Kutuk dipecat United, Moyes serang seorang pemuda
BEKAS pengurus Manchester United yang dipecat, David Moyes akan disoal siasat oleh polis selepas dia didakwa menyerang seorang lelaki di sebuah bar mewah pada Rabu.
Moyes, 51, dikatakan gagal mengawal perasaan marahnya dan menyerang mangsa apabila Joshua Gillibrand, 23, mengutuknya berikutan pemecatan yang dikenakan oleh United.
Gillibrand
Ketika kejadian pada pukul 10 malam itu, bekas pengendali Everton itu baru tiba ke bar berkenaan bersama rakannya.
Ketika dia melangkah masuk ke dalam bar, pemuda berkenaan telah mengutuknya di hadapan orang ramai.
Saksi memberitahu, Moyes yang tidak tahan dengan kutukan tersebut bertindak mengambil botol dan mengetuk kepala pemuda berkenaan.
“Berikutan itu, berlaku pergelutan antara mereka berdua sebelum Moyes ditenangkan oleh rakanya,” dakwa saksi.
Akibat serangan oleh Moyes, Gillibrand telah mengalami bengkak di kepala dan lebam di muka.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis terhadap serangan yang dilakukan Moyes.- mStar
Cikgu cedera ditumbuk pelajar
DUA keping foto tersebar di laman Facebook wajah seorang lelaki yang berdarah di bahagian mulut dan bajunya serta seorang pelajar sekolah sedang berdiri berdekatan dengan pintu sebuah bilik.
Lelaki itu merupakan seorang guru (mengikut dari posting asal) yang dikatakan telah cedera dibahagian mulut hingga berdarah akibat ditumbuk oleh pelajarnya sendiri.
Kejadian tersebut berpunca dari tindakan guru tersebut yang menegur muridnya kerana tidak ke surau untuk bersolat.
Menurut individu yang berkongsi foto ini, kejadian berlaku di SMK Kota Kulai, Johor
Betul ataupun tidak penulis masih belum ada pengesahan dari pihak berkuasa atau sekolah mengenai kejadian ini.
Sumber: OhDunia.my
VIDEO: Peninju Filipina Beri Kemenangan Kepada Lawan, Rasa Pencabar Bukan ‘Lawannya’
JARANG sekali kita dapat menyaksikan semangat kesukanan seperti yang ditunjukkan oleh peninju kelahiran Filipina, Mike Pantangco terhadap lawannya.
Pantangco dalam satu perlawanan Mixed Martial Arts (MMA) di Michigan, Amerika Syarikat telah bertindak mengundur diri sewaktu bertarung dengan Jeremy Rasner, sekaligus memberi kemenangan percuma kepada lawannya itu.
Biarpun hanya berbaki 20 saat sebelum tamat pusingan pertama, dia menganggap tidak ada gunanya mereka meneruskan perlawanan kerana merasakan Rasner bukanlah lawannya yang sebenar.
Peninju itu dilihat melutut dan menepuk lantai gelanggang sebagai tanda berundur sebelum berjabat tangan dengan Rasner.
“Kami tidak mendapat wang. Kami tidak dibayar dan saya tahu perlawanan ini akan berakhir dengan dia cedera atau masuk hospital. Saya rasa teruk, jadi saya berikan kemenangan kepadanya,” katanya memetik Mirror.
Memang logik apa yang dikatakan oleh Pantangco itu kerana Rasner dilihat sudah tidak bermaya tatkala menerima tumbukan dan sepakan padu dari lawannya itu.
Ternyata sikap merendah diri masih menebal dalam diri orang Asia, betul tak?
Sumber: Elza / My News Hub
Selepas Adegan Merajuk Dan Merempuh Kereta, Abu Backer Kini Berkempen Naik Karavan
GEORGE TOWN: Selepas mencetuskan pelbagai kontroversi menerusi adegan drama lakonannya, calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan terus mencuri tumpuan media apabila menggunakan karavan yang terpaksa ditarik trak penunda untuk berkempen.
Bukan itu sahaja, malahan karavan itu diiringi seekor kuda yang ditunggangi pembantunya.
Terbaharu, beliau menghantar mesej menerusi aplikasi Wassapp kepada media kira-kira pukul 8.53 pagi Jumaat memberitahu akan kembali berkempen selepas selesai solat Jumaat.
Menurutnya, kempen tersebut akan diadakan di sekitar kawasan Farlim, Desa Mawar di Air Itam menggunakan sebuah karavan yang dihiasi posternya.
Tinjauan mStar Online mendapati, karavan tersebut diletakkan di tepi Jalan Magazine di hadapan hotel penginapan peguam berusia 46 tahun itu.
Abu Backer ketika dihubungi memberitahu karavan tersebut mengalami kerosakan dan beliau tetap akan berkempen dengan mendapatkan khidmat trak penunda untuk menggerakkan kenderaan itu.
"Sekarang karavan dan ada kat bawah hospital. Saya akan terus berkempen walaupun karavan saya rosak dan akan digerakkan oleh trak penunda," katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan karavan tersebut ditunda Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Mengenai kesihatannya yang dikatakan menghidap jangkitan paru-paru, Abu Backer berkata, beliau masih dalam pengawasan doktor kerana belum pulih sepenuhnya.
"Saya patutnya keluar dua hari lagi tapi demi rakyat saya sanggup ambil risiko," katanya.
Beliau dimasukkan ke hospital tersebut malam Rabu selepas mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Pada Khamis, tindakan Abu Backer memilih media tertentu sahaja untuk diwawancara menyebabkan beliau dikecam.
Beliau seolah-olah cuba mempermainkan media apabila tidak muncul pada sidang media yang dijanjikan akan diadakan di lobi hospital swasta itu.
Sumber: mStar
Ceroboh DUN P.Pinang: 12 Ditahan
Kekecohan DUN Pulau Pinang pada Rabu lalu menyebabkan 12 individu ditahan.
GEORGE TOWN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan menahan 12 individu dan mengambil lebih 25 keterangan untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden sekumpulan lelaki merempuh pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Rabu lalu.
Beliau berkata, beberapa laporan polis berhubung insiden itu juga diterima di negeri itu.
"Ada beberapa laporan polis diterima, hanya di negeri ini. Kita dah buka kertas siasatan dan 12 individu telah ditahan.
"Lebih 25 percakapan dirakam setakat ini dan kita masih jalankan siasatan," katanya.
Ketika ditanya mengenai dakwaan 12 individu tersebut hanya dididakwa atas kesalahan kecil, Khalid berkata, kes itu kini disiasat mengikut tiga seksyen.
"Kita guna tiga seksyen dalam siasatan kes rempuhan di DUN. Jangan ingat kita tak beri perhatian serius. Kita akan ambil tindakan ikut perundangan yang ada.
"Dalam bab ini, kita tahu apa yang terbaik... seksyen apa yang perlu digunakan untuk siasatan," katanya.
Sementara itu, beliau turut mengecam tindakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang mendesak Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani insiden rempuhan itu.
"Itu memang kerja dia. Semua orang dia suruh letak jawatan," selorohnya.
Sumber: mStar
Tiga maut bertembung
KEADAAN Perodua Kancil dinaiki pasangan warga emas selepas kemalangan
SARIKEI - Tiga maut termasuk sepasang suami isteri apabila kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sungai Paoh di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mereka yang maut ialah Borhan Junaidi, 69 dan isterinya, Saleha Baie, 67 manakala, pemandu pacuan empat roda, Riduan Junaidi dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hosiptal Sarikei.
Pegawai Balai Bomba Sarikei, Haron Jenau berkata, kereta dinaiki mangsa itu dikatakan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang datang dari arah bertentangan.
“Mangsa yang tersepit meninggal dunia di hospital dan dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pihak kami terpaksa memotong pintu kereta untuk mengeluarkan pemandu dan penumpang hadapannya yang tersepit. Kesemua mereka dari Kampung Nyabor Kabong dalam perjalanan ke bandar Sarikei,” katanya.
Sumber: HM
Ngeri…Pasangan Suami-Isteri Hancur Digilis Lori
SATU kemalangan ngeri melibatkan pasangan suami-isteri di Jalan Cheras susur Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur telah dikongsikan menerusi Facebook Daily Traffic Report, hari ini.
Kemalangan yang berlaku jam 8 pagi tadi menyebabkan Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, maut di tempat kejadian.
Ia berlaku apabila motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa terbabas dan menyebabkan mereka tercampak jatuh sebelum lori yang mengekori dari arah belakang mengilis tubuh dan kepala mangsa.
Bagaimanapun, lori berkenaan terus meninggalkan tempat kejadian.
Pasangan malang itu telah meninggalkan lima anak yang masih kecil lagi.
Mayat kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Al-Fatihah…
Sumber: Audrey Lee / My News Hub
Christiano Ronaldo Bergambar BOGEL Hiasi Muka Depan Majalah Vogue
Pemain kebangsaan Portugal, Christina Ronaldo yang tidak asing lagi dalam modeling tampil berbogel untuk muka hadapan majalah fesyen Vogue versi Sepanyol bersama kekasihnya, model popular jenama pakaian dalam Victoria’s Secret, Irina Shayk.
Christiano menjayakan sesi fotografi tersebut tanpa seurat benang di badannya melainkan sehelai kain berwarna putih melindungi sebahagian besar badan Irina.
Gambar tersebut hampir mendedahkan alat sulit Christiano tetapi dilindungi dengan tubuh badan kekasihnya itu.
Pastinya gambar ‘super’ seksi ini dapat meningkatkan populariti Christiano dan pasukan kebangsaannya sementelah dia bakal beraksi pada Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil, Jun depan.
Gambar tersebut hampir mendedahkan alat sulit Christiano tetapi dilindungi dengan tubuh badan kekasihnya itu.
Pastinya gambar ‘super’ seksi ini dapat meningkatkan populariti Christiano dan pasukan kebangsaannya sementelah dia bakal beraksi pada Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil, Jun depan.
Sumber: Audrey Lee / My News Hub
Wanita ‘Overdose’ Ditemui Berbogel Di Negeri Sembilan, Cari Suaminya Yang Hilang!
Wanita ini sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.
Apa yang menyedihkan lagi,dikatakan suami wanita ini tidak berkerja dan seorang penagih dadah tegar.
Kejadian yang baru berlaku ini dikatakan terjadi di Negeri Sembilan
Apakah nasib dua orang anak mereka selepas ini..hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Terima kasih kepada rakan yang ‘private’ namanya kerana sudi berkongsikan berita ini.
Ingatlah bahawa dadah itu hanya syok seketika sahaja namun sakitnya sangat berpanjangan dan cerah kemungkinan anda akan cepat maut!!..
Sumber: My News Hub
Sewa Peha Untuk Iklan, Kaedah Baru Promosi Barang
China – Sewa paha untuk iklan. Itu kaedah baru yang digunakan oleh sebuah agensi pengiklanan bagi mencari pelanggan.
Mereka menggunakan lebih 100 pelajar perempuan sebuah universiti dan membayar kepada gadis-gadis berkenaan untuk menyewa kaki mereka.
Sebagai balasan, syarikat pengiklanan itu boleh melekatkankan iklan termasuk bar kod pada peha pelajar terbabit.
Selain itu, pelajar tersebut juga perlu duduk diam jika ada mana-mana pelanggan yang ingin merakamkan kod bar pada paha mereka.
“Pada mulanya kami menjangkakan sukar untuk mencari gadis yang mahu pehanya disewa. Namun akhirnya kami dengan mudah menemui mereka yang ingin mengambil bahagian,’’ kata jurucakap produk tersebut.
Dalam pada itu, salah seorang pelajar terbabit, Xia Yu, 19, berkata dia bersetuju untuk terlibat dalam kempen pengiklanan itu kerana ia bukannya sesuatu yang salah.
“Hanya iklan yang kecil pada kaki dan saya mendapat duit,’’ katanya.
Bagaimanapun tidak semua orang bersetuju dengan tindakan tersebut kerana ia disifatkan sebagai perbuatan memalukan.
Sumber: My News Hub
MENINGITIS: 4 Banduan Penjara Air Molek Dimasukkan Ke ICU
JOHOR BAHRU – Sekurang-kurangnya empat tahanan Penjara Air Molek di sini ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), semalam, dipercayai akibat jangkitan Meningitis.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, ketika dihubungi menafikan kes berkenaan membabitkan serangan virus Jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat-virus Korona (Mers-CoV).
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi tengah hari ini.
Beliau berkata, seramai 16 tahanan dikesan mempunyai tanda jangkitan sama, manakala 900 lagi tahanan sedang menjalani saringam kesihatan.
Sumber: BH Online
Detik Cemas Kepala Bayi Terjojol Dari Perut Ibu Yang Terkoyak!
Texas – Seorang bayi berjaya diselamatkan meskipun sebahagian badannya terjojol daripada perut ibunya yang luka akibat kemalangan selepas wanita itu tercampak keluar dari kereta yang dinaikinya bersama kekasih serta anak perempuan mereka yang berusia dua tahun.
Bayi yang diberikan nama Emma Lyn Anahi Ortega itu, diselamatkan oleh Iria Wolnick yang kebetulan melalui jalan tersebut untuk menghadiri upacara pengebumian.
Menurut Iria, ketika dia berhenti di tempat kemalangan itu dia mendapati Niser Saldana-Quilantan, teman lelakinya Edward Ortega dan anak perempuan mereka, Adrallis Ortega telah tercampak dari kenderaan tersebut.
Iria kemudiannya mendengar suara Niser mengerang dan bertanya sama ada bayi dalam kandungannya selamat.
“Dia asyik bertanya kepada saya mengenai keadaan bayinya dan apabila saya melihat perutnya, saya mendapati kepala dan tangan bayi itu sudah separuh keluar melalui luka di perutnya,’’ kata Iria.
Iria yang tidak mempunyai pengalaman menyambut bayi, kemudiannya memberanikan diri dan menarik bayi berkenaan daripada perut ibunya.
Ketika itu juga seorang pemandu trak singgah di tempat kejadian dan menolong memotong tali pusat bayi itu.
Niser bagaimanapun meninggal dunia akibat kecederaan parah manakala teman lelaki dan anak perempuannya, terselamat.
Sumber: My News Hub
Bayi Diselamatkan Dari Jatuh Tingkat 2 Bangunan
Zhongshan – Ia merupakan detik-detik paling mencemas dan boleh menyebabkan jantung terhenti seketika. Itu yang dilalui Li ketika dia dan beberapa orang yang lain cuba menyambut seorang bayi yang tergelincir daripada tingkat dua sebuah bangunan apartmen.
Meskipun ketika itu hujan, namun Li bernasib baik kerana dapat menyambut kanak-kanak berusia setahun itu.
CCTV berjaya merakamkan aksi mencemaskan itu ketika kanak-kanak tersebut dilihat di tingkap dua semasa ribut melanda bandar berkenaan.
Dia memanjat tingkat tersebut untuk mencari ibunya.
Beberapa orang yang berada di situ turut meletakkan sofa dan kotak di jalan berkenaan dalam usaha membantu sekiranya bayi itu terjatuh.
“Saya tidak berfikir panjang pada masa itu. Saya cuma takut kerana bimbang dia terjatuh,’’ katanya.
Kanak-kanak itu akhirnya ditemukan dengan wanita tersebut.
Sumber: My News Hub
Dyana: Cantik Sahaja Tak Cukup - Pengundi Lelaki
TELUK INTAN: Wajah jelita, senyuman manis dan lirikan mata menawan Dyana Sofya Mohd Daud setakat ini masih gagal mempengaruhi pengundi muda lelaki untuk memilihnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, 31 Mei ini.
Tinjauan mStar Online dalam kalangan pengundi muda lelaki menunjukkan rupa paras bukan faktor utama dalam memilih wakil rakyat, sebaliknya khidmat kepada masyarakat lebih utama.
Bagaimanapun, rata-rata berpendapat personalitinya peguam berusia 27 tahun itu membantu kerana beliau mudah mendekati rakyat semasa berkempen.
Bagi Salim Abdullah, 35, kecantikan anak kelahiran Ipoh, Perak itu tidak cukup membantu kerana beliau masih baharu dalam politik.
"Dyana memang cantik tetapi masih baharu tak ada pengalaman untuk jadi wakil rakyat, jadi terpulang kepada pengundi sama ada nak beri dia peluang dan dinilai khidmatnya atau sebaliknya," katanya.
Namun bagi Benjamin Giftjayasingh, 26, tarikan fizikal Dyana bukan mendorong pengundi untuk memilihnya sebagai wakil rakyat tetapi melihat parti mana yang diwakilinya.
"Letaklah makcik tua sekali pun sebagai calon, tapi kalau dia boleh buat kerja, kenapa tidak.
"Orang juga mahu tahu parti yang dia wakilinya. Saya sokong Dyana bukan kerana dirinya atau kecantikannya tetapi reputasi yang ada pada DAP," katanya.
Seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai K.C dan berusia 23 tahun pula menganggap cantik itu subjektif tetapi ketika ini bukan itu yang jadi pertaruhan tetapi masa depan rakyat perlu diberi perhatian utama.
"Mungkin saya kata dia cantik, tetapi orang lain ada pandangan berbeza.
"Kecantikan dia bukan kelebihan untuk beliau memancing undi tetapi ia membantu beliau lebih dikenali sebagai calon," katanya.
Muhammad Faisal Firdaus Yahya, 22, pula tidak menafikan Dyana sememangnya cantik, malah akan dipandang berulang kali jika berselisih dengan calon itu.
"Cantik memanglah cantik, tetapi saya lihat dari poster dan risalah sahaja.
"Mungkin Dyana kena lebih banyak buat lawatan bertemu dengan penduduk sini," katanya.
Simon Benedict, 23, berkata, cantik itu satu bonus buat seseorang calon untuk dirinya lebih mudah mendapat perhatian rakyat.
"Peluang itu boleh digunakan Dyana tetapi yang lebih penting tunjukkan apakah perubahan yang beliau boleh buat kerana bagi pengundi adalah kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat yang jadi utama," katanya.
Polis kenal pasti anggota militan bersembunyi di Malaysia – KPN
GEORGETOWN: Polis telah mengenal pasti beberapa lagi anggota militan yang masih bersembunyi di Malaysia bagi mengelak ditahan berikutan dikehendaki polis antarabangsa (Interpol) kerana pembabitan dalam kegiatan pengganas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis menjalankan pemantauan berterusan dalam usaha mengesan anggota militan terbabit.
“Ada yang telah kami kenal pasti dan sedang kesan mereka, untuk makluman hari ini empat militan yang kami tahan baru-baru ini dituduh di mahkamah mengikut Kanun Keseksaan.
“Pemantauan terhadap mereka (militan) dijalankan secara berterusan dan jangan ingat polis tidak buat apa-apa, tetapi saya tidak boleh dedahkan semua kerana dalam siasatan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat sempena pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.
Khalid berkata polis memandang serius tindakan anggota militan terbabit yang cuba merekrut rakyat Malaysia terutama anak-anak muda untuk terlibat dalam kegiatan mereka.
“Ya memang ada usaha mereka untuk rekrut anggota di sini, anak-anak muda adalah sasaran militan berkenaan untuk disebarkan dakyah bagi menarik golongan berkenaan dalam aktiviti kumpulan penganas itu,” katanya.
Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata beberapa anggota militan dan pengganas luar negara yang ditahan di Malaysia baru-baru ini didapati cuba menyebarkan idealogi dan dakyah jihad dalam usaha merekrut lebih banyak anggota.
Wan Junaidi berkata, hasil siasatan pihak berkuasa mendapati mereka pada mulanya datang ke Malaysia untuk bersembunyi kerana terlibat dengan badan-badan pengganas di negara masing-masing sebelum bertindak menyebarkan dakyah dan ideologi mereka.
Sumber: Bernama
Suri rumah didakwa sokong perbuatan pengganas melalui Facebook
KUALA LUMPUR : Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua tuduhan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melalui Facebook, bulan lalu
Azizah Md Yusof, 55, didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan dirampas harta yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Sumber: myMetro
Saman kekasih tak pulangkan DVD
HOUSTON: Seorang pakar teknologi maklumat memfail saman ke atas bekas teman wanitanya kerana enggan memulangkan cakera video digital (DVD) ‘Harry Potter’ selepas mereka berpisah.
Robert Wallace, 32, mendakwa dia meminjamkan DVD berkenaan kepada Nomi Mims seorang penari bogel dan sebuah komputer riba ketika mereka mula berkenalan.
Selepas berpisah pada 3 Mei lalu, Wallace meminta Nomi memulangkan wang dan barangannya, namun penari bogel terbabit enggan bekerjasama.
Kecewa dengan kedegilan Nomi, Wallace memfailkan saman di mahkamah untuk mendapatkan semula ‘haknya’ itu.
Nomi bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan mereka tidak pernah berpacaran.
“Kami cuma kawan biasa dan barangan berkenaan adalah hadiah yang diberikan Wallace untuk saya,” katanya. Berang dengan saman dikemukakan Wallace, kini Nomi bertekad untuk melawannya di mahkamah. “Ia perkara paling mengarut peran saya dengar. “Tidakkah Wallace tahu setiap bayaran dihulur kepada penari bogel tidak boleh dipulangkan semula?” katanya.
Sumber: AFP
Ibu maut baju tersangkut lori
IPOH: “Saya cuba mengelak dari dihimpit sehingga ke bahu jalan, namun tidak mampu berbuat apa-apa selepas baju ibu saya tersangkut pada bahagian tepi lori, sebelum dia terjatuh atas jalan dan digilis lori berkenaan,” kata K Sundramoorthy, 33, menceritakan bagaimana ibunya E Ponnamah, 66, yang membonceng motosikalnya terjatuh dan dilanggar lori dalam kemalangan di Jalan Kuala Kangsar-Padang Tembak, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan pulang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ke rumahnya di Kampung Tawas, di sini, bersama anak lelakinya menaiki sebuah motosikal maut ditempat kejadian selepas digilis dan diseret sebuah lori sejauh beberapa meter.
Sundramoorthy berkata, dia membawa ibunya ke HRPB untuk menjalani rawatan mata pada kira-kira jam 8 pagi dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat di kawasan kejadian, dia memperlahankan motosikalnya dan mendakwa sebuah lori datang dari belakang menghimpitnya.
“Saya cuba brek dan mengelak, tetapi gagal…Apa boleh buat, kalau tuhan nak ambil (ibu), saya elak macam mana pun, tuhan ambil juga,” katanya sayu.
Keadaan di lokasi juga menjadi kecoh dan sedih apabila beberapa ahli keluarga yang tiba di tempat kejadian meratapi kematian mangsa serta memarahi Sundramoorthy.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika mengesahkan kemalangan itu berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang anak mangsa sebaik sampai di tempat kejadian dipercayai bergesel dengan lori yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.
Sumber: Harian Metro
Semua orang dia suruh letak jawatan – Khalid
PULAU PINANG – “Itu memang kerja dia. Semua orang dia suruh letak jawatan,”
Itu respon segera Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar mengenai kenyataan Mat Sabu yang mendesak Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi letak jawatan kerana gagal menangani insiden rempuhan pagar Dewan Undangan Negeri di sini baru-baru ini.
Bagi insiden itu, Abdul Khalid berkata, sebanyak 25 keterangan telah diambil bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung penahanan 12 orang sebelum ini.
Malah, polis turut menerima beberapa laporan polis berhubung insiden itu dan kesemuanya dibuat dalam negeri itu.
“Ada beberapa laporan polis diterima, hanya di negeri ini sahaja dan 12 individu yang bertanggungjawab telah ditahan kerana bertindak melakukan kekecohan dan merempuh pagar DUN.
“Lebih 25 percakapan telah dirakam setakat ini dan kita masih jalankan siasatan,” katanya.
Ketika ditanya mengenai dakwaan 12 individu tersebut yang hanya didakwa atas kesalahan kecil, Khalid menjelaskan kes itu disiasat di bawah tiga seksyen.
“Sebenarnya kita guna tiga seksyen dalam siasatan kes ini termasuk Seksyen 448 dan jangan ingat kita tak beri perhatian serius. Kita akan ambil tindakan ikut perundangan yang ada.
“Dalam bab ini, kita tahu apa yang terbaik serta seksyen apa yang perlu digunakan untuk siasatan,” katanya.
Terdahulu, Khalid juga menyifatkan kempen PRK Parlimen Bukit Gelugor sebagai proses aman yang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang tanpa melibatkan sebarang kejadian jenayah besar setakat ini.
Khalid berkata, sejak hari penamaan calon sehingga hari ini proses kempen dan segala ceramah ahli dan calon parti Politik bertanding berjalan lancar dan cipta sejarah sebagai pemilihan aman tanpa sebarang kejadian buruk sehingga kini.
“Saya berpuas hati dengan segala persiapan yang telah dilakukan polis negeri ini dan kita mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk mengawal proses kelancaran dan keselamatan pada 25 Mei ini.
“Kita telah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan cuma nasihat saya kepada calon supaya berhati hati sebelum mengeluarkan apa apa ucapan dan kenyataan..fikir dua tiga kali dahulu apa yang hendak dicakap, yang boleh menggugat keselalamatan.
Terdahulu beliau mengadakan lawatan kerja sempena persediaan PRK Bukit Gelugor ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pagi tadi.
Dalam perkembangan yang sama, Khalid berkata, keadaan minggu pertama kempen PRK kali ini terkawal.
Malah katanya, Abdul Rahim telah mengadakan rundingan bersama beberapa pihak termasuk politik dan keadaan terkawal dan keselamatan terjamin.
Menyentuh mengenai PRK, beliau berkata, sebanyak 15 laporan polis telab diterima pihaknya sejak hari penamaan calon pada 12 Mei lalu sehingga hari ini manakala daripada jumlah laporan tersebut katanya lagi sebanyak empat kertas siasatan melibatkan kesalahan kecil atau minimum dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Sumber: Malaysia Gazette
Doktor Nasihatkan Safura Berhenti Mengandung
Tahniah diucapkan buat penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam Mana Cintamu, Safura Yaacob yang telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Selasa lalu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Bayi tersebut merupakan anak keempat Safura dan suaminya, aktor Sharonizam Noor.
Mungkin kelahiran bayi ini merupakan yang terakhir buat Safura kerana doktor telah menasihatinya agar tidak lagi mengandung di masa hadapan.
Menurut Sharonizam, nasihat tersebut diberikan mungkin disebabkan atas faktor usia isterinya yang kini mencecah 43 tahun.
Memetik Murai, Sharonizam berkata, “bukanlah sebab apa-apa pun. Tapi, memang ada sedikit komplikasi ketika melahirkan baby kami ini. Mungkin ia disebabkan faktor usianya yang sudah pun mencecah 43 tahun”.
Pasangan tersebut walau bagaimanapun masih belum memberikan sebarang nama kepada anak mereka namun sudah memilih beberapa nama yang dirasakan sesuai, sebelum ini.
Untuk makluman, hasil perkahwinan Safura dengan Sharonizam, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.
Safura juga mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber: Audrey Lee / My News Hub
Bukit Gelugor PRK Paling Aman – KPN
GEORGE TOWN – Polis Diraja Malaysia menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor antara yang aman dalam sejarah PRK di negara ini.
Ini berikutan tiada kes jenayah serius dilaporkan sejak hari penamaan calon pada 12 Mei lalu sehingga hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hanya 15 laporan diterima setakat ini.
“Daripada 15 laporan itu, hanya empat kertas siasatan dibuka dan ianya membabitkan kesalahan kecil di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.
“Tiada apa yang perlu dirisaukan. Nampaknya, ini tempoh berkempan paling aman… tak ada banyak masalah,” katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat persiapan PRK Bukit Gelugor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, Jumaat.
Ketika ditanya mengenai persiapan menghadapi PRK pada 25 Mei ini, Khalid berkata, segalanya berada dalam keadaan baik dan terancang.
“Persiapan rapi dibuat dan kekuatan anggota bertugas mencukupi bagi memastikan kelancaran PRK ini,” katanya.
Malah, beliau berkata, pihaknya turut bersedia menghadapi sebarang insiden yang mungkin timbul semasa hari pengundian, Ahad ini.
“Kita sedia hadapi apa jua kemungkinan. Saya juga amat yakin PRK ini akan berjalan lancar tanpa dicemari insiden tidak diingini,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan calon yang bertanding supaya tidak mengeluarkan ucapan dan kenyataan yang dikhuatiri boleh mengganggu ketenteraman awam.
“Sebelum berucap tu fikir dulu apa yang ingin dicakap… kerana takut ia akan menggugat keselamatan awam,” katanya.
Sumber: mStar
Usahawan PKS Patut Rebut Peluang Pasaran Di AS
WASHINGTON – Usahawan kecil dan sederhana disaran supaya mengambil peluang keemasan untuk mengekspot produk makanan bermutu tinggi ke Amerika Syarikat yang mempunyai pasaran yang besar, kata Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Awang Adek Hussin.
“Yang penting ialah bekalan yang banyak, konsisten dan boleh diharap serta berkualiti tinggi, oleh sebab pasaran AS lebih besar,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
“Saya yakin peniaga-peniaga PKS boleh berjaya mengambil kesempatan untuk mengekspot produk-produk ke AS dengan berusaha lebih gigih untuk menepati permintaan sekiranya perlu mereka boleh mendapatkan nasihat daripada agensi-agensi yang berkenaan,” katanya.
Beliau bersetuju bahawa pengekspot Malaysia akan menghadapi persaingan sengit dengan pengekspot dari China and Thailand yang sudah jauh maju dan berjaya menguasai pasaran makanan di AS.
Di kedai-kedai runcit Thailand yang sering dijalankan oleh restoran di AS umpamanya, terdapat pelbagai bahan makanan tempatan seperti petai, jering, daun pandan dan durian yang dipek dalam bungkusan plastik dan dibekukan untuk jualan.
Bahan makanan seperti ini serta makanan yang ditin dan dibotolkan sangat popular dalam kalangan penduduk Asia-Amerika yang semakin berkembang di bandar-bandar metropolitan.
Awang telah menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Barack Obama di White House, pada Rabu.
Menurut Awang Adek, dalam perjumpaan berkenaan, Presiden itu tidak henti-henti menyatakan gembiranya melawat Malaysia baru-baru ini serta kenangan manis dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Beliau berkata Obama berharap sangat lawatannya dapat menghasilkan faedah yang ketara untuk rakyat.
Harapannya ialah AS tidak lagi perlu mengenakan visa ke atas rakyat Malaysia yang ingin melawat AS pada satu hari nanti, kata Awang Adek yang merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan.
Obama juga, menurut Awang Adek, mengalu-alukan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean, dan bersedia melihat Malaysia sebagai anggota majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mewakili negara-negara Asia yang lain di tahap lebih tinggi.
Sumber: Bernama
OKU Buta Ditampar Dituduh Cabul Isteri Orang
Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) terkejut apabila mukanya ditampar seseorang kerana dituduh mencabul isteri orang di sebuah kediaman pangsapuri di Serdang, Sabtu lepas.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nik, 32, ketika ditampar sedang menaiki tangga untuk menuju ke rumahnya di tingkat empat bangunan pangsapuri itu.
“Saya tergamam apabila tiba-tiba ditampar seseorang. Bukan sekali, tetapi dua kali dilempang di pipi kanan dan kiri,” katanya menurut laporan laman online Harian Metro.
Menurut Nik, ketika itu dia baru sahaja pulag dari bekerja seperti biasa.
“Ketika itu, saya baru baru pulang dari tempat kerja. Seperti biasa, saya berjalan sambil berpaut pada besi di tepi tangga itu.
“Tangan kanan saya memegang tongkat, manakala tangan kiri meraba besi di tepi tangga itu. Bagaimanapun, saya rasa seperti tersentuh seseorang. Saya mahu meminta maaf, namun saya tidak mendengar suara sesiapa ketika itu,” katanya.
Dia yang bekerja sebagai juru urut di Kompleks Kejiranan Putrajaya terus pulang ke rumahnya selepas kejadian itu.
Sumber: Harian Metro / Ibnu Khusairy Aris / My News Hub
Pelancongan Makanan Mampu Lonjak M’sia Ke Pentas Dunia
KUALA LUMPUR – Program Citarasa Kuala Lumpur 2014 dilihat mampu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan makanan di pentas dunia sekali gus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kepelbagaian makanan tradisional yang dimiliki Malaysia, turut mendapat pengiktirafan pihak luar.
“Laksa Penang sebagai contoh, telah diiktiraf pada tahun 2012 oleh sebuah rancangan televisyen yang berkisarkan destinasi pelancongan dunia, CNNGo, sebagai makanan ketujuh paling enak di dunia,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Citarasa Kuala Lumpur di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jumaat.
Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Dr Ong Hong Peng.
“Ini menunjukkan makanan Malaysia semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia,” katanya sambil mengakui program Citarasa Kuala Lumpur 2014 dilihat sangat signifikan dan akan turut diadakan di seluruh negara bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.
Beliau berkata penganjuran acara itu juga tepat pada masanya dalam usaha kementerian untuk melonjakkan sektor makanan dan minuman (F&B) ke pentas dunia.
“Bagi tahun 2013, sebanyak 12.5 peratus atau RM8.18 bilion daripada jumlah pendapatan pelancongan adalah dari sektor F&B.
“Penganjuran acara ini juga membuka ruang kepada pengusaha industri kecil-kecilan dalam sektor makanan. Ini secara tidak langsung dapat mempromosikan perniagaan mereka, di samping memberi impak ekonomi yang positif kepada para pengusaha,” katanya.
Ong turut menarik perhatian dengan berkongsi kisah kemenangan Catherine Chin Wan Ping, seorang rakyat Malaysia kelahiran Ipoh, Perak, yang telah memenangi gelaran MasterChef UK melalui hidangan nasi lemak dan sup wantan.
Sementara itu, acara Citarasa Kuala Lumpur 2014 selama tiga hari bermula Jumaat, menyediakan gerai makanan tradisi dari 14 negeri yang menyajikan pelbagai sajian termasuk Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Gulai dan Pulut Mangga (Perlis), serta Sata dan Otak-otak (Johor).
Selain Citarasa Kuala Lumpur 2014, kementerian turut memperluaskan penganjuran acara ikonik seperti Citrawarna, Festival Seni dan Festival Muzium ke peringkat negeri, yang akan menonjolkan keunikan budaya dan seni negara yang mempamerkan budaya satu Malaysia.
Sumber: Bernama
Prayuth Isytihar Dirinya Pemangku PM Thailand
BANGKOK – Ketua Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha isytihar dirinya sebagai pemangku perdana menteri sehingga rejim baharu yang merampas kuasa semalam menemui individu yang boleh berkhidmat jawatan itu sepenuh masa.
Bangkok Post dalam laporannya pagi ini menyebut pengumuman oleh Majlis Keamanan dan Keselamatan Negara (NPOMC) itu berkata, Prayuth, yang juga Komander Tentera, akan bertindak sebagai perdana menteri untuk hal berkaitan pentadbiran.
Sumber: BH Online
KRU Nafi Punyai Masalah Dengan Wings
PETALING JAYA – Syarikat rakaman KRU Music menepis khabar angin pihaknya mempunyai masalah dengan legenda rock negara iaitu Wings gara-gara empat lagu kumpulan tersebut telah dicetak rompak secara digital sebelum album mereka, Menakluk Kosmos dilancarkan.
Naib Presidennya, Jaja Nadzir berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku memandangkan syarikat tersebut turut menjadi mangsa keadaan cetak rompak selepas menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk projek album tersebut.
“Sejujurnya KRU Music tidak mempunyai masalah dalaman dengan Wings kerana mereka adalah artis kami dan juga rakan kongsi perniagaan KRU.
“Kami telah berusaha untuk menyekat penyebaran lagu tersebut di ruang digital tetapi malangnya ia telah dimuat turun dan telah dicetak rompak
“Lagipun inilah kali pertama album fizikal keluaran KRU dicetak rompak sebelum berada di pasaran. Diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan isu ini dan pihak KRU akan membuat laporan polis dan kini sedang mengumpul maklumat berkaitan isu ini,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.
Pada Selasa lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, dekat sini berhubung empat lagu dalam album terbaru mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini yang baru dipasarkan pada Khamis telah dicetak rompak.
Lagu kumpulan itu bukan sahaja boleh dimuat naik secara percuma malah album itu juga boleh didengari menerusi aplikasi Spotify dan Deezer bagi pengguna telefon pintar sebelum sempat ia dilancarkan.
Perkara itu dikatakan berpunca daripada kelemahan pihak KRU sendiri.
Dalam pada itu vokalisnya, Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak KRU apabila pelancaran album mereka pada Isnin lalu dibuat seperti ‘melepaskan batuk di tangga’ dan tidak bersungguh-sungguh.
Sementara itu, Jaja berkata, pihaknya juga sudah berhubung dengan anggota Wings untuk menjernihkan keadaan dan perjumpaan antara kedua-dua pihak akan diadakan tidak lama lagi bagi menyelesaikan isu tersebut selain membincangkan langkah seterusnya bagi mempromosikan album Menakluk Kosmos.
“Pihak kami akan berjumpa dengan Wings bagi menjernihkan keadaan. Mengenai isu pelancaran album Menakluk Kosmos yang gagal mendapat sambutan pihak media, saya mewakili KRU Music ingin memohon maaf kepada semua pihak termasuklah Wings kerana sebarang kekurangan yang berlaku adalah diluar jangkaan kami,” ujarnya.
Sumber: mStar
Bekas Presiden Guatemala Kena 5 Tahun Penjara Kerana Rasuah
NEW YORK – Bekas Presiden Guatemala, Alfonso Portillo dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 10 bulan kerana didapati bersalah dalam skandal rasuah bernilai AS$2.5 juta.
Portillo yang diektradisi di Amerika Syarikat dari negaranya setahun lalu, mengaku berslaah pada Max kerana membantu menyalurkan wang menerusi bank Amerika untuk merasuah Taiwan untuk mendapatkan pengikftirafan diplomatik Negara Tengah Amerika terhadap Taipei mengenai isu Beijing.
Bekas presiden berusia 62 tahun itu berkuasa antara tahun 2000 dan 2004, ditangkap sejak Januari tahun 2010.
Berikutan beliau sudah dipenjarakan, hukuman Portillo hanya berbaku setangah setengah lagi, demikian menurut Hakim Mahkamah Daerah New York, Robert Patterson.
Portillo menerima lima cek setiap satu bernilai setengah juta dari Taiwan antara tahun 1999 dan 2002 dan kemudian melakukan konspirasi untuk meminjamkan wang itu.
Guatemala adalah salah satu daripada 22 negara yang kebanyakannya dari Amerika Tengah dan Caribbean, yang mengiktiraf hubungan diplomatik Taiwan dengan China.
Sumber: AFP
Ibu Tunggal Dirompak, Dikurung Dalam Stor
SEGAMAT – Sebuah keluarga termasuk seorang ibu tunggal di Kampung Paya Lebar, Batu Anam kerugian RM600 apabila menjadi mangsa samun dua lelaki di rumahnya.
Zalilah Jamnan, 35, berkata, ketika kejadian, dia terkejut dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di belakang rumahnya sebelum meluru masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.
“Ketika itu, saya sedang memasak di dapur manakala emak mendodoikan anak bongsu saya. Pada awalnya, saya ingat abang saya yang pulang.
“Emak terus menjerit sebelum salah seorang daripada mereka mengarahkan diam. Seorang lagi ke dapur lalu mencekak belakang leher saya dan kami dikumpulkan di ruang tamu rumah belakang,” katanya.
Katanya, salah seorang suspek memakai penutup muka dan bersenjatakan sebilah pisau, manakala seorang lagi memakai topi keledar dan bercermin mata gelap.
Ketika kejadian, abang ipar mangsa, Azmizam Mohd Noor yang berehat di bilik tidak menyangka bunyi bising di ruang tamu disebabkan kehadiran suspek.
“Kedua-duanya tersebut tidak menyangka abang ipar saya berada di rumah ketika itu dan abang ipar saya yang perasan kehadiran suspek terus mengunci pintu bilik daripada dalam.
“Kedua-dua suspek mengarahkan abang ipar saya buka pintu sebelum mereka menendang pintu,” katanya.
Menurutnya, setelah dikumpulkan di ruang tamu, salah seorang suspek memaksa mereka menyerahkan kesemua barangan berharga.
Sementara itu, seorang lagi suspek menggeledah rumah dan mengambil dua tabung duit syiling, wang tunai dan sebuah telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM600.
“Bukan setakat itu sahaja, mereka mengurung saya dan abang ipar dalam stor sebelum melarikan diri,” katanya.
Zalilah kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Batu Anam pada petang hari yang sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis.
Sumber: Sinar Online
Suami Izreen – ‘Punca Sebenar Tak Ada Apa Sangat’
MUNGKIN masih ramai lagi yang tertanya-tanya perihal kes cerai yang difailkan di mahkamah oleh suami pelakon Izreen Azminda, Muhamad Riza Baharuddin, baru-baru ini.
Sehingga saat ini, kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai punca yang membawa kepada perkara itu.
Memetik laporan GUA, Riza yang dihubungi meminta agar tiada pihak yang menemubualnya lagi selepas ini.
“Saya malas nak layan isu remeh temeh ini, minta maaf sangat-sangat. Saya berpisah secara baik dengan Izreen dan saya harap semua menghormati privasi kami. Saya pasti Izreen juga akan memberi kenyataan dalam masa terdekat ini,” ujarnya.
Ditanya mengenai punca pergolakan rumahtangga mereka, ini jawapannya:
“Apabila masalah rumahtangga kami bermula, tanyalah Izreen. Saya bukan tak nak komen, tapi saya rasa lebih baik orang tanya dia saja. Apapun, saya harap orang di luar sana bagilah ruang kepada dia untuk tenang terlebih dulu. Saya pasti dia juga tertekan dengan apa yang berlaku dan saya kesian apabila orang asyik tanya dia saja.
“Apa yang boleh saya katakan, punca sebenar rumahtangga kami retak tak ada apa sangat pun, cuma adalah masalah yang tak dapat kami beritahu di sini.”
Hmm…kalau tak ada apa sangat, kenapa sampai mahu bercerai?
Bagi kami, selagi masalah itu boleh diselesaikan dengan baik, janganlah sampai bercerai-berai.
Perkahwinan pun baru setahun jagung, anak pula masih kecil. Kasihan…
Sumber: Elza / My News Hub
Gambar Lawak
"Tunggulah Balasan Daripada Allah" - Suami Izreen Azminda
Suami kepada pelakon Izreen Azminda, Muhamad Riza Baharuddin menafikan dia ada melafazkan cerai kepada isterinya ketika berada di set penggambaran drama 'Bukan Terpaksa Aku Relakan’ seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini.
Riza ketika dihubungi GUA memberitahu tiada sebarang pertengkaran berlaku antaranya dengan Izreen seperti yang diuar-uarkan sebelum ini dan berharap agar pihak di luar sana tidak sewenang-wenangnya membuat spekulasi berkaitan masalah rumahtangganya.
"Tidak ada lafaz cerai berlaku di set lokasi seperti yang dihebohkan sebelum ini. Siapa yang buat mulut itu, tunggulah balasan daripada Allah. Saya tak faham macam mana mereka boleh cakap kami bergaduh. Biasalah mulut orang bebas untuk cakap apapun, saya tak kisah tapi mereka kena tahu perbuatan mereka itu akan dibalas Allah, itu saja yang saya boleh cakap,” tutur Riza sambil memberitahu enggan memberikan sebarang komen lagi.
“Saya rasa tak payahlah temubual saya lagi. Saya malas nak layan isu remeh temeh ini, minta maaf sangat-sangat. Saya berpisah secara baik dengan Izreen dan saya harap semua menghormati privasi kami. Saya pasti Izreen juga akan memberi kenyataan dalam masa terdekat ini,” pinta jurukamera bebas ini lagi.
Ketika dihubungi, Riza turut mengakui dia ada menfailkan perceraian di mahkamah pada 14 Mei lalu dan masih menunggu tarikh sebutan kes perceraian mereka. Apabila ditanya bilakah rumahtangga mereka mula bermasalah dan apakah punca yang menyebabkan rumahtangga yang dibina pada 31 Ogos 2012 ini bergoyah, Riza lebih selesa untuk mengunci mulut.
“Apabila masalah rumahtangga kami bermula, tanyalah Izreen. Saya bukan tak nak komen, tapi saya rasa lebih baik orang tanya dia saja. Apapun, saya harap orang di luar sana bagilah ruang kepada dia untuk tenang terlebih dulu. Saya pasti dia juga tertekan dengan apa yang berlaku dan saya kesian apabila orang asyik tanya dia saja.
Apa yang boleh saya katakan, punca sebenar rumahtangga kami retak tak ada apa sangat pun, cuma adalah masalah yang tak dapat kami beritahu di sini,” ujar Riza sambil memberitahu anak mereka, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan dijaga secara bergilir-gilir oleh mereka.
GUA turut cuba menghubungi pelakon drama ‘7 Suami’ ini bagi mendapatkan kenyataannya namun panggilan telefon tidak terjawab.
Sumber: Gua
Selepas 12 Tahun, Gusti WWE Kembali Ke Malaysia Oktober Ini
Malaysia akan menjadi satu-satunya negara eksklusif di rantau Asia Tenggara untuk menganjurkan WWE Live selepas 12 tahun.
Pengurus Besar Peristiwa Malaysia Utama Tony Nagamaiah berkata WWE Live dijangka menarik pelancong dari Timur Selatan rantau Asia semasa acara dua hari itu.
"WWE sentiasa menjadi salah satu program hiburan kegemaran di rantau ini, oleh itu ia akan menggalakkan lebih banyak pelancong untuk datang dan Malaysia berbangga untuk menjadi tuan rumah," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.
Terlibat dengan Events Malaysia Utama dan Astro Malaysia Holdings Berhad, WWE Live akan diadakan dengan perbelanjaan hampir RM33 juta sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Sementara itu, Asia Pasifik Naib Presiden WWE dan Pengurus Besar Sweesin WUU berkata 25 hingga 30 WWE Superstars dan Divas termasuk John Cena, Bray Wyat dan Ricky Steamboat akan menghiburkan peminat mereka di WWE Live di Stadium Putra di Kuala Lumpur pada 10 Okt dan 11 tahun ini.
"Kami teruja untuk kembali ke Malaysia selepas 2002 dan peristiwa-peristiwa ini menggambarkan komitmen WWE untuk pertumbuhan kami di Malaysia, "katanya.
Peminat Gusti boleh mendapatkan tiket daripada 31 Mei dengan harga antara RM128 dan RM1,230.
Sumber: Bernama
Luahan Sayu Dayana Lokman Isu Dimadukan Ashraf Muslim
Mungkin tidak ramai wanita bergelar isteri di luar sana yang mempunyai kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian apabila mengetahui suami berkahwin dengan wanita lain.
Namun itulah liku-liku hidup yang harus dilalui Dayana Lokman, isteri pertama Ashraf Muslim. Kami akui Dayana memang isteri yang terbaik dan berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan di luar dugaan.
Baru-baru ini, wanita bergelar doktor itu telah memuatnaik satu status terbaru di laman Instagram miliknya yang kedengaran sayu meminta peminat agar mendoakan dia dan madunya, Wan Sakinah boleh menjadi isteri-isteri yang solehah dan kekal bersatu.
Status Dayana itu membayangkan bahawa perkongsian hidup dengan Wan Sakinah semakin bahagia dari hari ke hari. Malah kehadiran bayi kecil bernama Sarah Ashraf yang baru berusia kira-kira dua bulan mengeratkan lagi hubungan dua wanita ini.
“Ya Allah..satukanlah hati kami.. jadikanlah kami isteri solehah yg terbaik buat suami kami..jadikanlah kami ibu yg terbaik buat sarah ashraf..jadikanlah kami anak yg terbaik buat ibu dan ayah kami..berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..aamiin.”
Sumber: Plbagaimacam
16 tahun hidup sekadar minum air
Ali Hanafi bukan sahaja tidak dapat menelan makanan, tetapi terpaksa menapisminuman kerana
masalah pernafasan yang dialaminya.
KULAIJAYA – “Duit simpanan dah habis, tapi sakit dihidapi sejak 16 tahun lalu masih belum pulih,” kata seorang pesakit misteri, Ali Hanafi Yusof, 44.
Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM900 sebulan berkata, tidak mampu menanggung kos perubatan dan keperluannya, ditambah masih perlu menampung perbelanjaan tiga anak masih bersekolah.
“Saya ada minta bantuan pihak berkenaan untuk dapatkan tanggung kos rawatan, namun tiada respons,” katanya semalam.
Kisah duka, Ali Hanafi ini bermula sebaik menjalani pembedahan tiroid di tekak pada 2005, namun punca sebenar penyakit dialaminya itu belum dapat dikenal pasti hingga kini.
“Saya sangka lepas pembedahan, sakit hilang, tapi sekarang saya tak dapat telan makanan.
“Saya hanya boleh minum air yang ditapis, kalau tak, saya senang tersedak dan sesak nafas,” katanya.
Ali Hanafi berkata, keadaan bertambah buruk apabila dia sering mengalami masalah pernafasan secara tiba-tiba hingga mengganggu rutin kerja dan menyebabkan dia beberapa kali dibuang kerja.
“Sebelum kerja di sini, macam-macam kerja saya buat termasuk juruteknik, pemandu dan pembantu kedai, namun tak lama kerana selalu cuti sakit.
“Badan cepat letih, mungkin sebab kurang zat, tapi saya bersyukur majikan di sini memahami keadaan saya. Cuma ada masa saya tidak dapat elaun penuh kerana kerap cuti sakit,” katanya.
Katanya, bagi menambah sumber pendapatannya dia turut melakukan kerja sampingan pada waktu malam untuk mengumpul kos rawatan dan menampung keperluan keluarga.
“Sebelum ini saya pernah cuba makanan tambahan yang dijual dalam bentuk jus dan dapat membantu mengurangkan masalah pernafasan, tapi saya tak mampu teruskan kerana mahal,” katanya kepada Sinar Harian.
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang prihatin terhadap nasibnya boleh menghubunginya di talian 012-7877031 untuk menghulurkan bantuan.
Sumber: Sinar Online
Nenek dakwa Jimmy tidak bertanggungjawap terhadap cucunya
PENGASAS produk kencantikan terkenal, Muniroh Kassim memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam bekas menantunya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 34, tidak menunjukkan reaksi gembira untuk bertemu dengan cucunya, Zahra Rania Shanley, 2.
Menerusi laporan Sinar Harian, Muniroh berkata sewaktu dia menghantar Zahra Rania ke rumahnya, bekas menantunya itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap kehadiran anak kecil itu.
“Sewaktu cucu saya diwadkan di hospital kerana tidak sihat, dia cuma datang melawat lima minit sahaja,” katanya.
Ibu kepada Nur Suhaila Eliani Suhaimy, 25 itu berkata, dia tidak menghalang Jimmy untuk datang melawat dan mengambil anak itu keluar pada bila- bila masa kecuali bermalam.
“Datanglah pada bila- bila masa dia mahukan di siang hari kerana rumah tinggal kami tidak berjauhan antara satu sama lain,” katanya.
Menurutnya, waktu kerja Jimmy yang bermula seawal jam 6 pagi menyebabkan bekas menantunya itu tidak sesuai bermalam dengan Zahra Rania.
“Jika Zahra Rania bermalam di rumahnya, siapa akan menjaganya sewaktu bapanya keluar bekerja kerana Zahra Rania bangun tidur sekitar jam 8 pagi.
“Lagipun Jimmy hanya tinggal seorang diri di rumah,” katanya.
Muniroh turut mendakwa Jimmy tidak pernah datang ke rumahnya untuk mengambil anak kecil itu.
“Usahkan datang, telefon dan bertanya khabar pun tidak. Apa pun tidak,” katanya dalam prosiding perbicaraan kes perintah pemenjaraan ke atas Nur Suhaila Eliani.
Nur Suhaila Elaini didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah membabitkan hak lawatan dan bermalam Jimmy dengan anak perempuannya.
Permohonan itu difailkan Jimmy pada 7 Mei 2013.Nur Suhaila Eliani hadir peguam Syarie, Saadiah Din manakala Jimmy Shanley ditemani peguamnya, Mohd Noor Aizan Md Idrus.Prosiding dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Mat ditangguhkan sehingga 6 September depan.
Sumber: mStar
Sevilla FC bawa trofi Liga Europa ke Malaysia
KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak tempatan akan berpeluang melihat secara dekat trofi Liga Europa apabila juara musim ini Sevilla FC akan membawa bersama piala berprestij itu ke Malaysia.
Kelab dari Sepanyol itu akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan Liga Super Selangor di Stadium Shah Alam, Isnin ini.
“Kami berharap ketibaan trofi itu merupakan inspirasi tambahan untuk peminat bola sepak melihat aksi salah satu kelab terbaik dari Eropah di halaman sendiri,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad dalam kenyataan pada Khamis.
Sevilla menjulang Piala Liga Europa selepas menundukkan jaguh Portugal Benfica FC 4-2 melalui penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat tanpa jaringan pada final di Stadium Turin, Itali, 14 Mei lepas.
Pengurus Sevilla, Unai Emergy, yang turut berkongsi pandangan Mokhtar,berkata pasukannya amat teruja untuk menentang pendahulu Liga Super itu.
“Kami teruja untuk bermain di Malaysia dengan menentang pasukan utama seperti Selangor serta tidak sabar untuk mewujudkan kelab peminat di sini,”katanya.
Sevilla, yang menamatkan saingan La Liga di tangga kelima musim ini,mengadakan jelajah Asia dengan menentang kelab Indonesia, Pelita Bandung Raya di Stadium Si Jalak Harupat di Bandung malam Khamis sebelum berlepas ke Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tiket perlawanan berharga RM20 akan mula dijual di Stadium Shah Alam, Ahadini. Sementara itu, orang ramai berpeluang trofi Liga Europa seberat 15 kilogram itu di Kelab Saujana di Subang, Selangor, mulai 4 petang, Sabtu ini.
Sumber: mStar
Gangguan Ketika Kempen Hanya Taktik Murahan Politik Samseng - Dyana
TELUK INTAN: Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud menganggap pihak tertentu yang mengganggu kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan hanya sekadar taktik murahan dalam budaya politik samseng.
Beliau berkata, sesiapa sahaja yang mahu berpolitik, ia sepatutnya dilakukan secara matang tanpa elemen negatif.
"Apa ini? Kita hendak berkempen, tak kan (pengacau) nak buat taktik murahan sebegini.
"Politik gangster, politik samseng ini kita tolak. Kita juga tolak politik perkauman dan politik barang naik," katanya pada ceramah di Taman Melor di sini, malam Khamis.
Bagaimanapun, ceramah yang turut dihadiri Ahli Parlimen PAS-Bukit Gantang, Idris Ahmad dan Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) itu berlangsung dalam keadaan hambar berikutan hujan sejak petang, Khamis.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang, Rabu, sekumpulan lelaki mengganggu kempen Dyana di pasar malam Taman Rumah Awam, Kampung Padang Tembak, di sini.
Bagaimanapun, calon DAP berkenaan bersama jentera parti meneruskan kempen sebelum beredar dari lokasi berkenaan kira-kira 10 minit kemudian.
Sumber: mStar
Perintah berkurung diisytihar di seluruh Thailand
BANGKOK - THAILAND. Hanya beberapa jam selepas rampasan kuasa diisytihar semalam, tentera Thailand mengumumkan beberapa langkah seperti perintah berkurung dan menghentikan program biasa dalam televisyen.
Majlis Pengekalan Keamanan dan Ketenteraman Awam, yang diwujudkan selepas rampasan kuasa itu, akan menyelia keadaan di negara itu.
Majlis itu mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara mulai 10 malam hingga 5 pagi dan kesemua stesen radio dan televisyen diarah menghentikan rancangan seperti biasa.
Sebaliknya stesen siaran dan saluran program asing perlu menyiarkan bahan yang dibekalkan oleh tentera dengan sebahagian besar adalah lagu-lagu patriotik dan pengumuman oleh tentera dari masa ke semasa.
Majlis itu turut mengumumkan bahawa kerajaan sementara dibubarkan dan Perlembagaan digantung tetapi Dewan Senat, mahkamah dan pertubuhan badan-badan bebas boleh meneruskan fungsi masing masing.
Perdana Menteri sementara Niwutthamrong Boonsongpaisan dan anggota Kabinet diarah melaporkan diri kepada majlis itu malam tadi.
Berikutan penangkapan pemimpin tunjuk perasaan daripada kumpulan penyokongdan menentang kerajaan, penunjuk perasaan dilihat mula meninggalkan kubu masing-masing petang semalam.
Rampasan kuasa itu diumumkan oleh Panglima Tentera Thailand Jen Prayuth Chan-ocha semasa mengadakan mesyuarat dengan pihak yang terbabit dalam konflik politik negara itu termasuk kerajaan sementara, Suruhanjaya Pilihanraya, pemimpin kumpulan penyokong kerajaan dikenali sebagai 'Baju Merah', pemimpin menentang kerajaan dan Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC).
Menurut akhbar Nation memetik sumber dalam berita atas taliannya, Jen Prayuth mengisytiharkan rampasan kuasa selepas Menteri Keadilan sementara Chaikasem Nitisiri, yang mengetuai barisan kerajaan sementara, berkata kerajaan akan berundur.
Jen Prayuth dikatakan membangkitkan soalan selepas mesyuarat itu kecoh apabila tiada pihak mahu melepaskan tuntutan masing-masing.
Bagaimanapun, kumpulan menentang kerajaan nampaknya gembira dengan perkembangan terbaru itu.
"Ini adalah kejayaan kami. Saya menyertai bantahan hampir empat bulan," kata Shahrutal Phachai, seorang anggota PDRC kepada Bernama di salah sebuah kubu kumpulan itu di Ratchadumnoen Avenue di sini.
"Saya tahu rampasan kuasa ini bukan cara yang betul untuk menyelesaikan konflik politik tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan sebarang usaha," katanya yang menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas pemimpin PDRC menghentikan bantahan susulan rampasan kuasa itu.
Seorang lagi penyokong kumpulan menentang kerajaan, Taleb Mudmod, 60, seorang petani dari Surathani, wilayah selatan Thailand, berkata beliau amat gembira kerana tentera mengambil tindakan untuk menyelesaikan konflik selepas kerajaan sementara tidak lagi mempunyai kuasa.
"Saya percaya tidak ada keganasan selepas rampasan kuasa," kata Taleb yang sedang menunggu bas untuk pulang ke kampungnya selepas beberapa bulan menyertai bantahan itu.
Bagaimanapun, penyokong 'Baju Merah' di Jalan Aksa di pinggir ibu kota, mula pulang ke rumah dengan suasana suram selepas kerajaan sementara yang disokong oleh mereka dibubarkan.
Sumber: Bernama
Tentera Thailand Arah Gantung Program televisyen
BANGKOK: Tentera Thailand pada Jumaat mengarahkan semua stesen televisyen dan radio negara itu menggantung program-program biasa mereka dan memaparkan siaran tentera sahaja ekoran rampasan kuasa yang berlangsung.
Tindakan itu dilakukan bagi memastikan berita yang tepat disiarkan kepada orang ramai, kata seorang jurucakap tentera di dalam satu pengumuman di televisyen.
Ketua Tentera Thailand, Prayut Chan-O-Cha melakukan satu rampasan kuasa tentera semalam, menggulingkan kerajaan yang dipilih dan meletakkan negara ke dalam keadaan yang tidak menentu selepas beberapa bulan persengketaan politik buntu.
Sumber: mStar
Dyana akui takut berdepan provokasi
Dyana Sofya menunjukkan gambar situasi provokasi diterimanya ketika berkempen kelmarin.
TELUK INTAN - Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mengakui berasa agak takut dengan provokasi terhadapnya ketika berkempen di tapak pasar malam Rumah Awam Kampung Padang Tembak, kelmarin.
Namun beliau terpaksa mengetepikan perasaan tersebut untuk memastikan kelancaran perjalanan kempen yang akan tamat lapan hari lagi.
“Ada rasa takut, tapi saya percaya dengan pengundi. Hasrat saya adalah untuk jumpa rakyat dan berkempen,” katanya.
Menurutnya, insiden kelmarin tidak menggambarkan keadaan sebenar budaya sihat dalam berkempen.
Katanya, sebelum ini, kedua-dua parti sudah menyatakan persetujuan untuk menjalankan kempen secara sihat.
“Apa yang jadi ini tak sihat, kita jelas menolak politik samseng seperti ini dan kita dah setuju nak buat kempen secara baik,” katanya.
Ketika kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, Dyana Sofya yang hadir bersama pimpinan tertinggi DAP termasuk Lim Kit Siang diusir sekumpulan individu.
Antara kata-kata dilemparkan kepada rombongan kempen calon DAP itu termasuklah, kampung berkenaan kawasan Melayu dan dilarang membawa masuk orang bukan Melayu.
Dyana Sofya berkata, laporan polis hanya akan dibuat setelah kata putus diperoleh dalam perbincangan bersama pimpinan parti.
Ketika ditanya mengenai ibunya, Yammy Samat yang tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu, beliau berkata, ibunya masih mempunyai komitmen lain selain menemaninya sepanjang kempen.
Sumber: Sinar Online
Lebih Separuh Kakitangan Sebuah Agensi Kerajaan Berhutang Along
KUANTAN: Hampir separuh kakitangan dari sebuah agensi kerajaan di sini dilaporkan berhutang dengan along menyebabkan ramai dikalangan mereka dihimpit kesusahan lebih-lebih lagi kad pengeluaran wangautomatik (ATM) turut dipegang oleh ceti haram.
Perkara mengejutkan itu didedahkan oleh Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohamad Fauzi yang datang ke sini pada Khamis dalam usaha untuk membantu sebilangan kecil mereka yang terlibat.
Beliau mendakwa, hasil maklumat awal yang diperoleh oleh pihaknya mendapati hampir separuh daripada 3,000 kakitangan agensi kerajaan terbabit terlibat dengan masalah hutang.
"Kita telah datang ke Kuantan setelah menerima maklumat daripada kakitangan agensi kerajaan terbabit yang meminta pertolongan untuk mengatasi masalah itu dan dalam masa yang sama pihak majikan turut menghubungi kita berhubung soal yang itu," katanya.
Tanpa mendedahkan butiran jabatan kerajaan yang terlibat, Samsudin berkata along terbabit juga bertindak berani dengan datang ke jabatan berkenaan bagi mengutip hutang.
Menurutnya, perkara itu juga telah dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa bagi membolehkan pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera terhadap peminjam wang haram itu.
Beliau juga mendakwa kegiatan peminjaman wang oleh along di Kuantan semakin serius dengan kebanyakan peminjam wang yang terlibat berselindung diatas nama syarikat peminjam wang berlesen.
"Siasatan kami mendapati along ini mempunyai lesen untuk menjalankan kegiatan meminjamkan wang ini di Johor Baharu dan Kuala Lumpur, namun mereka turut menjalankan kegiatan yang sama di sini dan ia melanggar syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan," katanya.
Dalam masa yang sama, beliau mendakwa sepasang suami isteri di Banting, Selangor mahu menjual bayi mereka yang baru dilahirkan gara-gara terdesak hendak membayar hutang along.
"Maklumat berhubung kes tersebut baru kita perolehi hari ini, dan difahamkan pasangan itu kini sedang mencari pembeli untuk menjual bayi mereka. Kita akan kerumah mereka dalam tempoh terdekat untuk membantu menyelamatkan bayi berkenaan,"katanya.
Sehubungan itu juga beliau menggesa pihak berkuasa memandang serius perkaraini terutama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau meminta kementerian itu supaya mengambil tindakan drastik dengan menyerahkan kuasa di bawah Seksyen 29 B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kepadapihak polis kerana kementerian itu tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menguatkuasakan akta itu di seluruh negara.
Di bawah seksyen itu mana-mana pemberi pinjam wang berlesen secara sendiri atau melantik orang ketiga mengekori mangsa mengugut atau menganggu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,00 atau hukuman penjara dan sebatan bagi kesalahan berulang.
Sumber: mStar
Tiada internet di stadium Brazil
Stadium Arena Pernambuco di Recife, antara lokasi digunakan perlawanan Piala Dunia
dan difahamkan tiada sambungan internet dipasang untuk kegunaan media.
KURANG sebulan sahaja lagi Piala Dunia akan berlangsung, kini terdengar keresahan dalam diri peminat apabila jawatankuasa komunikasi Brazil masih belum memasang sambungan internet di dalam stadium.
Ini diakui sendiri oleh salah satu wakil komunikasi Brazil yang bertanggungjawab mengenai perkhidmatan ini apabila beliau mendedahkan bahawa peminat tidak akan mendapat sambungan internet ketika berada di dalam beberapa stadium Piala Dunia.
Hal itu juga ditegaskan oleh Menteri Komunikasi Brazil, Paulo Bernardo yang memberitahu pihaknya kini tidak mencukupi masa untuk memasang peralatan bagi menyediakan perkhidmatan dana internet di seluruh stadium.
"Amat sukar untuk menyediakan perkhidmatan internet terbaik," katanya kepada Fox Sports.
Situasi ini nyata menimbulkan rasa kecewa Setiausaha Agung Fifa, Jerome Valcke yang menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
"Kami tidak mahu Brazil dikenang sebagai tuan rumah Piala Dunia yang paling teruk sepanjang sejarah.
"Kami tidak mahu para media mendedahkan dan memberitahu ke seluruh dunia mengenai kelemahan tuan rumah," katanya.
Selain masalah komunikasi, Valcke juga mengingatkan mengenai fanfest yang sehingga kini belum dibuat oleh jawatankuasa penganjur.
Fanfest adalah sebuah ruangan terbuka yang dijadikan kawasan khusus buat peminat untuk menikmati kehangatan Piala Dunia, termasuk menyaksikan pertandingan melalui skrin gergasi.
Sumber: Sinar Online
PBB senarai hitam Boko Haram, kenakan sekatan
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menyenarai hitam dan mengenakan sekatan terhadap Boko Haram di Nigeria sebagai rangkaian yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.
Keputusan itu dibuat selepas sebulan Boko Haram dilaporkan menculik lebih 200 murid perempuan di negara itu.
Langkah itu dengan segara disambut oleh Britain dan Amerika Syarikat (AS) yang dikuatkuasakan serta-merta selepas tiada bantahan dikemukakan di kalangan 15 anggota Majlis Keselamatan PBB.
Tindakan sekatan PBB terhadap Boko Haram termasuk larangan berkaitan senjata api, pembekuan aset dan larangan perjalanan.
Boko Haram yang diwujudkan sejak 10 tahun lalu menuntut untuk menubuhkan kerajaan Islan terutama di utara Nigeria yang majoriti penduduknya Islam.
Serangan yang dilakukan oleh kumpulan itu menyebabkan ratusan nyawa terkorban sejak 2009.
Duta AS, Samantha Power mengalu-alukan langkah itu dan menyifatkan ia sebagai 'langkah penting' untuk menyokong usaha Nigeria bagi menumpaskan Boko Haram.
Nigeria dikritik hebat oleh AS kerana gagal bertindak segera untuk memerangi Boko Haram dan meminta jawatankuasa sekatan Al-Qaeda untuk menyenarai hitamkan kumpulan berkenaan dan mengenakan sekatan.
“Ia satu langkah yang signifikan," kata Duta Nigeria, Joy Ogwu.
Sumber: AFP
7 Tahun Terperuk Dalam Rumah Akibat Gemuk
California – `Udara segar’ itu ayat pertama yang terpacul dari mulut Bonnie selepas dia berjaya dibawa keluar dari rumahnya bagi menaiki ambulans ke hospital.
Bonnie, sudah tujuh tahun terperap di dalam rumah dan tidak dapat keluar dari situ akibat kegemukan dengan beratnya mencecah 294 kilogram.
Dengan berat tersebut, bayangkan betapa sukar baginya untuk menikmati cahaya matahari di luar.
Bonnie mula menjadi gemuk selepas ibunya meninggal dunia. Sejak itu dia enggan keluar rumah dan kesedihannya semakin bertambah apabila bapanya pula meninggal dunia dua tahun selepas itu.
Akibatnya, badannya bagai dipam-pam dan segala urusan harian dikendalikan oleh anak perempuannya, Jamesha.
Namun melalui rancangan Own, Iyanla: Fix My Life, Bonnie telah membuka mata mengenai kehidupan dan bersetuju untuk mendapatkan rawatan akibat kegemukannya.
Bagaimanapun untuk membawa dia menaiki ambulans, bukan perkara mudah kerana lubang terpaksa ditebuk melalui dinding bilik tidurnya sebelum dia dibawa menaiki ambulans khas.
Dia kini menjalani terapi khas di hospital USC dan mengikuti diet khas kerana terlalu gemuk.
Setakat ini dia berjaya mengurangkan 34 kilogram dan dijangka dapat berjalan dalam tempoh sebulan.
Sumber: My News Hub
Dyana Sofya Enggan Jawab Soalan Hudud
TELUK INTAN: Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud terus enggan menjawab berhubung pendiriannya tentang isu hukum hudud.
Ketika diasak dengan soalan sama oleh pemberita tentang perkara itu hari ini dalam sidang akhbar di Pusat Operasi Utama DAP di Bandar Baru Teluk Intan di sini, peguam berusia 27 tahun itu berkata:
"Apa yang anda mahu, saya telah buat kenyataan saya mengenai hudud dan saya ingin berbincang isu lain. Kita sekarang ini fokus hanya nak menang pilihan raya".
Malah anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad daripada PAS turut dibawa untuk membicarakan tentang pelaksanaan hukum hudud.
"Kami bersikap agak terbuka untuk menilai lebih mendalam (hudud), kerana ia perlu distruktur dengan betul dan diguna pakai dalam konteks yang betul," katanya.
"Kami tidak terburu-buru untuk mencadangkannya kerana dalam Islam tidak ada paksaan. Lebih baik berhati-hati daripada tergesa-gesa melakukan sesuatu yang masih belum bersedia sepenuhnya. Kami tidak akan terburu-buru, tetapi tetap berpegang dengan prinsip itu," katanya.
Sementara itu, Dyana Sofya yang membangkitkan isu tentang wanita turut membawa Presiden Persatuan Wanita Perak Untuk Wanita (PWW) Dr Sharifah Halimah Jaafar untuk membantu menjelaskan mesej yang ingin dibawanya.
PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.
Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala pengundian ditetapkan 31 Mei.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Sumber: mStar
Ikhwanul bukan lawan rakyat Mesir
Sebahagian penyokong Mursi dibicarakan, kelmarin.
KAHERAH - MESIR. Ikhwanul Muslimin tidak pernah berniat untuk bertempur dengan rakyat Mesir, mereka sebaliknya bertekad melawan orang Yahudi.
Mursyidul Am Ikhwanul Mohamed Badie mengeluarkan kenyataan itu ketika perbicaraan di mahkamah, kelmarin lapor akhbar Agensi.
“Kami tidak pernah melakukan kekerasan terhadap rakyat sendiri. Kami bertarung melawan Yahudi selepas Institut Pengkajian Strategi Israel melabelkan Ikhwanul sebagai musuh terbesar mereka,” katanya.
Sementara itu, sebuah mahkamah Mesir menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap 54 penyokong Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi atas kesalahan cubaan membunuh ketika rampasan kuasa tentera Julai lalu.
Selain itu, sebanyak 104 individu yang lain termasuk tiga pelajar dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
Sumber: Sinar Online
Cemas lutut tersepit ‘mulut’ longkang
Kuala Lumpur: Seorang murid perempuan sebuah sekolah rendah di Sentul di sini, menempuh detik cemas apabila kaki kirinya tersepit pada besi penutup longkang di hadapan kelasnya.
Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sentul terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan kaki kiri mangsa berusia 12 tahun itu.
Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku apabila mangsa terpijak besi itu hingga menyebabkan lututnya tersangkut dan gagal keluar daripada longkang kecil berkenaan.
Menurutnya, pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.12 pagi kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
KAKI mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba.
“Sepasukan lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera diketuai Pegawai Bomba Abdul Halim Hassan tiba di sekolah itu pada jam 11.20 pagi.
“Pemeriksaan kemudian mendapati lutut mangsa tersepit pada besi penutup longkang. Kami terpaksa meletakkan minyak sebelum cuba memusingkan tubuh mangsa. Keseluruhan kaki kiri mangsa akhirnya dapat dikeluarkan dalam masa kurang tiga minit,” katanya di sini, semalam,
Menurutnya, kanak-kanak terbabit tidak mengalami kecederaan atau bengkak teruk.
Sumber: myMetro
Punca pelajar tertusuk besi pagar
RANTAU PANJANG : Tindakan nekad seorang pelajar berusia 17 tahun melompat pagar sekolahnya di sini, ketika sesi pembelajaran masih berlangsung mengundang padah apabila lengannya tersangkut pada jeriji pagar itu.
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari semalam dan pelajar tingkatan lima itu difahamkan mahu pulang lebih awal dengan melompat keluar daripada salah satu pagar sekolahnya yang berkunci.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Zaimi Samad berkata, pihaknya menggunakan ‘Hydraulic Cutter’ untuk memotong besi yang mencucuk lengan pelajar lelaki terbabit.
“Kita mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan besi berkenaan sebelum pelajar itu dihantar ke klinik kesihatan terdekat untuk menerima rawatan.
“Difahamkan pelajar ini sedang melompat keluar tetapi lengan kirinya tersangkut dan tercucuk pada pagar itu,” katanya.
Sumber: HM
Peminat Marah Hafiz Suip Dedah Kekasih
Sama padan... inilah kekasih Hafiz Suip yang dikenali sebagai Fy.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip terkejut apabila beberapa peminatnya melahirkan kemarahan selepas mendapat tahu dia sudah berpunya apabila foto kekasihnya di keluarkan di laman Instagram minggu lalu.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, berkata, dia tidak menyangka peminatnya akan memberikan respons sedemikian tetapi berasa lega kerana tidak lagi perlu menyembunyikan rahsia perihal pasangan cintanya yang dikenali sebagai Fy itu.
"Ini merupakan kali pertama saya memuat naik foto kekasih di Instagram sekadar mahu memberitahu yang kini saya sudah berpunya.
"Tidak sangka pula apabila ada beberapa peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana foto itu. Bagaimanapun, saya percaya mereka akan faham. Takkanlah saya tidak boleh ada kekasih semata-mata ingin menjaga hati orang," selorohnya.
Hafiz ditemui pada majlis pelancaran showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe di sini pada Khamis.
Minggu lalu, teka-teki mengenai siapakah kekasih Hafiz terjawab dia berkongsi fotonya bersama wanita itu dengan kapsyen ‘happy birthday to my love’ bagi mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran wanita berkenaan.
Hafiz (kiri) dan Akim Ahmad akan terlibat dalam persembahan di Hard Rock Cafe, Melaka pada 22 Jun depan. Turut sama penyanyi Hazama.
Dalam pada itu Hafiz berkata, tujuan dia mendedahkan foto tersebut kerana merasakan sudah tiba masanya untuk dia berkongsi rasa bahagia perhubungan cintanya yang sudah terjalin selama lima bulan itu.
"Dulu saya terfikir, jika mendedahkan hal percintaan saya, mungkin ia akan menggugat karier dan peminat tidak akan suka saya lagi.
"Tetapi bila fikir balik, buat apa perlu sorok benda baik. Tetapi saya tidak akan memberitahu secara terperinci mengenai Fy.
"Apa yang saya boleh katakan, Fy merupakan pelajar jurusan akaun di sebuah institusi pengajian tinggi. Dia juga merupakan saudara jauh saya," ujarnya.
Sementara itu, mengenai showcase Hafiz & Friends, penyanyi Hazama dan Akim Ahmad turut terlibat menjayakan persembahan tersebut yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe Melaka pada 22 Jun depan.
"Kalau nak tahu, membuat persembahan di Hard Rock Cafe merupakan impian kami kerana ia sebuah kafe yang popular berkaitan persembahan-persembahan muzik selain memiliki sistem bunyi yang bagus.
"Secara keseluruhan, sebanyak 12 lagu yang akan dipersembahankan. Tidak sabar pula saya mahu bertemu dengan peminat," ujarnya.
Tiket persembahan berharga RM60 dan RM70 boleh dibeli dengan menghubungi 06-2925188 atau enquiries@hardrockcafe-melaka.com
Sumber: mStar
TNB didenda RM 100,000 kerana hina mahkamah
JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman denda RM100,000 ke atas Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana menghina mahkamah.
Pesuruhjaya Kehakiman M.Gunalan turut memberi amaran keras kepada juruukur yang diupah TNB, Ahmad Rustami Ramley, yang juga didapati bersalah bagi kesalahan sama.
Gunalan membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Thomas Philip, yang mewakili Pengarah Syarikat Lenang Development Zaharey Jusoh; peguam Steven Thiru, Gurmel Singh serta Gregory Das bagi pihak TNB manakala Ahmad Rustami diwakili peguam Gopal Sreenevasan dan Leong Phaik Leng.
Beliau turut mengarahkan TNB membayar denda itu dalam tempoh 14 hari.
Pada 10 April lepas, Gunalan memutuskan TNB serta Ahmad Rustami bersalah kerana menyembunyikan bahan bukti semasa perbicaraan kes saman berhubung isu tanah setinggan yang difail Bukit Lenang Development dan menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan sebelum menjatuhkan hukuman.
Saman itu difail Zaharey Jusoh pada 2003 ke atas 300 penduduk setinggan yang didakwa menceroboh serta mendirikan penempatan di tanah milik syarikat berkenaan di Kampung Plentong di sini.
Syarikat itu turut menyaman TNB, Telekom Malaysia Bhd dan Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd kerana menceroboh tanah berkenaan serta memberi kemudahan asas kepada penduduk setinggan.
Telekom dan SAJ telahpun menyelesaikan kes itu di luar mahkamah namun TNB, menerusi Ahmad Rustami, menafikan ia mendirikan tiang elektrik di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, plaintif mengemukakan salinan laporan kerja ukur lengkap yang dilakukan Ahmad Rustami untuk TNB, yang diperlukan bagi mendirikan tiang terbabit, kepada mahkamah.
Terdahulu, Philip meminta mahkamah mengenakan denda RM4 juta ke atas TNB sebagai peringatan dan pengajaran kepada pihak lain selain hukuman setimpal ke atas Ahmad Rustami.
Thiru, Gurmel Singh dan Gregory Das pula merayu mahkamah mengenakan denda RM10,000 ke atas TNB manakala Gopal dan Leong meminta Gunalan sekadar memberi amaran kepada Ahmad Rustami. - Bernama
Polis tahan 4 lelaki geng curi motosikal
TANGKAK - Polis menumpaskan kegiatan mencuri motosikal di sekitar Ledang dan Melaka dengan penahanan empat lelaki dalam Ops Lejang di Kampung Serom 5, dekat Sungai Mati, di sini, awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohamed Salleh Abd Razak berkata, keempat-empat mereka yang berumur 22 hingga 25 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah pada 5 Mei lepas selepas polis bertindak atas maklumat awam.
"Hasil soal siasat yang dilakukan, kesemua mereka mengaku terlibat dengan beberapa kecurian motosikal dan polis kemudian menemui tiga rangka kenderaan terbabit yang dibuang dalam sebuah kolam dekat kebun kelapa sawit di kampung berkenaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang, di sini, hari ini.
Mohamed Salleh berkata semakan terhadap rangka motosikal itu mendapati salah satu darinya adalah yang dilaporkan hilang di Bandar Hilir, Melaka manakala dua lagi sedang disiasat kerana nombor sirinya telah diubah.
Beliau berkata keempat-empat suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan bebas daripada pengaruh dadah kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Bernama
Lelaki ditemui rentung dalam kereta
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang belum dikenalpasti identitinya, ditemui rentung dalam sebuah kereta berdekatan stesen minyak Taman Kinrara, Puchong, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, bomba menerima panggilan dari orang ramai pukul 2.20 petang sebelum jentera pertama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Puchong tiba kira-kira 10 minit kemudian.
"Setibanya ke tempat kejadian, seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira ditemui rentung di dalam keretanya yang terbakar 90 peratus. Api dapat dipadamkan sepenuhnya lima minit kemudian," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Komander Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, S.Asirbatham berkata, seorang saksi mendakwa terlihat letupan kecil pada kereta yang sedang dipandu lelaki itu sebelum ia melanggar sebatang pokok di tepi jalan.
"Orang ramai cuba mengeluarkan mangsa daripada keretanya, namun gagal akibat api yang marak. Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan usaha mengesan identiti mangsa dengan menjejaki warisnya sedang dilakukan," katanya. - Bernama
Tiga beradik cederakan pegawai bank didenda RM500
KUALA LUMPUR - Akibat kesalahan mencederakan seorang pegawai bank sehingga menyebabkan lebam di mata dan bahunya, tiga beradik hari ini masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini.
Azmanizam Abd Rahman, 31, dan dua adiknya Azrul Effendy, 29, dan Azrul Amri, 24, sebelum itu mengaku bersalah mencederakan Khairul Nizam Mat Saad, 33, di kawasan tempat letak kereta Blok 4, Flat Sri Pulau Pinang, Cheras pada 12.40 pagi, 28 April lepas.
Majistret Nor Azura Murah memerintahkan tiga beradik itu dipenjara 10 hari jika gagal membayar denda itu. Mereka membayar denda itu.
Azmanizam, seorang kelindan lori, Azrul Amri, seorang pelajar dan Azrul Affendy yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, mangsa yang berada dalam rumahnya di flat berkenaan mendengar dan melihat beberapa lelaki termasuk tertuduh sedang bergaduh bersebelahan dengan keretanya.
Mangsa turun dan menegur mereka kerana telah melanggar keretanya dengan basikal, kemudian ketiga-tiga tertuduh datang ke arah mangsa dan memukul dan menumbuknya sehingga menyebabkan mangsa cedera.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ravindran Selvaraj manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Azmanizam dan Azrul Effendy yang sudah berkahwin dalam rayuan mereka memohon supaya dikenakan hukuman denda minimum atas alasan mereka menanggung anak-anak dan isteri masing-masing manakala Azrul Amri juga memohon hukuman sama kerana masih belajar.
Ravindran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada kesemua tertuduh. - Bernama
Seorang maut dalam kemalangan di Kg Selabak
Kemalangan jalanraya di Jalan Kg Selabak, Teluk Intan pada pukul 7.36 pagi tadi melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta. Seorang mangsa maut di tempat kejadian dan telah diserahkan kepada pihak Ambulan untuk tindakan lanjut. - Foto Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
SHAH ALAM - Seorang dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Kampung Selabak, Teluk Intan jam 7.36 pagi tadi.
Memetik laporan di Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.
Rompakan bersenjata: 3 lelaki dipenjara
SHAH ALAM - Tiga lelaki yang menjalani hukuman bagi kesalahan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, dipenjara 18 tahun lagi selepas didapati bersalah merompak sebuah rumah di Cheras, Hulu Langat menggunakan senjata api, lima tahun lepas.
Hakim Datuk Noor Azian Shaari turut memerintahkan Chung Cheng Seng, 47, dan Lai Kum Leng, 47, masing-masing disebat enam kali manakala seorang lagi tertuduh, Tan Mian Chee, 61, terselamat daripada hukuman itu atas faktor usia.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Pelanduk Satu, Taman Suntex, Batu 9, Cheras pada kira-kira 7.15 pagi 16 Ogos 2009 mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Sebelum ini, mereka dibicarakan atas pertuduhan asal iaitu merompak secara berkumpulan dengan bersenjata api serta menyebabkan kematian seorang lelaki di tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sepanjang hayat, jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Noor Azian berpuas hati bahawa pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata pendakwaan berjaya membuktikan berlaku kesalahan rompak mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan namun gagal membuktikan elemen pembunuhan.
"Selepas membandingkan keterangan pembelaan ketiga-tiga tertuduh dengan keterangan saksi pendakwaan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan ketiga-tiga tertuduh dengan kesalahan membunuh semasa melakukan rompakan," katanya.
Sehubungan itu, Noor Azian mensabitkan mereka dengan kesalahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Sejumlah 13 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal manakala Chung diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid, Lai oleh Muhammad Rafique Rashid Ali dan Tan diwakili K.A.Ramu.
Cheng Seng, peniaga pasar malam; Lai, kontraktor, serta Tan, pemandu lori, ditangkap di Endau, Johor beberapa hari selepas rompakan dan empat pucuk pistol turut ditemui bersama mereka.
Ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Kluang yang menyaksikan Cheng Seng dan Kum Leng dihukum penjara sepanjang hayat dengan enam sebatan bagi kesalahan memperdagang senjata api manakala Tan dipenjara lima tahun kerana memiliki senjata api. - Bernama
UiTM: Dyana minta media tanya Shahrizat
Dyana Sofya (empat, kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian Pusat Operasi DAP di Pekan Baru, semalam.
TELUK INTAN - “Itu kena tanya Shahrizat,” demikian komen ringkas diberikan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud ketika diminta mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar yang menolak dakwaan institusi pengajian tinggi (IPT) itu hanya memilih anak orang Umno daripada kalangan keluarga berada.
Dyana Sofya berkata, reaksi balas yang dibuat beliau sebelum ini, adalah hasil kenyataan dibuat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sendiri terhadap dirinya.
Menurutnya, beliau sebelum ini diingatkan tidak menjadi pengkhianat bangsa sendiri hanya kerana graduan keluaran universiti berkenaan.
Mat Sabu, Mahfuz 'Talam 2 Muka' - Nabi Bux
GEORGE TOWN: Calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar menyifatkan dua pemimpin tertinggi PAS umpama 'talam dua muka' berikutan tindakan mereka yang memutar-belitkan isu hudud.
Menurut calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor itu, dua individu tersebut iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang sanggup berbuat demikian demi kepentingan politik.
"Mereka menunjukkan sifat munafik kerana mempolitikkan dan mempermainkan hukum hudud.
"Apabila di depan pengundi Melayu cakap hudud adalah perjuangan PAS tapi di depan kaum Cina malu-malu bila cakap pasal hudud," katanya pada sidang media di sebuah restoran di Taman Desa Mawar, Air Itam di sini, Khamis.
Beliau berkata, pemimpin sedemikian harus ditolak daripada kepimpinan tertinggi PAS kerana jelas membelakangkan perjuangan sebenar parti itu.
"Pemimpin PAS harus sedar mengenai agenda sebenar parti untuk memperjuangkan undang-undang Islam dan tidak bercakap atas dasar politik semata-mata," katanya.
Mohamed Nabi turut mempersoalkan sokongan PAS terhadap calon DAP di Teluk Intan, Dyana sofya Mohd Daud walaupun calon itu secara terang-terangan menolak hudud.
"Mereka (PAS) harus menjelaskan kepada rakyat atas dasar apa sokongan itu diberikan walaupun ia bertentangan dengan perjuangan sebenar parti tersebut," katanya.
Sementara itu, Mohamed Nabi juga membidas kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy yang mengancam akan menamatkan hubungan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat jika hudud dilaksanakan.
"Saya lihat ia sebagai satu ugutan. Saya minta pemimpin-pemimpin PAS supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan," katanya.
Sumber: mStar
Ketua Tentera Thai Umum Rampasan Kuasa
Tentera Thailand berkawal di Bangkok Thailand hari ini. - Foto EPA
BANGKOK: Ketua Tentera Thailand Jeneral Prayuth Chan mengumumkan rampasan kuasa di negara ini pada Khamis berikutan kegagalan pihak yang terlibat dalam sengketa politik mencapai persetujuan setelah bermesyuarat selama dua hari.
Pemimpin kumpulan penyokong dan penentang kerajaan ditangkap.
Sebelum ini, Tentera Thailand mengumumkan Undang-Undang Tentera dilaksanakan di negara itu ekoran pergolakan politik tanpa kesudahan yang berlarutan selama enam bulan.
Ketua Tentera Thailand itu beri jaminan rampasan kuasa tidak menjejaskan hubungan antarabangsa dalam satu pengumuman media ke seluruh negara itu.
“Dalam usaha untuk mengembalikan keamanan Jawatankuasa Keamanan Nasional terdiri daripada tentera, Angkatan Tentera Thai, Tentera Udara Diraja dan polis perlu merampas kuasa pada 22 Mei pada jam 4.30 petang,” katanya.
Tindakan rampasan kuasa ini adalah yang ke-12 dalam sejarah Thailand sejak 1932.
"Semua rakyat Thailand perlu bertenang dan pegawai-pegawai kerajaan perlu bekerjasama seperti biasa, " katanya.
Sumber: mStar
MyWatch Dakwa Anak Ketua Polis Beli Kereta Mewah
Hampir setahun selepas ditembak, pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan hari ini tampil dengan dakwaan rasuah dalam pasukan polis.
Ahli PKR itu mempersoal kekayaan luar biasa anak lelaki seorang ketua polis negeri.
Dakwanya, penganggur berusia 30 tahun itu membeli dua kerewa mewah tahun lalu – Jaguar dan Audi A5 – yang kedua-duanya bernilai RM1.1 juta.
Akaun banknya juga, dakwa Sanjeevan, mempunyai transaksi bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan sehingg April lalu.
“Kebetulannya di sini ialah dia mempunyai kaitan dengan syarikat senjata api. Syarikat senjata apa itu pula di negeri yang sama dengan di mana bapanya menjadi ketua polis,” katanya kepada pemberita di sebuah restoren di Kuala Lumpur.
Malaysiakini tidak menyiarkan nama ketua polis negeri tersebut sementara menunggu komen rasminya.
Sumber: Malaysia Kini
Gadis Poyo Pesan ‘Kereta Murah’ Supaya Berhati-Hati
MENERUSI Facebook Wikipedia Rakyat, satu status ‘poyo’ telah dikongsikan oleh seorang gadis menerusi laman sosial itu.
Gadis yang dikenali sebagai Abby Laila Farah itu dengan selamba melabelkan kereta pakcik yang melanggar kereta mewah bapanya sebagai ‘kereta murah’.
Ujarnya lagi, harga cat kereta bapanya itu lebih mahal daripada kereta pakcik tersebut.
Dia turut berpesan supaya mereka yang membawa ‘kereta murah’ supaya lebih berhati-hati selepas ini.
Amboi, sombongnya…! Ingat ya, kemewahan itu milik-Nya. Sekelip mata saja boleh ditarik…
Sumber: Wikipedia Rakyat / My News Hub
KLIA2: Antara AirAsia Dan MAHB….Siapa BULI Siapa?
KUALA LUMPUR – Apakah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes tidak diberikan taklimat oleh pegawai-pegawai kanannya berhubung bantuan yang diberikan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat penerbangan itu di KLIA2 sehingga beliau menggelarkan MAHB sebagai pembuli?
Ini adalah persoalan yang ditimbulkan oleh MAHB yang berkata ia tidak bersetuju dengan gelaran ‘pembuli’ yang dilemparkan terhadapnya oleh AirAsia kerana ia sentiasa menyokong dan berkhidmat untuk semua rakan-rakan kongsinya secara profesional.
“Malah, MAHB telah berusaha secara konsisten untuk menolong dan menyokong AirAsia, terutamanya apabila AirAsia berpindah ke KLIA2 untuk memastikan migrasi mereka telah berjalan dengan lancar dan berjaya,” kata MAHB di dalam satu kenyataan.
MAHB berkata demikian untuk menjawab kenyataan Fernandes yang berkata MAHB membuli AirAsia, AirAsia tidak dapat menggunakan mesin daftar mereka dan tidak boleh menaikkan jenama mereka di KLIA2.
MAHB menerangkan antara bantuan yang dihulurkan kepada AirAsia ialah pasukan operasi penerbangan lapangan terbang telah memberi nasihat dan panduan mengenai sistem peruntukan pintu pelepasan kepada syarikat penerbangan itu yang menyaksikan pengurangan pertukaran pintu berlepas kepada 10 sehari berbanding 200 pertukaran pada hari pertama ia beroperasi di terminal baharu berkenaan.
“Contoh lain di mana MAHB memberi sokongan kepada AirAsia ialah apabila kami meminjamkan kakitangan dan sumber daripada pihak ketiga untuk membantu AirAsia yang kekurangan tenaga kerja dan peralatan bagi mengendalikan ketibaan penghantaran bagasi pada beberapa hari pertama di KLIA2.
“Dengan bantuan ini, AirAsia dapat menguruskan penghantaran bagasi dengan konsisten pada tempoh yang munasabah kepada penumpangnya.
“Kemungkinan Fernandes tidak diberikan taklimat oleh pegawai-pegawai kanannya berhubung sokongan yang telah MAHB berikan kepada pasukannya, sehingga beliau memanggil MAHB sebagai ‘pembuli’,” kata MAHB.
Semasa mengulas itu jenama AirAsia yang didakwa tidak boleh dipamerkan di KLIA2, MAHB berkata pihaknya telah menyediakan peluang yang mencukupi untuk syarikat penerbangan itu termasuk membenarkan penempatan bunting di kaunter daftar masuk, paparan jenama di atas meja dan logo korporat pada skrin di kaunter daftar masuk.
MAHB turut berkata ia berharap AirAsia akan menunjukkan contoh yang betul untuk mencapai objektif membina perkongsian mampan saling menghormati yang ingin dicapai oleh MAHB dengan pihak operasi AirAsia.
Sebelum ini, Fernandes telah meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan pengendalian MAHB di KLIA2 di laman Twitternya.
Sumber: Astro Awani
Penuntut Universiti Amuk, Bunuh Penumpang Komuter
Seorang penuntut universiti mengamuk menggunakan pisau di stesen keretapi bawah tanah Taipei mengakibatkan empat maut manakala 22 yang lain cedera, semalam.
Cheng Chieh, 21, dipercayai dalam keadaan mabuk ketika bertindak menikam orang ramai yang berada di sekitarnya sebelum berjaya ditahan pihak polis.
Tindakan Cheng membuatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Tragedi seumpama ini adalah yang pertama seumpamanya sejak sistem keretapi bawah tanah mula beroperasi di Taipei pada 1996.
Ketua Polis Taipei, Chen Kuo-en berkata, Cheng ketika disoal siasat mengaku sudah lama memasang impian mahu melakukan sesuatu yang ‘besar’ seperti ini.
Chen yang disahkan tidak mempunyai rekod masalah mental dikatakan turut memberitahu pihak berkuasa, pada mulanya dia bercadang untuk melakukan semua ini selepas tamat pengajian tetapi menukar fikiran minggu lalu.
Insiden ini benar-benar menggemparkan Taipei yang selama ini memegang rekod antara bandar paling selamat di Asia, selain mempunyai sistem pengangkutan keretapi bawah tanah yang dikawal selia dengan cekap.
Sumber: Rem Ramzi / My News Hub
Pelacuran: Lapan Wanita Warga Asing Ditahan
MELAKA – Jabatan Imigresen Melaka menahan lapan wanita Indonesia dan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di dua buah hotel bajet di Jalan Munshi Abdullah di sini semalam.
Pemangku Pengarah Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan berkata seorang daripada wanita berkenaan berumur 27 tahun dipercayai memiliki Mykad yang dipalsukan.
“Kami telah serahkan Mykad berkenaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri untuk pemeriksaan dan mendapati Mykad itu tiada dalam rekod JPN,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Menurut Abu Bakar Sidek, wanita berkenaan mendakwa berasal dari Sabah dan memiliki Mykad ketika berusia 18 tahun serta turut mendakwa dirinya datang ke semenanjung menggunakan pasport warganegara Indonesia.
Katanya wanita itu akan diserahkan kepada pihak JPN untuk siasatan lanjut, manakala dua lelaki berumur 27 dan 30 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana sengaja memberi perlindungan dan mengambil pekerja bukan warga negara yang tidak memiliki pas yang sah.
Abu Bakar Sidek berkata dalam operasi selama 17 jam bermula 1 pagi itu, pihaknya turut menahan 39 warga asing di dua lokasi berasingan sekitar Melaka Raya, di sini.
Beliau berkata mereka yang berumur 20 hingga 47 tahun itu terdiri 20 lelaki dan lapan wanita warga Indonesia; sembilan lelaki Bangladesh; seorang lelaki Myanmar dan seorang wanita Thailand.
“Daripada jumlah itu, dua wanita iaitu seorang warga Indonesia dan Thailand ditahan di sebuah pusat hiburan manakala selebihnya di tapak pembinaan,” katanya.
Katanya kesemua mereka didapati melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan, masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas sah dan tinggal di negara setelah permit tamat tempoh.
Sumber: Bernama
286 Kena Kompaun Merokok Dalam Kenderaan Awam
KUALA LUMPUR – Seramai 286 perokok dikenakan kompaun kerana merokok dalam kenderaan awam melalui satu operasi yang dilakukan Kementerian Kesihatan pada 16 Mei lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ‘ops kenderaan awam’ itu bertujuan menguatkuasakan peraturan larangan merokok dalam kenderaan awam.
“Mereka ini turut dikompaun kerana merokok di hentian pengangkutan awam. Kesemua perokok ini dikenakan kompaun minimum RM250 seorang.
“Sebanyak 199 kompaun turut dikenakan ke atas pemilik kenderaan awam kerana tidak mempamerkan Tanda Larangan Merokok dalam kenderaan mereka,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Noor Hisham turut memaklumkan, seramai lapan orang perokok dikompaun RM250 seorang kerana memiliki rokok tidak sah.
Tegasnya, mereka yang gagal menjelaskan kompaun itu dalam tempoh ditetapkan akan didakwa di mahkamah dan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Jelasnya, sebanyak 2,317 kenderaan awam termasuk teksi dan bas serta 251 buah hentian pengangkutan awam diperiksa dalam ‘Ops Kenderaan Awam’ tersebut.
Tambahnya, Kementerian Kesihatan akan meneruskan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 itu secara berkala.
Menurutnya, ia bertujuan melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok kerana merokok boleh menyebabkan penyakit kronik seperti paru-paru obstruktif, penyakit jantung dan kanser paru-paru.
“Para perokok juga dinasihati agar berhenti merokok dan prihatin terhadap bahaya asap rokok pasif mereka kepada orang yang tidak merokok.
Sumber: My News Hub
Juruwang Bank Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah
KUALA LUMPUR – Seorang juruwang sebuah institusi perbankan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang tunai lebih RM5,000, enam tahun lalu.
S Jegat Heesan, 29, didakwa melakukan kesalahan itu membabitkan wang kutipan berjumlah RM5,260 di Maybank Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, Dang Wangi, di sini, pada 30 September 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat atau denda, jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam S Narasimhan memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang rendah kerana kesalahan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan terhadap orang lain dan tertuduh juga tidak pernah melarikan diri sejak 2008.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, S Nithia memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM5,000.
Majistret Nur A’minatul Mardiah Md Nor kemudiannya membenarkan Jegat Heesan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan kes.
Sumber: Bernama
Will Smith Dan Isteri Disoal Siasat Isu Gambar ‘Atas Katil’ Willow
Penyanyi dan pelakon Will Smith dan isterinya, Jada Pinkett-Smith telah disoal siasat oleh Jabatan Kebajikan Kanak-Kanak dan Keluarga Los Angeles selepas penyebaran gambar anak perempuan mereka, Willow Smith, 13, yang berbaring di atas katil dengan seorang lelaki berusia 20 tahun, baru-baru ini.
Will dan Jada telah disoal siasat berikutan gambar Willow yang juga seorang penyanyi, terbaring di atas katil bersama aktor Moises Arias menjadi viral sehingga peminat mempersoalkan cara mendidik pasangan popular Hollywood itu.
Menurut jabatan kebajikan tersebut, setakat ini, Will dan Jada memberikan kerjasama sepanjang kepada mereka malah Willow dan Moises pula akan disoal siasat secara berasingan selepas ini.
Perkara ini dilihat sensitif kerana gambar tersebut mengambarkan seolah-olah Willow, seorang gadis bawah umur sedang melakukan hubungan intim dan perkara ini telah membawa kepada persoalan bagaimana Will dan Jada menjaga anak mereka.
Namun menerusi sumber TMZ, Jada dilaporkan berkata bahawa tiada perkara yang boleh menimbulkan kontroversi berhubung gambar tersebut kerana tiada langsung sebarang unsur seksual menerusi imej yang dikongsikan oleh anak mereka di laman sosial.
Sumber: Audrey Lee / My News Hub
Aril, Isteri Baru Berkesempatan Berbulan Madu
Selepas lima bulan mendirikan rumah tangga, baharu sekarang penyanyi dan penyampai radio Era FM, Aril berkesempatan berbulan madu bersama isteri tercinta, Puteri Erma Edlinda.
Perth, Australia menjadi destinasi pilihan pasangan ini untuk meluangkan masa bersama-sama, baru-baru ini.
Untuk makluman, isteri Aril bertugas sebagai pramugari Saudi Arabian Airlines dan kini menetap di Jeddah di atas tuntutan kerjanya itu.
Jom layan dulu gambar romantis Aril dan isterinya di negara Kangaroo ini ya!
Sumber: My Artis / Audrey Lee / My News Hub
Polis Kenal Pasti Suspek Terbabit Samun ATM Di Besut
KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu sudah mengenal pasti seorang daripada empat suspek yang menyamun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kampung Raja, Besut, Ahad lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata mereka juga dipercayai kumpulan sama yang melakukan jenayah serupa di Kelantan sebelum ini.
“Modus operandi yang diguna hampir sama selain jumlah suspek juga sama,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Katanya usaha memburu suspek dilakukan oleh satu pasukan khas.
Dalam kejadian 5.55 pagi itu, empat lelaki bertopeng hanya mengambil masa lima minit untuk memecahkan dan melarikan wang tunai RM160,000 daripada sebuah ATM Bank Rakyat Cawangan Jerteh.
Melalui rakaman kamera litar tertutup, suspek sebelum itu menggunakan kereta untuk menarik keluar sebuah daripada empat ATM yang terletak berhampiran sebuah pasar raya ketika pengawal keselamatan bersolat Subuh.
Sumber: Bernama
Hukuman bekas Cif Inspektor mencabul, seks oral dikurangkan
KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang bekas pegawai polis berpangkat cif inspektor dihukum penjara tujuh tahun dan sebatan enam kali atas kesalahan melakukan seks oral dan mencabul seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di dalam kereta peronda polis, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian semasa mengurangkan hukuman yang dihadapi oleh Ishak Mahmud, 50, sekali gus menolak rayuan lelaki itu untuk mengetepikan hukuman asal penjara 14 tahun dan sebatan 10 kali atas kedua-dua kesalahan tersebut.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan sebatan tiga kali bagi kesalahan seks oral serta penjara lima tahun dan sebatan tiga kali bagi kesalahan mencabul. Kedua-dua hukuman diperintah berjalan serentak.
Hakim Azman bagaimanapun membenarkan permohonan perayu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dengan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh dikekalkan.
Ishak mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan hukuman asal yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 Julai tahun lalu selepas dia didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dilakukan kira-kira pukul 2 pagi, 2 Oktober 2009 di kawasan Kampung Air Terjun Bentagor, Pasir Puteh.
Bagi pertuduhan pertama, Ishak didakwa menyuruh remaja perempuan terbabit melakukan seks oral tanpa kerelaan dalam kereta peronda polis jenis Proton Perdana.
Bapa kepada empat orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah untuk mencabul mangsa iaitu kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu.
Mahkamah rendah itu mengarahkan tertuduh dihukum penjara 14 tahun dan sebatan lima kali bagi kesalahan seks oral serta penjara enam tahun dan sebatan lima bagi pertuduhan mencabul. Kedua-dua hukuman berjalan serentak.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Sukri Mohamed.
Sumber: Utusan
Sharifah Shahira Takkan Ambil Tindakan Pada Produksi
RAMAI yang sudah tahu mengenai kejadian malang yang menimpa pelakon dan penyampai radio Ultra FM, Sharifah Shahira atau Shira yang cedera di belakang kepalanya selepas terjatuh akibat terkejut dengan ‘prank’ oleh sebuah produksi.
Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah Shira akan mengambil tindakan susulan atas insiden itu?
Jawapannya, tidak.
“Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan susulan kerana menganggap ianya sebagai kemalangan sahaja. Pihak produksi terbabit telah membayar semua kos perubatan.Tindakan akan diambil sekiranya kecederaan ini menyebabkan saya sudah tidak boleh bekerja lagi.
“Bagaimanapun, saya masih boleh bekerja walaupun doktor telah berikan sijil sakit selama lima hari oleh doktor. Perkara ini boleh dianggap sebagai pengajaran buat mereka yang terlibat untuk tidak mengulanginya lagi,” kata Shira ketika dihubungi pada petang Rabu,” ujarnya, memetik laporan GUA.
Mengimbas semula kejadian itu, Shira dikejutkan dengan kemunculan ‘hantu’ di tempat letak kereta sewaktu senja dan menyebabkan dia lari ketakutan.
Malangnya, dia telah terlanggar sebuah kereta sehingga jatuh terlentang dan kepalanya berlubang kerana terkena batu.
‘Prank’ tersebut khabarnya telah dirancang dengan kebenaran suaminya, Ijoy, sebelum itu.
Bagi kami, program mengenakan orang-orang tertentu ini memang menghiburkan, namun janganlah melampau sehingga boleh mengancam nyawa ‘mangsa’.
Yalah, kalau orang dah terkejut, apa-apa pun boleh jadi. Silap-silap boleh sakit jantung dibuatnya…
Sumber: Elza / My News Hub / Gua
No comments:
Post a Comment