itu berkata pintu kargo pesawat itu bagaimanapun, didapati tertutup ketika pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Changi pada 2.20 petang, waktu tempatan.
Tiada seorang pun cedera dan siasatan kenapa penggera telah dihidupkan sedang dijalankan.
Sebuah pesawat gantian dengan kru yang sama berlepas pada 5.18 petang dan dijangka tiba di Hong Kong pada 8.40 malam, lebih tiga jam setengah lewat daripada jadual waktu ketibaan asal. - Bernama
Lebih 60 peratus umat Islam tunai zakat pendapatan
KUALA LUMPUR - Lebih 60 peratus daripada 194,997 umat Islam yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunaikan tanggungjawab mereka dengan membayar zakat pendapatan tahun lepas.
Pengurus Besar Operasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Mohammed Hassan berkata hanya 34.4 peratus atau 67,078 umat Islam sahaja masih belum berbuat demikian.
Beliau berkata walaupun pembayaran zakat pendapatan tidak diwajibkan, namun umat Islam harus mengambil berat mengenai rukun Islam ketiga itu supaya pendapatan mereka diberkati Allah swt.
Selain itu, katanya pembayaran zakat memudahkan pentadbir mengurus pengagihan kembali wang zakat kepada golongan asnaf yang miskin dan memerlukan.
"Seseorang itu tidak membayar zakat mungkin kerana kurangnya kesedaran mengenai tanggungjawab membayar zakat pendapatan atau mungkin membayar zakat di negeri berlainan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mohammed berkata pembayaran zakat pendapatan boleh dibuat menerusi potongan gaji bulanan, pembayaran secara manual dan elektronik menerusi institusi kewangan terpilih.
Beliau berkata zakat itu tidak harus dilihat sebagai beban kerana kadar 2.5 peratus yang ditetapkan itu boleh dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Umat Islam juga boleh memohon pembayaran zakat menerusi potongan gaji mengikut Skim Thohir di laman sesawang www.zakat.com.my .
Menurutnya PPZ-MAIWP sentiasa mengadakan program kesedaran membayar zakat kepada umat Islam dengan harapan lebih ramai yang tampil menunaikan tanggungjawab mereka.
Dari Januari hingga April tahun ini, PPZ-MAIWP mengutip sebanyak RM104.32 juta daripada 83,194 orang.
"PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM313 juta daripada 91,800 orang tahun ini," katanya.
Tahun lepas, ia memperoleh RM270.4 juta berbanding RM223.45 juta pada 2012. Selain itu, bilangan pembayar zakat juga meningkat 11 peratus kepada 84,007 orang tahun lepas berbanding 75,403 orang pada 2012. - Bernama
Lebih 60 peratus umat Islam tunai zakat pendapatan
KUALA LUMPUR - Lebih 60 peratus daripada 194,997 umat Islam yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunaikan tanggungjawab mereka dengan membayar zakat pendapatan tahun lepas.
Pengurus Besar Operasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Mohammed Hassan berkata hanya 34.4 peratus atau 67,078 umat Islam sahaja masih belum berbuat demikian.
Beliau berkata walaupun pembayaran zakat pendapatan tidak diwajibkan, namun umat Islam harus mengambil berat mengenai rukun Islam ketiga itu supaya pendapatan mereka diberkati Allah swt.
Selain itu, katanya pembayaran zakat memudahkan pentadbir mengurus pengagihan kembali wang zakat kepada golongan asnaf yang miskin dan memerlukan.
"Seseorang itu tidak membayar zakat mungkin kerana kurangnya kesedaran mengenai tanggungjawab membayar zakat pendapatan atau mungkin membayar zakat di negeri berlainan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mohammed berkata pembayaran zakat pendapatan boleh dibuat menerusi potongan gaji bulanan, pembayaran secara manual dan elektronik menerusi institusi kewangan terpilih.
Beliau berkata zakat itu tidak harus dilihat sebagai beban kerana kadar 2.5 peratus yang ditetapkan itu boleh dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Umat Islam juga boleh memohon pembayaran zakat menerusi potongan gaji mengikut Skim Thohir di laman sesawang www.zakat.com.my .
Menurutnya PPZ-MAIWP sentiasa mengadakan program kesedaran membayar zakat kepada umat Islam dengan harapan lebih ramai yang tampil menunaikan tanggungjawab mereka.
Dari Januari hingga April tahun ini, PPZ-MAIWP mengutip sebanyak RM104.32 juta daripada 83,194 orang.
"PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM313 juta daripada 91,800 orang tahun ini," katanya.
Tahun lepas, ia memperoleh RM270.4 juta berbanding RM223.45 juta pada 2012. Selain itu, bilangan pembayar zakat juga meningkat 11 peratus kepada 84,007 orang tahun lepas berbanding 75,403 orang pada 2012. - Bernama
Pelajar perempuan tingkatan 1 hilang sejak April
Pelajar tingkatan satu, Faizaitul Aika Adli, 13, dilaporkan hilang sejak April lepas. Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zakaria Yusuf berkata pelajar tersebut yang menetap di Kerayong, di Kuantan disedari hilang oleh ibunya pada 7 April lepas kira-kira 10 pagi semasa memeriksa biliknya. Pihak polis meminta sesiapa yang terjumpa dengan pelajar terbabit, diminta segera menghubungi Insp Rahman Kossim di talian 019-9175503 atau Sarjan Rohaya Mohammad (019-2745650) atau Ibu Pejabat Polis Daerah Bera (09-2508222) atau di mana-mana balai polis berdekatan. - Foto Bernama
KUANTAN - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Bera dilaporkan hilang sejak April lepas.
Ketua Polis Daerah Bera Deputi Superintendan Zakaria Yusuf berkata Faizaitul Aika Adli, 13, yang menetap di Kerayong, Bera disedari hilang oleh ibunya pada kira-kira 10 pagi, 7 April lepas semasa memeriksa bilik anak perempuannya itu.
"Menurut ibu pelajar yang berusia 40-an itu, pada malam sebelum kejadian, mereka sempat menonton televisyen bersama dan kehilangannya anaknya hanya disedari setelah masuk memeriksa lampu bilik anaknya yang masih terpasang," katanya kepada Bernama hari ini.
Zakaria berkata setelah melakukan pemeriksaan, wanita itu mendapati beberapa pakaian anaknya tiada dan mengesyaki anaknya melarikan diri.
Sehubungan itu, Zakaria meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali pelajar berkenaan supaya menghubungi Inspektor Rahman Kossim di talian 019-9175503 atau Sarjan Rohaya Mohammad (019-2745650) atau Ibu Pejabat Polis Daerah Bera (09-2508222) atau mana-mana balai polis berdekatan. - Bernama
Dipenjara, denda kerana ugut pekerja TNB
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki hari ini dipenjara lima hari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengugut pemeriksa meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang bertugas.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan James A/L Rajandran menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangka pada 4 Mei lepas.
Beliau juga memerintahkan supaya James dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda itu.
Dia didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Mohd Rafizi Mohd Razali dengan cara mengugut mahu menyerangnya dengan tujuan untuk menakutkannya di Tingkat 12, Blok 28, Taman Sri Murni, Sentul pada 11.20 pagi, 4 Mei lepas.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling, tertuduh cuba menyerang mangsa dengan menggunakan kapak ketika Mohd Rafizi hendak mencabut sambungan meter haram yang dipasang di kediamannya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. - Bernama
Pemuda Gerakan Sandakan lapor polis presiden Isma
SANDAKAN - Pemuda Parti Gerakan Bahagian Sandakan hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Ikatan Islam dan Melayu (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman yang didakwa boleh mencetuskan isu perkauman.
Timbalan Ketua Pemuda Parti Gerakan Sabah, Chan Tzun Hei berkata laporan polis dibuat untuk meminta pihak polis untuk menahan dan menyiasat Abdullah Zaik di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Gerakan Bahagian Sandakan berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Zaik yang dimuat naik di laman web rasmi Isma adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan orang bukan Melayu.
Semua masyarakat Malaysia berbangga dengan keharmonian kaum yang dinikmati sejak sekian lama dan mana-mana individu tidak patut mengungkit isu perkauman yang sensitif seperti ini, katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sandakan di sini hari ini. - Bernama
Abdullah Zaik: Pihak lapor polis hipokrit
BANGI - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman mengesahkan beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dua laporan polis terhadapnya di pejabatnya, di sini, semalam.
Katanya, laporan polis itu dibuat berhubung kenyataannya baru-baru ini berhubung 'kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan'.
"Saya sahkan pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap saya, semalam.
"Keterangan lebih dua jam itu diambil pihak polis di pejabat saya," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Isma, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu lalu yang mengesahkan bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan terhadapnya susulan kenyataan tersebut di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Siasatan itu dibuat selepas Ketua Biro Undang-Undang MCA, Eric Choo bersama lima ahli yang lain membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada Rabu.
Turut membuat laporan polis ialah DAP yang diwakili Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng serta Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook di balai polis dan hari yang sama.
Malah Isma juga menerima tamparan hebat apabila Pengarah Strategi MIC, S Vell Paari yang mengumpamakan kenyataan NGO itu sebagai penyakit kelamin dan menyifatkan sebagai badut yang tidak menghiburkan.
Mengulas lanjut, Abdullah Zaik mendakwa laporan polis itu dilihat sebagai cubaan untuk menghalang Isma daripada menyatakan pendirian terhadap kepentingan orang Islam dan Melayu.
"Laporan polis itu cubaan menghalang kita dengan menakut-nakutkan kerana mereka sendiri pun menentang Akta Hasutan," katanya.
Abdullah Zaik turut menyifatkan bantahan ahli politik bukan Islam itu sebagai 'hipokrit' dan tidak bermaruah.
"Mereka yang membuat laporan polis itu sebenarnya orang yang sama menentang akta itu, masa dia hendak maki orang, dia minta Akta Hasutan dibubarkan supaya senang mereka maki sesiapa sahaja.
"Bila dia kena kritik, dia buat laporan polis, rujuk pula kepada Akta Hasutan, tak malu kah dia? Tindakan mereka itu terlalu hipokrit," dakwanya lagi.
Zionis halang penduduk Palestin masuk Al-Aqsar, xhabis2 yahudi ni...
Puluhan penduduk Palestin mendirikan solat di luar Masjid Al-Aqsa dengan kawalan polis
BAITULMAQDIS - Rejim Zionis bertindak menghalang penduduk Palestin memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsar, ketika sambutan hari kemerdekaan Israel ke-66 di timur Baitulmaqdis.
Ketua Pengarah Hal Ehwal Al-Aqsa Azzam al-Khatib berkata, Israel melarang umat Islam berusia bawah 50 tahun memasuki masjid itu.
"Akibatnya, puluhan penduduk terpaksa menunaikan solat di pintu utama masjid berkenaan," katanya dipetik PIC
Sementara itu, pasukan perubatan Palestin melaporkan, dua ditahan dan 15 cedera selepas polis anti rusuhan Israel menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan tunjuk perasaan di perkarangan masjid itu.
Ketegangan memuncak di kawasan berkenaan ketika hari cuti umum susulan penduduk Palestin bimbang kemungkinan penganut Yahudi cuba memasuki masjid Al-Aqsa untuk bersembahyang.
Dua pembelot Palestin dihukum mati
GENTING GAZA - Pihak berkuasa Hamas, semalam menjatuhkan hukuman mati terhadap dua penduduk Palestin yang didakwa bersekongkol dengan Israel.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, kedua-dua pembelot itu dipercayai mendedahkan maklumat hingga menyebabkan dua penduduk syahid akibat perbuatan mereka.
"Pengkhianat dikenali sebagai ZR, berumur 40 tahun telah ditembak mati manakala rakan subahatnya, AK berusia 30 tahun digantung sampai mati di satu lokasi berasingan," katanya dipetik Al-Arabiya
Sebelum ini, beberapa pembelot didakwa digunakan rejim Zionis sebagai 'orang dalam' bagi menggagalkan serangan selain membantu rancangan membunuh pemimpin militan di wilayah tersebut.
Tentera tidak perintah Mesir, yerlah tu..
Al-Sisi (kanan) terus melobi dan berkempen sebelum pilihan raya.
KAHERAH - MESIR . Bekas Ketua Tentera Mesir yang juga calon presiden Abdel Fattah Al-Sisi mendakwa tentera tidak akan memerintah negara itu jika beliau memenangi pilihan raya presiden yang dijadualkan 26 dan 27 Mei ini.
Al-Sisi mengeluarkan kenyataan itu ketika meningkatkan kempen pilihan raya dalam usaha melobi media tempatan dan antarabangsa.
“Tentera tidak akan berperanan atau berkuasa jika saya menjadi presiden. Ia tidak akan berlaku sungguh pun pernah terjadi sejak 30 tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, misi tentera juga akan dihadkan sekadar melindungi dan membantu pembangunan sosial negara.
“Saya tidak akan melibatkan tentera dalam politik, jika saya memegang tampuk pimpinan negara,” katanya, dipetik dari laporan Al Ahram.
Kini, penduduk Mesir menganggap Al-Sisi sebagai ‘penyelamat’ dari pergerakan tentera jika beliau menjadi Presiden Mesir.
Inflasi China turun kepada 1.8 peratus pada April
BEIJING - CHINA. Indeks Harga Pengguna (IHP) China, ukuran mengenai inflasi, menurun kepada 1.8 peratus pada April daripada 2.4 peratus pada Mac, menurut Biro Statistik Negara (NBS) pada Jumaat.
Harga makanan meningkat 2.3 peratus tahun ke tahun berbanding 4.1 peratus pada Mac, dengan harga sayuran segar dan daging khinzir, masing-masing turun 9.9 peratus dan 6.6 peratus pada setiap bulan, katanya.
Kerajaan China mengunjurkan inflasi tahunannya berkembang pada 3.5 peratus pada 2014.
Xinhua New Agency memetik pakar ekonomi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC), Niu Li sebagai berkata IHP sederhana merupakan gambaran permintaan keseluruhan yang lemah dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
Niu berkata IHP rendah berikutan ekonomi China menunjukkan tanda-tanda perlahan.
Pertumbuhan ekonomi negara perlahan kepada 7.4 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2014, turun daripada 7.7 peratus dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas. Ia merupakan pertumbuhan tahunan paling perlahan sejak suku ketiga pada 2012.
Sementara itu, data yang dikeluarkan oleh NBS menunjukkan indeks harga pengeluar (PPI) turun dua peratus pada April berbanding tahun sebelumnya, naik daripada 2.3 peratus penurunan pada Mac.
Indeks tersebut, bagi pengukuran harga pemborong, susut 0.2 peratus pada April berbanding bulan sebelumnya. - Bernama
Penulis blog kena 1,000 sebatan, penjara 10 tahun
RIYADH - ARAB SAUDI. Sebuah mahkamah di Arab Saudi, kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 1,000 sebatan ke atas seorang penulis blog yang didakwa murtad selepas didapati bersalah kerana mewujudkan rangkaian liberal secara dalam talian serta menghina Islam.
Sebelum ini, Raef Badawi yang diberkas pada Jun 2012 dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 600 sebatan, namun mahkamah rayuan mengarahkan tertuduh dibicarakan semula.
Hakim turut mengarahkan Raef membayar denda AS$266,000 (RM862,000).
Difahamkan, rangkaian kontroversi diasaskan bersama aktivis, Suad al-Shammari mengisytiharkan 7 Mei 2012 sebagai Hari Liberal dan menggesa menghentikan penguasaan agama dalam kehidupan masyarakat di negara.
Laman blog tersebut juga didakwa melemparkan kritikan pedas terhadap beberapa ulama, Suruhanjaya Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan fatwa yang kononnya didakwa berbahaya kepada Islam, laporan dipetik dari Al-Jazeera.
Piala Dunia: Polis Brazil lancar mogok
RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Anggota polis Brazil telah menuntut faedah lebih baik serta kenaikan gaji dengan melancarkan mogok ketika hanya tinggal 37 hari sebelum negara itu menjadi tuan rumah Piala Dunia, lapor AFP.
Anggota-anggota polis itu turut merancang mengadakan mogok lagi apabila kejohanan itu berlangsung nanti.
Polis persekutuan melancarkan mogok di beberapa bandar yang menjadi lokasi perlawanan Piala Dunia.
Di ibu negara pula, iaitu Brasilia, yang turut menjadi gelanggang perlawanan menyaksikan polis mengelilingi ibu pejabat dan menyekat rakan sekerja mereka daripada masuk.
Mereka juga melancarkan mogok di beberapa bandar wilayah termasuk Fortaleza , Natal dan Porto Alegre .
Polis menerima bayaran antara RM10,400 hingga RM18,850 sebulan sebelum potongan cukai dan caruman keselamatan sosial.
Gunung Slamet meletus 51 kali
PURBALINGGA - INDONESIA. Gunung Berapi Slamet dilaporkan aktif apabila mula meletus sejak kelmarin.
Petugas Pemantauan, Sukedi memaklumkan, gunung berapi terletak di wilayah Jawa Tengah itu meletus 51 kali dengan letusan awal direkodkan pada 11 malam kelmarin dan susulan kedua jam 6.00 pagi semalam.
“Gunung itu mengeluarkan 37 kali gempa hembusan, 14 kali gempa letusan dan satu kali letusan asap disertai api setinggi 100 hingga 200 meter ke udara,” katanya.
Menurutnya, letusan asap putih tebal meletus tiga kali dan mengeluarkan abu ke arah Barat.
“Status Slamet kekal pada tahap tiga meskipun ada penurunan gempa dan letusan,” katanya dipetik Tribunenews
Beliau berkata, semua penduduk tidak dibenarkan melakukan aktiviti dalam radius empat kilometer dari kawasan gunung itu.
Premis pengurup wang disamun RM30,000
Mohd Helmi menunjukkan lakonan semula dua suspek yang menyorok di kaunter.
SUBANG JAYA - Sebuah premis pengurup wang berlesen disamun empat lelaki bertopeng sebelum melarikan wang tunai kira-kira RM30,000 dalam satu kejadian di Jalan SS15/5A Subang Jaya, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, kejadian berlaku kira-kira lima minit setelah premis dibuka oleh seorang pekerjanya.
Katanya, dipercayai suspek memakai topeng serta bersarung tangan masuk ke dalam premis dengan bersenjatakan sebilah parang dan sebatang kuku kambing.
“Suspek berjaya mendapatkan wang namun tidak berpuas hati dengan jumlah itu lalu bertindak melarikan pekerja tersebut dengan sebuah kereta. Mangsa juga dilaporkan dipukul di dalam kereta,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudiannya ditinggalkan di perhentian bas berdekatan kompleks membeli-belah Subang Parade.
“Difahamkan mangsa mengecam dua suspek dan kita dalam proses buat lakaran fotofit. Kes masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, salah seorang kakitangan premis tersebut, Mohd Helmi Hamid, 28, berkata, ketika kejadian, dua suspek bertindak menyorok di bahagian kaunter depan, seorang cuba membuka pintu, manakala seorang lagi menunggu dalam kereta.
“Setelah berjaya masuk, mereka terus mengugut rakan sekerja saya supaya menyerahkan wang tunai yang berada di dalam peti besi,” katanya.
Kelab usang tawar khidmat seks diserbu
Antara pelanggan yang datang berhibur di premis hiburan terbabit kelmarin.
KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan di Taman Connaught, Cheras dikesan bukan sahaja beroperasi secara haram, malah turut menawarkan khidmat seks sebagai tarikan kepada pelanggan yang berkunjung ke premis mereka.
Kegiatan haram pemilik premis bagaimanapun berjaya dibongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu premis terbabit jam 11 malam kelmarin.
Menurut sumber, ketika diserbu terdapat 28 pelanggan yang asyik berhibur dan meneguk minuman keras.
Beliau berkata, polis kemudiannya menahan sembilan pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam berusia dalam lingkungan 20-an, seorang deejay serta juruwang warga tempatan.
"Siasatan mendapati kesemua GRO itu menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
"Selain melayan pelanggan minum dan berhibur, GRO itu turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang berminat," katanya, semalam.
Sumber berkata, pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks hanya perlu membuat tempahan, sebelum membawa GRO itu ke hotel berdekatan.
Menurutnya, kebanyakan pelanggan premis sudah berusia.
"Ketika diserbu, tiga daripada sembilan GRO terbabit sudah ditempah untuk dibawa ke hotel berhampiran," katanya.
Beliau berkata, siasatan menunjukkan premis usang yang tidak mempunyai papan tanda nama itu beroperasi tanpa lesen sejak enam bulan lalu.
Menurutnya, waktu operasi pula bermula jam 6 petang sehingga 3 pagi. Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM227 serta beberapa peralatan perniagaan di premis itu.
Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing dan Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah guna pas lawatan.
Makkah banjir?
SHAH ALAM – Berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di kota Mekah didakwa rosak teruk selepas bandar suci umat Islam itu dilanda hujan lebat selama dua jam pada lewat malam semalam dan ia hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di barat Arab Saudi.
Menurut portal berita Sabq, bencana alam pada lewat malam semalam itu turut menenggelamkan beberapa laluan utama ke bandar tersebut dan menyebabkan kerosakan teruk harta benda yang belum dinilai kerugiannya.
Beberapa keping gambar turut dimuat naik dalam portal tersebut menunjukkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan air deras dan berlanggaran antara satu sama lain.
Turut kelihatan kelibat beberapa orang penduduk Makkah yang bertempiaran menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan mereka.
Namun kesahihan sumber ini tidak dapat pastikan apabila media perdana arus negara itu tidak melaporkan kejadian bencana alam itu.-sinar
Hidayah buat Felixia Yeap
SELALUNYA, berpakaian menutup aurat apatah lagi berhijab sangat sinonim dengan wanita Muslimah.
Tetapi, berlainan pula bagi gadis berbangsa Cina dan pemilik nama Yeap Chin Yee atau lebih mesra disapa sebagai Felixia Yeap ini.
Biarpun pernah digelar simbol seks sebelum ini, kini bekas model majalah Playboy Bunny ini kelihatan lebih ayu dan jelita bak wanita Muslimah di luar sana.
"Bagi saya, dalam menutup aurat, ia bukanlah tertakluk kepada mereka yang beragama Islam saja.
"Ini kerana, saya sering kali melihat wanita yang beragama Islam tidak menutup aurat.
"Saya percaya, agama Islam tidak pernah menghalang mana-mana wanita untuk menutup aurat dengan sempurna asalkan mereka tidak menyalahgunakan cara pemakaian itu," katanya kepada Zass dalam satu sesi fotografi, baru-baru ini.
Begitu pun, sesuai dengan perubahan imejnya itu, anak kelahiran Ipoh, Perak ini mengumumkan bakal mengucap dua kalimah syahadah menjelang Ramadan ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya Julai depan serta tidak sabar-sabar menjalani ibadah puasa.
Mengulas lanjut, gadis jelita ini menjelaskan, dia tidak berniat untuk menangguhkan niat suci tersebut sebaliknya memerlukan lebih masa bagi mendalami agama ALLAH SWT itu.
"Saya masih lagi dalam peringkat mengenali agama Islam.
"Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.
"Malah, jika berkesempatan, saya ada menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih memahami mengenai Islam," kata bekas finalis Dewi Remaja ini.
Pun begitu, dia menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Tuhan.
"Saya tidak menyangkal sebarang kemungkinan akan memeluk agama Islam, tetapi apa yang saya ingin katakan kepada semua, adalah untuk berserah kepada ketentuan Tuhan.
"Ajaran Islam itu tidak pernah berunsurkan desakkan atau gesaan. Saya tidak mahu terburu-buru memeluk Islam hanya kerana desakkan orang ramai yang bukan berada di dalam situasi saya," katanya.
Felixia Yeap kini lebih dihormati
‘Kerakusan manusia’. Mungkin dua perkataan itu boleh menggambarkan akan situasi sebenar yang dialami oleh Felixia Yeap.
Masakan tidak, model Playboy Bunny pertama berwarganegara Malaysia itu boleh 'bertukar' sehingga 360 darjah dalam membawa perubahan imej terkininya, menutup aurat dan bertudung litup.
"Setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia peragaan, saya tidak nafikan banyak perkara tidak manis pernah dilihat. Bukan saja melihat, malah saya juga mengalaminya sendiri.
"Lebih-lebih lagi, apabila haluan peragaan yang saya terjerumus dulu, memerlukan modelnya berimej seksi dan 'hot' untuk mendapat lebih kerja.
"Ketika itu, tiada unsur agama hadir dalam hidup saya.
"Saya kecewa dengan individu yang mendekati atas tujuan mengambil kesempatan dan bukannya kerana prestasi kerja, keperibadian dan disebabkan perkara ini juga saya sering dipandang remeh," katanya.
Jelasnya, situasi berkenaan membuatkan dia sedih dan tertekan sekali gus mula memberi sepenuh tumpuan kepada penampilan wanita Muslimah.
"Saya tahu diri saya lebih berharga daripada itu. Saya berhak untuk dihormati dan bukannya hanya dipandang sebagai simbol seks semata-mata.
"Setelah saya mula memberi perhatian terhadap wanita berhijab, saya merasakan mereka jauh lebih anggun, cantik dan manis dipandang semua.
"Malah setelah saya mulai berhijab, golongan Adam yang mengacau sudah berkurangan.
"Saya tidak lagi dipandang pada aset fizikal sebaliknya mulai dilihat dari segi keperibadian, cara pemikiran, intelek dan bakat," jelasnya.
Pada masa sama, Felixia berharap menjadi satu contoh dan teladan yang lebih baik kepada semua.
Duta butik Neng Geulls ini juga bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga terutama ibunya.
"Sejak berhijab, ibu menyaksikan sendiri perubahan ketara yang dialami.
"Jika dulu, saya seorang panas baran dan berfikiran sempit, kini jauh lebih tenang dan berfikiran lapang serta terbuka.
"Saya gembira atas perubahan positif dan lebih seronok apabila ibu dapat menerima saya seadanya," kata pengamal diet pescetarian iaitu yang hanya memakan makanan laut, telur, tauhu dan sayur ini.
Perubahan imej sekat punca rezeki?
Pada masa sama, penghijrahan imejnya itu turut terkena tempias kepada lubuk rezekinya.
Bagaimanapun, si cantik manis ini tidak menganggap situasi berkenaan sebagai satu masalah besar, sebaliknya dia bersedia dengan segala kemungkinan.
"Mungkin ada yang menganggap saya pelik dan tidak masuk akal, tapi saya lebih suka mengambil sikap suka berserah dan reda mengharungi pelbagai cabaran.
"Saya lebih sayangkan diri dan kehormatan saya sebagai seorang wanita. Tidak pernah saya sangka walau segenap detik pun yang sebaliknya akan berlaku.
"Sehingga kini, saya sentiasa bersyukur dengan berkat dan rezeki yang dikurniakan," katanya yang belajar memakai hijab melalui laman sosial You Tube.
Malah, Felixia juga bakal bergelar usahawan apabila kini sedang merancang untuk memulakan bisnes fesyen pakaian Muslimah suatu hari nanti.
Dalam pada itu, gadis berusia 28 tahun ini memberitahu dia telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
"Asalnya, saya rancang untuk berkahwin sebelum berumur 25 tahun, tapi manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.
"Paling utama, lelaki pilihan saya itu mestilah boleh membimbing saya dalam semua hal termasuk hal agama dan duniawi," katanya yang turut berminat pada jejaka yang matang dalam semua perkara.
Nikah kita bercinta
Dalam perkembangan lain, model profesional ini turut meluaskan lagi kariernya melalui percubaan pertamanya dalam bidang lakonan.
Malah, telefilem pertama lakonannya, Nikah Kita Bercinta, gandingannya dengan aktor meningkat naik, Azlee Khairi mendapat sambutan yang cukup positif daripada peminatnya.
"Saya sudah lama ingin berlakon tetapi tidak pernah mendapat watak yang sesuai dan diinginkan.
"Watak yang saya inginkan ialah watak gadis seperti saya, kerana saya berharap watak seperti saya sendiri boleh mengeratkan silaturahim antara kaum-kaum di Malaysia dan menggalakkan lebih ramai gadis untuk menutup aurat tidak kira agama atau kaum," kata duta Seri Emas ini.
Mengakui menerima kritikan melalui cubaan kali pertamanya itu, Felixia percaya ia adalah perkara biasa yang perlu dihadapi.
"Nikah Kita Bercinta, adalah cubaan pertama saya. Saya sememangnya tiada langsung pengalaman berlakon dan bersedia untuk menerima semua kritikan yang membina ini.
"Saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menunjukkan bakat saya dan lebih manis lagi apabila diberi peluang untuk memegang watak utama dalam telefilem pertama ini.
"Saya berharap dapat memperbaiki mutu lakonan saya dari semasa ke semasa," katanya.
Felixia kini terbabit dalam penggambaran drama bersiri Sarafina arahan Along Kamaluddin di samping aktor Amar Asyraf, Josiah Hogan dan Sari Yanti.-sinar
Sekeluarga batal hasrat bercuti
Anggota bomba dan polis berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit pada besi pengadang sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).
LEMBAH BERINGIN - “Saya tengok ada orang di sini (sudah meninggal dunia dan tersepit pada besi pengadang), kakinya pula ada di tengah jalan sana. Dah putus,” kata mekanik daripada Tanjung Malim, Perak, Wong Sai Weng, 31, menceritakan detik awal kejadian kemalangan di Kilometer 408, Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira dua kilometer selepas susur masuk Plaza Tol Lembah Beringin arah Utara petang, semalam.
Sai Weng antara saksi awal kejadian yang ketika itu dalam perjalanan pulang daripada Rawang ke Tanjung Malim, memberitahu insiden itu dipercayai berlaku kira-kira jam 4.25 petang di selekoh yang menuruni bukit.
“Rasanya baru saja berlaku masa saya sampai. Saya nampak ada asap dari bawah dan saya nampak ada kereta. Saya cuba jerit panggil beberapa kali sama ada orang atau tak, tapi tak ada sahutan. Saya pun lekas hubungi pihak Plus,” katanya.
Menurutnya, dia bergegas turun ke dalam gaung sedalam lebih 50 meter dan melihat sepasang lelaki dan perempuan dalam keadaan tersepit.
“Mangsa cakap mahu keluar. Mereka cakap tolong-tolong mahu keluar. Saya cepat-cepat angkat keluar, sebab takut nanti kereta itu terbakar,” katanya.
Sebelum itu, Sai Weng berkata, sebuah lagi kereta jenis Proton Perdana dilihat terbabas ketika cuba mengelak tayar yang berada di lorong paling kanan dipercayai milik kereta Audi yang terjunam ke dalam gaung.
Bagaimanapun menurutnya, tiga penumpang di dalam kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, pemandu kereta Perdana, Mohd Zulfadli Abdullah, 29, yang ditemui berkata, keadaan laluan berselekoh dan menuruni bukit menyukarkannya melihat objek di depannya ketika itu.
“Laluan selekoh, saya tak nampak tayar tu tengah jalan (lorong paling kanan). Saya cuba elak, tapi rempuh besi pembahagi jalan. Mujur, Alhamdulillah kami tak ada apa-apa,” katanya.
Manakala, anak saudaranya, Amir Nasuha Abdul Khatab, 23, yang memandu kereta Hoda Jazz berkata, mereka sekeluarga dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Cameron Highland sebelum terbabit dalam kemalangan tersebut.
“Kami nak pergi bercuti ke Cameron Highland tapi singgah ke Kuala Lumpur. Bila dah berlaku begini terpaksa batalkan perjalanan sebab satu kereta rosak,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Omar Mohd Yatim berkata, operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit dan dibantu anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim.
Menurutnya, kawasan cerun memaksa bomba menggunakan tali untuk membawa naik kedua-dua mangsa yang terjatuh di dalam gaung.
“Ketika kami sampai, seorang mangsa dipercayai pemandu telah dibawa naik oleh anggota bomba Tanjung Malim. Kami bawa naik mangsa kedua dan difahamkan mengalami patah kaki kanan,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Azhar Naim Zulkifli berasal daripada Ipoh, Perak.
Manakala mangsa yang parah dikenali sebagai Teoh Gim Yeoh, 36, beralamat di 1Q, Lorong Delima 12, Island Glades, Gelugor, Pulau Pinang dan Huang Zike, 27.
Caj tambahan di KLIA2
Aireen (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani di KLIA2, semalam. Foto oleh AZMI ARYANTO
SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd menegaskan syarikat itu perlu mengenakan yuran daftar masuk sebanyak RM3 kepada semua penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, caj itu dikenakan kerana sistem daftar masuk di KLIA2 ialah sistem milik lapangan terbang.
"Berbanding ketika di LCCT, kami gunakan sistem sendiri. Jadi kami tiada pilihan selain mengenakan caj itu,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian hadiah kempen #noweveryonecanfly AirAsia dan AirAsia X di pejabat sementara AirAsia di KLIA2, semalam.
Laman web AskAirAsia turut menjelaskan yuran itu bagi mengimbangi caj mandatori ke atas syarikat penerbangan untuk kemudahan di KLIA2 seperti sistem daftar masuk SITA dan aerobridge yang dikenakan pihak berkuasa lapangan terbang.
Pengendali KLIA2, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) semalam dalam satu kenyataan sebelum itu memaklumkan menerima pertanyaan orang ramai berhubung caj RM3 dilabelkan sebagai 'yuran KLIA2' dalam harga tiket AirAsia.
"Kami telah meminta AirAsia menjelaskan caj tambahan RM3 ini kerana tidak ada caj seperti itu dikenakan oleh lapangan terbang ini," menurut MAHB.
Sementara itu, Aireen berkata, AirAsia akan memastikan pengurusan dan operasi syarikat itu lebih produktif bagi meminimumkan kos operasi di KLIA2.
"Operasi di KLIA2 lebih besar berbanding di LCCT sebelum ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk menguruskan operasi lebih produktif bagi mengelak sebarang caj tambahan dikenakan kepada penumpang kelak,” katanya.
Beliau berkata, memasuki hari kedua operasi AirAsia di KLIA2, segala urusan penerbangan berjalan lancar kecuali beberapa masalah kecil yang berpunca daripada kekeliruan.
AirAsia memulakan operasi secara rasmi di KLIA2 semalam selepas beroperasi selama lapan tahun di LCCT.-sinar
PKS digesa ubah budaya berfikir, berinovasi
KUALA LUMPUR - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu mengubah budaya berfikir mereka dan segera berinovasi ketika mereka bergelut dengan situasi kenaikan kos menjalankan perniagaan di negara ini.
"Banyak PKS yang takut dengan inovasi, kerana merasakan ia akan melibatkan pelaburan besar dalam teknologi. "Dan, ia tidak semestinya benar," kata Pengarah Kanan Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar SME Corp, Karunajothi Kandasamy.
SME Corp melihat banyak perniagaan kecil gagal menggunakan komputer mereka sendiri untuk menambah baik proses kerja, yang menyebabkan mereka menjadi kurang cekap, katanya.
Selain mengurangkan pembaziran seperti kos overhed, meningkatkan kemahiran kakitangan dan mencari segmen khusus untuk mengelakkan persaingan amat sengit merupakan antara perkara utama yang PKS perlu pertimbangkan, katanya.
Karunajothi berkata demikian semasa perbincangan panel mengenai: "Kenaikan Kos - Bagaimana Perniagaan Boleh Menanganinya?" yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), di sini, hari ini.
Ahli panel lain, Timbalan Presiden Persatuan IKS Malaysia Michael Kang berkata PKS perlu bekerja keras untuk memikirkan usaha menambah baik perniagaan mereka dan bukannya menyalahkan persekitaran makro dan faktor-faktor luar ekoran landskap perniagaan yang mencabar.
"Mereka perlu merangka pelan bagi tempoh jangka panjang dan menimbang mengembangkan perniagaan di luar Malaysia," katanya.
Satu kaji selidik oleh SME Corporation Malaysia baru-baru ini mendedahkan bahawa PKS menanggung peningkatan kos bahan mentah dan overhed sejak 2010. - Bernama
Perodua buka pusat alat ganti baharu
Pusat alat ganti baharu Perodua di Rawang mempunyai keluasan 13,800 meter persegi
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan pusat alat ganti baharunya di Rawang, Selangor yang dibina dengan kos RM28.2 juta.
Objektif utama pembinaan pusat itu ialah untuk memperbaiki gudang alat ganti Perodua dan operasi logistik sebagai persediaan menghadapi permintaan alat ganti yang semakin tinggi daripada pelanggannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pertumbuhan dalam jualan kenderaan Perodua menyebabkan peningkatan selari dalam operasi alat ganti.
"Pembinaan pusat alat ganti baharu ini diumumkan pada 2012 sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memperbaiki perniagaan selepas jualan dari segi penyimpanan dan kecekapan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, selain memenuhi permintaan pasaran tempatan, Perodua juga mengeksport alat ganti ke sembilan negara iaitu Nepal, Fiji, Singapura, United Kingdom, Mauritius, Malta, Sri Lanka, Brunei dan Indonesia.
Jualan alat ganti kenderaan Perodua meningkat daripada RM163 juta kepada RM243 juta, iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus dari 2009 sehingga 2013.
Jangan Tertipu Dengan Program Pay4Shares.com
Sehari dua ini agak viral juga la dengan program PAY4SHARES.COM yang menjanjikan bayaran yang lumayan dan sebagainya dengan hanya kongsikan referal link di laman Facebook dan sebagai.
Apa yang SK ingin nyatakan di sini adalah jangan teruja apabila ia menawarkan wang yang besar dan mudah. Kebanyakan mereka ini adalah menipu bak kata omputih "It is too good to be true".
Pay4Shares.com bukanlah laman web baru yang menawarkan $25 pendaftaran bonus dan $10 setiap tugas atau kerja yang diberikan. Sebenarnya, terdapat banyak laman web yang mempunyai aliran yang sama di dalam transaksi perniagaan mereka. Iaitu, anda akan mendaftar.. kemudian berkongsi link rujukan anda dan mendapat bayaran (sebenarnya tidak dibayar).
Baiklah, bagi mereka yang sudah berkecimpung dalam applikasi tersebut, SK menasihatkan untuk STOP sekarang. Anda hanya membuang masa berkongsi link ke akaun sosial anda. Satu lagi ialah anda hanya akan mengganggu rakan-rakan anda. Perkara ini akan menyebabkan anda melakukan SPAM di lama sosial.
Biasalah apabila kita benar-benar terdesak untuk mendapatkan WANG, sebuah laman web penipuan akan muncul dimana kepandaian sosial kita pula RENDAH dan dengan itu kita akan ditipu.
Sebaik-baiknya, kita perlu menyiasat dan penyelidikan laman web tersebut. Ini adalah data dari Online service yang menyediakan khidmat mengesan laman yang menipu.
Sebab mengapa Pay4shares.com penipu:
1. Tiada forum
2. Tiada CAPTHCHA
3. Ia tidak secure (No HTTPS)
4. Tiada bukti bayaran dari pengguna
5. Cara mendaftar sangat ringkas.
6. Statistik dan Testimoni yang begitu palsu.
7. Tugasan adalah kongsi link yang menjengkelkan.
8. Sebelum buat cashout anda perlu menjawab Survey.
9. Boleh mendatangkan bahaya kepada data2 peribadi anda.
10. Kurang maklumat dan Support Team.
VIDEO: Obama Sindir CNN ‘Kow-Kow’ Mengenai Laporan Mereka Tentang MH370
Liputan yang dibuat oleh saluran berita CNN terhadap tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang berterusan dan makin lama semakin mengarut ternyata bukan sahaja menjengkelkan rakyat Malaysia.
Malah ia turut dijadikan bahan lawak oleh Presiden Amerika, Barrack Obama.
Ketika majlis makan malam tahunan Koresponden Rumah Putih minggu ini, Obama membuatkan seisi dewan tertawa apabila berkata:
“I am happy to be here even though I am a little jetlagged from my trip to Malaysia – the lengths we have to go to to get CNN coverage these days.” (Saya gembira berada di sini walau masih ‘jetlagged’ sebab baru sampai dari Malaysia – hari ni kita terpaksa pergi jauh untuk mendapat liputan CNN).
Obama kemudiannya menambah: “I think they’re still searching for their table.” (Rasanya mereka (wartawan CNN) masih mencari meja mereka.”
Sebelum Obama, bekas orang kuat CNN, Larry King turut mengkritik liputan keterlaluan dilakukan saluran berita tersebut terhadap kehilangan pesawat MH370.
King,80, menyifatkan liputan keterlaluan dilakukan CNN terhadap pesawat tersebut sebagai ‘aneh’.
Ketika temubual dengan laman web Capital New York hos TV legenda ini berkata dia merindui kerjaya lamanya berkongsi berita-berita panas seluruh dunia dengan penonton tetapi gembira dia tidak lagi bersama CNN ketika berita tentang MH370 asyik dimainkan sekarang.
Kata King, pada mulanya laporan kehilangan pesawat itu satu berita yang besar untuk dikongsikan dengan penonton tetapi lama kelamaan, laporan tentangnya semakin mengarut.
MH370: Surat Terbuka Keluarga Kepada PM Malaysia, China Dan Australia
Seramai 350 ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang menggesa agar data hasil siasatan mengenai kehilangan pesawat tersebut dikeluarkan supaya analisis boleh dilakukan badan berkecuali.
Hal ini kerana kebanyakan mereka tertanya-tanya bagaimana cara sebenar penyiasatan dilakukan.
Antara yang dipersoalkan adalah bagaimana pesawat MH370 diyakini telah mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi memandangkan tiada bukti fizikal ditemui hingga kini.
Mereka juga menggesa agar analisis dilakukan oleh Woods Hole Oceanographic Institution (WHOI), sebuah pusat penyelidikan yang bertanggungjawab dalam misi mencari pesawat 447 penerbangan Air France hampir dua tahun selepas ia terhempas di Lautan Atlantik.
Berikut adalah kandungan surat terbuka bertajuk “A PLEA FROM THE FAMILIES OF MH370″ (Rayuan Daripada Keluarga MH370) yang diedarkan sejak semalam dan dialamatkan kepada Perdana Menteri Malaysia, PM Australia dan Presiden China:
Prime Minister of Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak
Prime Minister of Australia, The Hon. Mr Tony Abbott
President of the People’s Republic of China, The Hon. Mr Xi Jinping
Dear Honourable Prime Ministers and President:
RE: A PLEA FROM THE FAMILIES OF MH370
1. We are the MH370 Victim Families and Crew Association, Voice370. Our purpose is to support each other, with the sole intention of finding MH370 and our loved ones. We represent over 300 family members so far. Our membership grows daily to include family members from all nations.
2. In view of the search entering a new phase and with regard to meetings, starting from Wednesday to re-analyse data and information collected from the search so far, the Families Association urges all relevant authorities to carefully reconsider the data anew, without predetermination or bias as to any possible or probable outcome.
3. Due to the lack of physical evidence that MH370 ended in the Southern Indian Ocean, the families are in urgent need for the conclusion, based on Inmarsat data analysis, that the aircraft’s flight ended in that Ocean to be reconsidered to confirm its accuracy.
4. Further, if Inmarsat’s analysis is unable to rule out other flight paths as a possibility, that fact must be acknowledged. Given the lack of tangible evidence of what happened to MH370, in our view, data analysis that only indicates a probable southern flight path is an insufficient basis to support a definitive conclusion that no other flight path was possible.
5. We implore the Malaysian Government to share and release the raw Inmarsat satellite
engine ping data for 9MMRO (every ping from Friday, March 7 12:00 until the final signal was received globally so that it can be subject to broader analysis by relevant experts.
6. The Inmarsat satellite data is the only lead we have and is key in identifying MH370’s flight path after the plane vanished from the civilian radar screens on Mar 8. In view of the lack of ELT activation, zero detected debris, and the lack of convincing JACC ping, we feel that it is necessary that the data be subject to independent third party review. Neutral broad minded review would assist in the data assessment. It is our hope that with out of box thinking, the whole world can help to look for the plane.
7. We also implore the Joint Agency Coordination Centre to share and release the pings
recorded by the Towed Pinger Locator. Those pings have been characterised as a signal oscillating at 33.3kHz with each ping being 1.106s apart. The pings were non-continuous and the furthest distance between the locations of the pings is roughly 15miles. These recorded pings are another piece of evidence needed to verify not only the accuracy of the Inmarsat calculation but also to prove the transmissions are in fact from the flight data recorder and that it is within that area. Understanding whether the recorded pings are from the flight data recorder, will greatly enhance the chances of locating the plane. We understand that the specifications of the Towed Pinger Locator could be US classified information. We are not asking for that information, but merely the recorded pings which were analysed by Australia be allowed to be analysed by other
independent experts.
8. In anticipation of non-governmental agencies or contractors being engaged to conduct a new phase in the search we make two requests. First, that the WHOI be engaged to take responsibility for the undersea search operations and to coordinate and conduct that search. In our view, that WHOI is not a commercial entity and its successful location of Air France 447 demonstrates that it has the experience and expertise to conduct the search for MH370 in an ethical manner.
9. Secondly, if the employ of expertise or resources of any commercial organisation would benefit the search, then WHOI remain engaged in and ultimately responsible for the search operation to the extent of its capabilities, together with oversight of any commercial organisation. We do not presume a lack of credibility or any intention on behalf of commercial entity to exploit the search operation, and appreciate that commercial expertise may be necessary. We would merely take comfort that oversight by a non-profit driven entity like WHOI would maintain levels of accountability and transparency.
10. We the families would like to take this opportunity to convey our sincere thanks to all the countries involved for their unrelenting efforts to help in the search.
Thank you.
Steve Wang, Jimmy Wang, Li Li (China)
Dr Yi-Kiong Hue, V.P.R Nathan Velayudhan, Lokman Bin Mustafa (Malaysia)
Sarah Bajc (USA)
K.S. Narendran, Pralhad Shirsath (India)
Prudence Tomblin, Danica Weeks, Peter Weeks (New Zealand)
The Committee Leaders for Voice370, the MH370 Family Association
CC:
Tripartite Ministers at Joint Agency Coordination Centre, Canberra
- Australia Deputy Prime Minister, The Hon. Mr Warren Truss
- Malaysia Acting Transport Minister,YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
- China Transport Minister, Mr Yang Chuan Tang
Secretary General, Ministry Of Transport, YB Datuk Seri Long See Wool
Director General of Department of Civil Aviation, YB Dato Azharuddin Abdul Rahman
Chief Secretary to the Government of Malaysia, Prime Minister’s Department, YB Tan Sri Dr. Ali Hamsa
Joint Agency Coordination Centre (JACC)
International Civil Aviation Organization (ICAO)
Sumber: Rem Ramzi / My News Hub
Rayuan ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370
Seramai 350 ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang menggesa agar data mengenai penerbangan itu dikeluarga supaya analisis boleh dilakukan oleh badan berkecuali.
Mereka juga menggesa agar analisis itu dapat dilakukan oleh Woods Hole Oceanographic Institution (WHOI), sebuah pusat penyelidikan yang bertanggungjawab dalam misi mencari pesawat 447 penerbangan Air France hamper dua tahun selepas ia terhempas di Lautan Atlantik.
Sumber: Astro Awani
Hudud: Desakan Jual Hotel Sultan Brunei
Los Angeles – Beverly Hills mendesak Sultan Brunei menjual sebuah hotel di bandar yang dipenuhi selebriti di Amerika Syarikat itu selepas negara berkenaan memperkenalkan undang-undang syariah, kata pegawai semalam.
Bintang termasuk Jay Leno, Ellen DeGeneres dan jutawan Richard Branson sebelum ini turut menggesa dikenakan boikot terhadap rangkaian Beverly Hills Hotel.
Ketua rangkaian Dorchester Collection, Christopher Cowdray bagaimanapun berkata ia adalah satu kesilapan dan hanya akan menjejaskan kakitangan hotel.
“Tindakan yang mahu diambil perlu dipertimbangkan secara serius kerana ia akan menjejaskan kehidupan semua orang ini,” katanya kepada pihak berkuasa Beverly Hill pada satu mesyuarat majlis malam kelmarin.
Sultan Hassanal Bolkiah minggu lalu mengumumkan beliau akan tetap meneruskan pelaksanaan undang-undang syariah walaupun mendapat kritikan dari dalam dan luar negara.
Undang-undang hudud
Fasa awal secara rasmi berkuat kuasa kelmarin dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih tegas iaitu pelaksanaan hudud yang akan memotong tangan pencuri dan perompak akan bermula akhir tahun ini.
Akhir tahun depan, hukuman rejam atas kesalahan liwat dan berzina akan diperkenalkan.
Sultan Brunei memiliki Hotel Beverly Hills dan juga Hotel Bel-Air di Los Angeles melalui syarikatnya Dorchester Collection, yang juga mempunyai cawangan di London, Paris, Milan dan Rome. – AFP
Hudud: PPIM Minta Bukan Islam Tidak Cepat Melatah
KUALA LUMPUR – Masyarakat bukan Islam di negara ini diminta bertenang dan tidak cepat ‘melatah’ dengan cadangan pelaksanaan hukuman hudud yang akan dibentangkan PAS di Parlimen untuk diaplikasikan di Kelantan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pelbagai pihak perlu duduk semeja dan berbincang secara matang bagi menghuraikan segala kekusutan dan salah faham berhubung tujuan utama undang-undang Islam itu cuba dilaksanakan.
“Saya tak nampak kebaikan kita bergaduh sesama sendiri kerana ia hanya akan menyebabkan negara berpecah-belah. Hudud tak dilaksanakan pun lagi, kita tak tahu pun kesannya terhadap masyarakat setakat ini.
“Pelbagai pihak perlu faham sejarah dan aspirasi negara dan melihat perkara ini (pelaksanaan Hudud) dengan dada yang lapang agar ia dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaied berkata, Malaysia di bawah pentadbiran Umno sebagai parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan nasib mana-mana kaum, malah mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum melaksanakan sesuatu dasar.
“Jangan bantah selagi kita tak faham. Mungkin ada sedikit perbezaan kepercayaan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam, namun jangan jadikan ia sebagai satu sebab untuk kita berpecah.
“Hudud mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih baik, bagaimanapun jangan jadikan isu ini sebagai satu batu loncatan untuk mengaut kepentingan politik,” katanya.
Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali hangat menjadi perbincangan umum akhir-akhir ini apabila kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, Jun ini.
Ia bagi mendapatkan kebenaran Parlimen melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.
Namun, hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, bahawa pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR.
Sumber: Bernama
Ramesh kagum lihat negara laksana hudud
KUALA LUMPUR – “Pengalaman menyaksikan bagaimana pelaksanaan hukum hudud di Arab Saudi menyebabkan saya terdorong untuk menyokong hukum hudud supaya dilaksanakan di Malaysia”.
Demikian menurut Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao apabila diajukan persoalan mengenai isu huhud yang kembali diperdebatkan.
“Bagi saya, saya menyokong hudud.
“Sebab pengalaman saya ke Arab Saudi (Jeddah), hati saya begitu tersentuh tatkala melihat bagaimana keberkesanan perlaksanaan hukum hudud di sana.
“Ketika di sana (hari Jumaat), saya cukup terpegun, bayangkan tatkala umat Islam menunaikan solat Jumaat, semua kedai tidak ditutup, dibiarkan terbuka, tanpa takut dicuri atau dirompak.
“Kemudian saya bertanya kepada orang di sana tentang suasana tersebut, dan mereka katakan kepada saya inilah hudud,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Menyentuh perkara yang sama, Ramesh berkata banyak kebaikannya sekiranya hudud dilaksanakan di negara kita.
“Jika negara kita laksanakan hudud, negara kita bebas maksiat, tiada kelab malam, rumah urut,dengan itu ianya akan mewujudkan suasana yang aman damai.
“Oleh itu, sebab apa kita perlu takut dengan hudud,lagipun undang-undang yang sedia ada banyak kelonggaran, penjenayah begitu bebas.
“Sebab penjenayah boleh lantik peguam untuk membela mereka,jadi penjenayah tidak serik untuk ulangi kesilapan mereka.
“Bayangkan ada satu kes (di Malaysia), apabila seorang penjenayah itu ditangkap, apabila diselidik penjenayah itu mempunyai 16 rekod jenayah sebelum ini, itu sebabnya hudud perlu dilaksanakan,” jelasnya lagi.
Sumber: Sinar Harian
Hudud: Parlimen bakal saksi detik bersejarah
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
BANGI - "Rakyat Malaysia akan teruja dan Parlimen Malaysia bakal menyaksikan detik bersejarah seandainya draf persendirian hudud dimeterai di Parlimen kelak," demikian respons Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkenaan isu huhud yang kembali diperdebatkan kini.
"Saya positif terhadap kerjasama antara Pas dan Umno dalam isu hudud.
"Harap jangan lagi ada halangan, tidak kira sama ada lulus atau tidak di Parlimen.
Menurutnya, yang pastinya rakyat akan teruja, kerana pertama kali dalam sejarah Parlimen Malaysia, negara akan melihat setiap ahli Parlimen akan diberi kebebasan untuk mengundi menerima rang undang-undang persendirian tersebut.
"Mereka (ahli Parlimen) akan berdiri sendiri membawa suara rakyat di kawasan masing-masing.
"Jadi di situ rakyat akan menilai keikhlasan ahli Parlimen yang mewakili mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Agus berharap permulaan kerjasama antara Umno dan Pas dalam isu hudud ini menjadi titik permulaan untuk negara mencapai ke arah politik yang matang.
"Kita bermula dengan langkah awal ini, kalau kita sudah bersedia, sedikit demi sedikit kita akan mencapai ke arah politik matang," jelasnya..
Pas dijangka akan membentangkan rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen selepas pembukaan sidang Parlimen
Sumber: Sinar Online
Hudud untuk semua, bukan umat Islam saja, kata Isma
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman gesa hukuman hudud untuk semua, tidak terhadap kepada Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mei, 2014.
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa hukuman hudud tidak dikuatkuasakan kepada umat Islam sahaja tetapi kepada masyarakat bukan Islam juga.
Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman, berkata hudud dilaksanakan demi kesejahteraan negara dan ia mampu menghalang pesalah daripada melakukan jenayah.
"Ya, ia patut untuk semua. Bagi umat Islam ia penghapusan dosa dan kepada bukan Islam ia demi kepentingan negara dan keselamatan awam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Isma di Bangi, Selangor, hari ini.
Abdullah berkata, pencuri yang melakukan jenayah curi perlu menerima hukuman yang sama tanpa mengira latar belakang kaum.
"Dengan ini, kaum Cina tidak boleh mencuri daripada orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Tidak adil jika hanya satu kaum dihukum dan yang lain tidak dihukum kerana mencuri, " katanya. – 9 Mei, 2014.
Sumber: The Malaysian Insider
Tolong diam, kenyataan anda menyakiti negara, kata Dr Mahathir kepada Isma
Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad bercakap kepada wartawan semasa sidang media selepas melancarkan buku 'Reminiscences of Insurrection - Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990' di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mei, 2014.
Beberapa hari selepas Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) terus-menerus menyerang bukan Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan mereka patut berhenti membuat bising.
Bekas perdana menteri itu berkata kenyataan daripada pemimpin Isma tidak konstruktif.
Kenyataan Dr Mahathir itu sebagai tindak balas kepada Isma yang melabelkan kaum Cina sebagai 'penceroboh' dan menggesa agar hukum hudud dikenakan kepada semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja umat Islam.
"Dia sepatutnya simpan sahaja pandangannya. Mereka tidak membantu keadaan negara ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990 oleh Leftenan Kolonel Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows hari ini. – 9 Mei, 2014.
Sumber: The Malaysian Insider
Jangan Pertikai Hak Istimewa Melayu & Islam
BANGI – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menegaskan orang bukan Islam perlu mengetahui batasan mereka dan tidak seharusnya mempertikaikan hak keistimewaan yang dimiliki kaum Melayu dan Islam di negara.
Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, golongan tersebut juga tidak boleh mencampuri urusan bangsa Melayu dan Islam terutamanya mengenai cadangan pelaksanaan hukum hudud.
Beliau berkata, selama ini, golongan bukan Islam yang dilabelkan sebagai pendatang di negara ini, sudah diberikan peluang sepenuhnya dari aspek sosiol ekonomi di negara in.
“Orang Melayu dan Islam di Malaysia mempunyai hak untuk menyatakan kehendak mereka dan menentukan rupa bangsa serta masa depan negara tanpa boleh dibantah oleh mana-mana kaum pendatang di negara ini,” katanya pada sidang media di pejabat Isma di sini, Jumaat.
Ketika ditanya sama ada bangsa lain tiada hak untuk menyuarakan pandangan mereka, Abdullah berkata mereka telah diberikan hak untuk bersuara dan jaminan kesejahteraan sejak dulu lagi.
Berita selanjutnya selepas ini.
Sumber: mStar Online
MILITAN: Ada Suspek Yang Dah Berkahwin Dengan Wanita Tempatan – KDN
TAIPING – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis sedang memburu beberapa lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan pengganas Al-Syabab susulan penangkapan seorang lelaki warga Somalia dua hari lalu.
Beliau berkata pihak berkuasa percaya ada antara individu terbabit yang berkahwin dengan wanita tempatan.
“Setakat ini mereka tidak menubuhkan pangkalan di negara ini tetapi mereka ini mempunyai ideologi,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja di Penjara Kamunting di sini, Jumaat.
Beliau mengulas penangkapan suspek berusia 34 tahun itu yang dikehendaki oleh polis antarabangsa kerana disyaki anggota kumpulan pengganas Al-Syabab, di Selangor.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa percaya ada beberapa anggota kumpulan pengganas terbabit memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sejak dua tahun lalu.
Katanya, polis juga menyiasat sama ada suspek yang diberkas itu mempunyai kaitan dengan 11 individu tempatan yang ditahan sebelum ini.
Sebelas individu terbabit yang diberkas polis secara berperingkat sejak 28 April di Selangor dan ibu negara, dipercayai terbabit dengan kumpulan militan yang mempunyai rangkaian di Syria dan selatan Filipina.
Mengenai lawatan ke Penjara Kamunting hari ini, Ahmad Zahid berkata beliau akan membentangkan satu nota khas kepada Kabinet mengenai beberapa kejayaan penjara itu dalam usaha menjadikannya sebagai Penjara Agro secara rasmi.
Beliau berkata Penjara Kamunting merupakan pusat koreksional yang pertama di rantau Asean yang menjalankan kegiatan pertanian dan latihan kepada banduan.
“Jabatan ini akan bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) untuk pembiayaan modal jika ada banduan yang telah bebas mahu mengusahakan aktiviti agro selain pendapatan yang diperolehinya ketika di penjara yang kita pindahkan ke akaun persendirian,” katanya.
Sumber: My News Hub
Rita Rudaini Bengang Status Janda Dia Dan Rakan-Rakan Artisnya Dipersenda!
Kuala Lumpur: “Sudahlah (segelintir) orang pandang hina pada ibu tunggal dan janda seperti saya. Bila mereka buat begini, lagilah orang anggap janda ini murahan, jijik dan low class (kelas bawahan).”
Demikian luahan dramatis popular, Rita Rudaini berhubung tindakan individu tidak dikenali yang menyebarkan nombor telefon palsu 10 janda berhias membabitkan golongan artis popular termasuk dirinya di Internet dan aplikasi sosial.
Ketika dihubungi semalam, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 38, mengakui pelik dengan mentaliti dan pertimbangan pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
“Tak tahu kenapa mentaliti orang kita masih tak berubah terhadap golongan janda dan ibu tunggal. Bila ditambah begini, lagilah buruk kesannya.
“Marah memang marah sebab sedikit sebanyak jatuhkan maruah kita walaupun benda itu tak betul,” katanya.
Selain Rita, sembilan lagi selebriti yang menjadi mangsa adalah aktres Erra Fazira, Nora Danish, Sarimah Ibrahim, Maya Karin, Jasmin Hamid, Nabila Huda, Noniswara dan penyanyi Fauziah Latiff.
Mesej yang tertera nombor telefon palsu semua selebriti itu bertujuan mempersenda dan mengaibkan mereka tersebar luas di Internet sehingga menarik perhatian ramai baru-baru ini.
Rita berkata, tindakan itu hanya dilakukan individu yang mempunyai masalah jiwa atau otak saja.
“Benda macam ini hanya orang psiko saja buat. Orang normal takkan terfikir buat benda yang mengarut dan tak ada ada masa buat macam ini.
“Tapi bagi orang psiko macam ini mungkin dia puas tengok bila orang ketawa dengan mesej macam itu,” katanya.
Rita juga berasa pelik dengan sikap segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas kesedihan atau kekurangan dilalui ibu tunggal sepertinya.
Katanya, walaupun ia tidak betul, tetapi penyebaran maklumat palsu itu boleh mengelirukan sesetengah pihak.
“Kalau orang yang berfikiran jauh tahu ini tipu, tapi tak semua berfikiran panjang.
“Kalau yang berfikiran rendah tentu akan percaya dengan gurauan begini sebab sesetengah orang memang mudah percaya contohnya gosip walaupun benda belum tentu betul,” katanya.
Manakala, Erra pula berkata, mendoakan individu terbabit mendapat kesedaran atas perbuatan tidak berfaedah yang dilakukannya.
“Semoga Allah SWT membersihkan jiwa individu itu yang punya banyak kelapangan ini. Jika dia seorang lelaki dan jahil mengenai perasaan seorang wanita, dia harus ingat dia mungkin ada kakak, adik atau anak perempuan.
“Jadi berfikir panjanglah sebelum mengaibkan orang lain. Takut Allah buka aib kita pula nanti, wallahualam,” katanya.
Sementara itu, penyampai radio Sarimah berkata, tindakan itu adalah kebudak-budakan dan tidak meninggalkan kesan kepadanya.
“Nombor itu pun tak betul dan palsu. Ada yang bersikap kebudak-budakan untuk mencari publisiti.
“Saya rasa sesetengah memang bosan dan bersikap kebudak-budakan dan selalunya memang begitu.
“Bagi mereka, itu satu bentuk hiburan. Ini benda mengarut dan kebudak-budakan tetapi tak ada kesan kepada saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Tun Mahathir Kongsi Kisah Kejayaan Malaysia Tewaskan Pengganas Komunis
KUALA LUMPUR – Kesediaan rakyat Malaysia menggalas senjata untuk memerangi pengganas komunis selain usaha kerajaan untuk menambat hati dan minda rakyat merupakan dua sebab mengapa negara ini dapat menewaskan pemberontak.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kesediaan rakyat negara ini memerangi pengganas perlu dipuji kerana sanggup menggadai nyawa untuk menentang musuh walaupun terdedah kepada risiko terbunuh, cedera atau kehilangan anggota tubuh.
“Saya tidak suka bertempur dengan seseorang yang mungkin menembak saya. Tetapi pasukan keselamatan mengambil risiko itu dan bertempur dan membunuh, atau mungkin dibunuh. Ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, saya lebih suka berada di dalam pejabat yang berhawa dingin sambil menulis.
“Seseorang perlu bertempur dan Malaysia amat beruntung kerana ada rakyatnya yang bersedia untuk bertempur menentang musuh,” katanya semasa berucap melancarkan buku bertajuk “Reminiscences of Insurrection: Malaysia’s Battle Against Terrorism 1960-1990″ di sini, Jumaat.
Dr Mahathir berkata beliau juga berkongsi mengenai strategi untuk mengalahkan gerila komunis di Malaysia dengan bekas presiden Afrika Selatan mendiang Nelson Mandela.
“Saya bertemu Nelson Mandela selepas beliau dibebaskan dari penjara dan beliau bertanya kepada saya bagaimana Malaysia dapat mengalahkan gerila komunis kerana guru-gurunya di Yugoslavia dan Libya memberitahunya bahawa ‘gerila tidak boleh kalah kerana mereka sentiasa dibantu oleh rakyat dan mencapai kejayaan.’
“Selain menggalas senjata untuk bertempur, saya beritahu beliau bahawa kita menewaskan mereka dengan menawan hati dan minda rakyat serta memastikan orang awam memihak kepada kerajaan dan tidak membantu gerila dengan makanan atau wang,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata usaha itu dapat menyakinkan rakyat bahawa gerila komunis itu bukan berjuang untuk kebebasan sebaliknya mahu menerapkan sistem dan ideologi mereka.
“Dengan penjelasan saya itu, saya rasa Mandela, yang belum menjadi presiden, agak terkejut kerana ini bukanlah apa yang dipelajari beliau,” katanya.
Mengenai buku mewah itu, Dr Mahathir berkata “ia penting kerana ia menceritakan kisah unik tentang bagaimana Malaysia berjuang dan selamat, serta bagaimana negara ini dapat menyatukan rakyat sepanjang tempoh huru-hara tanpa henti itu.”
“Kita perlu laporkan semua ini kerana jika tidak, kita mungkin lupakan sejarah. Saya sentiasa rasa yang kita perlu rekodkan masa lampau kita, yang mungkin tidak nampak penting hari ini tetapi penting pada masa hadapan,” kata beliau.
Dr Mahathir berkata buku seperti ini dapat memainkan peranan besar dalam mengingatkan rakyat Malaysia mengenai masa lampau negara ini dan bagaimana menanganinya pada masa kini dan masa hadapan.
Sambil memuji usaha pengarang buku itu, Lt Kol (Bersara) Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows, beliau berkata veteran perang itu telah melakukan usaha terhormat dengan menghasilkan buku bergambar setebal 424 muka surat itu bagi mengingatkan rakyat bagaimana perang menentang pengganas dilakukan.
“Hari ini, negara kita kekal stabil dan aman, serta akan terus makmur dan kekal sebagai contoh bagaimana rakyatnya mencintai negara ini dan membebaskannya daripada musuh,” kata beliau.
Sumber: Bernama
AirAsia Perlu Terangkan Caj Tambahan RM3 KLIA2
KUALA LUMPUR – Bilangan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) naik mendadak sejak syarikat penerbangan AirAsia mula beroperasi di situ semalam.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan mengakui terdapat beberapa isu melibatkan operasi di KLIA2 disebabkan perkembangan tersebut.
“Bagaimanapun operasi teras MAHB pada keseluruhannya beroperasi dengan lancar walaupun masih ada aspek-aspek tertentu perlu dikemaskini oleh semua pihak untuk menambah baik perkhidmatan KLIA2.
“Atas sebab itu MAHB telah mengadakan mesyuarat pertama dengan AirAsia pagi ini bagi membincangkan isu-isu operasi dihadapi kedua-dua pihak,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, antara isu yang dibincangkan berhubung keselesaan penumpang di KLIA2 seperti tuntutan semula bagasi, pengurusan daftar masuk, keselamatan dan pelepasan kastam, kebersihan tandas, papan tanda dan komunikasi.
Tambah kenyataan itu, kedua-dua parti bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan semua isu berbangkit tersebut dapat ditangani dengan baik dan secepat mungkin demi keselesaan orang ramai.
MAHB turut memaklumkan menerima pertanyaan daripada penumpang berhubung caj KLIA2 sebanyak RM3 yang terkandung dalam tiket penerbangan AirAsia.
“Kami telah meminta AirAsia menerangkan kepada orang ramai berhubung caj tambahan RM3 ini. Tiada caj tambahan seperti itu dikenakan KLIA2.
“Caj lapangan terbang kami adalah standard dan termaktub kepada semua syarikat penerbangan di KLIA2,” kata kenyataan itu.
Sumber: My News Hub
Wanita Bunuh Diri Sebagai ‘Hadiah’ Buat Kekasih
Orang ramai di Pusat Membeli Belah Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah digemparkan dengan penemuan mayat seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an.
Menurut saksi, mangsa dipercayai jatuh dari tingkat enam bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian, memetik Melvister.com.
Insiden dipercayai berlaku pada pukul 12.30 pagi tadi.
Menerusi akaun Facebook Teksi Murah Kota Kinabalu Sabah pula, mangsa dikatakan berasal dari Bongawan.
Tidak dapat dipastikan apakah punca yang mendorong wanita ini bertindak demikian, namun seorang pengguna akaun telah berkongsi status terakhir Facebook yang dipercayai milik mangsa di ruangan komen.
Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa dia mungkin sedang mengalami kekecewaan dan tekanan emosi dalam hubungan dengan seseorang yang dipercayai kekasihnya.
Status tersebut turut menyebut ia sebagai hadiah buat individu tersebut selain membuktikan betapa dia benar-benar nekad mahu membunuh diri.
Apa pun, setakat ini belum ada pihak yang mengesahkan secara rasmi bahawa akaun tersebut milik mangsa. Wallahua’lam…
Sumber: My News Hub
Heliza minta jangan cepat menghukum artis yang mula bertudung
KUALA LUMPUR: Sebagai selebriti yang memang sudah lama berhijab sejak dari awal kemunculan di dalam industri, penyanyi dan pengacara Heliza Helmi berpendapat peminat atau pihak luar sewajarnya meraikan artis yang mahu mula berhijab dan bukannya terus cepat menghukum.
Heliza yang kini sedang rancak dengan aktiviti ceramah motivasi dan dakwah itu berkata sekiranya cara atau pendekatan yang digunakan oleh seseorang artis itu nampak kurang kena dengan caranya, tidak salah kita sebagai peminat memberikan teguran tetapi tegurlah secara baik.
“Pada saya, orang yang baru nak berhijab terutama artis, kita kena raikan dan sokong mereka dan di situlah pentingnya motivasi oleh orang-orang di sekeliling untuk mengajar cara pemakaian yang betul.
“Banyak cara untuk kita menegur secara baik tetapi bukan terus menghukum. Biarlah kita tegur-menegur secara berhemah apabila bercakap secara personal dengan dia dan dengan ini sedikit demi sedikit mereka akan memakainya dengan betul dan teratur mengikut lunas-lunas Islam,” katanya kepada murai.com.my.
Heliza diminta mengulas apabila baru-baru ini terdapat segelintir artis yang telah dirkitik peminat apabila pemakaian mereka kurang sesuai dengan imej bertudung, malah ada juga dikecam kerana imej bertudung mereka tidak sempurna.
Dalam perkembangan lain, Heliza baru pulang dari menyertai misi kemanusian dalam membantu umat Islam di negara Timur Tengah yang kini sedang bergolak.
Sumber: Astro Gempak
Baju Scha Alyah dedah dada
MAJLIS ulangtahun kesepuluh Majalah Glam telah berlangsung malam tadi secara gilang-gemilang dan turut dihadiri ramai artis terkenal seperti Nurul Wahab, Rossa, Atilia, Chef Wan, Ning Baizura dan ramai.
Bagaimanapun, antara penampilan yang paling menarik perhatian peminat ialah fesyen pakaian yang digayakan oleh isteri Awal Ashaari iaitu Scha-Alyahya yang dikatakan kurang sesuai untuk wanita yang sedang hamil.
Sumber: mStar
Sharifah Aini KONGSI Pengalaman Kena H1N1 Dalam Facebook
AsSalam Keluarga FB yang diRindui – diKasihi &
diRahmati ALLAH hingga akhir hayat….Selamat bertemu kembali.
SILA SHARE: Apabila kita terlalu menjaga hati orang dan lupakan apa yang perlu kita laku kan untuk diri kita….takut untuk berterus terang konon nanti kita akan mengecil kan hati orang lain dan dikatakan Sombong…Saya dan anda berhak memberi tahu tetamu anda supaya tidak datang kemajlis anda dan kerumah anda jika mereka dijangkiti kuman yang boleh merebak……apa yang berlaku di rumah saya ingin saya kongsi bersama anda supaya menjadi pengajaran dan lebih berhati2…Baca lah tulisan ini dengan dada yang lapang dan jangan berburuk sangka dengan saya.
Hari ini saya kembali untuk berkongsi pengalaman selama 5 bulan. Saya tidak langsung duduk di hadapan computer saya kerana saya terlantar sakit dan hanya dikelilingi oleh ahli keluarga dan sahabat2 yang paling rapat.
Surau di rumah saya sentiasa dimanafaat kan dengan majlis ilmu – Solat Jemaah – Majlis membaca alQuraan dan khatam selama 3 malam berturut-turut dari bermacam macam sekolah anak2 Tahfiz…pendek kan cerita surau itu digunakan dengan sebaik nya.
Disini bermula bila majlis khatam alQuraan 3 malam diadakan…Bila kawan yang kita jemput membawa kawan2 mereka yang saya tidak kenal kerana ingin bertemu Sharifah Aini…. wanita yang saya tidak kenali ini batuk dengan teruk di depan muka saya dan dia memeluk saya & mencium pipi saya…di malam pertama..dalam hati saya berdetik, siaplah ubat batuk…
Malam esok wanita ini datang lagi dan bunyi batuk nya menakut kan juga semakin teruk & dia peluk saya lagi…malam ketiga bunyi batuk nya menakut kan lagi dia masuk ke dapur dan memeluk saya….setiap kali dia memeluk saya….tangan saya berpeluh…dan dia tidak segan berjalan bebas di rumah saya…memeluk bibik2 saya…hanya selepas itu saya difaham kan dia baru balik bercuti dari China & Hong Kong.….juga malam kedua dan ketiga majlis bacaan & khatam alQuraan saya dah mula dengar batuk dari anak-anak Tahfiz yang saya tidak dengar di malam pertama………Sepatut nya saya memberitahu Wanita yang batuk itu jangan datang lagi ke rumah saya di malam kedua dan ketiga…..Tunggu saja lepas baik sakit dan dia tidak batuk lagi….sila lah datang.
Malam lepas majlis seperti biasa kami sekeluarga mengemas dapur – Surau dan tapi saya dah mula demam panas – batuk dan sengal satu badan…Bibik saya sudah demam dan begitu cepat tak boleh bangun langsung…adik saya batuk dan demam – kami satu rumah pergi ke hospital di malam yang sama menjalani ujian darah malam tu juga……..Kami diberitahu kami semua dijangkiti H1N1 – INFLUANZA & PNEUMONIA ( Radang Paru-Paru) selepas itu saya pula terlantar di hospital selama 28 hari dan duduk di bilik yang diasing kan dengan pesakit yang lain.
Di tahun 2012 saya diuji ALLAH dengan penyakit Jangkitan kuman di paru-paru…saya berada di hospital selama sebulan dan hospital menjadi rumah no 2 saya… Keluar masuk hospital….saya masih belum sihat sepenuh nya…baru 90% sembuh.
Saudara yang diRahmati ALLAH….berhati2 bila membuat majlis di rumah….kita tak tahu siapa yang masuk ke rumah kita…terutama nya yang ada anak2 kecil dan ramai ahli keluarga di rumah…lagi satu, kegemaran Memeluk dan bercium pipi orang yang kita tidak kenali sebenar nya tidak digalak kan…kerana kita tidak tahu sejarah kesihatan peribadi mereka. Wallahi bukan niat saya untuk menghina…tapi lebih kepada sifat berhati-hati….Alhamdulillah walaupun saya redho dengan apa yang berlaku tapi saya mahu anda semua lebih berhati2.
Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.
Jazakumullahu khayran.
Sumber: Facebook Sharifah Aini
Rawatan Batu Karang Sharifah Zarina Gagal
PETALING JAYA: Penyanyi Sharifah Zarina menghidap penyakit batu karang dan usaha membuangnya tidak berhasil.
Sharifah Zarina, 32, berkata, dia telah menjalani rawatan laser bagi membuang batu karang tersebut pada 24 April lalu, di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini.
Saya pernah membuang batu karang pada tahun 2006 lalu melalui beberapa rawatan, tetapi tidak sangka ia jadi semula, malah lebih besar daripada sebelum ini.
“Pada 24 April lalu saya menjalani rawatan laser untuk membuangnya, namun dua minggu selepas itu ia masih lagi ada dan pihak hospital akan buat semula pemeriksaan untuk mencari jalan lain membuangnya,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Tambah penyanyi Langit Ke Tujuh ini, kedudukan batu karang yang terletak dalam buah pinggangnya membuatkan ia tidak boleh dibuang melalui kaedah pembedahan.
Bagaimanapun, dia mengakui tidak pernah mencuba rawatan tradisional sebagai cara alternatif yang kebiasaan digunakan segelintir pesakit batu karang.
“Batu karang yang saya hadapi ini agak rumit untuk dibuang kerana ia jauh di bawah buah pinggang dan hanya beberapa kaedah sahaja yang boleh dilakukan.
“Rawatan laser yang saya buat pun tidak berkesan dan sekarang mereka sedang fikir cara lain, kalau boleh saya tidak mahu melakukan laser lagi sebab ia sakit dan memerlukan kos yang tinggi.
“Rawatan tradisional saya tidak pernah pula cuba kerana apabila rasa sakit saya hanya terus ke hospital sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Sharifah Zarina berkata, dia masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa namun dia sentiasa bergantung kepada ubat dan perlu meminum air yang banyak bagi mengurangkan kesakitan.
Sumber: mStar
Culik: Sabah Isytihar 6 Laluan Ditetapkan
KOTA KINABALU – Susulan tiga insiden penculikan di pantai timur Sabah dalam tempoh enam bulan yang lepas, kerajaan negeri mengisytiharkan penguatkuasaan enam laluan ditetapkan sepanjang perairan Sabah bermula hari ini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata perisytiharan itu seiring dengan keputusan Kabinet dan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Sabah untuk mengambil semua langkah perlu dalam mempertingkatkan kawalan keselamatan perairan di pantai timur negeri ini bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
Enam pelabuhan yang dikenal pasti sebagai tempat pintu masuk ialah pelabuhan Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau yang terletak dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dan pelabuhan Kota Kinabalu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, satu Prosedur Operasi Standard (SOP) Laluan Ditetapkan untuk mengawal selia bot-bot asing yang keluar masuk perairan negeri ini turut dikuatkuasakan atau dilaksanakan kerajaan negeri, katanya.
“Perisytiharan Laluan Ditetapkan itu merupakan kaedah untuk memantau pergerakan bot-bot asing keluar masuk perairan Sabah, mencegah pelanggaran perundangan Malaysia dengan memberi fokus kepada aspek keselamatan, kawal selia aktiviti perdagangan serta keselamatan pelayaran.
“Laluan Ditetapkan itu juga akan membantu pasukan keselamatan dan agensi-agensi penguatkuasaan maritim negara mengawal pergerakan bot-bot asing di perairan Sabah, menentukan pergerakan bot lebih teratur dan terlibat dalam aktiviti sosio-ekonomi yang sah sahaja,” kata Musa.
Beliau membuat kenyataan selepas diberi taklimat susulan mesyuarat penyelarasan penguatkuasaan SOP tersebut melibatkan pelbagai agensi keselamatan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek.
Musa, yang juga Pengerusi Esscom, berkata SOP Laluan Ditetapkan yang diisytiharkan itu, antara lain, bertujuan memastikan keseragaman dalam pelaksanaan penguatkuasaan Laluan Ditetapkan, di samping pemantauan penguatkuasaan secara bersepadu dan sistematik.
“Kejadian pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu pada 12 Feb tahun lepas dan tiga insiden penculikan dalam tempoh enam bulan lepas menuntut usaha memperketatkan kawalan perairan perbatasan pantai negeri Sabah, sekali gus mengelak kejadian serupa berulang,” katanya.
Sumber: Bernama
Wanita Pemilik Salun Rambut Ditikam Pelanggan
IPOH – Seorang pemilik salun rambut cedera di perut akibat ditikam pelanggan di premisnya di Jalan Silibin di sini.
Wanita yang berusia lingkungan 40-an itu yang enggan dikenali berkata kejadian berlaku pada tengah hari tadi selepas beliau selesai menggunting rambut seorang lelaki berumur sekitar 20-an.
“Selepas saya selesai menggunting rambutnya, lelaki itu berdolak-dalik apabila saya meminta bayaran daripadanya dan sebaliknya dia mengugut saya supaya menyerahkan wang,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata lelaki itu kemudiannya mengamuk dan memukulnya kerana enggan menyerahkan wang.
“Kami bergelut dan dia mengeluarkan pisau untuk menikam perut saya,” katanya.
Wanita tersebut berkata lelaki itu panik dan terus melarikan diri apabila beliau menjerit meminta tolong.
Mangsa kemudiannya mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman mengesahkan kejadian itu dan pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: Bernama
Payudara Besar…Tasha Shila Akui Cuma Minum Produk
BEBERAPA hari lalu, gambar pelakon Tasha Shila yang sedang minum segelas minuman kesihatan tiba-tiba menjadi sensasi di laman sosial.
Puncanya, payudaranya dilihat mengalami perubahan saiz yang cukup ketara berbanding sebelum ini.''
Ia mengundang pelbagai persoalan adakah pertambahan saiz asetnya itu ada kaitan dengan produk tersebut atau mungkin Tasha melakukan pembedahan tertentu?
Menerusi laporan Astro Gempak, Tasha dengan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa perubahan itu merupakan kesan daripada penggunaan produk kesihatan itu.
“Sungguh! Tiada pembedahan plastik…Tasha cuma minum produk itu…Kalau ada yang perasan perubahan pada Tasha, maknanya produk itu berkesanlah.
“Mereka ada hak untuk bercakap…Tasha tak ada niat lain, selain mahu berkongsi tentang keberkesanan produk tersebut, itu sahaja.
“Tasha dah menggunakan produk kesihatan dan kecantikan tersebut selama dua bulan setengah dan dapat hasilnya,” jelasnya.
Menurut pelakon itu lagi, dia tidak mampu untuk menutup mulut orang daripada terus berkata-kata.
“Sebelum ini pun orang kata Tasha pergi Bangkok buat hidung dan payudara… Jadi, bila cerita ni timbul Tasha tak tahu nak komen apa,” katanya.
Bagi kami, tak salah sekiranya kita bersangka baik. Mungkin produk tersebut benar-benar berkesan jika diamalkan oleh wanita.
Apa pun, anggaplah Tasha sebagai testimoni pengguna yang berjaya…
VIDEO: Budak Tersekat Dalam Periuk Belanga
KALAU sudah namanya budak-budak, semua benda hendak dicubanya.
Kejadian yang dirakamkan di lokasi yang tidak diketahui ini adalah antara akibat perbuatan suka mencuba mereka.
Entah macam mana budak lelaki ini boleh masuk ke dalam periuk belanga dan kemudiannya tersekat hingga terpaksa dibantu oleh beberapa orang dewasa untuk mengeluarkannya.
Mereka terpaksa menggunakan sabit bagi memecahkan periuk belanga tersebut.
Biarpun mengalami sedikit kecederaan di bahagian belakangnya, budak lelaki itu akhirnya berjaya dikeluarkan. Saksikan…
Lebih sayangkan kereta dari anak?
SEORANG ibu panik apabila anak lelakinya yg ditinggalkan sebentar untuk membeli barang terkunci dalam Proton Exora lapor akhbar Nanyang Siang Pau, Malam Apam.
Sebelum itu, dia meninggalkan kenderaannya dalam keadaan enjin hidup dan pendingin hawa terpasang.
Sekembalinya dari kedai berhampiran, anaknya didapati tidur dan usaha mengejutkannya gagal walaupun selepas mendapatkan usaha orang ramai mengetuk berkali-kali cermin kenderaan itu.
Bimbang anaknya mungkin pengsan, orang ramai mencadangkan dipecah saja cermin itu, namun si ibu enggan. Dia kemudian menghubungi rakannya yang kemudian berjaya membuka pintu dengan menggunakan sebatang besi.
Mujurlah anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma tidur mati.
Sumber: New Malaysian Post
Frust Dengan Awek, Remaja Ugut Bunuh Diri Di WeChat
Aduh, kadang-kadang kebodohan remaja disebabkan cinta memang boleh buat kita geleng kepala.
Contohnya status aplikasi bual WeChat yang ditulis seorang remaja lelaki yang mahu membunuh diri gara-gara frust apabila makwe ugut mahu putuskan hubungan kerana kesilapan dirinya.
Selain mengugut mahu membunuh diri remaja tersebut turut menulis di ‘moment’ WeChat:
“Dengan orang lain maybe aku main-main tapi dengan dia aku serius.. and now aku ada buat silap then dia nak tinggalkan aku. Serius aku tak sanggup, aku sayang dia sangat-sangat, dia lain dari yang lain. Sayang, permintaan terakhir abang, kalau abang mati nanti abang nak ayang datang melawat jenazah abang. Tu dah cukup buat abang happy. Thanks. Hati abang just for u ayang.”
Jika itu tak cukup memualkan, status itu diakhiri dengan hashtag #Dear Allah, please died me tonight.
Ketika artikel ini disiarkan tidak dapat dipastikan sama ada remaja lelaki ini sudah mengakhiri hayatnya atau tidak tapi kami percaya, ini sebenarnya cuma satu lagi kisah remaja pendek akal yang mahu meraih perhatian kekasih.
Sumber: Rem Ramzi / My News Hub / tengoktvonline.blogspot
Wanita dirogol bergilir-gilir sebagai satu hukuman
SEORANG wanita berstatus janda berbangsa Indonesia yang dirogol secara berkumpulan oleh lapan orang ‘ahli rukun tetangga’ sebagai satu hukuman kerana mengadakan hubungan sulit dengan lelaki yang telah berkahwin, kini akan lebih menderita apabila bakal dirotan di khalayak ramai.
Kesemua perogol tersebut menangkap pasangan itu ketika mereka menyerbu masuk ke rumah janda tersebut di utara daerah Banda Acheh dan telah menuduh janda itu ‘melakukan hubungan seks terlarang’ bersama lelaki tersebut yang berusia 40 tahun.
Pasangan kepada wanita malang itu kemudiannya diikat dan dipukul, manakala dia dirogol secara bergilir-gilir. Kemudian kedua-dua mereka disimbah dengan sebaldi air longkang. Hanya setelah wanita yang ketakutan itu dibawa ke balai polis oleh penyerangnya dan dilaporkan melanggar undang-undang Shariah yang ketat berkenaan seks dengan pasangan berkahwin, barulah diketahui bahawa dia telah dirogol.
Tiga daripada rukun tetangga tersebut segera ditahan atas dakwaan merogol manakala lima lagi rakan mereka melarikan diri – tetapi itu tidak menghalang polis daripada mengenakan hukuman rotan kerana melanggar undang-undang agama
“Wanita dan lelaki tersebut akan dirotan kerana mereka telah melanggar undang-undang agama berkenaan hubungan seksual,” kata Ibrahim Latif, ketua pejabat Shariah di timur bandar Langsa kepada Jakarta Globe.
Dia memberitahu bahawa fakta berkenaan wanita tersebut yang telah dirogol tidak akan dipertimbangkan dalam memberikan hukuman untuk jenayah keagamaan yang telah didakwa dilakukan olehnya.
Ibrahim turut memaklumkan bahawa wanita tersebut dan pasangannya itu telah mengaku pernah beberapa kali mengadakan hubungan seks walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.
Mengikut undang-undang keagamaan, wanita tersebut dan kekasihnya perlu menghadapi 9 kali pukulan rotan setiap seorang dan hukuman tersebut akan dijalankan di hadapan khalayak ramai.
Tiga perogol yang ditahan – termasuk seorang lelaki berusia 13 tahun – akan menerima bilangan pukulan yang sama jika disabitkan kesalahan di bawah undang-undang Shariah. Akan tetapi mereka didakwa di mahkamah jenayah. Pemburuan lima lagi perogol masih diteruskan.
Ini bukan kali pertama di Acheh dimana wanita dituduh menjalinkan hubungan dengan ‘lelaki yang tidak berkenaan’ – lalu terus dirogol. Di bandar yang sama, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun telah dirogol oleh tiga orang pegawai polis Shariah pada Januari 2010 setelah ditangkap membonceng motosikal bersama teman lelakinya. Ketua polis Shariah pekan itu kemudiannya dipecat dan dua dari tiga perogol tersebut dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun. Perogol yang ketiga, menurut Jakarta Globe, belum lagi ditangkap.
Sumber: New Malaysian Post
Surirumah S’pura Dipatuk Ular Ketika Buang Air
Noraslinda Asat,34, baru hendak duduk di atas mangkuk tandas sebelum tiba-tiba berasa ada sesuatu yang menyakitkan mematuk punggungnya.
Dia segera bangun lalu terlihat seekor ular sawa sepanjang 1.8 meter melingkar dalam mangkuk tandas dengan mulut menyeringai menampakkan taringnya yang tajam.
Dalam keadaan panik Noraslinda menyauk ular tersebut namun ia terlepas kerana licin sambil menjerit sekuat hati memanggil suaminya.
Sejurus selepas kejadian dia berasa lemah hingga terpaksa dikejarkan ke hospital lalu diberikan suntikan sebelum dibenarkan pulang.
Suami Noraslinda, Mohammad Fitri Kassin, 34, menyatakan ular tersebut sebesar lengannya.
Menggambarkan rupa ular tersebut, ia dikatakan jenis sawa dengan badan berbintik coklat gelap.
Dipercayai, anak Noraslinda yang berusia 4 tahun turut melihat ular tersebut ketika masuk ke dalam tandas 5 minit sebelum ibunya kerana dia ada berkata “Mama, your tail was moving” namun tidak difahami Noraslinda.
Petugas dari Animal Concerns Research and Education Society Singapura datang untuk menangkap ular tersebut namun tidak berjaya kerana ia sudah pun lesap.
Sumber: Ram Ramzi / My News Hub
Peluang Lihat Hujan Meteor Pada 23, 24 Mei
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.
Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara(Angkasa) dalam satu kenyataan media memberitahu, sebanyak 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam tersebut.
“Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka, masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC (pukul 2 hingga 4 petang waktu tempatan).
“Hujan meteor ini boleh dilihat di kawasan-kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan Meteor itu akan berkurang sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit sekitar pukul 3 pagi.
Oleh demikian, Angkasa menyarankan orang ramai yang ingin melihat meteor itu berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum pukul 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.
Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 atau Observatory Negara Langkawi di talian 04-966 8870.
Sumber: My News Hub
Berhati-Hati…Alat Untuk Pecahkan Cermin Kereta
SATU perkongsian berguna mengenai salah satu senjata yang digunakan oleh peragut bermotosikal untuk memecahkan cermin kenderaan telah dihebahkan menerusi Facebook Daily Traffic Report.
Ia mengingatkan para pemandu supaya berhati-hati sekiranya ternampak alat seperti gambar di bawah dipegang oleh penunggang atau pembonceng motosikal.
Alat ini mempunyai bahagian hujung berwarna putih iaitu ‘spark plug’, seramik yang berupaya untuk memecahkan cermin kenderaan dengan sekali libasan sahaja.
Kebanyakan peragut mensasarkan pemandu wanita kerana mereka kerap meletakkan beg tangan di tempat duduk penumpang hadapan.
Jenayah ini biasanya berlaku sewaktu pemandu sedang berhenti di lampu isyarat atau sewaktu meletakkan kenderaan mereka di tempat sunyi.
Kesimpulannya, mungkin tidak semua individu yang dilihat membawa alat ini berniat jahat, namun tidak salah sekiranya kita mengambil sikap berhati-hati pada masa akan datang.
Sumber: My News Hub
Gambar ‘Lucah’ Penyebab Instagram Disekat?
Jika anda pengikut akaun Instagram Rihanna, pastinya anda tertanya-tanya mengapa akaun itu telah dibekukan fungsinya oleh syarikat media sosial perkongsian gambar tersebut.
Rata-rata menyebut gambar separuh bogel yang dimuat naik Rihanna telah menyebabkan akaunnya digantung oleh Instagram kerana didapati telah melanggari syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh syarikat tersebut.
Gambar kurang sopan itu menampilkan penyanyi berusia 26 tahun itu dalam keadaan separuh bogel yang menjadi muka hadapan bagi sebuah majalah lelaki Perancis, Liu.
Namun, pihak Instagram menafikan perkara tersebut dengan mengatakan akaun Instagram Rihanna secara tidak sengaja telah terperangkap dalam sistem akaun yang dibekukan fungsinya dan ianya berlaku secara automatik.
Walau bagaimanapun, hasil tinjauan penulis sebentar tadi, akaun Rihanna iaitu ‘badgirlriri’ masih lagi digantung sehingga kini.
Untuk pengetahuan anda, Badgirlriri merupakan di antara akaun Instagram yang mempunyai paling ramai pengikut iaitu sebanyak 12 juta peminat.
Sumber: Audrey Lee / My News Hub
Aksi ‘Comel’ Datuk Siti Nurhaliza Minum Cendol Sambil Main Candy Crush (5 Gambar)
Sudah bersuami dan usia bakal menjangkau 35 tahun namun rupa paras penyanyi terkenal tempatan, Datuk Siti Nurhaliza masih kelihatan begitu comel dan keanak-anakan.
Beliau lebih comel dan menawan apabila meminum minuman cendol berharga RM2.50. Apa agaknya rahsia yang diamalkan oleh Datuk Siti untuk mengekalkan ketegangan dan keputihan kulitnya? Anyway, mari layan beberapa keping gambar Siti Nurhaliza yang comel dan cantik di bawah.
Sumber: Pelbgaimacam.blogspot.com
Perangai pelik — Puas Jika Dapat Lihat Wanita Tahan Kencing
Tokyo – Seorang pemandu teksi di Osaka ditahan kerana disyaki sengaja menyeksa penumpang wanita bagi mendapatkan kepuasan melihat mereka terdesak mahu membuang air kecil.
Jurucakap polis berkata, Toshihiko Nishi, 41, biasanya memujuk penumpang wanita menaiki teksinya untuk perjalanan jarak jauh.
Untuk melembutkan hati bakal mangsa, Nishi menawarkan tambang separuh harga untuk perjalanan berkenaan.
“Apabila dalam perjalanan, dia memberi mereka biskut diselaputi bahan yang membuatkan mereka terdesak mahu membuang air kecil,” katanya.
Polis yang menyerbu rumah Nishi menemui rakaman video melalui kamera rahsia yang dipasang pada teksinya.
Melalui rakaman itu dapat dilihat kira-kira 50 wanita terkencing di tempat duduk belakang teksinya.
Seorang mangsa memberitahu polis dia diberi cawan kertas mengandungi biskut ketika menaiki teksi Nishi.
“Tidak lama selepas makan biskut itu saya terasa mahu membuang air kecil dan meminta Nishi berhenti namun dia tidak mengendahkannya.
“Sebaliknya, Nishi memberinya sehelai kertas penyerap dan meminta saya kencing di situ,” katanya.
Sumber: My News Hub
Cadang PDRM Perkenal Forum Perundangan
SELAMA – Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mencadangkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan konsep ‘forum perundingan’ melibatkan penyertaan aktif kumpulan elit, profesional dan intelek dalam usaha memelihara ketenteraman awam serta keselamatan negara.
Baginda bertitah selaras dengan senario masyarakat awam yang semakin cenderung mahu berperanan aktif di dalam negara, maka perkhidmatan polis wajar lebih dimasyarakatkan dengan melibatkan lebih banyak penyertaan mereka.
“Kumpulan elit, profesional dan intelek adalah aset berharga di dalam negara yang sewajarnya dihargai dan boleh menjadi kumpulan pemikir membantu tugas-tugas kepolisan melalui forum perundingan yang diwujudkan di setiap peringkat,” titah baginda ketika menyempurnakan perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini hari ini.
Titah baginda kumpulan itu adalah ‘opinion makers’ yang sangat penting, berpengaruh serta bersifat lebih kritis dan kritikan itu boleh disalurkan secara produktif oleh PDRM.
Forum perundingan itu mampu memberi ruang penyertaan aktif kepada kumpulan tersebut mengadakan interaksi minda dan berdialog dalam suasana diskusi meja bulat secara berkala atau semasa tercetusnya sesuatu isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat, titah baginda.
Raja Nazrin Shah bertitah PDRM perlu kreatif dan berupaya membaca pemikiran rakyat memandangkan anggota masyarakat hari ini lebih sofistikated, memiliki dan menguasai teknologi komunikasi moden dan sering menuntut amalan demokrasi yang lebih telus dan terbuka serta menuntut kepada penyertaan awam yang lebih tinggi.
Baginda turut berpesan supaya setiap anggota PDRM mengamalkan sifat berhati-hati sebelum mendedahkan sesuatu penemuan kepada umum kerana ada kalanya ia adalah muslihat untuk terus mengesan rangkaian sindiket yang lebih besar atau ia tidak dianggap sub judice kerana faktor undang-undang.
“Keadaan ini meletakkan pasukan berada dalam situasi tidak menguntungkan, untuk mengimbangkan apa yang boleh diumumkan bagi memenuhi tuntutan masyarakat, dengan apa yang patut dirahsiakan kerana kepentingan perisikan dan penyiasatan yang lebih lanjut,” titah baginda.
Sumber: BERNAMA
Pelajar Lemas Selepas Tolong Rakan
PASIR PUTEH – Pelajar pondok Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir, Dewan Beta, Kota Bharu maut selepas nekad menyelamatkan rakan yang lemas ditarik arus ketika mereka mandi bersama di pantai dekat Tok Bali di sini, semalam.
Wan Muhammad Al Amin Ali, 18, berasal dari Kampung Gong Bayor, Besut itu dikatakan cuba menyelamatkan rakannya, Safuan Mohd Nor, 22, dari Kampung Gondang, Ketereh yang mandi sedikit berjauhan daripada kelompok pelajar.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, selepas mendengar Saufan meminta tolong, Wan Muhammad Al Amin terus mendapatkan pelajar terbabit untuk memberikan pertolongan.
“Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi itu, pelajar yang lemas itu sempat ditarik ke kawasan lebih cetek dan selamat selepas diberi bantuan pernafasan tetapi malangnya, Wan Muhammad Al Amin yang membantunya tenggelam akibat keletihan.
“Wan Muhammad Al Amin kemudiannya berjaya ditarik rakan-rakannya ke pantai. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh kaki tangan Klinik Kesihatan Cherang Ruku yang dihubungi pengurusan resort,” katanya.
Mohd Kamal berkata, kejadian itu berlaku ketika kumpulan 20 perwakilan pelajar mandi-manda selepas membantu jawatankuasa menjayakan Program Sahsiah Pelajar di resort berdekatan.
“Daripada siasatan awal, kumpulan pelajar terbabit mengambil keputusan untuk mandi di pantai sebelum menamatkan program dan pulang ke pondok,” katanya.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis dan hasil bedah siasat yang dijalankan, dia disahkan meninggal dunia akibat lemas (drowning) dan jenazah mangsa dituntut keluarga pada jam 2.30 petang semalam untuk dikebumikan di Kampung Gong Bayor, Besut, Terengganu.
Madrasah Muhammadiah yang merupakan sekolah tahfiz swasta ditubuhkan sejak 34 tahun lalu mempunyai seramai 110 pelajar berusia dari 13 hingga 25 tahun.
Pengurus resort ketika ditemui berkata, daripada maklumat kumpulan pelajar terbabit, mangsa lemas yang berjaya diselamatkan mengatakan dia tiba-tiba ditarik arus ke dasar.
Katanya, pihak resort sememangnya memberi peringatan mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil oleh penginap sama ada ketika mandi di kolam atau pantai.
Sumber: Sinar Harian Online
Bayi 4 Bulan Maut Tersedak Susu
BUKIT MERTAJAM – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan mati dipercayai tersedak susu di rumah pengasuhnya di Taman Impian Ria, Machang Bubuk di sini, Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mazlan Kesah berkata, Muhammad Hakimi Mohd Arsyad dihantar ibunya ke rumah pengasuh dalam keadaan baik pada 6.30 pagi.
“Tidak lama selepas itu, wanita pengasuh bayi itu mendapati Muhammad Hakimi yang ditidurkan dalam buaian tidak bergerak dan dia cuba memberi bantuan kecemasan.
“Bagaimanapun, bayi itu tetap tidak bergerak menyebabkan pengasuh itu membawa Muhammad Hakimi ke Klinik 1Malaysia di Alma sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas,” katanya.
Beliau berkata, pengasuh itu kemudian menghubungi bapa bayi berkenaan, Mohd Arsyad Ahmad, 27, pada 10.35 pagi untuk memaklumkan kejadian berkenaan.
Mazlan berkata, Muhammad Hakimi dijaga pengasuh itu sejak bulan lalu setelah ibu bayi berkenaan, Rohaya Abdul Razak, 31, bekerja di sebuah kilang di Perai manakala Mohd Arsyad bekerja sebagai pengawal keselamatan.
“Hasil bedah siasat oleh Hospital Seberang Jaya mendapati bayi itu mati disebabkan tersedak susu, dan pihak kami dapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Rohaya ketika ditemui berkata laporan bedah siasat menyatakan paru-paru Muhammad Hakimi penuh dengan susu.
“Saya reda dengan ketentuan Ilahi tapi saya hairan macam mana ada banyak susu dalam paru-paru anak saya itu,” katanya.
Sehubungan itu, Rohaya berkata beliau akan mendapatkan laporan lengkap daripada pihak hospital dan akan membuat laporan sekali lagi meminta polis menyiasat kejadian berkenaan secara terperinci.
Sumber: mStar Online
Yu `Makhluk Asing’ Ditemui Di Dasar Laut
Tokyo – Mungkin ini adalah makhluk paling menakutkan di lautan? Ikan yu bermulut besar ini yang jarang ditemui `megamouth’ dan digelar makhluk asing ini ditemui di dasar laut pada kedalaman 800 meter.
Proses autopsi ke atasnya dijalankan secara terbuka di hadapan 1,500 orang oleh sepasukan pakar dari Muzium Sains Marin.
Ia merupakan kali ke-13 megamouth ini ditangkap di Jepun manakala di dunia, ia adalah yang ke-58.
Tangkapan ini merupakan peluang kepada saintis untuk memahami dengan lebih mendalam biologi megamouth , yang selama ini tidak banyak diketahui mengenainya.
Namun di sebalik misterinya, dipercayai ikan ini menghabiskan masa dengan berenang di dasar laut dan hanya naik ke permukaan air pada waktu malam untuk mencari makanan.
Ia mula ditangkap di Hawai pada kedalaman 165 meter selepas giginya terperangkap dalam sauh sebuah kapal penyelidik.
Yu ini pernah ditemui terdampar di pantai Australia Barat pada Ogos 1988.
Sumber: MyNewsHub.My
Lelaki Dihalau Dari Rancangan Cari Jodoh
Turki – Seorang peserta rancangan realiti TV bagi mencari jodoh `Luck of The Draw’ mengejutkan penonton selepas mengaku membunuh isteri serta kekasihnya dan pernah dipenjarakan akibat perbuatan berkenaan.
Pendedahan Sefer Calinak, 62, itu memaksa hos rancangan berkenaan menghalau Sefer dari studio. Tindakan hos tersebut mendapat tepukan penonton yang nyata terkejut dengan perkara tersebut,
Sebelum itu ketika menceritakan kisah hidupnya, Sefer berkata dia mengahwini isterinya Fadime, yang juga sepupunya, ketika mereka berusia 17 tahun.
Perkahwinan itu diadakan bagi menyelamatkan Fadime yang sebelum itu dipaksa berkahwin dengan seorang duda.
Namun, dakwanya selepas lima bulan berkahwin, perangai Fadime mula berubah.
“Anak saudara lelaki yang ingin berkahwin dengan dia sebelum ini mula datang ke kampung kami. Saya amat cemburu, lalu saya bunuh Fadime,’’ katanya yang dihukum penjara 13 tahun 9 bulan, namun dibebaskan selepas hanya menghabiskan masa selama empat tahun di penjara.
Sefer kemudiannya mengahwini seorang lagi wanita, namun mereka berpisah.
Dia kemudiannya menjalinkan hubungan dengan seorang wanita, yang juga isteri orang.
“Saya bunuh dia selepas dia cuba membunuh saya. Dia meninggal dunia secara kebetulan akibat terkena kapak,’’ katanya yang kemudian dipenjarakan lagi, namun dibebaskan atas pengampunan pemerintah.
Pendedahan Sefer itu dan bagaimana dia dihalau daripada rancangan realiti berkenaan mendapat liputan meluas media massa di Turki.
Sumber: MyNewsHub
Buruan Interpol Ditahan Di Selangor
Kuala Lumpur – Seorang lelaki warga Afrika Timur berusia 34 tahun yang amat dikehendaki oleh Polis Antarabangsa (INTERPOL) kerana terbabit dalam aktiviti kumpulan pengganas Al- Shabab ditahan dalam satu operasi khas di Selangor, semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, lelaki terbabit ditahan selepas anggota Bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman melancarkan operasi khas bagi memburu suspek yang bersembunyi di Selangor.
Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan susulan ke atas aktiviti suspek di Malaysia bagi mengenal pasti rangkaian kumpulan Al-Shabab yang berkemungkinan bersembunyi dalam negara atau menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara.
“Suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIa kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Keselamatan (Langkah – langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan 11 individu berusia antara 22 dan 55 tahun termasuk dua wanita ditahan sejak 28 Mac lalu selepas dipercayai terbabit kegiatan militan di negara ini. Enam daripada suspek ditahan di Selangor tiga di Kedah manakala dua di Kuala Lumpur. – myMetro Online
Mangsa Rogol Mungkin Disebat
Aceh – Seorang wanita tempatan mungkin berdepan hukuman sebat dengan rotan walaupun dia sebenarnya menjadi mangsa rogol beramai-ramai di rumahnya di Langsa minggu lalu.
Pengarah Agensi Syariah Islam Langsa, Ibrahim Latif berkata, wanita berusia 25 tahun itu boleh disebat jika siasatan pihak berkuasa mendapati dia dan pasangan lelakinya melanggar kanun undang-undang syariah Aceh.
“Wanita terbabit disyaki berdua-duaan dengan seorang lelaki sebelum dirogol beramai-ramai,” katanya.
Wilayah Aceh melaksanakan undang-undang syariah yang menetapkan peraturan dan hukuman bagi mengawal tingkah laku manusia menurut Islam.
Ia bukan saja dikenakan ke atas Muslim di Acheh malah dikuatkuasakan ke atas individu bukan Islam.
Menurut kanun berkenaan, pesalah khalwat boleh dirotan antara tiga hingga sembilan kali atau denda antara Rp2.5 juta (RM700) hingga Rp10 juta (RM2,800).
Bagaimanapun ia menimbulkan tanda tanya kerana kanun berkenaan tidak menyediakan hukuman bagi kesalahan merogol.
Setakat ini Aceh hanya mempunyai empat kanun – membabitkan hal ehwal agama, pemujaan dan simbol-simbol agama; khamar (arak) dan maisir (judi), serta berkhalwat.
Ibrahim berkata, disebabkan undang-undang sedia ada tidak memperuntukkan hukuman bagi kesalahan rogol, pesalah akan dikenakan tindakan menurut akta jenayah.
Wanita itu dilaporkan dirogol bergilir-gilir kira-kira jam 1 pagi pada 1 Mei lalu.
Mereka diintip sembilan penduduk kampung yang kemudian menyerbu dan mengikat lelaki terbabit sebelum dikurung di dalam almari.
Wanita itu kemudian dirogol bergilir-gilir sebelum diserah kepada ketua kampung untuk dikenakan tindakan.
Tiga suspek ditahan polis kemudian, manakala enam yang lain masih diburu.- Agensi
Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.
ReplyDelete